Asignment Sejarah Perkembangan BM

Click here to load reader

  • date post

    28-Dec-2015
  • Category

    Documents

  • view

    54
  • download

    7

Embed Size (px)

description

Sejarah Bahasa Melayu

Transcript of Asignment Sejarah Perkembangan BM

1. PengenalanBahasa Melayu sejak lebih daripada satu alaf memiliki martabat sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Srivijaya. Pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamaddun Melayu baharu dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa lmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.Sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai bahasa yang sangat luas tersebarnya sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu dan di sebelah timurnya sehingga kepulauan Filipina.2. Definisi2.1 Definisi BahasaDalam bidang kajian bahasa, frasa bahasa telah didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi bahasa, peranan dan fungsinya. Dalam hal ini, kebanyakan ahli bahasa dan ahli linguistik telah memberikan konsep dan takrifan bahasa yang hampir sama. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, bahasa ialah satu sistem lambang-lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa juga mencakupi dialek, loghat, adat dan adab sesuatu bangsa. Lambang-lambang yang diujarkan oleh manusia mempunyai makna-makna yang tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya.Bloch dan Trager (1942) telah mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Proses komunikasi ini berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Noam Chomsky (1957), seorang ahli linguistik moden berkata bahawa, setiap penutur dan pendengar mempunyai dua perkara penting, iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa. Beliau juga merumuskan bahawa proses ini sentiasa bertukar ganti antara penutur dengan pendengar yang berkomunikasi sesama merekaDari segi pragmatik, para ahli linguistik bersetuju bahawa bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi, sama ada berdasarkan aksi penutur atau pendengar. Dalam kamus yang lain, antaranya The American Heritage Science Dictionary, bahasa merupakan satu sistem objek atau simbol seperti bunyi atau sesuatu huruf yang berturutan serta boleh digabungkan dengan pelbagai cara dengan syarat mematuhi peraturan tertentu, terutamanya untuk melahirkan pemikiran, perasaan dan memberikan arahan. Oxford University Press (Language Software), pula mentakrifkan bahasa sebagai salah satu cara untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku dan etnik tertentu. Takrifan ini sangat menepati teori yang dilakukan oleh Ferdinand Mongin de Saussure (1959), seorang ahli linguistik Swizerland dan juga bapa linguistik moden abad ke-20. Teori tersebut mengatakan melalui bahasa, manusia boleh diklasifikasikan kepada etnik-etnik mengikut bahasa yang ditutur oleh mereka. Dalam naskhah yang lain juga seperti Etymology Dictionary, bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dituturkan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda yang konvensional.Dalam penetapan konsep dan takrif bahasa yang lebih jitu, telah menimbulkan pelbagai pendapat daripada ahli-ahli linguistik dan ahli-ahli bahasa yang lain. R. A Hall (1964) berpendapat bahawa bahasa merupakan institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sam lain yang mengandungi makna dan menggunakan lambang-lambang arbitrari lisan dan pendengaran. Dalam kajian seterusnya mengenai konsep dan takrifan bahasa yang dominan, Edward Sapir (1921) menyimpulkan bahasa sebagai satu medium perhubungan serta selalu digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan idea, perasaan dan keinginan melalui bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan. Dari segi bidang sosial pula, Michael Halliday (1973) mengatakan bahasa ialah satu turutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuain denga individu sebagai manusia yang bersosialisasi. 2.2 Definisi MelayuPada masa ini, asal usul bahasa Melayu masih lagi kabur. Pengkajian yang mendalam tentang sejarah dan perkembangan bahasa ini masih diperlukan. Walau bagaimanapun, pengkajian terhadap asal usul bahasa ini amat sukar dan rumit. Hal ini disebabkan bukti-bukti langsung tentang istilah Melayu pada zaman prasejarah masih belum ditemui. Dari segi pandangan akademik, konsep Melayu merupakan konsep yang meliputi ruang yang luas dan tempoh masa yang panjang akibat daripada keluasan dan bilangan penutur bahasa tersebut. Banyak pendapat yang diutarakan oleh para sarjana tentang konsep Melayu. Penggunaan istilah Melayu pada peringkat awal ini hanya dapat dikesan sekitar tahun 100 150 masihi. Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy, telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya, Geographike Sintaxis. Manakala, G. E Gerini menganggap istilah Melayu berasal daripada kata Sanskrit, iaitu malayakolam atau malaikurram yang merujuk kepada sebuah kawasan di utara pantai Semenanjung Malaysia, iaitu Tanjung Kuantan. Sebaliknya pula bagi Roland Bradell, menganggap tempat yang dimaksudkan ialah di Tanjung Penyabung. Sehubungan dengan itu, dari segi etimologi, perkataan Melayu itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit malaya yang bermaksud bukit ataupun tanah tinggi.Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana, terletaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal daripada nama sungai di Jambi iaitu Sungai Melayu. Menurut catatan seorang rahib Buddha yang bernama Itsing, dalam perjalanannya dari Canton ke India beliau telah singgah di Bhoga. Beliau kemudiannya telah dihantar Raja Bhoga ke negeri Mo-lo-yu yang pada masa itu disebut sebagai Sribhoga. Berdasarkan catatan ini, didapati bahawa Itsing telah mengubah nama Mo-lo-yu kepada Bhoga dan Sribhoga. Dipercayai ketika itu bahawa Sribhoga ialah Palembang, ibu negeri Srivijaya dan Bhoga sebagai tanah jajahan takluk Srivijaya, termasuklah Mo-lo-yu. Beradasarkan takrifan Melayu di atas, jelas kelihatan bahawa pada peringkat awal, istilah Melayu hanya digunakan untuk merujuk kepada kerajaan atau kawasan dan bukannya merujuk kepada sesuatu bangsa atau bahasa.Selain itu, istilah Melayu untuk merujuk nama bangsa atau bahasa wujud setelah adanya kerajaan Melaka yang kemudiannya berkembang sebagai sebuah kerajaan agung. Berdasarkan teks-teks yang ada hubungannya dengan Melaka klasik, istilah Melayu merujuk keturunan yang berbangsadan berasal sahaja. Hal ini bererti istilah Melayu hanya merujuk keturunan raja-raja Melayu di Sumatera.Bermula pada abad ke-17, penggunaan istilah Melayu yang merujuk bangsa semakin meluas. Pada ketika itu, Melayu merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara. Pada abad ke-17, seorang pengkaji bernama Colin telah mengusulkan bahawa suku bangsa Tagalog berasal daripada bangsa Melayu. Hal ini berdasarkan kesamaan bahasa yang dituturkan, kesamaan warna kulit, kesamaan bentuk badan, kesamaan bentuk pakaian, kesamaan adat resam dan kesamaan upacara yang dijalankan. Kesemuanya bersumberkan bangsa Melayu.Dalam buku yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu, Asmah Hj. Omar (1985), menyatakan bahawa istilah Melayu yang lebih umum adalah merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu. Kelompok ini mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa buah kawasan berhampiran. Bahasa suku bangsa ini diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan di negara Malaysia dan dikenali sebagai bahsa Indonesia di negara Indonesia. Pada 1972, UNESCO telah memberikan pengertian tentang konsep Melayu. Istilah Melayu digunakan untuk merujuk suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar. Pada masa yang sama juga, UNESCO telah melancarkan The Oceanic Culture Study Project yang meliputi kawasan Austronesia yang lain. Dengan demikian, UNESCO telah membahagikan kawasan Austronesia kepada kawasan Kepulauan Melayu (Austronesia Barat) dan kawasan Oceania (Austronesia Timur).Di Malaysia, pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan dengan agama Islam. Dalam Perlembagaan Malaysia, Melayu ditakrifkan sebagai orang yang beragama Islam, mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu, fasih berbahasa Melayu dan lahir di Tanah Melayu sebelum merdeka. Hal ini bermakna bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri tersebut boleh mejadikan ahli kepada suku bangsa Melayu.3. Skop Kajian

4. Kegemilangan Bahasa MelayuZaman Kesultanan Melayu meliputi antaranya Melaka, Acheh, Sumatera, Pasai sekitar abad 13 hingga 19 sesudahnya kedatangan agama Islam menyaksikan bahasa Melayu menjangkau puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu. Peranan Bahasa Melayu meliputi pelbagai ranah atau bidang tamadun baik dari segi ilmu, pentadbiran, perdagangan, undang-undang dan juga sebagai bahasa hubungan diplomatik. Bahasa Melayu pada waktu itu sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa-bangsa lain seperti Arab, India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu di Alam Melayu terdapat pelbagai kelompok bangsa asing termasuk Eropah yang datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan dan tujuan penyebaran agama, masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Melayu sudah merentas semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah ada hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti Hukum Kanun Melaka yang terkenal itu, di samping Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak dan sebagainya. Malah ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke Alam Melayu sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sult