Asigment p. kesihatan sem 1

37
ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT 1. Penghargaan 2. Soalan tugasan 3 - 4 3. Punca-punca keracunan makanan 5 - 6 3.1 Mikroorganisma – Pelbagai bentuk virus dan bakteria 7 4. Penyakit-penyakit disebabkan oleh keracunan makanan 4.1 Tipoid ( Typhoid ) 8 - 10 4.2 Hepatitis A 11 - 14 4.3 Cirit-birit ( diare ) 15 - 18 5. Gaya Hidup Sihat 5.1 Pemakanan 21 5.2 Kebersihan diri 22 5.3 Bersenam 23 5.4 Menjauhi tabiat buruk 24 5.5 Tidur / Rehat / Istirehat 25 6. Bibliografi 26 1

Transcript of Asigment p. kesihatan sem 1

Page 1: Asigment p. kesihatan sem 1

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. Penghargaan

2. Soalan tugasan 3 - 4

3. Punca-punca keracunan makanan 5 - 6

3.1 Mikroorganisma – Pelbagai bentuk virus dan bakteria 7

4. Penyakit-penyakit disebabkan oleh keracunan makanan

4.1 Tipoid ( Typhoid ) 8 - 10

4.2 Hepatitis A 11 - 14

4.3 Cirit-birit ( diare ) 15 - 18

5. Gaya Hidup Sihat

5.1 Pemakanan 21

5.2 Kebersihan diri 22

5.3 Bersenam 23

5.4 Menjauhi tabiat buruk 24

5.5 Tidur / Rehat / Istirehat 25

6. Bibliografi 26

1

Page 2: Asigment p. kesihatan sem 1

PENGHARGAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan

tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya telah berusaha

dengan penuh komitmen untuk menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin.Ucapan terima

kasih yang tidak terhingga kepada En. Elias bin Talib yang banyak memberi

bimbingan,panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha untuk menyudahkan

tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam usaha

menyempurnakan tugasan ini.Apa yang pasti, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.

dan kelemahan itu datangnya daripada saya sendiri. Saya memohon maaf sekiranya

terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam tugasan ini .

Sekian , terima kasih.

2

Page 3: Asigment p. kesihatan sem 1

SOALAN TUGASAN

1. Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu-waktu kebelakangan ini

sering dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai murid. Di antara punca

keracunan tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah,

asrama dan daripada program-program pemakanan seperti Rancangan Makanan

Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah.

(a) Bincangkan dengan memberi contoh-contoh asas mikrobiologi dari aspek

punca-punca keracunan makanan yang berlaku di sekolah-sekolah.

( 5 markah )

(b) Di bawah ini adalah penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh keracunan

makanan. Huraikan bagaimana penyakit ini terjadi. Huraian anda hendaklah

meliputi perkara berikut : definisi, sebab/punca, symptom, rawatan dan cara

mencegahnya.

i. Tipoid ( typhoid )

ii. Hepatitis A

iii. Cirit-birit ( diare )

( 15 markah )

3

Page 4: Asigment p. kesihatan sem 1

2. Rajah di bawah menunjukkan rutin harian seseorang individu yang mengamalkan

“Gaya Hidup Sihat “. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, huraikan dengan jelas

beserta contoh-contoh yang relevan, bagaimana setiap faktor mempengaruh

kesihatan individu.

( 15 Markah )

( Jumlah : 35 markah )

GAYA HIDUP SIHATGAYA HIDUP SIHAT

PEMAKANANPEMAKANAN

KEBERSIHAN DIRIKEBERSIHAN DIRI

BERSENAM / BEREKREASIBERSENAM / BEREKREASI

MENJAUHI TABIAT BURUKMENJAUHI TABIAT BURUK

TIDUR / REHAT / ISTIREHATTIDUR / REHAT / ISTIREHAT

4

Page 5: Asigment p. kesihatan sem 1

1. A PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Sejak kebelakangan ini sering kita mendengar, melihat dan membaca pelbagai isu

yang berkaitan dengan masalah keracunan makanan yang melibatkan pelajar-pelajar

sekolah. Apa yang kita tahu ialah bagaimana masalah ini terjadi tetapi kurang memberi

perhatian pada masalah ini. Jadi banyaklah kes keracunan makanan yang menimpa

pelajar-pelajar di sekolah. Kebanyakan kejadian keracunan makanan yang berlaku di

sekolah ialah berpunca dari makanan yang di jual di kantin, asrama dan program-program

pemakanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah.

Pelajar-pelajar sering terdedah kepada makanan yang tidak sihat seperti makanan

yang tidak bersih, terdedah dan tercemar. Ini termasuklah susu yang telah dibekalkan

kepada pelajar-pelajar, ternyata sudah lama di bungkus dan adakalanya melebihi tarikh

yang dibenarkan oleh pihak tertentu. Mahupun begitu kejadian keracunan makanan ini

bukan pada pelajar-pelajar sekolah sahaja, malahan kepada orang dewasa yang

antaranya tidak menyedari mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali

setahun.

Kearacunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan

yang tercemar. Kebanyakan punca-punca keracunan makanan disebabkan oleh:

PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN OLEH:

PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN OLEH:

1. Bakteria1. Bakteria

2. Protozoa dan kulat2. Protozoa dan kulat

3. Virus3. Virus

4. Racun atau Toksin4. Racun atau Toksin

5. Bahan-bahan kimia5. Bahan-bahan kimia

5

Page 6: Asigment p. kesihatan sem 1

Kebanyakan punca keracunan makanan adalah bila adanya kemunculan

bakteria dalam makanan, proses penyediaan makanan yang kotor, makanan yang

tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran

suhu 30 darjah Celsius.Antara makanan yang seringkali terdedah kepada bakteria dan

pengendalian makanan yang tidak sempurna termasuklah;

Daging iaitu lembu, ayam, ikan atau burung yang tidak disimpan di tempat dingin

Makanan laut seperti kerang

Makanan dalam tin yang telah kemik atau penutup yang berkarat

Susu atau makanan bersususu iaitu keju atau krim

Makanan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya

Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik

Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus

Jenis bakteria yang terdapat pada makanan ini ialah bakteria campylobacter.

Tanda-tanda keracunan berlaku dua hingga lima hari selepas makan. Selain daripada itu

juga terdapat tanda-tanda pesakit mengalami deman atau najis mengandungi darah.

Keracunan yang berpunca daripada virus pula disebabkan oleh makanan seperti

kerang dan siput-siput yang dicemari oleh air kumbahan dan sayur-sayuran mentah yang

tidak dibersihkan dengan sempurna. Malahan ada antara kita yang memasak dan

memakan siput dan kerang ini dengan tidak betul. Virus yang terdapat dalam kerang dan

siput-siput ini ditangkap di kawasan yang dicemari najis manusia. Ia adalah sejenis virus

Norwalk . Pesakit akan mengalami deman, lemah anggota badan, tidak berselera makan

dan jaudis.Tanda-tanda keracunan ini bermula dua hingga enam minggu selepas makan

dan adakalanya boleh menyebabkan kerosakan hati serta membawa maut. Biasanya

makanan seperti ini juga ada disediakan oleh pihak kantin dan asrama pelajar

Sikap orang ramai juga diambil kira kerana kurang memberi perhatian kepada hal-

hal yang berkaitan dengan keracunan makanan. Sentiasa membeli makanan yang sering

terdedah semasa jualan dan memasaknya tanpa membersih samada bahan mentah atau

sayur-sayuran yang telah layu dan tercemar pada persekitaran alam.

6

Page 7: Asigment p. kesihatan sem 1

MIKROORGANISMA – PELBAGAI BENTUK VIRUS DAN BAKTERIA

7

Page 8: Asigment p. kesihatan sem 1

B. PENYAKIT-PENYAKIT YANG DI SEBABKAN OLEH KERACUNAN MAKANAN

i. Tipoid (typhoid)

Salah satu penyakit yang di sebabkan keracunan makanan adalah Tipoid

atau Demam kepialu atau Demam paratifoid atau dalam bahasa Inggerisnya

Typhoid Fever. Tipoid merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria

yang dikenali sebagai Salmonella Typhi yang terdapat dalam air kencing dan najis

pesakit Tipoid dan pembawanya akan mencemarkan bekalan air atau makanan.

Pembawa Tipoid merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman

kepialu di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami

penyakit Tipoid.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan sebanyak 16 juta kes

tipoid pada setiap tahun dan 600,000 daripadanya telah meragut nyawa.

Seseorang pembawa penyakit Tipoid, tanpa menunjukkan sebarang gejala, tetapi

mampu menjangkiti orang lain. Seorang pembawa Tipoid yang pertama pada tahun

1907 ,Mary Mallon berasal dari Amerika Syarikat telah dikenal pasti. Seorang

daripada dua puluh orang yang dijangkiti Tipoid masih membawa penyakit ini

walaupun selepas sembuh.

BAKTERIA SALMONELLA THYPI

8

Page 9: Asigment p. kesihatan sem 1

Sebilangan kecil daripada pesakit ini walaupun pulih, ia akan terus

membawa bakteria di dalam badannya. Tipoid ini merebak malalui makanan atau

air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari sisa

kumbahan yang mengandungi bakteria. Apabila seseorang pesakit itu membuang

air besar, bakteria Salmonella Typhi turut dikeluarkan bersama-sama najis.

Seseorang yang lain boleh jatuh sakit ,sekiranya memakan makanan dan minuman

yang dikendalikan oleh seseorang yang mengeluarkan bakteria ini ataupun sisa

kumbahan yang tercemar melalui bakteria ini, memasuki air yang digunakan untuk

diminum atau membersihkan makanan.

Tipoid selalu ditemui di sesuatu tempat, sekiranya penduduk di situ tidak

mengamalkan membasuh tangan dan berkemungkinan airnya tercemar dengan

sisa kumbahan.Ini akan menyebabkan bakteria merebak ke dalam saluran darah

dan badan, seterusnya bertindak balas dengan menunjukkan gejala seperti

demam.

Seseorang yang disyaki diserang Tipoid akan mengalami simptom-

simptom seperti berikut ;

Sakit kepala yang amat sangat

Perut meragam dan sakit

Sembelit yang diikuti cirit-birit sehingga dua tiga minggu

Demam tinggi berterusan beberapa minggu dengan kepanasan

mencecah 39 hingga 40 darjah celcius

Hilang selera makan

Mata layu dan cengkung

Ruam pada badan berbentuk bunga ros

Mengantuk dan selalu berkhayal

Meracau dan tidak sedarkan diri

Pesakit Tipoid boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di

dalam ususnya boleh pecah. Ia akan mengambil masa berminggu-minggu untuk

sembuh dan biasanya tidak akan pulih seperti sedia kala. Jika pesakit tidak

dirawat, jangkitan Tipoid ini akan merebak ke jantung dan akan membawa maut.

Dalam satu kajian Pusat Kawalan Penyakit, AS (CDC) menganggarkan, sekurang-

kurangnya 20 peratus kes seperti ini tidak dapat diselamatkan.

9

Page 10: Asigment p. kesihatan sem 1

Sekiranya seseorang diserang Tipoid, segeralah berjumpa dengan doktor.

Berbagai-bagai jenis rawatan yang terdapat untuk merawat Tipoid ini.

Ubat-ubatan moden seperti ubat telan dan antibiotik intravena digunakan pada

masa kini. Doktor juga telah memberikan ubat chloramphenicol selama 14 hari

kepada pesakit. Secara fizikalnya , terdapat keberkesanan namun, terdapat kesan

sampingan terhadap tulang sumsum sehingga menjejaskan penghasilan sel-sel

darah.

Pesakit yang diberikan antibiotik ,biasanya akan menunjukkan tanda-tanda

pulih dalam tempoh dua hingga tiga hari. Adalah penting pesakit menghabiskan

dos ubat-ubatan dan mendapatkan rawatan susulan bagi memastikan ia tidak akan

berulang dan bukan pembawa tipoid.

Sebelum dijangkiti sesuatu penyakit kita seharusnya bertindak untuk

mencegahnya, bak kata pepatah “ mencegah lebih baik daripada merawat “.

Langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan oleh para doktor merupakan

tindakan asas bagi melindungi diri daripada penyakit Tipoid antaranya ialah;

1. Adalah sangat penting bagi seseorang itu membasuh tangan dengan bersih

agar tidak mencemarkan makanan dan minuman yang disajikan, selain itu

juga perlulah membersih tangan dengan sabun selepas membuang sampah

sarap, memegang bahan mentah atau selepas membuang air besar.

2. Kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dipantau setiap masa bagi

seseorang penjual.

3. Elakan daripada membeli makanan yang terdedah dan tercemar

terutamanya kawasan yang terdapat wabak Tipoid.

4. MInum air yang telah dimasak sahaja, buat air batu menggunakan air yang

telah dimasak. Orang ramai perlulah berhati-hati dengan ais kacang atau air

batu yan menggunakan ais yang telah dihancurkan.

5. Makanlah makanan yang baru dimasak, pastikan makanan yang dipesan di

kedai adalah makanan yang baru dimasak.

6. Tudunglah semua makanan dan minuman agar tidak dihinggapi lalat.

7. Gunakan penyepait, senduk,sudu atau garpu yang bersih untuk mengambil

makanan.

8. Buah-buahan hendaklah dibasuh dahulu sebelum dikupas.

10

Page 11: Asigment p. kesihatan sem 1

9. Hapuskan tempat pembiakan lalat bagi mengelakkan pembiakan.

10. Gunakan tandas yang sempurna dan bersih.

11. Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami tanda-tanda

dijangkiti Tipoid.

ii. Hepatitis A

Antara penyakit jangkitan virus yang merbahaya ialah hepatitis. Walaupun

penyakit ini sudah lama menjadi masalah dinegara kita, masih ramai yang yang

keliru mengenainya. Hepatitis ialah penyakit yang menyebabkan hati menjadi

radang dan bengkak disebabkan jangkitan virus. Hepatitis akibat serangan virus

adalah penyakit berjangkit yang paling mudah dijangkiti. Kadar jangkitannya lebih

1,000 kali lebih tinggi daripada taun dan 10 hingga 100 kali lebih tinggi daripada

tipoid.

Secara umumnya penyakit ini boleh dibahagikan kepada lima jenis

bergantung kepada virus penyebabnya iaitu Hepatitis A, B, C, D dan E. Hepatitis A

adalah penyakit berjangkit paling lazim di dunia. Dianggarkan 1.4 juta kes Hepatitis

A dilaporkan di dunia setiap tahun. Gejala Hepatitis A menyamai influenza. Virus

Hepatitis A (HAV) merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan

najis manusia dan mudah dijangkiti serta saluran penghadaman. Ia termasuklah

tidak mencuci tangan dengan bersih selepas menukar lampin bayi yang dijangkiti

serta memakan makanan tercemar. Kerang, tiram dan siput boleh menjadi punca

utama wabak Hepatitis A jika tidak dimasak dengan betul.

11

Page 12: Asigment p. kesihatan sem 1

VIRUS HEPATITIS A

Semua orang berisiko tinggi mendapat jangkitan virus ini, apatah lagi

mereka yang tinggal bersama pesakit Hepatitis A. Antara kumpulan yang paling

berisiko dijangkiti Hepatitis A ialah ;

Ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama pesakit

Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian

Pekerja pusat jagaan harian (kanak-kanak dan orang tua )

Orang yang mengunjungi kawasan yang tercemar

Kebanyakan orang tidak sedar mereka dijangkiti virus kerana banyak kes

tidak menunjukkan gejala, terutamanya dikalangan orang dewasa. Ketiadaan

gejala juga menyebabkan jangkitan virus pada kanak-kanak tidak disedari.

12

Page 13: Asigment p. kesihatan sem 1

Tanda-tanda penyakit seperti yang tersenarai dibawah akan muncul dua

hingga empat minggu selepas dijangkiti. Ada juga pesakit yang mendapat gejala

selepas 50 hari dijangkiti. Antara simptom-simptom penyakit Hepatitis A ialah ;

Masalah -masalah kesihatan akibat jangkitan virus Hepatitis A biasanya

lambat sembuh kerana badan mengambil masa untuk menghasilkan antibodi. Ia

mungkin mengambil masa antara tiga minggu hingga enam bulan, bergantung

kepada keadaan setiap pesakit. Jangkitan akan lebih teruk jika berlaku pada orang

yang berumur melebihi 40 tahun, tetapi secara umumnya 50 % penduduk

mempunyai imuniti terhadap virus Hepatitis A apabila meningkat umur 39 tahun.

10. Warna najis

berubah

9. Demam kuning

8. Perut kembung

7. Cirit-birit 6. HilangSeleramakan

5. Sakit perut

4. Sangat lesu

3. Sakit kepala

2.Selsema

1. Demam

Simptom-simptom

Hepatitis A

13

Page 14: Asigment p. kesihatan sem 1

Secara lazimnya setiap penyakit ada cara rawatannya, begitu juga

dengan penyakit Hepatitis A. Antara cara rawatan ialah melalui vaksin. Sehingga

kini tidak ada rawatan yang khusus untuk jangkitan Hepatitis A dan kebanyakan

rawatan hanya untuk menghilangkan gejala penyakit. Namun apabila sembuh,

bermakna seseorang itu akan imun iaitu mempunyai daya ketahanan terhadap

penyakit sepanjang hayat.

Bagi langkah-langkah pencegahan, seseorang itu perlulah mematuhi atau

menjaga kebersihan diri. Antara langkah-langkah pencegahannya ialah ;

1. Orang yang dijangkiti perlulah banyak berehat.

2. Elakkan minum minuman keras

3. Perlulah menjaga kebersihan diri, seperti cuci tangan hingga bersih

selepas menggunakan tandas

4. Elakkan mengambil makanan mentah seperti ulam dan salad, terutama

di tempat yang ada kes.

5. Elakkan minum minuman yang tidak dimasak dengan betul dan

minuman berais.

6. Elakkan minum susu yang tidak dipasteur serta makanan laut yang

tidak dimasak dengan sempurna

Untuk hidup sihat, kita memerlukan hati yang sihat dan boleh berfungsi

dengan baik. Hati berfungsi sebagai organ penting untuk menyingkirkan bahan

baracun seperti dadah daripada darah. Hati yang sihat juga penting untuk melawan

jangkitan dan memberhentikan pendarahan. Jadi, perlulah setiap orang itu

menjaga dan mencegah dari penyakit ini.

14

Page 15: Asigment p. kesihatan sem 1

iii. Cirit-birit (diare)

Cirit-birit atau diare merupakan keadaan di mana seseorang atau kanak-

kanak yang hilang kawalan keupayaan membuang najis menyebabkan sentiasa

membuang najis setiap masa. Dalam erti kata yang lain membuang air besar lebih

daripada tiga kali dan keadaan ini mampu menyebabkan kekeringan air (najis yang

keluar hanya air sahaja). Jika keadaan ini berlarutan ia akan membahayakan

pesakit itu sendiri. Kanak-kanak yang sedang menyusu, adakala akan membuang

air sehingga lemah hingga enam kali sehari tetapi najisnya biasa sedikit dan

berwarna kuning dan tidak begitu banyak air.

Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air

pada bahagian usus. Kandungan air meningkat 60 hingga 90%. Air sepatutnya

diserap semula oleh usus. Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu

mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada

najis. Seseorang kanak-kanak boleh diserang cirit-birit apabila dijangkiti oleh virus

di saluran ususnya, ada juga kanak-kanak yang tidak sesuai dengan susu

berformula yang diberikan. Selain daripada itu juga keadaan cirit-birit mungkin

disebabkan oleh beberapa keadaan, antaranya alahan makanan yang sangat

berlemak atau pedas atau makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh

dengan bijirin.

Cirit-birit berlaku akibat pelbagai perkara, menyebabkan pihak perubatan

sukar mengenal pasti punca masalah tersebut. Punca masalah cirit-birit boleh

berlaku akibat ;

Masalah psikogenik iaitu ketegangan emosi dan kerisauan

Masalah neurogenik iaitu gangguan sistem saraf

Selepas pembedahan

Gangguan sistem kelenjar atau edokdrin

Pemakanan

Alahan

Masalah penyerapan makanan dan garam mineral

Jangkitan dan radangan

15

Page 16: Asigment p. kesihatan sem 1

Cirit-birit yang disebabkan kuman bakteria yang menyebabkan cirit –birit

ialah E. coli, Shingella, Camphylobacter dan Staphylococos. Sebahagian kuman ini

menghasilkan racun. Antara tanda-tanda ialah pembuangan najis berair yang

banyak secara tiba-tiba, mual, muntah, kekejangan di bahagian perut dan

mengalami demam. Cirit-birit akibat jangkitan hanya perlu dirawat dengan

memberikan air yang secukupnya dan garam mineral bagi menggantikan jumlah air

yang hilang melalui pembuangan najis berair yang kerap.

BAKTERIA E. COLI

Masalah akan reda dengan sendiri dan fungsi saluran asas pemakanan

akan pulih tanpa rawatan alam tempoh 24 hingga 48 jam. Antibiotik hanya

digunakan apabila cirit-birit berlaku dalam tempoh yang lebih lama walaupun

rawatan sokongan telah diberikan kepada pesakit.

Cirit-birit akibat kuman virus pula biasanya dialami oleh bayi dan kanak-

kanak. Kuman virus yang sering menjangkiti kanak-kanak ialah rotavirus. Kanak-

kanak akan mengalami kesan jangkitan dalam tempoh 12 hingga 48 jam.

Kekerapan cirit-birit sebanyak lapan hingga sepuluh kali sehari bagi bayi berusia

dua bulan boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan yang serius sehingga

mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang dan fungsi jantung serta

peredaran darah. Masalah yang dialami oleh kanak-kanak seperti ini memerlukan

pemerhatian yang serius oleh doktor.

16

Page 17: Asigment p. kesihatan sem 1

Tanda-tanda bahaya yang di alami oleh seseorang pesakit cirit-birit ialah ;

Cirit-birit dimana najis akan bercampur dengan darah

Keadaan kanak-kanak yang lemah dan langsung tidak bermaya

Keadaan dimana kanak-kanak muntah terus menerus dan perut

kembung

Cirit-birit jika berada di kawasan di mana terdapat wabak cholera

Cirit-birit kronik pula sukar dikenalpasti puncanya kerana ia boleh

diakibatkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit dalam tubuh dan gangguan pada

sistem saluran penghadaman. Pesakit akan mengalami cirit-birit dengan kerap

selama lebih dua minggu. Cirit-birit ini boleh diakibatkan oleh tekanan emosi dan

penyalahgunaan ubat laksatif yang diguna untuk memudahkan pembuangan air

besar Beberapa perkara berkaitan pesakit yang perlu diketahui oleh doktor dan ahli

farmasi sebelum memberi rawatan ialah ;

1. Umur pesakit

2. Masa dan tempoh serta kekerapan berlakunya cirit-birit

3. Makanan yang diambil sebelum mengalami masalah cirit-birit

4. Ciri dan lokasi simptom dan tanda masalah

5. Ciri najis yang dihasilkan

6. Faktor yang dikenalpasti oleh individu yang menyebabkan keadaan

seseorang bertambah teruk

7. Ubat-ubat yang sedang diambil oleh pesakit

8. Rawatan yang diambil sebelum ini

9. Penyakit lain yang sedang dialami atau sejarah cirit-birit atau gangguan

sistem penghadaman yang dialami oleh ahli keluarga

Seseorang mungkin memerlukan rawatan sementara sebelum dapat

berjumpa seseorang doktor untuk rawatan lanjut. Jika seseorang mengalami cirit-

birit kerana kesan sampingan ubat, tidak boleh memberhentikan ubat tersebut

sewenang-wenangnya. Ia perlulah mendapat nasihat dan panduan daripada doktor

yang memberikan ubat tersebut, ini adalah kerana pemberhentian ubat tersebut

boleh menerukkan penyakit yang sedia ada dan kadang kala masalah cirit-birit

yang dialami tidak serius.

17

Page 18: Asigment p. kesihatan sem 1

Rawatan di hospital atau klinik biasanya bergantung kepada keadaan

seseorang itu terutamanya kanak-kanak. Bagi kes yang teruk, air perlu diberikan

dengan segera dengan memasukkan terus ke dalam darah. Susu yang diminum

juga perlu diberhentikan seketika atau diubah kepada susu soya.

Selain daripada rawatan yang kita dapati dari klinik atau hospital, terdapat

banyak juga produk dan ubat yang berada di pasaran yang boleh merawat

masalah cirit-birit. Sebagai seseorang yang mementingkan kesihatan yang baik

langkah pencegahan adalah yang terbaik. Contohnya seseorang yang ingin

melancong, beberapa rawatan pencegahan perlulah diambil kira, diantaranya ;

1. Memakan makanan yang sentiasa panas dan dimasak dan meminum air

yang dimasak atau air mineral yang dibotolkan.

2. Dapatkan ubat antibiotik yang bersesuaian, antaranya doksisiklin atau

trimetroprim, norfloksaksin dan lain-lain

3. Pemakanan yang sesuai seperti sup dapat membantu menggantikan cecair

dan garam mineral yang hilang.

4. Berikan makanan yang mudah dihadam dan yang lembut kepada bayi.

5. Elakkan makanan yang berlemak atau pedas.

6. Bagi kanak-kanak yang meminum susu ibu, ia patut diteruskan

Sebagai kesimpulannya seseorang yang mengalami cirit-birit, pesakit

perlulah meminum air yang banyak. Seluruh ahli keluarga perlulah mengamalkan

semua amalan dalam kesihatan diri dan keluarga supaya menjadi sebuah negara

yang terdiri daripada keluarga yang sihat dan sejahtera.

18

Page 19: Asigment p. kesihatan sem 1

2. Faktor-faktor Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan

dan pencegahan jangkitan penyakit. Dalam erti kata yang lain merujuk kepada

amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang

memudaratkan kesihatan. Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk seseorang

menikmati kesihatan yang berpanjangan dan kehidupan yang ceria. Dengan

mengamalkan gaya hidup sihat, semuanya boleh dicapai.

Semua orang boleh membentuk gaya hidup yang sihat dengan mengambil

kira beberapa aspek iaitu mempunyai konsep kendiri yang positif,

bertanggungjawab terhadap sikap, keputusan dan tingkah laku sendiri serta

mempunyai pegangan yang teguh. Gaya hidup sihat adalah penting bagi menjamin

kesejahteraan kita daripada aspek kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani.Kita

seharusnya membentuk gaya hidup yang sihat dan praktikal, sesuai dengan semua

peringkat umur.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesihatan seseorang

individu, antaranya ialah ;

GAYA HIDUP SIHAT

1. PEMAKANAN 4. MENJAUHI TABIAT BURUK

2. KEBERSIHAN DIRI 5. TIDUR / REHAT / ISTIREHAT

3. BERSENAM DAN BEREKREASI

19

Page 20: Asigment p. kesihatan sem 1

Salah satu keperluan asas bagi kehidupan dan kesihatan ialah pemakanan

yang mencukupi dan seimbang. Makanan yang seimbang sangat penting untuk

kesihatan. Kita perlukan makanan untuk hidup, membesar, mendapat tenaga dan

menjaga kesihatan. Pemakanan makanan yang seimbang dapat meransangkan

tumbesaran yang normal. Kesihatan seseorang akan terganggu jika berlaku

malnutrisi iaitu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.

Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat makanan

yang tidak mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak sempurna atau

masalah penyerapan zat makanan.

Kita perlu memilih makanan yang sesuai supaya kita dapat menikmati

keenakannya di samping mendapat khasiatnya. Di samping kuantiti makanan,

kualiti makanan juga perlu dititikberatkan. Tabiat pemakanan seseorang akan

mempengaruhi kesihatannya. Tabiat pemakanan yang buruk boleh mendatangkan

pelbagai kesan buruk seperti obesiti dan penyakit-penyakit seperti diabetes,

hipertensi, penyakit jantung dan ulser peptik.

Makanan membekalkan tenaga untuk semua proses hidup dan juga

menyediakan bahan mentah untuk pertumbuhan dan penggantian tisu-tisu yang

rosak atau cedera. Makanan membekalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk

kesihatan badan. Karbohidrat, lemak dan protein merupakan tiga kelas zat

makanan yang diperlukan dalam jumlah yang agak besar. Ketiga-tiga kelas

makanan ini tidak cukup untuk memastikan kesihatan yang baik, sebaik-baiknya

sajian yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh bagi

memenuhi keperluan pembesaran dan memelihara kesihatan.

Kegemukan atau obesiti yang berlebihan merupakan salah satu masalah

yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini dan juga pada negara-negara

maju. Pengambilan makanan yang berlebihan adalah antara faktor utama yang

menyebabkan obesiti. Contohnya seseorang yang membuat kesilapan memilih

jenis makanan berkalori tinggi daripada sumber haiwan, makanan segera,

minuman berkarbonat dan mengabaikan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam

diet harian akan memudahkan lagi seseorang menjadi gemuk. Masalah ini sudah

tentulah mengundang pelbagai penyakit.

20

Page 21: Asigment p. kesihatan sem 1

Sebagai seorang individu yang mengamalkan gaya hidup sihat, maka

perlulah memilih makanan seimbang untuk memelihara kesihatan yang sempurna.

Kebersihan diri juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gaya hidup

sihat. Kebersihan diri adalah penting untuk menjaga kesihatan diri. Menjaga

kebersihan tubuh badan dan peralatan peribadi adalah penting. Untuk

meningkatkan kesihatan diri, amalan penjagaan kebersihan diri adalah perlu. Kita

seharusnya perlulah menaga kesihatan diri ;

6. MENJAGA KESIHATAN

RAMBUT

6. MENJAGA KESIHATAN

RAMBUT

5. MENJAGA KESIHATAN

KULIT

5. MENJAGA KESIHATAN

KULIT

4. MENJAGA KEBERSIHAN

PAKAIAN

4. MENJAGA KEBERSIHAN

PAKAIAN

3. MENJAGA KEBERSIHAN

GIGI

3. MENJAGA KEBERSIHAN

GIGI

2. MENJAGA KEBERSIHAN

KAKI

2. MENJAGA KEBERSIHAN

KAKI

1. MENJAGA KEBERSIHAN

TANGAN

1. MENJAGA KEBERSIHAN

TANGAN

KEBERSIHAN DIRI

KEBERSIHAN DIRI

21

Page 22: Asigment p. kesihatan sem 1

Amalan menjaga kebersihan tangan adalah perlu, sebelum dan selepas

makan. Begitu juga selepas menggunakan tandas, seseorang itu haruslah

membersih tangan dengan sabun pada tapak tangan dan juga celah-celah jari.

Kuku jari yang panjang seharusnya dipotong supaya kuman tidak terlekat di

dalamnya. Kebersihan kaki juga amat penting bagi menjaga kebersihan diri, kita

hendaklah memaki kasut atau selipar,membasuh kaki dan mengeringnya serta

memaki stoking dan kasut yang bersih supaya tidak dijangkiti penyakit.

Menjaga kebersihan gigi juga amat penting, di mana seseorang itu tidak

boleh berkongsi berus gigi,selain itu juga hendaklah memberus gigi dengan cara

yang betul dan ubat gigi yang sesuai bagi memastikan gigi dangusi tidak rosak.

Amalan memberus gigi perlu dipraktikkan kepada kanak-kanak supaya menjadi

rutin harian . Kita perlulah memberus gigi selepas makan dan sebelum tidur dan

sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Pakaian yang dipakai oleh kita hendaklah dibasuh dan dikeringkan dengan

sempurna sebelum diguna semula bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit.

Pakaian yang kotor atau lembab akan mengundang pelbagai kesan terhadap diri

kerana terdapat pembiakan kuman dan kulat. Kebersihan kulit perlu dijaga kerana

lubang-lubang halus pada kulit sentiasa tersumbat, jadi kita perlulah menbasuh

kulit dengan sabun yang bersesuaian.

Menjaga kebersihan rambut juga amat penting. Rambut perlu di basuh

dengan syampu yang bersesuaian mengikut keadaan rambut yang kering atau

berminyak. Menyikat rambut juga dapat membantu membuang kotoran dan sel-sel

mati.

Amalan menjaga kebersihan diri perlu di amalkan bagi menjadikan kita

sentiasa bersih dan sihat. Apa yang penting untuk mengamalkan gaya hidup yang

sihat faktor kebersihan diri juga menjadi seseorang itu mementingkan menjaga

kesihatan agar boleh mendapat kesejahteraan hidup yang lebih baik.

22

Page 23: Asigment p. kesihatan sem 1

Pada masa kini semua orang sedar mengapa senaman itu penting untuk

kesihatan secara keseluruhannya. Gaya hidup yang tidak aktif merupakan faktor

utama bagi penyakit jantung dan kardiovaskular, sama seperti merokok,

kolestrolyang memudaratkan dan tekanan darah tinggi. Bersenam sekurang-

kurangnya 30 minit sehari pada setiap hari dapat mengawal tekanan darah.

Senaman boleh dilakukan dalam sebarang bentuk kegiatan fizikal, seperti yoga

dan tai chi.

Seperti semua otot-otot lain ,jantung menjadi lebih kuat menerusi senaman

dan dapat mengepam lebih banyak darah dengan setiap denyutan. Maka jantung

boleh berfungsi pada tahap maksimum dalam keadaan yang tidak membebankan.

Orang yang bersenam lazimnya mempunyai risiko paling rendah mengalami sakit

jantung. Banyak kajian mendapati bahawa senaman ringan hingga sederhana juga

membawa manfaat kepada pengidap sakit jantung.Antara kelebihan seseorang itu

bersenam ialah ;

Dapat mengurangkan rsiko penyakit jantung

Meningkatkan kolesterol baik dalam darah

Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis

Menggalakkan penurunan dan kawalan berat badan

Membantu untuk tidur yang baik

Mengurangkan ketegangan dalam diri

Cara terbaik untuk bersenam adalah menerusi senaman berat ringkas yang

dilakukan selama beberapa kali dan berguna untuk orang yang lebih berumur.

Senaman yang melatih dan menguatkan otot dada juga penting bagi pesakit

angina. Bersenam dengan kerap perlu dimasukkan dalam senarai perubahan yang

harus dilakukan, selain daripada mengawal tabiat pemakanan, mengurangkan

pengambilan garam dan berhenti merokok.

Selain itu mengawal berat badan, mengawal pengambilan kafien, mengawal

pengambilan makanan berlemakdan mematuhi arahan pengambilan ubat apabila

diperlukan. Dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat, perkara paling penting

adalah mengubah gaya hidup yang aktif pada masa sekarang.

23

Page 24: Asigment p. kesihatan sem 1

Gaya hidup sihat yang negatif sering dan selalu dikaitkan dengan masalah

penyalahgunaan bahan di negara ini. Dadah, pil estacy, rokok dan alkohol adalah

bahan –bahan yang biasanya salah digunakan sehingga mengakibatkan ketagihan.

Semua golongan masyarakat di negara ini perlu bersama-sama melibatkan diri

dalam usaha memerangi ancaman penyalahgunaan bahan. Seseorang individu itu

secara umumnya perlulah menjauhi penyalahgunaan bahan ini untuk menjadi

seorang yang sihat.

Dadah adalah bahan psikotropik iaitu bahan yang digunakan untuk tujuan

perubatan dan penggunaannya adalah dikawal. Walaubagaimanapun bahan ini

telah disalah gunakan oleh pihak tertentu. Ianya boleh mengubah keadaan badan,

perasaan dan kelakuan penggunanya. Risiko yang dihadapi kesan daripada

penyalahgunaan bahan ini ialah gangguan fikiran, ketagihan, kerosakan akhlak,

tidak bermoral dan ada yang maut. Seseorang individu itu hendaklah menjauhi

tabiat buruk ini bagi kesempunaan dirinya.

Antara kegiatan yang buruk atau tidak dapat dikawal pada masa kini ialah

merokok. Merokok merupakan tabiat yang digemari ramai orang tidak mengira

umur,atau jantina. Walau apa pun alasannya , ianya merupakan satu tabiat yang

mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan. Bebagai-bagaibahan kimia yang

digunakan bagi menghasilkan sebatang rokok dan berbagai-bagai jenis racun yang

telah disedut dalam badan manusia. Akibatnya seseorang individu itu mengalami

sakit jantung, barah, pengecilan saluran darah, paru-paru berair, penyakit

pernafasan dan berbagai-bagai lagi.

Selain daripada itu juga terdapat individu yang mengamalkan tabiat buruk

seperti mengambil alkohol yang berlebihan. Keinginan mencubanya menjadi punca

utama dan boleh menyebabkan rasa mabuk, ini menyebabkan berlakunya punca

pergaduhan seperti memberontak, bertumbuk sesama kawan dan pelbagai

kegiatan yang tidak sihat. Iniadalah satu tabiat yang perlu dijauhi untuk menjadi

seorang individu yang mengamalkan gaya hidup sihat.

24

Page 25: Asigment p. kesihatan sem 1

Faktor terakhir yang mempengaruhi gaya hidup sihat ialah tidur, rehat dan

istirehat yang secukupnya. Setiap individu itu memerlukan rehat yang cukup.

Rehat adalah satu faktor yang sering kita kaitkan dengan tidur. Tidur berkualiti

bukan bermakna kita tidur dalam masa yang panjang, sebaliknya tidur apabila

sudah mengantuk dan bangunlah apabila tubuh sudah merasa segar.

Rehat ialah tempoh yang diambil oleh seseorang untuk berhenti melakukan

sesuatu aktiviti atau kerja dari segi mental atau fizikal.Tidak semestinya seseorang

itu rehat, ia terus tidur sebaliknya ia akan merehatkan badan atau otak untuk

seketika. Semasa rehat ini juga kita boleh melakukan aktiviti seperti membaca,

bemain karom atau melakukan aktiviti merehatkan otak seperti bersiar-siar atau

bermain. Sekurang-kurangnya minda akan berehat dan kembali normal serta tidak

mengalami stress.

Istirehat pula merujuk kepada satu tempoh masa yang terluang yang diisi

dengan aktiviti ringan dan tidak aktif. Boleh dikatakan setiap daripada kita akan

beristirehat pada setiap hari. Badan dan otak manusia memang memerlukan

istirehat. Melukis, tidur seketika dan mendengar radio contohnya adalah dianggap

sebagai beristirehat . Jadi, seseorang individu itu perlulah mendapat tidur, rehat

dan beristirehat secukupnya, sekiranya ia mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Apa yang dapat dirumuskan di sini seseorang yang mengamalkan gaya

hidup yang sihat perlulah mempunyai faktor-faktor pemakanan yang baik,

kebersihan diri, bersenam dengan betul, menjauhi tabiat buruk dan mendapat tidur,

rehat dan istirehat yang secukupnya. Seandainya amalan gaya hidup sihat tidak

dipatuhi, seseorang mungkin diserang penyakit, menghadapi konflik dan stress

atau terjebak dalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah. Gaya Hidup

sihat dapat menghindarkan kita daripada menghadapi masalah kesihatan, mental

dan sosial.

25

Page 26: Asigment p. kesihatan sem 1

BIBLIOGRAFI

Kiren Sharma. Senaman dan Kesannya : Mingguan Malaysia. 48, (5), 26.

Peter Ling Chee Chong, Tan Kim Low & Mohammed Haniff Mohammed Saad.

(2002). KBSM Sains Tingkatan 5. Kuala Lumpur, Masa Enterprise.

Shamsudin Mohd. Sharif, Sharizad Bt Yusof & Mohd. Sofian B Omar Fauzee.

(2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur, Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Zarina Law bi Abdullah & Abdul Latif bin Ahmad. (2007). Pengenalan Pendidikan

Kesihatan. Kuala Lumpur, Open University Malaysia.

http://www.prn2.usm.my/mainsite/buletin/kosmik/2000/kosmik 1.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit _kecing_manis

http://www.prn2.usm.my/mainsite/buletin/racun/1995/makanan.html

http://www.geocities.com/aa I my/gaya Hidup.htm200722

26

Page 27: Asigment p. kesihatan sem 1

27