Asas kepimpinan

13
TEORI KEPEMIMPINAN GURU

Transcript of Asas kepimpinan

Page 1: Asas kepimpinan

TEORI KEPEMIMPINAN GURU

Page 2: Asas kepimpinan

TEORI KEPEMIMPINAN

Guru Besar mempunyai tugas dan kewajipan untuk mengembang

dan menggilapkan guru-gurunya menjadi pemimpin.

•Guru Besar berperanan sebagai seorang:

-manager-coach

-mentor-leader

Page 3: Asas kepimpinan

KEPIMPINAN

Merujuk kepada keupayaan serta kebijaksanaan seorang ketua dalam menguruskan kakitangan bawahannya•

Di sekolah, guru besar mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mengembangkan dan menggilapkan guru-gurunya menjadi pemimpin.

Untuk mempengaruhi kakitangan, biasanya seorang pemimpin menggunakan pelbagai cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan, ganjaran, menunjukkan model yang baik, menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan sebagainya.

Page 4: Asas kepimpinan

Terdapat beberapa teori mengenai kepimpinan dikemukakan.

Namun pendapat mengenainya tidak sekata.

Hasilnya muncul pelbagai pandangan berkaitan dengan kepimpinan.

Seorang pemimpin yang baik perlu mengetahui teori, model dan konsep kepimpinan yang wujud.

Page 5: Asas kepimpinan

Teori X dan Teori Y

*Teori ini telah diasas oleh Dougles McGregor (1960) yang membuat 2 set andaian terhadap manusia iaitu teori X dan teori Y.

*Teori X mengandaikan bahawa pekerja semulajadinya malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa.

• Pemimpin beranggapan stafnya dimotivasikan oleh wang ringgit, malas dan akan mengelakkan tugas kecuali dipaksa, tidak akan memberi kerjasama kecuali diarah dan dikawal.

Page 6: Asas kepimpinan

*Pekerja tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan matlamat organisasi dan pekerja hanya bekerja kerana dirangsang oleh keperluan psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja.

*Selain itu, dalam teori X. Pemimpin akan bertingkah laku lebih autokratik iaitu bertindak mengarah dan mengawal stafnya dalam proses kerja.

Page 7: Asas kepimpinan

*Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan.

*Pemimpin Teori Y beranggapan stafnya sebagai rajin, melihat sesuatu sebagai suatu perkara semulajadi seperti bermain atau beristirehat akan memupuk kerjasama, bercita-cita tinggi dan mempunyai sikap positif terhadap kerja.

*Pekerja sememangnya mencari dan mahukan tanggungjawab kerana sifat itu membawa kepuasan dalam diri.

*Pemimpin akan mengurangkan kawalan malah mengupayakan mereka dengan membenarkan, mengizinkan, Memberi kuasa(empower) dalam pelaksanaan tugas.

Page 8: Asas kepimpinan
Page 9: Asas kepimpinan

Teori Perhubungan Manusia*Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia

boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas.

* Kajian-kajian telah dibuat oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat disukai orang-orang bawahan iaitu :

1.Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation).

2.Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).

Page 10: Asas kepimpinan

*Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya.

*Dalam erti kata lain, pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya.

Page 11: Asas kepimpinan

Cabaran kepemimpinan

*Perkembangan sistem pendidikan menunjukkan bahawa barisan kepemimpinan di semua peringkat terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran.

*Diperingkat sekolah rendah, guru besar dan guru terpaksa menempuh beberapa cabaran dan kerumitan ekoran beberapa masalah besar yang masih belum dapat diselesaikan.

*Antara masalah tersebut ialah kekurangan guru, guru-guru tidak mempunyai opsyen yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran tertentu, saiz kelas yang besar dan sebagainya.

Page 12: Asas kepimpinan

*Cabaran seterusnya adalah untuk mewujudkan kepimpinan bilik darjah yang berkesan, cara untuk mewujudkan iklim sekolah dan halangan dalam melaksanakan kepimpinan guru dalam suasana sebenar bilik darjah di sekolah.

*Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempunyai ciri-ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses P&P supaya kualiti dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan.

*Cabaran seterusnya adalah terdapat Guru Besar bersikap kurang peka dan kurang positif terhadap memajukan diri dari segi keilmuan profesional, lemah peribadi, dan gaya kepemimpinan serta mempunyai mutu kepimpinan yang lemah.

Page 13: Asas kepimpinan

*Perkembangan semasa menunjukkan bahawa peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan kecekapan yang berkesan.

*Guru juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ‘rapport’ iaitu perhubungan yang erat bersama murid.

*Maslaah ini akan lebih ketara bagi guru permulaan. Perhubungan antara guru dan murid di dalam bilik darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat di praktikkan.

*Situasi ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan tingkaj laku yang efektif dan berkualiti.

*Fenomena ini memerlukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang tinggi.