artikulasi

11
FONETIK ARTIKULASI o Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator bahagian dada, tekak dan kepala. o Artikulator bahagian dada seperti paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea). Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok ( larynx), pita suara (vocal cords), krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks (pharynx) atau dinding rongga kerongkong, dan epiglotis ( epiglottis). Artikulator bahagian kepala pula boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif. ARTIKULATOR AKTIF o Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak ( uvula), akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue - laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa. ARTIKULATOR PASIF o Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak. Malahan, artikulator pasif disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity). o Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah

Transcript of artikulasi

Page 1: artikulasi

FONETIK ARTIKULASI

o   Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu

bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam

artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator

yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga

jenis, iaitu artikulator bahagian dada, tekak dan kepala.o   Artikulator bahagian dada seperti  paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea).

Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal

cords), krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks

(pharynx) atau dinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis). Artikulator

bahagian kepala pula boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan

sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan

pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian

kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu artikulator aktif dan artikulator

pasif / daerah artikulasi pasif.

ARTIKULATOR AKTIF

o   Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa.

Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini

disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula),

akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum),

tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue

-  laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta),

dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang

menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan

sesuatu bunyi bahasa.

ARTIKULATOR PASIF

o   Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh

bergerak. Malahan, artikulator pasif disifatkan sebagai alat artikulasi pasif.

Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum),

lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas

(upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut

(mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity).o   Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan

oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan

bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan

dideskripsikan. Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut

artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi

bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh

artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah artikulasi adalah seperti

Page 2: artikulasi

gigi atas, gusi atas,          bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut.

Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya

penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua

bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak

bersuara dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah

artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator.

Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial (‘bi’ bermakna

‘dua’ dan ‘labial’ bermakna ‘bibir’). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.

Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi

o   Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan

perihal fonetik artikulasi. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka

tentang fonetik artikulasi adalah seperti yang berikut:

Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa

“fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-

alat artikulasi”.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik

artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah

artikulasi bagi bertutur.

Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah

bidang kajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk

melihat bagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-

organ pertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya

bunyi. Tegasnya, pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang,

bibir dan sebagainya, di samping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah,

lelangit lembut dan pita suara. Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga

mengenai pemerhatian dan/ atau mengambil gambar melalui cermin, contohnya

bagi melihat pergerakan pita suara dengan menggunakan alat “laryngoscopic”,

manakala alat “electromyography” pula digunakan untuk mengesan dan mengukur

bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkan dengan penekanan otot pada tahap

yang relevan dalam terusan ujaran. (Contoh gambar tentang alat-alat itu yang boleh

diperoleh daripada Colin Painter: An Introduction to Instrumental Phonetics, 1979:

198 & 208 ada dikemukakannya.)

FONETIK AKUSTIK

o   Fonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi

bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri,

iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang

disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh artikulator atau alat artikulasi seperti

pita suara, lidah, bibir dan sebagainya yang membawa bunyi bahasa itu ke telinga

pendengar. Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang

menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi

Page 3: artikulasi

nada, kelantangan dan kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram bunyi-

bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan

tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui

penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang

berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada suara

seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan

getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki. Hal

ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap

saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi setiap saat.

Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga

mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal

belakang.  Bunyi vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal

belakang nadanya lebih rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu

ialah bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi

[u] dan [o]. Demikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan

getaran pada pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang

disebabkan oleh tiada getaran pada pita suara didapati nada bunyi-bunyi bersuara

lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi

berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara. Hasil kajian melalui penggunaan

spektrogram juga mendapati bahawa bunyi  konsonan dan suku kata dalam bahasa

Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini kerana faktor yang

mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari paru-paru.

Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara

bertambah dan kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh

tahap kelantangan bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh

tekanan udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [š]

didapati lebih lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v].

JENIS ARTIKULASI DAN KLASIFIKASI BUNYI BAHASA

A. Jenis-jenis Artikulasi

Pada bahasan sebelumnya telah dipelajari alat-alat ucap dengan baik. berbagai bunyi yang kta dengar dari alat bunyi merupakan hasil macam-macam penyekatan atau rintangan terhadap udara yang ditiupkan ke dalamnya. Paru-paru dapat menghembuskan udara ke tempat alat ucap yang ada di atasnya melalui tenggorokan dan kerongkongan dapat mengalami macam-macam penyekatan dan rintangan. Rongga yang dilalui aliran udara itu dapat berubah-ubah bentuknya disebabkan oleh jenis-jenis gerakan artikulator.

Artikulator adalah bagian alat ucap yang dapat bergerak dan menyentuh daerah artikulasi. Daerah artikulasi atau titik artikulasi selalu berada pada posisi tetap, tidak dapat bergerak. Sebagai akibat dari gerakan artikulator-artikulator yang menyentuh titik artikulasi terjadilah jenis-jenis artikulasi. Jenis-jenis artikulasi yang dimaksud adalah sebagai berikut.

Page 4: artikulasi

1) Hentian (stop), terjadi karena aliran udara terhenti sepenuhnya pada suatu tempat oleh alat ucap yang menutup rapat, sehingga terbentuklah bunyi-bunyi seperti p, b, t, d, k, g.

2) Spiran, terjadi bila rongga tempat udara lewat menyempit sehingga terbentuklah bunyi-bunyi berdesis seperti s,sy,z.

3) Getar atau trill, terjadi bila salah satu alat ucap bergetar sehingga terbentuk bunyi r.

4) Vokal, terjadi bila udara yang keluar dari paru-paru boleh dikatakan tidak mendapat rintangan, sedangkan rongga mulut berubah-ubah bentuknya karena gerakan lidah dan bibir, sehingga terbentuklahh bunyi-bunyi seperti a, i, u, e, o.

5) Frikatif, pada dasarnya jenis artikulasi ini termasuk ke dalam spiran. Bunyi f, v, dan sebagainya menjadi bunyi yang dihasilkan jenis bunyi ini.

BIDANG FONETIK

Berbicara tentang bidang fonetik ini, beberapa orang linguis mempunyai pendapat yang sama tentang aspek kajian yang boleh dilakukan oleh ahli fonetik. Ada tiga aspek kajian, iaitu:

· fonetik artikulasi (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi)

· fonetik akustik (cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa)

· fonetik auditori (cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran sebagai persepsi bahasa)

FONETIK ARTIKULASI

oFonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator bahagian dada, tekak dan kepala.

oArtikulator bahagian dada seperti paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea). Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal cords), krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks (pharynx) atau dinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis). Artikulator bahagian kepala pula boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif.

Page 5: artikulasi

ARTIKULATOR AKTIF

o Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue - laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa.

ARTIKULATOR PASIF

o Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak. Malahan, artikulator pasif disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity).

o Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas, bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial (‘bi’ bermakna ‘dua’ dan ‘labial’ bermakna ‘bibir’). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.

Daerah artikulasiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Page 6: artikulasi

Daerah artikulasi (pasif dan aktif):

1. Ekso-labial; 2. Endo-labial; 3. Gigi (Dental); 4. Gusi (Alveolar); 5. Belakang gusi (Postalveolar); 6. Pra-lelangit (Pre-

palatal); 7. Lelangit (Palatal); 8. Velar; 9. Uvular; 10. Farinks; 11. Glotis; 12. Epiglotis; 13. Akar (Radikal); 14. Postero-

dorsal; 15. Antero-dorsal; 16. Laminal; 17. Hujung lidah (Apikal); 18. Sub-apikal

Dalam bidang fonetik artikulasi, daerah artikulasi ialah titik penyentuhan di mana berlakunya halangan

dalam saluran vokal antara artikulator aktif (bergerak, biasanya sebahagian lidah) dan artikulator pasif

(pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut) untuk menghasilkan konsonan. Bersamacara

artikulasi dan pembunyian, inilah yang menentukan bunyi tersendiri sesebuah konsonan.

Contohnya, bibir bawah yang aktif boleh menyentuh bibir atas yang pasih (dwibibir, seperti [m]) atau gigi

atas (bibir-gigi, seperti [f]). Lelangit keras boleh disentuh oleh bahagian depan atau belakang lidah. Jika

depan lidah digunakan, maka daerahnya dipanggil gelungan; juga belakang lidah ("dorsum") pula,

maka lelangit (palatal) namanya.

Terdapat lima artikulator aktif yang asas, iaitu: bibir ("labial"), depan lidah yang lentur ("koronal"), bahagian

tengah/belakang lidah ("dorsal"), akar lidah bersama epiglotis ("radikal"), dan larinks ("glotis"). Artikulator-

artikulator ini boleh bertindak sendirian, atau dua daripadanya boleh bertindak serentak.

Artikulasi pasif pula tidak jelas sempadan daerahnya, iaitu berlakunya pertindanan antara daerah lidah-

bibir dan antargigi, antargigi dan gigi, gigi dan gusi, gusi dan lelangit, lelangit dan velar, dan velar dan

uvular, yang boleh disentuh oleh mana-mana konsonan.

Selain itu, apabila bahagian depan lidah digunakan, itupun sama ada permukaan atas atau daun lidah

("laminal"), ataupun hujung lidah ("apikal"), atau permukaan bawahnya ("sub-apikal"), yang melakukan

sentuhannya; ketiga-tiganya bertindan menjadi satu tanpa sempadan yang jelas.

Page 7: artikulasi

Kelompok konsonan yang berkongsi daerah artikulasi yang sama, seperti konsonan-konsonan gusi n, t, d,

s, z, l dalam bahasa Melayu, dikatakan merupakan homorganik. Wujudnya satu hukum sengauan

homorganik, iaitu daerah artikulasi sesuatu bunyi terawal berasimilasi dengan bunyi terakhir dalam

imbuhan awalan. Contohnya: baca diimbuhkan dengan awalan me(n) menjadi membaca; kutip dengan

imbuhan yang sama menjadi mengutip.

Isi kandungan

[sorokkan]

1 Jadual artikulasi aktif dan daerah artikulasi

2 Senarai daerah artikulasi

3 Sengauan dan sisian

4 Artikulasi serentak

5 Lihat juga

6 Rujukan

7 Pautan luar

[sunting]Jadual artikulasi aktif dan daerah artikulasi

Daerah artikulasi aktif + pasif

Daerahartikulasi

• Bibir

Dwibibir

Bibir-velar

Bibir-gusi

Bibir-gigi

• Dwigigi

• Koronal

Lidah-bibir

Antargigi

Gigi

Gigi-gusi

Gusi

Hujung lidah

Laminal

Belakang gusi

Gusi-lelangit

Gelungan

• Dorsal

Lelangit

Labial-palatal

Velar

Uvular

Uvular-epiglotis

• Radikal

Farinks

Page 8: artikulasi

Gerakan aktif

Bibir (Labial) Dwibibir (Bilabial)

Bibir-gigi (Labiodental)

Koronal Laminal Lidah-bibir (Linguolabial)

Antargigi (Interdental)

Gigi (Dental) laminal

Gigi-gusi (Denti-alveolar) laminal

Gusi (Alveolar) laminal

Belakang gusi (Postalveolar) laminal ("gelungan" #1)

Lengkungan (separa dipalatalkan)

Belakang gusi lengkungan ("palato-alveolar")

Dipalatalkan Belakang gusi dipalatalkan ("gusi-lelangit")

Hujung lidah (Apikal) Gigi hujung lidah

Gusi hujung lidah

Belakang gusi hujung lidah ("gelungan" #2)

Bawah lidah (Sub-apikal) (Pra-)Lelangit sub-apikal ("gelungan" #3)

Belakang (Dorsal) Pra-lelangit

Lelangit

Pra-velar (atau tengah lelangit)

Lelangit lembut (Velar)

Pasca-velar

Anak tekak (Uvular)

Page 9: artikulasi

Akar (Radikal) Farinks atas

Farinks bawah

Epiglotis-farinks

Katup tenggorok (Epiglotis)

Larinks Glotis

[sunting]Senarai daerah artikulasi

Dwibibir (Bilabial) : antara kedua-dua belah bibir

Bibir-gigi (Labiodental) : antara bibir bawah dan gigi atas

Lidah-bibir (Linguolabial) : antara depan lidah dan bibir atas

Gigi (Dental) : antara depan lidah dan gigi atas

Gusi (Alveolar) : antara depan lidah dan batas di belakang gusi

Belakang gusi (Postalveolar) : antara depan lidah dan ruang di belakang batas gusi

Gelungan (Retrofleks) : sebetul-betulnya, lidah menggelung ke belakang agar bahagian bawahnya

menyentuh lelangit

Lelangit keras (Palatal) : antara tengah lidah dan lelangit keras

Lelangit lenbut (Velar) : antara belakang lidah dan lelangit lembut (velum)

Anak tekak (Uvular) : antara belakang lidah dan anak tekak (yang tergantung di belakang mulut)

(Semua konsonan di atas boleh disengaukan, kebanyakannya juga boleh disisikan.)

Farinks : antara akar lidah dan belakang kerongkong (farinks)

Epiglotis-farinks : antara epiglotis dan belakang kerongkong

Epiglotis : antara lipatan aryepiglotis dan epiglotis (lihat larinks)

Glotis : di glotis (lihat larinks)

[sunting]Sengauan dan sisian

Untuk menghasilkan sengauan, lelangit lembut direndahakn untuk membolehkan udara melalui

hidung (sebenarnya daerah juga, tetapi dianggap sebagai cara artikulasi)

Untuk menghasilkan sisian, udara dihembuskan melalui sisi lidah dan gigi, bukan melalui hujung

lidah. Bahasa Melayu cuma ada satu sisian, iaitu /l/, tetapi sesetengah bahasa lain ada lebih dari satu,

cth. bahasa Sepanyol yang berhuruf "l" lwn. "ll"; bahasa Hindi dengan sisian gigi, lelangit dan

gelungan; dan berbilang-bilang bahasa Pribumi Amerika yang merangkumi sisian yang

berbentuk malaran tak geser, geseran dan letusan.

Page 10: artikulasi

[sunting]Artikulasi serentak

Sesetengah bahasa ada konsonan yang dihasilkan di dua daerah artikulasi serentak, iaitu artikulasi

serentak. Antaranya termasuk:

Pembibiran , membundarkan bibir sambil menghasilkan halangan, seperti [kʷ] dan /w/ dalam bahasa

Inggeris.

Pempalatalan , menaikkan anggota lidah ke arah lelangit keras sambil menghasilkan halangan,

seperti /tʲ/ dalam bahasa Rusia.

Pemvelaran , menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut (velum), seperti [lˠ] atau [ɫ].

Pemfarinksan , menjerut kerongkong (pharynx), seperti [tˤ] dalam bahasa Arab.

Hentian berartikulasi ganda: dua hentian yang dihasilkan serentak, contoh: konsonan bibir-

velar seperti [kJ p] yang terdapat di Afrika Barat dan Tengah; konsonan bibir-gusi [tJ p dJ b nJ m] yang

ditemui sebagai konsonan tersendiri dalam sebuah bahasa di New Guinea yang juga membezakan

hentian bibir-belakang gusi. Bahasa Somali ada hentian uvular-epiglotis [q͡J ʡ].