Asas Kepegawaian Bola Tampar

download Asas Kepegawaian Bola Tampar

If you can't read please download the document

description

asas kepegawaian bola tampar

Transcript of Asas Kepegawaian Bola Tampar

Asas Kepegawaian Bola Tampar.Pegawai-pegawai dalm sesebuah permainan atau pertandingan bola tampar terdiri daripada pengadil pertama, pengadil kedua, pengira mata, pembantu pengira mata dan penjaga garisan. Tugas-tugas bagi setiap pegawai-pegawai ini adalah seperti berikut : i. Pengadil Pertama

Pengadil pertama bertanggungjawab dari awal perlawanan bola tampar sehingga ke akhir. Pengadil pertama mempunyai kuasa ke atas pegawaipegawai perlawanan yang lain, seperti pengadul kedua, pengira mata dan pembantunya dan penjaga garisan. Sebelum sesuatu perlawanan bermula, pengadil pertama yang juga merupakan ketua pegawai perlawanan perlu berbincang dengan pegawaipegawai lain yang terlibat. Pengadil pertama memberikan taklimat kepada pegawai-pegawai yang lain mengenai perlawanan serta peraturan-peraturannya. Pengadil pertama harus berbincang dengan pengadil kedua sebelum

perlawanan bermula bagi membincangkan isu-isu seperti protokol praperlawanan dan apa-apa yang akan membantu perlawanan berjalan dengan lebih lancar.

ii.

Pengadil kedua / Pembantu Pengadil Pengadil kedua bertindak sebagai pembantu kepada pengadil pertama. Jika pegawai-pegawai lain masih tidak jelas dengan sesuatu perkara sebelum perlawan bola tampar bermula, mereka boleh merujuk kepada pengadil kedua. Pengadil kedua akan menerangkan perkara-perkara yang tidak difahami oleh pegawai-pegawai yang lain.

iii.

Pengira Mata

Pengira Mata

Tugas pegawai pengira mata yang utama ialah mengira mata yang diperolehi oleh pasukan yang berlawan dengan tepat sepanjang perlawanan. Pegawai pengira mata dalam perlawanan menggunakan lembaran mata perlawanan untuk mencatat mata yang diperoleh sesebuah pasukan yang bertanding. Sekiranya terdapat perbezaan antara angka mata di lembaran markah dengan mata di skor visual ( papan mata elektronik atau selainnya ), mata pada skor visual itu harus diubah supaya selaras dengan mata di lembaran mata yang terdapat pada pegawai pengira mata. Salah seorang daripada pengadil perlu menyemak kembali lembaran mata pada pengira mata untuk memastikan bahawa mata yang dicatatkan adalah betul.

Pengira mata mempunyai tugasnya tersendiri sebelum perlawanan, semasa dan selepas perlawanan.

a. Sebelum perlawanan : Sebelum perlawanan bermula, pengira mata perlu mengisi maklumat yang berkaitan ke dalam lembaran mata padanya. Contoh maklumat yang diisi ialah nama pasukan yang bertanding, info-info yang berkaitan dan sebagainya.

b. Semasa perlawanan : Semasa perlawanan, pengira mata perlu mencatat mata yang diperoleh pasukan yang berlawan. Pengira mata juga perlu memerhatikan pemain yang membuat servis dan perlu memaklumkan kepada pengadil pertama sekiranya pemain servis tidak mengikut giliran dengan betul. Selain itu, pengira mata juga perlu mencatat penggantian pemain sekiranya ada, mencatat sekatan terhadap pemain dan mencatat apa yang disuruh oleh pengadil. Sekiranya terdapat bantahan daripada sebuah pasukan semasa perlawanan dan dibenarkan oleh pengadil, pengira mata membenarkan ketua pasukan menulis kenyataan untuk bantahan dalam lembaran mata.

c. Selepas perlawanan : Pengira mata perlu mencatat keputusan akhir perlawanan selepas perlawanan tamat dan menandatangani lembaran mata.

Papan mata elektronik

iv.

Pembantu Pengira Mata Pembantu pengira mata duduk di sebelah pengira mata di meja pengiraan mata. Tugas pembantu pengira mata ialah mencatat penggantian libero di dalam lembaran pengesanan libero. Pembantu pengira mata juga berperanan memaklumkan apa-apa kesalahan penggantian libero, mengendalikan papan mata manual, dan memeriksa mata pada papan mata dengan lembaran mata yang terdapat pada pegawai pengira mata.

v.

Penjaga Garisan

Penjaga garisan Penjaga-penjaga garisan memerhati gariss hujung dan garis tepi gelanggang. Tanggungjawab utama penjaga garisan ialah untuk memberi isyarat kepada pengadil untuk membuat panggilan kehakiman. Penjaga garisan dibolehkan untuk menggunakan bendera untuk membuat isyarat. Antara isyarat yang akan dilakukan oleh penjaga garisan adalah semasa bola masuk atau keluar, menyentuh bola keeluar oleh penerima bola, bola men yentuh antena, kedudukan pemain yang membuat servis dan apabila bola menyentuh kaki.

ISYARAT RASMI TANGAN Isyarat rasmi tangan ini adalah isyarat-isyarat tangn yang akan digunakan oleh pengadil pertama semasa perlawanan. Isyarat-isyarat tangan adalah seperti berikut :