asscitu-131023013049-phpapp01

18
TAJUK PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB ISI KANDUNGAN BI L TAJUK MUKA SURAT 1 PENGENALAN TENTANG KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB 2- 3 2 PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB 4 3 PEMBAHARUAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB 3.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN 3.1.1 MEMBENTUK MAJLIS SYURA 3.1.2 MEMBAHAGIKAN WILAYAH- WILAYAH ISLAM 3.1.3 MEMPERBAHARUI UNDANG- UNDANG PENTADBIRAN TANAH 5- 7 3.2 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI 3.2.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI 3.2.2 MEMAJUKAN SISTEM PERTANIAN 8 3.3 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL 3.3.1 MELAKUKAN POLISI BARU UNTUK GOLONGAN DHIMMI 3.3.2 MEMPERBAHARUI TARAF KEDUDUKAN HAMBA 9 3.4 MENGGALAKKAN KEGIATAN KEILMUAN DAN PELAJARAN 10 3.5 STRUKTUR PENTADBIRAN KETENTERAAN

description

s

Transcript of asscitu-131023013049-phpapp01

TAJUKPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB

ISI KANDUNGANBILTAJUKMUKA SURAT

1PENGENALAN TENTANG KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB 2- 3

2PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB 4

3PEMBAHARUAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB

3.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN3.1.1 MEMBENTUK MAJLIS SYURA3.1.2 MEMBAHAGIKAN WILAYAH- WILAYAH ISLAM3.1.3 MEMPERBAHARUI UNDANG- UNDANG PENTADBIRAN TANAH

5- 7

3.2 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI3.2.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI3.2.2 MEMAJUKAN SISTEM PERTANIAN

8

3.3 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL3.3.1 MELAKUKAN POLISI BARU UNTUK GOLONGAN DHIMMI3.3.2 MEMPERBAHARUI TARAF KEDUDUKAN HAMBA

9

3.4 MENGGALAKKAN KEGIATAN KEILMUAN DAN PELAJARAN10

3.5 STRUKTUR PENTADBIRAN KETENTERAAN3.5.1 MEMPERKUKUHKAN PENTADBIRAN KETENTERAAN11

3.6 STRUKTUR PENTADBIRAN KEHAKIMAN3.6.1 MELICINKAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN12

4KESIMPULAN13

5RUJUKAN14

1PENGENALAN TENTANG KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB

Saidina Umar al-Khattab, kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan Bani Adi Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin.Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau pernah mengembala kambing dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulang-alik ke Syam membawa barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang berlaku pada masa tersebut, dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.Saidina Umar bin al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuannya membaca ayat-ayat al-Quran . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa: Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca al-Quran dari Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.

2PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB

1. Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat, orang Islam menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur).

2. Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.

3. Pada tahun 637 M, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.

4. Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan.

5. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.

6. Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana

3PEMBAHARUAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB

3.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN3.1.1 MEMBENTUK MAJLIS SYURA1. Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.2. Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. 3. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. 4. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. 5. Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.

3.1.2 MEMBAHAGIKAN WILAYAH- WILAYAH ISLAM1. Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara.2. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam.3. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan.4. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syubah dan Zaid b. Sumyah.5. Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

3.1.3 MEMPERBAHARUI UNDANG- UNDANG PENTADBIRAN TANAH1. Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. 2. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. 3. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai. 4. Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

3.2 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOM3.2.1 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI1. Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. 2. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. 3. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. 4. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah baik. 5. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.3.2.2 MEMAJUKAN SISTEM PERTANIAN1. Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. 2. Di Iraq pula, beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah. 3. Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. 4. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. 5. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. 6. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.

3.3 PEMBAHARUAN DALAM BIDANG SOSIAL3.3.1 MELAKUKAN POLISI BARU UNTUK GOLONGAN DHIMMI1. Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. 2. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. 3. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan. 4. Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. 5. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. 6. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.3.3.2 MEMPERBAHARUI TARAF KEDUDUKAN HAMBA1. Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. 2. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. 3. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka. 4. Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. 5. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.

3.4 MENGGALAKKAN KEGIATAN KEILMUAN DAN PELAJARAN

1. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. 2. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. 3. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi mengajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. 4. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

3.5 STRUKTUR PENTADBIRAN KETENTERAAN3.5.1 MEMPERKUKUHKAN PENTADBIRAN KETENTERAAN1. Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela. 2. Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas. 3. Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh- berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan memanah. 4. Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran. 5. Pusat ketenteraan ditubuhkan, di bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan Hims. 6. Membina kubu-kubu pertahananan sebagai langkah berjaga-jaga.

3.6 STRUKTUR PENTADBIRAN KEHAKIMAN3.6.1 MELICINKAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN1. Menetapkan syarat-syarat perlantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat.2. Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan.3. Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam.4. Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil.5. Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan ramai bagi menjamin keadilan perundangan.

4

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh khalifah Umar al- Khattab berkaitan dengan asas yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan khalifah Abu Bakar as- Siddiq. Khalifah Umar al- Khattab telah memperkenalkan sistem pemerintahan Islam secara meluas disamping membentuk empayar Islam yang lebih kukuh.

5

RUJUKAN

1. Buku Rujukan Focus Ace Spm 2009 Sejarah, oleh Akashah Ismail.2. Buku Khalifah-khalifah Yang Benar , 2010, oleh Abdul Latip Talib.3. Buku Rujukan Focus Ace Spm 2009 Pendidikan Islam, oleh Mustafa Embong.4. Laman web, ms.wikipedia.org/wiki/Umar_Al-Khattab5. Buku Rujukan Mutiara Hikayat (kumpulan kisah- kisah penuh teladan hidup), oleh Saiful Hadi El- Sutha.

13