ASSGMT BML3053 MORFOLOGI

download ASSGMT BML3053 MORFOLOGI

of 24

Transcript of ASSGMT BML3053 MORFOLOGI

BML3053:

PERBANDINGAN KATA ADJEKTIF ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU

ZAFIDA BT ZAINAL ABIDIN ( D20112053426 )KUMPULAN UPSI 04PENDIDIKIAN BAHASA MELAYUSEKOLAH RENDAH KOHORT 3SEM 2 SESI 2013 / 2014

PENSYARAHHJ AHMAD KHAIR BIN HJ MOHD NORFAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

1.0PENGENALAN

Tatabahasa atau dahulunya dikenali sebagai nahu adalah bermula dengan perkataan-perkataan yang boleh terbina secara semulajadi sebagai perkataan atau dibina dengan imbuhan kepada perkataan lain, atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan menjadi sebuah perkataan baharu. Perkataan-perkataan yang mempunyai makna ini kemudiannya disusun menjadi ayat-ayat yang bermakna. Tatabahasa merupakan uturan bahasa yang dijadikan dalam bentuk rumus-rumus bahasa.Kepentingan tatabahasa dapat merupakan satu konsep bahasa yang mempunyai peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa.Tatabahasa sangat penting dalam ilmu bahasa kerana ia menjadi panduan kepada pengguna bahasa untuk membina ayat dan kata dengan tepat. Tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah Karim et al.,2004). Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.Sintaksis merupakan bidang tentang binaan ayat. Bagi Abdullah Hassan (2006) , morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Tokoh bahasa terkenal, Nik Safiah Karim (1996) mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama..Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti besar , hitam, , kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. Perbezaan antara kata adjektif dengan kata nama atau kata kerja adalah melalui cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti sungguh, sekali, amat, terlalu, dan sangat. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. Menurut Nik Safiah Karim et al (1996), proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.Kata adjektif tergolong dalam golongan morfologi.

2.0PERBANDINGAN KATA ADJEKTIF ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN BUKU PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU.

Disini saya menggunakan dua buah buku tatabahasa untuk dibuat perbandingan kata adjektif. saya akan membuat perbandingan di antara buku Tatabahasa Dewan dengan Buku Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu.Buku Tatabahasa Dewan merupakan hasil kerjasama dan gabungan beberapa orang pakar bahasa Melayu iaitu Nik Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood.Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ini merupakan penambahbaikan daripada buku yang dahulu.Buku ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan pustaka,Kuala Lumpur.Sementara itu,Buku Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu pula,telah ditulis oleh seorang pakar bahasa iaitu Ahmad khair mohd Nor dan telah diterbitkan semula dalam edisi baharu pada tahun 2012 oleh penerbit Pustaka Salam Sdn. Bhd .Kedua - dua buah buku ini akan dibandingkan secara terperinci berkaitan kata adjektif. 2.1PENGERTIAN KATA ADJEKTIFBerdasarkan Buku Tatabahasa Dewan, kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat.Kata adjektif ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binan frasa adjektif.Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif serta dan unsur -unsur yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Selain itu, Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.Contohnya: amat sakit,sakit sungguh,terlalu banyak,banyak sekali,sangat lain,lain sekali.Sementara berdasarkan Buku Pembentukan Kata pula,kata adjekti dikenali sebagai kata sifat.dari segi makna,kata adjektif menunjukkan sifat bagi kata nama.Ini bermakna bahawa perkataan yang dijelaskan sifat sesuatu kata nama diistilahkan sebagai kata adjektif.Contohnya:budak kecil,bilik gelap.Dalam binaan frasa adjektif,kata adjektif menjadi unsu inti bagi frasa yang menjadi predikat ayat.Perkataan-perkataan lain pula,merupakan unsure pilihan,dimana ia wujud dalam frasa tersebut ayaupun digugurkan dari frasa tersebut.

Buku pembentukan Kata juga menerangkan cirri-ciri kata Adjektif .kata adjektif .Ciri-ciri kata adjektif dibahagikan kepada tiga bahagian.Ciri-cirinya seperti:i) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat.kata penguat boleh berada di hadapan atau belakang atau hadir serentak dihadapan dan dibelakang pada kata adjektif.ii) Kata adjektif boleh mengalami perbandingan.iii) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penegas sa,ada di hadapan atau dibelakang.iv) Kata adjektif boleh menerima bentuk senya.v) kata adjektif boleh didahului dengan kata makin atau semakin.vi) Kata adjektif boleh diletakkan selepas kata nama,vii) 2.2JENIS KATA ADJEKTIFMenurut Tatabahasa Dewan golongan kata adjektif tidak mempunyai banyak subgolongan. Tatabahasa Dewan membahagikan kata adjektif kepada Sembilan jenis berdasarkan kriteria makna.Jenis kata adjektif tersebut ialah:a) Kata adjektif sifatan atau keadaanb) Kata adjektif ukuranc) Kata adjektif warna d) Kata adjektif bentuk.e) Kata adjektif waktuf) Kata adjektif jarakg) Kata adjektif jarakh) Kata adjektif perasaani) Kata adjektif caraj) Kata adjektif pancainderaBuku Pembentukan kata juga menyatakan penerangan yang sama dengan Tatabahasa Dewan,iaitu kata adjektif digolongkan dalam sembilan jenis.

2.2.1Kata Adjektif Sifatan Atau KeadaanDi dalam buku tatabahasa Dewan,kata adjektif sifatan atau keadaan membawa maksud pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.Contohnya curiga ,berani,pandai dan sihat. Contoh penggunaannya dalam ayat seperti berikut;i. Anak guru itu amat cerdik.ii. Pegawai tentera itu sungguh berani.Sementara dalam Buku Perbentukan kata pula,menyatakan bahawa kata adjektif sifatan atau keaadan ini merupakan perkataan yang menerangkan perangai,tabiat atau keadaan bagi kata nama atau frasa nama.Contoh ayatnya ialah :i. Tubuh datuk semakin lemah.ii. Budak baik selalu disayangi.2.2.2Kata Adjektif WarnaDalam Tatabahasa Dewan,unsur keterangannya ialah daripada perkataan yang membawa pengertian warna,Contohnya ungu,merah,hitam dan sebagainya.Penggunaanya di dalam ayat pula adalah seperti berikut:i. Baju merah itu kepunyaanku.Berdasarkan ayat tersebuti,perkataan merah menunjukkan baju kepunyaan berwarna merah.Buku Pembentukan kata pula,menerangkan kata adjektif warna dengan lebih terperinci,dimana dalam buku pembentukan kata,kata adjektif warna ialah perkataan yang menerangkan warna bagi sesuatu nama.Kata warna itu tersebut boleh diikuti oleh kata adjektif.Selain daripada itu kata adjektif warna ini boleh dibandingkan dengan unsur-unsur alam,sperti tumbuhan atau buah-buah.Contoh ayat:iBaju gadis itu hijau daun.Berdasarkan ayat diatas,hijau menceritakan warna bagi sesuatu nama iaitu warna baju gadis tersebut.Sementara daun pula dikaitkan atau dibandingkan dengan warna daun iaitu hijau.

2.2.3Kata Adjektif Ukuran Mengikut Tatabahasa Dewan,Ukuran dijadikan sebagai unsur keterangannya.Contohnya: panjang,pendek,tebal,nipis dan sebagainya.Contoh ayatnya seperti berikut:iJambatan panjang itu baru didirikan,iiBilik kecil mudah diurus.Perkataan panjang dan kecil , menerangkan tentang ukuran jambatan tersebut.Bagi Buku Pembentukan Kata pula menjelaskan bahawa kata adjektif ukuran ialah perkataan yang menerangkan saiz,berat atau ringan tentang benda yang bernyawa atau tidak bernyawa,konkrit atau abstrak.Contohnya:i. Istana itu besar.ii. Bibirnya tebalPerkataan besar dan tebal dalam ayat diatas menerangkan maksud saiz bagi benda yang tidak bernyawa ( istana yang besar) dan menerangkan saiz ketebalan bibir tersebut.Jika dibandingkan dengan Tatabahasa Dewan,maksud ukuran yang diberikan oleh Pembentukan Kata lebih meluas dan terperinci.2.2.3Kata Adjektif WaktuDalam Tatabahasa Dewan,kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya lama,lampau,cepat,segera dan sebagainya.Contoh ayat seperti dibawah:i. Ali ke kedai untuk membeli baju baharuii. Ketibaan bas itu lebih cepat daripada jadualnya.Kata adjektif waktu bagi Perbentukan kata pula ialah perkataan yang menerangkan masa atau waktu.Contoh ayat;i. Waktu pagi masih awalii. Buku lama itu sudah hilang.Berdasarkan kedua-dua penerangan tentang kata adjekti waktu adalah sama.Dimana kedua-dua buah buku menerangkan konsep waktu dalam unsur keterangannya.

2.2.4Kata Adjektif JarakTatabahasa Dewan menjelaskan, kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang bermaksud berkaitan dengan konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama,seperti hampir,jauh,dekat dan rapat.Contoh ayat: i. Rumahnya paling hampir dengan sekolah.ii. Tempat kejadian itu dekat sekali dengan rumah saya.Pembentukan kata pula menyatakan,kata adjektif jarak ialah perkataan yang menerangkan jarak atau sesuatu yang dikaitkan dengan ruang antara dua benda,tempat atau keadaan,Contohnya:i. Tempat tinggalnya jauh.ii. Kawan rapat saya pegawai bank.Kesimpulannya,tatabahasa dewan menyatakan kata adjektif jarak hanya menerangkan konsep ruang antara dua keadaan atau bentuk Contohnya perkataan hampir dalam contoh ayat menunjukkan konsep ruang atau jarak antara sekolah dengan rumahnya.Sementara itu,Pembentukan Kata menerangkan kata adjektif selain daripada jarak yang dikaitkan dengan ruang,tetapi kata adjektif jarak juga menerangkan tempat atau keadaan sesuatu perkataan.2.2.5Kata Adjektif CaraMenurut Tatabahasa Dewan,kata adjektif cara ialah perkataan yang membawa maksud kelakuan atau ragam,sebagai penerang kata nama.Contoh,cepat,gopoh,perlahan,selalu dan sebagainya.Penggunaan kata adjektif cara dalam ayat adalah seperti berikut:i. Tindak balas orang tua itu sungguh cepat.ii. Dia gopoh dalam peperiksaan.Dalam Pembentukan kata pula,kata adjektif merupakan kata adjektif yang menunjukkan kelakuan atau ragam bagi kata nama atau frasa nama.Contohnya:i. Pengaliran air longkang itu sungguh jelas.ii. Adik selalu gopoh gapah dalam pekerjaan.

2.2.6Kata Adjektif PerasaanDalam Tatabahasa Dewan,kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep perasaan. yang bertindak sebagai penerang kata nama dan disusuli dengan kata sendi nama.Contoh perkatannya ialah segan,rindu,gembira,marah dan sebagainya.Contoh ayat:i. Dia amat rindu akan emaknya.ii. Dia suka sungguh dengan perangai pemuda itu.Mengikut buku Pembentukan Kata,kata adjektif ini menerangkan rasa atau sesuatu yang berunsurkan emotif.Kata adjektif diikuti denga kata sendi nama seperti dengan,akan atau terhadap apabila diperluaskan dengan frasa nama.Contoh penggunaan ayatnya ialah:i. Perasaan ibu sungguh sedih.ii. Ibu amat sayang akan abang.Berdasarkan ayat bagi kedua-dua buah buku tersebut,kata adjektif perasaan,kedua-dua buah buku meneangkan berkaitan pengertian konsep perasaan tersebut.Contoh dalam ayat (i) perkataan rindu yang diberi menunjukkan perasaan kepada ibunya.Begitu juga dengan Buku pembentukan kata,contohnya perasaan ibu sungguh sedih.Namun begitu,buku pembentukan menekankan bahawa kata adjektif perasaan perlu diikuti dengan kata sendi untuk menjadikan bentuk yang terhasil lebih gramatis.Penggunaan akhiran -kan pada kata adajektif adalah satu kesalan kerana kata sendi akan tidak boleh diganti dengan akhiran kan.Contohnya:i. Bencikan anak-anaknya- ( salah )Benci akan anak-anaknya- ( betul )

2.2.7 Kata Adjektif PancainderaBuku Tatabahasa Dewan menyatakan kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep seperti berikut rasa,pandang,bau,sentuh atau kesemuanya pancaindera tersebut.Peranan pancaindera adalah sebagai penerang kata nama.Sementara Pembentukan kata pula menerangkan sesuatu yang dapat dirasai atau dikesani oleh deria.Kata adjektif ini menerangkan konsep rasa,bau,sentuh,dengar,pandang serta kesemua deria rasa tersebut. Bagi melihat perbandingan dua buah buku berkaitan dengan kata adjektif pancaindera adalah seperti berikut :

Buku Tatabahasa DewanBuku Pembentukan Kata

i ) Deria rasa sedap,lazat,lemak,payau,sedap,manis,masin,i. pahit,masam,kelat dan tawar.Contoh ayat :a) Masakan ini terlalu masin.b) Minuman itu sungguh manis.i) Deria rasa Contoh ayat:a) Biji pinang itu kelat.b) Kuah sup itu masin.

iii) Deria dengarLunak,nyaring,merdu,bising,mersik,serak,garau.Contoh ayat :a) Bunyi bising datang dari biliknya..b) Mereka menjerit-jerit hingga serak suara..iii) Deria dengarContoh ayat:a) Suara lelaki itu garau.b) Suasana di pasar malam sungguh bising.

iv) Deria sentuh Halus,keras,kasar.licin,kesat,lembap,lembut.Contoh ayat :a) Bancuhan simen itu telah keras.b) Kain halus itu hasil tenunan tangan.

v) Deria sentuhContoh ayat:a) Pakaian di ampaian itu masih lembap.b) Permukaan papan meja itu licin.

vi) Gabungan deriaBersih ( pandang + bau )Tenteram ( dengar + pandang )Selesa ( sentuh + pandang )Contoh ayat :a) Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar.b) Kehidupan suami isteri itu amat tenteram.

vii) Gabungan deriaa) Ikan yang dibeli itu busuk(Gabungan bau dan pandang )b) Muka masam gadis itu merisaukan kami ( gabungan pandang dan rasa ).

Berdasarkan perbandingan kata adajektif pancaindera diatas,keterangan tentang kata adjektif pancaindera adalah sama.Namun begitu dalam buku pembentukan kata,kata adjektif diterangkan berkaitan dengan apa yang dirasai atau dikesan ,contohnya: Kata adjektif montel menerangkan fizikal kanak-kanak tersebut.Dimana dalam ayat tersebut perkataan montel menerangkan sesuatu yang dapat dilihat atau sentuh , melalui deria pandang dan deria sentuh.Sementara, Tatabahasa Dewan,menerangkan kata adjektif sebagai penerang bagi kata nama .Contohnya: Bayi comel itu memenangi hadiah pertama.

2.2.8 Kata Adjektif Bentuk

Kata adjektif bentuk dalam Tatabahasa Dewan membawa maksud pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan dalam ayat tersebut.Contohnya leper,bulat,lonjong,kempis,buncit dan sebagainya.Contoh ayatnya pula ialah:i. Jalan bengkok ke kota itu telah ditutup.ii. Perut Si Luncai buncit.Kata adjektif bentuk dalam dalam Buku Pembentukan Kata pula ialah perkataan yang menerangkan bentuk atau rupa sesuatu.Contoh ayatnya ialah:i. Raga itu lonjong.ii. Mukanya cengkung.

3.0PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIFDi dalam buku Tatabahasa Dewan dan buku Pembentukan Kata, kata adjektif terdiri daripada empat bentuk iaitu:i. Kata adjektif tunggalii. Kata adjektif terbitaniii. Kata adjektif gandaiv. Kata adjektif majmuk3.1Kata Adjektif TunggalBerdasarkan buku Tatabahasa Dewan, dan Buku Pembentukan kata menyatakan kebanyakan kata adjektif terdiri daripada satu perkataan sahaja atau bentuk tunggal.Bentuk kata adjektif adalah hasil daripada bentuk kata dasar.Bentuk kata dasar ini tidak menerima sebarang gabungan imbuhan atau pengandaan dan sebagainya.Mengikut Tatabahasa Dewan,kata adjektif tunggal digunakana sebagai predikat dan penerang kata nama dalam ayat.Contohnya:i. Warna kuning digemari oleh kakaknya ii. Pada mala mini bulan sungguh terang.Kata adjektif juga boleh menerima sama ada kata bantu dan kata penguat ataupun tidak menerima unsur-unsur tersebut.Sementara mengikut Buku Pembentukan kata,kata adjektif berfungsi sebagai inti frasa adjektif atau penerang kata nama,sementara mengikut Buku Pembentukan Kata pula, kata adjektif .Contohnya:Dalam frasa: i. warna kuningii. rasa tawar dalam ayat:i. Masakan ibu saya lazat sebagai inti frasa predikatii. Bunyi bising dari bangunan itu sebagai penerang frasa nama subjek.3.1Kata Adjektif TerbitanKata adjektif terbitan terdiri daripada satu dasar yang menerima imbuhan.Kedua-dua buah buku ini,menyatakan kata adjektif terbitan terbentuk atau menerima imbuhan seperti imbuhan awalan,akhiran,apitan dan sisipan.3.1.1Awalan kata AdjektifAwalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah awalan ter- dan se-.3.1.1(i) Awalan Ter-Mengikut Buku tatabahasa dan pembentukan Kata,awalan ter- boleh menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang sama jenisnya kata adjektif.Ia berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling.Contohnya: awalan teR-i. ter- + kecil = terkecilii. ter- + merah = termerahContoh dalam penggunaan ayat:i. Bangunan itulah yang tertinggi.ii. Dalam kumpulan kami dialah yang termuda.Sementara menurut buku Pembentukan kata,imbuhan ter mempunyai 2 bentuk, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang diimbuhankan.Imbuhan tersebut ialah imbuhan ter- dan te-Awalan teR- akan menjdi ter-jika bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan a hingga z kecuali dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r.Contohnya : Awalan teR- akan menjadi ter-i. ter + cantik = tercantikii. ter + lebih = terlebih Contoh Awalan teR- menjadi te-i. ter- + risau = terisauii. ter- + riang = teriangSelain daripada itu,Buku pembentukan Kata ada penambahan,mengenai makna awalan teR-awalan teR- bermaksud paling.awalan ini digunakan dalam perbandingan yang menunjukkan tingkat kepalingan.Contohnya: ter- + mahsyur + paling mahsyur, ter- + muda = paling muda.3.1.1(ii) Awalan se-Menurut tatabahasa Dewan dan Buku Pembentkan Kata,Awalan se- pula turut digunakan dalam menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar,bagi member pengertian yang sama.Contohnya:i. se- + tinggi = setinggiii. se- + pandai = sepandaiContoh dalam ayat:i. Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya.ii. warna baju itu,semerah darah ikan.Awalan se- dalam buku pembentukan kata diterangkan dengan lebih terperinci iaitu menerangkan dari segi bentuk awalan se-.Bentuk awalan se- apabila bercantum dengan sebarang huruf awal pada kata dasar tidak akan mengalami perubahan.Contohnya: semuda,semanis,seindah.Buku Pembentukan Kata turut menerangkan fungsi awalan se-.Fungsi awalan se- adalah untuk menerbitkan kata adjektif apabila bertemu atau bergabung dengan kata dasar.Awalan ini,berfungsi sebagai penetap golongan.Contohnya,sepandai,sebesar dan semudah.Fungsi ini dapat dilihat daripada ayat dibawah:i. Harta saya tidak sebanyak harta diaii. Masakan kakak seenak maskan ibu.

Buku pembentukan kata juga menerangkan makna awalan se- iaitu mempunyai satu pengertian yang menunjukkan maksud sama.contohnya : sejujur, setaraf dan sebanyak.

3.1.2Awalan Pinjaman Kata AdjektifDalam buku Pembentukan Kata,ada diterangkan mengenai awlan pinjaman kata adjektif iaitu pro-,anti- dan bi-.awalan pro- ini tidak dinyatakan dalam buku tatabahasa Dewan.3.1.2 (i)Awalan Pro-Awalan pro- merupakan awalan pinjaman daripada bahasa Inggeris.Apabila bentuk awalan ini bertemu dengan huruf konsonan yang terdapat pada pangkal kata dasar,awalan ini tidak akan berubah.Contohnya,prokerajaan dan propembangkang.Awalan pro membawa maksud bersetuju,menyebelahi atau memihak sesuatu pihak.Contohnya,prokerajaan bermaksud memihak kepada kerajaan.Fungsi awalan pro- adalah untuk menerbitkan kata adjektif apabila bertemu dengan kata dasar.3.1.2 (ii)Awalan anti-Awalan ini berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bertemu atau bergabung dengan kata dasar.Awalan anti- membawa pengertian menentang,melawan atau membantah.Contoh perkataannya,antisosial yang bermaksud menentang aktiviti social.awalan ini juga merupakan pinjaman daripada bahasa Inggeris.awalan ini juga tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang huruf konsonan pada pangkal dasarnya.

3.1.2 (iii)awalan bi-Awalan ini dipinjam daripada Arab parsi.Awalan bi- tidak juga berubah apabila bergabung dengan sebarang huruf pada pangkal kata dasar.Contohnya: bilazim,biadap dan binormal.Makna awalan bi- ialah tidakFungsi awalan bi- adalah untuk menerbitkan kata adjektif.

3.1.3Akhiran kata AdjektifAkhiran kata adjektif juga tidak diterangkan dalam buku tatabahasa.Akhiran merupakanbentuk imbuhan yang digabungkan pada bahagian akhir kata dasar.Contoh akhiran kata adjektif yang dipinjam daripada bahasa Inggeris ialah is.Sementara akhiran adjektif yang dipinjam daripada bahasa Arab Parsi ialh wi,-i dan iah.3.1.3( i) Akhiran wi,- i,-iah dan isAntara perkataan yang mempunyai akhiran adjektif ini ialah,ekonomis,insane,puitis,abadi dan duniawi.akhiran ini juga tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang huruf pada akhir kata dasar.Huruf akhir pada kata dasar yang menerima imbuhan akan menentukan penggunaan akhiran wi dan -i .Contohnya,apabila kata dasar berakhir dengan vokal,maka akhiran wi akan digunakan.Contohnya,dunia menjadi duniawi.Apabila kata dasar berakhir dengan konsonan,maka akhiran I akan digunakan.Contohnya abad menjadi abadi.Fungsi akhiran ini ailah untuk menerbitkan kata adjektif yang membawa maksud sifat atau cirri seperti yang terkandung dalam kata dasar.3.1.4Apitan Kata AdjektifMenurut Tatabahasa Dewan dan buku Pembentukan kata,disimpulkan bahawa apitan ialah imbuhan yang digabungkan pada bahagian awal dan akhir kata dasar .Tatabahasa Dewan menjelaskan apitan kata terbitan ialah ke--an.Gabungna apitan ini dengan kata dasar daripada jenis kata nama akan menerbitkan bentuk kata adjektif.Kata adjektif ini menunjukkan sifat kata nama yang diterangkan.Buku pembentukan kata pula menyatakan fungsi apitan ini adalah untuk membentuk kata adjektif.Apitan ini boleh menerima kata dasar daripada adjektif dan golongan kata .Menurut buku pembentukan kata,makna apitan ke-..-an menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama yang terdapat pada kata dasar.Contoh ayat:i. Perangainya sungguh kekampungan.ii. Sifat kepahlawanannya begitu ketara.Sementara menurut tatabahasa Dewan,umumnya kata adjektif ini dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa.Contohnya, kearaban,kecinaan dan kebaratan.Contoh ayatnya seperi berikut:i. Cara hidupnya sungguh kebaratanii. Pakaiannya terlalu kearaban.3.1.3Akhiran kata AdjektifMenurut Tatabahasa Dewan,kata adjektif terbitan dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata adjektif,kata kerja atau kerja nama dengan sisipan.Buku pembentukan kata pula menyatkan,sisipan ialah imbuhan ke dalam kata dasar selpas konsonan pertama kata dasar.k edua-dua buah buku menyatakan terdapat empat jenis sisipan iaitu, -em,-er,-em,- in.Buku pembentukan kata menghuraikan sisipan kata adjektif secara menyeluruh.Contohnya fungs keempat-empat i sisipan dinyatakan sebagai penetap dan pengubah golongan.semua imbuhan sisipan akan menerbitkan kata adjektif yang menerangkan sifat kata nama.Contohnya el- + kupas menjadi kelupas.-er- + sabut akan menjadi serabut.Selain daripada itu,semua sisipan membawa sifat yang dinyatakan oleh kata dasar.Kata adjektif juga digunakan sebagai penerang kepada kata nama.Contohnya:i) Fikirannya serabut dengan masalah.ii) Jamuan selerak itu sempena hari jadi anaknya.Dalam tatabahasa dewan pula,menghuraikan bentuk sisipan kata adjektif satu persatu.menurut tatabahasa dewan,bentuk-bentuk sisipan kata adjektif adalah terhad dan sifatnya tidak produktif.( i )sisipan em Sisipan inni boleh menerbitkan kata adjektif apabila ia bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu.Contohnya ,guruh gemuruh,santan semantan.Contoh penggunaan ayatnya ialah:

i. Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh.ii. Nyiur semantan sudah boleh dibuat gulai.(ii) sisipan el- dan er-Kedua-dua sisipan ini dapat bergabung dengan kata dasar untuk menerbitkan kata adjektif.Contohnya :i. Dia geli-geleman apabila melihat cacing.ii. Masjid itu dihiasi lampu kerlip pada setiap Jumaat.(iii) sisipan in Hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan in-,iaitu sambung sinambungan.Contoh ayat :i. Sastera melayu moden ialah sastera sinambungan daripada satera melayu lama.

4.0KATA ADJEKTIF GANDADidalam buku Tatabahasa Dewan,kata ganda ialah pengulangan daripada kata dasar adjektif.Terdapat tiga jenis Kata adjektif ganda iaitu penggandaan penuh,penggandaan separa dan penggandaan berentak.

4.1Penggandaan penuh kata adjektifTatabahasa Dewan menyatakan,penggandaan penuh kata adjektif ialah dengan cara menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh.Contohnya tumpul-tumpul,kecil-kecil dan sebagainyaContoh ayat :

i. Tinggi-tinggi bangunan di badar raya itu.ii. panjang-panjang tali pengikatnyaNamun begitu buku Pembentukan Kata ada membuat penambahan menyatakan,penggandaan penuh melibatkan pengulangan kata dasar.Contohnya:laju-laju,hitam-hitam dan sebagainya.Selain daripada itu,penggandaan penuh kata adjektif boleh menerima apitan ke-an.Contohnya: i. merah-merah - kemerah-merahanii. penggandaan separa hanya berlaku pada kata adjektif berawalan dan kata adjektif berakhiran.gemuk-gemuk- kegemuk-gemukan4.2Penggandaan separa kata adjektifDalam Tatabahasa Dewan, penggandaan separa kata adjektif merupakan proses pengulangan atau menggandakan kata dasar adjektif tanpa menggandakan imbuhannya.Sementara ,menurut buku Pembentukan Kata,penggandaan melibatkan pengulangan sebahagian daripada kata dasar.Menurut bukunya lagi,penggandaan separa juga melibatkan penggulangan sebahagian daripada kata dasar.

Tatabahasa Dewan pula,menyenaraikan kata adjektif separa kepada tiga bentuk iaitu;a) Penggandaan separa pada kata berawalan,Contohnya ,setinggi-tinggi,sebaik-baikContoh ayat :i. Sebaik-baik manusia ada juga kekurangannya.ii. Saya menaruh setinggi-tinggi kepercayaan kepadanya.b) Penggandaansepara pada kata berakhiran.Contohnya,rindu-rinduan,besar-besaran.Contoh ayat:i. Majlis besar-besaran itu untuk meraikan kejayaannya.ii. Harimau jadi-jadian itu menakutkan penduduk kampung.c) Penggandaan separa pada kata berapitan.contohnya kehijau-hijauan,kebodoh-bodohan.Contoh ayat: i. Warna payungnya kekuning-kuningan.ii. lagak kebodoh-bodohan sesuai dengan watak itu. Dalam buku Pembentukan kata tidak pula menerangkan penggandaan separa pada kata berapitan.

4.3Penggandaan berentak kata adjektifDalam buku Tatabahasa Dewan,penggandaan berentak kata adjektif ialah proses daripada pengulangan kata dasar berasaskan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.Contohnya kontang-kanting,hiruk-pikuk dan sebagainya.Contoh ayat:i. Rumah tangganya porak peranda kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawabii. Pesta malam itu gilang-gemilang.Berbeza dengan buku Pembentukan kata,penggandaan berentak ialah penggandaan kata adjektif mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.Penggandaan berentak mempunyai tiga jenis iaitu:a) Penggandaan berentak penggulanagn vokal.Contohnya ,hiruk-pikuk.karut- marut.b) penggandaan berentak penggulangan konsonan,Contohnya,lekak-lekuk,kontang kanting.c) penggandaan berentak bebas.Contohnya kusut masai,titik bengik.kesimpulan daripada nya, perkataan penggandaan berentak kata adjektif antara dua buku adalah seperti berikut:

Tatabahasa DewanPembentukan Kata

Berdasarkan penggulangan kata dasar berasaskan rentak bunyi tertentu dalam kata dasarPorak- perandaKusut - masaiCompang-campingBerdasarkan:Berentak pengulanggan vokal:i) hiruk-pikuk ( pengulnggan huruf u)Berentak penggulangan konsonani) kucar-kacir (penggulangan konsonan c)Berentak bebas:i) gelap-gelita

4.4KATA ADJEKTIF MAJMUKTatabahasa Dewan menerangkan ,kata adjektif majmuk terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu dan dieja terpisah serta bertindak sebagai satu unit.Begitu juga dengan buku Pembentukan Kata menerangkan bahawa bentuk kata adjektif majmuk ditulis terpisah.Contohnya,merah jambu putih telur dan sebagainya.dalam buku pembentukan Kata pula,menerangkan perkataan ini terhasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu dan kata adjektif menjadi kata ininya.Buku pembentukan kata telah menghuraikan kata adjektif majmuk mengikut jenis dan makna.dari segi jenis,terdapat dua jenis kata adektif majmuk iaitu:i) kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.Contohnya,biru laut ,gemuk air dan sebagainya.ii) kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.Contohnyabesar kepala,terang hati.Dari segi maknanya,kata adjektif majmuk menerangkan sifat pada kata nama.contohnya:i) Rasa minuman itu manis buah.

Terdapat kata adjektif dalam bentuk rangkai kata yang serupa dengan kata adjektif majmuk.Bentuk ini sebenarnya bukanlah kata majmuk kerana ia boleh menerima sisipan.Contohnya:i) putih bersih ( puti lagi bersih)ii) bandingan jimat cermat ( jimat dan cermat )5.0KATA ADJEKTIF DALAM BENTUK PERBANDINGANBuku Tatabahasa Dewandan Buku Pembentukan Kata membahagikan kata adjektif kepada tiga darjah perbandingan,iaitu :a) Darjah biasa.Menurut Buku Tatabahasa ,kata adjektif ini digunakan bagi menunjukkan darjah biasa.Contohnya:

malam mini bulan terang. Hidup keluarga itu sederhana.Sementara Buku Pembentukan kata menyatakan perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan sebarang perbandingan dengan apa-apa benda atau benda maujud dan tidak meibatkan kata perbandingan atau kata penguat.b) Darjah bandingan DalamTatabahasa Dewan,kata adjektif ini dapat digunakan bagi menyatakan darjah bandingan menggunakan dua cara iaitu:i) Bandingan yang samabandingan ini ialah kata adjektif ini menerima awalan se- Contohnya setinggi ,sepandai,secantik.Bentuk kata adjekktif dengan awalan se boleh bertukar ganti dengan perkataan yang sama.Contoh: sebesar menjadi sama besar, ,sesedap boleh menjadi sama sedap.Bentuk kata adjektif dengan awalan se- boleh juga bertukar ganti dengan perkataan sama,contohnya,iaitu sebesar boleh menjadi sama besar.Dalam Buku pembentukan kata pula, bandingan yang sama menggunakan kata adjektif dengan awalan se-, sama + adjektif + dengan,dan kata perbandingan.Awalan se- membawa makna sama atau hamper sama.Contohnya seperti berikut:a) bandingan dengan awalan se-Contohnya:i) wajah Siti secantik kakaknya.Berdasarkan contoh,kata adjektif secantik menunjukkan perbandingan sifat sesuatu benda dengan benda yang lain.i) bandingan dengan sama + adjektif + denganBandingan ini dapat digantikan dengan penggunaan pekataan sama dalam binaan sama + kata adjektif + dengan.Contohnya:i) Wajah Siti sama cantik dengan kakaknya.b) bandingan dengan kata bandinganBoleh diungkap dengan penggunaan kata perbandingan seperti ,bagai, umpama dan sebagainya.Perbandingan ini menggunakan kata perbandingan yang membawa maksud kesamaan atau kemiripanContohnya:i) Lagaknya umpama orang kaya.

ii) Bandingan yang berbeza.Dalam Tatabahasa Dewan, bandingan yang berbeza ini ialah kata adjektif yang menggunakan kata penguat iaitu lebih atau kurang.Kata adjektif tersebut berfungsi sebagai perbandingan. Contohnya:i) Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad.Sementara dalam Buku pembentukan Kata pula,bandingan yang berbeza menggunakan kata penguat lebih atau kurang.Bandingan yang berbeza untuk merujuk kepada yang lebih atau kurang dinyatakan dengan menggunakan rangkai kata lebih..daripada atau kurang..daripada.Contohnya:i) Gerai itu kurang bersih daripada gerai ini.

d) Darjah Penghabisan Di dalam Tatabahasa Dewan dan Buku pembentukan Kata, penggunaannya boleh digunakan berdasarkan cara-cara berikut:i. se- + kata adjektif + gandan + kata namaKedua-dua buah buku menyatakan penanda darjah penghabisan ialah se- dan gandaancontoh: sepandai-pandai tupaiii. ter- + kata adjektifDalam buku pembentukan kata menyatakan darjah penghabisan menggunakan awalan ter-,kata penguat sekali dan paling tidak boleh digunakan serentak.Jika digunakan ,binaan tersebut menjadi lewah.contoh: paling tercantik (salah) paling cantik,cantik sekali (betul)iii. paling + kata adjektifDi dalam tatabahasa dewan,penanda darjah penghabisan ialah awalan ter-contoh :terpandai,tertinggi dan tercantikDi dalam Buku pembentukan kata pula menggunakan kata penguat paling.contoh:Rumah Mazlan paling besar di kampung saya. iv. kata adjektif + sekaliDi dalam buku Tatabahasa Dewan,penanda darjah penghabisan ialah kata adjektif diikuti oleh kata penguat sekali.contoh:pandai sekali, cantik sekaliTatabahasa Dewan juga menyatakan penanda darjah penghabisan ter-,paling dan sekali tidak boleh hadisr serentak dalam satu binaan.contoh:terpandai sekali,paling pandai sekali,terpaling pandai Sementara buku pembentukan kata juga menggunakan kata penguat sekali dalam darjah penghabisan.v. ter- + { amat,sangat} + kata adjektifDalam Tatabahasa Dewan,awalan ter- apabila bertemu atau bergabung dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. contoh:teramat pandai, tersangat pandai,teramat cantik, tersangat cantik.Sementara dalam buku pembentukan kata turut menjadikan kata penguat bebas iaitu amat dan sangat sebagai penanda darjah penghabisan. vi. { amat,sungguh,sangat} + kata adjektif + sekaliTatabahasa Dewan menerangkan bahawa binaan darjah penghabisan boleh menerima kata penguat belakang iaitu sekali dengan penguat bebas seperti amat,sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.sementara buku Pembentukan kata member contoh seperti berikut: lelaki tua itu sungguh baik sekali. Ruang tamu rumah Hajar sangat luas sekali.Pengunaan dua kata penguat tersebut( sungguh..sekali,sangat..sekali) bukan lewah kerana penggunaan kedua-dua kata penguat tersebut menunjukkan darjah penghabisan.viiterlalu ,terlampauDi dalam buku Pembentukan Kata ,ada penambahan dalam ungkapan darjah penghabisan iaitu terlalu dan terlampau. Penjahat itu terlalu bengis. kehidupan rakyat Somalia terlamapu susah.

viimahaDalam buku Pembentukan kata juga menambah kata penguat maha yang membawa maksud keagungan sebagai kata perbandingan.kata penguat maha sering digunakan untuk allah dan untuk raja yang memerintah.Contohnya: Allahlah yang maha kaya Duli yang maha Mulia itu Sultan Perak.

6.0KESIMPULANNYADaripada perbandingan yang telah saya lakukan,tidak banyak perbezaan yang terdapat di dalam kata adjektif pada kedua-dua buah buku ini,Huraian serta ulasan tentang unsur adjektif begitu jelas.Wujud keselarasan dalah ayat berkaitan dengan kata adjektif.Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan dan buku Pembentukan Kata,jelaslah tatabahasa memainkan peranan yang penting sebagai ciri utama dalam proses pembinaan suatu bahasa yang standard atau seragam yang boleh digunakan oleh semua pihak.Kewujudan buku tatabahasa seperti ini banyak membantu pencinta bahasa memperkembangkan lagi bhasa mereka dan buku-buku seperti ini akan dapat dijadikan rujukan dalam tatabahasa bahasa Melayu,bukan sahaja kepada pelajar sekolah,penuntut di intitusi pengajian tinggi ,guru.pensyarah,penulis buku ataupun individu yang berminat untuk memperdalami bahasa melayu.

BIBLIOGRAFI

1. Nik Safiah Karim,farid M.Onn,Hashim Haji Musa,Abdul hamid Mahmood (2011) Tatabahasa Dewan.Kuala Lumpur ,Dewan Bahasa dan pustaka.2. Ahmad Khair Mohd Nor,(2012), Pembentukan Kata dalama Bahasa Melayu .Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

22