Artikel Teknologi Maklumat (IT)

download Artikel Teknologi Maklumat (IT)

of 6

Transcript of Artikel Teknologi Maklumat (IT)

ARTIKEL-ARTIKEL TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)

Berikut adalah artikel Teknologi Maklumat (IT) yang boleh dijadikan panduan kita bersama :-

ARTIKEL 1 - HATI-HATI DENGAN TEMPLATE BLOGSPOT / WORDPRESS PERCUMA Ada di antara anda mungkin sering terlibat dengan design website dan blog. Seringkali kita mengambil template percuma dari mana-mana website untuk dijadikan asas sebelum kita memulakan kerja design. Dari sini lah saya perasan yang ramai pemberi template percuma ini adalah orang yang tidak jujur. Pernahkah anda perasan yang sesetengah blog yang menggunakan template percuma ni kalau kita masuk, akan keluar iklan pop under? anda rasa, adakah pembina blog tersebut tahu menggunakan iklan pop under? sebenarnya iklan tersebut diletakkan oleh pembina template blog tersebut untuk mendapat keuntungan dengan menggunakan taktik kotor. Malah kadang-kala iklan yang keluar itu adalah iklan-iklan lucah yang langsung tidak menggambarkan blog yang kita masuk. Kalau anda rasa perbuatan itu jahat, tunggu dulu, ada sesetengah pemberi template percuma yang lebih jahat lagi. Ada yang meletakkan spyware yang boleh masuk ke dalam server anda atau ke dalam server pelawat anda lalu memberi akses kepada pemilik template percuma itu tadi untuk sesuka hati menceroboh ke dalam blog atau server anda. Selain itu ada juga pemberi template percuma yang menyembunyikan banyak keyword untuk backlink dan ada yang meletakkan code lock yang memaksa pengunjung blog anda mengisi CPA offer untuk mengakses isi kendungan blog anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih template percuma.

ARTIKEL 2 - PERBEZAAN ANTARA ADWARE DAN SPYWARE Adware Adware ialah program komputer atau perisian iklan tanpa sedar yang diselitkan ke dalam perisian di mana ia akan dimuatkan ke dalam memori apabila program tersebut dilancarkan. Wajarnya adware ialah seseorang pengaturcara itu boleh memasukkan iklan sebegini bagi menampung kos pembangunan sesebuah perisian yang dibangunkan. Adware akan dijadikan satu alternatif oleh pembangun untuk menggalakkan penggunanya supaya mendaftarkan perisian tersebut secara sah dengan membayar yuran pendaftaran bagi menghapuskan iklaniklan tersebut. Biasanya adware di hasilkan dalam bentuk pop-up yang keluar pada desktop anda apabila sesuatu program itu ditutup atau dimulakan.

Spyware Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna. Spyware amat merbahaya berbanding Adware kerana proses tersebut mungkin

digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif yang terdapat di dalam komputer anda. Sebaik sahaja spyware terpasang di dalam komputer, program atau proses tersebut akan memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email, kata laluan atau nombor kad kredit anda.Spyware boleh dikategorikan sebagai perisian jahat dan ia biasanya digunakan oleh usahawan-usahawan internet yang menjalankan perniagaan secara online. Oleh itu anda perlu berhati-hati apabila menyertai sesuatu program atau memuat turun perisian yang tidak diketahui puncanya. Jika diteliti, spyware boleh juga disamakan dengan program-program Trojan Horse di mana ia akan dipasangkan ke dalam komputer tanpa persetujuan pengguna. Cara Spyware bekerja sama seperti mana Adware. Sebaik sahaja dimuatkan ke dalam memori, spyware akan memantau aktiviti pengguna dan mengumpul maklumat anda dan menjualnya kepada pihak-pihak lain. Oleh kerana spyware wujud dalam bentuk executable, ia boleh juga memantau keystroke, mencari sesuatu fail di dalam cakera keras, mengintip aplikasi lain seperti program chat dan Microsoft Word, memasang program tertentu, membaca cookies, menukar alamat Home Page dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku tanpa disedari. Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan Spyware. Cara terbaik untuk menghalang spyware ialah dengan tidak melayari laman-laman web yang tidak diketahui umpamanya laman-laman web lucah dan juga biasakan diri anda untuk membaca License Agreement sebelum memuat turun sesuatu program freeware atau shareware kerana syarikat-syarikat perisian komersial boleh juga memasang spyware dengan syarat ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna melalui dokumen persetujuan lesen perisian tersebut.Bagi mengesan kehadiran spyware, anda boleh melihat perubahan ketara pada sistem anda seperti berubahnya alamat Home Page pada pelayar web, dan juga anda boleh melihat beberapa toolbar ekstra yang muncul secara tiba-tiba pada pelayar web walaupun anda tidak pernah memasangnya sebelum ini. Penambahan pada senarai favorites juga salah satu tanda-tanda yang dimaksudkan. Selain itu jika skrin komputer anda menghasilkan pop-up tetingkap secara tiba-tiba juga menunjukkan komputer anda telah dijangkiti Spyware. Amat penting sekali bagi anda untuk memastikan komputer anda bebas dari Spyware lebih-lebih lagi jika komputer anda disambungkan ke Internet. Gunakan perisian anti-spyware yang terdapat di pasaran. Bagi pengguna di rumah anda boleh mencuba perisian Anti-Spyware seperti: Microsoft Defender Lavasoft Ad-Aware Bagi tujuan perniagaan, anda boleh menggunakan penyelesaian secara hardware dengan menggunakan: Firewall Barracuda Sumber : http://www.ilmuit.com

ARTIKEL 3 - PENYAMBUNGAN DUA SKRIN KE SATU KOMPUTER Sistem Operasi Windows dan Apple membenarkan lebih dari satu skrin ke sesebuah komputer. Untuk komputer dari jenis desktop, Kad Grafik Video perlu ditambah untuk memberikan satu alat tambahan penyambungan ke skrin baru.Bagaimanapun, tiada kad tambahan diperlukan untuk komputer dari jenis laptop. Apabila skrin tambahan digunakan pada komputer kita, langkah pengaktifan diperlukan untuk membolehkan skrin yang kedua digunakan. Untuk mengaktifkan skrin yang kedua, langkah yang berikut perlu dilakukan: 1) Pergi ke menu Start > Control Panel 2) Pilih perisian Display > Setttings 3) Klik di atas Skrin bernombor 2 dan pilih arahan Extend my Windows desktop onto this monitor 4) Butang Identify boleh ditekan untuk anda memastikan yang sambungan semua monitor adalah sempurna. Jika semuanya sempurna nombor 1 akan dipaparkan di skrin pertama dan no 2 akan dipaparkan di skrin kedua. 5) Secara automatik skrin kedua perlu diletakkan di sebelah kanan, jika skrin kedua perlu diletakkan di sebelah kiri maka klik di atas skrin nombor dua dan tolakkannya ke sebelah kiri. Teknik ini juga boleh digunakan apabila membuat persembahan menggunakan Projektor, dengan teknik ini, aktiviti yang dilakukan di desktop tidak lagi akan dipancarkan di projektor.

ARTIKEL 4 - DEFINISI DAN JENIS VIRUS Istilah virus komputer bukanlah suatu yang asing apabila kita bercerita tentang teknologi komputer. Ia berkembang pesat seiring dengan kepantasan teknologi komputer itu sendiri. Virus komputer merupakan program ciptaan manusia yang dicipta dengan tujuan untuk melakukan kemusnahan atau kerosakan kepada sistem komputer.Virus diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara seperti memusnahkan fail maklumat atau fail sistem komputer, menyesakkan kandungan cakera keras dengan bertindak membuat salinan yang banyak pada setiap fail yang dijangkiti, memformat cakera keras dan banyak lagi. Untuk dikategorikan sebagai virus, ia mesti memenuhi 2 kriteria. Pertama, ia mesti boleh menjalankan dirinya sendiri dengan menempatkan kodnya dalam program lain. Kedua, program itu mesti boleh melakukan percambahan sendiri dengan menggantikan fail komputer sedia ada dengan fail yang dijangkiti virus.Terdapat juga virus yang diprogramkan untuk bertindak pada masa atau hari tertentu; yang telah ditetapkan oleh penciptanya. Contohnya ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan amat besar pada tahun 1991. Ia diprogramkan untuk aktif pada hari lahir pencipta virus tersebut. Komputer yang telah dijangkiti virus ini akan menyebabkan cakera keras komputer tersebut diformat; apabila komputer tersebut dihidupkan pada tarikh hari lahir penciptanya. Terdapat banyak cara virus boleh merebak atau menjangkiti komputer lain. Contohnya melalui perkongsian penggunaan disket atau pen drive yang telah dijangkiti virus, perkongsian fail dalam rangkaian, melalui emel (biasanya disertakan melalui attachment), dari program @ perisian yang dimuatturun melalui internet dan tidak terkecuali melalui ruang chat seperti mIRC. Oleh itu, amat penting bagi sesebuah komputer mempunyai perisian antivirus bagi menangkis ancaman virus komputer. Pastikan perisian antivirus itu selalu dikemaskini secara kerap dan berterusan. Selain itu, pastikan perisian antivirus anda boleh mengimbas emel dan laman web semasa melayari internet. Tambahkan lagi keselamatan komputer anda dengan memasang perisian Firewall bagi menghalang capaian yang tidak dibenarkan kepada komputer anda. ~ Jenis virus ~ Berikut beberapa jenis virus yang biasa ditemui hari ini : Trojan - replika atau salinan virus. Trojan dimasukkan sebagai virus kerana sifat program yang tidak diingini dan bekerja dengan sendiri pada sesebuah komputer dan mengawalnya secara automatik. Worm - dikenali juga sebagai cecacing berfungsi melakukan serangan dan menyebar serta mengambil data dan mengirim e-mel secara diam tanpa diketahui pemiliknya. Hijacker - memasuki fungsi browser (pelayar web) dan mengawalnya mengikut kemahuannya. Spyware - program yang secara diam masuk ke dalam komputer dan bertindak seperti pengintip seterusnya mencuri data. Data yang dicuri akan dihantar secara rahsia kepada pihak ketiga. Maklumat ini terdiri daripada laman web yang pernah anda lawati, jenis pelayar web dan maklumat sistem serta alamat IP anda. Adware - sebenarnya berfungsi sebagai tapak promosi atau iklan berbentuk banner. Ia akan memaparkan iklan tertentu apabila anda melayari internet. Browser Helper Object (BHO) - virus yang menampilkan link pada toolbar. Umumnya, BHO juga bertindak sebagai pengintip dan mencatat kegiatan pengunjung internet, di samping menambah pelayar web anda dengan toolbar khusus. Browser Hijackers - perisian iklan yang akan mengubah ketetapan pelayar web seperti laman web tetap, carian dan toolbar pelayar, membina ikon dan memaparkan pop-up iklan secara banyak. Apabila pelayar web berjaya dirampas, perisian ini akan terus menerus membawa pengguna ke laman web pengiklan. Keylogger - program yang masuk ke dalam komputer dan mencatat apa yang pengguna taip di papan kekuci serta yang dilayari di internet dan mengirim maklumat kembali kepada penciptanya. Retrospies - program yang sengaja cuba mematikan fungsi antispyware.

Scumware - program yang tidak diingini dan masuk ke dalam komputer tanpa izin pemilik komputer tersebut. Search Hijackers - kawalan yang dilakukan oleh sesebuah enjin carian pada browser. Bila tersalah menulis alamat, program biasanya menampilkanbanyak pop up iklan yang tidak berkaitan. Surveillance Software - salah satu program yang berbahaya kerana mencatat kegiatan pada sesebuah komputer termasuk data penting dan kata laluan. Program ini sangat pintar dan mengirim data setelah seseorang selesai melakukan aktiviti. Thiefware - difungsikan untuk mengarahkan pengunjung web ke web lain yang mereka kehendaki.

ARTIKEL 5 - MENGESAN PERBANKAN PALSU DALAM TALIAN Motif utama kegiatan "phishing" hari ini adalah untuk mencuri butiran peribadi atau kewangan anda menerusi cara yang tidak disedari. Sebagai pengguna internet, anda tentu tidak rela menjadi mangsanya. Sehubungan dengan itu, anda harus memiliki pelayar web yang lebih selamat - seperti Mozilla Firefox 4.0 yang dilengkapi aplikasi dontphishme 1.5.2. Info Perisian Nama : DontPhishMe 1.5.2 Pembangun : MyCERT, CyberSecurity Malaysia Lesen : Percuma (Freeware) Saiz : 30 KB Tapak web : https://addons.mozilla.org/en-us/firefox/addon/dontphishme/ Sumber lain : http://www.mycert.org.my Sistem operasi : Windows (semua versi) Cara Penggunaan Langkah 1 - Muat turun fail perisian percuma ini di tapak web pembangunnya, di http://portableapps.com/apps/internet/browsers/portable_firefox. Atau anda boleh menemuinya di tapak web yang menyediakan aneka perisian seperti Softpedia (www.softpedia.com) atau sumber lain yang seumpamanya. Saiz failnya pula hanya kira-kira 13.5 MB serta menyokong pelbagai versi sistem operasi (OS) Windows seperti XP, Vista dan 7. Setelah dimuat turun, tempatkan failnya dalam sebuah folder untuk tindakan susulan. *nota : Selepas menguji versi mudah alihnya (Portable Firefox 4.0) anda boleh menguji versi yang perlu dipasang (Mozilla Firefox 4.0). Dapatkan failnya di http://www.mozilla.com/en-US/firefox atau di www.softpedia.com. Langkah 2 - Seterusnya, klik fail yang dimuat turun untuk memulakan proses pemasangan. Semasa dipasang (install) anda perlu memilih lokasi untuk menempatkan direktori fail yang akan dihasilkan. Kemudian ikuti arahan yang seterusnya hingga proses pemasangan tamat dan berjaya. Proses ini biasanya mengambil masa sekejap sahaja. Sebaik sahaja selesai dipasang, anda boleh membuka atau meninjau direktori fail yang terhasil. Di sini, anda akan menemui sebuah fail yang berlabel FirefoxPortable.exe bersama beberapa fail lain. Langkah 3 - Klik pada FirefoxPortable.exe tadi untuk mengaktifkan pelayar web ini sekali gus menayangkan tetingkap atau pemuka utamanya. Sekali imbas tetingkapnya tidak banyak berbeza dengan versi yang

terdahulu. Tetapi apabila diteliti, barisan menunya tidak kelihatan seperti biasa di sebelah atas tetingkap. Sebetulnya, menu itu 'tersembunyi' di sebalik butang jingga yang berlabel Firefox ; di penjuru atas dan kiri tetingkap utama. Apabila menu tersebut boleh disembunyikan, rupa pemuka utama pelayar web ini juga nampak lebih kemas. Langkah 4 - Anda boleh mengklik pada butang jingga tadi untuk meninjau senarai menu yang tersedia. Di sini, anda boleh melihat dua senara menu yang ditayangkan. Senarai pertama dilengkapi pilihan seperti New Tab, Edit dan Print. Senarai kedua pula menyediakan pilihan seperti Bookmarks, History, Download, Add-os, dan Options. Menerusi pilihan add-ons anda boleh mengakses aplikasi tambahan yang akan dipasang nanti. Pilihan Options pula untuk membuat beberapa ketetapan dan boleh memaparkan semula barisan menu pelayar web ini. Langkah 5 - Selepas itu, klik pilihan Add-Ons tadi untuk membuka tetingkapnya yang dilengkapi empat kategori : Get Add-ons, Extensions, Appearance dan Plugins. Melalui kategori Get Add-ons anda boleh mencari pelbagai aplikasi tambahan yang disediakan untuk dipasang. Jika anda tidak tahu alamat (URL) tepat aplikasi berkenaan, anda masih boleh mencarinya berdasarkan namanya, seperti aplikasi DontPhishMe 1.5.2. Jadi, taipkan namanya pada ruang di penjuru atas dan kanan pemuka utamanya. Kemudian klik butang di sebelah kanannya. Langkah 6 - Pelayar web Firefox akan membuat carian. Apabila aplikasi tersebut ditemui, namanya akan muncul dalam kategori Search. Seterusnya, klik pautan (link) berlabel More yang tersedia. Di sini, anda boleh membaca keterangan berkenaan fungsinya dan senarai bank dalam talian yang disokongnya. Selepas itu, klik butang berlabel Install untuk memulakan proses pemasangan. Sebuah tetingkap yang berlabel End-User License Agreement akan dipaparkan. Klik butang Accept and Install untuk memasangnya. Langkah 7 - Apabila anda mengklik pautan berlabel Restart now, pelayar web ini akan diaktifkan kembali dan pemasangan akan disempurnakan. Selain cara tadi, anda boleh pergi terus ke laman web aplikasi DontPhishMe jika anda sudah tahu alamatnya. Setelah membaca keterangannya,klik butang berlabel Continue to Download. Apabila laman yang berlabel End-User License Agreement ditayangkan, klik butang Accept and Install untuk memasangnya dan fail aplikasi DontPhishMe akan dimuat turun. Langkah 8 - Seterusnya, sebuah tetingkap yang berlabel Software Installation akan dibuka. Anda perlu mengklik pada butang yang berlabel Install Now untuk meneruskan proses pemasangan. Kemudian, anda perlu menunggu sebentar apabila prosesnya berlangsung. Selepas itu, anda perlu mengklik butang Restart Now untuk mengaktifkan kembali pelayar web ini. Tujuannya untuk menyempurnakan proses pemasangan tadi. Seterusnya anda boleh melihat aplikasi DontPhishMe telah disenaraikan dalam kategori Extensions. Langkah 9 - Sekarang, anda boleh menguji kemampuan aplikasi DontPhishMe yang dipasang tadi. Bagi panduan ini, sebuah emel perbankan palsu telah digunakan. Emel tersebut dikirim oleh penjenayah siber seolah-olah dari sebuah bank tempatan. Sementara itu, mesejnya meminta mangsa (pelanggan bank tersebut) agar mengemaskini maklumat akaun; kononnya untuk membolehkan mereka terus menggunakan khidmat perbankan dalam talian. Pautan (link) yang disertakan dalam emel akan membawa mangsa ke tapak web palsu bank tersebut. *Nota : Ruang alamat (URL) pelayar web Firefox juga memaparkan alamat sebenar tapak web palsu tersebut. Jadi perhatikan betul-betul pada alamatnya. Adakah alamat bank yang sebenar atau alamat pelik dan mencurigakan. Contoh emel perbankan palsu :

From : CIMB Clicks Internet Banking [mailto:[email protected] Sent : March-25-11 6:29 PM To : [email protected] Subject : CIMB Clicks Internet Banking Alert Dear Customer, We detected irregular activity o your CIMB Bank account on 25/03/2011. For your protection, you must update your details before you can continue using your online banking. Please visit the CIMB Bank website in this message and validate your details on our server. As a result, we require you to confirm and verify your account information by Clicking Here and completing the confirmation process. P.S The Link in this message will be expire within 24 hours. TAC will be required during update. Thank you, CIMB Clicks

Langkah 10 - Jika pautan tersebut diklik, pelayar web Firefox yang telah dilengkapi aplikasi DontPhishMe akan memaparkan sebuah laman peringatan. Laman ini melaporkan bahawa pautan atau tapak web yang diakses tadi adalah palsu atau satu penipuan. Jadi, aplikasi DontPhishMe telah menyekatnya. Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenainya, klik butang yang berlabel Why was this page blocked? Kemudian, pelayar web ini akan menayangkan laman web mengenai "phishing" dan cara menanganinya. SELAMAT MENCUBA!!!