Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT
Transcript of Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT
PENGENALAN
Pertandingan Bola Jaring peringkat daerah akan diadakan pada 14 April
2011. Oleh itu, sekolah kami, iaitu SK Rancangan Perumahan Rakyat tidak
ketinggalan untuk menghantar wakil pasukan bola jaring, yang juga merupakan ahli
tetap kepada Kelab Bola Jaring. Sebagai seorang guru penasihat dan juga jurulatih
mereka, saya dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan mereka, daripada sesi
persediaan atau latihan bola jaring sehingga pada hari kemuncak, iaitu hari
pertandingan mereka.
Oleh itu, saya harus merangka satu program latihan untuk murid-murid dalam
usaha untuk menjadikan mereka sebagai pasukan-pasukan yang benar-benar
bersedia menghadapi hari pertandingan itu kelak.
Seiring dengan itu, saya telah menyenaraikan beberapa teknik yang perlu
mereka beri perhatian dan kuasai iaitu:
Kemahiran gerak balas
Kemahiran sambutan
Kemahiran hantaran
Kemahiran elakan
Kemahiran kawalan
Kemahiran membuat jaringan
Oleh itu, dalam jangkamasa lebih kurang tiga bulan sebelum pertandingan, saya
memperuntukkan serta membahagikan beberapa minggu untuk pemain memahami
serta menguasai sesuatu kemahiran dengan menyeluruh.
Program latihan yang telah saya sediakan adalah seperti berikut:
Program Latihan untuk Bulan Januari-Februari
Program Latihan untuk Bulan Februari-Mac
Program Latihan untuk Bulan Mac-April
Program Latihan untuk Bulan Januari-Februari
Minggu Perkara Huraian Catatan
1 Gerak Kaki
(2 jam) Latihan gerak kaki bertujuan untuk
mengehadkan pergerakan pemain semasa
dia mempunyai bola.
KELAS TEORI
Kelas teori bersama dengan jurulatih
selama setengah jam. Jurulatih akan
memberi pengisian berkenaan dengan
kemahiran gerak kaki.
SESI LATIHAN
Aktiviti memanaskan badan, diketuai oleh
jurulatih.
Melakukan aktiviti yang boleh digunakan
untuk melatih kemahiran gerak kaki.
Antaranya:
Lari, berhenti.
Lari dengan pelbagai kederasan.
Lari, menukar kederasan dan arah.
Lari, lompat dan mendarat di atas
satu kaki / dua kaki.
Lari, melompat melintasi garisan.
Seterusnya, pemain diminta untuk berlatih
menangkap bola dari pelbagai arah dengan
cara mendarat yang betul.
Setengah jam sebelum tamatnya sesi
latihan, pelajar akan mempraktikkan latihan
mereka sebentar tadi dalam permainan bola
jaring.
Pemain boleh
mendarat
dengan cara
yang betul
Minggu Perkara Huraian Catatan
2 Hantaran
bola
(2 jam)
Kebolehan menggunakan pelbagai hantaran
adalah satu kelebihan kerana ia bukan
sahaja menjadikan permainan lebih menarik,
tetapi juga menyukarkan tugas penahan
dalam usaha mereka menyekat hantaran.
KELAS TEORI
Dalam jam yang pertama, jurulatih akan
membuat tayangan video berkenaan dengan
kemahiran hantaran bola dalam permainan
bola jaring.
Jurulatih juga akan menerangkan secara
teori berkenaan kemahiran-kemahiran yang
berkaitan dalam hantaran bola.
SESI LATIHAN
Aktiviti memanaskan badan yang diketuai
oleh wakil pemain.
Membuat latihan gerak kaki selama 10 minit.
Mula membuat latihan hantaran bola secara
berturut-turut:
Hantaran aras bahu.
Hantaran aras dada.
Hantaran atas kepala.
Hantaran bawah tangan.
Aktiviti pada mulanya dilakukan secara
berpasangan, dan kemudiannya dalam
kumpulan-kumpulan kecil.
Mempraktiskan kemahiran yang dipelajari
dalam permainan 15 minit sebelum sesi
tamat.
Melakukan aktiviti penyejukan badan asas.
Pemain
berupaya
melakukan
hantaran bola
dengan betul
dan cekap.
Minggu Perkara Huraian Catatan
3 Sambutan
bola
(2 jam)
Kemahiran memegang bola adalah
kemahiran asas di mana kemahiran
kemahiran membaling dan menyambut bola
dengan baik berasal daripadanya.
SESI LATIHAN
Membuat aktiviti memanaskan badan.
Mempraktiskan kemahiran-kemahiran yang
telah dipelajari pada minggu-minggu
sebelumnya.
Membuat latihan menyambut bola;
Di atas kepala.
Jauh di sisi.
Di bawah betis.
Pergelangan kaki.
Mempelajari prinsip asas untuk menyambut
bola:
Memandang bola.
Menghulur tangan dan badan untuk
menangkap bola.
Menerima bola ke dalam tangan.
Membawa bola ke arah badan.
Melaksanakan aktiviti-aktiviti latihan
menyambut bola:
Melompat untuk menerima balingan
tinggi.
Menangkap bola dengan sebelah
tangan.
Menerima pelbagai jenis hantaran.
Mempraktiskan kemahiran yang telah
dipelajari dalam permainan setengah jam
sebelum sesi tamat.
Aktiviti menyejukkan badan asas dilakukan.
Pemain lebih
cekap bermain
dan berjaya
menguasai
kemahiran
yang dipelajari
ketika berlatih.
Minggu Perkara Huraian Catatan
4 Elakan/
Pertahanan
(2 jam)
Mengelak digelanggang bola jaring
bermakna melakukan beberapa pergerakan
yang membolehkan seorang pemain
mengelak pemain lawan yang cuba
menghalang pergerakan pemain untuk
menerima bola.
KELAS TEORI
Tayangan video dan perkongsian oleh
jurulatih berkenaan kemahiran elakan
selama setengah jam.
SESI LATIHAN
Melakukan aktiviti memanaskan badan asas.
Mempraktiskan semula kemahiran-
kemahiran yang telah dipelajari pada
minggu-minggu sebelumnya.
Mula membuat latihan dengan mengadakan
aktiviti-aktiviti untuk elakan, antaranya:
Langkah elak dan lari pecut.
Elak ke hadapan dan ke belakang.
Elak lari pecut.
Lari pecut dan berhenti.
Gerak keliru ke depan dan berlari
mengundur.
Aktiviti seterusnya dilakukan dengan
membenarkan pemain (dalam bilangan yang
kecil) bermain ‘half court’.
Jurulatih akan membuat pemerhatian dan
membuat pembetulan jika berlakunya
sebarang kesilapan.
Melaksanakan aktiviti penyejukan badan
sebaik sahaja tamat sesi.
Pemain lebih
cekap
menguasai
kemahiran
elakan.
Program Latihan untuk Bulan Februari-Mac
Minggu Perkara Huraian Catatan
5
Kawalan
(2 jam)
SESI LATIHAN
Melakukan aktiviti memanaskan badan asas.
Mempraktiskan semula kemahiran-kemahiran
yang telah dipelajari pada minggu-minggu
sebelumnya.
Jurulatih akan menerangkan cara-cara
mengawal dan menahan, iaitu:
Kawalan rapat.
Menyekat satu hantaran.
Menyekat satu balingan.
Menyekat satu jaringan untuk gol.
Jurulatih akan melatih pemain membuat
kawalan melalui posisi-posisi asas, iaitu:
Berdiri depan pemain lawan.
Berdiri menghadap pemain lawan.
Berdiri sebelah-menyebelah.
Berdiri di belakang pemain lawan.
Aktiviti yang boleh dilakukan ialah:
Bahagikan pemain secara
berpasangan, dan melakukan aktiviti
yang melibatkan kawalan.
Bermain secara ‘half court’, jurulatih akan
membetulkan serta membimbing pemain
untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran
yang telah dipelajari, terutamanya kemahiran
kawalan.
Melakukan aktiviti penyejukan badan dalam
kalangan pemain dan jurulatih.
Membuat sedikit refleksi, ulasan berkenaan
perkembangan kemahiran pemain-pemain
serta membuat perbincangan berkenaan
strategi-strategi ketika bermain.
Pemain
berupaya
mempelajari
dan
seterusnya
menguasai
kemahiran
kawalan.
Minggu Perkara Huraian Catatan
6
Jaringan
(2 jam)
Kemahiran menjaring adalah kemahiran
tertutup dan pemain boleh dilatih berasingan
daripada ahli-ahli pasukan yang lain. Setiap
pemain perlu mahir membuat jaringan.
KELAS TEORI
Jurulatih menayangkan tayang video
berkenaan dengan perlawanan bola jaring.
Kemudiannya, jurulatih akan membuat
perkongsian dengan memberikan ulasan dan
tips serta panduan berguna semasa berada
di gelanggang.
SESI LATIHAN
Berlatih menjaringkan gol:
Jaringan statik.
Melangkah ke depan dan menjaring.
Berlari sambil menjaring.
Jurulatih akan mengenalpasti pemain yang
berkebolehan menjaring untuk dijadikan
pemain-pemain yang diletakkan di posisi
membuat jaringan.
Pemain akan mengaplikasikan semua
kemahiran yang telah dipelajari dalam
permainan bola jaring sebelum menamatkan
sesi latihan pada hari itu.
Membuat aktiviti menyejukkan badan
sebelum bersurai.
Pemain
mampu
menguasai
semua
kemahiran
asas dan
boleh
bermain
dengan baik.
Minggu Perkara Huraian Catatan
7
Latihan
Penuh
Bola
Jaring
(2 jam)
SESI LATIHAN
Pemain akan berlatih dengan lebih cekap
dalam permainan bola jaring dan permainan
akan difokuskan dengan kemahiran yang
telah dipelajari.
Sekiranya masih terdapat bahagian-bahagian
yang perlu dibaiki, latihan akan terus
dilakukan sehingga pemain tersebut berjaya
memahami dan seterusnya menguasai
kemahiran tersebut.
Jurulatih juga secara tidak langsung
berkongsi ilmu berkenaan undang-undang
penting yang harus diketahui dalam
permainan bola jaring.
Membuat perlawanan persahabatan dengan
murid-murid lain yang mungkin juga berbakat
dalam permainan bola jaring.
Melalui perlawanan persahabatan, jurulatih
akan membuat refleksi bersama dengan
pemain-pemainnya.
Pemain akan
memperbaiki
pergerakan
dan
kemahiran-
kemahiran
yang telah
mereka
pelajari.
8
Membuat
Lawatan
(3 jam)
Pemain-pemain yang terlibat dengan
pertandingan akan dibawa untuk
menyaksikan pertandingan bola jaring
diperingkat sekolah
menengah/kolej/universiti/terbuka.
Seterusnya, pemain akan didedahkan
dengan sedikit sebanyak undang-undang
yang perlu diketahui oleh pemain-pemain.
Jurulatih harus memberi kata-kata peransang
serta motivasi untuk pemain supaya mereka
lebih bersemangat untuk bermain dengan
baik.
Pemain dapat
menambah
ilmu
pengetahuan
berkenaan
dengan
undang-
undang
permainan
dan tips
berguna
semasa
bertanding.
Program Latihan untuk Bulan Mac-April
Minggu Perkara Huraian Catatan
9
Latihan
Penuh Bola
Jaring
(2 jam)
SESI LATIHAN
Pemain akan membuat latihan bola jaring
sepanjang tempoh sebelum bertanding.
Permainan ini akan dipantau oleh jurulatih.
Jurulatih akan sentiasa membimbing
pemain sepanjang latihan dijalankan.
Jurulatih juga akan sentiasa berkongsi tips
yang berguna serta undang-undang
permainan bola jaring.
Disiplin pemain dituntut sepanjang tempoh
ini.
-
10
Latihan
Penuh Bola
Jaring
(2 jam)
SESI LATIHAN
Permainan dijalankan seperti biasa, tetapi
pasukan lawan dijemput dari sekolah lain
untuk memantapkan lagi kemahiran
pemain, dan menyediakan pemain untuk
mempunyai sikap bersaing secara sihat.
Jurulatih juga diundang khas dari luar
supaya pelbagai input dapat diperoleh
daripada jurulatih yang lebih
berpengalaman.
-
11
Latihan
Penuh Bola
Jaring
(2 jam)
SESI LATIHAN
Permainan bola jaring diadakan seperti
biasa.
Permainan masih dipantau jurulatih.
-
12
Taklimat
Persediaan
Pertandingan
(1 jam)
Jurulatih memberi panduan secara ringkas
berkenaan penjagaan makanan seminggu
sebelum bertanding.
Pemain mula dihadkan pergerakan, bagi
mengelakkan sebarang perkara yang tidak
diingini berlaku.
Pemain
bersedia
untuk
menyertai
pertandingan