aru-baru ini negara dikejutkan dengan fenomena...
Transcript of aru-baru ini negara dikejutkan dengan fenomena...
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan fenomena banjir
besar yang melanda beberapa negeri di selatan
Semenanjung. Banjir besar telah melanda bermula 19
Disember 2006 akibat hujan lebat yang mencurah-curah.
Selepas air mulai surut dan ketika orang ramai mula
berpindah balik ke rumah dari pusat pemindahan, banjir
kedua pula berlaku 12 Januari 2007.
Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat
banjir dengan mangsa yang dipindahkan sehingga 90,000
semasa banjir pertama dan melebihi 100,000 orang ketika
banjir kedua.
Banjir yang melanda dalam jangka masa melebihi sebulan
telah mengakibatkan kerosakan bukan sahaja ke atas
harta benda dan infrastruktur malah sektor pertanian turut
menghadapi kemusnahan. Anggaran kerugian yang
dialami sektor pertanian termasuk ternakan dan industri
asas tani akibat banjir besar yang melanda beberapa buah
negeri terutama di Johor baru-baru ini mencecah hampir
RM70 juta dan kebanyakannya infrastruktur sektor
pertanian. Kerugian RM39 juta dialami oleh para petani di
seluruh negara termasuk Johor akibat banjir pertama dan
selebihnya kerugian banjir pusingan kedua.
Banjir yang mengakibatkan kemusnahan terhadap sektor
pertanian ini turut dirasai oleh pengusaha daripada sektor
swasta yang kebanyakannya mengusahakan ladang-
ladang kelapa sawit. Walaupun pokok kelapa sawit matang
mampu bertahan di dalam air bertakung berbanding pokok
kecil tetapi kerosakan infrastruktur seperti jalan ladang
menyukarkan pengeluaran hasil. Disebabkan ladang
dilanda banjir, pekerja-pekerja tidak keluar bekerja dan
turut dipindahkan kepenempatan sementara. Produktiviti
ladang terjejas akibat
hasil tidak boleh diambil dan
dikeluarkan.
Bagi pengusaha industri asas tani, aktiviti mereka terjejas
teruk kerana produk tidak dapat dihasilkan manakala
kelengkapan peralatan mengalami kerosakan akibat
ditenggelami air. Peralatan yang rosak perlu diperbaiki dan
bagi yang tidak boleh diperbaiki peralatan baru terpaksa
dibeli bagi memastikan produk dapat dihasilkan. Di
samping itu mereka juga terpaksa menanggung bayaran
balik pinjaman peralatan yang rosak.
Kerugian juga turut dialami oleh pesawah walaupun
bilangan pesawah yang terlibat tidak seramai disebelah
utara Semenanjung. Kebanyakan pesawah mengalami
kerugian kerana sawah yang dimiliki ditenggelami air
dikala anak pokok padi masih diperingkat semaian atau
diperingkat penuaian. Anak pokok padi akan rosak jika
ditenggelami air melebihi satu minggu manakala pada
peringkat penuaian, pokok padi yang menunggu masa
untuk dituai akan rebah dan tidak boleh diambil oleh
jentuai.
Kesan banjir juga turut dirasai oleh pekebun-pekebun kecil
yang mengusahakan tanaman buah-buahan seperti
durian, nangka, tanaman kontan dan sebagainya kerana
tanaman tersebut tidak mampu bertahan lama apabila
2
ditenggelami air. Sementara itu pengusaha-pengusaha
kebun sayur turut mengalami bencana banjir kerana projek
yang mereka usahakan kebanyakan terletak di kawasan
tanah pamah dan mudah dinaiki air.
Di seluruh negeri Johor sahaja dianggarkan lebih 75 peratus
daripada kebun sayur seluas 1,600 hektar yang dimiliki 100
petani ditenggelami air lebih satu meter. Ladang yang
membekalkan sayur untuk pasaran tempatan dan eksport ini
mengalami kerugian melebihi RM10 juta meliputi kemusnahan
anak benih, pokok sayuran, mesin, jentera serta stok baja.
Banjir besar luar biasa yang melanda negeri ini turut
menyebabkan kenaikan harga sayur berikutan tiada bekalan
dari ladang sayur di seluruh Johor. Banjir menyebabkan
kesukaran pengusaha mengeluarkan hasil tanaman masing-
masing berikutan jalan ladang tidak dapat dilalui kerana dinaiki
air. Pengguna terpaksa bergantung kepada bekalan sayur dari
Melaka, Kuala Lumpur, Ipoh dan Cameron Highlands.
Bagi peladang yang mengusahakan ternakan pula turut
mengalami kerugian disebabkan kematian ternakan atau
kemusnahan infrastruktur dan peralatan ladang. Kebanyakan
pengusaha tidak sempat menyelamatkan ternakan dan
peralatan kerana banjir yang melanda terlalu pantas. Manakala
bagi pengusaha kolam ternakan, kerugian yang dialami lebih
tinggi kerana ternakan yang terdapat dalam kolam akan bebas
mengikut arus air atau mati disebabkan air banjir yang
tercemar.
Bagi mengurangkan tekanan kepada para peladang dan
penternak, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan,
pihak swasta dan badan-badan NGO dengan
menyalurkan bantuan dan kemudahan. Bantuan yang
disalurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan
beban yang ditanggung oleh mereka.
Kerajaan melalui Jawatankuasa Bencana Negara
meluluskan peruntukan kira-kira RM6 juta untuk semua
petani di seluruh negara yang mengalami kerugian akibat
banjir pusingan pertama Disember lalu. Kementerian
Pertanian dan Industri asas Tani telah menyiapkan data
taksiran kerugian yang dialami para petani dalam banjir.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut
menyediakan wang ihsan berjumlah RM7.479 juta untuk
6,700 orang penternak dan petani yang terbabit dengan
banjir besar di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan
Pahang. Pembayaran bergantung kepada jumlah
kerugian yang ditanggung dan nilainya berbeza antara
petani dan penternak.
Kerajaan juga meminta bank-bank komersial menimbang
untuk memberikan semula pinjaman kepada petani dan
penternak bagi memulakan projek baru menerusi Skim
Kemudahan Jaminan Bantuan Ist imewa (KJBI)
berjumlah RM500 juta yang diumumkan Y.A.B. Perdana
Menteri.
Peladang dan penternak yang terjejas dengan banjir
perlu menggunakan bantuan dan kemudahan yang
diberikan oleh kerajaan dan pihak swasta untuk memulih
dan membangunkan semula aktiviti pertanian yang
mereka usahakan agar kembali seperti sediakala.
3
Perakaunan merupakan aktiviti yang melibatkan kerja-
kerja merekod, mengkelas dan mengira data-data
urusniaga ke dokumen-dokumen dan juga buku-buku yang
sesuai. Manual Perakaunan Peladang ini disediakan bagi
membantu peladang dan penternak sebagai:
· Panduan dan tatacara merekod maklumat
kewangan yang berkaitan dengan aktiviti dan
kegiatan berasaskan pertanian.
· Penyediaan maklumat kewangan bagi membantu
Peladang-peladang membuat keputusan perniagaan
supaya lebih kompetitif dari aspek perolehan dan kos
setanding dengan pengeluar-pengeluar dari negara
lain dalam bidang/sektor yang sama.
· Menilai keberkesanan pengawalan, pengurusan dan
perbelanjaan yang terlibat termasuk kos-kos bantuan
dan subsidi yang disumbangkan oleh kerajaan dan
pihak swasta.
· Mengawasi perjalanan aktiviti dengan lebih cekap
dan berkesan.
· Satu proses meningkatkan kefahaman, kemahiran
merekod dan menyediakan laporan perakaunan
yang dapat memberikan gambaran transaksi yang
benar dan saksama.
Justeru itu, demi kemudahan peladang dan penternak,
panduan ini telah disediakan khusus menjelaskan tatacara
menyediakan simpankira dan merekod maklumat
perakaunan berasaskan aktiviti pertanian seperti berikut:
· Tanaman · Ternakan · Ternakair
Asas Perakaunan
Amalan dan prinsip asas perakaunan merupakan
kaedah-kaedah perakaunan yang digunakan untuk
mengakaunkan nilai-nilai wang bagi setiap aktiviti
ekonomi yang diperakaunkan dan menguntukkannya
kepada suatu tempoh masa perakaunan. Bagi peringkat
asas dan permulaan, manual ini berpegang kepada
prinsip dan asas perakaunan berikut:
Asas Tunai
Prinsip ini mengiktiraf segala urusniaga dan keperluan
ekonomi hanya apabila tunai diterima atau dibayar dan
bukannya bila manafaat diterima atau disediakan. Tiga
elemen penting di dalam menyediakan perakaunan asas
tunai ini adalah terimaan tunai, pembayaran tunai dan
baki/kelebihan tunai. Kelebihan utama asas tunai
digunakan adalah kerana ianya lebih mudah difahami
dan diselenggarakan serta memberi fokus ke atas aliran
tunai sahaja. Di samping i tu penyediaan dan
pengrekodan dokumen perakaunan adalah lebih
mudah.
Kos Sejarah
Asas-asas akaun ini disediakan berdasarkan kelaziman
kos sejarah. Prinsip ini digunakan untuk merekod
urusniaga mengikut nilai sebenar iaitu pada masa
urusniaga itu berlaku kerana lebih objektif dan boleh
dibuktikan.
Tempoh Perakaunan
Prinsip ini memegang kepada andaian bahawa
urusniaga dan aktiviti yang dijalankan adalah bagi
tempoh-tempoh perakaunan tertentu.
Pendapatan hasil
Jumlah wang yang diperolehi daripada sebarang aktiviti
urusniaga dalam satu tempoh perakaunan seperti jualan
44
hasil pengeluaran tanaman, ternakan, ternakair,
perkhidmatan, komisyen, dividen dan sewaan.
Perbelanjaan Hasil
Pembayaran tunai yang dikeluarkan bagi tujuan membiayai
kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk
mendapatkan hasil. Belanja tersebut diiktiraf apabila
manafaatnya diperolehi dan dibayar dalam tempoh
perakaunan seperti belian alatulis, bayaran gaji dan upah,
bil air dan elektrik, belian benih, belian input pertanian,
sewa dan ansuran pinjaman.
Pendapatan Modal
Terimaan tunai atau barangan daripada aktiviti selain
daripada hasil kegiatan perniagaan seperti modal
permulaan perniagaan, pinjaman bank, tunai daripada
penjualan aset tetap dan bantuan-bantuan yang diterima
daripada badan kerajaan atau swasta.
Perbelanjaan modal
Perbelanjaan ini melibatkan aktiviti membeli harta tetap
yang digunakan dalam satu jangkamasa panjang seperti
pembelian mesin, jentera, tanah, bangunan, kilang, kedai,
perabot dan kenderaan.
Carta Aliran Perakaunan
Proses merekod boleh dibahagikan kepada tiga peringkat
utama seperti carta Aliran di bawah:
Dokumen Asas Perakaunan
Dokumen berbentuk keterangan bertulis atau bercetak
secara manual mahupun secara elektronik.
Dokumen boleh diwujudkan dalam pelbagai bentuk, saiz,
rupa, kegunaan dan bahan yang digunakan. Dokumen
perniagaan berfungsi sebagai satu jenis surat yang
merekodkan butir-butir urusniaga yang berlaku dalam
satu-satu masa. Setiap urusniaga perlu disokong dengan
dokumen agar dapat digunakan sebagai bukti perniagaan.
Setiap dokumen yang digunakan atau yang dikumpulkan
perlulah diasingkan mengikut kategori dan juga mengikut
urusniaga yang berlaku. Di antara dokumen-dokumen
perniagaan yang biasa terlibat dalam proses urusniaga
adalah seperti berikut:
Buku Tunai
Buku ini mengandungi dua Bahagian utama iaitu
Lembaran Terimaan dan Lembaran Pembayaran. Tatacara
merekod buku tunai adalah seperti berikut:
Lembaran Terimaan Tunai
a. Lembaran ini akan mencatatkan segala terimaan
tunai atau cek yang berasaskan dokumen-dokumen
punca seperti resit, slip bank atau keratan cek.
b. Semua Keterangan catatan terimaan-terimaan
dibuat bermula daripada ruangan di sebelah kiri iaitu
tarikh terimaan, nyatakan butir-butir daripada mana
terimaan diterima, jumlah amaun tunai atau nilai
cek yang diterima, nombor resit (sekiranya ada)
dan isi amaun dalam ruangan “akaun” bagi catatan
tujuan terimaan tunai tersebut.
c. Catat amaun dalam ruangan “Pelbagai” bagi sesuatu
terimaan yang tiada dikhaskan ruangan.
d. Pada akhir bulan, jumlahkan terimaan ditiap-tiap
satu ruangan khas diakaun masing-masing untuk
dipindahkan di dalam Ringkasan Hasil dan Belanja
mengikut tajuk akaun masing-masing.
2. Buku Tunai
1. Dokumen Punca
3. Penyata Pendapatan
5
Lembaran Pembayaran Tunai
a. Ruangan ini akan mencatatkan semua pembayaran
wang tunai atau cek berasaskan baucer
pembayaran, bil, invois, keratan cek, atau slip
mesin daftar semasa berlaku proses pembelian
barang.
b. Semua Keterangan catatan bayaran-bayaran dibuat
bermula daripada ruangan di sebelah kiri iaitu tarikh
bayaran, nyatakan butir-butir kepada siapa
pembayaran dibuat, jumlah amaun tunai atau nilai
cek yang dibayar, nombor siri baucer bayaran/
keratan cek/slip mesin daftar (sekiranya ada) dan
seterusnya, isi amaun dalam ruangan “akaun” bagi
catatan tujuan bayaran tunai tersebut dibuat.
c. Catat amaun dalam ruangan “Pelbagai” bagi sesuatu
bayaran am yang tiada dikhaskan ruangan.
d. Pada akhir bulan, jumlahkan bayaran ditiap-tiap satu
ruangan khas diakaun masing-masing untuk di
pindahkan ke dalam Ringkasan Hasil dan Belanja
mengikut tajuk akaun masing-masing.
Pengkelasan Akaun Hasil Dan Belanja
Pendapatan hasil Projek Tanaman
i. Jualan hasil tanaman.
ii. Jualan benih semaian
iii. Sewaan – lori, jentera, peralatan projek
iv. Hasil-hasil lain
Pendapatan Hasil Projek Ternakan
i. Jualan hasil ternakan
ii. Jualan baka
iii. Jualan Makanan ternakan
iv. Jualan sisa ternakan
v. Sewaan – lori, kenderaan, reban, tapak
vi. Hasil-hasil selain ternakan
Pendapatan Hasil Projek Ternakair
i. Jualan hasil ternakair
ii. Jualan benih/baka ternakair
iii. Sewaan – kolam, tapak kolam
iv. Hasil-hasil lain
Perbelanjaan hasil Projek Tanaman
i. Belian benih
ii. Belian input – baja, racun
iii. Pembajakan dan penyelengaraan ladang
iv. Pengangkutan – traktor
v. Sewaan – alatan dan jentera
vi. Pemasaran
vii. Upah dan gaji
viii. Ansuran pinjaman
ix. Pentadbiran – alatulis, telefon, elektrik dan air
x. Lain-lain
Perbelanjaan hasil Projek Ternakan
i. Belian baka
ii. Belian makanan ternakan
iii. Belian ubatan dan rawatan
iv. Penyelengaraan kandang, reban
v. Sewaan – tapak, alatan, kandang, reban
vi. Pengangkutan
vii. Pemasaran
viii. Upah dan gaji
ix. Ansuran pinjaman
x. Pentadbiran - alatulis, telefon, elektrik dan air
xi. Lain-lain
Peringkat Dokumen Tujuan/Kegunaan
Resit/keratan cek/slip bank
Baucer bayaran/bil/invois/keratan
cek/slip mesin daftar
Merekod terimaan tunai/cek semasa jualan berlaku
Merekod pembayaran tunai/cek semasa proses belian berlaku
Buku Tunai HarianMerekod semua terimaan atau pembayaran tunai/cek beserta
butir-butir urusniaga yang berlaku setiap hari berasaskan resit
dan dokumen baucer pembayaran
Penyata Pendapatan (Bulanan)Setiap urusniaga harian akan dijumlahkan setiap bulan dan
dipindahkan ke Penyata Untungrugi mengikut bulan bagi tujuan
mengetahui kelebihan hasil
1
2
3
6
Perbelanjaan hasil Projek Ternakair
i. Belian benih/baka
ii. Belian makanan
iii. Belian ubatan/rawatan
iv. Bahan bakar dan minyak
v. Penyelengaraan kolam
vi. Pengangkutan
vii. Pemasaran
viii.Sewaan- alatan, kolam
ix. Ansuran pinjaman
x. Pentadbiran - alatulis, telefon, elektrik dan air
xi. Lain-lain
Penyata Pendapatan
Penyata ini disediakan bagi mengetahui prestasi
perniagaan samada berlaku kelebihan atau kekurangan
pendapatan hasil daripada belanja bagi sesesuatu tempoh
(setiap bulan). Tatacara merekod Penyata ini adalah
seperti berikut:
i. Masukkan jumlah terimaan yang berlaku sepanjang
bulan mengikut klasifikasi pendapatan yang telah
ditentukan. Kenalpasti butir-butir terimaan lain dan
asingkan terimaan modal (sekiranya ada) seperti untung
atas jualan aset. Hanya terimaan hasil sahaja
dimasukkan sebagai pendapatan operasi.
ii. Masukkan jumlah pembayaran yang berlaku sepanjang
bulan mengikut klasifikasi perbelanjaan yang telah
ditentukan. Kenalpasti butir-butir belanja am dan
asingkan belanja modal (sekiranya ada) seperti belian
aset tetap. Hanya belanja hasil sahaja di masukkan
sebagai perbelanjaan operasi.
iii. Jumlahkan semua pendapatan yang diperolehi dan
jumlahkan perbelanjaan yang telah dikenakan. Catatkan
kelebihan atau kekurangan yang berlaku dengan
mengambilkira perbezaan diantara jumlah besar
Pendapatan Hasil dan jumlah besar Perbelanjaan Hasil.
iv. Pengiraan menunjukkan kelebihan bermakna jumlah
Pendapatan melebihi jumlah Perbelanjaan dan
sekiranya pengiraan menunjukkan Kekurangan
bermaksud jumlah Perbelanjaan melebihi jumlah
Pendapatan.
v. Bagi memberikan gambaran yang lebih tepat berkaitan
kedudukan kewangan pada akhir setiap bulan, semua
terimaan modal seperti pinjaman daripada bank atau
agensi kerajaan serta bantuan-bantuan yang diterima
secara geran/subsidi (sekiranya nilai diketahui)
hendaklah dicatatkan di dalam ruangan Pendapatan
Modal. Sementara itu item-item perbelanjaan seperti
pembelian peralatan dan mesin yang dikenalpasti
bolehlah dicatatkan di dalam ruangan perbelanjaan
hasil. Maklumat ini perlu dicatatkan bagi tujuan
pelarasan akhir tahun dibuat seperti pelarasan susutnilai
bagi menentukan kedudukan sebenar harta dan
kewangan perniagaan berkaitan.
Perakaunan peladang yang dinyatakan adalah asas bagi
menjadikan projek yang diusahakan peladang bersistematik
dalam pengurusan agar projek berdaya saing.
Dokumen Tujuan/Kegunaan
Invois Dokumen bagi tujuan urusniaga secara hutang. Berfungsi merekod amaun barangan yang
dihantar, nilai barangan tersebut, syarat pembayaran dan maklumat perniagaan.
ResitSatu dokumen yang digunakan untuk menunjukkan satu urusniaga tunai telah berlaku.
Kebiasaannya digunakan bagi jumlah nilai jualan yang besar atau diperlukan oleh pembeli.
Keratan Cek Sebagai satu alat pembayaran yang boleh digunakan sebagai rujukan berguna bagi merekod
sesuatu pembayaran yang berlaku.
Slip Mesin
DaftarTunaiSlip ini dikeluarkan melalui penggunaan mesin daftar bagi mempercepatkan proses merekod
jualan tunai terutama secara runcit.
Baucer
PembayaranDokumen rasmi yang digunakan bagi tujuan pembayaran. Baucer kebiasaannya mengandungi maklumat
lengkap berkaitan amaun dibayar, jenis belanja, bentuk pembayaran dan maklumat perniagaan.
7
Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan
manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan
dan ekonomi serta menjadi matlamat pengusaha pertanian
bahawa setiap pelaburan yang dilakukan mampu memberi
pulangan menguntungkan.
Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukan satu
langkah ke belakang, sebaliknya usaha dipergiatkan bagi
menjadikan sektor ini sebagai perniagaan untuk jangka
panjang. Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan
telah melakukan perubahan, tidak lagi mengikut cara lama
sebaliknya menggunakan bioteknologi dan teknologi
moden bagi menambah nilai hasil pertanian negara.
Kerajaan tidak melihat pertanian sebagai sektor yang
mundur akan tetapi sebagai sektor industri yang mampu
menjana pertumbuhan ekonomi negara selain
mengurangkan import makanan. Oleh yang demikian, kita
perlu merubah tanggapan bahawa pertanian merupakan
aktiviti ekonomi yang mempunyai sedikit nilai ditambah
serta menjana pendapatan yang rendah kepada salah satu
cabang perniagaan yang berpotensi untuk dimajukan.
Sektor tani merupakan kegiatan utama ekonomi
masyarakat luar bandar. Kaum bumiputera merupakan
golongan tertinggi yang terlibat dalam pertanian. Dengan
itu, pembangunan sektor pertanian bukan setakat menjana
sumber pertumbuhan baru, malah dapat membantu usaha
merapatkan jurang sosioekonomi di dalam negara.
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha
meningkatkan rantaian nilai serta meneroka aktiviti
berasaskan pertanian yang mempunyai nilai ditambah
yang tinggi, perladangan komersial berskala besar dan
menggunakan ICT serta memanfaatkan sepenuhnya
potensi dalam bioteknologi. Masyarakat tani pula perlu
mengambil peluang yang tersedia ini bagi memajukan
diri dan sektor pertanian keseluruhannya.
Bioteknologi merupakan satu industri baru dan penting,
berpotensi menjana sumber kekayaan baru. Usaha
akan dipergiat bagi membangunkan industr i
bioteknologi sebagai peneraju baru pertumbuhan
ekonomi. Tumpuan akan diberi kepada penggunaan
bioteknologi dalam pertanian.
Perjalanan untuk menjadikan sektor tersebut sebagai
satu perniagaan memerlukan pembudayaan
keusahawanan dalam pertanian supaya dapat
melahirkan satu generasi usahawan tani bagi
menerajui usaha merevolusikan sektor pengeluaran
makanan.
8
Untuk berjaya di dalam bidang pertanian kita perlu ada
role model petani-petani bejaya. Skala pertanian yang kecil
masih menjadi masalah besar dan menghalang para
petani meningkatkan pendapatan mereka. Petani harus
bekerja pada skala ekonomi yang dapat meningkatkan
pendapatan dengan mengkomersialkan usaha yang ada.
Di sinilah letaknya peranan bank dan agensi berkaitan
untuk membantu petani mengusahakan sektor pertanian
secara komersial.
Masyarakat tani perlu mengubah mentaliti dan pendapat
selama ini bahawa hasil pengeluaran mereka hanya cukup
untuk keperluan sendiri dan akan dijual sekiranya ada
lebihan. Aspek kualiti bukan keutamaan dalam
pengeluaran mereka. Mereka perlu yakin bahawa aktiviti
pertanian masa kini bukan sekadar memenuhi keperluan
sara hidup sahaja malah ianya satu perniagaan yang boleh
memberikan kekayaan. Berdasarkan perkembangan
semasa iaitu dengan penggunaan jentera, pertanian
secara tradisional yang menghasilkan produktiviti rendah
boleh ditingkatkan melalui teknologi sedia ada.
Sektor pertanian yang sedang rancak dibangunkan oleh
kerajaan meliputi industri asas tani yang ketika ini telah
mencapai nilai ditambah dan berpotensi menyediakan
128,000 pekerjaan baru secara langsung dalam jangka
masa lima tahun akan datang. Potensi sektor ini tiada
batasannya jika diusahakan dengan teliti. Menjelang tahun
2020, sektor pertanian perlu berada di tahap kejayaan
yang membantu membina imej sebuah negara maju.
Di negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa
negara maju lain, petani dipandang tinggi kerana mereka
tergolong daripada orang-orang kaya. Ini disebabkan sektor
pertanian yang diusahakan oleh mereka memberi pulangan
menguntungkan. Menurut pakar ekonomi berkaitan
pertanian, orang kaya dalam sektor pertanian sebenarnya
bukan terdiri daripada golongan petani sejati tetapi adalah
golongan pelabur dari sektor swasta atau individu yang
mempunyai modal besar untuk mengusahakan industri
pertanian secara komersial. Pertanian merupakan satu
bidang yang memerlukan modal besar dan hanya mereka
yang sanggup melabur akan memperolehi kejayaan.
Untuk memastikan pertanian yang diusahakan
menguntungkan, usahawan tani perlu sedia berubah
terhadap cara berfikir, bertindak dan membuat keputusan
sebagai seorang usahawan (businessman). Setiap
perbelanjaan dan pendapatan direkod bagi mengetahui
untung rugi sesuatu projek yang diusahakan. Trend
pasaran, risiko dalam bidang pertanian, keadaan
persekitaran, cuaca dan lain-lain yang berkaitan dengan
faktor pengeluaran perlu sentiasa diberikan perhatian.
“Berdasarkan
perkembangan semasa iaitu dengan
penggunaan jentera, pertanian secara
tradisional yang menghasilkan
produktiviti rendah boleh ditingkatkan
melalui teknologi sedia ada.”
99
Bagi memastikan bidang pertanian merupakan perniagaan
yang menguntungkan dan mampu memberikan kekayaan,
aspek kuantiti dan kualiti sentiasa dipertingkatkan. Kualiti
produk yang dihasilkan akan menentukan harga pasaran
hasil yang akan dijual. Bagi menambahkan lagi daya saing
produk yang dihasilkan, proses nilai tambah seperti
pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan
pemasaran perlu juga diberikan keutamaan.
Pertanian dalam negara mampu berdaya saing sekiranya
semua pengusaha dalam bidang pertanian turut
mengambilkira program pensijilan yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Pengusaha-pengusaha pertanian boleh mendapatkan
pengiktirafan melalui pensijilan Amalan Pertanian Baik
(APB) seperti sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia
(SALM) daripada Jabatan Pertanian Malaysia, Sijil Amalan
Ladang Ternakan (SALT) daripada Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Malaysia dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur
Malaysia (SPLAM) daripada Jabatan Perikanan Malaysia.
Selain daripada produk yang dikeluarkan berkualiti dan
selamat untuk dimakan, pensijilan diperolehi secara tidak
langsung dapat menepati piawaian pengeluaran antarabangsa
yang membolehkan hasil keluaran dipasarkan ke luar negara.
“Di negara seperti
Amerika Syarikat, Australia
dan beberapa negara maju
lain, petani dipandang tinggi
kerana tergolong orang
kaya.”
10
Pada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan
berbagai kaedah menggunakan teknologi yang
berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama. Asas
pembiakan tanaman yang betul perlu diketahui terlebih
dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanian
bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan.
Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh
dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan
kultura kebunan. Di bawah ini diterangkan asas pembiakan
tanaman yang sering dipraktikkan mengikut kesesuaian
tanaman tersebut.
Pembiakan Biji Benih
Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman
semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga
tanaman hiasan. Biji benih biasanya mengalami
pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin
tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang
mempunyai ciri-ciri yang sama seperti
induknya. Bagi tanaman yang
hendak dibiakkan
dengan cara ini,
pemilihan biji
benlh perlu
dilakukan untuk
mendapatkan
baka yang
t u l e n .
Pemi l ihan
boleh dibuat
d e n g a n
mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:
* Pokok induk yang sihat.
* Buah yang cukup masak
dan tiada serangan
penyakit dan perosak.
* Buah yang normal.
* Buah dipertengahan musim
dan terletak di bahagian tengah
ladang.
Pembiakan Vegetatif (Tampang)
Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara
pembiakan dengan menggunakan
bahagian tertentu tanaman seperti
keratan batang, pucuk, daun dan rizom.
la dilakukan bagi tanaman yang
tidak mengeluarkan biji benih atau
sukar berbunga. Kaedah
pembiakan ini kerap menjadi
pilihan kerana caranya
mudah dan dapat
menghasilkan pokok
dengan baka tulen.
Kaedah ini juga dapat
memendekkan tempoh
matang di mana pokok
mengambil masa lebih pendek untuk
berbunga atau berbuah, tetapi
tumbesaran tanaman dengan cara
ini adalah terhad. Kaedah
keratan, tut, cantuman, belahan
11
rumpun dan bebawang selalu dilakukan tetapi kejayaan
pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman,
keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.
Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras ,
sederhana dan lembut. Bahagian tanaman yang sihat serta
mempunyai beberapa mata tunas dipilih. Keratan tanaman
sepanjang 15-20 cm digunakan. Keratan dipotong serong sedikit
di bawah mata tunas atau pangkal ruas. Biasanya daun-daun
tanaman dibuang untuk mengelakkan pokok yang disemai
kekeringan. Keratan disemai menggunakan media semaian 2 :
1 : 1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan
satu bahagian pasir). Kaedah ini selalu digunakan bagi
membiakkan tanaman hiasan.
Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatang
lembut jenis herba dan renek. Keratan rizom digunakan untuk
tanaman seperti kunyit dan halia. Semaian yang dilakukan perlu
disiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanaman
mengeluarkan pucuk.
Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan
bagi tanaman buah-buahan. Tut melalui proses pembuangan
kulit kayu untuk tujuan pengakaran. Kulit ranting atau dahan pokok
dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang
dan dibuang kulitnya. Bahagian yang terdedah disapukan dengan
hormon penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran.
Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalang
kemasukan air dari luar. Media yang digunakan adalah campuran
dua bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik
bersama sedikit air.
Manakala kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkan
klon pokok yang dikehendaki. Cara ini dapat menjamin baka
tulen diperturunkan kepada anak oleh induk. Terdapat berbagai
kaedah cantuman seperti mata tunas, cantuman baji dan sanding.
Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan seperti
durian, rambutan dan lain-Iain lagi.
Di samping itu, pembiakan dengan kaedah belahan rumpun boleh
dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun. la dapat
menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk. Pokok
dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan
ditanam. Tanaman yang boleh dibiakkan dengan cara
kebanyakkannya terdiri daripada tanaman hiasan.
Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang boleh
ditanam terus tanpa perlu disemai. Bahan tanaman dipilih
daripada pokok yang sudah tua atau matang. Tanaman yang
dibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai peratus hidup
yang tinggi. Sayuran jenis bawang dan beberapa pokok hiasan
dibiakkan melalui cara ini.
Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahiran
dan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh
dilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada
individu yang menceburi dalam bidang pertanian sama ada
sebagai hobi atau komersial.
PenaungDato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad
PenasihatHaji Arpan Shah bin Satu
Ketua PengarangHaji Abd. Nasir bin Haji Ismail
PenyuntingAzizan bin Othman
Rohman bin Jasmani
Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman
Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,
Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50460 Kuala Lumpur.
Grafik/Illustrator
Rohman bin JasmaniKamaruzzan bin Hanif
Berita Transformasi Elektronik
boleh dilayari di
http://www.lpp.gov.my
12