Aspresiasi seni, prinsip seni dan unsur unsur seni
-
Upload
richealinstitut-pendidikan-kampus-sarawak-miri -
Category
Art & Photos
-
view
124 -
download
0
description
Transcript of Aspresiasi seni, prinsip seni dan unsur unsur seni
Aspresiasi Seni, Prinsip Seni dan Unsur-unsur Seni
TerhadapKarya Hang Tuah dan Hang Jebat
Tajuk : “Hang Tuah dan Hang Jebat”Pelukis : Ismail Mustam
Media : Cat Minyak
• Karya ini dihasilkan oleh Ismail Mustam pada 1961 yang bertajuk Hang Tuah dan Hang Jebat. Tema karya ini ialah mengenai semangat patriotik Pahlawan Melayu iaitu diantara Hang Tuah dan Hang Jebat. . Dalam karya tersebut aliran yang digunakan ialah impressionisme, gaya dalam karya ini ialah berbentuk figura yang disusun mengikut sudut pandangan yang menimbulkan suasana pertempuran hebat dan sengit, suram dan garang.
• Tujuan yang ingin disampaikan di dalam karya catan ini ialah pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat dan meningkatkan semangat patriotic sejarah dan kebudayaan. Mesej yang bergerak selari dengan aspek formalistic yang menggunakan stail. Teknik yang digunakan ialah teknik campuran warna, warna-warna yang dicampurkan menghasilkan lukisan yang bermutu dan tampak hidup. Pertarungan antara Tuah dan Jebat nampak hidup dengan adanya garisan melintang dan melengkung di sekeliling figura tersebut.
• Unsur-unsur seni yang terdapat pada karya ini ialah garisan, jalinan, ruang, rupa, bentuk dan warna. Warna-warna panas digunakan untuk menonjolkan ketegangan dalam lukisan, setiap sudut menampakkan ruang cetek antara figura. Bentuk figura disusun mengikut sudut pandangan yang menimbulkan suasana pertempuran hebat dan sengit,suram dan garang. Calitan warna putih disekeliling figura menimbulkan kesan pergerakan. Media yang digunakan dalam catan ini ialah cat minyak.