Asignment GimnSTIK

download Asignment GimnSTIK

of 27

description

assignment

Transcript of Asignment GimnSTIK

Pengenalan

Pengenalan Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk.

Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti , imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.

Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar. Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:

Pendaratan

Statik

Gerak edar

Putaran

Hamburan

Ayunan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran

: Pendidikan Jasmani

Sekolah

: Sekolah Kebangsaan ST. Dominic

Nama Guru

: Rudy Bin Cakke

Tarikh

: 17 April 2013

Waktu/Masa

: 04.05 05.05 pagi (60minit )

Kelas

: 3 Waja

Bil Murid

: 30 Orang

Tajuk

: Gimnastik ArtistikTunjang

: Kemahiran Asas

Kemahiran

: Hambur

Pengalaman Sedia

ada : Pelajar tahu dan pernah melakukan sebarang aktiviti lompatan.

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :-

Psikomotor

Melakukan aktiviti Hambur Kucing dengan menggunakan teknik yang betul..

Kognitif

Dapat menyatakan secara lisan beberapa kesalahan dalam melakukan aktiviti Hambur.

Afektif

Menunjukkan sikap berkerjasama dengan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti

Murid berasa seronok dan berpuas hati

Penerapan nilai

:Bekerjasama, patut pada arahan dan berdisiplin.

Kemahiran berfikir:Menyatakan dan menjelaskan

Bahan sumber

pengajaran :Tilam Besar, wisel, dan bola kecil

dan pembelajaran

Bahagian / MasaAktivitiFokus PembelajaranOrganisasiAlatan / Catatan

Set Induksi

4.05- 4.13

( 8 Minit )Pemanasan Badan

Guru membimbing murid melakukan aktiviti pemanasan badan.

Melakukan pergerakan ulang-alik dengan bimbingan guru

Melakukan regangan badan pada setiap anggota badan

Skital

Langkah 1

4.13 - 4.23

( 10 Minit )

Peringkat PerkembanganAktiviti 1

Ansur maju dalam kemahiran hambur.

Terowong Rahsia.Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan.

Setiap murid dalam kumpulan masing- masing akan membuat terowong dengan melakukan lentik kucing kecuali murid yang berada di belakang kumpulan masing-masing bertindak sebagai kenderaan.

Setiap murid akan bergerak melalui terowong yang dibina oleh rakan kumpulan.

.Apabila sampai di hadapan, mereka akan tukar peranan sebagai terowong manakal murid yang berada di belakang akan menukar peranan sebagai kenderaan.

Langkah 2

4.23 - 4.35

( 12 Minit )

Peringkat Perkembangan

Aktiviti 2Ansur maju dalam kemahiran Hambur.

Melakukan hambur dengan pendaratan menggunakan kaki.

Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.

Setiap murid akan melakukan hambur dari aras tinggi dan mendarat pada aras rendah menggunakan kaki secara bergilir - gilir mengikut kumpulan masing-masing.

Aktiviti ini dilakukan secara berulang- ulang.

Tilam

Skital

Langkah 3

4.35 - 4.45

( 10 Minit )

Aktiviti 3Hambur KucingMurid masih dalam kumpulan yang sama.

Murid akan melakukan hambur kucing dari aras tinggi dan mendarat pada aras rendah menggunakan tangan.

Skital

Tilam

Langkah 4

4.45 - 4.55

( 10 Minit )Permainan Kecil

Hambur Dan Tangkap.Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.

Murid akan melakukan hambur kucing dari aras tinggi dan mendarat pada aras re ndah dengan menangkap bola kecil serentak semasa pendaratan.Skital

Bola

Tilam

Penutup

4.55 - 5.05

( 10 Minit )Penyejukan BadanGuru membimbing murid untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Kemahiran asas aktiviti senam lantai (Floor Exercise)

Aktiviti dalam senaman lantai ini sebenarnya merupakan aktiviti yang biasa dan selalu dilakukan oleh kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti senaman lantai dengan mudah dapat dikuasai oleh kanak-kanak sekiranya latihan pergerakan yang betul diperkenalkan secara beransur maju. Sekiranya kanak-kanak dapat berguling di atas belakang dengan bulat, dengan mudah mereka boleh menguasai atau mempelajari kemahiran guling hadapan atau guling belakang. Jika mereka dapat menghayunkan tangan dengan baik untuk membuat dirian tangan, dengan mudah mereka dapat belajar untuk melakuklaan hambur tangan dan lentang lenting (flic flac). Begitu juga dengan aktiviti senaman lantai yang lain.

Melalui tugasan ini, saya telah memilih 5 kemahiran dalam aktiviti senam lantqi iaitu guling hadapan, guling belakang, imbangan skala, dirian kepala dan berdiri satu kaki dengan gaya dirian bangau. Di sini juga saya akan menerangkan teknik-teknik yang betul dalam melakukan kemahiran aktiviti senam lantai.

Guling Hadapan

Teknik Lakuan

Berdiri tegak

Mencangkung dan dari kedudukan dakap, letak kedua belah tangan di atas lantai.

Dagu dirapatkan ke dada. Lonjak, naik dan tinggikan bahagian punggung.

Bulatkan badan dengan bahagian atas bahu mencecah lantai dahulu.

Lakukan gulingan yang sempurna ke hadapan dengan mengikut bulatan badan.

Selepas membuat gulingan, berdiri tegak sambil tangan diturunkan ke sisi badan semula.

Guling belakang

Teknik Lakuan

Berdiri tegak

Bawa tangan ke telinga sambil rebahkan badan ke belakang dalam posisi mencangkung.

Guling ke belakang dengan dagu sentuh ke dada.

Letakkan tapak tangan di atas lantai

Angkat pinggul dan tolak tangan.

Apabila kaki menyentuh lantai, luruskan kaki dan berdiri.

Dirian Kepala

Teknik Lakuan

Duduk melutut, lakuan dekam.

Jari di buka luas sambil tapak tangan rapat ke lantai.

Sujud, kedudukan dahi dan kedua belah tangan berbentuk segitiga.

Apabila kaki terangkat, imbangkan sehingga ianya lurus ke atas.

Imbangan SkalaTeknik Lakuan

Berdiri tegak

Kaki rapat dan kedua belah tangan lurus di sisi badan

Bengkokkan badan he hadapan pada paras pinggang perlahan-lahan.

Serentak sebelah kaki diangkat lurus ke belakang dan sebelah tangan lurus ke depan.

Tangan dan kaki lurus bersama badan selari dengan lantai.

Imbangan Satu KakiTeknik Lakuan

Berdiri tegak

Tangan di letakkan di sisi badan.

Angkat satu kaki perlahan-lahan sehingga ke paras lutut sambil kedua-dua tangan dibuka perlahan-lahan ke sisi badan.

Ansur Maju Dalam Kemahiran Senam Lantai

Berguling

Duduk dengan kedua tangan memaut lutut.

Kedua-dua paha dirapatkan ke dada.

Bulatkan badan.

Membuai badan.

Dirian Kepala

Dirian Kepala BerpenyokongImbangan Skala

Imbangan Skala Depan Berdua

Refleksi

Sepanjang saya menyiapkan tugasan mata pelajaran PJM 3107 iaitu Gimnastik, banyak hasil pembelajaran yang telah saya perolehi, Walaupun pada mulanya saya merasakan bahawa pada mulanya sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini, namun penerangan yang telah dibuat oleh pensyarah saya iaitu En. Mohd. Faozi Bin Mohd. Noh semasa di dalam kelas dapat membantu saya untuk memikirkan bagaimana kaedah yang terbaik untuk saya melengkapkan semua tugasan yang telah diberikan. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya yang banyak memberi input dan bimbingan apabila saya menghadapi masalah berkenaan isi kandungan kursus ini.

Setelah mendapat tugasan ini, saya dengan kadar segera telah cuba mendapatkan maklumat dan bahan-bahan tugasan daripada internet dan modul pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 di sekolah. Terlebih dahulu saya cuba untuk memahami apa yang perlu dilakukan dan membaca segala maklumat yang diperlukan. Saya juga telah berhubung dengan rakan-rakan yang lain bagi berkongsi hasil dapatan dan idea bagi menghasilkan tugasan ini.

Setelah berjaya menghasilkan tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara dan kaedah-kaedah yang sesuai untuk digunakan semasa di sekolah. Dengan penghasilan tugasan ini juga, saya telah memahami bahawa setiap aktiviti pengajara yang ingin dijalankan perlulah dirancang secara teliti. Selain itu, seorang guru juga harus tahu dan mencari ansur maju bagi setiap kemahiran yang ingin diajar kepada murid-murid. Dengan adanya pengetahuan seperti itu, objektif pelajaran boleh dicapai kerana murid-murid diajar asas-asas yang membawa kepada pengetahuan kemahiran yang ingin mereka pelajari.

Pada pendapat saya, kemahiran gimnastik ini perlulah diberi penekanan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya. Ini kerana, untuk membentuk seorang atlit gimnastik yang baik adalah bermula dari latihan semasa kanak-kanak. Selain itu komposisi badan kanak-kanak lebih mudah dibentuk daripada orang yang sudah masuk peringkat remaja atau dewasa. Selain itu, saya juga telah mempelajari pelbagai teknik dalam melakukan aktiviti gimnastik. Sebelum saya mempelajari tajuk ini, saya sendiri mengaku bahawa saya tidak dapat melakukan beberapa aktiviti gimnastik seperti dirian kepala. Namun demikian, setelah mempelajari teknik melakukan aktiviti tersebut, akhirnya saya berjaya juga melakukannya. Ini membuktikan bahawa dengan mengikuti mata pelajaran ini, banyak input yang telah saya perolehi.

Namun yang demikian, saya juga tidak nafikan bahawa pengajaran yang saya jalankan mempunyai kelemahan dalam beberapa aspek. Yang pertama adalah kelemahan yang datang dari saya sendiri iaitu dari segi penyampaian. Saya juga mendapati bahawa saya kurang mahir dalam menentukan kedudukan saya sendiri semasa memberikan arahan kepada murid-murid. Walau bagaimanapun, saya berharap agar tugasan saya menetapi pada kehendak dan piawaian yang ditetapkan walaupun saya merasakan masih banyak kekurangan dalam penghasilan tugasan ini. Sekian dan terima kasih.