Artikel_Penglibatan PIBG Dalam Anugerah PSS Cemerlang

7
PENGLIBATAN PIBG DALAM ANUGERAH PSS 1.0 PENGENALAN Adalah menjadi hasrat semua warga SMK Bandar Sungai Petani untuk melihat kejayaan Pusat Sumber Sekolah(PSS) dalam Anugerah PSS Peringkat Negeri dan Kebangsaan bagi tahun 2013. Ini kerana buat julung kali nya PSS SMK Bandar Sungai Petani telah dipilih oleh daerah Kuala Muda Yan untuk mewakili daerah ke peringkat negeri dan telah menjadi johan pada peringkat negeri. Kejayaan peringkat negeri telah membolehkan PSS SMKBSP mewakili negeri kedah keperingkat kebangsaan dalam anugerah PSS. Apabila mewakili sekolah dalam anugerah ini, semua warga sekolah telah bersatu padu dalam melaksanakan segala proses pembanggunan bagi memenuhi hasrat yang terdapat dalam instrumen penilaian anugerah pss. Antara yang banyak membantu ialah PIBG SMK Bandar Sungai Petani terutama YDP iaitu Tn.Hj. Yahaya bin Ahmad yang telah diiktiraf oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebagai 1 dalam sejuta. 2.0 PSS SEBELUM INOVASI MASALAH Pusat Sumber SMK Bandar Sungai Petani terutama Perpustakaan telah menjadi tepat rujukan sebilangan kecil pelajar dan guru SMK Bandar Sungai Petani sejak mula dibuka pada tahun 1997. PSS bukanlah menjadi tempat yang menarik minat pelajar untuk pergi terutama pada waktu rehat dan selepas waktu persekolahan. Keadaan ini berlaku kerana PSS SMKBSP tedak mempunyai kelengkapan kerusi dan meja yang mencukupi bagi menampung kehadiran pelajar yang ramai. Selain itu, kerusi yang disediakan juga tidak menjamin keselesaan kepada pelajar untuk duduk dalam masa yang lama.

description

artikel

Transcript of Artikel_Penglibatan PIBG Dalam Anugerah PSS Cemerlang

PENGLIBATAN PIBG DALAM ANUGERAH PSS1.0 PENGENALAN

Adalah menjadi hasrat semua warga SMK Bandar Sungai Petani untuk melihat kejayaan Pusat Sumber Sekolah(PSS) dalam Anugerah PSS Peringkat Negeri dan Kebangsaan bagi tahun 2013. Ini kerana buat julung kali nya PSS SMK Bandar Sungai Petani telah dipilih oleh daerah Kuala Muda Yan untuk mewakili daerah ke peringkat negeri dan telah menjadi johan pada peringkat negeri.Kejayaan peringkat negeri telah membolehkan PSS SMKBSP mewakili negeri kedah keperingkat kebangsaan dalam anugerah PSS. Apabila mewakili sekolah dalam anugerah ini, semua warga sekolah telah bersatu padu dalam melaksanakan segala proses pembanggunan bagi memenuhi hasrat yang terdapat dalam instrumen penilaian anugerah pss.Antara yang banyak membantu ialah PIBG SMK Bandar Sungai Petani terutama YDP iaitu Tn.Hj. Yahaya bin Ahmad yang telah diiktiraf oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebagai 1 dalam sejuta.

2.0 PSS SEBELUM INOVASI

MASALAH

Pusat Sumber SMK Bandar Sungai Petani terutama Perpustakaan telah menjadi tepat rujukan sebilangan kecil pelajar dan guru SMK Bandar Sungai Petani sejak mula dibuka pada tahun 1997. PSS bukanlah menjadi tempat yang menarik minat pelajar untuk pergi terutama pada waktu rehat dan selepas waktu persekolahan.

Keadaan ini berlaku kerana PSS SMKBSP tedak mempunyai kelengkapan kerusi dan meja yang mencukupi bagi menampung kehadiran pelajar yang ramai. Selain itu, kerusi yang disediakan juga tidak menjamin keselesaan kepada pelajar untuk duduk dalam masa yang lama. Selain itu, walaupun terdapat Pusat Akses di dalam Perpustakaan yang bertujuan untuk menarik minat pelajar datang ke Perpustakaan, ia belum berjaya kerana computer yang terdapat di Pusat Akses selalu rosak dan menggunakan program yang lama.

Akhirnya, apabila PSS SMKBSP di pilih untuk mewakili negeri kedah ke Anugerah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2013, satu gerakan besar-besaran telah dijalankan bagi memenuhi semua instrumen penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak BTP. Gerakan ini dijalankan dengan batuan semua warga sekolah bermula dari BTPN Kedah, PKG, Pengetua, pentadbir, PIBG, YDP PIBG, AJK PSS, guru-guru, pelajar, staf sekolah, dan staf kebersihan.

3.0 PSS SELEPAS INOVASI

OBJEKTIF

1. Mewakili negeri Kedah dalam Anugerah PSS Cemerlang peringkat kebangsaan. 2. PSS SMKBSP tidak mempunyai kemudahan yang lengkap mengikut kreteria ditetapkan. KUMPULAN SASARAN

1. Semua warga sekolah

2. PIBG

PELAN TINDAKAN

BILPERKARABULAN

JanFebMacAprilMeiJunJulaiOgosSeptOkt

1Kajian TindakanX

2Lawatan Penanda ArasX

3Kertas Kerja

X

4Tapak Lokasi

X

5Kumpul BahanXX

6Dekorasi

XX

7Pemantauan

XXX

8Penilaian

X

PROSES PELAKSANAAN

Perpustakaan Sebelum Pelaksanaan Perpustakaan Selepas Pelaksanaan

Pusat Akses Sebelum Pelaksanaan

Pusat Akses Selepas Pelaksanaan

Ruang Bacaan Guru Sebelum Pelaksanaan Ruang Bacaan Guru Selepas Pelaksanaan

4.0 KEJAYAAN

IMPAK TERHADAP MURID

1. Pelajar selesa menggunakan Perpustakaan & Pusat Akses2. Pelajar boleh duduk dalam masa yang lama dalam perputakaan.

3. Kerusi dan meja mencukupi untuk 10% pelajar SMK Bandar Sungai Petani.

4. Pusat Akses menjadi pilihan pelajar melayari internet.

5. Internet dapat diekses dengan mudah dan cepat

6. Bilangan buku yang mencapai nisbah 1:20

7. Pelajar mengulangkaji dan meminjam buku dengan selesa.TAHUNSUMBANGAN BUKU (BUAH)HARGA (RM)

20116349,275.26

20123985,837.40

20132387,802.65

JUMLAH1,27022,915.31

Jumlah sumbangan buku yang disumbangkan oleh waris dan syarikat

IMPAK TERHADAP GURU

1. Menjadikan perpustakaan tempat mendapat bahan bantu mengajar dan rujukan.

2. Guru selalu meluangkan masa ketika rehat untuk membaca surat khabar dan majalah

Pusat Sumber GKMIMPAK TERHADAP SEKOLAH

1. Prestasi pelajar dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM meningkat.

2. Mendapat tempat ke-4 dalam Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan.

3. Menjadi lokasi Lawatan Penanda Aras dari sekolah sekitar Negeri Kedah dan seluruh Malaysia.

4. Menjadi lokasi mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

PENUTUP

Syukur pada Allah, komitmen daripada semua pihak telah menjadikan semua warga SMK Bandar Sungai berbagga dengan kejayaan PSS SMK Bandar Sungai Petani.