asgment pendidkan kesihatan piramid makanan.docx

14

Transcript of asgment pendidkan kesihatan piramid makanan.docx

PENDAHULUANDalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiranProgramme for International Student Assessment(PISA) danTrends in International Mathematics and Science Study(TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.2.0KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

4.2Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Dalam Bilik Darjah

Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi telah dijelaskan sebelum ini. Walau bagaimanapun, definisi ini telah menimbulkan pelbagai masalah operasi di dalam bilik darjah. Sememangnya sukar bagi menentukan samada seseorang itu terlibat dalam proses KBAT atau tidak. Guruguru yang berinteraksi dengan pelajar pada satu-satu masa mempunyai ruang yang amat terhad untuk menganalisis daya pemikiran mereka. Oleh itu, guru harus membuat andaian tentang pengetahuan sedia ada dan bagaimana cara kumpulan pelajar itu berfikir.

Kepentingan definisi kemahiran berfikir perlu diambil berat oleh guru-guru berlandaskan kepada dua sebab. Pertama, untuk mengenalpasti kemahiran yang telah diajar atau dipelajari di dalam bilik darjah samada kemahiran kritikal, kemahiran kreatif atau kemahiran analitikal. Hal ini perlu diteliti kerana kemahiran ini amat jarang digunakan terutamanya kategori yang tipikal. Biasanya aktiviti-aktiviti yang disediakan atau kemahiran yang diajar adalah lebih daripada satu kategori. Misalnya, bila pelajarpelajar diminta mencari bukti terhadap pernyataan yang mereka buat, pelajar-pelajar ini mungkin mendalami pernyataan tersebut dengan menggunakan kemahiran analitikal yang mana mereka mungkin juga memecahkan pernyataan itu kepada komponen-komponen yang lebih kecil. Setelah itu, barulah mereka menguji komponen-komponen tersebut dan menentukan hubungan antara komponen-komponen kecil itu secara keseluruhannya. Pada masa yang sama juga mungkin pelajar-pelajar ini menggunakan kemahiran sintesis yang mana mereka perlu menggabung idea- idea atau bahan -bahan bagi mencipta sesuatu yang baru.

Kedua, KBAT digunakan untuk merealisasikan usaha-usaha untuk mengajar kemahiran seseorang berfikir. Dalam erti kata lain, soalan yang dikemukakan adalah dalam bentuk kemahiran kritikal, kreatif, analitikal, logik atau dalam bentuk penaakulan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, didapati hal ini kurang diberi penekanan terhadap kemahiran berfikir yang spesifik untuk diajar di dalam bilik darjah. Namun, kebanyakan program adalah bertujuan untuk membangunkan cara pelajar berfikir supaya pemikiran berlaku secara analitikal dan logikal. Walau bagaimanapun, masih terdapat perbezaan pendapat mengenai hal ini dan kepelbagaian ini berlaku di merata tempat. Berdasarkan kepada situasi tersebut, harus diwujudkan satu definisi yang lebih meluas berkenaan dengan kemahiran berfikir yang digunakan di dalam bilik darjah.

Para bijak pandai ada mencadangkan supaya tidak terlalu risau dengan istilah-istilah yang digunakan di dalam kemahiran berfikir. Dalam hal pengajaran KBAT di dalam bilik darjah, adalah penting bagi guru-guru untuk mengetahui teori-teori yang menjurus kepada pembangunan berfikir, pendekatan, strategi-strategi, teknik-teknik dan alat-alat untuk berfikir. Kesemua ini harus digunakan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tidak ada mana-mana strategi yang boleh dianggap terbaik kerana pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai. Gabungan pelbagai aspek yang dinyatakan di dalam buku ini boleh digunakan sebaik mungkin keran ia boleh menghasilkan keputusan yang terbaik. Pada masa akan datang guru-guru juga perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk memilih dan menggunakan pendekatan, strategi, teknik atau alat berfikir yang sesuai bagi kegunaan di dalam bilik darjah.

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 4

Mata Pelajaran : Pendidikan KesihatanTarikh : Masa : 11.45pg 12.15tgh ( 30 minit )Tahun : 4 GeniusBil.Murid: 30 orangTajuk : Makanan berkhasiat, badan sihatSub tajuk : Piramid MakananStandard pembelajaran : 1.3.1 Melakar dan melabel Piramid Makanan Malaysia.Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran ini, murid-murid dapat

Bahagian / MasaAktivitiButiran mengajarCatatan

Permulaan( 5 minit )Menunjukkan gambar tunggal tentang makanan di Malaysia.

1. Guru menunjukkan gambar makanan di Malaysia.2. Murid memberikan respon terhadap gambar.3. Murid perlu menyatakan tentang makanan tersebut.Soalan :1. Apa yang boleh kamu nyatakan pada gambar ini?

BBM Gambar tunggal makanan yang terdapat di Malaysia.KBAT - Menilai

PerkembanganMenyenaraikan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

1. Guru meminta untuk menyatakan makanan berkhasiat secara lisan.2. Murid menyenaraikan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat yang dipaparkan melalui LCD dengan bimbingan guru.KBAT - Mengingat

Perkembangan Menerangkan tentang piramid makanan Malaysia mengikut urutan yang betul.

1. Guru menunjukkan model piramid makanan Malaysia.2. Murid menyatakan makanan mengikut urutan yang telah ditunjukkan kepada murid.

BBM Model piramid makanan MalaysiaKBAT - Mengingat

KemuncakMelakar dan melabelkan piramid makanan di Malaysia.1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk melakar dan melabelkan piramid makanan mengikut kreativiti murid.2. Guru membimbing murid untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.BBM: Kad manila, maker pen.KBAT - Mencipta

PenutupMembentangkan dan merumuskan hasil yang telah diperolehi.1. Murid membentangkan hasil kerja daripada perbincangan didalam kumpulan.2. Guru dan murid merumuskan tentang pembelajaran yang telah dipelajari.

KBAT - Memahami

LAMPIRANMODEL GAMBAR MAKANAN BERKHASIAT

LAMPIRANMODEL GAMBAR MAKANAN BERKHASIAT DAN TIDAK BERKHASIAT

LAMPIRANMODEL PIRAMID MAKANAN DI MALAYSIA

LEMBARAN KERJALakarkan Piramid Makanan di Malaysia dan labelkan dengan betul mengikut tatatingkat yang sesuai.