Assgnmen Pintar Cerdas

23
1.0 PENGENALAN Kanak-kanak era millenium di zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini didapati terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalampelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi danbakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi. Walaupun demikian, ini mungkin menimbulkan masalah dalam diri mereka dan masyarakat sekelilingnya. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri rnereka. Antaranya ialah konsep kendiri, fobia,perkembangan nilai atau moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalahkemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Pada rnasa yang sama,faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini,masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistempersekitaran, dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Sebenarnya, golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan atau perkhidmatan yang ke tahap

description

pintar cerdas

Transcript of Assgnmen Pintar Cerdas

1.0PENGENALAN Kanak-kanak era millenium di zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini didapati terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalampelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi danbakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.Berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi.Walaupun demikian, ini mungkin menimbulkan masalah dalam diri mereka dan masyarakat sekelilingnya. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri rnereka. Antaranya ialah konsep kendiri, fobia,perkembangan nilai atau moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalahkemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Pada rnasa yang sama,faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini,masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistempersekitaran, dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Sebenarnya, golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan atauperkhidmatan yang ke tahap lebih tinggi berbanding dengan program-program yang dianjurkanoleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang biasa. Program yang khusus adalah perlu bagimenyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan negara.Kanak-kanak yang mempunyaipencapaian yang cemerlang termasuk individu yang berpotensi serta berkebolehan dalam manamana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan. Bagi definisi kecerdasan berdasarkan sekolahyang baru pula mencadangkan kecerdasan seorang kanak-kanak pintar cerdas berlaku dalamkalangan seluruh masyarakat dalam pelbagai budaya dan tidak semestinya berpandukankeputusan peperiksaan semata mata, tetapi secara dilihat dalam kebolehan individu tersebut yangtinggi dalam intelektual, kreatif dan artistik alam. Artikel ini akan menelusuri lebih lanjut akan konsep pintar cerdas, berbakat dan kreatif ini bersama dengan kajian kes terhadap responden yang dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Pelbagai aspek termasuk perkembangan fizikal,emosi, kognitif, sosial dan tingkah laku akan dikenalpasti dan dengan ini kita dapat mengkategorikan responden samaada benar-benar tergolong dalam kategori pintar cerdas atau hanya tergolong dalam kategori berbakat atau kreatif. Pada masa yang sama,segala isu dan cabaran yang dihadapi oleh responden juga akan diperlihatkan dan kita dapat melihat sejauhmana murid ini dapat dibantu melalui sistem pendidikan khas di negara ini.

2.0KONSEP DAN DEFINISI PINTAR, CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIFa)Pintar CerdasPintar Cerdas merupakan keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar Cerdas IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan. Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Golant K. S., kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi. Bagaimanapun Ross, 1993 mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and talented adalah kanak-kanak yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus. Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih kepadasatu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan (Jane Piirto,1999).Sternberg dan Kaufman mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebihberfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjuruskepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dankelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihanmereka serta meminimumkan kelemahan mereka.

b)BerbakatPintar cerdas dan berbakat adalah sesuatu perkara yang berbeza. Pintar cerdas merujuk kepada kebolehan manakala berbakat adalah satu domain yang menjadikan manusia menjadi lebih sempurna. Kedua-dua pintar cerdas dan berbakat ini boleh boleh berkembang secara beberapa bahagian melalui beberapa jenis keghairahan, penamaan, psikomotor, deria, intelektual, imaginasi, dan emosi (Sternberg R.J., 2004). Gardner, 1993, mengganti istilah bakat dengan kecerdasan, saat mengusung teori kecerdasan jamak atau multiple intelligence yang cukup banyak dipakai. Sebilangannya ada sembilan kecerdasan atau bakat yang mungkin dimiliki seseorang, iaitu logical mathematical, linguistic atau verbal, visual spatial, musical, bodily-kinesthetic, interpersonal, intrapersonal, natural, dan moral atau spiritual. Teori Gardner ini menjadi pegangan bahawa setiap orang memiliki bakat unik dan berbeza. Orang tidak dapat dipaksa untuk meningkatkan prestasi di luar bakat khusus yang paling menonjol pada dirinya.

c)KreatifDalam Kamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. Menurut Lowenfeld (1975) beliau percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai pelajar pertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti secara sah mempunyai bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum, bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif, seni visual dan seni tari (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006). Dalam Kamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari.Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.[1]

2.1CIRI-CIRI PINTAR, CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF

Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut.1.Potensi pengasingan oleh kerosakan otak2.Kewujudan golongan individu luar biasa3.Operasi teras yang boleh dikenalpasti4.Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan5.Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal6.Disokong dari kajian psikologi7.Disokong oleh penemuan psikometrik8.Kerentanan untuk mengekod sistem symbol

Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan diproses ( Sousa D.A. , 2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas. Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan dengan baik, membaca dengan kerap dan baik). Pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial (memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan, mempunyai minat yang umum kepada dunia).

Terdapat ahli professional yang memberi definisi PC berdasarkan skor kecerdasan/IQ (con: WISC) di atas 130 atau140, ataupun dua sisihan piawai lebih daripada normal (norm), atau 2.5% daripada populasi. Menurut Carol Bainbridge (seorang ahli Lembaga Indiana Association for the Gifted), tidak ada satu definisi yang tentang PC yang boleh diterima oleh semua pihak. Wujudnya pelbagai definisi PC telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai tentang maksud PC.[2]. Justeru, untuk menghapuskan kekeliruan tersebut, adalah wajar untuk memahami asal usul pembentukan istilah PC serta kosep PC daripada pelbagai perspektif.

Menelurusi sedikit sebanyak asal usul pintar cerdas ini, Istilah PC telah digunakan buat pertama kalinya oleh Francis Galton pada tahun 1869, yang merujuk pada orang dewasa yang menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu (con: ahli kimia yang pintar). Manakala kanak-kanak pula boleh mewarisi potensi untuk menjadi orang dewasa yang pintar, dan kanak-kanak tersebut digelar kanak-kanak PC. Lewis Terman memperkembangan pendangan Galton dengan memasukkan elemen IQ. Pada tahun 1900an, beliau menjalankan satu kajian jangka panjang tentang Kanak-kanak PC dan mengkategorikan mereka yang mempunyai IQ 140 dan ke atas sebagai kanak-kanak PC. Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati IQ sahaja tidak dapat meramal kejayaan seseorang pada zaman dewasa.

Jika hendak disenaraikan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini adalah terlalu banyak. Namun demikian ia boleh dikategorikan kepada dua ciri utama iatu ciri-ciri kognitif dan juga ciri-ciri afektif.

2.1.1 Ciri-Ciri Kognitif

Kognitif adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental yang terlibat dalam beberapa keupayaan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah, menaakul, menganalisis, dan membentuk konsep. Biasanya keupayaan kognitif kanak-kanak dalam golongan pintar cerdas ini dapat dikenalpasti seawal peringkat bayi lagi. Perkembangan kanak-kanak ini dapat diperhatikan dan dipantau oleh ibu bapa kerana biasanya mereka akan menunjukkan perkembangan yang lebih jauh berbanding dengan kanak-kanak seusianya. Sebagai ibubapa yang perihatin mereka akan memberikan sokongan dan tumpuan yang lebih bagi membantu perkembangan kanak-kanak ini. Tahap kebolehan kognitif kanak-kanak boleh diuji menggunakan ujian IQ.Kanak-kanak pintar cerdas biasanya akan mencapai tahap pencapaian sebanyak 140, namun kadangkalanya mereka boleh mencapai sehingga 170 mata. Namun demikian, kesahihan ujian ini masih boleh dipertikaikan kerana ada yang mengatakan perbezaan tahap umur akan menjejaskan perbandingan pencapaian dalam ujian IQ ini. Di bawah ini akan disenaraikan beberapa ciri kognitif[3]kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah;a) Daya tumpuan yang tinggi dalam melakukan sebarang kerja atau aktiviti. Contohnya kanak-kanak yang diberikan permainan blok dan puzzle akan berusaha sedaya upaya bagi melengkapkannya. Mereka akan meninggalkan atau tidak menghiraukan orang atau keadaan sekeliling mereka kerana daya tumpuan mereka terhadap aktiviti yang menarik minat mereka yang terlalu tinggi. Mereka juga kurang berminat dengan permainan yang dimilki oleh rakan mereka. Dalam proses pembelajaran pula, mereka akan memberi sepenuh tumpuan mereka kepada bidang yang mereka minati.b)Boleh dan mempunyai minat membaca diusia yang muda. Biasanya kanak-kanak ini akan mula boleh membaca dalam usia kurang daripada 5 tahun. Mereka juga akan fasih bercakap disamping boleh menggunakan laras bahasa dan kosa kata yang tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusianya.c) Mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam mengingat sesuatu. Dengan kelebihan yang mereka ada, mereka tidak perlu menghafal sesuatu fakta atau ilmu yang mereka pelajari. Mereka hanya perlu memahami isi kandungan dan akan meluahkan semula menggunakan bahasa sendiri. Kelebihan yang ada juga dapat membolehkan mereka membaca dengan cepat dan cepat memahami apa yang mereka ingati.d) Perasaan ingin tahu Disebabkan perasaan ingin tahu mereka yang kuat, kanak-kanak pintar cerdas biasanya akan sentiasa mengemukakan soalan-soalan yang mencabar dan inovatif yang mana kadangkalanya pemikiran mereka diluar jangkauan akal kanak-kanak normal. Pada peringkat kanak-kanak lagi sifat ini boleh dikenalpasti, contohnya mereka akan membuka kereta mainan mereka untuk mengetahui komponen-komponen yang ada dalam kereta tersebut. Kadangkalanya sifat ini akan dikenalpasti sebagai perosak oleh ibubapa yang kurang memahami anak mereka yang pintar cerdas.e) Kebolehan membuat rumusan, menganalisa dan menaakul Kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja mampu untuk memahamai pelajaran malah mereka juga boleh membuat rumusan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran serta boleh menganalisa dan memberi alasan kepada keputusan yang diambil selepas sesuatu analisa dibuat.

2.2.2 Ciri-Ciri Afektif Ciri kedua yang akan dibincangkan di sini ialah ciri-ciri afektif kanak-kanak pintar cerdas. Menurut kamus Dewan edisi keempat, afektif adalah berkaitan dengan perasaan dan emosi dan bukannya fikiran atau daya berfikir. Untuk memperkembangkan minat dan motivasi di kalangan kanak-kanak ciri-ciri afektif haruslah berkembang serentak dengan ciri-ciri kognitif mereka. Manakala menurut Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) iaitu orang pertama yang menggunakan terminology afektif telah menemukan satu lagi domain penting adalam perkembangan manusia iaitu afektif.[4]Antara ciri-ciri afektif kanak-kanak pintar cerdas ialah;a) karismatik Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya mempunyai gaya tersendiri dan personaliti yang agak berbeza daripada orang lain. Oleh itu biasanya mereka akan menjadi bintang di sekolah dimana mereka akan menjadi perhatian dalam masyarakat di sekelilingnya.b) Mementingkan kesempurnaan (Perfectionist) Kanak-kanak pintar cerdas ini akan melakukan kerja-kerja dengan penuh minat dan mereka amat mementingkan kesempurnaan. Walaupun mereka dapat menyiapkan kerja-kerja mereka namun masih mementingkan kepada kesempurnaan dan sikap ini akan menyebabkan mereka meluangkan banyak masa terhadap apa jua kerja yang dilakukan. Kadangkalanya mereka akan melakukannya sehingga berulang kali bagi mendapatkan hasil yang benar-benar memuaskan hati mereka. Sikap ini juga kadangkalanya akan menimbulkan kemarahan dan ketidak puasan hati mereka terhadap orang lain atau rakan-rakan mereka kerana mereka juga akan menjangkakan hasil yang sama seperti yang dilakukannya daripada orang lain.c) Berasa tertekan dan mudah sensitif Sebagai seorang yang bersikap teliti dan mempunyai matlamat sendiri semenjak dari awal lagi, mereka akan mudah rasa tertekan dalam usaha untuk mengatasi orang lain. Sikap ini juga menunjukkan bahawa mereka takut kalah kepada orang lain dan akan mencetuskan kesan sosio emosi yang lain seperti cemburu. Kanak-kanak pintar cerdas biasanya mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Mereka akan berfikir di luar jangkauan kanak-kanak normal dan ini akan menyebabkan mereka mudah terangsang. Contohnya ketika tidur, mereka mudah terjaga kerana terlalu memikirkan imaginasi mereka. Mungkin bila menonton cerita seram, mereka mula memikirkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan rentetan cerita tersebut. Berikutan dengan sikap ini mereka mungkin akan menjadi fobia kepada bencana seperti kegelapan dan kematian kerana mereka akan sentiasa memikirkan. Contohnya mereka akan selalu bertanya mengenai soal kematian, apa yang berlaku kepada manusia selepas mati, boleh tak kalau manusia tak mati. Persoalan-persolan seumpama ini akan menyebabkan mereka menjadi terlalu sensitif dan fobia kepada sesuatu kejadian.

4.0KAJIAN BIOGRAFI4.1BIODATA KANAK-KANAK

Nama : Abdul Khoir bin SulaimanUmur : 12 TahunTarikh Lahir : 22 Jun 2001Tempat Lahir : Hospital Seberang Jaya, Butterworth, Pulau PinangBil. adik beradik : 7 orangAnak yang ke : 3Nama Bapa : Ahmad Sulaiman b. ParimanPekerjaan : Juru teknikNama Ibu : Khalijah bt M. YusofPekerjaan Ibu : Penyelia AsramaAlamat : Lot 1099, Lorong Ros Biru, Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam, SelangorPendidikan Awal : Tadika Kemas Simpang Lima, Sungai Besar (4 Tahun) Tadika Kemas Tebuk Pulai (5 Tahun)Hobi : Bermain futsal, melayari internet, bermain permainan videoCita-cita : Pemain Bola Sepak Professional

4.2LATAR BELAKANG MURID DAN KELUARGA

Adik Abdul Khoir adalah anak ke tiga daripada tujuh adik-beradik. Beliu dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berpendapatan sederhana di mana bapanya bekerja sebagai juru teknik di sebuah kilang manakala ibunya merupakan seorang penyelia asrama. Memandangkan kedua ibu bapanya bekerja, kehidupan mereka dilihat sangat berdikari dan saling membantu antara satu sama lain. Kakaknya yang sulung berusia 19 tahun manakala adik lelakinya yang bongsu berusia 2 tahun. Kini, adik Abdul Khoir berada di darjah enam di Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail Tebuk Pulai, Sabak Bernam dan baru sahaja selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.

Gambar 3.2.1 Adik Abdul Khoir bersama penulis

Dalam sejarah tokoh-tokoh yang terdahulu, telah mencatatkan banyak individu yang mengatasi kekangan persekitaran seperti penindasan, kemiskinan dan menyerlahkan bakat mereka pada peringkat lewat hidup mereka. Kecerdasan yang terpendam akan berkembang pada masanya. Ini tidak bermakna pendidikan tidak penting dan kecerdasan hanyalah akibat faktor biologi semata-mata. Begitulah yang berlaku kepada adik Khoir. Bakatnya dalam sukan bola sepak mula terserlah semenjak beliau berada di darjah empat dan terus menerus bersinar sehingga mendapat tempat untuk mewakili negeri Selangor.Hal ini tidak berlaku kepada adik beradiknya yang lain walaupun enam daritujuh adik beradiknya ialah lelaki. Semenjak kecil bakatnya tidak langsung dihidu oleh ibu dan bapanya dan hanya menyangka kesukaan adik Khoir dalam bidang sukan hanya hobi semata-mata. Menyentuh latar belakang ibu dan ayah adik Khoir, ibunya, Puan Halijah bt M Yusof merupakan ibu yang sangat penyayang dan memahami setiap kelebihan dan kekurangan anak-anaknya. PuanHalijah dilihat sangat membantu dan menyokong minat Khoir. Ini dibuktikan apabila Puan Halijah membenarkan Khoir untuk pergi berlatih bersama kawan-kawan, membelikannya peralatan sukan yang diminta dan sering bertanyakan perkembangan Khoir kepada guru kelas dan guru sukannya. Sementara itu, ayah Khoir merupakan seorang yang sangat tegas namun cukup memberi sokongan yang padukepada Khoir kerana En Sulaiman percaya bidang yang diceburi oleh Khoir merupakan aktiviti yang sihat yang dapat membantu dalam perkembangan mental, sosial dan meningkatkan keyakinanan diri anaknya itu.

4.3DAPATAN MURID DARIPADA GURU, IBU BAPA Melontarkan persoalan berkenaan masa depannya, kanak-kanak ini bercita-cita untuk menjadi seorangpemain bola sepak antarabangsa apabila dewasa nanti. Ini menunjukkan adik Khoir merupakan seorang yang berpandangan jauh dan pandai mengeksplotasi bakatnya sebagai salah satu jalan untuk mebina karier satu hari nanti. Di sekolah, beliau menyukai pelajaran Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam. Beliau menamatkan pembacaan al-Quran secara rasmi pada bulan April tahun 2009. Walaupun begitu, beliau masih meneruskan pembelajaran al-Quran dengan guru-guru agama di Sekolah Rendah Agama Tebuk Pulai.Selain itu, kanak-kanak ini selalu membantu ibu membuat kerja-kerja rumah seperti mencuci pinggan mangkuk di dapur. Beliau sedar ibunya perlu dibantu di rumah setelah penat bekerja mencari rezeki dari pagi hingga ke petang. Kerja-kerja pembersihan rumah dan membeli barang-barang keperluan di kedai berhampiran juga turut dibuatnya dengan rela. Pendek kata, kanak-kanak ini menjadi orang kanan ibunya pada ketika ayahnya berada di luar kawasan.

Gambar 3.3.1Temubual yang dilakukan bersama ibu Abdul Khoir

Majalah sukan dan kereta serta komik detektif conan sering menjadi bahan bacaannya. Selain itu, siri kartun Phineas and Ferb turut menjadi pilihannya. Tidak ketinggalan siaran Buletin Utama yang disiarkan oleh sebuah stesen terkemuka menjadi tontonannya. Menurutnya, kanak-kanak perlu mengetahui hal ehwal yang berlaku di dalam negara mahupun di luar negara dalam usaha menjadi ahli masyarakat yang berpengetahuan dan bermaklumat. Sebagai anak lelaki, adik Khoir ini tampil mewakili ayahnya menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di tempat tinggalnya. Pada usia seawal 9 tahun, kanak-kanak ini sudah melibatkan diri secara aktif dengan masyarakat setempat dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan kenduri-kendara. Beliau tidak culas dan tidak segan menyapu sampah, membuang sampah, dan membersihkan longkang yang sudah pasti baunya amat tidak menyenangkan. Kanak-kanak ini juga tampil menghulur khidmat dalam usaha membanteras denggi di kawasan tempat tinggalnya. Beliau sedar persekitaran yang kotor mengundang banyak masalah kepada ahli masyarakat umumnya dan ahli keluarga khususnya.Hasil didikan agama yang baik daripada orang tuanya, kanak-kanak ini turut mengimarah surau di tempat tinggalnya. Beliau meluangkan masa untuk bersolat fardhu Maghrib dan Isya secara berjemaah tatkala kanak-kanak lain leka menonton televisyen dan melayari internet di rumah. Suaranya juga sering berkumandang di ruang udara melaungkan azan mengingati umat Islam agar segera menunaikan perintah Allah subhanahuwataala.Kesedaran ini timbul kerana beliau sering mengikuti ayahnya sejak kecil lagi menunaikan solat secara berjemaah di masjid ataupun di surau. Pada bulan Ramadhan pula, kanak-kanak ini tidak melepaskan peluang menggandakan pahalanya secara sukarela menjadi bilal bagi solat sunat Tarawih. Di sekolah pula, kanak-kanak ini selalu ke hadapan mengetuai bacaan doa dalam perhimpunan rasmi mingguan sejak berada dalam tahun empat lagi.Gambar 3.3.2 Ibu Abdul Khoir memberikan maklumat berkenaan penglibatan adik Khoir dalam sukan yang diceburinya

5.0KEISTIMEWAAN MURID YANG DIPILIHPerlu diketahui bahawa , kanak-kanak pintar cerdas juga memiliki ciri-ciri kepandaian berfokus iaitu hanya pandai dalam sesuatu bidang tetapi mempunyai kepandai yang normal untuk bidang-bidang lain. Dalam bidangakademik, responden sangat menguasai subjek teras iaitu bahasa Malaysia, Pendidikan Islam, dan bahasa inggeris. Responden mendapat markah tinggi dalam subjek berkenaan, namun kurang memuaskan dalam subjek matematik. Selain itu, pemilihan adik Khoir adalah disebabkan pencapaiannya yang konsisten dalam bidang kokurikulum iaitu sering memegang trofi juara dalam setiap acara yang disertainya dan turut diseimbangkan dengan kebijaksanaannya dalam bidang akademik. Berdasarkan keputusan percubaan UPSR yang lalu, adik Khoir telah mendapat keputusan 4A 1 B dan merupakan antara pencapaian terbaik diperingkat sekolah. Pencapaiannya dalam kedua-dua bidang tersebut diserikan lagi dengan keterampilan yang ditunjukkan adik Khoir sebagai Pengawas Sekolah yang berdisiplin dan disenangi para guru dan rakan-rakan.

5.1Perkembangan Tingkah LakuPerkara ini dinamakanasynchronousyang bermaksud tidak sekata atau tidak berlaku mengikut peringkat atau kadar yang sepatutnya bersama-sama dengan perkara lain. Ain Hazwaniet.al(2011) menjelaskan kanak-kanak pintar cerdas berkembang secaraasynchronousiaitu perkembangan yang tidak selari dengan domain-domain lain. Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 7 tahun mempunyai keupayaan intelektual seperti kanak-kanak berusia 12 tahun, berkeupayaan sosial seperti kanak-kanak berusia 9 tahun dan memiliki keupayaan emosi seperti umur sendiri. Rumusannya, perkembangan kanak-kanak pintar cerdas dari segi intelektual, emosi dan sosial adalah lebih cepat berbanding kanak-kanak biasa. Namun begitu, individu yang dikategorikan dalam pintar cerdas juga mempunyai beberapa kelemahan.Dengan kata lain, mereka menggunakan kecerdasan yang ada pada mereka dengan cara yang lebih berkesan. Antara strategi pembelajaran adalah seperti: kalau saya tidak mengaplikasi apa yang dipelajari, saya akan lupa. Imkplikasinya: mengaplikasi konsep yang baru dipelajari dengan sebanyak mungkin dalam situasi baru. Metakognisi yang matang ini juga bermakna merekamelatihdiri. Mereka mencari peluang dan persekitaran untuk perkembangan diri. Mereka mengoptimalkan perkembangan intelek sendiri dengan intelek yang sedia ada! Begitulah adik Khoir, beliau bersikap matang dan menurut ibunya, Khoir sering menyiapkan kerja sekolah tanpa perlu disuruh oleh ibu bapanya.

5.2Perkembangan FizikalPerlu diketahui, bahawa unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendali objek mahir. Kecerdasan ini merupakan kemampun menggunakan seluruh tubuh untuk mengekspresikan idea dan perasaan seperti penari, atlet dan pelakon. Keterampilan menggunakan tangan untuk menciptakan atau mengubah sesuatu, seperti tukang batu, ahli makenik dan doktor bedah. Kecerdasan ini meliputi kemampuan fizikal yang lebih spesifik seperti koordinasi, keseimbangan, keterampilan, kekuatan, kelenturan, kecepatan atau kemampuan menerima rangsangan. Howard Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan keuayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi refleks.Berbalik kepada pencapaian adik Khoir, penglibatan beliau secara serius bermula pada tahun 2011 apabila memenangi pingat di peringkat sekolah, peringkat MSSD dan MSSS. Beliau telah dipilih untuk mewakili Selangor dalam Kategori Bawah 12 Tahun untuk Kejohanan Bola Sepak Selangor.Kekerapan memenangi pingat emas dalam sukan bola sepak telah banyak mengharumkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail, sama ada di peringkat daerah, negeri. Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian beliau, dan beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum peringkat sekolah selama 2 tahun berturut-turut mulai tahun 2011-2012. Selain bola sepak, adik Khoir juga turut aktif dalam sukan sepak takraw, balapan olah raga dan seringkali berjaya bermain melepasi peringkat sekolah. Beliau seringkali mencatat kemenangan dalam kejohanan sepaktakraw di peringkat MSSD setiap tahun sepanjang penglibatan beliau dalam sukan ini. Berikut adalah senarai penglibatan adik Khoir semenjak tahun 2009.1.Pengawas Pusat Sumber Sekolah (2009-2013)2.Schools Got Talent-Online 2010(Sekolah-Sekolah Program Fasilitator School Net&Tm Eschol Wilayah Tengah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Kementerian Pelajaran,Dan Telekom Malaysia Berhad3.Pertandingan Bola Sepak Tunas Cemerlang Bank Rakyat 20124.Pertandingan Seven Soccer Kidz (Johan)5.Kejohanan Bola Sepak MSSD (R)Sabak Bernam 2012-20136.Kejohanan Sepak Takraw (R) MSSD Sabak Bernam 20127.Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 20138.Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Sabak Bernam 2012 Ciri- ciri fizikal dalam ciri-ciri fizikal ini kanak-kanak pintar cerdas tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa tetapi secara keseluruhannya perkembangan fizikal mereka lebih baik daripada rakan sebaya. Berat badan yang lebih tinggi semasa lahir. Jangkaan hidup yang lebih panjang (akibat sikap mementingkan kesihatan, keadaan status sosio-emosi yang lebih bagus dan mungkin faktor genetik). Kadar penyakit kemerosotan mental seperti Alzheimer yang lebih rendah.Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, namun baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Jika diperhatikan fizikal adik Khoir, didapati responden adalah berbadan kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip iaitu lebih mengikut ibunya. Responden merupakan antara salah seorang murid yang menyerlah di sekolah dan berjaya meningkatkan prestasi beliau dalam seni mempertahankan diri Tae Kwan Do . responden juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti olahraga terutamanya dalam sukan lumba lari. Responden juga berhasrat untuk dapat bekerja setelah selesai sekolah. Namun bapanya tidak membenarkan kerana usaha responden yang masih muda di samping bimbang akan keselamatan responden.

5.3Pencapaian Akademik Banyak pendapat menyatakan bahawa pencapaian akademik seorang pelajar berkait dengan faktor kecerdasan mental pelajar, namun peranan faktor lain seperti faktor personaliti, faktor persekitaran, faktor psikologi dan sosiologi tidak boleh diketepikan.Dalam akademik, kanak-kanak itu akan suka berpandangan bahawa keputusan mereka dalam sesuatu matapelajaran tidak akan bagus dan akan mendapat keputusan yang kurang baik. Potensi yang tinggi yang ditunjukkan mereka dalam akademik sudah semestinya membuatkan para ibubapa kanak-kanak tersebut berasa gembira dan bangga, serta menganggap mereka mampu menguasai semua matapelajaran yang kemudiannya akan memberi tekanan kepada mereka.Kebolehan kanak-kanak yang pintar cerdas yang mampu menyiapkan tugasan lebih awal daripada rakan yang lain akan menyebabkan mereka berasa bosan, dan kemudiannya akan mengganggu rakan-rakan yang lain di dalam kelas. Walaupun mereka sentiasa cemerlang dalam akademik, tetapi kebanyakkan rakan-rakan di sekeliling selalunya akan menganggap golongan pintar cerdas ini menunjuk-nunjuk dengan kehebatan mereka. Berbeza dengan adik Khoir,walaupun prestasi akademik adik Khoir baik, namun adik Khoir sering membantu rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian, rakan-rakan berasa selesa untuk mendekati adik Khoir. Ini merupakan contoh terbaik yang ditunjukkan oleh adikKhair sebagai murid yang berbakat.

5.4Perkembangan KognitifIstilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.Mampu memahami konsep yang canggih, abstrak dan kompleks. Ahli falsafah, contohnya adalah golongan yang tinggi kecerdasan. Kecerdasan berkait rapat dengan pemahaman abstrak. Pengetahuan atau skemata yang luas. Memahami banyak konsep yang tidak difahami kanak-kanak yang sebaya. Meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti mainan ingatan, scrabble, silang kata, catur dan permainan komputer yang tertentu. Tumpuan tinggi, membaca secara senyap untuk masa yang panjang. Tidak suka diganggu, menjadi geram apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya.Melalui kaedah pemerhatian saya mendapati responden dapat memahami manakah isu yang penting, idea yang teras, prinsip asas yang penting. Palajar yang biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting. Contohnya semasa melakukan hasil seni, responden mementingkan menghasilkan kerja yang tercantik, walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh saya(mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain). Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya, bukan kaedahnya. Melalui pemerhatian hasil kerja yang ditunjukkan saya mendapati responden mampu memikirkan sesuatu perkara dengan terperinci. Sebagai contoh apabila responden melukis perahu yang memperincikan pandangan di dalam perahu.Pelajar yang biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting. Contohnya semasa melakukan hasil seni, mereka mementingkan menghasilkan kerja yang tercantik, walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh guru (mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain). Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya, bukan kaedahnya.Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju, menggambarkan dia memahami lebih banyak konsep dan objek berbanding rakan sebaya. Ini boleh dilihat dari tingkah laku kanak-kanak lain menanyakan maksud perkataan yang digunakan olehnya.

5.5Perkembangan Bahasa Dan KomunikasiTerdapat pelbagai pendapat dan pandangan terhadap kanak-kanak PC. Kriteria yang ketara yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas ini adalah dari segi keupayaan berbahasanya dan kebolehannya melebihi kanak-kanak yang normal. Yahya Don (2005) menyatakan bahawa pintar cerdas adalah kebolehan luar biasa, suka mengemukakan soalan bertalu-talu dan tidak perlu tunjuk ajar ketika belajar. Hassan Mohammad Ali (2006) menyatakan bahawa kanak-kanak PC mempunyai kebolehan awal yang dapat dikesan iaitu kebolehan mengguna bahasa dengan fasih pada usia awal dan kebolehan membaca pada usia empat tahun. Mahani, Ramlah dan Shabuddin (2006), turut mengulas kecerdasan bahasa merangkumi pembacaan, penulisan dan penggunaan bahasa sendiri dan bahasa asing. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh mengeja perkataan dan membaca dengan mudah dan tepat, juga suka membaca buku jika ada masa terluang. Mohd. Shahrani Ahmad ( 2004: 67), merumuskan kecerdasan bahasa adalah kebolehan umum belajar dan memahami bacaan dengan baik dan cekap bersosial.Dengan kata lain, kecerdasan bahasa yang diketengahkan oleh pakar di atas sangat berhubungkait dengan kajian yang dijalankan.

5.6CABARAN YANG DIHADAPI Antara cabaran yang dihadapi oleh adik Khoir ini ialah mereka boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain.Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang.Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru.Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus kearah existential depression.

6.0KESIMPULAN

Pelajar pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara.Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensidan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Pengajaranguru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasajemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Personaliti terutamawatak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami olehguru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai.Jika dipupuk bakat yang adatentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepadamereka. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahirdan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anakpintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisiruang kasih sayang sekeluarga.Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoniadalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongankepada anak-anak pintar cerdas. Situasi seperti inilah yang saya perhatikan berada di sekeliling Khoir/Pengetahuan terhadap personaliti dan gaya pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas sebenarnya memberikan lebih ruang kepada guru untuk memberi sokongan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini membantu masyarakat sekeliling juga untuk menyedari bahawa kanak-kanak pintar cerdas harus dilayan seperti kanak-kanak biasa lain tetapi kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut dipupuk dan dijaga supaya memberi manfaat kepada semua manusia.

7.0BIBLIOGRAFI

Abd Majid Mohd Isa.1994. Keberkesanan Raven SPM dalam mengenalpasti kanakkanak Melayu pintar cerdas. Pertanika. J. Soc. Sci Hum 2(1): 63-68.

Abdul Rahim M. Ali. (1991). Personaliti dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Murid-Murid Sekolah Rendah Luar Bandar. Laporan Penyelidikan M.Ed. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti pelajar pintar dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Prosiding konferensi kebangsaan Kajian Pasca Siswazah (Greduc.), Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Chua, T. T. & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fatanah Mohamed. (1997). Perkaitan antara pencapaian akademik dengan faktor personaliti dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar MRSM. Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Nik Azis Nik Pa. (1999). Mitos dan realiti tentang pelajar pintar cerdas. Jurnal Kebajikan, 16(2), 87112, Disember 1994.

Ng Seng Fa. (2005). Rahsia Individu Pintar Cerdas dan Masalah Mereka. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terman, Lewis M. (1930). Genetic studies of genius: Mental and physical traits of a thousand gifted children (Vol 1). Stanford, CA: Standford University Press

[1]Banyak pendapat menyatakan bahawa pencapaian akademik seorang pelajar berkait dengan faktor kecerdasan mental pelajar, namun peranan faktor lain seperti faktor personaliti, faktor persekitaran, faktor psikologi dan sosiologi tidak boleh diketepikan.[2]Malah, guru dan ibu bapa turut mendapati sukar mencapai satu persetujuan kerana mereka menggunakan definisi yang berbeza-beza[3]Kita biasa mendengar pelajar dikelaskan sebagai "baik" atau "tidak baik" berdasarkan kebolehan kognitif atau kebolehan akademik mereka. Sebenarnya kebolehan kognitif yang dipunyai oleh seseorang pelajar tidak semestinya membuat pelajar tersebut menjadi individu yang baik atau tidak baik[4]Mereka telah mengkategorikan afektif kepada 3 ciri iaitu penerimaan (receiving), tindakbalas (responding), menghargai dan menilai sesuatu idea (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set) dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterization)