ASSGMNT KARYA AGUNG KRB3063.docx

3
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KRB 3063: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIN PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI15 NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. MOHD RASHID BIN MD IDRIS TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2014 TUGASAN A PEMARKAHAN

Transcript of ASSGMNT KARYA AGUNG KRB3063.docx

Page 1: ASSGMNT KARYA AGUNG KRB3063.docx

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

KRB 3063: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIN

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI15

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. MOHD RASHID BIN MD IDRIS

TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2014

TUGASAN A

PEMARKAHAN

Page 2: ASSGMNT KARYA AGUNG KRB3063.docx

PENGENALAN

Interlok merupakan sebuah novel gambaran masyarakat.Novel Interlok di tulis oleh

Sasterawan Negara (SN) Dato Abdullah Bin Hussain. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1920 diSungai

Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. Novel Interlok diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Novel ini diterbitkan pada tahun 2010. Novel Interlok mengandungi empat bab iaitu Bab Satu :

Keluarga Seman,Bab Dua : Keluarga Ching Huat, Bab Tiga : Keluarga Maniam dan Bab Empat :

Interlok. Novel ini mempunyai 423 halaman termasuk glosari dan biodata penulis. Bab satu dan bab

dua masing-masing mempunyai 101 dan 108 halaman dan bab tiga pula mempunyai 76 halaman.

Bab empat pula sebanyak 124 halaman. Bagi glosari dan biodata masing-masing mempunyai 13 dan

satu halaman.

Novel Interlok bertemakan integrasi tiga kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, dan

India yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah negara

yangbebas dan bermaruahSecara umumnya,novel Interlok melibatkan tiga unsur yang

digabungjalinkan melalui plot yang kemas.Novel ini mengambarkan situasi atau keadaan

sosial ,ekonomi dan politik masyarakat di Tanah Melayu.Novel ini berlatar belakangkan masyarakat

zaman kedatangan orang cina ke tanah Melayu,orang India dari selatan benua India dan orang

melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu.Plato berpendapat,bahawa hasil seni itu

adalah peniruan(imitation) daripada apa yang berlaku dalam masyarakat kemudian dicatat semula

dalam bentuk kata-kata.

Ketiga-tiga kaum ini berusaha meningkatkan taraf hidup,maka berlakulah proses mobility

social ke atas ketiga-tiga kaum ini.Mengikut Ting Chew Peh dalam bukunya Konsep Asas Sosiologi

(1979),menjelaskan mobility social adalah satu proses perubahan individu atau kelompok daripada

satu lapisan social kepada satu lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.

Walaupun novel ini telah ditarik balik atas alas an menyentuh sensitiviti kaum tetapipada

hakikatnya kandungan novel ini dapat member kesedaran sejarah kepada generasi muda masa

kini.Novel Interlok boleh dianggap dapat memenuhi slogan satu Malaysia seperti yang diharapkan

oleh negara kita.kekuatan novel Interlok sebagai karya agung melayu boleh kita huraikan

berdasarkan ciri-ciri seperti falsafah,pandangan hidup dan nilai ilmu yang terkandung dalam novel

ini.

Page 3: ASSGMNT KARYA AGUNG KRB3063.docx

a) FALSAFAH