Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
-
Upload
ahmad-nazri -
Category
Education
-
view
157 -
download
4
Transcript of Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
Pendahuluan
Pengurusan bilik seni merupakan aspek utama dalam konteks proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Bilik seni yang kondusif seperti pengudaraan
yang baik, susun atur kerusi meja yang bersesuaian dengan keluasan bilik serta suasana
yang selesa dapat menjadi daya penarik dan sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar
dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Bilik seni juga
seharusnya dihiasi dengan gambar-gambar yang dapat mencetuskan ilham serta
pemikiran yang kreatif dan guru juga boleh mempamerkan hasil kerja murid sebagai satu
motivasi kepada pelajar supaya mereka merasakan hasil karya mereka dihargai oleh guru
mereka.
Calvin W. Taylor mengatakan “tidak semua orang dikurniakan bakat yang sama.
Seseorang yang dianggap tidak berbakat dalam satu-satu perkara, berkemungkinan
berbakat dalam bidang yang lain”. Oleh itu guru perlulah mencari alternatif ataupun
kaedah bagi mengaplikasikan penerapan ilmu di dalam kelas supaya dapat memberikan
impak yang positif kepada semua murid-murid.
Ini beerti setiap murid sebenarnya mampu menjadi kreatif seandainya guru-guru
tahu meransang minda para pelajarnya. Taylor berpendapat daya kreativiti dapat
dipertingkatkan dengan mengadakan persekitaran yang kaya dengan ransangan
(persekitaran yang terdapat banyak bahan yang boleh diperhatikan dan dimanipulasi
untuk memperbanyakkan daya kreativiti dalam kalangan kanak-kanak yang diberi
peluang memegang, menggunakan alat dan mengukur objek).
Oleh yang demikian, sesebuah sekolah seharusnya mempunyai sebuah bilik seni
yang kondusif supaya para pelajar dapat menjalankan aktiviti seni di tempat yang sesuai
dan selamat serta dapat menghasilkan sebanyak mungkin hasil-hasil seni dalam bentuk
dua dimensi ataupun tiga dimensi. Setiap hasil ini pula dapat dipamerkan sebagai
penghargaan kepada para pelajar yang telah memerah minda dan tenaga mereka dalam
menghasilkan sesuatu kerja mengikut idea dan pendapat masing-masing.
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
1
Pengenalan
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI
48000 RAWANG , SELANGOR.
Sejarah sekolah.
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri atau nama ringkasnya SK Bandar Tasik
Puteri, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Bandar Tasik Puteri.
Pada 2012, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri memiliki 1118 pelajar lelaki dan
1227 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2345 orang. Ia
mempunyai seramai 135 orang guru.SK Bandar Tasik Puteri terletak 20 km dari bandar
Rawang. Ia terletak di bawah tadbiran pejabat Pelajaran Gombak. Sekolah ini mula
beroperasi pada 6 Januari 2002.
Terdapat pelbagai kemudahan di sekolah ini termasuklah bilik Sains, bilik
Kemahiran Hidup, bilik J-Qaf, bilik Pendidikan Khas, bilik Prasekolah, bilik Self
Learning, bilik Pusat Sumber , bilik Muzik, bilik Kaunseling, bilik Surau dan juga bilik
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
2
Pendidkan Seni Visual. Bilik Pendidkan Seni Visual baru diadakan disebabkan keperluan
untuk mengajar murid-murid di sekolah ini yang sentiasa dahagakan pengetahuan dan
minat mereka terhadap Pendidikan Seni Visual. Keadaan ini boleh dilihat semasa
pengajaran dan pembelajaran diadakan di kelas-kelas.
Memandangkan minat dan kecenderungan murid, pihak sekolah mengambil
inisiatif untuk mengadakan sebuah bilik Pendidikan Seni Visual untuk memberi info
mengenai Pendidikan Seni Visual dan menjadi sebuah bilik rujukan untuk para guru dan
murid-murid sekolah ini. Walaupun bilik seni visual ini kecil namun ianya memberi
manfaat kepada segelintir warga sekolah. Mengambil kata-kata Datuk Bandar Kota
Kinabalu, Datuk Ilyas Ibrahim berkata “ mata pelajaran Pendidikan Seni yang diajar di
sekolah tidak boleh dipandang remeh oleh para ibu bapa. Hal ini kerana murid-murid di
sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif , ekspresif dan aktif”.
SUDUT-SUDUT DI DALAM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL
Gambar menunjukkan sudut
membuat corak dan rekaan
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
3
Gambar menunjukkan sudut menggambar
Gambar menunjukkan
sudut
kraf tradisional.
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
4
Rak untuk menyimpan alatan dan bahan Pendidikan Seni
Visual
Gambar menunjukkan sudut
membuat dan membentuk
binaan.
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
5
Kedudukan meja guru dalam bilik Pendidikan Seni Visual
Kedudukan meja murid dalam bilik Pendidikan Seni Visual
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
6
Hiasan topi di tingkap bilik Pendidikan Seni Visual
AKTIVITI MENGGAMBAR MENGGUNAKAN TEKNIK MONTAJ SEDANG BERJALAN DI
DALAM BILIK SENI OLEH MURID TAHUN 3B
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
7
Tajuk : BonekaTeknik : StabailBidang : Membentuk dan membuat
binaan
Tajuk : Buah-buahanTeknik : Papier MacheBidang : Membentuk dan membuat binaan
Hasil karya seni yang telah dihasilkan oleh murid-murid SK Bandar Tasik Puteri
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
8
Tajuk : Beg tanganTeknik : MontajBidang : Menggambar
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
9
2
2
2
PELAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL SK BANDAR TASIK PUTERI48000 RAWANG, SELANGOR
6
4
7
7
8
5
3
7
3
9
* * * * * * * * * *
PETUNJUK
PELAN CADANGAN BILIK SENI
* * * * * * * * * * * * * ^ ^ ^ ^ ^ ^
^ ^ ^BILIK A BILIK B ^ ^ ^
E
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
1
MEJA PANJANG MEJA GURU
2
MEJA MURID BENTUK SEGITIGA
MEJA MURID SEGIEMPAT
RAK BAHAN/ALAT PINTU MASUK
RUANG PAMERAN PAPAN TULIS
KERUSI GURU CARTA ORAGNISASI
1
*
*
*
*
*
*
*
*
******* *******
**
*
*
*
* * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * * *
******** ********* * * * * * * * *
BILIK C BILIK D
* * * * *
* * *
PETUNJUK
KERUSI GURU KERUSI MURID
MEJA GURU MEJA MURID
SINKI RAK BAHAN / ALAT
RUANG UNTUK AKTIVITI MENGGAMBAR / PENYIMPANAN EASEL
SUDUT PAMERAN HASIL KERJA MURID
SUDUT CARTA ORGANISASI DAN JADUAL KEMASUKAN KELAS-KELAS
BILIK A STOR ALATAN/BAHAN
BILIK B RUANG CETAKAN BILIK C RUANG TEKSTIL
BILIK D RUANG PEJABAT SENI TAMAN BOTANI
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
1
*******
*
PASU BUNGA PINTU
RUANG E RUANG PEMBELAJARAN DAN APRESIASI SENI AMPAIAN JEMURAN
Pengurusan Bilik Seni Mengikut Pelan Cadangan
Mata pelajaran Pendidikan Seni menekankan perkembangan kreatif dan daya ekspresi
dan aktif melalui kegiatan pemerhatian, penerokaan dan rekacipta. Pemahaman seni
hendaklah dikaitkan dengan nilai budaya dan alam sekitar. Melalui Pendidikan Seni
pelajar memperolehi pelbagai kegiatan yang dapat membantu mengukuhkan perkara
berikut;
1. koordisnasi mata dan tangan
2. panca indera
3. persepsi visual
4. keyakinan diri
5. mengenali cita rasa sendiri
6. bahasa seni.
Mata pelajaran ini menggalakkan teknik pembelajaran bersepadu melalui peningkatan
pelbagai kecerdasan pelajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang
tersendiri itu. Oleh itu pengurusan bilik seni yang baik akan dapat mencapai segala aspek
yang diperlukan oleh seseorang murid. Pengurusan Bilik Seni yang terancang dan
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
1
bersistematik dapat menanam nilai-nilai murni dan estetika dalam penghasilan sesebuah
karya seni kepada pelajar dan semua warga sekolah. Pengurusan dan aktiviti yang
dijalankan dapat memupuk minat pelajar dan warga sekolah untuk sama-sama melibatkan
diri dalam program yang dirancang. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
pelajar dan warga sekolah tentang kepentingan dan ilmu pengetahuan di dalam bidang
seni visual.
Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif merupakan
tanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian. Aspek-
aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu dititikberatkan. Selain
daripada itu, guru juga dikehendaki mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran
dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan tampak kanak-kanak. Pengetahuan
tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual adalah penting kerana ianya dapat
membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antara aspek yang perlu
dititikberatkan oleh guru ialah :
i) Aspek Fizikal
ii) Aspek Sosial
iii) Aspek Emosi
1. Aspek Fizikal
Dari segi aspek fizikal, seorang guru seni hendaklah berusaha menentukan bilik
seni adalah bilik yang amat disenangi oleh pelajar dan mereka dapat menjalankan segala
aktiviti dengan selesa dan selamat. Suasana fizikal boleh menyumbang kepada
pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan hubungan murid
dengan murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang
selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan
‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran dan pembelajaran. Perancangan dan penyusunan
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
1
suasana fizikal sesebuah bilik seni melibatkan kegiatan mengorganisasi, merancang dan
menggunakan perkara yang berkaitan dengan:
i) Sistem Pengcahayaan
Sistem pengcahayaan dalam bilik seni yang saya cadangkan hendaklah mendapat
cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya
juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik- bilik yang lain. Peredaran udara bilik seni
juga harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk menimbulkan suasana
pembelajaran dan keselesaan pelajar. Sistem pengcahayaan yang sesuai adalah seperti
gambarajah 1.1 yang menunjukkan cahaya dapat menembusi ke dalam bilik seni visual
supaya suasana nampak jelas dan terang.
Gambar yang menunjukkan bilik seni yang mendapat pengcahayaan semulajadi dari luar
Oleh sebab itu pelan cadangan bilik seni
yang saya cadangkan adalah terbuka di mana terdapat dua pintu uatama iaitu di bahagian
hadapan dan belakang supaya suasana di dalam bilik atau ruang menjadi terang dan dapat
membantu peredaran udara yang baik. Disamping itu juga, keempat-empat bilik
hendaklah dibina tingkap yang boleh dilaras supaya pelajar dapat menggunakan tingkap
mengikut kesesuaian aktiviti yang hendak dijalankan. Contohnya jika pelajar berada di
ruang menggambar, perlulah dibuka tingkap supaya para pelajar mendapat idea atau
ilham dengan melihat persekitaran di luar yang memberi sumber idea kepada mereka.
ii) Susunan kerusi dan meja
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
1
Penyusunan kerusi dan meja dalam bilik seni biasanya disusun mengikut
kumpulan agar para pelajar lebih senang dan selesa melakukan aktiviti dengan saiz
kawasan yang lebih luas. Di bilik B misalnya, saya mencadangkan agar meja disusun
dalam satu ruang yang besar agar aktiviti dapat dijalankan dengan mudah. Contohnya
semasa menjalankan aktiviti cetakan batik ataupun membuat wau kerana aktiviti tersebut
memerlukan ruang dan kawasan yang besar dan luas. Begitu juga tempat jemuran perlu
disediakan di ruang tersebut agar hasil cetakan batik dapat dijemur untuk proses
mengering.
1.2 Gambarajah menunjukkan susunan kerusi meja pelajar mengikut kumpulan dalamsebuah bilik seni visual di sekolah
Penyusunan kerusi dan meja mengikut kumpulan di Ruang E juga akan
menyenangkan guru seni untuk melakukan aktiviti yang melibatkan kumpulan seperti
apresiasi seni dan penilaian hasil kerja pelajar. Guru lebih senang membimbing para
pelajar dan dapat menerangkan sesuatu aktiviti secara terus kepada kumpulan dan tidak
perlu melihat satu persatu seperti susunan kerusi meja dalam kelas biasa.
iii) Rak Alat dan Bahan
Bahan bantu mengajar dalam aktiviti Pendidikan Seni Visual adalah sangat
penting sebagai panduan kepada guru seni untuk memperkenalkan sesuatu teknik atau
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
1
rujukan kepada pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar
(BBM) adakalanya terdapat dalam bentuk buku, carta, audio visual, buku, CD dan
pelbagai lagi bahan yang memerlukan tempat yang sesuai untuk disimpan. Penggunaan
rak atau kayu dan rak berdiri sangat sesuai untuk
menyimpan bahan-bahan seperti buku, CD
dan juga risalah seperti yang terdapat dalam
rajah 1.2 di bawah.
iv) Kemudahan Asas
Kemudahan asas seperti sinki dan peralatan
elektrik adalah penting dan dipasang ditempat yang sesuai dengan kegiatan seni visual.
Penggunaan sinki di dalam bilik seni adalah amat diperlukan. Penggunaaan sinki dalam
bilik seni yang dicadangkan adalah untuk kegunaan semasa aktiviti empat bidang iaitu
menggambar, membentuk dan membuat binaan, membuat corak dan rekaan serta
menghasilkan kraf tradisional.
Aktiviti seperti mencetak batik, menghasilkan wau, serta mewarna memerlukan
penggunaan warna dan berus serta bekas warna. Peralatan ini perlu dicuci selepas
digunakan dan ianya memerlukan sinki yang dapat mencuci bahan-bahan tersebut secara
terus tanpa membiarkan ianya kering dalam tempoh yang lama. Penggunaan sinki yang
mempunyai tempat penyimpanan barang atau alatan seni seperti gambarajah 1.6 di bawah
adalah sesuai digunakan untuk menjimatkan ruang dan menyenangkan guru
menggunakan peralatan tersebut tanpa mengambil masa yang panjang.
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
1
Sinki yang mempunyai stor penyimpanan bahan dan peralatan di bawahnya amat sesuai
di dalam bilik seni visual
Kemudahan peralatan elektrik yang baik perlu di dalam bilik seni untuk memberi
keselesaan kepada pelajar. Penggunaan kipas diperlukan dalam melakukan aktiviti
menggambar dan juga bahagian tekstil iaitu untuk mengeringkan kain yang telah siap
dilukis untuk tujuan pengeringan.
v) Stor
Penyediaan stor peralatan adalah penting dalam
menyimpan bahan-bahan seni seperti aesal, kertas
lukisan, peralatan cetakan, peralatan mencanting, serta
peralatan seni yang lain. Tempat penyimpanan atau pun
stor hendaklah dalam keadaan bersih dan selamat
supaya tiada bahan-bahan yang bahaya yang boleh
mengakibatkan letupan atau pun tumpahan bau yang
kurang menyenangkan seperti tuppertine atau pun bahan-bahan cetakan yang
menggunakan pewarna kain serta bahan mentah untuk membuat batik. Guru seni haruslah
mengambil berat dalam hal penyimpanan bahan-bahan tersebut tanpa membahayakan
nyawa pelajar.
2) Aspek Sosial
Dari segi aspek sosial, sekolah yang berada di kawasan yang aman, tenteram, dan
ahli masyarakat di persekitarannya terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi dan
sempurna, maka suasana sosial di sekolah juga akan menjadi baik serta menggalakkan
pembelajaran. Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
1
dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik
darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya.
Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku
melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran
dan pembelajaran.
Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan
menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan
guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula
gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna.
Menurut kajian dalam Mok Soon Sang (2008), keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru
dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan pengajaran. Faktor-faktor
yang mempengaruhi corak dan suasana interaksi dalam bilik darjah lazimnya
diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh
dilihat dari aspek sosial dan emosi, dan faktor teknikal.
Walau bagaimanapun kebekersanan pengajaran dan pembelajaran tidak sahaja
bergantung kepada bagaimana sekolah mengorganisasikan kemudahan yang terdapat di
dalam bilik darjah dan kawalan emosi murid-murid tetapi juga bergantung kepada sifat
dan gaya guru mengajar, serta kecekapan dan kemahirannya Aspek sosial yang harus
diberi perhatian oleh guru semasa pembelajaran seni dijalankan ialah;
i) Interaksi Murid
Mewujudkan sebuah bilik seni yang kondusif bukan sahaja memerlukan ruang
yang selamat dan selesa tetapi juga memerlukan ruang untuk pelajar dapat bergerak bebas
dan dapat berinteraksi di antara pelajar dan pelajar serta antara guru serta pelajar.
Gambaran yang lebih jelas dapat diperhatikan dalam gambarajah susunan kerusi dan
meja yang dapat menyenangkan pergerakan pelajar semasa menjalankan aktiviti
berkumpulan ataupun individu.
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
1
Pelajar-pelajar dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar
belakang dan sifat yang berbeza-beza. Terdapat juga pelajar yang mempunyai sifat
pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan pelajar yang lain. Oleh itu guru perlulah
bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial pelajar-pelajarnya dengan
menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon
Sang,2008).
Gambarajah menunjukkan susunan kerusi dan meja pelajar yang memberi ruang untuk mereka bergerak
Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru
kepada pelajar yang di kenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan pelajar
yang di kenali sebagai komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan pelajar, pelajar
dengan guru, dan pelajar dengan pelajar, yang di kenali sebagai komunikasi pelbagai
hala.
Selain itu aspek sosial juga dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan
aktiviti dalam bilik darjah dimana guru perlu menetapkan perkara atau rutin pergerakkan
yang pelajar boleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik, seperti; Cara pelajar
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
1
memasuki kelas dan keluar kelas contohnya keluar ke tandas. Cara pelajar bergerak untuk
melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnya mesti berada dalam kumpulan
masing-masing dan tidak merayau-rayau dalam kelas. Cara pelajar untuk mendapatkan
bahan-bahan pembelajaran, contohnya mendapatkan pensel warna dan kertas lukisan
daripada guru.
ii) Kemudahan Aktiviti Kumpulan
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), pembelajaran akan
berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah diurus dengan baik agar murid-
murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa. Faktor
yang memberikan kesan kepada persekitaran psiko-sosial yang sihat adalah pendekatan
pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau
wujudkan di dalam bilik darjah. Fungsi peraturan dan rutin dijalankan secara serentak
kerana setiap aktiviti murid-murid perlu ada pengawasannya. Peraturan dan rutin
dibincangkan bersama guru dengan murid untuk memberikan keselesaan kedua-dua belah
pihak.
Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara pelajar
dengan pelajar, khasnya di dalam bilik seni. Mok Soon Sang (2008), mengatakan bahawa
guru perlu bijak dalam merangsang dan mengalakkan perkembangan sosial murid-
muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas.
Suasana sosial dalam bilik seni penting untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang
sihat. Tanpa interaksi dan komunikasi, suasana pembelajaran menjadi kurang berkesan.
Suasana sosial di dalam bilik seni akan menjadi muram dan pelajar akan cepat berasa
bosan.
Akitiviti yang dijalankan samada di luar bilik seni dan di dalam bilik seni akan
dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar-pelajar
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
2
dengan guru seni. Hubungan sosial yang kukuh akan dapat memberi suatu perasaan
kekitaan didalam bilik seni yang mana pelajar-pelajar akan merasa selesa dan tenang
untuk menjalankan aktiviti tanpa ada rasa rendah diri atau malu untuk bertanya kepada
guru. Hal ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran seni sesuatu yang menarik
dan menyeronokkan seterusnya dapat memberi kepuasan dalam diri pelajar itu.
1.7 Aktiviti yang dijalankan di luar bilik dan di dalam bilik seni dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar dan pelajar serta antara pelajar –pelajar dan guru
3) Aspek Emosi
Aspek emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku pelajar yang di tentukan
oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang
kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang,
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
2
bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab
dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang,
2008).
Faktor emosi juga dapat di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah; Gaya Kepimpinan
Aautokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga
mengwujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif. Gaya
Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan
memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokan.
i) Hiasan Dalaman
Emosi pelajar-pelajar juga bergantung kepada susun atur bahan dan alat dalam
bilik pendidikan seni visual. Gambar-gambar pemandangan dan hasil karya pelukis
terkenal yang digantung di dinding dalam bilik seni akan memberi suatu perasan kelainan
dalam diri pelajar. Berbanding dengan suasana serta susun atur bilik darjah biasa, pelajar
akan mereasakan diri mereka berada di suatu tempat yang amat berbeza. Pengalaman
pertama memasuki bilik seni merupakan suatu fenomena yang amat berbeza jika guru
seni dapat menyediakan suatu suasana yang amat berbeza dengan kelas biasa.
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
2
1.8 Gambaran yang indah dan menarik yang dihiasi di dalam dan di luar bilik seni akan dapat menimbulkan suatu perasaan yang tenang dan tenteram kepada pelajar
ii) Pameran Hasil Karya Tokoh dan Budaya Tempatan
Apabila dilihat pada kebanyakan aktiviti pendidikan seni, kita akan faham
melalui aktiviti-aktiviti itu, pelajar-pelajar akan melalui proses mental yang membantu
proses pendidikan di mana pelajar-pelajar dapat berinteraksi dengan objek dan alam,
mengamati dan memahami aspek-aspek tampak, dan mendapat pengetahuan dan
kemahiran daripada teori, sejarah dan tokoh-tokoh terdahulu. Pengetahuan tentang seni,
budaya, tokoh ataupun artis, sejarah serta sains dan teknologi adalah antara kandungan
kurikulum yang diperoleh pelajar-pelajar dalam pembelajaran pendidikan seni di sekolah.
Pelajar-pelajar akan lebih menghargai dan memahami sumbangan serta jasa para pelukis
dan tokoh-tokoh jika kita dapat mengenalkan tokoh-tokoh tersebut melalui
penggantungan gambar-gambar mereka dan hasil keluaran anak-anak tempatan seperti
lukisan batik, labu sayong, acara silat dan bermacam-macam lagi.
1.9 Lukisan batik dan seni silat merupakan budaya tempatan yang patut diperkenalkan kepada pelajar
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
2
1.10 Hasil lukisan tokoh catan air oleh Abdullah Arif boleh digantung untuk memperkenalkan pelajar kepada tokoh seni tanahair zaman 50-an dan 60- an.
iii) Warna Dinding
Warna dinding di dalam dan di luar bilik seni visual juga memainkan peranan
penting dalam membentuk emosi pelajar semasa mereka melakukan aktiviti di dalam
bilik seni. Warna-warna yang sejuk dan ceria dapat memberi kegembiraan kepada
pelajar-pelajar terutamanya dalam memberi idea dan ilham untuk mereka menghasilkan
karya yang kreatif dan menarik. Gambaran atau lukisan mural yang menarik juga dapat
meransang kreativiti dan mental pelajar-pelajar di sekolah seperti rajah 1.12 dan 1.13 di
bawah.
1.11 Lukisan dan hiasan dinding yang menarik
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
2
Kanak-kanak suka kepada warna-warna yang menarik dan gambaran yang unik
iv) Peragaan Hasil Kerja
Berdasarkan kepada pemerhatian di dalam
bilik seni visual, ruang pameran untuk
mempamerkan hasil karya pelajar mestilah diberi
perhatian yang sangat penting. Hasil karya
pelajar yang cantik dan menarik jika dipamerkan
akan membangkitkan rasa dihargai dan dihormati
kerana mereka merasakan guru mereka
memahami apa yang diluahkan di atas kanvas atau pun media kering yang lain. Ruang-
ruang pameran ini biasanya dibina berdasarkan saiz dan bentuk karya mereka samada
dalam bentuk dua dimensi ataupun tiga dimensi.
Jika hasil karya dalam bentuk dua dimensi
ianya boleh dibingkaikan dan digantung di
dinding untuk dilihat oleh pelajar lain sebagai
pembakar semangat kepada mereka. Hasil karya
juga boleh disusun mengikut jenis dan bidang
seperti manggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan dan mengenal
kraf tradisional. Jika mengikut unsur seni adalah
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
2
* * * * * * * *
seperti ruang, huruf, warna dan lukisan alam semulajadi. Oleh sebab itu dalam pelan
cadangan diadakan banyak ruang pameran untuk mempamerkan hasil karya pelajar-
pelajar.
4) Pelaksanaan Kegiatan Seni Visual dalam Bilik Seni
i) Kegiatan Menggambar
Kegiatan menggambar boleh dijalankan di dalam ruang berwarna biru seperti di
atas. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta
kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan
pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan,
resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek, dan poster.
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.
Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat,
bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar juga memperkenalkan pelbagai
kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam
persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat
memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti
warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa
yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan
ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
2
cerita. Pelajar-pelajar akan duduk mengikut kumpulan dan aktiviti boleh dijalankan
secara individu dan berkumpulan. Jika aktiviti catan menggunakan media kering atau
media basah, guru boleh mempamerkan benda hidup atau membawa pelajar ke taman
botani sebagai gerakkerja luar bilik darjah. Bilik seni ini juga disediakan sinki supaya
pelajar-pelajar dapat mencuci alat dan bahan yang telah digunakan. Easel juga
disediakan untuk memudahkan pelajar-pelajar mempamerkan hasil karya mereka dan
guru seni boleh membuat penilaian di Ruang E di mana para pelajar akan berkumpul
untuk membuat apresiasi seni.
Penggunaan easel dapat mempamerkan hasil karya pelajar dan
mudah untuk membuat penilaian atau apresiasi seni.
Bilik B pula boleh dicadangkan untuk aktiviti cetakan seperti mencetak T-Shirt,
baju atau kain dengan menggunakan pewarna kain (dye). Aktiviti cetakan menggunakan
lino dan kayu juga boleh dilakukan di dalam bilik B. Segala peralatan yang digunakan
hendaklah disimpan di dalam stor yang disediakan supaya peralatan serta pewarna-
pewarna yang digunakan disimpan dalam keadaan selamat.
1.16 Contoh aktiviti cetakan menggunakan kayu
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
2
1.17 Contoh cetakan menggunakan lino
ii) Mengenal Kraf Tradisional
BILIK B dan BILIK C (Ruang Cetakan dan Tekstil )
Bilik C merupakan ruang untuk mengenal kraf tradisional. Kraf tradisional boleh
didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan
yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah
rendah, pelajar diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat
permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan,
anyaman dan tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional
dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan
teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja
diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses
pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.
Bilik C ini juga disediakan tempat jemuran untuk menjemur hasil seni seperti
kain batik ataupun hasil cetakan yang telah siap. Hasil seni tersebut boleh dijemur
supaya menjadi kering dan boleh di pamerkan kepada pelajar-pelajar. Bilik ini juga
disediakan sinki untuk pembersihan bahan dan alat selepas digunakan.
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
2
Contoh tempat jemuran kain batik yang telah siap dilukis dan dijemur supaya kering
Kegiatan membuat wau juga boleh dilakukan di dalam bilik tekstil kerana ianya
memerlukan ruang dan tempat yang luas. Hasil wau boleh digantung setelah siap dan
dipamerkan kepada pelajar untuk dijadikan contoh disamping mempamerkan sejarah
pembuatannya yang terkenal di negeri Pantai Timur.
Contoh wau yang boleh dihasilkan dalam ruang Tekstil dengan menggunakan teknik anyaman
iii) Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan
RUANG E
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek
seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
2
tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina
sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan
murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa
menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan
tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model,
diorama, boneka, topeng dan origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran
bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja
diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita
.
Ruang E adalah sesuai dijalankan aktiviti membentuk dan membuat binaan kerana
ianya boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Ruang E juga merupakan ruang
yang luas dan pelajar dapat berkongsi idea dan guru boleh memberi bimbingan secara
lansung kepada pelajar. Aktiviti membuat corak dan rekaan memerlukan pelajar
menghasilkan sesuatu yang kreatif dan kritis.
Contoh hasil karya membentuk dan membuat binaan
menggunakan bahan terbuang
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
3
Sebuah diorama yang menarik yang terhasil dari kegiatan membentuk dan membuat binaan
iv) Kegiatan Membuat Corak Dan Rekaan
RUANG E
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara
untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan
lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.
antaranya melalui kegiatan seperti corak tidak terancang, pualaman, tiupan, titisan, ikatan
dan celupan, renjisan dan percikan, corak terancang pula ialah catan, cetakan, capan,
lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam
alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan
olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang
kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak
tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pergerakan, peragaan dan lakonan.
Kegiatan membuat corak dan rekaaan, boleh dilakukan di Ruang E. Kawasan
yang luas dan selesa membolehkan pelajar melakukan aktiviti dalam keadaan yang
‘relax’ dan santai. Kegiatan membuat corak dan rekaan memerlukan pelajar
menggunakan pelbagai warna dan pelbagai teknik untuk menghasilkan hasil karya yang
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
3
cantik dan menarik. Guru dapat membimbing dan menunjuk ajar pelajar dalam
menghasilkan corak-corak rekaan yang menarik dengan menggunakan pelbagai bahan
dan media yang terdapat dalam bilik seni. Hasil seni ini boleh dibingkaikan dan
dipamerkan di bahagian pameran yang telah disediakan di bilik seni yang dicadangkan.
Contoh hasil karya membuat corak dan rekaan menggunakan teknik lipatan dan guntingan
Penggunaan warna-warna kontra yang menimbulkan warna yang cantik dan menarik
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
3
Hasil seni menggunakan teknik stensilan dalam kegiatan membuat corak dan rekaan.
Kesimpulan
Pengurusan bilik seni yang berkesan adalah sangat mustahak untuk menjayakan
pengajaran seseorang guru. Masa dan tenaga dapat dijimatkan disamping dapat menolong
meningkatkan peluang untuk pembelajaran. Satu pengurusan bilik seni yang baik akan
membawa kepada suasana dan keadaan bekerja yang menggalakkan dan juga menurut
peraturan yang cekap untuk mengadakan aktiviti-aktiviti di dalam kelas. Oleh itu
pembangunan sebuah bilik seni dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai
pemikiran yang kreatif dan berfikiran terbuka. Aktiviti pendidikan seni yang dijalankan
seharusnya dapat memperkembangkan kualiti kreativiti pelajar-pelajar. Tanpa
kebijaksanaan kreatif tentu sekali tamadun dunia ini tidak berkembang. Oleh itu guru-
guru seni perlu melihat sesuatu aktiviti seni itu pada sudut yang lebih luas yang mana ia
bukan sahaja membina kemahiran dan intelek tetapi juga memantapkan aspek emosi
seseorang pelajar. Selain ilmu pengetahuan tentang seni, nilai-nilai murni perlu
dititikberatkan dalam proses penghasilan seni oleh pelajar-pelajar. Oleh itu guru seni
yang bijak bukan sahaja menitikberatkan pengajarannya malah ianya juga harus
mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan bilik seninya agar segala hasrat yang
ingin dicapai dapat dilaksanakan dengan jayanya.
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
3
Bibliografi
Ibrahim Mamat (1993), “Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis”. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1981), ”Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Matlamat, Rasional, Bidang Pelajaran dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran”. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mak Soon Sang (2008). “Murid dan Alam Belajar”. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Md.Nasir Ibrahim dan Prof.Madya Iberahim Hassan (2003),”Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti”.Kuala Lumpur:Percetakan Cergas (M) Sdn.Bhd.
Mohd.Nazim b. Haji Awang (1983), “Panduan Memimpin Darjah”.Kuala Terengganu:Pustaka Ampere Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), ”Murid dan Alam Belajar”. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
_____________________________________________________________________HBEF1403:SENI DALAM PENDIDIKAN
3