Asigmnt 1

6
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI (FPE) Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT6044) TUGASAN 1 Analisis Jurnal M-pembelajaran Lecturer Name : Dr.Jessnor Elmy bt. Mat Jizat Student Name Mohd Fazley Bin Salian Matrix Number M20122001459 Email / Tel.No [email protected]/ 0136363586 Date Submit 24 Oktober 2013

Transcript of Asigmnt 1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI (FPE)

Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

(KPT6044)

TUGASAN 1Analisis Jurnal M-pembelajaran

Lecturer Name : Dr.Jessnor Elmy bt. Mat Jizat

Student Name Mohd Fazley Bin SalianMatrix Number M20122001459Email / Tel.No [email protected]/ 0136363586Date Submit 24 Oktober 2013

Pengenalan

Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara.

Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi

muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi

pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu

memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru

Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi

asas perkembangan ekonomi Negara dalam persaingan ekonomi global.( YAB Dato’ Sri Mohd

Najib bin Tun Haji Abdul Razak September 2012). Pelbagai pogram telah dirangka untuk

memastikan pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti. Seiring dengan perkembangan

global, sistem pendidikan juga telah mengalami evolusi yang drastik. Perubahan ini telah

didorong oleh perkembangan teknologi. Teknologi mula diterapkan dalam pendidikan.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan semakin ketara terutamanya dalam bilik darjah. Kaedah

pengajaran dan pembelajaran guru pada hari ini, tidak hanya terhad dengan penggunaan buku,

bahkan alat-alat teknologi telah membantu aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Isu m-

pembelajaran merupakan contoh penggunaan teknologi dalam pendidikan.

M-pembelajaran ditafsirkan sebagai satu corak e-pembelajaran yang menyampaikan

kandungan pendidikan dan bahan-bahan sokongan pembelajaran melalui alat komunikasi tanpa

wayar. Dengan wujudnya peranti-peranti mudah alih popular seperti telefon bimbit pintar, iPad,

iPod, Tablet PC, dan alat Bantuan Digital Peribadi (PDA) yang digunakan oleh pelajar dan guru

di dalam kelas. Isu m-pembelajaran ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik,

terutamanya di institusi pengajian tinggi. Contoh yang jelas seperti di dalam jurnal

m-pembelajaran dalam pendidikan teknik dan vokasional (ptv) di Malaysia, Rossyahida binti

Abd Rahman dan Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

2011

Definisi m-pembelajaran

Kajian m-pembelajaran dalam pendidikan teknik dan vokasional (ptv) di Malaysia oleh

Rossyahida binti Abd Rahman dan Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim menyatakan beberapa

definisi penting. Siraj & Kumaran (2006) menyatakan bahawa m-pembelajaran adalah

penggunaan peranti tanpa wayar bagi membolehkan pembelajaran berlaku pada bila-bila masa

dan di mana-mana sahaja. Parsons (2011) mengaitkan bahawa m-pembelajaran adalah

sebahagian daripada e-pembelajaran dan pembelajaran jarak jauh. Definisi ini jelas menunjukan

bahawa aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan menggunakan alat-alat

teknologi. Konsep ini boleh disamakan dengan kaedah pengajian pendidikan jarak jauh.

Alat untuk m-pembelajaran

Merujuk kajian Rossyahida dan Mohamad Hisyam m-pembelajaran memerlukan alat-alat

teknologi seperti PDA, Note Book, telefon selular,telefon pintar dan telefon3g. Namun

hakikatnya m-pembelajaran tidak terhad hanya dengan menggunakan alat-alat teknologi tersebut.

Sebaliknya pelajar juga boleh menggunakan beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan

percuma dengan menggunakan kompouter riba. Web 2.0 yang sentiasa diakses oleh pelajar

adalah Wikipedia, YouTube, Facebook For Android, Dropbox, Google Search, dan Whiteboard.

Selain itu pelajar boleh menggunakan Blackboard Mobile Learn. Blackboard Mobile Learn

adalah sejenis aplikasi pembelajaran yang dibangunkan oleh BlackBoard yang menyokong

persekitaran m-pembelajaran di mana aktiviti seperti pengumuman, jadual bertugas, refleksi

jurnal dan blog, media audio dan video serta gred pencapaian pelajar dipaparkan menerusi

peranti mudah alih pelajar

Pedagogi M-Pembelajaran

Dalam kajian Rossyahida dan Mohamad Hisyam mengemukakan satu kajian mengenai

ciri-ciri amalan berkesan pembelajaran pada abad ke-21 yang menekankan ciri-ciri amalan

pedagogi inovatif guru yang akan membawa pembaharuan terhadap pembelajaran telah

dijalankan oleh Law, Lee, & Chow (2002). Dapatan kajian beliau membuktikan pelajar bersikap

lebih positif di mana mereka berupaya mempelajari kemahiran literasi maklumat dengan

menggunakan Internet, berupaya untuk berfikir secara kritis, belajar dari pelbagai sumber serta

berupaya belajar dari komuniti mereka dengan saling menghormati idea di antara satu sama lain.

Melalui kajian ini, dapat dibuktikan pelajar generasi Y sangat berminat dengan penggunaan

teknologi. Jika diteliti, penggunaan teknologi bukan hanya terhad dengan pelajar sekolah

menengah, malahan pelajar sekolah rendah sudah mula mempelajari penggunaan teknologi

dalam pembelajaran contoh yang jelas apabila pelajar sekolah rendah sudah mahir mengunakan

blog untuk kegunaan pembelajaran.

Kelebihan m-Pembelajaran dan Kesannya Terhadap Pelajar

Berdasarkan kajian Rossyahida dan Mohamad Hisyam M-pembelajaran dapat

membenarkan pelajar mengikut pembelajaran di mana-mana sahaja berdasarkan keupayaan

masing-masing serta mengikut kesesuaian masa sendiri. pelajar dapat menjimatkan masa untuk

belajar. Kebanyakan m-pembelajara mengandungi latihan yang membenarkan pelajar mencabar

subjek tersebut dan memintas bahagian maklumat yang telah diketahui. Hakikatnya m-

pembelajaran dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai penggunaan teknologi. Contoh

yang jelas mereka mahir muat turun bahan-bahan pembelajaran di blog atau di web 2.0.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya kajian ini menekankan strategi dan pendekatan dalam amalan

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masa kini dengan menggunakan teknologi mudah

alih sebagai alat pembelajaran. Kajian ini, lebih memberi perhatian terhadap pelaksanaan m-

pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar pendidikan teknik dan vokasional.

Pelaksanaan m-pembelajaran seharusnya tidak terhad kepada pelajar-pelajar aliran teknik

dan vokasional sahaja . Sebaliknya pelajar aliran sains atau sastra juga boleh menggunakan

pedagogi m-pembelajaran sebagai aktiviti pembelajaran dan pembelajaran di dalam kelas.