ASAS FOTOGRAFI.docx

5
ASAS FOTOGRAFI Bahagian Kamera TUGASAN KUMPULAN:

Transcript of ASAS FOTOGRAFI.docx

ASAS FOTOGRAFI

Bahagian Kamera

TUGASAN KUMPULAN:Berdasarkan topik di dalam matapelajaran anda, hasilkan lima keping cetakan fotografi dengan menggunakan teknik-teknik penggambaran yang dinyatakan di bawah: 1. Teknik Jarak Jauh 2. Teknik Jarak Sederhana 3. Teknik satu per tiga 4. Teknik Perspektif 5. Teknik Jark DekatTUGASAN INDIVIDU:Dengan menggunakan kamera DSLR secara manual hasilkan cetakan 5 imej yang diambil menggunakan teknik yang berbeza. Hasilkan juga cetakan imej yang menggunakan 5 susunan komposisi yang berbeza. Nyatakan nilai bukaan aperture dan shutter speed yang anda gunakan.

TEKNIK FOTOGRAFIBerikut adalah antara teknik yang sering digunakan.1. Limited Depth of Fielda. Teknik ini memerlukan anda menajamkan (sharp) gambar yang difokus dan gambar dibelakang akan kabur.b. Gunakan apperture yang tinggi f3.6-f1.8 dan nilai shutter mestilah diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter.

2. Extended Depth of Fielda. Teknik ini akan menjadikan gambar anda tajam (sharp) sama ada objek yang di fokus atau gambar latar belakang.b. Gunakan apperture yang paling rendah f22-f36 dan nilai shutter diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter. Perhatian; nilai shutter akan menjadi lebih kecil, anda perlukan tripod dan timer shutter release bagi memastikan tiada kesan shaking dalam gambar.3. Panninga. Teknik yang digunakan untuk memegunkan objek yang sedang bergerak. Hanya objek yang difokus akan tajam (sharp) dan latar belakang akan kabur.b. Gunakan nilai shutter seperti 1/80 atau 1/120 bergantung kepada kelajuan objek.c. Berikut adalah langkah untuk mendapatkan hasil yang menarik.i. Fokus objek yang sedang bergerak dari jauh.ii. Tekan separuh butang shutter dan ikut objek itu bergerak ke titik tengah.iii. Apabila objek sampai ke titik tengah, tekan shutter dan lajakkan kamera untuk hasil yang ekstrem.

4. Slow Shutter Speeda. Teknik ini akan menangkap cahaya dengan kadar yang lebih. Hal ini akan menjadikan sebarang objek bergerak seolah-olah tidak kelihatan dan menjadi satu garisan yang menarik. Contohnya air yang mengalir, lampu kereta yang bergerak, kilat yang memancar dan sebagainya. Perhatian; nilai shutter akan menjadi lebih kecil, anda perlukan tripod dan timer shutter release bagi memastikan tiada kesan shaking (goyang) dalam gambar.b. Gunakan nilai shutter yang kecil seperti 30 kerana anda perlu untuk menangkap cahaya lebih lama.5. Fast Shutter Speeda. Teknik ini akan memegunkan objek bergerak yang difokus.b. Gunakan nilai shutter yang tinggi seperti 1/1000. Objek yang bergerak seperti orang melompat akan menjadi pegun di udara.

KOMPOSISI (COMPOSITION)Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik1. Rule of Third Caranya dengan meletakkan subjek pada kawasan garis yang bersilang dalam peraturan sepertiga.2. Keseimbangan Cara meletakkan subjek lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama.3. Garisan Garisan merupakan satu elemen yang kuat, boleh memberi kesan yang mendalam pada sesuatu gambar. Masukkan elimen-elemen garisan dalam gambar anda.4. Simetri Subjek diletakkan di tengah-tengah untuk menampakkan persamaan kiri dan kanan5. Kedalaman/ Depth Bermain dengan foreground dan background, kita boleh mewujudkan depth atau kedalaman yang akan membuatkan foto yang kita ambil bersifat 3 dimensi. Tidak Nampak rata.6. Framing7. Gunakan objek sekeliling untuk mengasingkan (isolate) subjek utama dengan persekitaran8. Perspektif Nampak titik lenyap yang menunjukkan ruang hadapan, tengah dan belakang