Asigment seni pkembangan seni kanak2

22
HBAE1203 0 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK MATRICULATION NO : 811222115233001 IDENTITY CARD NO. : 811222115233 TELEPHONE NO. : 013-9255030 E-MAIL : [email protected]

description

pkembangan seni kanak

Transcript of Asigment seni pkembangan seni kanak2

Page 1: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 0

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012

HBAE1203

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

MATRICULATION NO : 811222115233001

IDENTITY CARD NO. : 811222115233

TELEPHONE NO. : 013-9255030

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : TERENGGANU LEARNING CENTRE

Page 2: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 1

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1 PENGENALAN 2

2 DEFINISI KREATIVITI 2

3 KEPENTINGAN KREATIVITI 3

4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN KREATIVITI

4

5 5 TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER

5

6 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI MELALUI PENDEKATAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER

7

7 IMPLIKASI PENDEKATAN FISHER TERHADAP PERKEMBANGAN KREATIVITI MURID

10

8 KESIMPULAN 13

9 RUJUKAN 14

Page 3: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 2

PENGENALAN

Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan

dan matlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan semestinya tidak boleh lari dari peranan yang

dimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam

pendidikan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru-guru kreatif dan inovatif

memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diri

daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedah

chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood (2003).

Justeru, kajian kali ini akan membincangkan tentang tahap perkembangan kreativiti

Fisher dan pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual serta

implikasinya kepada perkembangan kreativiti murid.

DEFINISI KREATIVITI

Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya

bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang.  Ianya berkait rapat dengan

idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.  Sikap tunggu dan lihat, lemah

jiwa, kekurangan pengetahuan dan kemahiran, menjadikan potensi kreatif yang ada pada setiap

orang beransur lemah dan pasif.

Menurut Herbert Read, kita tidak hanya  mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga

pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah

suatu perkara,dan menukarkan fakta  kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuat 

metafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif.  Bagi

mempertingkatkan daya kraetiviti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti Pendidikan

Page 4: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 3

Seni adalah diperlukan.  Oleh itu, kurikulum Pendidikan Seni sewajarnya mempunyai objektif

yang menuju kearah tujuan seperti memahami dan bertindak terhadap aspek seni, mengetahui

pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk seni), memahami seni dan

membuat dan menggunakan pertimbangkan estetik dan kualiti karya seni.

Terdapat banyak pengertian tentang kreativiti yang dikemukakan oleh pakar-pakar

berkaitan dengannya.  Antaranya ialah menurut June King McFee, kreativiti ialah keupayaan

mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia

ada, menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada suatu

organisasi yang baru dan berdaya menyatukan idea baru atau idea yang diambil dari sesuatu

kepada sisitem organisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru.

            Manakala menurut E.  Paul Torrance, pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan,

pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanipulasi sesuatu dan semasa bermain

tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran dan keesahan.  Donald W. Mac Kinnon pula

menyatakan bahawa individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya, mempunyai aras

intelektual yang tinggi, berfikiran terbuka bagi mendapatkan pengalaman dan kepekaan estetik,

berdikari dalam aspek berfikir dan bertindak dan berusaha menyelesaikan sebarang masalah

yang dihadapi.

Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan

sesuatu yang kreatif, baru dan asli.Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti

sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

KEPENTINGAN KREATIVITI

Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya

bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang.  Ianya berkait rapat dengan

idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.  Sikap tunggu dan lihat, lemah

jiwa, kekurangan pengetahuan dan kemahiran, menjadikan potensi kreatif yang ada pada setiap

orang beransur lemah dan pasif.

Page 5: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 4

Aktiviti estetika dan kreativiti sememangnya memberi peranan yang penting dalam

perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak

menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini

menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang untuk

mempamerkan hasil kerja mereka, mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam

memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka

berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk

menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk

kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa

bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka.

PENGAJARAN DAN PENBELAJARAN DAN KREATIVITI

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat

menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang

diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar

untuk terus belajar. Dan juga dapat menambah baik apa yang sedia ada pada pelajar.

Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu

menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat

mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan

pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan

kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan

meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari.

Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan

berkesan. Pelajar juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental.

Pembelajaran kreatif dapat membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan takut.

Page 6: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 5

Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih

bersifat aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah

sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif.

Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati.

5 TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER

Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu:

Peringkat Rangsangan

Peringkat Penerokaan

Peringkat Perancangan

Peringkat Aktiviti

Peringkat Kajian Semula

Mari kita lihat perincian tahap perkembangan pemikiran kreatif yang dinyatakan oleh Fisher

( 1943 ).

Peringkat Rangsangan

Kebiasaannya, pemikiran kreatif perlu dirangsang dengan mengajukan pelbagai bentuk

soalan seperti apa, siapa, kenapa, bagaimana dan sebagainya. Selain itu, guru sepatutnya

merangsang murid berinteraksi secara aktif bagi meluahkan pendapat dan seterusnya perasaan

ingin tahu pelajar akan menjadi lebih mendalam. Guru juga perlu memainkan peranan dengan

lebih mendalam bagi membentuk kekreatifan pelajar dengan memberi soalan kritikal dan

mencabar kepada pelajar.

Page 7: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 6

Peringkat Penerokaan

Dalam peringkat penerokaan, pelajar lebih banyak berfikir lebih ke depan. Pada peringkat

ini, pelajar akan mencuba sedaya upaya mereka untuk meyelesaikan sesuatu masalah mengikut

tahap kebolehan masing-masing. Mungkin daripada segi sosial murid yang suka bergaul dengan

ramai kawan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang membuatkan pemikirannya menjadi

lebih matang dan seterusnya membentuk kreativiti yang agak baik berbanding kawan mereka

yang hanya suka bermain di halaman rumah masing-masing sahaja.

Peringkat Perancangan

Pada peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif bagi merancang sesuatu aktiviti dan

merekodkan segala butiran dalam hal yang dilakukan. Kebiasaannya aktiviti pada peringkat ini

terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

Rajah 1 : Peringkat Perancangan

PERANCANGANPERANCANGAN

VERBAL

Perbincangan

Pemerhatian

Interaksi

VERBAL

Perbincangan

Pemerhatian

Interaksi

VISUAL

Visual

Graf

Imej Lukisan

VISUAL

Visual

Graf

Imej Lukisan

Page 8: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 7

Peringkat Aktiviti

Bagi peringkat aktiviti, idea yang kreatif biasanya bermula dari cetusan idea. Setelah

merencana segala aktiviti, barulah pemikiran kreatif akan terbentuk di dalam buah fikiran. Selain

itu juga, pelajar sewajarnya menzahirkan persoalan-persoalan yang bakal membantu mereka

dalam menjana kreativiti dan membangkitkan perkembangan dalam diri kanak-kanak.

Peringkat Kajian Semula

Pada peringkat ini, kita boleh melihat semula sejauh manakah keberhasilan sesuatu

objektif kerja. Pemikiran kreatif akan memberi idea yang bernas bagi mengelakkan kejadian

yang tidak sepatutnya berlaku atau berulang lagi. Pelajar diberi kebebasan untuk memberi

pendapat atau komen terhadap apa yang telah dipelajari. Sekiranya pelajar memberi pendapat,

ianya boleh membentuk sahsiah kendiri yang utuh. Perkembangan kendiri secara tak langsung

akan terbentuk di dalam diri pelajar tersebut.

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI

MELALUI PENDEKATAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER

1. Peringkat Rangsangan

Dari segi perkembangan kanak-kanak, ianya dapat membentuk keyakinan yang tinggi

dan perasaan ingin tahu akan bertambah dan seterusnya memberi keyakinan kepada mereka.

Emosi kanak-kanak juga akan bertambah yakin . Mereka akan bertambah seronok untuk

mengetahui apa yang ingin dipelajari pada hari tersebut. Daripada segi fizikal kanak-kanak

pula, mereka akan lebih bersedia untuk mengetahui sesuatu yang mungkin baru untuk

dipelajari dan dapat menarik minat yang lebih mendalam dalam mata pelajaran pendidikan

Seni visual.

Page 9: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 8

Pemikiran kreatif dapat dibentuk sekiranya rangsangan diberi terlebih dahulu sebelum

menghasilkan karya seni. Penjanaan soalan dalam pelbagai bentuk dapat menjana pemikiran

yang lebih kreatif dan merangsang minda kanak-kanak. Pemikiran kreatif juga dapat

dibentuk melalui pengalaman harian pelajar dalam kehidupan mereka. Melalui rakan

sepermainan, mereka boleh meniru gaya atau tingkahlaku pelajar lain dan secara tak

langsung dapat merangsang mindanya menjadi lebih kreatif.

2. Peringkat Penerokaan

Adakala pada peringkat ini, kanak-kanak yang berfikiran kreatif amat suka mencari

jalan penyelesaian sendiri melalui pelbagai cara dan juga gaya. Ini dapat kita lihat melalui

emosi seseorang kanak-kanak yang suka marah atau merajuk. Sekiranya hal sedemikian

berlaku, kanak-kanak akan membuat keputusan yang terburu-buru yang adakalanya boleh

membahayakan mereka sendiri. Kalau kita lihat daripada segi sudut Pendidikan Seni Visual

pula, kanak-kanak ini akan meluahkan emosinya melalui hasil seni mereka.

Kita dapat lihat melalui aras soalan penilaian dalam Taksonomi Bloom yang

memerlukan pelajar memberi jawapan dalam bentuk subjektif dan lebih terbuka. Ini memberi

kita gambaran jelas terhadap pelajar bahawa faktor fizikal pelajar juga boleh memainkan

peranan dalam pembentukan pelajar yang mempunyai daya kekreatifan yang tinggi

berbanding pelajar yang lain. Mungkin juga akibat gaya peniruan daripada abang atau kakak

mereka, membuatkan pelajar itu mempunyai daya kreativiti yang tinggi berbanding pelajar

yang tidak mempunyai abang atau kakak. Pelajar seperti ini suka meneroka sesuatu yang

baru walaupun pada hakikat sebenarnya bukan pada tahap pemikirannya lagi. Aspek

penerokaan ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk kreativiti dan

perkembangan diri kanak-kanak iaitu daripada segi sosial, emosi mahupun fizikal.

3. Peringkat Perancangan

Merujuk kepada perkembangan pelajar, peringkat secara verbal membolehkan

pemikiran pelajar menjadi lebih kreatif kerana hasil daripada perbincangan dan interaksi,

pelajar akan lebih memahami kehendak soalan atau kemahiran dalam mata pelajaran

Page 10: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 9

pendidikan seni visual. Sekiranya melalui pemerhatian, pelajar akan melihat dengan jelas apa

yang dilihat dan mengaplikasikannya sewaktu pembelajaran berlaku.

Daripada segi emosi, pelajar akan bertambah yakin dan perasaan ingin tahu mereka

untuk membuat sesuatu semakin bercambah dan berkualiti. Contohnya melalui perancangan

visual, pelajar akan lebih memahami benda maujud dan dilihat. Mereka akan imaginasikan

benda yang dilihat dalam menghasilkan karya yang lebih kreatif berbanding pelajar yang

belum menggunakan peringkat perancangan ini. Mereka juga akan mudah memahami apa

yang diajar oleh guru tanpa mengharapkan penjelasan secara panjang lebar.

Secara umumnya, peringkat perancangan dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan

merangsang pemikiran kanak-kanak. Selain itu juga, kreativiti dapat dibentuk sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku. Mereka akan diajar mengikut langkah demi langkah .

Idea yang dikeluarkan oleh pelajar menjadi lebih kreatif dan berkualiti berbanding sebelum

ini.

4. Peringkat Aktiviti

Dalam perkembangan diri kanak-kanak, peringkat aktiviti ini membolehkan mereka

menjana pendapat atau pandangan mereka dengan lebih bernas. Tindakan yang diambil

sewaktu aktiviti dijalankan memberi kesan yang baik dalam pemikiran mereka. Perbuatan

mereka akan menampakkan kematangan dalam berkarya dan hasilannya menjadi lebih

kreatif. Daripada segi sosial, emosi dan fizikal pula mereka akan menjadi lebih matang dalam

berkarya. Pelajar-pelajar akan menunjukkan bakat mereka melalui idea-idea yang bernas

sewaktu aktiviti dijalankan.

Persoalan-persoalan yang timbul dibenak sewaktu proses aktiviti berlaku akan

memberi impak yang mendalam ketika menghasilkan karya seni. Mereka akan bergiat lebih

aktif bagi menghasilkan karya seni yang bermutu. Aktiviti juga boleh merangsang minda

kanak-kanak yang agak lemah ke arah yang lebih produktif dan kreatif. Ini dapat

mewujudkan pesekitaran yang lebih kondusif sewaktu melakukan sebarang aktiviti. Suasana

ini dapat menarik minat pelajar untuk mengetahui apa yang hendak diajar dan minat mereka

menjadi lebih baik daipada sebelumnya.

Page 11: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 10

5. Peringkat Kajian Semula

Kajian semula juga dapat membentuk pelajar menjadi insan yang berfikiran

kehadapan dan sejajar dengan kehendak Falsafah pendidikan Negara. Pemikiran kreatif akan

terbentuk secara tak langsung sekiranya kajian semula dapat dilaksanakan kerana dalam

peringkat ini pelajar dapat menilai kebolehan sendiri dan dapat mengemukakan idea idea

yang bernas dan ini membantu guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

IMPLIKASI PENDEKATAN FISHER TERHADAP

PERKEMBANGAN KREATIVITI MURID

Pembelajaran di dalam bilik darjah mestilah seiring dengan perkembangan kreativiti kanak-

kanak. Melalui cara sebegini, kanak-kanadapat meluahkan perasaan mereka dengan lebih kreatif.

Proses aktiviti seni dapat membantu kanak-kanak mencipta sesuatu dngan menggunakan idea

masing-masing. Kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea dan seterusnya

menerokai dalam mendapat keputusan daripada proses seni yang dihasilkan. Namun begitu,

perkembangan kreativiti dalam pembelajaran terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

Keaslian

Keaslian bermaksud kebolehan kanak-kanak menghasilkan idea yang baharu dan segar. Adakala

idea yang dikeluarkan sememangnya luar biasa dan boleh dikatakan hanya sebilangan kecil

individu-individu sahaja yang boleh menghasilkan idea sebegini. Idea yang dikemukakan tidak

akan sama dengan pelajar lain dan tidak sama dengan idea sebelum itu. Idea yang dihasilkan juga

masih lagi belum dikeluarkan sebelum ini.

Sewaktu pembelajaran berlaku, guru seharusnya menitik beratkan soal-soal idea yang baharu dan

tidak hanya sekadar kepada idea guru semata-mata. Guru sepatutnya membimbing pelajar untuk

memikirkan bagaimana untuk mengeluarkan buah fikiran yang baharu tanpa menciplak idea

orang lain .Guru juga semestinya mengajukan soalan-soalan yang boleh membuka minda pelajar

Page 12: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 11

bagi merangsang minda mereka dan seterusnya menzahirkan idea yang kreatif dan keasliannya

tidak boleh diragui.

Kelancaran

Kelancaran membawa maksud kebolehan kanak-kanak menghasilkan idea yang banyak. Namun

begitu, adakala idea yang dihasilkan berkaitan tugasan berkemungkinan benar atau tidak benar

dan masih lagi boleh diterima pakai serta logik. Ini bergantung kepada guru bagi memilih idea

tersebut sama ada boleh dipakai atau sebaliknya. Kelancaran juga membawa maksud idea yang

diberi secara berterusan tanpa merencatkan proses pembelajaran dan sekiranya ini berlaku,

mungkin proses pengajaran akan menjadi pasif dan murid akan menjadi kurang berminat untuk

belajar. Idea yang diberi juga mempunyai makna dan bermaksud.

Ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan,kelancaran memainkan peranan yang penting

dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif serta minat murid terhadap apa yang diajar

oleh guru.Murid akan memberi respon dalam bentuk idea yang berterusan dan banyak.Peranan

guru ketika itu,perlulah memilih idea yang boleh diguna pakai atau sebaliknya.Ini juga ada

kaitan dengan peranan guru memasukkan elemen-elemen Perkembangan Fisher yang mahukan

pelajar diberi rangsangan bagi mendapatkan idea yang baharu serta bernas.

Keanjalan

Keanjalan merupakan sejauh manakah kanak-kanak mengembangkan idea serta mempelbagaikan

sesuatu idea mengikut kreativiti masing-masing. Idea yang dikemukakan boleh diubah suai dan

ditokok tambah menjadi lebih kreatif dan berfungsi. Selain itu juga, keanjalan membawa maksud

kebolehan kanak-kanak memberi contoh berkaitan tugasan seta dapat meluahkan perasaan

tentang idea yang diwar-warkan. Kanak-kanak juga boleh memberi buah fikiran mengikut

kategori dan aspek tertentu dalam seni.

Merujuk dalam pembelajaran di dalam kelas,keanjaalan juga boleh memberi kebebasan kepada

pelajar untuk meluahkan idea mereka secara lebih bebas mengikut fahaman masing-

Page 13: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 12

masing.Kanak-kanak juga dikehendaki mengubah suai idea mengikut kebolehan masing-masing

supaya karya yang dihasilkan tidak hanya tertumpu pada suatu kategori atau aspek

sahaja.Sebaliknya,keanjalan juga membantu kanak-kanak berkarya dengan lebih bebas dan

bertindak lebih aktif mengikut kreativiti mereka.

Kepekaan

Kebolehan kanak-kanak menghuraikan idea dengan baik dan terperinci serta bersistematik.

Kanak-kanak menyusun idea dengan mengikut urutan dan mereka mudah memahami apa yang

disampaikan. Kepekaan juga dapat dihuraikan secara bentuk butiran atau bahagian kepada yang

lebih khusus dan terperinci. Kanak-kanak yang kreatif juga boleh menyusun idea yang terperinci

mengikut kreativiti mereka tanpa mendapat arahan atau bimbingan daripada guru sewaktu proses

pembelajaran berlaku.

Di dalam kelas,pelajar sepatutnya mengambil berat tentang soal-soal hasil karya

mereka.Kepekaan memainkan peranan dalam membentuk pelajar yang lebih berdisiplin dan

secara tak langsung mereka akan memberikan impak yang maksima dalam menghuraikan idea

secara bersistematik dan tersusun.Kanak-kanak menunjukkan kekreatifan mereka dengan

menghuraikan sesuatu permasalahan secara lebih terperinci mengikut bahagian yang lebih

khusus,tersusun.terperinci tanpa melibatkan panduan guru.

Page 14: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 13

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Perkembangan Kreativiti Fisher memainkan peranan yang

penting dalam melahirkan kanak-kanak yang kreatif dan berkebolehan dalam menghasilkan

karya seni. Contoh yang terbaik dalam pekembangan ini ialah menekankan aspek rangsangan di

mana kanak-kanak diajukan pelbagai soalan seperti apa, mengapa, siapa dan bagaimana. Hasil

daripada persoalan yang dikemukakan dapat merangsang minda yang membuatkan kanak-kanak

terus berfikir dengan kreatif bagi mencapai apa yang diingini dalam berkarya.

Teori perkembangan kreativiti Fisher memberi inspirasi dan panduan berguna kepada

pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia seni kratif murid-

murid.Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau

kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih berkesan.Teori ini juga penting untuk membantu guru

mengembangkan bakat seni muird-murid sekolah kerana perkembangan kognitif individu dapat

digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan

maklumat.Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif

memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai

cara. Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang

paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya

dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang

baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

Page 15: Asigment seni pkembangan seni kanak2

HBAE1203 14

RUJUKAN

Dr Haji Abdul Shukor Hashim (2012) Modul Perkembangan Seni Kanak-Kanak ,

Selangor,Open University Malaysia.

Lowenfeld,V.and Brittain ,(1957).Creative and Mental Growth(8th edition),New York:Mac

Millan.

Al Hurwitz & Day,M.(1995) Children and Their Art,Harcourt Brace College Pub.Texas.

Efland,A.(1997).Planning Art Education in Middle/Secondary Schools,Ohio,USA.

Kementerian pendidikan Malaysia.(2000)Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

KBSR,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Idroes.(2001).Panorama Teks Pendidikan Seni.Subang Jaya:Pan Asia

http://www.arteducationstudio.com/viktor.htm26 Jun 2012, 2.00 am

http://www.faculty.de.gcsu.edu/cbader/Torrance.html26 Jun 2012 , 1.00 am

http://lyamiden.blogspot.com/2011/12/pengenalan-dan-pengertian-kreativiti.html1 Julai 2012 , 12.00 am

http://eprints.utm.my/11780/1/Inovasi_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Dalam_Kalangan_Guru.pdf 1 Julai 2012, 12.00 am

http://www.sabah.edu.my/itma128/Kreativiti&Estetika.html3 Julai 2012, 12.00 am