ass pentaksiran muzaffar new.docx
-
Upload
jesilivani -
Category
Documents
-
view
29 -
download
10
Transcript of ass pentaksiran muzaffar new.docx
PENGHARGAAN
Saya amat bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnianya saya guru pelatih
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah berjaya untuk menyempurnakan tugasan kerja
kursus PKP3063 Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan. Semasa menyiapkan tugasan ini,
pelbagai ilmu dan maklumat yang telah saya perolehi berkenaan tajuk tugasan yang diberikan.
Di samping itu, saya juga telah didedahkan dengan cara menulis yang betul dan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menyiapkan tugasan ini. Setinggi – tinggi
penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya En.Muzafar Shah Bin Mustafa
kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna serta kritikan yang membina bagi
menyempurnakan lagi hasil tugasan ini. Walaupun beliau bersibuk dengan lain – lain urusan
tetapi beliau tidak jemu untuk memberikan bimbingan. Wajah yang segar beliau sentiasa
memberikan satu inspirasi kepada saya untuk meneruskan tugasan saya. Pelbagai manfaat
yang telah saya perolehi serta sedikit sebanyak telah membina semangat dan minat saya di
dalam tugasan berkaitan dengan topik yang kami pelajari.
Selain itu, tidak lupa juga bimbingan dan sokongan daripada rakan rakan turut banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Diharapkan kerja kursus ini sempurna
dilaksanakan.
Sekian,terima kasih.
Surat Pengakuan
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ………………….
Nama : Tamil Selvi A/P Ramasami
No KP (861111-23-5780)
Tarikh : 12 September2014
1.0 Pengenalan
Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang
membawamaksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah
samadengan apa yang dimaksudkan. Berdasarkan kepada pendapat yang telah dikemukakan
oleh Salvia danYseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan
datadengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untukmembuat
keputusan. Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan
penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan
intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan
penempatan.Menurut, David Lambert dan David Lines, 2000. Pentaksiran dari segi definisi pula
adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat
mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan
Malaysia (2000), pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemahmaklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
Hasilpentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk
memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukantahap sejauh
mana seseorang memiliki sifat tertentu.
Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan
khususnya dalam bidang pendidikan pemulihan. Segala keputusan yang dibuat dalam
pendidikan pemulihan berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses
pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang
murid itu. Bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolahan murid, guru
memerlukan maklumat yangt dikumpul melalui pelbagai cara penguji atau kaedah lain. Apabila
pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai
keberkesanan perancangan dan pengajarannya.Pentaksiran dalam konteks pemulihan khas
didefinisikan sebagai satu proses mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan.
Dalam konteks konsep pula, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran
dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dangambaran tentang tahap
penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan
sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid
dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap
kebolehannya. Kesimpulannya pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan
maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang
berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu
Pentaksiran dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran
tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis,
mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi
oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai
mengikut tahap kebolehannya. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses
pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan
maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
1.1 Kepentingan dalam melaksanakan pentaksiran
Dalam pemulihan khas terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat oleh guru dan ahli
professional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid-murid yang mengalami
masalah dalam pembelajaran. Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan
perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah dalam
pembelajaran yang mereka hadapi. Pentaksiran ini amat penting dalam membuat penilaian
terhadap murid-murid pemulihan. Antara kepentingannya adalah, untuk pengenalpastian
masalah. Apabila masalah pembelajaran pelajar sudah dikenal pasti, program diagnostik boleh
dijalankan ke atas pelajar tersebut. Masalah pembelajaran dapat dikesan dan tindakan segera
dapat dilakukan bagi mengurangkan masalah pelajar. Dengan membuat pentaksiran guru boleh
menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran. Dengan
membuat pentaksiran ke atas pelajar, guru dapat mengesan sama ada pelajar dapat
menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira. Pentaksiran membantu guru membimbing
setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran.
Selain daripada itu, pentaksiran dalam pendidikan pemulihan dapat menentukan
perubahan tingkahlaku murid. Guru boleh mengenalpsti tingkah laku murid dan boleh
mengambil kaedah alternatif untuk mengubah tingkah laku tersebut kearah positif.
pembelajaran tertentu. Ia juga akan memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran
dana juga melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat.
Seseorang guru memerlukan pentaksiran tentang kesilapan pengajaran yang lepas dalam
menghubungkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik. Satu perancangan pengajaran dan
pembelajaran dengan cara baru dapat diterapkan dalam pengajaran guru malah lebih
berinformasi tentang keperluan pembelajaran pelajar dan membolehkan guru membaiki kaedah
pengajaran sejajar dengan keperluan pelajar.
Selain itu, pentaksiran ini juga penting dalam mengenalpasti penempatan yang sesuai
keatas murid. Dengan melaksanakan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan, guru dapat
menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian. Contohnya, guru
dapat mengetahui tahap pencapaian murid untuk penempatan kelas seperti ke kelas perdana,
dan kelas khas pemulihan. Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat
membantu mereka mendapat pendidikan yang khusus. Kepentingan pentaksiran seterusnya
adalah dalam pemilihan strategi pemulihan. Cotohnya, seorang guru dapat menyediakan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan bantu
belajar yang menarik supaya murid lebih mudah menguasai kemahiran.
Pentaksiran menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi
membolehkan perancangan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Guru boleh merancang
perancangan pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat mengumpul maklumat mengenai
pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru memerlukan
pentaksiran tentang kesilapan pengajaran yang lepas dalam menghubungkan kefahaman
pelajar dalam sesuatu topik. Guru juga dapat mengesen punca kelemahan dan kekuatan
pelajar. Dengan maklumat-maklumat sebegini, tugas guru lebih mudah untuk membuat
perancangan dalam menyediakan rancangan pengajaran ke atas murid tersebut. Satu
perancangan pengajaran dan pembelajaran dengan cara baru dapat diterapkan dalam
pengajaran guru malah lebih berinformasi tentang keperluan pembelajaran pelajar dan
membolehkan guru membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan keperluan pelajar. Selain itu,
guru dapat menyediakan Rancangan Pengajaran Individu lebih awal iaitu sebelum pengajaran
dijalankan dan boleh menetapkan objektif pengajaran. Dengan adanya persediaan seperti ini,
guru dapat menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar
bahasa. Apabila mereka telah diajar sesuatu,perkara tersebut harus sentiasa berulang-ulang
supaya mereka senang untuk mengingat kembali kemahiran yang telah dipelajari.
Dengan membuat pentaksiran guru dapat merekodkan hasilan penilaian bagi
pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan aktiviti rujukan dijalankan jika
diperlukan. Penilaian seseorang pelajar dilakukan berdasarkan kepada rekod kemajuan
pembelajarannya. Rujukan norma yang melibatkan perbandingan kemajuan pelajar digunakan
bersama rujukan kriteria yang tidak membandingkan perbezaan itu. Pengredan juga dilakukan
untuk membuat keputusan tentang pemilihan pelajar yang berbakat dan pelajar yang akan
mengikuti pendidikan khas. Pentaksiran membekalkan rekod dan laporan yang boleh
membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu.
1.2 Sumber pengumpulan maklumat
Maklumat yang dikumpul berkenaan murid dalam pentaksiran akan memberi satu
gambaran yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis bantuan dan
pengajaran yang perlu disediakan. Dengan demikian, guru boleh merancang satu program
intervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid. Seorang guru yang
beerkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat pentaksiran untuk mengendali murid di
sekolah. Guru- guru pendidikan pemulihan perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul
maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran-pembelajaran
dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan.
Kanak-kanak kategori Pendidikan pemulihan terutamanya kategori masalah
pembelajaran kelihatan seperti kanak-kanak normal dari segi fizikalnya. Maka antara cara untuk
mengesan masalah pembelajaran mereka adalah melalui beberapa kaedah iaitu sama ada
melalui pemerhatian, rekod atau laporan, sampel kerja, ujian, temu bual, atau pun analisis.
1.2.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan kaedah yang paling digemari dan mudah dipraktikkan.
Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional atau guru
untuk mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. Kaedah ini
boleh dilakukan secara langsung mahu pun tidak langsung. Menurut Haidi (2009) terdapat tiga
teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Teknik pertama iaitu pemerhatian dengan
senarai semak, diikuti dengan pemerhatian di luar bilik darjah dan yang ketiga adalah
pemerhatian tingkah laku. Selain itu, pemerhatian juga boleh dilaksankan dalam situasi spesifik,
pelbagai seting, serta berbeza sepanjang hari. Pemerhatian situasi yang spesifik dilaksanakan
sepanjang satu masa yang tertentu misalnya seperti semasa waktu rehat. Manakala bagi
pemerhatian dalam pelbagai seting pula boleh dilakukan pada persekitaran atau tempat yang
berbeza. Begitu juga dengan pemerhatian yang berbeza sepanjang hari yang boleh
dilaksanakan pada waktu pagi, petang dan malam. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan
dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian.
1.1.2 Rekod atau laporan
Bagi kaedah dengan menggunakan rekod atau laporan pula dapat dilihat melalui rekod
profil murid, rekod anekdot atau pun buku laporan prestasi murid. Melalui rekod yang berkaitan
dengan murid tersebut secara tidak langsung dapat membantu guru menilai secara jangka
panjang dan memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran.
Selain itu, guru juga dapat mengetahui tahap kesihatan dan minat murid. Laporan-laporan yang
dibuat oleh para profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh
digunakan oleh guru. Guru merujuk kepada laporan-laporan tersebut untuk mendapat satu
gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid. Dilihat melalui rekod profil murid, rekod
anekdot atau pun buku laporan prestasi murid. Membantu guru menilai secara jangka panjang
dan memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran.
1.1.3 Sampel kerja
Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel
kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Sampel kerja
ini kebiasaannya boleh dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini
memerlukan guru untuk membuat analisis sampel kerja. Hal demikian kerana untuk mengetahui
kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.
Selain itu, kaedah menemu bual juga merupakan salah satu kaedah yang sering
digunakan untuk menaksir masalah seseorang individu. Bagi mendapatkan maklumat,
perbincangan atau temu bual boleh dilakukan sama ada dengan guru darjah, ibu bapa, rakan
sebaya atau individu yang mengenalinya dengan baik.
1.1.3 Pengujian
Manakala bagi kaedah dengan menggunakan bentuk ujian, terdapat beberapa jenis
ujian yang boleh digunakan. Antaranya adalah ujian rujukan kriteria atau ujian rujukan norma,
inventori tidak formal, kuiz, probe dan analisis tugasan. Guru boleh mendapat tahu tahap
kebolehan murid dengan mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian ditadbirkan
dengan pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan kepada
sesuatu ujian biasanya menunjukkan tujuannya. Ujian rujukan kriteria merupakan ujian untuk
mengukur sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid.
Seterusnya ujian rujukan norma adalah ujian yang membandingkan prestasi murid dalam
sesuatu ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian yang sama.
Bagi kuiz pula ia merupakan ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran
telah disampaikan untuk menguji sama ada murid telah memahami apa yang telah diajar.
Dalam jenis pengujian probe Kalau seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh menjalankan
sesuatu tugasan atau ujian dalam keadaan yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian
yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang
berlainan. Guru sebenarnya telah menjalankan “probe”. Seterusnya adalah melalui analisis.
Terdapat dua analisis iaitu analisis tugasan dan analisis ralat. Kedua-dua analisis ini adalah
berbeza kerana analisis tugasan melibatkan satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan oleh
murid dengan jayanya. Analisis ralat pula merupakan petunjuk tentang kemahiran yang masih
belum dikuasainya apabila murid kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang
belum dikuasainya.
1.1.4 Soal selidik
Soal selidik bertujuan untuk mengenalpasti sesuatu masalah supaya penyelesaiannya
boleh dirangka, memahami sesuatu . Dengan menggunakan soal selidik, guru dapat
mengumpul fenomena dengan lebih jelas, serta mengumpul maklumat tentang isu tersebut.
Soal selidik boleh dijalankan terhadap ibu bapa murid pemulihan, guru pemulihan, guru kelas
ataupun pihak pihak yang terlibat. Cara soal selidik(self-administered) berkesan jika responden
boleh atau bersedia memberikan pendapatnya dengan jelas.
2.0 Instrumen pentaksiran
Secara khusus, dalam kontek spembelajaran di kelas, Instrumen Pentaksiran dilakukan
untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnostik kesulitan belajar,
memberikan umpan balik/perbalikan proses mengajar, dan penentukan kenaikan kelas. Melalui
penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaran pembelajaran dan
keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan
informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran, kesulitan pesrta didik dan upaya
bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikulum itu sendiri.
2.1 Instrumen Kemahiran sosial dan tingkah laku murid-murid pendidikan pemulihan di
dalam kelas.
Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran sosial dan tingkah
laku individu di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya melibatkan
pengubahsuaian tingkah laku yang mana merupakan aspek yang penting untuk membuat
penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah laku ini merujuk kepada keberkesanan
dengan pertemuan individu dan tanggungjawab social berkaitan dengan umur dan kumpulan
kebudayaan. Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakan
tingkah laku adalah dipelajari.Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari
pada bila-bila masa.Terdapat pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku negatif dan juga tingkah
laku negatif.Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya dapat dilihat dan diperhatikan dalam
bilik darjah.Antara tingkah laku positif ialah seperti menghormati arahan dan akur dengan
perintah guru.Manakala bagi tingkah laku negatif pula adalah seperti membuat bising dan
mengganggu rakan sekelas. Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku
sasaran modifikasi tingkah laku perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku
yang diingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranya
termasuklah membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi keutamaan, pemerhatian
dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut, menentukan tingkah laku sasaran, mengenal pasti
masa pelaksanaan, memilih strategi dan kaedah yang bersesuaian, penentuan ganjaran,
menjalankan program , membuat penilaian, tindakan susulan dan memastikan bahawa tingkah
laku negatif tidak akan berulang dan tingkah laku yang positif dapat dikekalkan.
2.1.1 Instrumen Kemahiran sosial dan tingkah laku murid-murid pendidikan pemulihan di
dalam kelas.
INSTRUMENT PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU
MURID PEMULIHAN KHAS
NAMA:
KELAS:
1. FAKTOR PERSEKITARAN KELUARGA.
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK
1. Kurang perhatian dan kasih sayang keluarga
2. Mengalami masalah dengan ibu atau bapa
3. Mengalami masalah kewangan
4. Hubungan antara ahli keluarga dan adik beradik tidak baik
5. Kurang komunikasi antara ahli keluarga
6. Ada kehilangan ahli keluarga terdekat
2. FAKTOR DIRI MURID SENDIRI.
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK
1. Suka mengasingkan diri/ pasif
2. Mempunyai pergerakan yang lambat
3. Tidak yakin dengan diri sendiri
4. Memencil diri dan suka berkhayal
5. Terlalu malu dan kurang bergaul
6. Takut pada situasi baru
7. Tidak memahami dan mematuhi arahan
8 Tidak boleh menyesuaikan diri dengan orang lain
9 Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri
10. Sukar memberikan kerjasama
3. FAKTOR PERSEKITARAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK
1. Guru kurang arif mengendalikan murid
2. Aktiviti pengajaran guru tidak menarik
3. Bilik darjah dan persekitaran yang kurang kondusif
4. Strategi dan teknik pengajaran tidak fleksible
5. Kepimpinan dan sikap guru
6. Bahan dan alat mengajar tidak sesuai
7. Kurang perihatin dan empati
8. Pengurusan kelas tidak menarik
9. Persekitaran yang tidak mesra pelajar
10. Sokongan dan kerjasama daripada guru lain kurang
4.FAKTOR MASYARAKAT
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK
1. Memandang rendah pada golongan kurang upaya
2. Tidak menunjukkan rasa simpati dan bertanggungjawab
3. Kurang membantu dan memberi sokongan
4. Kurang memberi sokongan moral
5. Sikap mementingkan diri sendiri
6. Kurang rasa keperihatinan dan empati
5. FAKTOR TEMPAT TINGGAL DAN BUDAYA
BIL PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK
1. Jarang bergaul dengan jiran tetangga
2. Kawasan perumahan yang kurang kondusif
3. Kawasan untuk kanak-kanak bermain terhad
4. Budaya persekitaran yang tidak sesuai dengan kanak-kanak
5. Pengaruh tingkah laku negative yang sangat ketara
INSTRUMENT PENILAIAN KENDIRI KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU
MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
NAMA MURID:
KELAS:
A. TINGKAH LAKU
Skala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada
BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3
A. Agresif
1. Hiperaktif
2. Suka memukul
3. Suka mencubit
4. Cepat marah
5. Suka berkelahi
6. Suka bertumbuk
7. Suka mencederakan diri sendiri
8. Suka mencederakan orang lain
9. Suka merosakkan harta sendiri
10. Suka merosakkan harta orang lain
11. Suka mengejek kawan atau orang lain
12. Suka mengganggu kawan
13. Suka menjerit-jerit
14. Membaling benda-benda kepada kawan
15. Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai
16. Menggoyang-goyangkan badan
17. Mengetuk-ngetuk di tempat duduk
18. Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian
19. Menggunakan bahasa kesat
20. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian
Skala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada
IL Jenis Tingkah Laku 1 2 3
B. Pasif
1. Hipoaktif (berdiam diri)
2. Mengasingkan diri / bersendirian
3. Suka berkhayal
4. Suka membebel / berleter seorang diri
5. Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata “saya tidak boleh”
6. Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna
7. Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap susah
8. Mempunyai pergerakan yang lambat
9. Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan
10. Lambat dalam menjalankan tugas
Skala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada
BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3
C. Masalah Emosi dan Sosial
1. Suka menghisap jari
2. Suka menggigit kuku
3. Kelihatan sugul
4. Merasa takut dan cemas
5. Takut pada situasi baru
6. Terlalu malu dan kurang bergaul
7. Suka meminta perhatian
8. Suka berbohong
9. Suka mengambil barang orang
10. Tidak suka berkawan
11. Menyalahkan orang lain
12. Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru
13. Menggangu apabila guru bercakap
14. Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah
15. Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat
16. Tidak memberi kerjasama pada orang lain
17. Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan
18. Tidak suka pada rancangan yang diatur
19. Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin
20. Tidak bertindakbalas apabila berbual
Skala: 1- kerap 2- kadang-kadang 3. Tiada
BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3
D. Masalah Pembelajaran (kognitif)
1. Kurang tumpuan perhatian
2. Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja
3. Tidak boleh ikut arahan
4. Kurang daya ingatan
5. Kurang kefahaman
6. Kurang daya taakulan
7. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan
8. Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna
9. Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan sesuatu
10. Tidak peka terhadap bising
11. Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising
12. Kebersihan diri tidak memuaskan
13. Tidak boleh menulis huruf sendiri
14. Tidak tahu menulis nama sendiri
15. Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri
Kemahiran Skor
1- kerap
2- kadang-kadang
3- tiada
2.2 Instumen Penilaian Bahasa Lisan murid-murid pendidikan di pemulihan khas.
Pentaksiran secara lisan adalah untuk menaksir kebolehan pelajar mengingat dan
memahami konsep kemahiran lisan bahasa.Lisan merupakan salah satu daripada kemahiran
yang penting dalam menjadi asas pengajaran dan pembelajaran bahasa. Terdapat dua aspek
kemahiran asas dalam lisan iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Sebenarnya,
kanak-kanak mula menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya. Mereka
akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang kali.
Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan iaitu
fonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan juga pragmatik. Melalui lima aspek pentaksiran ini,
masalah dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenal pasti dan seterusnya dapat
membantu guru melakukan strategi dan intervensi yang bersesuaian bagi individu tersebut.
Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan untuk menyediakan maklumat yang
boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru. Selain itu juga, maklumat
yang diberikan perlulah sejajar dengan teori perkembangan kognitif.Tujuan pentaksiran lisan
juga adalah untuk menyediakan maklumat khusus berkenaan dengan masalah sebenar yang
dihadapi oleh pelajar. Melalui pentaksiran lisan jugalah guru akan dapat merancang dan
memulakan pengajaran secara lebih efektif berdasarkan data yang diperolehi.
i
o
a
e
u
a
o
e
a
u
i
e
a
e
u
i
a
o
2.2.1 Instumen Penilaian Bahasa Lisan murid-murid pendidikan di pemulihan khas .
Kemahiran : vokal
Arahan guru: Tunjuk vokal awal berdasarkan gambar yang guru sebut.
Sebut vokal awal bagi gambar yang guru tunjuk.
/6
2.3 Instumen Penilaian Kemahiran membaca
Kemahiran membaca adalah kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh seseorang
individu. Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dalam proses
pembelajaran dan pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannya adalah bergantung
dengan latar belakang dan orientasi murid terbabit. Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat
menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antara pendekatan yang digunakan adalah seperti
orientasi dalam bacaan, berpandukan arahan dan menggunakan maklumat.
Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran ujian diagnostik perlulah
dilakukan. Ujian diagnostik bacaan digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat dan
membantu guru mengenalpasti daerah kelemahan pelajar berkenaan.Ujian ini mengandungi
beberapa komponen mana perlu mahir dikuasai oleh murid-murid iaitu fonologi, morfolgi,
sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga merangkumi pengecaman huruf
dan perkataan penyebutan serta pemahaman terhadapa apa yang dibaca. Ujian ini akan
dilaksanakan secara individu dan dilakukan di tempat kebiasaan murid.
Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat
terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secara variasi dan
mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan yang kompleks.Selain
itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur murid.Pentaksiran yang dilakukan ini
mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira jenis ujian yang dijalankan.Pendekatan
yang berbeza harus dilakukan semasa membuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan,
menulis dan bahasa.
Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan prob,
analisis kesalahan, ”think aloud”, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas bacaan, senarai
semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan oleh murid, dan juga
penilaian kendiri.
Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan
melakukan bacaan mekanis.Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran
membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf , suku kata , perkataaan, ayat dan teks.
2.3.3 Instumen Penilaian Kemahiran membaca murid-murid pendidikan pemulihan di
dalam kelas.
Objektif : Murid membaca perkataan KV+KV.
=Aras : 1
Kemahiran : 5.1 Membaca kuat dengan sebutan yang betul.
Arahan : Sila bacakan huruf-huruf di bawah.
1. 2.
3. 4.
5.
/5
buku lori
kacagigi
kopi
Instumen Penilaian Kemahiran membaca murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.
Objektif : Murid membaca frasa KV+KV.
Kemahiran : Membaca kuat dengan sebutan yang betul.
Aras :2
Arahan : Baca perkataan di bawah dengan kuat dan betul.
1.
2.
3.
4.
5.
/5
baca buku
Lori bapa
kaca mata
gigi batu
kopi susu
Instumen Penilaian Kemahiran membaca murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.
Objektif : Murid membaca ayat KV+KV.
Kemahiran :Membaca kuat perkataan dalam ayat pendek dengan sebutan yang betul.
Aras : 3
Arahan : Sila baca ayat dengan sebutan yang betul.
1. Busu suka baca buku.
2. Lori bapa bawa kayu.
3. Gigi Bibi gigi batu.
4. Zaki guna kaca mata.
5. Mona suka kopi susu.
/5
2.4 Instumen Penilaian Kemahiran menulis
Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan kemahiran
membaca. Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan kebolehan untuk
menterjemahkan lambang-lambang bunyi bahasa kepada penulisan.Definisi bagi menulis
adalah, kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan
idea.Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan
membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991). tulisan juga
adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam
mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.
Dalam mentaksir kemahiran guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai semak,
temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh murid tersebut.
Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru membuat pemerhatian dan penilaian
terhadap beberapa aspek seperti melihat hasil kerja murid. Melalui ujian diagnostik guru akan
dapat melihat masalah murid yang terdapat dalam penulisan.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid oleh ialah bentuk huruf yang tidak
konsisten.( maKan). Selain itu murid juga tidak dapat menjarakkan huruf dan perkataan dengan
baik. (lam pu). Murid yang mengalami masalah penulisan juga tidak mampu untuk mengeja
dengan baik misalnya makan menjadi (makang).Tulisan murid ini juga kotor kerana kerap
memadam dengan getah pemadam.
Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan beberapa kemahiran yang perlu diuji.
Antara kemahiran yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf besar, suku kata v,
suku kata kv, perkataan kv +kv dan banyak lagi. Kesemua kemahiran ini akan dinilai untuk
mencari daerah kelemahan murid dalam penulisan. Apa yang penting disini, semasa melakukan
pentaksiran terhadap murid-muird, ujian yang diberikan mestilah normal dan biasa dengan
murid. Selain itu ujian yang diberikan perlulah bermakna dan bersifat pelbagai dimensi.
2.4.1 Instumen Penilaian Kemahiran menulis murid-murid pendidikan pemulihan di
baju
lori
topi
baca
kopi
dalam kelas.
Kemahiran : Menyalin perkataan dengan betul.
Objektif : Tulis dengan betul tanpa kesalahan.
Aras : 1
Arahan :Tulis semula perkataan yang diberi dengan kemas.
1. ………………………………………
2. ……………………………………….
3…………………………………………...
4…………………………………………….
5……………………………………………..
/5
baju biru
topi baru
baca buku
lori bapa
kopi susu
Instumen Penilaian Kemahiran menulis murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.
Kemahiran : Menyalin perkataan dengan betul.
Objektif : Tulis dengan betul tanpa kesalahan.
Aras : 2
Arahan :Tulis semula perkataan yang diberi dengan kemas.
1. …………………………………………………
2……………………………………………………
3…………………………………………………….
4. …………………………………………………..
5……………………………………………………..
Instumen Penilaian Kemahiran menulis murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.
Kemahiran : Menyalin perkataan dengan betul.
Objektif : Tulis dengan betul tanpa kesalahan.
Aras : 3
Arahan :Tulis semula ayat yang diberi dengan kemas.
1. Baju saya baju biru.
2. Sani beli topi baru.
3. Rani suka baca buku.
4. lori bapa bawa kayu.
5. Mona suka kopi susu.
....................................................................................
....................................................................................
....................................................................................
....................................................................................
....................................................................................
/5
2.5 Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik
Matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni, dan
bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia. Menurut Mohd
Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu.
Masalah yang hadapi oleh kanak-kanak dalam matematik ialah mereka menulis nombor
dengan terbalik sehingga menyebabkan jawapan yang mereka terima adalah salah. Selain itu,
mereka juga kurang faham akan konsep masa, ruang, isipadu dan sebagainya. Ini
menyebabkan konsep matematik mereka salah dan mereka tidak dapat menguasai matematik
dengan baik.
Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan hukum dan
tatacara dalam matematik.Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah, pentaksiran ini
berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah melakukan pentaksiran berdasarkan
pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang dilakukan mestilah bermakna dan memberi erti
kepada murid dan maklum balas murid perlulah spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat
tentang pengetahuan dan pemikiran yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri
dalam proses pentaksiran dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat
meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran
kendiri menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini.
Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan kemahiran
matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan ujian kriteria, prob,
analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai semak dan soalan, temuduga,
perbualan , jurnal murid, persembahan murid di dalam kelas dan portfolio murid.
Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan, perpuluhan,
penolakan, darab, duit dan lain –lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan dalam keadaan
persekitaran murid. Antara aspek persekitaran yang terlibat ialah keadaan fizikal persekitaran,
persekitaran pembelajaran dan juga persekitaran sosial murid.
2.5.1 Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik murid-murid pendidikan
pemulihan di dalam kelas.
Kemahiran : Menulis angka 1-5 berdasarkan bolangan benda.
Objektif : Murid dapat menulis angka dengan betul.
Aras : 1
Arahan :Tulis angka berdasarkan bilangan
1. 2.
3. 4.
5.
/5
Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.
Objektif : Murid dapat menulis angka dengan betul.
Kemahiran : Menulis angka 1-7 berdasarkan bolangan benda.
Aras : 2
Arahan :Tulis angka berdasarkan bilangan
1.
2.
3.
4.
5.
/5
Instumen Penilaian Kemahiran mentaksir matematik murid-murid pendidikan pemulihan di dalam kelas.
Objektif : Murid dapat menulis angka dengan betul.
Kemahiran : Menulis angka 1-10 berdasarkan bolangan benda.
Aras : 3
Arahan : Bilang dan tuliskan bilangan objek dalam angka
1. 2,
3. 4.
5.
/5
2.6 Instrumen Kebolehan pembelajaran asas.
Kebolehan pembelajaran asas merupakan kesediaan individu untuk mempelajari
keupayaan mental dan fizikalnya . Komponen ini terbahagi kepada tiga aspek iaitu yang
pertama kemahiran pengamatan pendengaran, kinestetik, taktil, haptik yang kedua kemahiran
konseptualisasi dan yang ketiga kemahiran mengorganisasi dan terakhir kemahiran memproses
maklumat. Selain itu dalam kemahiran pembelajaran asas juga, aspek utama yang terlibat ialah
kepantasan pemprosesan maklumat. Dalam pemprosesan maklumat ini, melibatkan kebolehan
individu memproses input ke dalam otak dan menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan
yang bersesuaian dengan pantas.
Aspek yang paling banyak diperbincangkan dalam kemahiran pembelajaran asas ini
ialah merupakan aspek pengamatan. Pengamatan adalah merupakan sejenis kefahaman
terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam
mental. Dalam erti kata lain pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran manusia dan
merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya
“Children With Learning Disabilities” telah mentaksirkan pengamatan sebagai proses untuk
mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan
sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek
Antara komponen utama dalam pengamatan adalah terdiri daripada penglihatan,
pendengaran dan juga sensori motor. Bagi kemahiran pengamatan, antara aspek yang diuji
ialah diskriminasi yang sama, diskriminasi yang ganjil, diskriminasi saiz, mengingat kembali,
orientasi kedudukan, mengikut turutan, menyudah dan melengkapkan, menyalin, rajah latar
belakang atau bertindih, koordinasi motor mata tangan, pertalian jarak atau ruang, gambar
bersiri, kekalan atau keabadian bentuk , mencari jalan keluar dan mencari benda tersembunyi.
2.6.1 Instrumen Kebolehan pembelajaran asas.
Kemahiran 3 : Diskriminasi Saiz
Arahan : Warnai gambar yang kecil
1.
2.
3.
4.
5.
Kemahiran 3 : Diskriminasi Saiz
Arahan : Warnai gambar yang besar
1.
2.
3.
4.
5.
3.0 Analisis Keputusan pentaksiran
3.1 Analisis Keputusan pentaksiran kemahiran membaca
Nama pelajar Aras 1(Rendah) Aras 2 (Sederhana) Aras 3 (Tinggi)
Rawind Raj A/ Kandan 3/5 2/5 1/5
Rathi A/P Kathiravan 4/5 3/5 3/5
Jadual 3.1 Analisis keputusan pentaksiran Kemahiran membaca
Pada bulan September yang lalu, saya telah menyediakan satu set instrumen kemahiran
membaca, menulis dan mengira berdasarkan panduan yang diberikan oleh tugasan yang
diberikan oleh pensyarah pembimbing saya. Saya memilih dua orang kanak-kanak yang
bernama Rawind Raj A/ Kandan dan Rathi A/P Kathiravan untuk menjalankan set intrumen.
Berdasarkan jadual analisa keputusan yang dapat dalam kemahiran membaca
Saya menjalankan instrumen kemairan membaca Bahasa Melayu iaitu membaca
perkataan KV+KV mengikut tiga aras iaitu aras lemah, sederhana dan tinggi. Berdasarkan
instrument kemahiran membaca yang dibuat, saya mendapati bahawa dua orang kanak-kanak
tersebut mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan. Murid yang bernama Rawind Raj
tidak dapat membaca perkataan KV+ KV dengan lancar. Dia mempunyai sedikit masalah untuk
dalam mengenal huruf. Semasa membaca perkataan dan ayat, murid ini tidak dapat
membezakan huruf b dengan d. Rawind juga kerap kali menggugurkan huruf semasa
membaca. Contohnya bagi perkataan „‟beli , dibaca„ bel‟, „‟ baru sebagai „bar‟ .Di samping itu,
dia juga mengalami kesukaran membaca ayat yang panjang.
Manakala murid yang bernama Rathi dapat membaca membaca perkataan KV+ KV
dengan lancar. Namun, dia mempunyai sedikit masalah untuk membaca perkataan KV +KV
yang mempunyai lebih dari satu suku kata. Dia juga mengalami masalah dalam membaca ayat
KV+KV.
3.2 Analisis Keputusan pentaksiran Kemahiran menulis
Nama pelajar Aras 1(Rendah) Aras 2 (Sederhana) Aras 3 (Tinggi)
Rawind Raj A/ Kandan 3/5 2/5 1/5
Rathi A/P Kathiravan 4/5 3/5 2/5
Jadual 3.2 Analisis keputusan pentaksiran Kemahiran menulis
Berdasarkan jadual analisis keputusan pentaksiran intrumen kemahiran menulis,
kemahiran yang diuji adalah memilh perkataan yang betul. Dalam kemahiran ini, murid
dikhendaki menulis semula perkataan dan ayat yang diberi. Murid yang bernama Rawind Raj ini
mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran menulis. Semasa menulis murid ini menulis
huruf secara rapat dalam baris. Selain daripada itu, dia juga menulis huruf b terbalik dengan
menulis d. Saya juga mengenalpasti bahawa murid ini masih memegang pensel dengan tidak
betul. Manakala murid yang bernama Rathi dapat menulis dengan betul tetapi tulisannya tidak
kemas. Dia juga menulis tulisan dengan rapat dan tidak dapat menjarakkan huruf dan
perkataan dengan baik.
3.3 Analisis Keputusan pentaksiran kemahiran mentaksir matematik
Nama pelajar Aras 1(Rendah) Aras 2 (Sederhana) Aras 3 (Tinggi)
Rawind Raj A/ Kandan
Rathi A/P Kathiravan
Jadual 3.3 Analisis keputusan pentaksiran Kemahiran mentaksir matematik
Ujian instrumen mentaksir Matematik pula saya menguji dua orang murid tersebut dalam
kemahiran menulis angka berdasarkan bilangan benda. Hasil instrumen mentaksir Matematik
pula adalah berbeza dengan hasil intrumen kemahiran membaca dan menulis Dalam instrumen
ini murid yang bernama Rawind Raj mengenal dan mampu menulis angka berdasarkan jumlah
benda dengan betul. Bagi dengan murid yang bernama Rathi juga boleh menjawap soalan
tetapi dia pula memerlukan dia masa yang agak lama untuk menjawab setiap satu soalan. Hal
ini menyebabkan dia berasa bosan dan tidak ada keyakinan diri untuk menjawab soalan
berikutnya. Namun, dia mampu menjawab proses penambahan yang melibatkan menulis angka
berdasarkan benda.
4.0 Rumusan
Berdasarkan hasil pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan, saya mempunyai
beberapa cadangan yang untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh Rawind Raj
dan Rathi. Pertama, merujuk hasil instrument kemahiran membaca, Rawind Raj mempunyai
masalah dalam membaca perkataan yang lebih dari satu suku kata. Oleh yang demikian, guru
boleh mendedahkan dia dengan lebih kerap tentang perkataan yang melibatkan lebih dari satu
suku kata. Guru boleh menggunakan kaedah pengajaran menggunakan kad perkataan, kad
bergambar, bercerita dan sebagainya. Usaha ini akan menambahkan lagi perbendaharaan kata
dan kemahiran membacanya. Kedua, berkenaan dengan masalah saiz dan orientasi tulisannya.
Di sini, guru boleh mengajar menulis saiz huruf dengan betul dengan cara menyuruh dia
menulis mengikut saiz kotak atau garisan. Guru boleh melukis kotak atau garisan yang saiznya
sesuai dengan huruf. Berkenaan dengan orientasi tulisannya pula, guru seharusnya
memerhatikan cara kedudukannya semasa menulis. Sekiranya kedudukan badan, pensil atau
kertas dalam keadaan yang salah seperti senget, guru hendaklah membetulkan kedudukannya.
Dalam kemahiran menulis, murid yang bernama Rawin Raj mengalami masalah dalam
menulis perkataan semula dengan betul dan kemas. Antara cadangan bagi guru untuk
memulihkan murid ini ialah pemberian latihan pra menulis. Hal ini kerana murid ini masih
memegang pensel dengan tidak betul dan tangan pun gigil semasa menulis. Saya
mencadangkan supaya memberi latihan-latihan ko-ordinasi mata dan tangan dengan banyak
supaya murid-murid dapat meniru dan menulis bentuk-bentuk yang dilihat. Pada peringkat pra
menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, ko-ordinasi
mata dan tangan, latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas
yang dilakukan oleh kanak-kanak (Prof. Madya Dr.Rohani Abdullah) -2003.
Seterusnya ialah mengenai hasil pentaksiran kemahiran Matematik. Kedua- dua murid
ini tidak ada masalah dalam menjawap soalan kemahiran matematik. Tetapi tulisan mereka
tidak kemas dan mengambil masa yang panjang untuk menjawap. Untuk membantu Murid ini
dalam masalah penambahan pula, guru boleh mengajar pengiraan secara konkrit. Ini
bermaksud, guru harus membekalkan mereka dengan benda maujud seperti batang aiskrim, biji
getah, batu, buah-buahan dan sebagainya untuk pengiraan. Hal ini supaya mereka nampak
secara jelas bagaimana proses penambahan itu berlaku.
Secara umumnya, pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang
terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil
pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan
pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard
perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data
pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan
pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja,
portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut
menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk
penempatan.
Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan pemulihan khas adalah
untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai
kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca
masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan
yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan ke
atas murid telah memberi saya pengetahuan dan gambaran tentang bagaimana menilai
keupayaan murid- murid tersebut. Hal ini kerana, kemampuan dan tahap kebolehan setiap
murid adalah berbeza mengikut jenis masalahnya. Oleh yang demikian, guru memainkan
peranan yang penting dalam merancang dan merangka intervensi serta strategi yang paling
sesuai untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka memperolehi
pendidikan yang sepatutnya.
4.0 Sesi intervesi bahan bantu belajar Kemahiran membaca
Dalam menjawap soalan 4 dalam tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya, saya
dikhendaki dan menghasilkan satu bahan bantu belajar berdasarkan kemahiran yang dipilih.
Saya memilih kemahiran membaca untuk menghasilkan bahan bantu belajar. Dalam kemahiran
membaca, saya memilih perkataan kv+kv untuk menghasilkan bahan bantu belajar.
Saya menghasilkan bahan bantu belajar ini dengan menggunakan gambar berwarna-
warni serta perkataan kv+kv. Dalam bahan bantu belajar ini, sebuah gambar diberi, diikuti
engan suku kata kv+kv berdasarkan gambar. Selepas itu murid akan membaca ayat penuh
kv+kv berdasarkan gambar yang diberi. Objektif penghasilan bahan bantu belajar ini adalah
untuk meningkatkan kelancaran bacaan bermula dengan perkataan berpola kv+kv. Bahan
bantu belajar yang dihasilakan oleh saya ini akan meningkatkan kelancaran membaca
rangkaikata berpola kv+kv. Ia membolehkan murid-murid ini menulis ejaan perkataan berpola
kv+kv. Bahan bantu belajar ini merupakan asas dalam meningkatkan kelancaran membaca
kumpulan ayat yang dibina dari perkataan-perkataan berpola kv+kv.
Saya menghasilkan bahan bantu belajar kemahiran membaca perkataan kv+kv dengan
menggunakan gambar yan g menarik dan berwarna-warna supaya menarik perhatian murid
untuk membaca. Sya juga menggunakan tulisan yang besar dan jelas supaya mudah dibaca
oleh murid. Selain itu, saya juga menggunakan warna berlainan dalam suku kata kv+kv supaya
memudahkan murid untuk membaca. Bahan bantu belajar ini mudah dibawa kemana-mana
sahaja. Guru boleh meletakkan bahan bantu belajar kemahiran membaca ini di sudut
membaca untuk menggalakkan murid membaca pada waktu rehat.
Jelas menunjukkan bahawa seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca suku
kata terbuka KV+KV di peringkat awal.Kemahiran yang diinginkan di sini ialah murid kenal huruf
KV+KV dan tahu membunyikan huruf KV+KV tersebut. Peranan, komitmen dan usaha guru
dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca murid amat penting lebih lagi kepada
murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.Kemampuan membaca suku kata tidak
memadai sekiranya seseorang itu tidak fahamakan maksud perkataan yang dibaca.
5.0 Penutup
Sewaktu saya melaksanakan intrumen untuk kemahiran membaca, menulis dan
mentaksir matematik tersebut, saya telah memerhati kedua murid dengan teliti. Saya
dapat tahu cara berfikir seseorang murid memang berlainan atau pun kontra walaupun
kita menjelaskan mereka tentang apa yang mereka perlu melaksanakan. Ini
menggambarkan saya kerjaya guru pemulihan adalah satu kerjaya yang mencabar dan
perlukan kesabaran serta teknik pengajaran perlu dipertingkatkan atau diubahsuaikan
selari dengan perkembangan dunia.
Sejajar dengan itu, saya mendapat satu lagi kebaikan daripada tugasan ini. Saya
menghasilkan a BBM bagi murid mengikut kemahiran membaca. Pendek kata, saya
merasai ribuan manfaat daripada tugasan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
kami sekelas akan menjadi guru pemulihan yang berkualiti akibat menghasil tugasan ini
dengan baik.
6.0 Bibliografi
7.0 Lampiran
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
TUGASAN KERJA KURSUS
PROGRAM :
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PEMULIHAN)
NAMA
TAMIL SELVI A/P RAMASAMI
861111-23-5780
KURSUS: PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN PEMULIHAN PKP3063
SEMESTER : 3
(AMBILAN JUN 2013)
TARIKH MULA :
04 OGOS 2014
TARIKH HANTAR :
12 SEPTEMBER 2014