Assalamualaikum dan selamat sejahtera

4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera….. Untuk post kali ini, saya ingin menceritakan tentang eksperimen-eksperimen yang telah saya lakukan didalam kelas. Saya telah ditugaskan oleh pensyarah saya untuk mencuba melakukan 2 eksperimen yang berlainan. Topic pelajaran pada minggu tersebut adalah berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan tumbuhan jadi saya dan rakan sekelas telah diberi tugasan mencuba melakukan eksperimen yang berkaitan dengan tumbuhan. Saya dan rakan sekelas telah diberikan kepada 8 kumpulan kerana pensyarah telah menyediakan 8 eksperimen yang berbeza. Saya telah ditugaskan untuk melakukan eksperimen yang keempat yang bertajuk ‘KEPERLUAN BIJI BENIH’. Berikut adalah soalannya: Apa yang membuat biji benih bercambah? Dengan mencambahkan biji benih sendiri, kamu akan ketahui apakah perkara-perkara yang diperlukan untuk mencambahkan biji benih Bahan-bahannya: bekas tupperware/ penutup balang Tuala kertas/ kapas Biji kacang hijau Air Cara-caranya: Labelkan bekas dengan angka 1, 2 dan 3 Rendam kacang dalam air seketika Letakkan tuala kertas/ kapas dalam setiap bekas Tabur kacang ke atas ketiga-tiga bekas Lembapkan tuala kertas/ kapas pada piring 1 (tuang air sedikit setiap hari supaya biji benih sentiasa lembap) http://syimarsogimin.wordpress.com/

Transcript of Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Page 1: Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…..

Untuk post kali ini, saya ingin menceritakan tentang eksperimen-eksperimen yang telah saya lakukan didalam kelas. Saya telah ditugaskan oleh pensyarah saya untuk mencuba melakukan 2 eksperimen yang berlainan. Topic pelajaran pada minggu tersebut adalah berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan tumbuhan jadi saya dan rakan sekelas telah diberi tugasan mencuba melakukan eksperimen yang berkaitan dengan tumbuhan.

Saya dan rakan sekelas telah diberikan kepada 8 kumpulan kerana pensyarah telah menyediakan 8 eksperimen yang berbeza. Saya telah ditugaskan untuk melakukan eksperimen yang keempat yang bertajuk ‘KEPERLUAN BIJI BENIH’. Berikut adalah soalannya:

Apa yang membuat biji benih bercambah?

Dengan mencambahkan biji benih sendiri, kamu akan ketahui apakah perkara-perkara yang diperlukan untuk mencambahkan biji benih

Bahan-bahannya:

bekas tupperware/ penutup balang

Tuala kertas/ kapas

Biji kacang hijau

Air

Cara-caranya:

Labelkan bekas dengan angka 1, 2 dan 3

Rendam kacang dalam air seketika

Letakkan tuala kertas/ kapas dalam setiap bekas

Tabur kacang ke atas ketiga-tiga bekas

Lembapkan tuala kertas/ kapas pada piring 1 (tuang air sedikit setiap hari supaya biji benih sentiasa lembap)

Penuhkan bekas 2 dengan air. Pastikan kacang ditenggelami air.

Semasa menjalankan eksperimen ini, keadaan cuaca sepanjang minggu adalah mendung dan hujan. Susah untuk melihat cahaya

http://syimarsogimin.wordpress.com/

Page 2: Assalamualaikum dan selamat sejahtera

matahari yang benar-benar panas. Namun saya tetap mengikut setiap langkah yang diarahkan.

Hasilnya, selepas 4 hari saya dapati:1.  Kacang hijau yang saya taburkan pada bekas pertama telah mula bercambah dengan mengeluarkan batang atau akar berwarna putih

.2.  Manakala dalam bekas kedua pula,  kelihatan kacang hijau terapung-apung didalam air tanpa sebarang perubahan.

3.  Dalam bekas ketika pula, dapat dilihat kacang hijau mengecut dan bertukar warna dari hijau ke warna perang.

Selepas 7 hari:

1. Pada bekas pertama saya dapati kacang hijau telah tumbuh dengan baik tetapi tidaklah begitu subur.Saya rasa mungkin kerana kekurangan cahaya matahari akibat cuaca mendung dan hujan yang dialami sepanjang minggu. Namun saya rasa eksperimen saya ini

http://syimarsogimin.wordpress.com/

Page 3: Assalamualaikum dan selamat sejahtera

tetap berjaya kerana kacang hijau tadi telah berubah bentuk dari biji berwarna hijua ke taugeh yang berwarna putih.

2. Dalam bekas kedua pula, saya dapati kacang hijau tadi tetap terapung-apung didalm air tanpa sebarang perubahan dan air itu juga mempunyai bau yang agak busuk.

3. Manakala dalam bekas ketiga saya dapati biji kacang hijau telah mengecut dan bertukar ke warna hitam.

4.  Setelah melalui proses eksperimen ini, saya dapati bahawa secara kesimpulannya tumbuhan memerlukan cahaya, air dan cahaya untuk hidup dan membesar. Tanpa ketiga-tiga sumber tersebut, tumbuhan tidak dapat hidup serta membesar. Tumbuhan boleh tumbuh tetapi tumbuh secara tidak sempurna dan akhirnya mati atau layu.

http://syimarsogimin.wordpress.com/