asgment badminton

download asgment badminton

of 71

  • date post

    30-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    27.388
  • download

    4

Embed Size (px)

Transcript of asgment badminton

1.0 Sejarah Badminton Sejarah sukan badminton akan dilihat dari segi sejarah awal badminton dan juga sejarah sukan badminton di Malaysia.

1.0.1 Sejarah Awal Sukan Badminton

Badminton telah diperkenalkan pada zaman Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, iaitu dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, dan seterusnya dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860. Sukan baru ini telah diperkenalkan pada tahun 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Sukan tersebut merujuk kepada "The Game of Badminton" dan nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton. Pada tahun 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September 1

tahun yang sama. Mereka mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia tahun 1899. Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) ditubuhkan pada 1934 dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas dan seterusnya India pada tahun 1936. Presiden pertama persatuan ini ialah Sir George Thomas, bekas jaguh England. Beliau memegang jawatan sebagai Presiden IBF dari tahun 1934-1955. Pada tahun 1939, IBF ingin menganjurkan pertandingan antara negara-negara di dunia. Presiden IBF, Sir George Thomas menghadiahkan piala perak untuk

pertandingan ini. Piala perak itu dinamakan Piala Thomas. Malangnya, oleh kerana suasana dunia yang kurang memuaskan apabila berlakunya Perang Dunia Kedua, kejohanan Piala Thomas pertama hanya diadakan pada tahun 1949 di Preston, England. Perjumpaan Tahunan yang diadakan di Madrid pada 24 September 2006 menyepakati penukaran nama baru IBF kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan atau pertubuhan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global. Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan 2

peringkat antarabangsa, apabila China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

1.0.2 Sejarah Badminton di Malaysia

Pada awal tahun 1900, permainan Poona dibawa ke Pulau Pinang oleh pegawai-pegawai Kompeni Hindia Timur. Permainan Poona dimainkan di Suffolk House, rumah kediaman Kapten Francis Light di Pulau Pinang. Pada tahun 1925, Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan, dan seterusnya Persatuan Badminton Perak pula ditubuhkan. Minat mendalam yang ditunjukkan oleh pemain negeri-negeri Malaya menyebabkan Persatuan Badminton Malaya ditubuhkan pada tahun 1934, apabila J.I.Woods dari Perak sebagai Presiden yang pertama. Pada tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabung dengan Persekutuan Badminton Antarabangsa. Sejak itu, imej negara dalam permainan badminton telah dipertingkatkan dengan memenangi kejohanan berprestij seperti Piala Thomas dan Kejohanan Seluruh England. Pada tahun 1960, Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan, dengan Tan Sri Mohd.Khir Johari iaitu selaku Menteri Kabinet sebagai presidennya yang pertama. Pada era kepimpinannya, Malaysia pada tahun 1967 telah memenangi semula Piala Thomas. Beliau memimpin BAM selama 25

tahun, iaitu dari tahun 1960-85. Pada tahun 1985 hingga 1993, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dilantik sebagai Presiden BAM yang kedua.

3

Tugas utama BAM ialah memajukan permainan badminton negara, melalui pelbagai perancangan dan aktiviti seperti menganjurkan: Kejohanan Badminton Asia Kejohanan Terbuka Malaysia Kejohanan Peringkat Remaja Sirkit Grand Prix Kebangsaan dan Dunia Kejohanan Piala Thomas/Uber dan sebagainya

1.1 Kemudahan Badminton Terdapat pelbagai kemudahan badminton yang digunakan ketika melaksanakan permainan badminton.

1.1.1

Gelanggang

4

Gelanggang merupakan kemudahan yang paling penting dalam sukan badminton. Ukuran gelanggang badminton mestilah mempunyai ukuran panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap gelanggang ini digarisi dengan garisan servis panjang, garisan servis pendek, garisan luar ganda, garisan tengah dan net yang mempunyai ukuran ketinggian 1.55 meter. Selain itu, gelanggang badminton untuk permainan individu dan permainan beregu adalah berbeza. Bagi permainan individu garisan luar tidak dikira jika shuttlecock jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis shuttlecock jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long. Bentuk gelanggang badminton mestilah berbentuk empat segi bujur dengan ukuran 13.40 meter panjang dan 6.10 meter lebar. Permukaan kayu 5

yang kenyal adalah paling sesuai kerana ia akan memberi permukaan yang sempurna untuk bermain. Kini, banyak gelanggang badminton dilengkapi dengan permukaan lantai sintetik yang tidak mudah tergelincir. Pada hari ini dalam permainan badminton permukaan sintetik adalah popular kerana akan membantu menyerap gegaran berbanding dengan lantai konkrit atau lantai parquet yang biasanya didapati di dewan-dewan serbaguna. Permukaan lantai yang keras akan memberi kesan yang buruk kepada sendi-sendi dan boleh menyebabkan kecederaan lutut seringkali berlaku.

1.1.2 Jaring atau Net Selain daripada gelanggang, kemudahan yang terdapat dalam sukan badminton ialah jaring atau net. Jaring atau net penting dalam sukan ini kerana ianya bertujuan untuk memisahkan antara kedua-dua pemain badminton. Tinggi jaring yang digunakan semasa permainan badminton ini ialah 1.524 meter dari lantai,manakala ianya perlu diukur dari titik tengah gelanggang ke atas jaring. Tiang-tiang yang di gunakan pula tidak melebihi daripada 1.55 meter dan diletakkan di garisan tepi di sebelah luar seperti rajah di bawah:

6

Pemasangan jaring yang betul

Pemasangan Jaring yang salah

Selain itu juga jaring yang digunakan hendaklah dipasang dengan cara yang betul. Jaring hendaklah dipasang rapat dengan tiang untuk mengelakkan bola tangkis masuk ke gelanggang lawan dengan tidak sengaja. Ianya juga bertujuan untuk mengelakkan ketidakadilan berlaku semasa pemain bermain di jaring.

1.2 Peralatan 7

Terdapat harga yang berbeza bergantung kepada kualiti barangan yang digunakan. Seluar, baju T, kasut serta stokin digalakkan, dengan pakaian yang dapat memanaskan badan sekiranya cuaca sejuk. Warna putih memantulkan haba dengan lebih berkesan dan lebih menyejukkan berbanding dengan warna gelap. Ramai juga pemain memakai seluar daripada kain nailon atau benang kapas untuk keselesaan. Sebagai tambahan, lilit kepala, tangan dan tuala membantu mengelakkan peluh dari muka, mata dan tangan. Sarung tangan daripada kulit lembut sering juga digunakan untuk memberi genggaman yang lebih baik. Raket terbaru yang lebih ringan dibuat daripada boron, karbon atau grafit selalunya direka dengan mempunyai tahap ketahanan yang berbeza. Terdapat juga raket yang berbentuk oversize untuk mengurangkan rintangan angin dan tork. Tali raket selalunya dibuat daripada nailon atau benang sintetik. Pada peringkat awal pembabitan dalam permainan badminton, pemain digalak menggunakan raket yang tidak terlalu mahal harganya tetapi baik. Adalah dicadangkan untuk mencuba beberapa raket yang sesuai untuk digunakan seperti yang terdapat di kedai-kedai peralatan sukan sebelum bercadang membeli raket yang sesuai untuk anda.

1.3 Kejohanan/ Piala Badminton

8

Terdapat

pelbagai

kejohanan

yang

disertai

oleh

pemain-pemain

badminton di seluruh dunia setiap tahun. Namun, terdapat beberapa kejohanan utama yang menjadikan ganjaran piala untuk dimenangi.

1.3.1 Kejohanan Dunia BWF

Kejohanan Dunia BWF yang pernah dikenali sebagai Kejohanan Dunia IBF atau Kejohanan Badminton Dunia merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengurniakan takhta pemain badminton terbaik di dunia. Kejohanan ini bermula pada tahun 1977 dan diadakan setiap tiga tahun sejak 1983. Namun, bermula tahun 1985, kejohanan ini diadakan secara dwi-tahunan dan beraksi setiap dua tahun sehinggatahun 2005. Seterusnya, pada tahun 2006, kejohanan ini telah diubah kepada acara tahunan dalam kalendar BWF yang bertujuan memberikan peluang kepada ramai pemain merebut gelaran gelaran Juara Dunia. 1.3.2 Piala Sudirman

9

Piala Sudirman ialah sebuah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI). Dalam perlawanan ini, terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran. Kejohanan pertama berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-25 Mei 1989. Namun, tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini ditawarkan untuk para pemain. Mereka hanya bermain sekadar mengharumkan nama negara yang diwakili dan juga memperoleh