Asonansi dan Aliterasi KO M S A S - dbp.gov.my · PDF filePementasan teater terbaik wila-yah...

1
EDOMAN kali ini membin- cangkan jenis-jenis gaya ba- hasa perulangan. Secara umum, perulangan ialah salah satu ciri yang membezakan puisi de- ngan prosa. Dalam penulisan puisi, perulangan penting kerana ia bu- kan sahaja dapat menimbulkan ke- san bunyi pada pendengaran pem- baca tetapi kesan makna. Antara perulangan yang terdapat dalam penulisan puisi ialah aso- nansi. Asonansi ialah perulangan huruf vokal a, e, i, o, u. Contoh asonansi dalam puisi yang sering menjadi rujukan ialah puisi Sas- terawan Negara Usman Awang yang berjudul “Bunga Popi” seperti yang berikut: Dari darah, dari nanah yang punah di tanah Dalam baris pertama puisi ter- sebut, terdapat perulangan vokal “a”. Selepas kita membaca baris pertama puisi ini, terasa ada ke- merduan bunyi yang senada. Be- gitulah kesannya jika seseorang pe- nyair dapat memanipulasikan un- sur gaya bahasa asonansi ini. Namun begitu, untuk menerapkan gaya bahasa ini, seseorang penyair tidak boleh sambil lewa memadan- kan sesuatu kata, semata-mata un- tuk menimbulkan bunyi vokal yang sama sedangkan makna yang hen- dak disampaikan tidak berfungsi. Gaya bahasa aliterasi pula me- rupakan perulangan huruf konso- nan, iaitu huruf sela in huruf vokal. Sebagai contoh, dipetik sebaris ayat daripada puisi “Kurenungi” karya Jihaty Abadi yang terkan- dung dalam Kamus Puisi, (DBP, 2005, hlm. 4), seperti yang berikut: Kurenungi kemurnian kehidupan Dalam baris di atas, perulangan huruf konsonan ‘k’ di setiap awal perkataan telah dipilih oleh penyair untuk memberikan kesan tertentu kepada gaya pengucapannya. Kedua-dua gaya bahasa perulangan ini jika dimanfaatkan dalam penu- lisan sesebuah puisi, bukan sahaja dapat menimbulkan kesan terhadap makna dan memberikan tekanan ke- pada bunyi, bahkan menjadi gaya penulisan seseorang penyair. ANGGUNG Pelenggang Ca- haya Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM) menyaksikan pementasan tiga teater terbaik dari tiga wilayah, iaitu utara, timur dan selatan tanah air. Teater monodrama Lubang Ne- raka mengupas permasalahan so- sial kehidupan golongan atasan yang asyik mengejar keseronokan dunia semata-mata sehingga meme- rangkap orang lain turut terjebak melakukan kesalahan. Pelbagai konflik dan persoalan yang diton- jolkan sepanjang persembahan membuatkan penonton tidak ber- ganjak untuk mengikuti cerita dari awal hingga ke akhir persembahan. Menariknya teater ini hanya dila- konkan oleh seorang pelakon, iaitu Encik Fairuz Ahmad yang meme- gang semua watak dan dibantu oleh tenaga produksi. Teater arahan Sahruddin Manas ini dipersembah- kan oleh Kumpulan Karisma yang memenangi tempat pertama dalam pertandingan monodrama anjuran DBP Wilayah Selatan dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Wari- san Negeri Johor. Pementasan teater terbaik wila- yah timur tanah air, Rebab Berbisik diarahkan sendiri oleh penulis skripnya, Encik Rahimidin Zahari. Rebab Berbisik mengimbau nostal- gia dan kenangan seorang tokoh makyung yang bernama Pak Su ke- tika di penghujung usianya. Teater ini mengetengahkan konflik yang dihadapi oleh Pak Su yang terke- nangkan zaman kegemilangannya. Beliau kini dalam dilema sama ada ingin meneruskan pelibatannya da- lam makyung kerana rasa cintanya yang tinggi terhadap seni makyung atau menghadapi tohmahan masya- rakat. Nasib makyung pada masa akan datang menjadi persoalan yang bermain-main dalam fikirannya. Teater Sanggetha arahan penulis skripnya, Encik Ahmad Hashim menghangatkan malam 1 Ogos 2007. Teater terbaik dari wilayah utara ini merupakan teater yang diadap- tasi daripada novel Sanggetha kar- ya novelis terkenal, Azizi Haji Ab- dullah. Karya yang sarat dengan nilai-nilai sastera ini memaparkan kisah cinta dua insan yang ber- lainan bangsa dan budaya. Pementasan teater terbaik ini mengangkat karya penulis tempatan supaya sampai kepada khalayak dan memupuk apresiasi sastera dalam ka- langan peminat seni teater tanah air. Pementasan teater yang menca- tatkan sejarah dunia teater tanah air ini dianjurkan oleh Dewan Ba- hasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara dengan kerjasama DBP Wi- layah Timur dan Selatan serta USM ini dibanjiri oleh lebih 700 penon- ton yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat.

Transcript of Asonansi dan Aliterasi KO M S A S - dbp.gov.my · PDF filePementasan teater terbaik wila-yah...

Page 1: Asonansi dan Aliterasi KO M S A S - dbp.gov.my · PDF filePementasan teater terbaik wila-yah timur tanah air, Rebab Berbisik diarahkan ... lam makyung kerana rasa cintanya yang tinggi

BERITA HARIAN R abu, 19 September 2007Halaman Empat Belas

Asonansi dan AliterasiPedoman Sastera

Oleh Saifullizan Yahaya

PEDOMAN kali ini membin-cangkan jenis-jenis gaya ba-hasa perulangan. Secara

umum, perulangan ialah salah satuciri yang membezakan puisi de-ngan prosa. Dalam penulisan puisi,perulangan penting kerana ia bu-kan sahaja dapat menimbulkan ke-san bunyi pada pendengaran pem-baca tetapi kesan makna.

Antara perulangan yang terdapatdalam penulisan puisi ialah aso-nansi. Asonansi ialah perulanganhuruf vokal a, e, i, o, u. Contoh

asonansi dalam puisi yang seringmenjadi rujukan ialah puisi Sas-terawan Negara Usman Awangyang berjudul “Bunga Popi” se pertiyang berikut:

Dari darah, dari nanah yangpunah di tanah

Dalam baris pertama puisi ter-sebut, terdapat perulangan vokal“a”. Selepas kita membaca barispertama puisi ini, terasa ada ke-merduan bunyi yang senada. Be-gitulah kesannya jika seseorang pe-nyair dapat memanipulasikan un-

sur gaya bahasa asonansi ini.Namun begitu, untuk menerapkan

gaya bahasa ini, seseorang penyairtidak boleh sambil lewa memadan-kan sesuatu kata, semata-mata un-tuk menimbulkan bunyi vokal yangsama sedangkan makna yang hen-dak disampaikan tidak berfungsi.

Gaya bahasa aliterasi pula me-rupakan perulangan huruf konso-nan, iaitu huruf sela in huruf vokal.Sebagai contoh, dipetik sebarisayat daripada puisi “Ku re nu n g i ”karya Jihaty Abadi yang terkan-dung dalam Kamus Puisi, (DBP,2005, hlm. 4), seperti yang berikut:

Kurenungi kemurnian kehidupan

Dalam baris di atas, perulanganhuruf konsonan ‘k’ di setiap awalperkataan telah dipilih oleh penyairuntuk memberikan kesan tertentukepada gaya pengucapannya.

Kedua-dua gaya bahasa perulanganini jika dimanfaatkan dalam penu-lisan sesebuah puisi, bukan sahajadapat menimbulkan kesan terhadapmakna dan memberikan tekanan ke-pada bunyi, bahkan menjadi gayapenulisan seseorang penyair.

(bersambung. . . )

Pelenggang CahayaPentas TeaterTerbaik Tiga Wilayah

SMK KelapaSawit JohanTe ate rKO M S A S

Oleh Rusdi Abd. Rahman

SEKOLAH Menengah Ke-bangsaan Kelapa Sawit(SMKKS), Kulai, Johor

muncul sebagai johan Pertan-dingan Teater Komponen Sas-tera (KOMSAS) Sekolah-sekolahMenengah Negeri Johor 2007menewaskan tiga lagi pasukan.Mereka membawa pulangwang tunai RM1,000.00 pialapusingan, hadiah iringan dansijil penghargaan.

Watak utama Puteri Li Poyang dilakonkan oleh SawSiew Fen berjaya menghayatikonflik jiwa yang dialami olehPuteri Li Po yang berasa ter-tekan kerana dirinya dijadikanhadiah sebagai lambang per-sahabatan dua negara, Mela-ka-China yang hanya menjadiisteri keempat Sultan Melaka.Dalam perjalanan ke Melaka,Puteri Li Po telah jatuh hatikepada Hang Jebat. Namun,cinta Puteri Li Po ditolak keranaHang Jebat berpegang padaprinsip pantang Melayu men-derhaka kepada Sultan. PuteriLi Po akhirnya insaf ataskesil a p annya dan berazammenjadi isteri Sultan Melakayang baik.

Penghayatan watak Puteri LiPo yang berkesan dan kekuat-an dialognya menjadi kelebih-an kepada SMKKS meraih tigalagi hadiah, iaitu Pengarah Ter-baik, Pelakon Wanita Terbaikdan Sinografi Terbaik.

Pertandingan yang bertuju-an untuk menilai tahap peng-hayatan dan kefahaman parapelajar terhadap teks teateryang terkandung dalam matapelajaran KOMSAS ini turutmemberikan peluang kepadapara pelajar yang berminat da-lam bidang seni lakon dan tea-ter untuk menonjolkan bakat.

Kesungguhan pasukan yangbertanding mematuhi syaratpementasan membuktikan ko-mitmen yang tinggi para pe-serta. Sebuah kumpulan terdiridaripada 10 orang peserta, na-mun hanya 6 orang sahaja bo-leh melakonkan watak. Jumlahmasa yang ditetapkan untuksatu pementasan ialah 60 minitdan tambahan 10 minit untukmenyiapkan dan memindah-kan set serta prop.

Pertandingan yang berlang-sung pada 7 hingga 8 Sep-tember lalu, di Hotel GoodHope, Skudai, Johor ini dian-jurkan oleh Badan PencegahRasuah Negeri Johor (BPR Jo-hor) dan Jabatan Pelajaran Ne-geri Johor (JPNJ) dengan ker-jasama DBP Wilayah Selatan(DBPWS) dan Jabatan Kebu-dayaan dan Kesenian NegeriJohor (JKKJ).

Oleh Zuraini Abu Bakar

PAN G G U NG Pelenggang Ca-haya Pusat Pengajian Seni,Universiti Sains Malaysia

(USM) menyaksikan pementasan tigateater terbaik dari tiga wilayah, iaituutara, timur dan selatan tanah air.

Teater monodrama Lubang Ne-raka mengupas permasalahan so-sial kehidupan golongan atasanyang asyik mengejar keseronokandunia semata-mata sehingga meme-rangkap orang lain turut terjebakmelakukan kesalahan. Pelbagaikonflik dan persoalan yang diton-jolkan sepanjang persembahanmembuatkan penonton tidak ber-ganjak untuk mengikuti cerita dariawal hingga ke akhir persembahan.Menariknya teater ini hanya dila-konkan oleh seorang pelakon, iaitu

Encik Fairuz Ahmad yang meme-gang semua watak dan dibantu olehtenaga produksi. Teater arahanSahruddin Manas ini dipersembah-kan oleh Kumpulan Karisma yangmemenangi tempat pertama dalampertandingan monodrama anjuranDBP Wilayah Selatan dan JabatanKebudayaan, Kesenian dan Wari-san Negeri Johor.

Pementasan teater terbaik wila-yah timur tanah air, Rebab Berbisikdiarahkan sendiri oleh penulisskripnya, Encik Rahimidin Zahari.Rebab Berbisik mengimbau nostal-gia dan kenangan seorang tokohmakyung yang bernama Pak Su ke-tika di penghujung usianya. Teaterini mengetengahkan konflik yangdihadapi oleh Pak Su yang terke-nangkan zaman kegemilangannya.Beliau kini dalam dilema sama ada

ingin meneruskan pelibatannya da-lam makyung kerana rasa cintanyayang tinggi terhadap seni makyungatau menghadapi tohmahan masya-rakat. Nasib makyung pada masaakan datang menjadi persoalan yangbermain-main dalam fikirannya.

Teater Sanggetha arahan penulisskripnya, Encik Ahmad Hashimmenghangatkan malam 1 Ogos 2007.Teater terbaik dari wilayah utaraini merupakan teater yang diadap-tasi daripada novel Sanggetha kar-ya novelis terkenal, Azizi Haji Ab-dullah. Karya yang sarat dengannilai-nilai sastera ini memaparkan

kisah cinta dua insan yang ber-lainan bangsa dan budaya.

Pementasan teater terbaik inimengangkat karya penulis tempatansupaya sampai kepada khalayak danmemupuk apresiasi sastera dalam ka-langan peminat seni teater tanah air.

Pementasan teater yang menca-tatkan sejarah dunia teater tanahair ini dianjurkan oleh Dewan Ba-hasa dan Pustaka (DBP) WilayahUtara dengan kerjasama DBP Wi-layah Timur dan Selatan serta USMini dibanjiri oleh lebih 700 penon-ton yang terdiri daripada pelbagaiperingkat dan lapisan masyarakat.

Aktiviti Sastera

SASTERA PENGGERAK BAHASA

HEBAT lakonan Fairuz Ahmad. ADAPTASI daripada novel Sanggetha.

TEATER ketengahkan nasib makyung pada masa akan datang.