Ass Gmnt

download Ass Gmnt

of 2

description

dff

Transcript of Ass Gmnt

Nama : M.Linggeswaran

Tahun : Tahun 2

Masalah : Kemahiran Mendengar (kurang peka) dan Kemahiran Bertutur ( pelat)

Sebelum Bimbingan secara AnalitikMelalui tugasan yang saya perolehi, saya telah mengambil seorang murid tahun 2 yang mengalami masalah perdengaran dan bertutur. Murid mempunyai masalah sejak kecil lagi. Murid berada dalam lingkungan murid linus di sekolah. Murid ini mengalami kesusahan untuk berkomunikasi kerana mengalami pelat. Daripada analisis yang saya buat murid ini tidak diperuntukan masa dengan baik dirumah dan tidak mempunyai bimbingan yang kukuh daripada ahli keluarga. Tambahan lagi, keteraturan gigi murid ini tidak sama yang menyebabkan ketika dia berkomunikasi dia mengalami masalah pelat. Oleh itu, murid ini mengalami masalah kekeliruan dalam membezakan bunyi yang menyebabkan murid ini tidak dapat menguasai perkataan dengan baik. Contoh perkataan yang telah dianalisis seperti perkataan badang dan padang dimana membawa bunyi yang sama maksud. Selain itu, gangguan bunyi semasa proses pembelajaran di dalam kelas boleh menyebabkan proses ini terbantut. Murid akan lebih cenderung kearah bunyi yang menyebabkan mereka tidak akan fokus pada bunyi perkataan yang menyebabkan kelemahan murid dalam memahami apa yang didengar. Justerunya kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar mereka. Murid ini juga mempunyai masalah dalam mentafsirkan maklumat yang didengar dan hal ini meyebabkan murid ini tidak berkomunikasi atau membaca.

Selepas Bimbingan AnalitikSetelah saya sudah mentafsir masalah yang dihadapi oleh murid saya. Saya telah menggunakan satu kaedah berbentuk audiolingual. Kaedah ini bermaksud dua gabungan kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Biasanya kemahiran ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur yang mempunyai masalah dalam kemahiran ini. Dalam kaedah ini saya menggunakan beberapa bahan bantu mengajar boleh membantu mengatasi masalah murid ini. Antara bahan yang saya gunakan ialah pita perakaman dan juga kad gambar bagi menyatakan bunyi telah selepas mendengar pita rakaman. Melalui kaedah ini murid dapat mengingat dan memudahkan mereka mengingat maklumat yang didengar dan boleh mentafsirnya. Kaedah ini merupakan satu kaedah didik hibur kepada murid-murid.