Asignment Pj Sem 4

download Asignment Pj Sem 4

of 29

Transcript of Asignment Pj Sem 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI/ TAHUN 2012

HBPE1103

PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN: NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : :

721201015701001 0127905100 [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

721201015701

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 2 820531045341001 HBPE1103

ISI KANDUNGANPengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal satu kurikulum baru yang diberi nama Kurikulum Standard Sekolah Rendah ataupun dengan singkatan KSSR. Menggunakan kurikulum yang baru ini, sistem penilaian terhadap pelajar tidak lagi berpandukan peperiksaan semata.mata. KSSR juga merupakan satu langkah yang baik dimana ia bertujuan menggantikan Kurukulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR yang telah digunapakai selama 19 tahun iaitu bermula tahun 1993. Ini bertepatan dengan peredaran masa dan gaya hidup zama serba maju ini. Perlaksanaan KSSR ini bertepatan pada masanya kerana ia merupakan suatu perubahan atau transformasi dalam bidang pendidikan yang merangkumi pelbagai aspek. Aspek yang mengalami perubahan ialah perubahan terhadap kaedah penilaian, masa yang diperuntukan, sistem pembelajaran dan pengajaran, organisasi, isi kandungan, bahan pengajaran dan pembelajaran dan juga pengurusan kurikulum.

2

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 3 820531045341001 HBPE1103 Penafsiran tiga aspek pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani KSSR dan tajuktajuk yang terdapat dalam setiap aspek tersebut. Terdapat 5 aspek dalam subjek Pendidikan Jasmani KSSR Tahun Dua. Namun begitu, dalam tugasan yang diamanahkan kepada saya ini, saya hanya mengupas 3 dari lima aspek tersebut. Aspek yang ingin saya sentuh ialah Aspek 1 iaitu Kemahiran Pergerakan, Aspek 2 melibatkan Aplikasi Pengetahuan dan Aspek 5 tentang Kesukanan. Saya akan mengulas satu persatu mengenai ketiga-tiga aspek ini. Setiap aspek dalam KSSR mempunyai pecahan tajuk-tajuk kecil. Tajuk-tajuk kecil ini akan memudahkan guru dan murid melakukan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran. Bagi Aspek 1 yang melibatkan pergerakkan, terdapat 5 jenis pergerakan yang terkandung dalam pergerakan asas. Pergerakan asas tersebut ialah 1. Konsep pergerakan, 2. Pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama, 3. Gimnastik asas, 4. Akuatik asas, 5. Rekreasi dan kesenggangan Dalam Aspek 2, murid akan dapat mengaplikasi pengetahuan mereka mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan di dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal. Berdasarkan aspek 2, terdapat 5 tajuk yang akan dipelajari iaitu : 1. Konsep Pergerakan 2. Pergerakan lokomotor, bukan lokomotor ,manipulasi alatan dan pergerakan berirama . 3. Gimnastik Asas 4. Akuatik Asas dan 3

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 4 820531045341001 HBPE1103 5. Rekreasi dan kesenggangan Aspek 5 menekankan kepada keupayaan murid dalam penekanan aktiviti Pendidikan Jasmani dari pelbagai elemen. Elemen-elemen yang dimaksudkan ialah elemen keselamatan, konsep sosiologi serta psikologi prinsip dan strategi. 1. 2. 3. 4. Keselamatan dan pengurusan Tanggungjawab kendiri Interaksi sosial dan Dinamika kumpulan

Tiga aspek pembelajaran yang terdapat dalam komponen kemahiran bagi Tahun 2 Terdapat tiga aspek pembelajaran yang terdapat dalam komponen kemahiran bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 2 iaitu: Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan dan Aspek 5 : Kesukanan Saya sertakan tajuk-tajuk yang terlibat dalam setiap komponen kemahiran tersebut. Setiap komponen dalam modul kemhiran mesti digabungkan ketika penyampaian pengajaran. Setiap contoh aktiviti mesti disertakan pada setiap tajuk yang boleh digunakan oleh guru semasa melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Konsep Pergerakan

4

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 5 820531045341001 HBPE1103 Di bawah tajuk kesedaran ruang, terdapat tiga kemahiran yang boleh dijalankan iaitu: 1.1.1 Melakukan pergerakan ke ruang am yang telah ditetapkan 2.1.1 Membezakan pergerakan mengikut ruang 5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat Dalam tajuk pergerakan, terdapat banyak cara dan tajuk yang boleh disampaikan kepada pelajar. Antaranya kebebasan bergerak, kelajuan semasa bergerak, ruang, bergerak berhalangan, cara bergerak dan pelbagai lagi. Tajuk kelajuan pergerakan pula menekankan kepada kebolehan pelajar mempelbagaikan pergerakan berdasarkan kelajauan . Guru boleh memilih komponen kemahiran antaranya: 1.1.2 Meningkatkan kelajuan semasa bergerak 2.1.3 Mengenal pasti perlakuan yang boleh meningkatkan kelajuan 5.2.2 Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti Bagi aktiviti yang melibatkan kelajuan, murid boleh meniru pergerakan haiwan yang berlari atau berjalan dalam kelajuan yang berbeza. Had ruang perlu ditanda bagi memastikan murid tidak berkeliaran terlalu jauh. Lantai permukaan tempat aktiviti juga haruslah rata agar kecederaan dapat dielakkan. Semasa murid-murid melakukan aktiviti, tahap perlakuan boleh ditingkatkan seperti kelajuan, tahap kesukaran dan sebagainya. Guru juga mesti melibatkan semnua pelajar kerana KSSR amat menitikberatkan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid sepenuhnya.

Pergerakan Lokomotor Melalui komponen pergerakan lokomotor pelajar akan diajar supaya berkebolehan melakukan 5

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 6 820531045341001 HBPE1103 pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul menerusi aktiviti berjalan, berlari, mencongklang, menggelongsor, melompat, melompat sebelah kaki, skip dan melonjak. Kemahirankemahiran yang telah ditetapkan dalam aktiviti pergerakan ialah: 1.2.1 Melakukan pergerakan berjalan 2.2.1 Mengenal pasti ciri-ciri perlakuan lokomotor 5.2.2 Menerima cabaran dan seronok melakukan aktiviti 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Bagi kemahiran berjalan terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan seperti aktiviti berjalan secara bebas dalam pelbagai arah dan kelajuan, berjalan ke arah yang ditentukan oleh guru dan berjalan mengikut arah jam atau melawan arah jam. Di bawah tajuk berlari antara kemahiran yang akan dipraktikkan iaitu : 1.2.1 Melakukan pergerakan berlari 2.2.1 Mengenal pasti ciri-ciri perlakuan lokomotor dan bukan lokomotor ketika berlari 5.2.2 Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal Dalam kemahiran berlari pula guru boleh menyuruh pelajar berlari bebas ke pelbagai arah dan kelajuan mengikut arahan guru. Guru juga boleh menyuruh pelajar berlari mengikut gaya haiwan berlari dalam kumpulan. Kemudian tukar jenis larian dengan kumpulan lain. Guru juga boleh dengan hanya menggunakan tangan sebagai penunjuk arah dimana murid akan berlari mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Tajuk mencongklang pula adalah untuk memastikan pelajar berkebolehan mencongklang pelbagai arah dengan lakuan yang betul. Kemahiran yang diterapkan melalui tajuk ini iaitu: 1.2.1 Melakukan pergerakan mencongklang 2.2.3 Menyatakan postur yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor . 6

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 7 820531045341001 HBPE1103 5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif Justeru itu, terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan iaitu mencongklang bebas ke pelbagai arah dan kelajuan sambil memegang tali atau kayu dan mencongklang dalam bulatan mengikut arah jam dengan iringan muzik. Pelajar juga boleh diterangkan teknik mencongklang dalam bentuk bulatan mengikut arah jam dengan iringan muzik. Di bawah tajuk menggelongsor pula terdapat empat kemahiran yang boleh digunakan kepada pelajar iaitu : 1.1.1 Melakukan pergerakan ke ruang am yang telah ditetapkan 1.2.1 Melakukan pergerakan menggelongsor 2.2.3 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor 5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok Guru boleh mengajar pelajarnya melakukan aktiviti gelongsor solo dimana pelajar menggelongsor menggunakan kaki kiri dan kaki kanan mengikut arahan guru. Gelongsor secara berpasangan pula dilakukan dengan mengikut irama muzik dimana aktiviti menggelongsor dilakukan secara serentak ke kiri dan ke kanan sambil memegang tangan rakan.

Antara komponen pembelajaran yang terdapat melalui tajuk melompat sebelah kaki ialah seperti : 1.2.1 Melakukan pergerakan melompat sebelah kaki 2.2.3 Menyatakan postur yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan lokomotor 7 bukan

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 8 820531045341001 HBPE1103 5.2.2 Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti Kemahiran melompat sebelah kaki boleh dijalankan melalui aktiviti cuit-cuit dimana empat orang murid akan melompat sebelah kaki dalam kawasan yang ditetapkan. Pelajar juga boleh bermain permainan tradisional seperti ketinting atau permainan laga ayam. Bagi kemahiran melompat pula , terdapat tiga kemahiran yang ditetapkan iaitu: 1.2.2 Melompat pada satu jarak, mendarat dengan dua kaki dengan lutut menyerap daya berat badan. 2.2.2 Mengenal pasti kepentingan serap daya dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor 5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif Kemahiran melompat menumpukan kebolehan pelajar melakukan lompatan pada satu jarak dengan teknik yang betul. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti melompat setempat berulang kali sambil membuka kaki dengan luas ketika di udara ataupun melompat setempat sambil melakukan aksi berbeza-beza yang bersesuaian dan mendarat dengan menggunakan kedua belah kaki. Jarak lompatan juga boleh bertambah sekiranya di bantu oleh hayunan tangan. Aktiviti lompat berhalangan juga boleh digunakan bagi kemahiran ini iaitu meminta pelajar melompat tali menggunakan kedua-dua belah kaki, berlari ke arah gelung lalu melompat gelung dan berlari ke arah penamat. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan berhati-hati bagi mengelakkan pelajar-pelajar daripada jatuh dan tercedera. Pergerakan Bukan Lokomotor Tajuk pergerakan bukan lokomotor pula menumpukankan kepada kebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor asas dengan lakuan yang betul. Pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakkan yang tidak memerlukan kita bergerak. Ia hanya dilakukan setempat sahaja. Pergerakan bukan lokomotor melibatkan pelbagai kemahiran seperti melakukan pergerakan fleksi badan iaitu membongkok, meregang, membuai, meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik, 8

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 9 820531045341001 HBPE1103 mengayun dan mengimbang. Kemahiran ini juga melibatkan gabungan pelbagai aktiviti di dalam satu rangkaian pergerakan. Di samping itu, guru juga boleh menggabungkan pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam satu rangkaian pergerakan. Melalui tajuk ini pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk membentuk kemahiran pelajarpelajar. Bagi kemahiran mengilas dan memusing, terdapat tiga komponen pembelajaran yang ditetapkan iaitu: 1.3.1 Melakukan pergerakan mengilas dan memusing 2.2,1 Mengenalpasti ciri perlakuan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor 5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif Guru boleh mengarahkan pelajarnya berbaris untuk mengilas badan ke kiri dan ke kanan sambil menghantar bola atau baton kepada rakan yang berada di belakang. Bagi aktiviti memusing pula, aktiviti memusingkan tangan sambil memegang tali dan serentak itu memusing pelajar diminta mencangkung di dalam gelung, mendepakan tangan sambil memegang tali dengan sebelah tangan. Pelajar diminta bangun perlahan-lahan dan memusingkan tali. Perlakuan ini diulang dengan menggunakan tangan yang sebelah lagi. Pelajar akan berdiri memusingkan tangan kanan sambil memegang tali dan serentak memusing ke kiri. Setelah selesai, ulang perlakuan dengan tangan kiri dan kaki kanan pula.

Standard pembelajaran yang terdapat pada kemahiran menolak dan menarik iaitu : 1.3.1 Melakukan pergerakan menolak dan menarik 2.2.1 Mengenal pasti ciri perlakuan pergerakan bukan lokomotor 5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok . Kemahiran menolak dan menarik pula boleh dijalankan secara berpasangan seperti membelakangkan rakan yang sama saiz dan menolak antara satu sama lain. Bagi kemahiran menarik pula, pelajar boleh diminta berdiri sambil sebelah tangan berpegangan. Kemudian minta pelajar untuk 9

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 10 820531045341001 HBPE1103 membuka kaki dan menarik tangan rakan mereka secara bergilir-gilir. Pelajar juga boleh duduk secara berhadapan dengan lutut dibengkokan untuk menyerap daya. Temukan tapak tangan dan pegang kedua belah tangan rakan . Tarik dan tahan bergilir-gilir. Bagi kemahiran mengayun dan mengimbang pula, guru boleh menjalankan aktiviti mengimbang menggunakan kaki sebagai tapak sokongan dalam pelbagai bentuk. Aktiviti ini boleh diulang dengan menggunakan anggota badan lain seperti tangan sebagai tapak sokongan. Aktiviti ini perlu dijalankan secara berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya kecederaan kepada pelajar. Komponen kemahiran yang terdapat di bawah tajuk ini iaitu: 1.3.1 Melakukan pergerakan mengayun dan mengimbang 2.2.3 Menyatakan postur yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor 5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok

Manipulasi alatan Di bawah tajuk manipulasi alatan terdapat banyak pecahan kemahiran yang akan dipelajari . Antara kemahiran tersebut ialah seperti melambung, menyambut, menggolek, menendang, menyerkap, melantun, membaling, menangkap, memukul dan menampar. Bagi kemahiran melambung, melantun dan menyambut terdapat empat komponen kemahiran yang diterapkan iaitu: 1.4.1 Melambung , melantun dan menyambut bola 2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek 5.2.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan 5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan

10

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 11 820531045341001 HBPE1103 Guru boleh meminta pelajar melambung bola dengan melantunnya dan kemudian bergerak menangkap bola tersebut. Pelajar yang berjaya menangkap bola akan melambung bola semula. Aktiviti ini diulang beberapa kali sehingga pelajar menguasai kemahiran ini. Aktiviti ini boleh diulang beberapa kali dengan menambahkan jarak atau menambahkan ketinggian lambungan. Terdapat tiga komponen kemahiran yang digunakan di bawah tajuk menggolek bola iaitu: 1.4.2 Menggolek bola pada satu jarak 2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan 5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif Kemahiran menggolek bola pula dijalankan dengan meminta pelajar-pelajar memegang bola lalu menggoleknya ke pasangan. Selain itu, kemahiran menggolek bola menuju ke sasaran seperti permainan bowling juga boleh dilakukan. Di bawah tajuk membaling bola, pelajar-pelajar diharapkan berkebolehan membaling bola pada satu jarak dan ke sasaran dengan lakuan yang betul. Komponen kemahiran yang digunakan di bawah tajuk ini iaitu:

1.4.3 Membaling bola pada satu jarak 2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek 5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan secara seronok

Kemahiran membaling bola pada satu jarak boleh dijalankan secara berpasangan dimana pelajar akan berdiri pada jarak yang sesuai dengan rakan mereka dan kemudian pelajar A akan membaling bola kepada pelajar B secara bergilir. Guru boleh menambahkan jarak antara pelajar mengikut kemahiran pelajar tersebut. Aktiviti membaling bola juga boleh dijalankan dengan meminta pelajar membaling bola melepasi gelung. Kemahiran menangkap bola juga boleh dilakukan semasa 11

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 12 820531045341001 HBPE1103 kemahiran membaling dapat diaplikasikan melalui pelbagai aktiviti menarik yang diajar oleh guru. Aktiviti menangkap bola pelbagai arah memerlukan pelajar menangkap bola yang dihantar atau dilontar oleh rakan mereka dari pelbagai aras dan arah. Di bawah tajuk manipulasi alatan terdapat pembelajaran berkaitan kemahiran menendang. Komponen kemahiran yang terdapat di bawah tajuk ini iaitu : 1.4.5 Menendang bola yang digolek dengan perlahan 2.3.3 Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang 5.2.1Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif 5.3.1Berkomunikasi antara rakan , guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal . Aktiviti menendang bola dijalankan dengan cara menendang bola berpasangan dimana pelajar A akan menendang bola manakala pelajar B pula menyerkap bola tersebut . Bagi kemahiran memukul belon dengan pemukul , guru boleh mengajar pelajarnya memukul belon dari pelbagai aras mengikut kreativiti pelajar . Guru juga boleh membentuk kumpulan kecil dan membentuk segi empat . Pelajar menendang bola kepada rakan di satu penjuru dan rakan menyerkap bola tersebut . Perlakuan tersebut diulang dengan menendang ke arah penjuru lain. Komponen kemahiran bagi tajuk menggelecek bola menggunakan tangan ialah : 1.4.9 Menggelecek bola menggunakan tangan 2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan 5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat 5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan Kemahiran yang turut diajar ialah berkaitan kemahiran menggelecek bola menggunakan tangan dan menggelecek bola menggunakan kaki . Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk kemahiran mengggelecek bola menggunakan tangan ialah melantun bola dengan menggunakan tangan 12

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 13 820531045341001 HBPE1103 kanan dan kiri secara berselang seli , menggelecek bola sambil bergerak ke pelbagai arah dan menggelecek serta menukar arah pergerakan mengikut isyarat guru . Terdapat juga aktiviti melantun dan menggelecek bola dalam bulatan dimana seorang pelajar menggelecek bola di antara rakan-rakan manakala pelajar lain melantun bola setempat . Apabila balik ke tempat asal, pelajar lain pula menggelecek bergilir-gilir . Bagi aktiviti menggelecek bola menggunakan kaki , guru boleh menjalankan aktiviti menggelecek bola secara bebas dari pelbagai arah dalam kawasan yang ditanda menggunakan kaki kiri dan kanan serta cuba mengelak bola daripada direbut oleh rakan . Sekiranya bola berjaya direbut , pelajar lain pula akan mengambil peranan menggelecek bola . Bagi memberikan cabaran kepada aktiviti ini , guru boleh mengurangkan bilangan bola dan jumlah pelajar yang ada . Komponen kemahiran yang terdapat di dalam tajuk ini iaitu : 1.4.10 Menggelecek bola menggunakan kaki 2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan 5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat 5.2.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan

Pergerakan Berirama Di bawah tajuk Gerak Edar dan Gurau Senda , pelajar-pelajar diharapkan akan berkebolehan melakukan pelbagai gerak edar mengikut irama . kemahiran yang perlu diajar kepada pelajar iaitu : 1.5.1 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo 2.4.1 Membezakan kelajuan pergerakan yang sesuai mengikut tempo 5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif Di bawah tajuk ini terdapat tiga komponen

13

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 14 820531045341001 HBPE1103 Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk mengaplikasikan kemahiran ini seperti mendengar lagu sambil bertepuk tangan mengikut detik lagu iaitu guru memperdengarkan lagu dan pelajar bertepuk tangan mengikut detik lagu tersebut . Bagi aktiviti 2 , pelajar boleh melakukan langkah bleking iaitu lompat pada kaki kiri sambil meletakkan tumit kaki kanan ke depan secara berselang seli sambil mencangkukkan tangan kanak dengan pasangan . Pelajar seterusnya akan berlari lapan langkah mengikut arah jam lalu melepaskan tangan dan bertepuk dua kali . Aktiviti ini diulang semula dengan mencangkuk tangan kiri pula dan berlari lapan langkah mengikut arah lawan jam pula . Setelah pelajar-pelajar mahir , guru bolehlah mempraktikkan gerakan ini dengan menggunakan irama muzik . Di bawah tajuk Mari Bergerak , terdapat empat kemahiran yang digunakan iaitu : 1.5.1 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo . 2.4.2 Mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo 5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif 5.4.1 Memilih sendiri rakan untuk membentuk kumpulan Pelajar membentuk bulatan besar , mencari pasangan dan bergerak sambil menyanyi lagu . Pelajar dikehendaki menepuk tangan empat kali , petik jari empat kali , menggoyangkan pinggul ke kanan dan ke kiri sambil pusing setempat ke kiri . Untuk mencari kawan , pelajar perlu menghulurkan tangan kanan , membongkokkan badan menghadap kawan sambil pusing setempat ke kanan . Seterusnya pelajar melangkah empat langkah ke tengah bulatan dan kemudian undur empat langkah keluar bulatan . Pegang tangan rakan dan pusingkan pasangan . Gimnastik asas Melalui tajuk Hambur ( spring ) dan Pendaratan pelajar diharapkan akan berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul . Antara komponen kemahiran di bawah tajuk ini iaitu : 14

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 15 820531045341001 HBPE1103

1.6.1 Melakukan hambur dan mendarat dengan kedua-dua belah tangan dalam pelbagai arah . 1.6.2 Melakukan hambur ke atas peti tombol dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksi 2.5.1Mengenal pasti postur yang betul semasa hambur dan mendarat 5.2.2 Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti Antara aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran di atas ialah seperti menghambur badan lurus secara berulang dimana melalui aktiviti ini pelajar dikehendaki melangkah selangkah diikuti dengan aksi melonjak dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki . Guru juga boleh menjalankan aktiviti hambur badan lurus ke atas mini trampolin dan mendarat . Cara pelaksanaannya iaitu pelajar dikehendaki melonjakkan satu kaki ke atas trampolin sambil mengayun kedua-dua belah tangan ke atas . Badan hendaklah dalam keadaan tegang manakala torso dilengkungkan dengan kaki lurus ke bawah . Seterusnya pelajar mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan lutut dalam keadaan fleksi . Setelah pelajar menguasai kemahiran dua guru boleh pula menjalankan aktiviti 3 iaitu menghambur badan lurus ke atas peti lombol dan mendarat . Di bawah tajuk Tarian Patung terdapat empat kemahiran yang diterapkan iaitu : 1.7.2 Melakukan imbangan dengan tiga , dua dan satu tapak sokongan menggunakan bahagian badan secara berpasangan 1.7.3 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan imbangan statik mengikut iringan muzik . 2..6.1 Mengenal pasti kepentingan luasan tapak sokongan 5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpula dengan seronok . Antara aktiviti yang boleh dijalankan berdasarkan kemahiran ini ialah seperti melakukan tarian huruf dimana pelajar dikehendaki berlari bebas sambil muzik dibunyikan . Apabila muzik diberhentikan , pelajar dikehendaki membentuk huruf pertama nama sendiri dengan badan . Guru juga 15

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 16 820531045341001 HBPE1103 boleh menjalankan aktiviti bergerak mengikut muzik dan apabila muzik diberhentikan , pelajar perlu masuk ke dalam gelung dengan segera dan melakukan imbangan dengan tiga tapak sokongan manakala untuk aktiviti tiga pula , guru boleh menggunakan aktiviti yang bertajuk menari seperti saya . Aktiviti ini memerlukan penyertaan dua pelajar iaitu seorang pelajar sebagai pelaku manakala seorang lagi sebagai peniru . Pelaku melompat sebelah kaki mengikut muzik dan apabila muzik berhenti pelaku dikehendaki mendiamkan diri selama 3 saat Ulang aktiviti di atas dengan pelbagai pergerakan mengikut kreativiti . Tukar peranan pelajar sebagai pelaku dan pelajar lain pula sebagai peniru . Berdasarkan tajuk gulingan sisi terdapat tiga kemahiran yang digunakan iaitu : 1.8.1 Melakukan gulingan sisi 2.7.1 Menyatakan variasi guling sisi 5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat Aktiviti guling sisi melutut memerlukan pelajar melakukan gulingan di atas tilam sambil memegang lutut . Pelajar diminta untuk mengguling ke sisi dan kembali kepada posisi melutut dan diakhiri dengan tangan lurus ke atas . Bagi aktiviti berguling ke depan , ianya boleh dimulakan dengan bantuan bola besar . Pelajar perlu meniarap di atas bola besar lalu menggerakkan badan ke hadapan dan belakang sehingga tangan mencecah lantai . Apabila tangan mencecah lantai , pelajar perlu menggelongsorkan badan sehingga terguling ke hadapan.

Akuatik Asas Di bawah tajuk Apungan Lentang , pelajar perlu menguasai empat kemahiran yang telah digariskan iaitu : 1.9.2 Melakukan kemahiran apungan lentang 2.8.1 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan apungan lentang 16

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 17 820531045341001 HBPE1103 5.1.5 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti Antara aktiviti yang boleh digunakan untuk pengaplikasian kemahiran ini ialah seperti melakukan aktiviti apungan lentang dengan sokongan guru , membuat apung lentang dan aktiviti tolak balak . Aktiviti apungan lentang memerlukan guru berada di dalam kolam dan memberi sokongan di bahagian belakang pelajar . Pelajar akan duduk di tepi dek membelakangi kolam dan baring perlahan-lahan sehingga bahagian belakang lutut berada di tepi dek . Guru membantu menggerakkan pelajar perlahan-lahan sehingga bahagian belakang lutut pelajar berada di tepi dek . Guru akan mengapungkan pelajar pada kedudukan air di paras telinga . Di bawah tajuk Tendang Keribas , terdapat empat kemahiran yang dipelajari iaitu : 1.10.1 Melakukan tendangan keribas 2.9.1 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan tendang keribas 5.1.1 Menyatakan persediaan diri dan kesesuaian pakaian mengikut jenis aktiviti yang dijalankan 5.1.5 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti Fokus yang ditumpukan pada tajuk ini ialah pelajar berkebolehan melakukan tendang keribas ( flutter kick ) .Pada peringkat pertama , guru boleh meminta pelajar meniarap dengan kedua-dua tangan memegang tepi kolam dan melakukan tendang keribas secara berselang-seli . Aktiviti ini juga boleh dilakukan secara berpasangan dimana seorang melakukan tendang keribas manakala rakannya memegang pinggang rakan . Bagi menjayakan aktiviti ini , pelajar perlu yakin ketika berada di dalam air dan menguasai kemahiran imbangan . Untuk bergerak di atas permukaan air , bantuan papan keribas boleh digunakan . Pelajar berdiri di dalam kolam dan kemudian secara perlahan-lahan cuba mengapungkan diri mereka bersama-sama papan keribas . Seterusnya pelajar bergerak ke hadapan dengan meletakkan kedua-dua tangan memegang papan keribas sambil kaki membuat kayuhan . Rekreasi dan kesenggangan 17

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 18 820531045341001 HBPE1103

Pada tajuk Kenal Arah , terdapat tiga kemahiran yang diterapkan iaitu : 1.11.1 Menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa melakukan aktiviti menjejak dan mencari harta karun 2.10.1 Mengenal pasti konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti menjejak dan mencari harta karun 5.2.2 Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti Bagi mengajar kemahiran ini , guru meminta pelajar berdiri di dalam gelung menghadap guru . Pelajar perlu mengikut arahan guru dengan menghadap ke arah yang disebut oleh guru berdasarkan konsep jam . Ulang aktiviti ini beberapa kali sehingga pelajar benar-benar menguasai kemahiran ini. Di bawah tajuk Rondas , pelajar-pelajar diharapkan berkebolehan untuk bermain permainan tradisional . Terdapat empat kemahiran yang dipilih bagi tajuk ini iaitu : 1.11.3 Melakukan kemahiran memukul , membaling dan menangkap semasa melakukan permainan tradisional . 2.10.2 Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dalam permainan tradisional 5.1.4 Menggunakan alatan mengikut peraturan penggunaan dan fungsi alatan dengan betul 5.2.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan Di bawah tajuk ini pelajar boleh melakukan aktiviti membaling , menangkap bola dan larian bes . Sebagai latihan , pelajar juga boleh diajar cara mengayun pemukul tanpa bola beberapa kali dan setelah mahir pelajar bolehlah memukul bola di atas tee. Permainan rondas merupakan satu permainan tradisional yang sesuai dimainkan pada masa senggang . Aktiviti membaling , menangkap , memukul bola dan larian bes sangat menyeronokkan untuk dimainkan oleh pelajar . Dua buah kumpulan akan beraksi iaitu pasukan pemukul dan pemadang . Pemukul akan memukul bola seberapa jauh ke hadapan . Apabila bola berjaya dipukul jauh , pemain yang berada di tapak 1 , 2 dan 3 akan 18

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 19 820531045341001 HBPE1103 berlari untuk mencari mata . Pemain yang terkena bola yang dituju ke badannya dikira mati . Pemain yang menamatkan pusingan perlu memijak semua tapak dari home bagi mengelakkan pemain tersebut dikira mati . Peranan pemukul dan pemadang dilakukan secara bergilir-gilir . Kumpulan yang berjaya mendapat mata paling banyak dikira sebagai pemenang .

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 2

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani

1. Mata pelajaran 2. Kelas 3. Tema 4. Tajuk 5. Masa 6. Standard Pembelajaran

: Pendidikan Jasmani : Dua Jingga : Rekreasi dan Kesenggangan : Menjejak Arah : 7.20 7.50 pagi ( 30 Minit ) : 1.11.1 Menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa melakukan aktiviti menjejak dan mencari harta karun. 19

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 20 820531045341001 HBPE1103 2.10.1 Mengenal pasti konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti menjejak dan mencari harta karun 2.10.2 Mentafsir maklumat dalam aktiviti pandu arah dan mencari harta karun . 5.2.2 Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti

7. Objektif Pembelajaran

: Berkebolehan menjejak arah menggunakan konsep jam

8. Aktiviti pengajaran

: 1. Memanaskan badan 2. Penyampaian Standard Pembelajaran 3. Permainan kecil 4. Menyejukkan badan 5. Pentaksiran

9. Elemen merentas kurikulm ( EMK )

: Matematik : Mengenal Konsep Jam

10. Bahan bantu belajar : Model jam , kertas , pensel warna , bola ping-pong Kad arahan , kad berbentuk bintang , sampul surat dan skital .

20

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 21 820531045341001 HBPE1103

11. Penilaian pengajaran : Lembaran Kerja dan pmbelajaran

12 Refleksi :

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

21

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 22 820531045341001 HBPE1103

22

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 23 820531045341001 HBPE1103

23

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 24 820531045341001 HBPE1103

24

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 25 820531045341001 HBPE1103

Langkah Set Induksi 5 Minit

Isi Kandungan Pemanasan Badan Menunjukkan Replika Jam

Aktiviti Pembelajaran 1.Pelajar melakukan pemanasan badan .

Bahan Mengajar aktiviti Replika Dinding

Bantu Jam

2.Guru bertanya kepada pelajar pengetahuan mereka tentang jam 3. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pada hari itu

Langkah 1 7 Minit

Penerangan berkaitan aktiviti

1. Guru memberi penerangan dan Kad arahan menunjuk cara mencari harta karun 2. Pelajar dibahagikan kumpulan kecil kepada

3. Setiap kumpulan diberi kad arahan 4. Guru memberi arahan mula dan mengambil masa . Langkah 2 10 Minit Mencari Karun Harta 1. Pelajar bergerak dalam kumpulan kertas mengikut arahan di semua center point pensel warna yang disediakan 2. Pelajar menyerahkan tugasan kepada bola ping-pong guru dan guru mencatat masa tamat kad berbentuk setiap kumpulan bintang 3. Kumpulan yang dapat mengumpulkan harta paling banyak dan masa paling pantas dikira pemenang . Langkah 3 5 Minit Penilaian Pengajaran sampul surat skital

1. Guru mengedarkan lembaran kerja Kertas kepada pelajar Kerja 2. Pelajar menjawab lembaran kerja 3. Membincangkan jawapan lembaran kerja . 25 dan 1. Guru dan pelajar berbincang tentang nilai pembelajaran yang dilaksanakan pada hari itu

Lembaran

Penutup 3 Minit

Refleksi penerapan murni

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 26 820531045341001 HBPE1103

Kesimpulan

Perubahan pelaksanaan kurikulum persekolahan sekolah KBSR kepada KSSR perlu diterima secara positif oleh guru-guru . Ia adalah merupakan langkah ke arah melakukan penambahbaikan terhadap sistem persekolahan di Malaysia bagi menjamin mutu pengajaran dan hasil pembelajaran yang berkualiti . Melalui KSSR , pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan midul yang akan menggantikan buku teks . Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih 26

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 27 820531045341001 HBPE1103 menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa . Merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani di tahap 1 , modul panduan pengajaran yang dikeluarkan adalah lebih terperinci dan mudah untuk difahami oleh guru . Pecahan komponen kemahiran telah dibahagikan mengikut tajuk . Panduan aktiviti yang mudah tetapi berkesan juga akan menyeronokkan pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran .

Sumber Rujukan

Abd.Halim Md.Salleh & Othman Che Man . ( 2011 ) . Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Helen Ten Hong Beng & Maslan Buniran . ( 1989 ) . Pendidikan Jasmani dan Kesihatan , Tingkatan 2 . Kuala Lumpur : Syarikat Percetakan Lian Hup . 27

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 28 820531045341001 HBPE1103 Modul Teras Asas . ( 2011 ) . Pendidikan Jasmani Tahun 2 . Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum . Kurikulum Standard Sekolah Rendah . ( 2011 ) . Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani . Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum . http://www.blogcikgu.com/perkongsian/kurikulum-standard-sekolah-rendah-bermula-2011 http://www.hsp-pj-y2-pdf

28

MUHAMMAD IZZAM BIN JASMI 29 820531045341001 HBPE1103 APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

29