Asgmnt RMT
-
Upload
namaku-akira -
Category
Documents
-
view
78 -
download
4
description
Transcript of Asgmnt RMT
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
1.0 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS).
1.1 TUJUAN
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan bertujuan
menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan
sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dlm kalangan warga
sekolah. Ia terbahagi kepada beberapa peringkat-peringkat.Peringkatnya ialah;
1.1.1 Peringkat sekolah
Tujuan penting Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap positif
terhadap kesihatan.Ia adalah lebih berkesan dan sesuai jika pelajar dibentuk
daripada kanak-kanak lagi ataupun dengan lebih tepat lagi sebelum mereka
dipengaruhi oleh sikap dan amalan kesihatan yang negatif. Hal ni kerana, kanak-
kanak sekolah adalah captive audience yang mudah dihubungi.Seseorang
kanak-kanak cenderung melihat amalan yang diajar di sekolah sebagai ikutan
dan boleh mempengaruhi ahli keluarga.
1.1.2 Ibu bapa & masyarakat
Peranan ibu bapa dan masyarakat ialah melibatkan diri secara aktif serta
menyokong aktiviti PBSS yang dirancang oleh pihak sekolah.Selain itu, ibu bapa
dan masyarakat harus bersama-sama memberikan sumbangan dari segi
kepakaran, kewangan, tenaga mahupun peralatan serta kerjasama kepada pihak
sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PBSS.Semangat serta galakan
kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti PBSS harus digalakkan.
1.1.3 Peringkat PPD
Peranan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah ialah memberikan penerangan
serta informasi kepada sekolah mengenai pelaksanaan PBSS. Selain itu, pihak
PPD juga memberikan bimbingan kepada sekolah untuk menubuhkan
Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang, menjalankan serta menilai
aktiviti yang dijalankan.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 1
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
1.1.4 Peringkat JPN
Peranan Jabatan Pendidikan Negeri dan Kebangsaan ialah memberi
penerangan kepada Bahagian/Daerah mengenai pelaksanaan PBSS.Selain
memberi penerangan,,pihak JPN juga memberi bimbingan kepada
Bahagian/Daerah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya
merancang dan menjalankan aktiviti.Justeru itu, pihak JPN juga akan
menghubungi agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberi bantuan
kepada Bahagian/Daerah menjalankan PBSS.akhir sekal, pihak JPN akan
mengendali dan memantau perjalanan program PBSS yang dilaksanakan.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
2.0 PROSUDER
PBSS dilaksanakan untuk memastikan semua program berlandaskan kesihatan
di sekolah diselaraskan. Bagi merealisasikan tujuan tersebut,prosuder-prosedur
yang penting harus diberi pekananan. Pertama, jawatankuasa peringkat sekolah
perlu ditubuhkan untuk memastikan program yang dirancang berjaya
dilaksanakan dengan bantuan daripada pelbagai pihak seperti wakil PIBG,
Pejabat Kesihatan Daerah dan pihak-pihak lain.
2.1 CARTA ALIRAN/GARIS PANDUAN
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 3
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
2.1.1 Fungsi jawatankuasa PBSS~
2.1.2 Program kesihatan yang dilaksanakan di sekolah.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 4
PBSS
Rancangan makanan tambahan
(RMT)
Program Susu Sekolah
Perkhidmatan Pergigian
Suntikan Kesihatan
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
3.0 Rancangan Makanan Tambahan ( RMT )
3.1 Pengenalan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah satu usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan dan
kesihatan bagi seseorang murid sekolah rendah yang memerlukan. Ianya
bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% -
30% daripada keperluan harian seorang murid. RMT telah dilaksanakan di
sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia pada hari ini dan ia merupakan
salah satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan murid sekolah di Malaysia.
Rancangan ini juga merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan
usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan sekolah dan
masyarakat. RMT adalah singkatan kepada RANCANGAN MAKANAN
TAMBAHAN (RMT). RMT adalah salah satu program yang diselaraskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang berada
dalam kategori miskin atau miskin tegar di sekolah. Rancangan ini merupakan
satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang
berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid.
Menurut Aziz Ibrahim (1997) dalam Buletin Institut Penyelidikan Perubatan
(IMR), rancangan ini sebenarnya tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas
ibu bapa dalam memberi makanan kepada anak- anak mereka tetapi ianya
adalah sekadar membekalkan 25% hingga 33% daripada keperluan kalori harian
kanak- kanak tersebut. (http://ilmusvr:imr.gov.my 20 Ogos 2007). Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) tidaklah bermaksud menggantikan rancangan makanan yang
disampaikan kepada seseorang murid sekolah oleh ibu bapa atau penjaganya. RMT
bermaksud untuk memberi makanan tambahan, iaitu ¼ - 1/3 daripada jumlah keperluan
harian bagi seorang murid sekolah rendah harian sepenuhnya. Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) di sekolah adalah suatu usaha yang bersepadu dan selaras dengan
usaha- usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan
(http://skklk.pkgklk.com-RMT)
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 5
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
3.2 Sejarah Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan
Perdana Menteri (JPM). AMP merupakan satu program pembangunan
masyarakat berteraskan usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan. Pada
peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah
dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran
Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan
ke semua kawasan di seluruh negara. Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi
keluarga menjadi kriteria utama pemilihan murid.
3.3 Konsep Rancangan Makanan Tambahan
i. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah satu usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan dan
kesihatan bagi seseorang murid sekolah rendah yang memerlukan.
ii. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak
25%-30% daripada keperluan harian seorang murid.
iii. RMT telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia pada hari
ini dan ia merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan murid
sekolah di Malaysia.
iv. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan
usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan di sekolah
dan masyarakat
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 6
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
4.0 Rasional
Berdasarkan kajian dan laporan oleh Kementerian Pendidikan yang
menunjukkan :
4.1 Jumlh 15%-20% dari jumlah murid datang ke sekolah tanpa sarapan
atau makan tengahari.
4.2 Salah pemakanan dan kesan bersama yang diakibatkan oleh salah
pemakanan dan serangan penyakit menimbulkan masalah dari segi
pembesaran dan pencapaian pelajaran serta kelakuan penyesuaian
diri.
4.3 35% murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah
pemakanan
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 7
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
5.0 Objektif Rancangan Makanan Tambahan
5.1 Objektif Am
Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah,
terutama daripada luar bandar dan daripada golongan berpendapatan renda,
secara imbuhan untuk sementara waktu, bag memperbaiki keadaan kesihatan,
sebagai satu usaha, selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.
5.2 Objektif Khusus
Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-
murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah
dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Antara lain ialah untuk
menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan langsung dan tidak
langsung. Ia juga untuk memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa
serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan
makanan dan kebersihan alam sekitar. Selain itu untuk memperkasakan
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan kerana program ini mendapat
sambutan yang baik oleh masyarakat. Di samping itu, menggalakkan penglibatan
dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah, terutama Rancangan
Makanan Tambahan. Program makanan tambahan di sekolah telah
menyebabkan kedatangan murid lebih memuaskan dan pencapaian akademik
yang lebih baik terutama daripana golongan berpendapatan rendah. Ini
menunjukkan imej sistem pendidikan kita bertambah cemerlang.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 8
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
6.0 Pentadbiran/Organisasi RMT
6.1 Peranan Guru Besar atau Guru RMT
i. Memilih dan mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut
kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh KPM.
ii. Merekodkan penerimaan makanan oleh murid-murid pada hari-hari berkenaan.
iii. Mengawasi murid-murid ketika makan sambil beri tunjuk ajar budaya pemakanan
yang betul sambil menyerapkan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan secara
tidak formal.
iv. Mengikut pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur tinggi dan berat pada awal
dan akhir tahun.
v. Mengawasi pengurusan hidangan makanan.
vi. Memastikan rekod penerimaan dan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan
secara kemaskini oleh pihak sekolah.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 9
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
7.0 Pelaksanaan Program Rancangan Makanan Tambahan
Pelaksanaan Program Rancangan Makanan Tambahan ini juga adalah usaha
bagi meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan pelajar-pelajar sekolah.
Menurut Wan Nudri dan Aminah (1996), keperluan pemakanan dalam kalangan
pelajar-pelajar sekolah rendah adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-
kanak diperingkat pra-sekolah, ini disebabkan oleh pertambahan saiz badan dan
aktiviti fizikal pada usia enam hingga dua belas tahun adalah amat ketara.
Pelajar-pelajar yang mendapat zat makanan yang secukupnya dan dalam
keadaan persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran
yang optimum
7.1 .Pelaksanaan Program Rancangan Makanan Tambahan
i. Guru bertugas diminta melengkapkan Buku Laporan RMT berdasarkan Jadual
Tugasan RMT.
ii. Guru bertugas harian diminta mengambil satu menu untuk dibuat penilaian.
iii. Guru bertugas boleh mamaklumkan kepada Pengusaha kantin sekiranya ada
syor/cadangan atau apa-apa yang berkaitan dengan menu RMT dan
sebagainya.
iv. Guru bertugas diminta memastikan perjalanan RMT pada setiap pagi berjalan
dengan lancar.
v. Guru bertugas diminta memastikan murid RMT mengambil satu menu pada
waktu yang ditetapkan. Contohnya 7.15 –7.40 pagi.
vi. Guru bertugas diminta memastikan murid yang tidak berminat untuk makan RMT
untuk digantikan dengan murid lain.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 10
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
8.0 Struktur Organisasi RMT di sekolah
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 11
PENGERUSI
GURU BESAR
N. PENGERUSI
GPK HAL EHWAL MURID
SETIAUSAHA HEM
PENYELARAS
RMT/PSS
SETIAUSAHA
RMT/PSS
AHLI JAWATANKUASA
5 ORANG GURU
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
9.0 Cara penyediaan RMT atau struktur RMT di sekolah
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 12
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
Rajah 1: Seorang pekerja sedang menyediakan makanan untuk murid RMT
Rajah 2 : Seorang murid sedang meletakkan nama untuk mengambil maknan RMT
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 13
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
Rajah 3 : Seorang murid sedang mengambil maknan RMT
Rajah 4 : Murid- murid sedang menikmati makanan RMT
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 14
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
10.0 Kriteria pemilihan murid Rancanga Makanan Tambahan
10.1 Taraf sosioekonomi keluarga yang membolehkan keutamaan diberikan kepada
murid-murid daripada golongan miskin iaitu :
i. Murid-murid daripada keluarga atau ibu bapa atau penjaga yang
mempunyai pendapatan bulanan RM520.
ii. Pendapatan perkapita bagi murid yang datang daripada keluarga yang
mempunyai pendapatan perkapita setakat RM130.00 dan ke bawah
adalah layak dipertimbangkan dalam program ini.
iii. Saiz enrolmen sekolah iaitu kelonggaran diberi khusus kepada sekolah
rendah dengan bilangan murid 100 orang dan ke bawah.
iv. Keluarga, ibu bapa atau penjaga berpendapatan bulanan RM520.00 dan
ke bawah.
v. Status pemakanan murid-murid yang mengalami pemakanan yang salah
perlu dikesan dan disahkan oleh pegawai perubatan.
vi. Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah
dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 15
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
11.0 Pelaksanaan dan penilaian RMT
i. Seramai 532,500 murid sekolah rendah daripada golongan miskin
(keluarga yang berpendapatan kurang RM520 sebulan atau RM130
perkapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan
minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada
setiap tahun.
ii. bantuan setiap murid adalah RM2.50 sehari bagi negeri-negeri di
Semenanjung dan RM3.00 sehari bagi setiap murid di Sabah, Sarawak
dan W.P. Labuan.
iii. Peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid
dan kadar tersebut adalah RM123,647,250 setahun.
iv. Penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah
berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa,
tanpa tuntutan daripada sekolah.
v. Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari
pertama persekolahan.
vi. Penyelia Kesihatan di JPN akan menyampaikan rekod pengagihan
peruntukan RMT di sekolah sehingga 31 Januari tahun berkenaan kepada
pihak sekolah.
vii. Pihak sekolah pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut
negeri kepada Bahagian Kewangan kod dan nama sekolah berserta
dengan jumlah penerima bantuan hendaklah dikemukakan oleh Penyelia
Kesihatan melalui sistem e-PCG terus kepada akaun kerajaan sekolah-
sekolah yang terlibat.
viii. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pembayaran hendaklah dibuat secara
waran mengikut peruntukan kepada Pejabat Pelajaran Daerah negeri
masing-masing.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 16
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
12.0 Kepentingan Rancangan Makanan Tambahan
i. Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah
mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap.
ii. Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian
mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan
fizikal (menjadikan anak lebih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang
keupayaan minda yangdikaitkan dengan kebolehan memperoleh
pendapatan lebih lumayan.
iii. Sarapan adalah makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan
kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak
supaya lebih cergas,peka dan fokus.
iv. Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti,
tersusun, bersikap positif,lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih
baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan
tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk
makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 17
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
13.0 Contoh Borang Perjanjian Rancangan Makanan Tambahan
KERAJAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERJANJIAN PEMBEKALAN MAKANAN BAGI RANCANGAN
MAKANAN TAMBAHAN
DI ANTARA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DENGAN
NAZZA MAS ENTERPRISE
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 18
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
NO.7, KG PT. TALIBEK,
86200 SIMPANG RENGGAM,
JOHOR.
PERJANJIAN PENYEDIAAN MAKANAN
RANCANGAN MAKANAN TAMBAAN (RMT)
PERJANJIAN ini dibuat pada ………………………… di antara Nazza Mas Enterprise
(JM0530613-V) sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang- undang Malaysia dan
mempunyai alamat berdaftar di NO 7, Kg. Pt Talibek, 86200 Simpang Renggam, Johor
(kemudian daripada ini disebut ”Penyelia Makanan”) sebagai pihak pertama, dengan Guru
Besar SK. Parit Markom sebagai pihak kedua
Perjanjian ini mematerikan persetujuan-persetujuan seperti berikut ;
1. Pihak pertama berjanji akan menyediakan makanan RMT kepada murid
murid mula berkuat kuasa pada 01.01.2014 sehingga 20.11.2014
2. Pihak pertama dengan ini bersetuju menyediakan makanan dengan dibayar upah
mengikut kadar RM 2.50 sen bagi seorang murid sehari.
3. Pihak pertama bersetuju menuntut bayaran upah daripada pihak kedua setiap
minggu atau setiap bulan. Pihak kedua bersetuju membuat bayaran pertama sebaik
sahaja tuntutan diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
4. Peralatan dapur,alat memasak adalah tanggungan Pihak Pertama manakala
bekas-bekas makanan disediakan oleh Pihak Kedua.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 19
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
5. Keselamatan peralatan dan bahan-bahan yang digunakan adalah di bawah
tanggungjawab Pihak Pertama dan Pihak Kedua tidak bertanggung jawab atas
sebarang kerosakan atau kecurian peralatan dan bahan-bahan tersebut atau
kemalangan akibat daripada penggunaanya.
6. Bahan-bahan mentah basah seperti ikan, daging, sayuran, buah-buahan dan lain-
lain akan dibekalkan oleh Pihak Pertama sehari sebelum tarikh penyediaan
makanan. Manakala bahan-bahan kering yang tahan disimpan seperti beras,
bawang, rempah-rempah dan lain-lain akan dibekalkan sehari/dua hari/tiga
hari/seminggu sebelum hari penyediaan makanan.
7. Bahan-bahan mentah yang diperoleh hendaklah disimpan di tempat yang terjamin
kebersihan dan keselamatannya.
8. Kuantiti bahan-bahan yang digunakan hendaklah mengikut sukatan seperti yang
ditetapkan dalam buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
9. Pihak Pertama bersetuju untuk tidak akan meminda mana-mana menu kecuali
setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Kedua.
10. Makanan hendaklah disediakan pada waktu yang sesuai agar ianya dapat
dihidangkan tepat pada pukul 9.45 pagi untuk murid sidang pagi dan pada pukul
………………… tengah hari/petang untuk murid sidang petang.
11. Makanan untuk murid sidang pagi hendaklah disediakan pada pagi berkenaan dan
makanan bagi murid sidang petang hendaklah disediakan waktu tengah hari.
12. Pihak Pertama akan mengagihkan makanan kepada murid-murid dengan dibantu
oleh guru-guru bertugas.
13. Kuantiti makanan yang diagihkan kepada setiap murid hendaklah mengikut kuantiti
yang ditetapkan dalam Buku Panduan Menu.
14. Pihak Pertama bersetuju tidak akan mengambil semula makanan RMT yang
berlebihan pada hari berkenaan kecuali setelah diarah oleh guru bertugas atau
jawatankuasa RMT.
15. Kebersihan tempat memasak serta peralatan, tempat hidang dan bekas-bekas
makan hendaklah sentiasa dijaga dan diutamakan seperti yang terdapat dalam buku
Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat dan Akta Makanan 1983.
16. Pihak Pertama dan pembantu-pembantunya hendaklah dalam keadaan sihat dan
sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaiannya.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 20
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
17. Pihak Pertama dan pembantu-pembantunya mestilah mendapat suntikan TY2
daripada Jabatan Kesihatan.
18. Pihak Kedua berhak menamatkan perjanjian ini sekiranya Pihak Pertama melanggar
mana-mana syarat perjanjian dengan memberikan satu bulan notis kepada Pihak
Pertama.
Pada masa menyaksikan persetujuan-persetujuan dan peruntukan-peruntukan yang tersebut di
atas maka kedua-dua pihak yang diberi kuasa untuk tujuan ini menurunkan tandatangan
mereka di atas 3 salinan perjanjian ini pada tarikh yang dinyatakan di atas.
Ditandatangani oleh :
Nama :
Jawatan :
bagi pihak Kerajaan Malaysia
Tarikh :
di hadapan :
(saksi)
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 21
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
Ditandatangani oleh :
Nama :
Jawatan :
bagi pihak Penyelia Makanan
di hadapan :
(saksi)
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 22
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
14.0 NOTA TAMBAHAN PERJANJIAN KANTIN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
NEGERI JOHOR.
PENYEDIAAN MAKANAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
1. Pengusaha bekalan Rancangan Makanan Tambahan hendaklah mematuhi garis
panduan dan arahan yang terkandung dalam buku Panduan Rancangan Makanan
Tambahan Kementerian Pendidikan.
2. Pengusaha bekalan Makanan Tambahan hendaklah memastikan penyediaan makanan
pada kadar kualiti dan kuantiti yang berpatutan dengan harga yang ditetapkan kerajaan.
3. Makanan hendaklah halal , tidak berlawanan dengan kehendak-kehendak agama Islam
dan mengikut menu serta peraturan penyediaan yang terkandung dalam buku panduan
Racangan Makanan Tambahan.
4. Perkakasan dapur , alat-alat memasak, pinggan-mangkuk dan tempat menyimpan
bahan makanan hendaklah semuanya hanya digunakan untuk tujuan memasak dan
menghidang makanan yang halal sahaja.
5. Bahan –bahan makanan yang tidak halal sama ada mentah , bermasak atau diproses
adalah dilarang dibawa ke tempat memasak atau menghidang makanan RMT.
6. Pihak pembekal hendaklah menggunakan perkakasan sendiri untuk memasak dan
menghidang makanan RMT.
7. Pembekal hendaklah menyediakan makanan yang bersih , berzat , segar dan baru
dimasak.
8. Pengusaha hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tempat memasak , perkakasan ,
ruang makan dan persekitarannya serta mematuhi peraturan kebersihan yang
ditetapkan oleh kerajaan seperti yang diperuntukan dalam buku panduan penggurusan
kantin dan buku panduan RMT.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 23
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
9. Pengusaha hendaklah sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah,
PPD dan Jabatan Pendidikan dari semasa ke semasa berhubung kebersihan ,
penyediaan makanan dan apa-apa perkara lain yang berikut.
PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN SEKOLAH.
1. Bilangan murid : 58 Orang .
2. Bilangan hari bersekolah :
2.1 Sekolah Kebangsaan : 190 Hari persekolahan .
3. Nilai makanan RM 2.50 sehari untuk seorang.
4. Tuntutan bekalan makanan RMT hendaklah dibuat kepada sekolah pada setiap
1
hari bulan dan selewat – lewatnya 10 haribulan, bulan berikutnya.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 24
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT MARKOM,
JKR 1548 JALAN PARIT ISMAIL,
82200 BENUT, PONTIAN.
No.Tel: 07-6903677
Rujuk Kami: JBA6051/100-19/4/2( )
Tarikh : 28.12.2013
Kepada ;
Nazza Mas Enterprise (JM0530613-V)
No .7 Kg.Parit Talibek
86200 Simpang Renggam,
Kluang Johor.
U.P: Mohd Farhan Bin Mohd Husin
Tuan,
Tawaran Membekal Makanan Bermasak Program Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) SK Parit Markom, Benut Pontian Johor.
Merujuk perkara di atas dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatan kuasa
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sekolah Kebangsaan Parit Markom bersetuju
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 25
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
melantik Syarikat NAZZA MAS ENTERPRISE ( JM 0530613-V ) untuk membekalkan
makanan bermasak di bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Kementerian Pendidikan Malaysia kepada murid-murid penerima RMT sebagai ketetapan
berikut :
1. Bilangan murid : 58 Orang
2. Bilangan Hari Persekolahan : 190 Hari
3. Nilai makanan : RM 2.50 sen per/murid
Dengan mematuhi syarat-syarat yang dilampirkan (Rujuk Lampiran A)
2. Sekiranya pihak tuan bersetuju dan menerima tawaran ini diharap dapat
mengemukakan surat persetujuan. Kerjasama tuan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.
“BERKIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………………..
Sk. 1.PPD
2.Pengarah Pendidikan Johor
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 26
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
15.0 Pengenalan bijirin dan sarapan
Rajah 5 : Piramid makanan yang seimbang
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 27
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
15.1 Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah
mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap.
15.2 Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian
mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fkikal
(menjadikan anak lebih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang keupayaan
minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih
lumayan.
15.3 Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti,
tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.
Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu
menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu
sarapan dan makan tengah hari.
15.4 Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada
kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif
terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus.
16.0 Pemilihan makanan sarapan pagi
I. Pemilihan makanan untuk sarapan amat penting.
II. Pilih sarapan pagi yang sihat mengandungi serat yang tinggi, contohnya
roti, bijirin, buah-buahan seperti kismis, prun dan pisang.
III. Elakkan mengambil makanan yang berat terutama makanan bergoreng
dan berlemak.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 28
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
IV. Untuk mereka yang kesuntukan masa, bijirin sarapan adalah sarapan
yang terbaik dan senang untuk disediakan
V. Ada pelbagai bijirin sarapan di pasaran. Ada yang mengandungi lebih
gula, kurang fiber dan sebaliknya. Pilih bijirin sarapan yang mengandungi
karbohidrat dan vitamin yang boleh merangsang paras glukos dan mikro
nutrien dalam otak.
VI. Ketua Komunikasi Penyelidikan dan Pembangunan Nestle S.A, Hilary
Green berkata, vitamin B yang diperkaya di dalam bijirin sarapan
dikenalpasti mampu memberi kesan positif kepada fungsi otak.
VII. Merurut Green lagi, bagi memastikan bijirin sarapan itu mengandungi
khasiat yang dikehendaki sentiasa semak label pemakanan di kotak.
VIII. Pilihlah bijirin sarapan yang kurang gula kerana ianya boleh ditambah
dengan buah-buahan seperti kismis atau potongan buah-buahan untuk
menambah manisnya.
IX. Bersarapan dengan bijirin juga akan mengelakkan tubuh daripada
mengalami hidrasi.
X. Ini kerana susu yang dicampurkan itu membekalkan kalsium dan air di
dalam tubuh
Rajah 6 : Bijirin
sarapan
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 29
MENU 1 : NASI AYAMMENU 2 : NASI LEMAK
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
17.0 Sukatan dan Menu RMT
• Pihak sekolah dicadangkan memilih 5 menu secara bergilir-gilir.
• Walau bagaimanapun sekolah boleh membuat pilihan daripada 20 senarai menu
yang disediakan mengikut kesesuaian bahan dan kesukaan murid-murid.
• Menu yang disediakan juga dapat membekalkan lebih kurang 350 hingga 400
kcal tenaga dan 5 hingga 40g zat protein.
Penyediaan RMT hendaklah mengikut 20 jenis menu yang ditetapkan.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 30MENU 4 : MEE REBUS
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 31
MENU 5 : BIHUN GORENG SINGAPURA
MENU 6 : NASI KERABU
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 32MENU 7 : SOTO
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 33
MENU 8 : NASI PAPRIK
MENU 9 : NASI GORENG CINA
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 34
MENU 10 : LONTONG
MENU 11 : BIHUN SUP
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 35
MENU 12 : MACARONI SUP
MENU 13 : ROTI CANAI TELUR
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 36
MENU 14 : KACANG PANGGANG
MENU 15 : SANDWICH SARDIN
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 37
MENU 16 : YONG TAU FU
MENU 17 : CAPATI / TOSE
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 38
MENU 18 : AYAM PANGGANG DAN KENTANG
MENU 19 : BIJIRIN SARAPAN PAGI
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
18.0 Keberkesanan dan Kejayaan Program RMT
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 39
MENU 20 : KUIH-MUIH
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada
mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.
Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang
menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan
kesihatan dan amalan pemakanan.
Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan
kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan
kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan
penyakit-penyakit yang berjangkit.
Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan. Menjaga
kebersihan gigi dengan cara yang betul. Berkelakuan baik, bersopan santun di
meja makan serta duduk dengan cara yang betul dan mengunyah makanan
dengan baiknya. Membuang sampah dan menjaga kebersihan sekeliling dengan
cara yang betul. Membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari
di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat. Membincang
dan memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam makanan yang
seimbang.
19.0 Cadangan Penambahbaikan Program RMT
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 40
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya mempelbagaikan
menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu
terhadap sesuatu makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada
setiap pagi. Selain itu, pihak sekolah boleh memberi ganjaran kepada murid
RMT yang hadir dan makan setiap hari.
Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh
dijalankan. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan
dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang.
Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas
dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu
makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.
Selain itu, program penambahbaikan seperti demonstrasi mencuci tangan
dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui
tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan
berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan.
Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan
sekali.
Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut boleh
disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-
murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan
pada waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan
cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada
setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.
Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan
untuk murid-murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan murid-
murid yang berdisiplin dan menepati masa. Pihak pengurusan RMT juga boleh
memberi keistimewaan kepada murid RMT yang datang awal untuk membuat
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 41
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
pilihan makanan serta makan terlebih dahulu daripada mereka yang lewat
sebagai ganjaran.
Program memberi penerangan dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu
awal pagi kerana kurang kesedaran murid tentang pentingnya makan pada
waktu pagi. Kajian mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan
pagi kerana tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa, menu tidak sesuai
dengan selera murid dan murid sendiri yang tidak biasa makan pada waktu pagi.
Program ini mampu meningkatkan 100 % murid RMT untuk mengambil makanan
pada waktu awal pagi.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 42
PKE3104-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
20.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan
sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang
diperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak
juga akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan juga diharapkan
dapat membantu murid untuk membina tubuh badan yang cergas dan minda yang
cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial murid juga akan
meningkatkan dan sekolah akan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.
PPGPJK AMBILAN JUN 2011-RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 43