Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT

13
PENGENALAN Pertandingan Bola Jaring peringkat daerah akan diadakan pada 14 April 2011. Oleh itu, sekolah kami, iaitu SK Rancangan Perumahan Rakyat tidak ketinggalan untuk menghantar wakil pasukan bola jaring, yang juga merupakan ahli tetap kepada Kelab Bola Jaring. Sebagai seorang guru penasihat dan juga jurulatih mereka, saya dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan mereka, daripada sesi persediaan atau latihan bola jaring sehingga pada hari kemuncak, iaitu hari pertandingan mereka. Oleh itu, saya harus merangka satu program latihan untuk murid-murid dalam usaha untuk menjadikan mereka sebagai pasukan-pasukan yang benar-benar bersedia menghadapi hari pertandingan itu kelak. Seiring dengan itu, saya telah menyenaraikan beberapa teknik yang perlu mereka beri perhatian dan kuasai iaitu: Kemahiran gerak balas Kemahiran sambutan Kemahiran hantaran Kemahiran elakan Kemahiran kawalan Kemahiran membuat jaringan Oleh itu, dalam jangkamasa lebih kurang tiga bulan sebelum pertandingan, saya memperuntukkan serta membahagikan beberapa minggu untuk pemain memahami serta menguasai sesuatu kemahiran dengan menyeluruh. Program latihan yang telah saya sediakan adalah seperti berikut: Program Latihan untuk Bulan Januari-Februari

Transcript of Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT

Page 1: Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT

PENGENALAN

Pertandingan Bola Jaring peringkat daerah akan diadakan pada 14 April

2011. Oleh itu, sekolah kami, iaitu SK Rancangan Perumahan Rakyat tidak

ketinggalan untuk menghantar wakil pasukan bola jaring, yang juga merupakan ahli

tetap kepada Kelab Bola Jaring. Sebagai seorang guru penasihat dan juga jurulatih

mereka, saya dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan mereka, daripada sesi

persediaan atau latihan bola jaring sehingga pada hari kemuncak, iaitu hari

pertandingan mereka.

Oleh itu, saya harus merangka satu program latihan untuk murid-murid dalam

usaha untuk menjadikan mereka sebagai pasukan-pasukan yang benar-benar

bersedia menghadapi hari pertandingan itu kelak.

Seiring dengan itu, saya telah menyenaraikan beberapa teknik yang perlu

mereka beri perhatian dan kuasai iaitu:

Kemahiran gerak balas

Kemahiran sambutan

Kemahiran hantaran

Kemahiran elakan

Kemahiran kawalan

Kemahiran membuat jaringan

Oleh itu, dalam jangkamasa lebih kurang tiga bulan sebelum pertandingan, saya

memperuntukkan serta membahagikan beberapa minggu untuk pemain memahami

serta menguasai sesuatu kemahiran dengan menyeluruh.

Program latihan yang telah saya sediakan adalah seperti berikut:

Program Latihan untuk Bulan Januari-Februari

Program Latihan untuk Bulan Februari-Mac

Program Latihan untuk Bulan Mac-April

Program Latihan untuk Bulan Januari-Februari

Page 2: Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT

Minggu Perkara Huraian Catatan

1 Gerak Kaki

(2 jam) Latihan gerak kaki bertujuan untuk

mengehadkan pergerakan pemain semasa

dia mempunyai bola.

KELAS TEORI

Kelas teori bersama dengan jurulatih

selama setengah jam. Jurulatih akan

memberi pengisian berkenaan dengan

kemahiran gerak kaki.

SESI LATIHAN

Aktiviti memanaskan badan, diketuai oleh

jurulatih.

Melakukan aktiviti yang boleh digunakan

untuk melatih kemahiran gerak kaki.

Antaranya:

Lari, berhenti.

Lari dengan pelbagai kederasan.

Lari, menukar kederasan dan arah.

Lari, lompat dan mendarat di atas

satu kaki / dua kaki.

Lari, melompat melintasi garisan.

Seterusnya, pemain diminta untuk berlatih

menangkap bola dari pelbagai arah dengan

cara mendarat yang betul.

Setengah jam sebelum tamatnya sesi

latihan, pelajar akan mempraktikkan latihan

mereka sebentar tadi dalam permainan bola

jaring.

Pemain boleh

mendarat

dengan cara

yang betul

Page 3: Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT

Minggu Perkara Huraian Catatan

2 Hantaran

bola

(2 jam)

Kebolehan menggunakan pelbagai hantaran

adalah satu kelebihan kerana ia bukan

sahaja menjadikan permainan lebih menarik,

tetapi juga menyukarkan tugas penahan

dalam usaha mereka menyekat hantaran.

KELAS TEORI

Dalam jam yang pertama, jurulatih akan

membuat tayangan video berkenaan dengan

kemahiran hantaran bola dalam permainan

bola jaring.

Jurulatih juga akan menerangkan secara

teori berkenaan kemahiran-kemahiran yang

berkaitan dalam hantaran bola.

SESI LATIHAN

Aktiviti memanaskan badan yang diketuai

oleh wakil pemain.

Membuat latihan gerak kaki selama 10 minit.

Mula membuat latihan hantaran bola secara

berturut-turut:

Hantaran aras bahu.

Hantaran aras dada.

Hantaran atas kepala.

Hantaran bawah tangan.

Aktiviti pada mulanya dilakukan secara

berpasangan, dan kemudiannya dalam

kumpulan-kumpulan kecil.

Mempraktiskan kemahiran yang dipelajari

dalam permainan 15 minit sebelum sesi

tamat.

Melakukan aktiviti penyejukan badan asas.

Pemain

berupaya

melakukan

hantaran bola

dengan betul

dan cekap.

Minggu Perkara Huraian Catatan

Page 4: Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT

3 Sambutan

bola

(2 jam)

Kemahiran memegang bola adalah

kemahiran asas di mana kemahiran

kemahiran membaling dan menyambut bola

dengan baik berasal daripadanya.

SESI LATIHAN

Membuat aktiviti memanaskan badan.

Mempraktiskan kemahiran-kemahiran yang

telah dipelajari pada minggu-minggu

sebelumnya.

Membuat latihan menyambut bola;

Di atas kepala.

Jauh di sisi.

Di bawah betis.

Pergelangan kaki.

Mempelajari prinsip asas untuk menyambut

bola:

Memandang bola.

Menghulur tangan dan badan untuk

menangkap bola.

Menerima bola ke dalam tangan.

Membawa bola ke arah badan.

Melaksanakan aktiviti-aktiviti latihan

menyambut bola:

Melompat untuk menerima balingan

tinggi.

Menangkap bola dengan sebelah

tangan.

Menerima pelbagai jenis hantaran.

Mempraktiskan kemahiran yang telah

dipelajari dalam permainan setengah jam

sebelum sesi tamat.

Aktiviti menyejukkan badan asas dilakukan.

Pemain lebih

cekap bermain

dan berjaya

menguasai

kemahiran

yang dipelajari

ketika berlatih.

Page 5: Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT

Minggu Perkara Huraian Catatan

4 Elakan/

Pertahanan

(2 jam)

Mengelak digelanggang bola jaring

bermakna melakukan beberapa pergerakan

yang membolehkan seorang pemain

mengelak pemain lawan yang cuba

menghalang pergerakan pemain untuk

menerima bola.

KELAS TEORI

Tayangan video dan perkongsian oleh

jurulatih berkenaan kemahiran elakan

selama setengah jam.

SESI LATIHAN

Melakukan aktiviti memanaskan badan asas.

Mempraktiskan semula kemahiran-

kemahiran yang telah dipelajari pada

minggu-minggu sebelumnya.

Mula membuat latihan dengan mengadakan

aktiviti-aktiviti untuk elakan, antaranya:

Langkah elak dan lari pecut.

Elak ke hadapan dan ke belakang.

Elak lari pecut.

Lari pecut dan berhenti.

Gerak keliru ke depan dan berlari

mengundur.

Aktiviti seterusnya dilakukan dengan

membenarkan pemain (dalam bilangan yang

kecil) bermain ‘half court’.

Jurulatih akan membuat pemerhatian dan

membuat pembetulan jika berlakunya

sebarang kesilapan.

Melaksanakan aktiviti penyejukan badan

sebaik sahaja tamat sesi.

Pemain lebih

cekap

menguasai

kemahiran

elakan.

Page 6: Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT

Program Latihan untuk Bulan Februari-Mac

Minggu Perkara Huraian Catatan

5

Kawalan

(2 jam)

SESI LATIHAN

Melakukan aktiviti memanaskan badan asas.

Mempraktiskan semula kemahiran-kemahiran

yang telah dipelajari pada minggu-minggu

sebelumnya.

Jurulatih akan menerangkan cara-cara

mengawal dan menahan, iaitu:

Kawalan rapat.

Menyekat satu hantaran.

Menyekat satu balingan.

Menyekat satu jaringan untuk gol.

Jurulatih akan melatih pemain membuat

kawalan melalui posisi-posisi asas, iaitu:

Berdiri depan pemain lawan.

Berdiri menghadap pemain lawan.

Berdiri sebelah-menyebelah.

Berdiri di belakang pemain lawan.

Aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

Bahagikan pemain secara

berpasangan, dan melakukan aktiviti

yang melibatkan kawalan.

Bermain secara ‘half court’, jurulatih akan

membetulkan serta membimbing pemain

untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran

yang telah dipelajari, terutamanya kemahiran

kawalan.

Melakukan aktiviti penyejukan badan dalam

kalangan pemain dan jurulatih.

Membuat sedikit refleksi, ulasan berkenaan

perkembangan kemahiran pemain-pemain

serta membuat perbincangan berkenaan

strategi-strategi ketika bermain.

Pemain

berupaya

mempelajari

dan

seterusnya

menguasai

kemahiran

kawalan.

Page 7: Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT

Minggu Perkara Huraian Catatan

6

Jaringan

(2 jam)

Kemahiran menjaring adalah kemahiran

tertutup dan pemain boleh dilatih berasingan

daripada ahli-ahli pasukan yang lain. Setiap

pemain perlu mahir membuat jaringan.

KELAS TEORI

Jurulatih menayangkan tayang video

berkenaan dengan perlawanan bola jaring.

Kemudiannya, jurulatih akan membuat

perkongsian dengan memberikan ulasan dan

tips serta panduan berguna semasa berada

di gelanggang.

SESI LATIHAN

Berlatih menjaringkan gol:

Jaringan statik.

Melangkah ke depan dan menjaring.

Berlari sambil menjaring.

Jurulatih akan mengenalpasti pemain yang

berkebolehan menjaring untuk dijadikan

pemain-pemain yang diletakkan di posisi

membuat jaringan.

Pemain akan mengaplikasikan semua

kemahiran yang telah dipelajari dalam

permainan bola jaring sebelum menamatkan

sesi latihan pada hari itu.

Membuat aktiviti menyejukkan badan

sebelum bersurai.

Pemain

mampu

menguasai

semua

kemahiran

asas dan

boleh

bermain

dengan baik.

Page 8: Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT

Minggu Perkara Huraian Catatan

7

Latihan

Penuh

Bola

Jaring

(2 jam)

SESI LATIHAN

Pemain akan berlatih dengan lebih cekap

dalam permainan bola jaring dan permainan

akan difokuskan dengan kemahiran yang

telah dipelajari.

Sekiranya masih terdapat bahagian-bahagian

yang perlu dibaiki, latihan akan terus

dilakukan sehingga pemain tersebut berjaya

memahami dan seterusnya menguasai

kemahiran tersebut.

Jurulatih juga secara tidak langsung

berkongsi ilmu berkenaan undang-undang

penting yang harus diketahui dalam

permainan bola jaring.

Membuat perlawanan persahabatan dengan

murid-murid lain yang mungkin juga berbakat

dalam permainan bola jaring.

Melalui perlawanan persahabatan, jurulatih

akan membuat refleksi bersama dengan

pemain-pemainnya.

Pemain akan

memperbaiki

pergerakan

dan

kemahiran-

kemahiran

yang telah

mereka

pelajari.

8

Membuat

Lawatan

(3 jam)

Pemain-pemain yang terlibat dengan

pertandingan akan dibawa untuk

menyaksikan pertandingan bola jaring

diperingkat sekolah

menengah/kolej/universiti/terbuka.

Seterusnya, pemain akan didedahkan

dengan sedikit sebanyak undang-undang

yang perlu diketahui oleh pemain-pemain.

Jurulatih harus memberi kata-kata peransang

serta motivasi untuk pemain supaya mereka

lebih bersemangat untuk bermain dengan

baik.

Pemain dapat

menambah

ilmu

pengetahuan

berkenaan

dengan

undang-

undang

permainan

dan tips

berguna

semasa

bertanding.

Page 9: Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT

Program Latihan untuk Bulan Mac-April

Minggu Perkara Huraian Catatan

9

Latihan

Penuh Bola

Jaring

(2 jam)

SESI LATIHAN

Pemain akan membuat latihan bola jaring

sepanjang tempoh sebelum bertanding.

Permainan ini akan dipantau oleh jurulatih.

Jurulatih akan sentiasa membimbing

pemain sepanjang latihan dijalankan.

Jurulatih juga akan sentiasa berkongsi tips

yang berguna serta undang-undang

permainan bola jaring.

Disiplin pemain dituntut sepanjang tempoh

ini.

-

10

Latihan

Penuh Bola

Jaring

(2 jam)

SESI LATIHAN

Permainan dijalankan seperti biasa, tetapi

pasukan lawan dijemput dari sekolah lain

untuk memantapkan lagi kemahiran

pemain, dan menyediakan pemain untuk

mempunyai sikap bersaing secara sihat.

Jurulatih juga diundang khas dari luar

supaya pelbagai input dapat diperoleh

daripada jurulatih yang lebih

berpengalaman.

-

11

Latihan

Penuh Bola

Jaring

(2 jam)

SESI LATIHAN

Permainan bola jaring diadakan seperti

biasa.

Permainan masih dipantau jurulatih.

-

12

Taklimat

Persediaan

Pertandingan

(1 jam)

Jurulatih memberi panduan secara ringkas

berkenaan penjagaan makanan seminggu

sebelum bertanding.

Pemain mula dihadkan pergerakan, bagi

mengelakkan sebarang perkara yang tidak

diingini berlaku.

Pemain

bersedia

untuk

menyertai

pertandingan

Page 10: Asas Kejurulatihan Bola JaringEDIT