Assigment DEB
-
Upload
are-dyb-are-fyqa -
Category
Documents
-
view
261 -
download
0
Embed Size (px)
Transcript of Assigment DEB
-
7/28/2019 Assigment DEB
1/28
1
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 2
2.0 Matlamat 4
3.0 Strategi mengikut era kepimpinan.
3.1 Tun Abdul Razak (RMK-2) 5
3.2 Tun Hussein Onn (RMK-3) 6
3.3 Tun Dr. Mahathir Mohamad (RMK-4) 7
3.4 Tun Dr. Mahathir Mohamad (RMK-5) 8
4.0 Perlaksanaan
4.1 Membasmi kemiskinan 9
4.2 Penyusunan semula masyarakat 11
5.0 Pencapaian mengikut Rancangan Malaysia.
5.1 Rancangan Malaysia Ke-2 13
5.2 Rancangan Malaysia Ke-3 18
5.3 Rancangan Malaysia Ke-4 21
5.4 Rancangan Malaysia Ke-5 23
6.0 Kesimpulan 27
7.0 Rujukan 28
-
7/28/2019 Assigment DEB
2/28
2
1.0 PENGENALAN
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di
Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Malaysia TunAbdul Razak Dato Hussien.Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara
dan intergrasi nasional.Pelaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris mengeruh
perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada
pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara
penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 teks kod rumpun utama iaitu
bangsa Melayu, Cina dan India.
Melalui dasar pecah dan perintah yang dibuat oleh pihak Inggeris, jurang
sosioekonomi masyarakat di Tanah Melayu kian jelas.Inggeris telah menempatkan
penduduk bumiputera di kawasan pedalaman seperti kawasan kampung dan luar
bandar.Kaum Melayu menjalankan aktiviti tradisional seperti bertani.Dari segi
pemilikan harta kekayaan, pekerjaan, pendapatan dan pendidikan, penduduk
Bumiputera jauh ketinggalan jauh di belakang jika dibandingkan dengan penduduk
bukan Bimiputera kecuali dalam bidang politik.Walaupun tampuk kepimpinan politik
dipegang oleh kaum Melayu tetapi kaum itu tetap berada dalam keadaan yang
sangat lemah.Masyarakat melayu berada ditahap kemiskinan samada di bandar dandi desa meskipun mereka merupakan golongan majoriti. Pada tahun 1970, 65% dari
keluarga melayu adalah miskin, berbanding dengan 26% bagi orang cina dan 39%
bagi orang India.
Bagi masyarakat cina yang diambil bekerja oleh pihak Inggeris di Tanah
Melayu, mereka kebanyakkannya bekerja di kawasan lombong dan menjalankan
kegiatan perniagaan di sekitar kawasan pekan dan bandar.Masyarakat cina di bawa
oleh pihak Inggeris untuk memajukan kegiatan perlombongan bijih timah.Masyarakat
cina di Tanah Melayu mempunyai kedudukan yang stabil dalam bidang
ekonomi.Kepakaran dalam bidang perniagaan menjadikan mereka diletakkan di
kawasan Bandar yang menjadi tumpuan ekonomi masyarakat.Masyarakat cina tidak
terlibat secara langsung dalam politik.Namun kepentingan masyarakat ini penting
dalam memacu ekonomi di Tanah Melayu.
Masyarakat india merupakan masyarakat yang di bawa masuk bagi
memastikan pihak Inggeris dapat menjalankan aktiviti penghasilan sumber bahan
mentah utama di Tanah Melayu iaitu getah dapt dijalankan dengan lebihberkesan
dan efektif. Kepentingan kaum India ini tidak kurang pentingnya di mana mereka
-
7/28/2019 Assigment DEB
3/28
3
memberi sumbangan yang sangat besar.Mereka telah bekerja di kawasan-kawasan
peladangan getah. Kaum India tinggal di kawasan ladang atau estet milik pihak
Inggeris yang jauh dari kawasan bandar dan kawasan pedalaman seperti kampung.
Dasar pecah dan perintah yang dibuat oleh Inggeris ini telah berjaya untukmenambahkan jurang di antara masyarakat di Tanah Melayu. Dengan cara ini,
masyarakat di Tanah Melayu tidak dapat untuk berinteraksi antara satu sama lain
dan tidak dapat untuk memupuk perpaduan. Perbezaan dari segi tempat
penempatan dan ekonomi yang berlainan menjadi faktor kepada berlakunya
perpecahan dalam kalangan masyarakat majmuk.Selepas berakhir pemerintahan
Inggeris di Tanah Melayu dan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Tanah Melayu
telah digantikan dengan Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia
Kedua (RMK-2) yang dilancarkan pada 1971 adalah berpandukan kepada sebab dan
kesan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang menyebabkan pergaduhan
kaum.Perkara yang sangat dipentingkan dalam penerapan rancangan ini ialah isu
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini dikaitkan
kerana perpaduan dalam masyarakat majmuk tidak akan dicapai sekiranya ia sering
dikaitkan dengan fungsi ekonomi dan jurang ekonomi masyarakat majmuk ini dapat
dikurangkan. Dengan penubuhan Dasar Ekonomi Baru ini, masyarakat berbilangkaum di Malaysia diselaraskan secara sekata dari aspek ekonomi dan pendapatan.
-
7/28/2019 Assigment DEB
4/28
4
2.0 MATLAMAT
Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 tercetus kerana ketidakpuasan
hati dalam kalangan semua kaum.Bukan kerana prejudis perkauman yangmenyebabkan kejadian tersebut berlaku tetapi kerana ketegangan perkauman.Hal ini
kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi yang begitu ketara di antara
kaum.Ketegangan antara golongan yang kaya dengan tidak kaya tanpa mengira
kaum telah menimbulkan kemiskinan dalam masyarakat.Menyedari kedudukan
ketidakseimbangan sosioekonomi itu,kerajaan telah mengusahakan supaya satu
pendekatan baru dalam rancangan pembangunan Negara yang melibatkan program
20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.Matlamat utama dasar ini
diperkenalkan adalah untuk mewujudkan perpaduan Negara dengan mengurangkan
perbezaan ekonomi,sosial,kebudayaan,penempatan dan sebagainya.Oleh yang
demikian,kerajaan telah menggunakan pendekatan baru dalam rancangan lima
tahun menerusi DEB menerusi serampang dua mata iaitu mengurangkan dan
membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak
peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum serta
menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ekonomi yang tidak seimbang
supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi.
-
7/28/2019 Assigment DEB
5/28
5
3.0 STRATEGI DASAR EKONOMI BARU (DEB) YANG DIRANCANG MENGIKUT ERA
KEPIMPINAN DALAM TEMPOH 20 TAHUN.
Dasar Ekonomi Baru merupakan sebuah dasar jangka panjang yang pernah
wujud di Malaysia.Dasar ini mengutamakan dua aspek yang penting iaitu membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Dasar Ekonomi Baru ini mengambil
masa selama 20 tahun untuk dijalankan.Dasar ini telah dijalankan dengan melalui
pelbagai stategi dari pada setiap kepimpinan yang terdapat dalam tempoh 20 tahun
tersebut.
3.1 TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN (RMK-2) 1971-1975
Tun Abdul Razak Hussein merupakan pelopor kepada Dasar Ekonomi Baru
(DEB) ini.Tun Abdul Razak Hussein merupakan Perdana Menteri yang ke-2.Beliau
telah mewujudkan dasar ini untuk memastikan masalah kemiskinan yang berlaku
dalam rakyat dapat dikurangkan terutamanya bagi masyarakat melayu di luar
bandar.Beliau telah menjalankan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam
Rancangan Malaysia Ke-2 (RMK-2).Dasar ini telah mengambil kira aspek
perancangan pembangunan negara yang meliputi ekonomi dan social.Dua aspek ini
amat penting bagi memastikan kestabilan negara terkawal.Pelbagai strategi telah
dirancang untuk memastikan matlamat sebenar Dasar Ekonomi Baru (DEB) dapat
dilaksanakan. Tun Abdul Razak Hussein telah meluluskan perbelanjaaan yang besar
dalam memastikan dasar ini dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.Peruntukan
sebanyak RM 7250 juta telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk menjayakan
dasar ini sekaligus membasmi kadar kemiskinan rakyat dan menyusun semula
masyarakat di Malaysia.
Dalam kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein, terdapat pelbagai strategi telah
dirangka bagi memastikan dua matlamat utama dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB)dapat disempurnakan.Penubuhan sebuah badan atau lembaga telah dirancang
untuk peladang yang tinggal di kawasan luar bandar.Badan ini berperanan untuk
memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada peladang dalam memajukan diri mereka
dalam bidang peladangan.Hal ini dapat memastikan ekonomi dapat dipacu selain
daripada dapat meningkatkan pendapatan peladang itu sendiri. Selain itu, pihak
kerajaan telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk bagi
memastikan masalah kemiskinan dapat dibendung dalam kalangan masyarakat
selain dapat menjana pendapat rakyat yang seiring dengan ekonomi negara yang
meningkat.Ia juga telah memberi kemudahan kepada rakyat dengan pembinaan
-
7/28/2019 Assigment DEB
6/28
6
infrastruktur yang lebih lengkap. Hal ini dapat mengurangkan jurang kehidupan di
bandar dan luar bandar untuk masyarakat. Rancangan pembukaan kawasan tanah
baharu telah dibentuk oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berada
dalam kemiskinan.Tanah-tanah baharu ini telah dibuka bagi tujuan untuk penanaman
getah dan sawit yang merupakan komiditi utama yang menyumbang kepada
ekonomi negara. Selain itu, ia turut membuka peluang yang besar kepada
masyarakat untuk menjana pendapatan. Tanah baharu banyak dibuka oleh
kerajaan terutamanya di kawasan luar Bandar yang kebanyakan masyarakatnya
hanya bergantung penuh terhadap pekerjaan tradisional seperti menjadi nelayan dan
petani. Selain itu, kerajaan juga telah mewujudkan satu badan yang khusus untuk
para pekebun kecil dalam bidang penghasilan getah.Badan ini berperanan memberi
bantuan kepada pekebun kecil.Bantuan yang jelas diberikan oleh badan ini ialah
memastikan pekebun kecil mendapat kemudahan dalam penanaman semula getah
seperti penyediaan anak getah dan baja kepada pekebun kecil. Badan ini juga
berperanan membuat kajian yang berkaitan dengan getah untuk meningkatkan
penghasilan susu getah.
3.2 TUN HUSSEIN ONN (RMK-3) 1976-1980
Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3) merupakan kesinambungan daripada
Rancangan Malaysia Ke-2 (RMK-2) yang diaturkan oleh Perdana Menteri Ke-3 iaitu
Tun Hussein Onn.Rancangan ini adalah untuk meneruskan Dasar Ekonomi Baru
yang terdapat dalam Rancangan Malaysia Ke-2 (RMK-2). Pada fasa ini, ia lebih
menjurus kepada matlamat untuk mengatasi sebarang kelemahan yang wujud dalam
rancangan sebelum ini. Tun Hussein Onn telah mengeluarkan perbelanjaan
sebanyak RM 32,000 juta untuk dibelanjakan dalam Rancangan Malaysia Ke-3
(RMK-3).
Antara strategi yang dijalankan oleh pihak kerajaan ialah meneruskan projek
pembukaan tanah baharu yang telah diusulkan oleh Perdana Menteri Kedua
Malaysia iaitu Tun Abdul Razak.Program ini dapat memastikan pembangunan
negara dapat ditingkatkan dan menjana kepada peluang pekerjaan yang meluas.Hal
ini juga telah memberi impak yang amat besar kepada peningkatan ekonomi
negara.Rancangan pembangunan wilayah turut dikukuhkan oleh pihak kerajaan bagi
memastikan masyarakat mendapat faedah daripada pembangunan ini.
-
7/28/2019 Assigment DEB
7/28
7
3.3 TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD (RMK-4) 1981-1985.
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4
Malaysia.Beliau merupakan tokoh yang hebat dalam meneruskan Dasar EkonomiBaru.Hal ini kerana, pada zaman kepimpinan beliau telah berlaku kemelesetan
ekonomi yang teruk di Malaysia.Namun begitu, Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK-4)
tetap dijalankan.Kemelesetan ekonomi berlaku kerana negara telah mengalami
kemerosotan harga komoditi utama seperti bijih timah, getah, dan kelapa
sawit.Ketiga-tiga komoditi ini merupakan penyumbang utama kepada ekonomi
negara.Hal ini mencetuskan kebimbangan dalam meneruskan Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Walaubagaimanapun, Tun Dr.Mahathir tetap berani untuk meneruskan dasar
ini dengan harapan dapat membangunkan kehidupan rakyat daripada dibelenggu
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di Malaysia. Tun Dr. Mahathir
Mohamad telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 59,600 juta bagi menjayakan
Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK-4).
Antara strategi yang dirancang oleh pihak kerajaan ialah dengan
mengalakkan pertumbuhan industri berat di Malaysia.Hal ini kerana industri ini dilihat
dapat memberi impak yang besar kepada negara selain daripada kebergantungan
terhadap hasil getah, bijih timah dan kelapa sawit. Selain daripada itu,ia juga dapatmenjana pendapatan kepada golongan vendor yang dikenali sebagai industri kecil
dan sederhana (IKS). Selain itu,ia sebara tidak langsung dapat mewujudkan peluang
pekerjaan. Bagi memastikan dasar-dasar baru yang diwujudkan dalam Rancangan
Malaysia Ke-4 (RMK-4) dapat berjalan dengan lancar dan dapat menyokong Dasar
Ekonomi Baru (DEB), kajian-kajian dan pelan-pelan induk telah dirangka bagi
memastikan struktur pemasaran negara dapat dijana.Bagi memastikan pihak
kerajaan dapat mengharungi masalah kemelesetan ekonomi ini, pihak kerajaan telah
mengalakkan pihak swasta untuk mengurangkan beban terhadap pihak kerajaan.Halini dapat membentuk satu sistem yang mudah dan sistematik.Ia juga dapat menjana
peluang pekerjaan yang tinggi kepada rakyat dan dapat memberi mereka pekerjaan
yang dapat membantu mereka untuk keberlangsungan hidup. Pihak kerajaan telah
merancang pelbagai dasar baru yang sesuai dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru
(DEB) bagi memastikan ekonomi , sosial dan politik dapat distabilkan.
-
7/28/2019 Assigment DEB
8/28
8
3.4 TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD (RMK-5) 1986-1990.
Dalam Rancangan Malaysia ke-5 (RMK-5), Tun Dr. Mahathir masih lagi
menerajui kepimpinan di Malaysia.Rancangan Malaysia ke-5 ini lebih menjurus
kepada mempercepatkan kemajuan dalam bidang industri di Malaysia.Selain itu,rancangan ini merupakan rancangan untuk menutup segala kelemahan yang perlu
dalam rancangan yang sebelum ini.Kemelesetan ekonomi menyebabkan kerajaan
memberi tumpuan penuh kepada penggunaan sumber tenaga kerja dan tanah untuk
memulihkan ekonomi Malaysia yang terjejas dengan kemelesetan
ekonomi.Perancangan strategi yang teratur dan sistematik diperlukan untuk memasti
ekonomi negara dapat dipacu.
Dalam rancangan ini, ia lebih menjurus kepada sektor pelancongan yang
menjadi sumber pendapatan negara yang kian meningkat. Oleh itu,kerajaan telah
merancang lebih banyak pembinaan hotel dan mengisytiharkan tahun melawat
Malaysia pada tahun 1990 dan 1994. Hal ini dapat membuka peluang yang cerah
kepada penduduk Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan dan membantu
kepada pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.Pihak
kerajaan terus berusaha dengan lebih giat dalam meningkatkan sector pelancongan
ini. Jadi, lebih banyak industri akan dibina untuk meningkatkan produktiviti dann
menambahkan peluang kerajaan. Pihak kerajaan turut mengambil tanah-tanahterbiar untuk dimajukan dan dibangunkan bagi menjana sector pertanian dan turut
membangunkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya masyarakat
luar bandar.
-
7/28/2019 Assigment DEB
9/28
9
4.0 LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN MELAKSANAKAN STRATEGI
4.1 Pembasmian kemiskinan
Kemiskinan merupakan faktor utama yang menimbulkan perasaan tidak puas
hati di kalangan rakyat di negara ini.Dalam usaha membasmi kemiskinan kalangan
rakyat tanpa mengira kaum ini, kerajaan telah pun membuat penilaian dari segikadar
dan bilangan isi rumah yang miskin. Hal ini mendapati bahawa kalangan bumiputera
yang menghadapi masalah kemiskinan terlalu tinggi berbanding dengan kaum bukan
Bumiputera.Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar, malah di bandar juga
mengalami masalah yang sama. Seperti yang kita ketahui, kemiskinan yang paling
tinggi adalah dalam kalangan orang melayu tertumpu pada aktiviti pertanian
tradisional.Oleh yang demikian, pelbagai usaha telah dijalankan kerajaan untuk
menyelesaikan masalah sosioekonomi tersebut.
Program pembangunan yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan negara
ini termasuklah pembukaan, penerokaan dan pemajuan tanah-tanah baru.Usaha
pembangunan tersebut dijalankan menerusi badan-badan berkanun seperti FELDA,
RISDA, MADA dan KADA.Dengan adanya rancangan ini, penduduk luar bandar
dapat mengusahakan tanaman yang diamanahkan kepada mereka sekali gus dapat
meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar dan Bumiputera.
Kerajaan telah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat
yang menganggur.Hal ini termasuklah rakyat yang tinggal di bandar.Faktor
berlakunya lambakan pengangguran di bandar adalah disebabkan kebanyakan
mereka yang tinggal di luar bandar berhijrah ke bandar untuk mendapatkan taraf
kehidupan yang lebih baik.Oleh hal yang demikian, kerajaan telah menyediakan
pelbagai peluang pekerjaan untuk mengatasi masalah ini.Kerajaan telah
menggalakkan penyertaan penduduk bandar terutama kaum bumiputeradalam
kegiatan perdagangan dan perusahaan. Penyediaan kemudahan asas terutamaprogram perumahan awam kosrendah turut disediakan bagi mengurangkan kadar
kemiskinan penduduk bandar terutamanya kaum Bumiputera.Bantuan kemudahan
ini adalah untuk membasmi pendudukan di rumah-rumah setinggan oleh penduduk
bandar.Selain itu, Dasar Ekonomi Baru juga menjalankan dasar pekerjaan
penuh.Dasar ini bertujuan untuk menyerap tenaga kerja yang masih menganggur
pada akhir Rancangan Malaysia Pertama.Dasar ini juga diharapkan dapat membantu
penduduk luar bandar dari belenggu kemiskinan. (Chamil Wariya, 2010).
-
7/28/2019 Assigment DEB
10/28
10
Di samping itu juga, kerajaan juga memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat
melalui pelbagai jenis subsidi dan bantuan kepada petani-petani getah, padi dan
nelayan juga telah disediakan.Antara bantuan yang telah dihulurkan ialah bantuan
alat-alat pengeluaran yang canggih, subsidi baja dan benih, khidmat nasihat,
kemudahan-kemudahan pinjaman serta pemasaran dan pembukaan pusat-pusat
kemajuan baru. (Yusof Ismail, 2010). Hal ini memberi nilai tambah kepada daya
pengeluaran dan pendapatan penduduk luar bandar.Dengan adanya subsidi dan
bantuan ini membolehkan pengeluaran hasil yang lumayan dalam tempoh yang
singkat. Penduduk di luar bandar tidak lagi terikat dengan pertanian tradisional yang
hanya tertumpu kepada aktiviti sara diri sahaja.
Kerajaan juga telah pun mewujudkan skim perairan raksaksa bagi kawasan-
kawasan tanaman padi seperti MUDA, KEMUBU dan lain-lain. Lembaga Padi Beras
Negara dibentuk untuk menyelaraskan pelbagai kegiatan pengeluaran, pemprosesan
dan pemasaran padi dan beras yang dihasilkan oleh penduduk luar bandar.Hal ini
secara langsung dapat meningkatkan pendapatan mereka serta membangunkan
sektor luar bandar dan pertanian seterusnya dapat meningkatkan pendapatan kaum
Bumiputera.Jurang perbezaan pendapatan antara kaum di kawasan bandar dan di
kawasan luar bandar juga dapat dikurangkan hasil daripada penyediaan skim ini.
Pelbagai kemudahan sosial dan infrastruktur seperti kemudahan elektrik,jalan raya, klinik, bekalan air paip dan sebagainya juga telah pun diberikan kepada
penduduk luar bandar.Kemudahan-kemudahan ini diberikan oleh kerajaan bertujuan
untuk memodenkan taraf hidup penduduk luar bandar.Dengan adanya kemudahan
ini juga, mereka boleh berhubung dengan penduduk bandar bagi memajukan
kawasan mereka.
-
7/28/2019 Assigment DEB
11/28
11
4.2 Penyusunan Semula Struktur Masyarakat
Bagi membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan
pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, kerajaan telah meningkatkan daya
pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui proses
pemodenan kawasan-kawasan luar bandar. Dengan cara mengadakan pelbagai
program bagi sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian, pelombongan,
pembinaan, pedagangan, pelajaran, pengangkutan, perumahan dan sebagainya,
telah membawa golongan miskin ke tahap yang lebih baik.
Institusi yang sedia ada seperti MARA, Fama, MIDF dan Mardi turut
digerakkan untuk mencapai matlamat DEB dalam membangunkan sektor luar bandar
dan pertanian.Bagi membuktikan bahawa kerajaan serius untuk membantu orang
Melayu mendapatkan haknya yang sah dalam kekayaan negara, sebilangan institusi
ditubuhkan untuk mengambil bahagian secara langsung dalam pelbagai kegiatan
ekonomi negara. Institusi seperti Perbadanan Nasional atau Pernas, Bank
Pembangunan Pertanian, Lembaga Pembangunan Bandar (UDA), Lembaga Padi
Beras Negara (LPN), Lembaga Pertubuhan Peladang, Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri dan sebagainya ditubuhkan untuk menyalurkan pinjaman kepada
peladang dan petani untuk memodenkan sektor petanian. (Chamil Wariya,2010).
Strategi perindustrian untuk menyusun semula masyarakat dalam konteksekonomi yang berkembang memberi keutamaan kepada usaha-usaha mengalakan
tenaga buruh yang banyak, penyertaan kaum Bumiputera dalam semua peringkat
pengurusan dan pengeluaran, perkongsian modal dan lain-lain kegiatan ekonomi
berasakan sumber alam tempatan. Perusahaan beroreintasikan eksport dan galakan
penempatan perusahaan-perusahaan juga dijalankan di negeri-negeri yang kurang
maju seperti Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Untuk mencerminkan corak penduduk yang berbilang kaum, kerajaan telah
membuat penyusunan semula corak gunatenaga di semua peringkat dan
kategori.Kerajaan juga menjalankan usaha membentuk masyarakat perdagangan
dan perindustrian di kalangan Bumiputera dalam semua peringkat kegiatan ekonomi.
Hal ini bertujuan supaya kaum Bumiputera dapat menjadi rakan sepejuangan kepada
kaum bukan Bumiputera dalam kegiatan-kegiatan ekonomi moden. Hal ini dapat
mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan dikalangan kumpulan-kumpulanetnik
utama dan antara kawasan bandar dan luar bandar.
Kerajaan juga menumpukan pemilikan ekuiti pelbagai perusahaan kepadaBumiputerasebagai salah satu usaha meningkatkan tahap ekonomi mereka.Oleh
-
7/28/2019 Assigment DEB
12/28
12
yang demikian, kerajaan menegaskan pola yang lebih seimbang dalam pemilikan
ekuiti-ekuiti dalam semua sektor ekonomi adalah perlu.Namun begitu, kerajan tidak
merampas hak bukan Bumiputera dan pelabur asing.Sebaliknya, kek ekonomi
diperkembangkan. Kerajaan telah mensasarkan bahawa dalam tempoh dua puluh
tahun, orangMelayu dan peribumi lain akan memiliki dan menguruskan sekurang-
kurangnya 30% daripadaseluruh kegiatan ekonomi dalam semua kategori. Secara
keseluruhannya, Kerajaan telah memperluaskanpemilikan dengan menetapkan
sekurang-kurangnya 30% adalah untuk pemilikan bumiputera, 40%untuk kaum lain
dan juga 30% untuk pelabur asing. (Chamil Wariya, 2010).
Dalam prosespenstrukturan semula pemilikan aset pula, kerajaan
memfokuskan pemilikan aset fizikal sepertitanah, rumah, bangunan perdagangan
dan aset-aset kewangan kepada Bumiputera.Untuk memastikan sektor swasta
mencerminkan objektif dan keperluan negara, kerajaan telah menggunakan autoriti
pelesenan, struktur cukai dan belanjawan, insentif kewangan, peraturan-peraturan
khusus dan sistem-sistem lain insentif serta kawalan.
Dasar Ekonomi Baru ini jelas membuka ruang baru kepada orang Melayu
untuk menyertai arus perdana ekonomi negara.Hal ini kerana kerajaan telah banyak
membantu dalam bidang pendidikan.Bidang pendidikan digunakan dengan
sepenuhnya untuk melatih orang Melayu mendapat akses pengajian peringkattinggi.Menerusi agenda ini, orang Melayu memperolehi kemahiran baru yang
membantu mereka mendapatkan pekerjaan untuk meningkatkan mobiliti sosial
kepada tahap yang lebih tinggi.Dengan itu maka wujudlah kelas pertengahan dalam
kalangan orang Melayu.Bagi membetulkan ketidakseimbangan siswa Melayu dan
bukan Melayu, kerajaan telah memperkenalkan sistem kuota.Sebanyak 55 peratus
tempat di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan diperuntukan kepada siswa Melayu,
manakala selebihnya diperuntukan kepada siswa bukan Melayu. (Chamil Wariya,
2010). Hal ini dapat mengurangkan pesaingan yang hebat di antara siswa Melayudan bukan Melayu.
Pelajar-pelajar Melayu juga dibantu untuk menguasai subjek kritikal seperti
sains dan matematik di sekolah menengah.Hal ini membolehkan pelajar-pelajar
Melayu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan serta
pelbagai bidang sains dan matematik di peringkat universiti. Mereka yang lulus
cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihantar ke luar negara untuk
menyambung pengajian.
-
7/28/2019 Assigment DEB
13/28
13
5.0 PENCAPAIAN YANG BERJAYA DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH 20 TAHUN.
5.1 RANCANGAN MALAYSIA KEDUA ( RMK-2 )
Sumber manusia dan peluang pekerjaan.
Malaysia mengalami kadar pertambahan penduduk yang tinggi iaitu 2.7
peratus. Pada tahun 1975, jumlah penduduk dianggarkan 12 249 000 orang.
Daripada jumlah tersebut, 10 385 000 orang tinggal di Semenanjung Malaysia,751
000 di Sabah dan 1 113 000 di Sarawak. Mereka terdiri daripada 54.7 peratus orang
Melayu dan bumiputera yang lain, 34.2 peratus adalah orang Cina, 9.0 peratus orang
India dan 2.1 % lain-lain. Daripada jumlah orang dewasa,seramai 4225 000 orang
mempunyai pekarjaan dan 297200 orang (7 %) menganggur. Walaupun, ini
merupakan pengurangan sebanyak 0.4 % daripada tahun 1970, tetapi peratus ini
masih membimbangkan.Seperti sebelumnya, sektor pertanian mendahului sektor-
sektor lain dalam membekalkan pekerjaan iaitu sebanyak 46.2%. Sektor
perkhidmatan 18 %, sektor perniagaan pula sebanyak 13.9 %, sektor pembuatan
sebanyak 10.9 %, sektor pengangkutan dan simpanan dan komunikasi pula
mencatatkan 4.9 %. Sektor pelombongan, kuari dan binaan masing-masing
menyumbangkan 2.5 % dan 2.9%.hasil ini menunjukan bahawa perlombongan tidak
lagi menjadi ekonomi yang terpenting di Malaysia. Ia tidak menyerupai pada tahun-
tahun sebelum ini di mana perlombongan menjadi sektor yang menjadi penyumbangterbesar dalam ekonomi atau pendapatan utama untuk negara.
Rancangan ini berjaya menambahkan peratusan penglibatan orang Melayu
dalam sektor pembuatan iaitu meningkat daripada 28.9 % kepada 33.1 % dan
perniagaan meningkat daripada 23.5 % kepada 31.6 %. Hal ini menunjukan corak
penglibatan orang Melayu yang bertambah dalam sektor perniagaan di Malaysia.
Dalam industri perintis pula orang Melayu telah memegang 50.6% pekerjaan, orang
Cina pula telah memegang sebanyak 37 % dan orang India sebanyak 11.8 %.
Peningkatan yang ketara telah dilihat dalam majoriti pemegangan peratus perkerjaan
di Malaysia selepas percetusnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini. Walau
bagaimanapun terdapat juga sektor yang kurang mendapat impak daripada Dasar
Ekonomi Baru (DEB) ini seperti sektor pertanian dan penggunaan. Dalam sektor
petanian dan penggunaan, peranan orang Cina masih kecil dan peranan orang India
pula menurun.Pada keseluruhannya orang Melayu dan India masih menguasai
sektor ini.Walaupun terdapat perubahan dalam imbangan jenis perkerjaan dalam
kalangan kaum, kewujudan kemiskinan masih lagi ketara.Penyelidikan yang
dijalankan mendapati bahawa mereka yang pendapatannya di bawah garis
-
7/28/2019 Assigment DEB
14/28
14
kemiskinan adalah dianggap golongan miskin.Walaupun kebanyakan majoriti
golongan miskin ini terdapat di kawasan luar bandar yang menjalankan aktiviti
pertanian, namun hal ini tidak menafikan bahawa kemiskinan wujud di kawasan
bandar.Pada tahun 1970, golongan petani miskin di Semenanjung Malaysia ialah
sebanyak 68.3 %. Pada tahun 1975, kadar ini menurun kepada 63.0 %. Dalam
sektor bukan pertanian, keadaan kemiskinan ialah 49.3 % pada tahun 1970 dan
berkurangan kepada 33.8 % pada tahun 1975. Kebanyakan pengguna yang miskin
terdiri daripada pekebun kecil getah dan pekerja ladang, pesawah padi, nelayan,
pekebun kecil kelapa, penghuni kampung-kampung baru, serta penduduk bandar
yang menganggur atau berpandapatan kecil. Di Sabah dan Sarawak, pada tempoh
yang sama keadaan kemiskinan adalah sama, iaitu dalam kalangan petani dan
buruh pertanian yang merangkumi 80 % di Sabah, dan 90 % di Sarawak.
Kekurangan tanah adalah antara sebab kemiskinan dalam sektor
pertanian.Dengan itu, seluas satu juta ekar tanah baru telah dibuka dalam tempoh
RMK-2. Felda telah memainkan peranan yang penting dengan membuka 412 000
ekar dan menempatkan 13 800 keluarga antara tahun 1971 sehingga tahun 1985.
FELCRA juga telah membantu membangunkan 19 000 ekar tanah untuk belia, 39
300 ekar untuk rancangan tanah pinggir dan 9100 ekar untuk tanah pemulihan.Pihak
swasta pula telah membuka dan membangunkan 14 peratus daripada jumlah tanah
kesemuanya. Untuk melicinkan pemprosesan hasil pekebum-pekebun kecil getah,
Malaysian Rubber Development Corporation (MARDEC), Rubber Development
Centres (RDC), Rubber Industry Small Holders Development Authority (RISDA) dan
bagi pengusaha nanas, Malaysia Pineapple Industry Board (MPIB) ditubuhkan.
Dalam tempoh RMK-2 ini, JabatanaParit dan TAli Air telah berupaya mengairi 324
000 ekar tanah padi di Semenanjung Malysia.Daripada keluasan itu, 272 000 ekar
telah ditanam dengan pada dua kali setahun.Rancangan Muda telah selesai dibina
pada tahn1974 dan membuka 152 000 ekar sawah padi untuk keluaran dua kali
setahun.Rancangan ini adalah seperti Kerian dan Trans-Perak. Di Sabah, 8000 ekar
dan Sarawak, 2800 ekar juga telah dibuka, sebahagian daripada tanah tersebut
ditanam dengan padi dua kali setahun.
Dalam bidang penternakan, Lembaga Kemajuan Teranakan Negara
(MAJUTERNAK) telah ditubuhkan pada tahun 1972, bertujuan untuk membangunkan
dan memperdagangkan daging lembu dan keluaran-keluaran lain daripada sektor
ini.Cara penyembelihan dan pemprosesan juga telah dimodenkan. Satu kawasan
ladang teranakan dan padang rumput juga telah dibuka. Dalam bidang perikanan
-
7/28/2019 Assigment DEB
15/28
15
Lembaga Keamjuan ikan Malaysia (MAJUIKAN) telah ditubuhkan untuk tujuan yang
sama bagi industry perikanan.
Pertubuhan-pertubuhan koperasi telah memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan kawasan luar Bandar.Pada akhir RMK-2, seramai satu jutaorang telah menjadi ahli yang mempunyui modal keseluruhan berjumlah $300 juta.
Selain daripada penglibatan dalam pertanian dan perikanan, pertubuhan tersebut
telah mula berkembang ke dalam sektor berkembang ke dalam sektor lain seperti
insurans, perumahan, pembangunan tanah, kredit dan perbankan, pengangkutan
dan pembekalan. Orang asli yang berjumlah kira-kira 53 000 kesemuanya juga hidup
dalam kemiskinan.0leh itu, kerajaan berazam untuk menyelaraskan mereka ke
dalam ekonomi asas tani seperti dalam penanaman getah, kelapa dan juga pertanian
jangka pendek seperti ubi kayu, pisang, sayur-sayuran buah-buahan.Mereka juga
diserapkan ke dalam pembangunan pendidikan dan juga menjalani latihan-latihan
vokasional.Sebahagian daripada mereka telah mula diserapkan dalam kerja-kerja
pentadbiran, khususnya di Jabatan Orang Asli.
Pembangunan perbandaran
Pembangunan perbandaran turut dilaksanakan seiring dengan program
pembasmian kemiskinan dan pembangunan bagi orang Melayu atau
bumiputera.Pusat-pusat Bandar dirancang dan diwujudkan di negeri-negeri yang
kurang maju. Bandarbandar ini dihubaungkan dengan infrastruktur dan kemudahan
yang lain supaya Bandar tidak lagi berkelompok di kawasan-kawasan tradisi sahaja.
Bandar-bandar inijuga dibina secara bersepadu dengan pembangunan ekonomi
yang baru,seperti Pahang, Kelantan, dan Terengganu. Di Pahang, kuantan dijadikan
sebuah pusat Bandar dengan kemudahan lapangan terbang, lebuh raya yang
menghubungkannya dengan Kuala Lumpur. Pahang Tenggara dan Terengganu
Tengah yang merupakan kawasan pembukaan tanah baharu.Ia juga menjadi llaluan
ke kawasan-kawasan lain ke Kelantan. Di kawasan tengah pula, Kuala Lumpur
sudah pun menjadi Bandar raya pusat dengan Lembah Kelang sebagai kawasan
industri dan pelabuhan yang pesat pembangunannya.Di utara, Georgetown, Pulau
Pinang menjafdi pusat terbesar.Ia dihubungkan dengan kemudahan-kemudahan
perbandaran dengan Ipoh, Sungai Petani, Alor Star dan Kangar di Perlis. Di selatan,
Johor Bahru telah pesat pembangunannya da ia disokong dengan pembukaan
lapangan terbang di Senai dan perlabuhan di Pasir Gudang.
-
7/28/2019 Assigment DEB
16/28
16
Pelajaran
Perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
rendah yang menggunakan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat telah
dapat dicapai.Penstrukturan sistem pelajaran yang memberikan tumpuan kepadasains dan matematik juga Berjaya melahirkan sumber manusia yang berkelayakan
dalam bidang-bidang ini. Program untuk memberikan latihan teknikal kepada orang
Melayu dan bumiputera lain juga berjalan dengan lancar. Peratus kemasukan pelajar
di sekolah-sekolah rendah dan menengah telah bertambah.Sekolah berasrama
penuh berjumlah 10 buah telah Berjaya disiapkan dan dapat menempatkan 9240
murid yang kebanyakannya dari luar bandar.Latihan yang lebih khusus telah
diwujudkan bagi menangani masalah kekurangan masalah kekurangan guru. Maktab
Rendah Sains MARA telahmeningkatkan pengambilan murid-murid daripada 150
orang pada tahun 1972 kepada 1259 orang pada tahun 1975. MARA juga telah
memberikan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar Melayu dan bumiputera yang lain
untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains,teknologi dan khusus-khusus
ikhtisis yang lain.
Sukatan pelajaran dan program-program di peringkat sekolah dan pengajian
tinggi telah diselaraskan dengan rancangan pembangunan ekonomi
sosial.Kementerian Pelajaran telah menerima bantuan teknikal dan latihan daripadanegara-negara luar dan menyalurkannya ke pusat-pusat pembelajaran dan
pengajaran yang sewajarnya.Sekumpulan sukarelawan telah membantu dalam
pengajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah.Bilangan pelajar Melayu yang
telah menjaya meanjutkan pelajaran di peringkat tinggi bertambah dalam tempoh
rancangan ini. Pada keseluruhannya,bilangan pelajar semua kaum di kolej-kolej dan
university tempatan telah meningkat daripada 13324 orang kepada 31529 orang
dalam tempaoh 1971-1975.untuk menyelaraskan piawaian mutu pendidikan dan
latihan khususnya dalam bidang vokasional, Lembaga Pensijilan Latihan Industri danPerdagangan Kebangsaan telah ditubuhkan. Beberapa kementerian juga telah
melaksanakan program latihan masing-masing seperti Kementerian Belia dan Sukan
telah mengadakan latihan melalui Pasukan Pembangunan Belia Kebangsaan dan
Pasukan Perintis Belia Kebangsaan.
-
7/28/2019 Assigment DEB
17/28
17
Kerjasama ekonomi serantau dan antarabangsa.
Selaras dengan rancangan pembangunan dalam negara. Malaysia sedar
akan kedudukan dan perhubungannya di arena antarabangsa. Ia berusaha untuk
mengukuhkan perhubungannya di peringkat antarabangsa, serantau dan rantau-rantau kecil. Malaysia juga telah memainkan peranan yang sangat penting dalam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),
Rancangan Colombia dan lain-lain.Malaysia juga telah mengukuhkan hubungannya
dengan Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC). Selain itu, Malaysia menjadi tuan rumah
kepada pusat Pentadbiran Pembangunan Asia atau ACDA untuk melatih pegawai-
pegawai kanan di rantau ini. Malaysia juga telah menjadi Pusat Pelajaran Sains dan
Matematik Serantau (RECSAM) yang dibina di Pulau Pinang. Manakala kerjasama
dengan negara-negara islam telah dimulakan pada tahun 1969 dan beberapa projek
bersama telah dilaksanakan seperti IDB dan The Islamic Cultural Centre. Malaysia
telah membelanjakan kira-kira $40 juta antara tahun 1971 untuk menyediakan latihan
kursus, perundingan dan khidmat nasihat dalam pelbagai bidang kepada negara-
negara luar.Khusus dan latihan tersebut dijalankan melalui agensi-agensi seperti
RECSAM, INTAN Pusat Latihan Telekom, ACDA, Institut Latihan Industri.
Pentadbiran dan penyelarasan
Semua rancangan di atas tidak mungkin berjaya jika tiada penyelarasan
dalam pentadbirannya.beberapa agensi telah dikenal pasti sebagai tulang belakang
kepada rancangan-rancangan yang telah dirangka dan disusun. Ia terdiri daripada
Unit Perancang Ekonomi dan Unit Perancang Umum dan Penyelidikan
Sosioekonomi Jabatan Perdana Menteri, agensi-agensi terpenting kerajaan seperti
Bank Negara, bahagian-bahagian tertentu dalam kementerian-kementerian, Unit
Perancang Ekonomi Negari-negeri dan beberapa Jawatankuasa Penasihat
Persekutuan dan negeri. Pengerak kepada perlaksanaan pembangunan dikawal
oleh bilik-bilik gerakan dari peringkat Persekutuan, negeri-negeri dan daerah-
daerah.Untuk memastikan semua pertubuhan awam ini bekarja bersama-sama dan
selaras dengan objektif-objektif pembangunan seperti yang telah dirangka,
Kementerian Perusahaan Awam telah ditubuhkan.Pegawai-pegawai kanan dan
pakar-pakar dari Persekutuan ditempatkan di peringkat negeri-negeri untuk
memastikan pembangunan berjalan seiring bagi seluruh negara.
-
7/28/2019 Assigment DEB
18/28
18
5.2 RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (RMK 3)
Sturktur Pengeluaran.
Dalam tempoh RMK-3, banyak perubahan sturktur dalam pengeluaran telah
berlaku dan jenis-jenis aktiviti telah dipelbagaikan.Justeru itu, jenis-jenis pekerjaan
mengikut bidang-bidang ekonomi juga telah berubah dengan ketara. Ini adalah
kesan kepada tumbuhnya rangkaian kerja-kerja yang saling berhubung kait antara
satu sama lain dari segi pengguna teknologi,pelaburan,pemasaran, komunikasi,
infrasturktur dan pengguna jentera kerajaan dalam pengurusan ekonomi. Dalam
tempohrancangan ini, ekonomi asas negara masih lagi bertumpu kepada pertanian,
tetapi denagan peratus yang berkurangan.Ini diikuti oleh sektor pembuatan,
perkhidmatan awam, perdagangan borong dan runcit, perhotelan dan
restoran.Petroleum dan gas pula memainkan peranan utama dalam sektor
perlombongan untuk tempoh ini.
Pertanian.
Dalam sektor pertanian, getah masih memainkan peranan yang
penting.Tanaman baru dan tanaman semula dengan menggunakan benih yang lebih
baik terus dilaksanakan.Dalam tempoh RMK-3 ini, keluasan tanah yang baru dalam
sektor kebun kecil sahaja berjumlah 115 870 hektar, iaitu melebihi keluasan tanamanbaru getah dalam tempoh RMK-2.Tanah yang ditanam semula juga bertambah
menjadikan sektor kebun kecil menyumbangkan 60 peratus keluaran getah negara.
Sebaliknya sumbangan sektor perladangan dalam pengeluaran getah
merosot kerana penanaman getah telah digantikan dengan kelapa sawit yang mula
mendapat harga pasaran yang lebih baik.Tanaman kelapa sawit bertambah daripada
308 800 hektar pada tahun 1970 kepada 890 000 hektar pada tahun 1980.Pekebun-
pekebun kecil juga telah mula menanam kelapa ssawit dan keluasannya
bertambah.Agensi-agensi kerajaan seperti FELDA dan RISDA telah memainkan
peranan yang penting dalam kejayaan sektor kebunkebun kecil ini. Sumbangan
kelapa sawit dalam pengeluaran pertanian pada keseluruhannya meningkat daripada
9.6 peratus pada tahun 1970 kepada 25 peratus padda tahun 1980. Ini menjadikan
Malaysia pengeluar dan pengeksport kelapa sawit yang paling terbesar dunia.
Pengeluaran balak bergergaji dari Malaysia Barat juga meningkat secara
mendadak.Ia melibatkan 34 peratus daripada jumlah pengeluaran balak setiap tahun
antara tahun 1976-1980. Kesannya terdapat kekurangan kayu balak yang
-
7/28/2019 Assigment DEB
19/28
19
menyebabkan kerajaan memperkenalkan Dasar Perhutanan Negara pada tahun
1978.Dasar ini menentukan pengurusan dan penggunaan smber-sumber hutan
secara teratur dan berkesan.Di Sabah dan Sarawak, usaha-usaha untuk memulihkan
huttan juga dilakukan.
Tanaman padi juga bertambah dengan penggunaan benih yang dapat
mengeluarkan hasil dua kali setahun.Ini disokong dengan bantuan daripada
rancangan-rancangan saliran, seperti Kuala Muda dan Kmubu. Keluasan tanah padi
meningkat sedikit daripada 462 900 hektar pada tahun 1970 kepada 477 500 hektar
pada tahun 1980 atau 3.1 peratus. Daripada keluasan tersebut, 56 peratus
mengeluarkan hasil dua kali setahun dan ini menambahkan hasil pengeluaran
padi.Walau bagaimanapun pada umumnya, pengeluaran padi dalam tempoh RMK-3
ini kurang memuaskan kerana keadaan cuaca yang buruk.
Perlombongan.
Pengeluran dari sektor ini bertambah kepada 8.9 peratus dalam tampoh
1976-1980.Pengeluaran petroleum mentah bertambah daripada 29 peratus kepada
63 peratus sehari pada tahun 1980. Pada mulanya kebanyakan petroleum didapati di
Sarawak, tetapi ia berkembang ke kawasan Semenanjung dan Sabah apabila
beberapa penemuan baru ditemui. Dengan adanya Akta Kemajuan Petroleum dan
pembentukan PETRONAS pada tahun 1974, syarikat-syarikat minyak yang
beroperasi di Malaysia mula menandatangani Perjanjian Perkongsian Pengeluaran
yang menetukan bahagian masing-masing. Sebaliknya, pengeluaran bijih timah
menurun daripada 53 peratus pada tahun 1970 kepada 33 peratus pada tahun 1980,
kerana simpanannya berkurangan.
Pengurangan Kemiskinan.
Peratus kemiskinan pada tahun 1970 adalah 49.3 peratus berbanding
dengan 29.2 peratus pada tahun 1980.Pencapaian ini adalah hasil daripada
keberkesanan strategi di bawah DEB yang menekankan kepentingan bantuan
kemudahan-kemudahan dan sokongan dalam sektor pertanian, dan sektor-sektor
lain yang menjana pelbagai peluang pekerjaan, serta penyediaan perkhidmatan
perkhidmatan kemasyarakatan, termasuk pelajaran, kesihatan, perumahan, air, dan
elektrik.
Langkah-langkah juga di pergiatkan untuk mengurangkan keadaan
kemiskinan di Sabah dan Sarawak termasuk pemulihan pengguana tanah, terutama
-
7/28/2019 Assigment DEB
20/28
20
sekali dalam kawasan-kawasan tanah adat.pada tahun 1976-1980, Lembaga
Penggabungan dan Pemulihan Tanah Sarawak telah membantu kira-kira 500 isi
rumah untuk memulihkan tanah mereka, serta menanam semula kebun kecil getah
dan memberikan kemudahan saliran ke atas sawah padi. Di Sabah, Koperasi
Pembangunan Desa telah berjaya menggiatkan usaha petani-petani untuk
memasarkan hasil pertanian mereka, seperti jagung, kopi, halia, kacang soya, lada
hitam dan sayur-sayuran. Umumnya, kemiskinan bukan sahaja wujud mengikut
bidang ekonomi, tetapi juga mengikut kawasan luar Bandar dan Bandar. Dalam
tempoh ini, kadar purata kemiskinan di luar Bandar ialah 86.7 peratus berbanding
dengan 13.6 peratus di Bandar.
Pelajaran dan Latihan.
Sepanjang tempoh perlaksanaan Rancangan Malaysia, pembangunan
pelajaran dan latihan adalah dirancangan supaya ia dapat mengeluarkan tenaga
manusia yang berkebolehan dan mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan selaras
dengan tujuan DEB, khususnya dalam bidang sains, teknologi dan pengurusan.
Antara tahun 1971-1980 perkembangan pelajaran di institusi pengajian tinggi amat
pesat. Pada tahun 1970, hanya wujud dua buah university, iaitu Universiti Malaya
(UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Pada tahun 1975., bilangan university
bertambah dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), UniversitiPertanian Malaysia (UPM) yang dinaik taraf dari Kolej Pertanian Serdang, dan
Universiti Tenologi Malaysia (UTM) yang dinaik taraf dari Institusi Teknologi
Kebangsaan. Institusi Teknologi MARA (ITM), Kolej Tunku Abudul Rahman (KTAR)
dan Politeknik Ungku Omar, masing-masing ditambahbesarrkan dengan kursus-
kursus baru dan kemudahan yagn sewajarnya. Pada tahun 1976, Politeknik Kuantan
pula dibuka. Jumlah pelajar di institusi pengajian tinggi keseluruhannya meningkat
tiga kali ganda daripada 11 000 orang pada tahun 1970 kepada 34 300 orang pada
tahun 1980.
Bagi menampung kekurangan dan melengkapkan tenaga pekerja yang mahir
dan separa mahir, sektor swasta digalakkan memberikan latihan sambil bekerja.
Sektor awam, melaui Kementerian Pelajaran, Kementerian Buruh dan Tenaga
Manusia, Kementerian Pertanian, Kementerain nKebudayaan, Belia dan Sukan,
serata MARA, juga memberikan latihan-latihan vokasional, teknikal dan pertanian.
Sekolah-sekolah vokasional, Institut Kemahiran MARA, institute Latihan Industri,
Politeknik Ungku Omar, KTAR dan Politeknik Kuantan juga melatih tenaga manusia
-
7/28/2019 Assigment DEB
21/28
21
yang mahir dan separa mahir. Seamai 87300 pelajar telah menerima latihan dari
institusi-institusi ini antara tahun 1971-1980.
5.3 RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT ( RMK-4 )
Pertanian
Sektor pertanian telah dipelbagaikan dalam usaha untuk meningkatkan
pendapatan negara. Keluasan tanaman kelapa sawit yang menjadi tunjang kepada
sektor pertanian sejak tahun 1981, ditambah sebanyak 1.5 juta hektar atau
peningkatan keluasan pada kadar 7.4 % setahun.pengeluaran minyak kelapasawit
juga terut mngalami peningkatan pada tahun 1980 yang menyumbang kepada
peningkatan sektor pertanian negara. Sumbangan getah berkurangan kerana
permintaan dan tawaran harga yang lembab.kemerosotan ini juga dipengaruhi oleh
pengecilan kawasan ladang yang ditanam dengan getah disebabkan sektor ladang
telah banyak mengubah jenis pertaniannya kepada yang lain. Walaupun keluasan
kebun kecil bertambah, peningkatan ini tidak dapat mempengaruhi pengeluaran
getah.Pengeluaran balak juga berkurangan kerana permintaan yang lemah dan
kekurangan kawasan yang dapat diterokai. Demikian juag dengan pengeluaran padi
yang telah merosot pada tempoh yang sama.
Pembasmian kemiskinan.
Objektif utama DEB ialah untuk mengurangkan kadar kemiskinan. Dalam
tempoh RMK-4, objektif ini telah dicapai dimana kadar kemiskinan secara
keseluruhannya telah dikurangkan daripada 49.3 % pad tahun 1970 kepada 18.4 %
pada tahun 1984. Kejayaan ini adalah hasil daripada pelbagai aktiviti ekonomi yang
diperkenalkan di bandar dan juga di luar bandar serta latihan-latihan kemahiran yang
telah diberikan kepada tenaga kerja di pelbagai sektor di negara ini. Antara kelompok
miskin utama adalah pekebun-pekebun kecil getah iaitu sebanyak 58.2 % pada
tahun 1984, penanam padi sebanyak 80.3 % pada tahun 1976 dan menurun kepada
57.7 % pada tahun 1984. Kerjaan telah membuat beberapa langkah untuk menaik
taraf hidup masyarakat melalui penyediaan kemudahan awam, pelajaran, kesihatan
dan kebersihan, bekalan air, bekalan elektrik dan jalan raya.
Kerajaan juga telah memberikan bantuan kredit sara hidup dan lain-lain
bantuan sementara mereka menunggu tanaman mereka matang melalui agensi-agensi RISDA. Justeru iu seramai 77000 pekebungetah kecil telah menerima faedah
-
7/28/2019 Assigment DEB
22/28
22
ini pada tahun 1981-1985, manakala seramai kitra-kira 314000 penanam padi
menerima bantuan daripada projek tali air dalam tempoh yang sama. Bagi nelayan
mereka talah mendapat bantuan daripad MAJUIKAN berupa kelengkapan untyk
menangkap ikan seperti bot,pukat dan pengenalan projek ternakan ikan. Bagi
penduduk Bandar yang berpendapatan rendah pula telah diberikan peluang bekerja
dalam sektor pembuatan, pembinaan, perdagangan dan perkhidmatan. Dalam
tempoh tahun 1981-1985,sebanyak kira-kira 500000 jenis pekerjaan telh diwujudkan
dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.6 %. RMK-4 juga turut menitikberatkan
keperluan asa dan mutu kehidupan setiap rakyat. Ini merangkumi dua perkara
penting iaitu keperluan penggunaan yang minimum seperti makanan, tempat
tinggal,pakaian dan peralatan rumah tertentu dan kedua,perkhidmatan asa seperti air
minuman yang selamat, kebersihan, pengangkutan awam, kemudahan kesihatan
serta pelajaran. Semua keperluan tersebut diberikan secara bersepadu.Dalam
kawasan yang terpencil pula ditempatkan klinik-klinik bergerak disediakan.Hasilnya
taraf kesihatan penduduk telah bertambah baik.Hal ini telah dibuktikan dengan
jangka hayat yang lebih panjang.
Penyusunan semula masyarakat
Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang DEB, program penyusunan
semula masyarakat diusahakan supaya jurang pendapatan di kalangan etnik utamaantara bandar dan luar bandar, antara petani dan bukan petani antara kategori
dengan yang lain dapat dikurangkan. Corak guna tenaga pemilikan dan penguasaan
dalam sektor syarikat, juga akan disusun semula. Dalam penyusunan semula
masyarakat,guna tenaga merupakan factor penting. Antara tahun 1981-1985 jumlah
guna tenaga bumiputera telah meningkat pada kadar 2.6 % berbanding dengan guna
tenaga Cini dan India yang mesing-masing meningkat pada kadar 2.5 % setahun.
Dalam proses untuk menyusun semula mesyarakat, pelajaran dan program
latihan telah dipergiatkan. Pada tahun 1980 bilangan pelajar yang berdaftar di
institusi pengajian tinggi di falam dan luar negara adalah 76600 orang. Bilangan
bumiputera merupakan 45 %, Cina 45 % dan India 9 % dan lain-lain 1 %.pada tahun
1985, jumlah semua pelajar meningkat kepada 136300 orang yang terdiri daripada
52 % bumiputera, 39 % Cina dan 9 % India.
Pembelian saham beberapa buah bank, syarikat perladangan dan syarikat
perlombongan telah meningkatkan hak milik modal saham bumiputera.Misalnya,
bumiputera telah memiliki Harrisons Malaysian Plantation Berhad, Kumpulan Guthrie
-
7/28/2019 Assigment DEB
23/28
23
Sdn. Bhd, dan United Plantation Berhad. Selain daripada itu, Perbadanan-
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan Lembaga Urusan dan Tabung
Haji (LUTH) juga mempunyai saham-saham yang sama bagi pihak bumiputera.selain
daripada itu, syarikat amanah juga melibatkan diridi peringkat eksekutif dalam
pengurusan dan pembuat dasar bagi pihak bumiputera seperti PNB, PERNAS, Bank
Pembangunan Malysia Berhad (BPMB) dan Kompleks Kewangan Malaysia Berhad
(KKMB).
Dasar pembangunan wilayah dan Bandar-bandar
Pembangunan negara diselaraskan dan diseragamkan mengikut wilayah
yang lebih besar iaitu Wilayah Utara, Tengah, Selatan dan Timur, Sabah dan
Sarawak. Wilayah Utara yang mengandungi negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan
Perak menumpukan pembangunan kepada industry pembuatan yang berpusatkan
pada bandar-bandar Georgetown, Ipoh, Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim.
Wilayah Tengah termasuk Selangor, Wilayah Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan
Melaka mengalami pembangunan yang terbaik dalam negara dengan Kuala Lumpru
mempunyai kepesatan pembangunan dan jumlah penduduk tertinggi. Wilayah
Selatan pula mengandungi negeri Johor dan pembangunan dipusatkan di Johor
Bharu yang kemudiannya diluaskan ke Pasir Gudang, Batu Pahat, Kluang dan juga
Segamat. Wilayah Timur yang merangkumi negeri Pahang, Kelantan danTerengganu mempunyai beberapa projek penerokaan tanah yang besar untuk
pertanian seperti Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Wilayah
Jengka (JENGKA), Lembaga Kemajuan Tenggara (KEJORA), Lembaga Kenajuan
Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
(KETENGAH).
5.4 RANCANGAN MALAYSIA KELIMA ( RMK-5 )
Perindustrian
Sektor perindustrian merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara
dalam RMK-5.Eksport pembuatan merupakan sumbar terbesar pendapatan tukaran
asing.Perkembangan sektor ini berpandukan kepada Pelan Induk Perindustrian (PIP)
tahun 1986-1995.Ia menyediakan rancangan petunjuk jangka panjang untuk
pembangunan sektor kecil yang khusus, dasar-dasar sokongan dan bidang-bidang
yang perlu penekanan. Sektor-sektor kecil iaitu industry berasaskan sumber dikenal
-
7/28/2019 Assigment DEB
24/28
24
pasti. PIP juga telah memberi garis panduan yang perlu dijalankan seperti penyatuan
galakan fisikal, penggalakan pelaburan, pewujudan rantaian, kepentingan ekspt dan
latihan. Penyelidikan dan pembangunan yang berterusan amat ditekankan di
samping program-program peningkatan kecekapan dan daya saing. Dengan adanya
PIP sektor swasta dapat memberikan kerjasama yang ketara dengan sektor awam.
Kerajaan telah mewujudkan suasana yang lebih menarik untuk pembangunan
perindustrian dengan mengurangkan halangan-halangan prosedur pentadbiran yang
lembapkan tindakan .justeru, Akta Galakan Pelaburan (PIA) telah diperkenalkan
pada tahun 1986. Akta Cukai Pendapatan tahun 1967, telah dipinda dengan
menyediakan galakan pelaburan yang liberal kepada bakal-bakal pelabur. Arahan
pengecualian di bawah Akta Penyelarasan Perindustri tahun 1975, telah
dilonggarkan bagi mengecualikan keperluan lesen pengilangan kepada syarikat-
syarikat pembuatan yang mempunyai dana pemegang saham yang kurang daripada
$2.5 juta atau 75 orang pekerja.
Pertanian.
Sehingga tahun 1990 sektor pertanian telah menyumbangkan lebih daripada
satu per empat daripada jumlah pendapatan eksport, satu per lima daripada KDNK,
dan hamper satu per tiga daripada jumlah guna tenaga. Dalam tempoh RMK-5
sektor ini telah berkembang pada kadar 4.6 peratus. Pertumbuhan ini dihasilkan olehkoko, kelapa sawit, kayu balak, perikanan dan penteranakan. Pengeluaran minyak
kelapa sawit mentah yang kadar peningkatannya sebanyak 7.9 peratus setahun dan
bernilai $5,300 juta, merupakan penyumbang yang terbesar kepada sektor pertanian
dan menjadikan Malaysia pengeluar dan pengeksport minyak kelapa sawit terbesar
di dunia pada tahun 1990. Sumbnagn getah pula merosot pada kadar 2.6 peratus
setahun disebabkan oleh kejatuhan harga dan pengurangan dalam keluasan
tanaman. Pada tahun 1990, keluarannya hanyalah 1.3 juta tan metric. Koko
mengalami kadar pertumbuhan yang paling tinggi walaupun hargo koko keringmerosot daripada $4.19 sekilogram pada tahun 1986 kepada $2.51 sekilogram pada
tahun 1990. Pada tahun 1990, hasil koko ialah 262 000 tan metric, menjadikan
Malaysia pengeluar koko keempat terbesar di dunia dan menyumbang sebanyak
sebanyak $448 juta pada akhir RMK-5.Sabah merupakan negeri pengeluar koko
terbesar.Pada tahun 1989, Lembaga Koko Malaysia telah ditubuhkan untuk
memastikan sumbangn koko kepada ekonomi negara berterusan.
Hasil pengeluaran pertanian lain seperti padi, kelapa dan tembakau, telah
menurun disebabkan oleh kemerosotan harga. Walaubagaimanapun, pengeluaran
-
7/28/2019 Assigment DEB
25/28
25
lada hitam yang kebanyakannya ditanam di Sarawak dan Johor amat
memberangsangkan.Demikina juga pengeluaran buah-buahan tempatan seperti
durian, nanas, belimbing, pisang dan betik, yang kebanyakannya di eksport ke
Singapura, Asia Timur dan Eropah.
Pada keseluruhannya, Malaysia telah mengeluarkan 41 juta metr padu kayu
balak pada tahun 1990 di mana Sabah dan Sarawak merupakan menyumbang
utama iaitu sebanyak 73.2 peratus. Jepun, Taiwan dan Korea pula merupakan
pengimport utama balak dari Malaysia.Bagi mengelakkan kekurangan kayu balak
pada masa hadapan, usaha-usaha memulihkan hutan di bawah Dasar Perhutanan
Negara dipergiatkan.Sehingga akhir rancangan ini, seluas 959 800 hektar hutan si
Semenanjung Malaysia telah diberi rawatan silvikultur.Kawasan catuan tebangan
juga telah di kurangkan daripada 216 000 hektar hutan pada tahun 1985 kepada 189
000 hektar pada tahun 1990. Di Sabah, program yang sama telah dijalankan di mana
seluas 27 700 hektar tanah telah ditanam dengan kayu balak yang cepat membesar.
Sarawak juga telah memulakan usaha-usaha yang sama di kawasan seluas 4000
hektar walaupun kawasan hutannya masih luas.
Hasil perikanan juga telah meningkat dan pada tahun 1990 sebanyak 100
000 tan metric ikan laut telah didaratkan.Bilangan kolam air tawar juga telah
bertambah daripada 18 600 pada tahun 1985 kepada 20 900 pada tahun1990.Selain itu, sebanyak 125 buah tukun tiruan telah dibina bagi menggalakkan
pengumpulan ikan di situ.Sebuah Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Udang
Kebangsaan telah dibina di Sungai Sayak.Dalam sektor ternakan, pengeluaran
daging kambing dan lembu meningkat sebanyak 1.9 peratus, daging ayam itik
meningkat sebanyak 7.9 peratus dan daging khinzir pula meningkat sebanyak 5.1
peratus setahun.
Pertanian telah dibangunkan bersama-sama dengan pembangunan tanah,
kampung-kampung dan kebun-kebun supaya produktiviti dapat ditingkatkan.Program
Pembangunan Pertanian Bersepadu (PPPB) telah dirangka supaya kemudahan-
kemudahan infrastruktur dan sokongan dapat dijalankan secara bersepadu.Ini
termasuk penyediaan system pengairan dan saliran, kawalan banjir, jalan-jalan
ladang serta khidmat sokongan.Dalam tempoh RMK-5, lapan buah projek PPPB
telah berjaya dilaksanakan yang meliputi kawasan seluas 3.5 juta hektar dan
memberi faedah kepada 273 000 keluarga tani. Program pembangunan ini turut
melibatkan agensi-agensi seperti RISDA, Lembaga Tabung Getah Sabah, Lembaga
Perusahaan Nanas Malaysia (LPNM), FELCRA, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
-
7/28/2019 Assigment DEB
26/28
26
Tanah Sarawak (SALCRA), FELDA, FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang,
MAJUIKAN dan lain-lain. Kredit dan insentif juga diberikan kepada sektor ini melalui
Skim Pinjaman Khas Pertanian di bawah Bank Pertanian Malaysia, Skim
Pembangunan Pekebun-pekebun Kecil Pertanian Sarawak (DESSA) dan Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM).
Pelaburan dalam.sektor pembuatan
Kerajaan telah berjaya menarik pelaburan baru saham asing dan ini
diperkukuhkan lagi dengan penglibatan negara-negara asing yang menempatkan
semula industri-industri mereka di negara ini.projek-projek asing yang diluluskan
telah diluluskan adalah tertumpu kepada enam sektor utama iaitu barangan elektrik
dan elektronik,barangan logam asas,tekstil dan pakaian, barangan getah, barangan
kayu dan perusahaan makanan.sebagai galakan dan insentif kepada pelabur-
pelabur dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS), kerajaan telah menubuhkan
beberapa tabung untuk memberikan kredit seperti Tabung Pembangunan ASEAN-
jepun dan Tabung Usahawan Baru. Pada tahun 1990 pinjaman sebanyak $985.3 juta
telah dikeluarkan untuk tujuan tersebut dan urusan pinjaman ini
dipertanggungjawabkan kepada Benk Negara.
Konsep Persyarikatan Malaysia
Pensyarikatan merupakan satu konsep yang menekankan kepentingan
peranan sektor swasta dan awm yang saling melengkapi dalam pembangunan
perindustrian. Dalam tempoh RMK-5 ini,peranan sektor swasta yang lebih khusus
diselaraskan dengan peranan sektor awam. Usaha-usaha untuk mengalakkan
latihan,eksport, P&P dan peningkatan teknologi dirundingkan secara bersama.
Sebuah panel perundingan antara dua sektor tersebut telah ditubuhkan di bawah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
-
7/28/2019 Assigment DEB
27/28
27
6.0 KESIMPULAN
Sejak pelancaran DEB pada tahun 1971 hingga kini, usia pelaksanaannya sudah
mencecah melebihi 38 tahun. Namun tidak ke semua sasaran matlamat DEB berjaya
dicapai sepenuhnya, terutama sekali berkait rapat dengan matlamat penyusunan semula
masyarakat. Ini kerana matlamat ini sering dianggap sebagai agenda melayu atau agenda
Bumiputera. Dengan label ini, sokongan dan kerjasama kaum lain pasti sukar diperoleh.
Tambahan pula dalam tempoh yang begitu panjang, Malaysia sering terperangkap dengan
beberapa peristiwa kemelut ekonomi dunia yang turut menjejaskan prestasi ekonomi
negara. Kemelesetan ekonomi dunia sekarang yang lebih meluas akan mengambil masa
yang panjang untuk kembali pulih. Strategi yang melibatkan agihan secara langsung jika
sekali lagi menjadi mangsa, maka persoalan tentang berapa lama lagikah matlamat DEB
akan tercapai sukar diambil. Bagi kaum Bumiputera pembentukan masyarakat Bumiputera
yang mempunyai minda kelas pertama seperti yang terkandung dalam RMK-9 amat
bermakna. Selain ilmu pengetahuan dan kemahiran, harus juga dimiliki kecekalan,
kegigihan, kepintaran, keberanian serta nilai moral yang tinggi. Sekiranya kaum Bumiputera
berusaha bersungguh-sungguh melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang sedemikian, maka
pasti masyarakat Bumiputera bukan sahaja akan dapat menguasai ekonomi negara
malahan dapat menguasai ekonomi dunia.
-
7/28/2019 Assigment DEB
28/28
RUJUKAN
Yusof Ismail, (2010), Dasar-dasar Utama Kerajaan MALAYSIA, Kuala
Lumpur : A.S. NOORDEEN
Chamil Wariya, Asas Pembinaan Negara Bangsa , In Yusanani Yushak
(ed), (2010), Malaysia : Asas Pembinaan Negara Bangsa Institusi Pemerintahan
Lambang Kemerdekaan, Selangor : Media Global Matrix Sendirian Berhad
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, (1988), Dasar-dasar
Utama Kerajaan Malaysia, Selangor : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Malaysia
Dr Bahriyah Haji Salleh, (2007), Jejak-jejak Pembangunan 1957-2007, Kuala
Lumpur : Arkib Negara Malaysia Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
http://www.slideshare.net/shahrulasyikin/dasar-ekonomi-baru( 09 Oktober
2012 : 10.35pm )
http://www.ukm.my/fep/pub/KERTAS%20DISKUSI%205.pdf( 09 Oktober2012 : 10.50pm )
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-
dasar-negara/237-dasar-ekonomi-baru-.html( 09 Oktober 2012 : 11.05pm )
http://mahathir-mohamad.blogspot.com/2009/09/dasar-ekonomi-baru.html( 09
Oktober 2012 : 11.20pm )
http://www.slideshare.net/shahrulasyikin/dasar-ekonomi-baruhttp://www.slideshare.net/shahrulasyikin/dasar-ekonomi-baruhttp://www.ukm.my/fep/pub/KERTAS%20DISKUSI%205.pdfhttp://www.ukm.my/fep/pub/KERTAS%20DISKUSI%205.pdfhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-negara/237-dasar-ekonomi-baru-.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-negara/237-dasar-ekonomi-baru-.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-negara/237-dasar-ekonomi-baru-.htmlhttp://mahathir-mohamad.blogspot.com/2009/09/dasar-ekonomi-baru.htmlhttp://mahathir-mohamad.blogspot.com/2009/09/dasar-ekonomi-baru.htmlhttp://mahathir-mohamad.blogspot.com/2009/09/dasar-ekonomi-baru.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-negara/237-dasar-ekonomi-baru-.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-negara/237-dasar-ekonomi-baru-.htmlhttp://www.ukm.my/fep/pub/KERTAS%20DISKUSI%205.pdfhttp://www.slideshare.net/shahrulasyikin/dasar-ekonomi-baru