Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.Salam...

4
TEKS UCAPAN PENGARAH PENDIDIKAN PERAK Majlis : Perhimpunan Pagi Bulan Julai dan Khatam Al-Quran Tarikh : 24 Julai 2014/ 26 Ramadan 1435H Masa : 8.00 pagi Tempat : Dataran Atrium Gemilang Tema : Penghayatan Nilai Melalui Madrasah Ramadan Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. 1. Marilah kita bersama-sama melafazkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izinnya majlis ini dapat dilangsungkan pada pagi ini 2. Saya mengucapkan terima kasih kepada Sektor Pendidikan Islam yang dipimpin oleh Puan Hajah Salmiah binti Sabran atas pengelolaan majlis perhimpunan kita pada kali ini, dengan tema ‘PENGHAYATAN NILAI MELALUI MADRASAH RAMADAN’ di samping diadakan pengisian majlis Khatam Al-Quran tahun 1435H peringkat Jabatan Pendidikan Perak. Tuan-tuan dan puan-puan, 3. RAMADAN merupakan bulan latihan atau madrasah yang melatih umat Islam agar bertakwa, bersyukur dan mendapat petunjuk Ilahi. Menurut Yusuf al-Qardawiy dalam bukunya, Al-Ibadah Fil- Islam (2003), madrasah Ramadan bertujuan menambah kekuatan kerohanian. Ia juga bulan untuk melawan nafsu dan bulan persediaan untuk jihad. Professor Dr. Wahbah Zuhaili (1999) dalam Fiqh al- Islam wa adillatuh menyebut bahawa ibadah puasa merupakan 'madrasah' yang bertujuan melahirkan

Transcript of Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.Salam...

Page 1: Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.Salam ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/ICT/TEKS-UCAPAN-PENGA… · TEKS UCAPAN PENGARAH PENDIDIKAN PERAK Majlis : Sektor Pendidikan

TEKS UCAPAN PENGARAH PENDIDIKAN PERAK

Majlis : Perhimpunan Pagi Bulan Julai dan Khatam Al-Quran

Tarikh :

24 Julai 2014/ 26 Ramadan 1435H

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dataran Atrium Gemilang

Tema :

Penghayatan Nilai Melalui Madrasah Ramadan

Assalamu’alaikum warahmatullahi

wabarokatuh.Salam Sejahtera dan Salam 1

Malaysia.

1. Marilah kita bersama-sama melafazkan

kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan

izinnya majlis ini dapat dilangsungkan pada pagi ini

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada

Sektor Pendidikan Islam yang dipimpin oleh Puan

Hajah Salmiah binti Sabran atas pengelolaan majlis

perhimpunan kita pada kali ini, dengan tema

‘PENGHAYATAN NILAI MELALUI MADRASAH

RAMADAN’ di samping diadakan pengisian majlis

Khatam Al-Quran tahun 1435H peringkat Jabatan

Pendidikan Perak.

Tuan-tuan dan puan-puan,

3. RAMADAN merupakan bulan latihan atau

madrasah yang melatih umat Islam agar bertakwa,

bersyukur dan mendapat petunjuk Ilahi. Menurut

Yusuf al-Qardawiy dalam bukunya, Al-Ibadah Fil-

Islam (2003), madrasah Ramadan bertujuan

menambah kekuatan kerohanian. Ia juga bulan

untuk melawan nafsu dan bulan persediaan untuk

jihad.

Professor Dr. Wahbah Zuhaili (1999) dalam Fiqh al-

Islam wa adillatuh menyebut bahawa ibadah puasa

merupakan 'madrasah' yang bertujuan melahirkan

Page 2: Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.Salam ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/ICT/TEKS-UCAPAN-PENGA… · TEKS UCAPAN PENGARAH PENDIDIKAN PERAK Majlis : Sektor Pendidikan

insan bertakwa.Ia merujuk kepada Al-Quran,

Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

“Wahai Orang yang beriman! Diwajibkan ke atas

kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas

orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”.

4. Malah menurut Dr. Wahbah Zuhaili lagi,

madrasah tersebut bertujuan untuk membina takwa

melalui pendekatan berikut:

1- Berpuasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah

dalam keadaan sembunyi atau terbuka.

2 -Mengekang nafsu syahwat daripada menguasai

diri.

3- Membina cetusan naluri yang peka dan sensitif.

4 -Memulihkan dan membina kekuatan struktur

dalaman tubuh badan serta menguatkan kesihatan

jasad daripada unsur yang memudaratkan.

Bagi Dr. Mustaffa Siba'i (1956) pula menerusi

bukunya, Ahkamu syiam wa falsafat fi dhu al-Quran

wa al-sunnah menjelaskan ibadat puasa sebagai

madrasah atau pusat latihan untuk membina

kekuatan dari aspek al-madi (kebendaan) dan

kekuatan al-ruhi (roh). Dalam aspek kebendaan ia

mencakupi aspek harta dan juga jasmani

sementara aspek roh ia meliputi iman dan

pemikiran.

Tuan-tuan dan puan-puan,

5. Dalam konteks ini bagaimanakah sewajarnya

kita sebagai umat Islam dapat mengambil

pengajaran atau iktibar dalam tempoh sebulan

melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan

dan dapat diterjemahkan pengajaran Ramadan

yang sama-sama dilalui itu untuk dibawa dalam

kehidupan ataupun kerjaya yang diceburi.

Selain itu, madrasah Ramadan juga mampu

meningkatkan motivasi untuk melakukan

pembaikan diri atau tazkiyah, meningkatkan kualiti

diri menerusi penghayatan nilai-nilai unggul yang

dinamakan takwa.

6. Dari aspek psikologi manusia terdiri dari

empat komponen yang utama iaitu aspek fizikal,

emosi, kognitif dan spiritual. Berdasarkan komponen

tersebut, madrasah Ramadan diharapkan dapat

melatih fizikal, emosi, kognitif dan spiritual untuk

melakukan transformasi diri ke arah kebaikan yang

dituntut berlandaskan kehendak Islam.

Perubahan atau tindakan yang perlu dilakukan

itulah yang dikategorikan sebagai sukatan

pelajaran atau silibus yang perlu dilalui oleh setiap

individu. Melalui latihan atau sukatan pelajaran

yang dilalui dalam bulan Ramadan itu, diharapkan

ia dapat membina diri kita menjadi generasi yang

mantap dan kukuh luaran dan dalaman individu,

dalam konteks kehidupan dan diharap sekali gus

Page 3: Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.Salam ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/ICT/TEKS-UCAPAN-PENGA… · TEKS UCAPAN PENGARAH PENDIDIKAN PERAK Majlis : Sektor Pendidikan

melahirkan generasi yang mantap, iaitu generasi

yang bukan dimanjakan, atau generasi yang

berada di keadaan serba selesa. Tetapi generasi

yang dididik dengan sifat mujahadah, bersedia

melawan hawa nafsu dan cabaran dan godaan

sekeliling.

Tuan-tuan dan puan-puan

7. Falsafah Ramadan itu sendiri mudah, jika kita

mampu mendidik dan mengalahkan nafsu, sudah

pasti ia mampu mengatasi masalah dan cabaran

yang dihadapi dalam hidup dan sebaliknya. Jika

gagal melawan nafsu, sudah pasti banyak cabaran

dan dugaan yang mendatang gagal diharungi.

Perkara ini penting kerana diharapkan madrasah

Ramadan ini benar-benar dapat meningkatkan lagi

semangat daya juang dalam kehidupan. Perlu

disedari bahawa sepanjang bulan Ramadan ini

umat Islam pada umumnya telah melalui fasa-fasa

latihan berdasarkan sukatan pelajaran atau silibus

yang tertentu dan sekali gus umat Islam

keseluruhannya telah menjalani dan mengalami

latihan yang menjurus kepada perubahan tertentu

dalam kehidupan seharian dan perubahan yang

dilakukan bermatlamatkan untuk membina diri

mukmin yang kuat (al-Qawiyy) serta amanah (al-

Amin).

8. Selain itu, madrasah Ramadan juga mendidik

diri untuk meningkat, mendekati serta menghayati

konsep Hablun Minallah (hubungan dengan Allah)

dan konsep Hablun Minannas (hubungan sesama

manusia). Hubungan tersebut terserlah dalam

ibadah dan akhlak yang dilakukan sepanjang

Ramadan dan sekali gus ia mampu dan diharapkan

untuk diterjemahkan selepas Ramadan. Saya

mengambil ruang ini untuk menyeru dan mengajak

warga Jabatan Pendidikan Perak agar bersamalah

kita menghayati berkaitan keberkatan Ramadan itu

sendiri.

Tuan-tuan dan puan-puan,

9. Sempena keberkatan Ramadan ini juga

kepimpinan di pelbagai peringkat perlu

ditambahbaikkan bagi menjamin keutuhan dan

kecemerlangan di sekolah bermula daripada

kepimpinan yang berkesan. Samada kepimpinan di

peringkat jabatan, PPD dan juga di sekolah-

sekolah. Isu kepimpinan perlu ditangani dengan

sebaik mungkin agar kecemerlangan pendidikan

kita akan terus menjadi fokus utama dalam semua

usaha yang dirancang. Kepimpinan pengurusan

pentadbiran di sekolah perlu ditingkatkan dan

sentiasa dipantau oleh PPD.

10. Sekiranya berlaku ketidakfahaman dalam

kepimpinan di pelbagai bidang, perlulah merujuk

ke jabatan dan tidak perlu terus menghubungi KPM

Page 4: Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.Salam ...jpnperak.moe.gov.my/jpn/phocadownload/ICT/TEKS-UCAPAN-PENGA… · TEKS UCAPAN PENGARAH PENDIDIKAN PERAK Majlis : Sektor Pendidikan

kerana KPM adalah penggubal dasar manakala

JPN adalah pelaksana dasar tersebut.

11. Terima kasih kepada semua pihak yang telah

berusaha bagi merealisasikan semua dasar dan

perancangan namun kita mesti terus berusaha agar

kejayaan yang sama-sama kita idam-idamkan

akan menjadi satu realiti nanti. Usaha-usaha yang

selama ini kita lakukan telah menampakkan sedikit

sinar kejayaan namun usaha yang murni ini perlu

diteruskan agar matlamat sebenar akan terus kita

capai akhirnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

12. Kita merasakan amat bersyukur dapat

melaksanakan puasa dengan baik, namun begitu

segala apa sahaja musibah yang berlaku hari ini

diantaranya seperti terhempasnya pesawat MH17,

serangan Israel di Gaza dan keadaan IPU Indeks

jerubu yang tinggi seharusnya kita renungi dan

mengambil iktibar tentang hakikat kejadian itu

sendiri, Tentunya ada hikmah yang tersembunyi

yang wajar kita ambil darinya.

13. Saya juga mengambil kesempatan

merakamkan tahniah dan syabas kepada Sektor

Pendidikan Islam yang telah berjaya melaksanakan

program Ihya Ramadan peringkat Jabatan

Pendidikan Perak pada tahun ini. Kepada semua

warga pendidikan juga diucapkan terima kasih

kerana bersama-sama melibatkan diri sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam

program Ihya Ramadan.

14. Akhir kata, sempena Perhimpunan Bulanan dan

Majlis Khatam Al-Quran kita pada pagi ini, saya

menyeru kepada diri saya sendiri dan juga marilah

sama-sama kita mengimbas kembali kejayaan

baginda RASULULLAH S.A.W menjadikan Ramadan

sebagai cara untuk menerapkan nilai yang baik

untuk kita dapat melaksanakan tugas, peranan dan

tanggungjawab dengan cara yang terbaik dan

berlaku peningkatan kualiti kerja dari masa ke

semasa. Salam Aidil Fitri kepada semua dan saya

memohon keampunan di atas kesilapan dan

kesalahan diri saya kepada tuan-tuan dan puan-

puan. Moga-moga perginya Ramadan dan

kehadiran Aidilfitri tahun ini memberi sesuatu yang

bermakna dalam kehidupan kita Insya Allah.

15. Dengan lafaz ‘Bismillahirahmanirrahim”, saya

merasmikan Majlis Perhimpunan Pagi bagi Bulan

Julai dan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Jabatan

Pendidikan Perak tahun 2014 / 1435H.

SALAM AIDIL FITRI, MINAL A’IDIN WAL FAIZIN

Sekian