assgnment 10-tamadun india.docx

6
1.0 TAMADUN INDUS Kajian arkeologi membuktikan bahawa tamadun terawal di India ialah tamadun Lembah Sungai Indus yang juga dikenali sebagai kebudayaan Harappa. Menurut Farmer, tamadun ini bermula sekitar tahun 2350 S.M dan berakhir pada tahun 1750 S.M. Tamadun ini Cuma bertahan selama 600 tahun. Sarjana mengaitkan keruntuhan tamadun ini berpunca daripada serangan orang Aryan (dari Utara), serangan wabak malaria dan iklim sebagai punca. 1 2.0 CIRI-CIRI TAMADUN INDUS Para sarjana berpendapat bahawa cirri-ciri tamadun ialah perkembangan petempatan kekal, organisasi sosial, sistem pentadbiran, kepercayaan dan agama, pembandaran dan sistem tulisan. i. Petempatan kekal Perkembangan pertanian telah mewujudkan satu petempatan kekal masyarakat Indus. Petani-petani mengusahakan tanaman gandum, barli serta menternak binatang seperti kambing, lembu dan biri-biri. Sungai Indus yang merupakan satu kawasan 11 Nadiah bt Abdul Rahman, Pricilla Law Nguik Hung. 2008. Tamadun Islam dan Asia.Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.Hlmn. 109 2 Sivachandralingam Sundra Raja, Ayadurai Letchuman. Tamadun Dunia. 1998. Selanggor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlmn.11

Transcript of assgnment 10-tamadun india.docx

1.0 TAMADUN INDUSKajian arkeologi membuktikan bahawa tamadun terawal di India ialah tamadun Lembah Sungai Indus yang juga dikenali sebagai kebudayaan Harappa. Menurut Farmer, tamadun ini bermula sekitar tahun 2350 S.M dan berakhir pada tahun 1750 S.M. Tamadun ini Cuma bertahan selama 600 tahun. Sarjana mengaitkan keruntuhan tamadun ini berpunca daripada serangan orang Aryan (dari Utara), serangan wabak malaria dan iklim sebagai punca.[footnoteRef:1] [1: 1 Nadiah bt Abdul Rahman, Pricilla Law Nguik Hung. 2008. Tamadun Islam dan Asia.Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.Hlmn. 1092 Sivachandralingam Sundra Raja, Ayadurai Letchuman. Tamadun Dunia. 1998. Selanggor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlmn.11]

2.0 CIRI-CIRI TAMADUN INDUSPara sarjana berpendapat bahawa cirri-ciri tamadun ialah perkembangan petempatan kekal, organisasi sosial, sistem pentadbiran, kepercayaan dan agama, pembandaran dan sistem tulisan.i. Petempatan kekalPerkembangan pertanian telah mewujudkan satu petempatan kekal masyarakat Indus. Petani-petani mengusahakan tanaman gandum, barli serta menternak binatang seperti kambing, lembu dan biri-biri. Sungai Indus yang merupakan satu kawasan petempatan awal masyarakat Indus. Petempatan kekal wujud disebabkan oleh sungai Indus yang membekalkan sumber air dan dapat menyuburkan tanah. Penduduk yang menyesuaikan dengan alam sekitar pula telah meningkatkan penghasilan pertanian yang menambah jumlah penduduk. Faktor- faktor ini juga menyumbang kepada perkembangan Bandar. Dua Bandar yang terbentuk ialah Mohenjo-Daro dan Harappa. Lothal dan Sutkagon Dor ini pula merupakan pelabuhan yang penting.[footnoteRef:2] [2: ]

ii. Organisasi sosialMasyarakat Lembah Indus ini sudah mempunyai sistem organisasi iaitu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan golongan bawahan. Golongan atasan ini terdiri daripada paderi dan pedagang manakala golongan bawahan pula terdiri daripada petani, buruh dan hamba. Setiap lapisan ini mempunyai peranan masing-masing. Golongan paderi mempunyai kuasa dan pengaruh besar dalam pentadbiran dan keagamaan. Paderi bertanggungjawab dalam menggubal dan melaksanakan peraturan dan undang-undang. Pedagang pula menjalankan aktiviti perdagangan tanpa campur tangan daripada paderi. Golongan bawahan iaitu petani menjalankan aktiviti pertanian di bawah pengawasan paderi. Golongan hamba pula melakukan kerja-kerja mengumpul, menyimpan dan memproses bijirin tetapi ada juga golongan artisan yang yang mahir dalam membuat patung binatang. [footnoteRef:3] [3: Sivachandralingam Sundra Raja, Ayadurai Letchuman. Tamadun Dunia. 1998. Selanggor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlmn. 58,59]

iii. Pengkhususan kerjaSecara umumnya masyarakat tamadun Indus tidak tertumpu kepada satu pekerjaan. Ada yang bekerja sebagai petani dan masyarakat ini juga menjalankan aktiviti perdagangan, pertukangan dan pembuatan luar dengan Mesopotamia. Dalam masyarakat Indus, sudah wujud pengkhususan kerja dimana petani menjalankan aktiviti pertanian iaitu bercucuk tanam tanaman makanan. Contohnya, kacang dan Barli. Manakala, artisan pula terlibat dalam pembinaan dan penghasilaarangan barangan logam dan tembikar.[footnoteRef:4] [4: Ibid.Hlmn.80]

iv. Kepercayaan dan agamaKajian terhadap mohor, patung dan bahan tembikar menunjukkan bahawa masyarakat di Lembah Indus mempunyai agama dan kepercayaan yang sendiri. Malah kebanyakan daripada unsur-unsur kepercayaan mereka telah diwarisi dan dipraktikkan oleh masyarakat Hindu. Ini membuktikan bahawa tamadun Indus telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang agama dan kepercayaan. Di samping itu, masyarakat Lembah Indus turut mengamalkan kepercayaan Politheistik iaitu mereka mempunyai banyak dewa-dewi. Dalam masyarakat Lembah Indus ini juga terdapat amalan penyembahan pokok. Ini terbukti dengan penemuan lambang pokok papal dan acacia di di Mohenjo-Daro dan Harappa dan mereka menganggap pokok tersebut merupakan tempat tinggal dewa dewi.[footnoteRef:5] [5: Sivachandralingam Sundra Raja, Ayadurai Letchuman. Tamadun Dunia. 1998. Hlmn.]

3.0 Faktor kemunculan dan perkembangan TamadunKemunculan dan perkembangan tamadun ini berlaku secara berperingkat-peringkat dan mengikut kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Faktor sungai mempengaruhi perkembangan tamadun awal di lembah-lembah sungai yang menunjukkan kepentingan sebagai satu faktor perkembangan. Hal ini disebabkan sungai memainkan peranan penting dalam membantu kegiatan pertanian dari segi perairan, kesuburan tanah dan sebagai sumber makanan serta berperanan sebagai jalan pengangkutan. Kesannya, muncul tamadun di lembah- lembah sungai seperti tamadun Indus.6Seterusnya, berlaku proses urbanisasi atau pembandaran di mana menjelang 5000 S.M, petempatan berkembang di sepanjang kawasan sempadan Indo-Iran. Petempatan terdiri daripada kampong-kampung yang didiami oleh petani-petani yang mengusahakan tanaman gandum, barli serta menternak binatang seperti biri-biri, kambing dan lembu. Menjelang tahun 3500 S.M, petempatan berkembang di kawasan Lembah Indus. Maka berlakulah interaksi dengan kawasan luar lebih kurang 500 tahun sehingga melahirkan masyarakat urban di Lembah Indus. Proses urbanisasi ini berikutan adanya kegiatan pertanian dan penternakan

binatang. Maka disitulah berlakunya perkembangan daripada sebuah kampong ke Bandar. Akibat urbanisasi, maka sesuatu yang berbentuk susun lapis yang berdasarkan kekuasaan, kelahiran dan kekayaan benda telah terbentuk.7