Assigment en Saiful BARU

download Assigment en Saiful BARU

of 26

Transcript of Assigment en Saiful BARU

JABATAN KOMUNIKASI

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAKOB 3201 PENGENALAN KOMUNIKASI MASSAPENSYARAH: EN. SAIFUL NUJAIMI ABDUL RAHMAN NAMA PELAJAR: RAFEZZA BINTI SAHRAN (155763) NURWAHIDA BINTI DAUD (155765) AZWAMURNI SHAMSUDDIN (153526) MOHD ZULQARNAIN CHE ABDULLAH (153397) AHMAD KHAIRI BIN ISA (155106)

Pengenalan Komunikasi adalah satu aktiviti yang kita lakukan setiap saat dalam hidup kita. Untuk memuaskan kehendak kehendak hayat atau biologinya, manusia akan mencari makanan dan minuman untuk menampung keperluan tersebut dalam kehidupannya sehari hari. Demikian juga, untuk memuaskan kehendak sosial dan psikologinya, manusia perlu bergaul dengan orang lain, ia perlu berkomunikasi dengan manusia lain untuk melafazkan apa yang ingin diperkatakannya, atau berkongsi pemikiran, pendapat, rasa dan lain lain dengan ahli ahli masyarakat di sekelilingnya. Komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita tahu, sesuatu proses itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terus menerus tanpa henti. Demikianlah juga dengan proses komunikasi. Manakala media massa adalah salah satu medium untuk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat. Sebenarnya di mana sahaja akan berlaku komunikasi antara manusia dan media massa memerlukan organisasi untuk mengendalikannya. Media massa terdiri daripada tiga kategori iaitu media cetak, media elektronik dan multimedia atau lebih dikenali sebagai media pelbagai. Pertamanya, media cetak adalah terdiri daripada buku-buku, majalah dan juga akhbar dan yang kedua ialah media elektronik yang meliputi media penyiaran iaitu televisyen, radio dan filem manakala kategori yang terakhir pula ialah multimedia yang terdiri daripada media baru di mana ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama verbal-oriented (tangible & printable) termasuklah laman web atau web site dan hom pej atau homepage atau personal. Sebagai contohnya ialah Facebook, Friendsters, Friendfinder, Myspace dan Web-logs. Bahagian yang kedua pula ialah NonVerbal-oriented (almost intangible & almost unprintable) contohnya ialah SMS, MMS, MPs, Twitter, Blackberry, Skype dan Messengers.

TUGASAN 1

(a) Senaraikan empat (4) aspek yang wajar diberikan perhatian oleh pengamal media (media practitioners) dalam menempuh era globalisasi. Berikan definisi, huraian, contoh dan kesimpulan setiap satu secara ringkas.

Komunikasi massa sememangnya mempunyai fungsi penting di dalam segenap aspek kehidupan masyarakat. Masyarakat sentiasa berinteraksi dengan media dalam setiap aktiviti yang dilakukannya. Media boleh mengawasi sesuatu yang berlaku di persekitaran dan mempengaruhi perlakuan khalayak. Kepelbagaian media massa pada masa kini membuka pintu yang luas terhadap dunia dan kehidupan sejagat dibandingkan dengan sebelumnya, tetapi khalayak sebagai pengguna media mempunyai pilihan menentukan kegunaan media, memahami secara kritikal dan menilai maksud di sebalik kandungan mesej media. Pengamal Media ialah seseorang individu ataupun sesebuah kumpulan organisasi ataupun syarikat sama ada di bawah kerajaan mahupun swasta yang menjalankan dan juga mengamalkan amalan yang berkaitan dengan media massa ataupun bidang komunikasi. Antara contoh pengamal media di Malaysia ialah wartawan, pengacara, pemberita, penulis dan penyunting berita serta individu-individu lain yang bekerja di dalam organisasi penyiaran sama ada orang atasan mahupun bawahannya. Terdapat beberapa etika yang pengamal media perlu patuhi mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut

Kamus

Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang

menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala orang barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh manusia dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama agenda globalisasi ini. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh

globalisasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

Aspek pertama yang harus diberikan oleh pengamal media ialah aspek sosial. Seperti yang kita ketahui, majoriti penduduk Malaysia adalah beragama islam. Oleh itu, media massa harus memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan cara kehidupan masyarakat islam, tetapi sebaliknya, media massa kerap menyiarkan cerita-cerita barat yang berunsurkan kehidupan sosial yang teruk dan negatif. Lagu-lagu atau genre muzik yang berunsur negatif selalu dimainkan di corong-corong radio dan menjadi ikutan remaja-remaja sekarang. Selain itu, kemasukan filem barat dan filem asing yang selalunya mempunyai aksi lucah yang tidak bertapis telah mendapat tempat dihati para penonton. Majalah-majalah dari luar Negara juga tidak terlepas daripada memaparkan fesyen yang terlalu seksi dan sekaligus menjadi ikutan masyarakat dalam Negara ini. Oleh itu,pengamal media haruslah memainkan peranan penting dalam menempuh era globalisasi berkaitan aspek sosial. Sebagai contoh, menapis dahulu filem-filem yang akan menjadi ikutan yang tidak bermoral dalam kalangan masyarakat. Selain itu, pengamal media haruslah mengikut peraturan yang sedia ada agar keruntuhan akhlak tidak berlaku terutama sekali kepada para remaja. Aspek yang kedua pula ialah, ekonomi. Ekonomi adalah salah satu aspek penting dalam kehidupan masyarakat moden kini. Pengamal media haruslah mencari peluang dengan menggunakan etika dan strategi yang betul untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Di sebabkan media massa adalah satu medium penting untuk keselesaan dan kesenangan masyarakat kini, maka media massa boleh mendapatkan peluang keemasan untuk meraih keuntungan yang besar. Media massa boleh menambahkan fungsi-fungsi mereka agar pendapatan pihak pengamal media lebih meningkat seiring dengan peningkatan ekonomi negara. Selain itu, cara ini akan dapat menaikkan nama negara di mata dunia sekaligus dapat membantu dalam aspek ekonomi dan pendapatan negara juga. Seterusnya pula ialah aspek politik. Media cetak tidak terlepas daripada menyiarkan isu-isu berkaitan politik negara terutamanya akhbar. Di samping itu, terdapat beberapa akhbar yang menjadi hak pada sesebuah parti politik yang hanya akan menyebarkan pandanganpandangan mereka tanpa menghiraukan sensitiviti sesetengah masyarakat. Oleh itu, pihak media harus menyiasat dan meyelidik terlebih dahulu sebelum menyiarkan berita mengenai isu politik.

Aspek yang terakhir ialah aspek sains dan teknologi. Pengamal media dan sesebuah organisasi yang berkaitan media dan komunikasi haruslah mengikut arus kemodenan zaman. Mereka tidak boleh mengikut cara-cara tradisional dalam mengumpul maklumat, membuat penerbitan dan juga dalam menyiarkan sesuatu program ataupun berita. Dalam era globalisasi yang tanpa sempadan dan memerlukan maklumat di hujung jari ini, pihak pengamal media haruslah mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sains dan teknologi maklumat yang terkini.

(b) Ledakan teknologi maklumat sedekad lalu telah mewujudkan jurang digital. Bagaimanakah keadaan jurang digital yang dimiliki Malaysia pada hari ini? Jurang Digital merujuk kepada perbezaan besar di dalam masyarakat, antara mereka yang mendapat capaian secukupnya kepada kemudahan ICT, dan yang tidak mendapatnya. Mereka yang tidak mendapat capaian sewajarnya difikirkan akan ketinggalan dalam usaha pembangunan amnya. Jurang ilmu pengetahuan pula merujuk kepada keadaan di mana maklumat yang dicapai melalui kemudahan infrastruktur ICT ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya disebabkan kurang kemahiran untuk menggunakannya dalam menjalani kehidupan seharian. Jurang Digital akan memberi peluang kepada sebahagian sahaja daripada kita untuk mendapat faedah, manakala yang sebahagian lagi tidak dapat merasai manfaat dari kecanggihan teknologi ini. Masyarakat desa adalah antara golongan yang mungkin terpinggir dan tercicir dalam arus pembangunan sekiranya langkah-langkah positif tidak diambil untuk merapatkan Jurang Digital tersebut. Teknologi semata-mata tidak akan membawa manfaat kepada rakyat jelata dalam hal ini. Isi kandungan serta aplikasi ilmu pengetahuan memainkan peranan penting bagi mendedahkan manfaat ICT kepada kehidupan penduduk desa dan seterusnya boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Sebanyak 65 peratus daripada penduduk yang memiliki komputer di Malaysia terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang sahaja. Ini bermakna, baki selebihnya dimiliki oleh penduduk bagi 11 buah negeri yang lain, iaitu lebih kurang kadar purata 3.18 peratus bagi setiap negeri. Pada masa yang sama, peratus mampu milik komputer di kalangan penduduk masih berada di tahap yang rendah, iaitu sebanyak 5% sahaja.

Pada tahun 1998 misalnya, kadar akses Internet adalah sebanyak 6 peratus bagi setiap 100 populasi penduduk dan 11.9 peratus untuk setiap rumah. Walaupun laporan menunjukkan sebanyak 182 peratus pelangganan Internet telah dilaksanakan di Malaysia, namun kebanyakannya hanya tertumpu di Lembah Kelang, Selangor dan di bandar-bandar besar seluruh negara. Statistik ini menunjukkan wujudnya perbezaan yang amat ketara dalam pemilikan komputer peribadi dan kemudahan Internet di antara penduduk di bandar dan di luar bandar. Jurang digital amat nyata di di dalam sektor ICT. Terdapat jurang di antara yang bermaklumat dan tidak maklumat di kalangan pelbagai kumpulan masyarakat di Malaysia. Dalam masa yang sama, mereka yang bermaklumat dan kaya tinggal di bandar sementara yang tidak bermaklumat dan miskin di pendalaman. Untuk membetulkan ketidakseimbangan digital ini, pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan kementerian sebelumnya, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) telah menjalankan beberapa inisiatif dalam memenuhi objektif nasional dalam memastikan peruntukan yang lebih adil dalam perkhidmatan ICT lebih mampu-milik seperti yang telah di maktubkan di dalam Akta Komunikasi Multimedia 1998. Penyambungan internet di kawasan pendalaman telah dijalankan melalui inisiatif seperti program Pusat Internet Desa (PID) dan progam Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). PID telah dilancarkan pada 3 April 2000 sebagai pendekatan menyeluruh dalam menyediakan akses Internet di kawasan pedalaman melalui peruntukan keperluan infrastruktur, pembinaan kapasiti serta pembangunan kandungan. Di bawah program PID, operator pihak swasta yang dibiayai oleh kerajaan menyediakan perlalatan komputer dan sambungan Internet; sementara tapak, keselamatan dan elektrik disediakan oleh oleh pihak Pejabat Pos setempat. Latihan juga diberi kepada penyelia PID dan pengguna-penguna sebagai sebahagian dari pakejnya. Satu jawatankuasa sukarelawan juga digerakkan dengan pembangunan laman web setempat yang mempamirkan barangan dan perkhidmatan komuniti beserta penyediaan kandungan yang relevan dengan komuniti tersebut. Di fasa pertama projek ini, PID telah diletakkan di dalam Pejabat Pos di kawasan- kawsasan yang mempunyai sambungan TM Net DSL atau ISDN. Kini terdapat 42 buah PID di seluruh negara yang telah dilengkapkan dengan lima hingga enam komputer berserta saluran Internet melalui ADSL atau ISDN. Melalui statistik yang dikumpulkan pada bulan Julai 2004, dimaklumkan lebih 53,000 pengguna telah

mengguna perkhidmatan PID sementara 35,000 pengguna telah menjalani latihan di bawah salah satu program latihan PID sejak ianya dimulakan. Sama seperti PID, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga telah menubuhkan program Info desa untuk menyerapkan budaya ICT di kalangan penduduk luar bandar. Program USP adalah salah satu inisiatif yang penting dalam usaha merapatkan jurang digital dan sebahagian daripada polisi menyediakan perkhidmatan komunikasi asas kepada setiap rakyat. Menyedari bahawa tanggungjawab ini tidak boleh ditinggalkan kepada pihak industri sahaja, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM293.4 juta di bawah Rancangan Malaysia ke Lapan untuk menyediakan sumber-sumber yang berkaitan di dalam memberi akses komunikasi kepada sekolah, klinik dan perpustakaan di luar bandar. Pada akhir 2003, sebanyak 220 buah sekolah di Sabah dan Sarawak telah dilengkapkan dengan infrastruktur komunikasi menggunakan teknologi Very Small Aperture Terminal (VSAT). Lebih dari 44,000 penuntut, 3,300 guru dan 22,000 penduduk ynag berdekatan dengan sekolah-sekolah tersebut berpeluang menikmati kemudahan komunikasi dan akses Internet. Pada penghujung tahun 2004 pula, sebanyak 376 perpustakaan dan 350 klinik desa di seluruh negara telah dihubungkan secara talian mengguna teknologi VSAT dan Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL). Program tersebut telah memberi manfaat kepada lebih 352 penyelia perpustakaan desa, 1,120 kakitangan klinik desa dan 115, 200 orang penduduk. Melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, KTAK telah melancarkan satu projek yang dinamakan SchoolNet pada Februari 2004. Dengan menggandingkan inisiatif sediaada seperti Sekolah Pintar dan fasa pertama projek USP, projek SchoolNet telah menyediakan akses jalur lebar kepada lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara, dengan tumpuan kepada sekolah di kawasan luar bandar. Projek SchoolNet bertumpu kepada pengedaran kandungan pembelajaran dan bertindak sebagai Intranet. Sementara itu, infrastruktur yang digunakan untuk projek tersebut juga bertindak sebagai batu loncatan kepada perkembangan yang lebih meluas kepada komuniti. Rangkaian SchoolNet telah dilihat sebagai sebuah rangkaian nasional yang terurus rapi sepenuhnya yang berupaya mengeksploitasi kapasiti berlebihan di dalam tulang belakang negara.

Strategi yang seterusnya dalam merapatkan jurang digital meliputi program-program melebarkan akses infrastruktur ICT, peruntukan kemudahan dan perkhidmatan yang mampubeli, meningkatkan kesedaran dan pendidikan melalui pengetahuan berterusan kepada pelbagai kumpulan sasaran, serta penggalakan pembangunan kandungan tempatan.

(c) Bagaimanakah pula pandangan terkini para peramal antarabangsa (visionaries) berhubung jurang digital yang dihadapi masyarakat dunia pada ketika ini? Bincangkan jawapan anda dengan merujuk kepada pandangan terkini DUA ORANG peramal antarabangsa (visionaries) yang terkenal sama ada Kenichi Ohmae, atau Samuel Huttington, atau William Greider, ataupun Francis Fukuyama. Kami telah memilih William Greider dan Kenichi Ohmae sebagai peramal media antarabangsa berhubung jurang digital yang dihadapi masyarakat dunia hari ini. William Greider mengatakan bahawa jika ingin membangunkan sebuah demokrasi authentic iaitu sesuatu yang betul-betul mengikut nilai majoriti tanpa mengira status atau pangkat masyarakat sama ada kaya mahupun miskin ialah setiap individu atau komuniti perlulah sama-sama mendapat manfaat daripada teknologi yang telah tercipta contohnya internet. Ia perlu sama-sama dinikmati tanpa mengira tempat iaitu desa atau bandar dan juga tanpa mengikut status kaya mahupun miskin. Jika teknologi diagih berdasarkan status maka akan wujudnya jurang digital antara komuniti kaya dan miskin atau komuniti di desa dan juga di bandar. Kini, Greider juga percaya masyarakat telah maju dengan terciptanya pelbagai alatan berunsurkan teknologi dan maklumat sehingga kini wujudnya jurang digital antara masyarakat di pedalaman dengan yang tinggal di bandar besar. Contohnya, komuniti di desa kurang tahu dan kurang dapat untuk mengakses internet berbeza pula dengan komuniti di bandar yang senang mendapat maklumat iaitu hanya di hujung jari sahaja.

Pada pendapat kami, apa yang dimaksudkan oleh Kenichi Ohmae sebagai perubahan besar globalisasi yang telah mengaburkan batas-batas negara bangsa ialah apabila wujudnya globalisasi yang menyebabkan masyarakat boleh berhubung sesama sendiri dengan cepat melalui penggunaan teknologi komunikasi tanpa mengira jarak dan masa maka sempadansempadan atau batas-batas negara dan bangsa telah dapat dikaburkan dengan keadaan teknologi yang canggih itu. Namun, apabila terdapatnya masyarakat yang masih tinggal di kawasan pedalaman dan desa yang tidak mendapat jaringan internet dan alat komunikasi

yang canggih seperti itu maka akan wujudnya jurang digital antara masyarakat yang senang mendapatkan maklumat dengan hanya mengakses internet dengan masyarakat desa yang kurang bermaklumat itu.

SOALAN 2 (a) Senaraikan empat (4) faktor yang menentukan perubahan tingkah laku kanak kanak ekoran pendedahan kepada kandungan media bincangkan secara terperinci dalam konteks media baharu.

Seringkali kita mendengar rungutan umum bahawa tidak ada bahan lain yang disiarkan dalam media massa selain bahan bahan yang bercorak jenayah dan keganasan terutamanya dalam konteks media baharu. Dan, oleh kerana sebahagian besar daripada khalayak penonton komunikasi massa adalah terdiri daripada kanak kanak, maka masyarakat menjadi khuatir bahawa bahan bahan sebegini akan mempengaruhi dan merendahkan taraf akhlak mereka. Hal ini pada jangka panjangnya akan mendatangkan kesan negatif yang meluas kepada seluruh masyarakat. Masyarakat umum khuatir bahawa bahan bahan jenayah dan keganasan dalam media ini akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan kanak kanak dengan mudah. Sesetengah orang berkata, kanak kanak yang baru sahaja mempelajari asas asas kehidupan dan belum tahu membezakan antara baik dan buruk, dengan mudah akan dipengaruhi oleh kesan kesan negatif ini. Seterusnya, orang ramai juga risau bahawa bahan bahan bercorak jenayah dan keganasan ini akan menjadikan seseorang itu agresif, terutamanya bila ia sedang melalui keadaan emosi yang kurang tenteram. Mereka percaya bahawa pengaruh bahan bahan jenayah dan keganasan dari komunikasi massa boleh menghasilkan kelakuan ganas dari seseorang yang normal dalam keadaan di mana emosinya terganggu. Masyarakat juga khuatir bahawa bahan bahan jenayah dan keganasan seperti ini akan membentuk satu keadaan di mana orientasi nilai dan sikap dalam masyarakat akan menjadi rendah dan negatif. Apabila seseorang itu terlampau banyak didedahkan kepada bahan bahan seperti ini ia mungkin akan menganggap bahawa jenayah dan keganasan adalah suatu perkara yang lumrah. Dalam menentukan kesan komunikasi ke atas kanak kanak, beberapa faktor harus dipertimbangkan. Faktor pertama ialah medium atau saluran yang dipilih. Pakar pakar telah mencadangkan bahawa tidak semua saluran atau media dalam sistem komunikasi massa itu akan membawa kesan atau pengaruh yang sama kuat ke atas kanak kanak.

Faktor kedua ialah keadaan dalam mana komunikasi massa itu ditonton. Keadaan dan alam sekitar semasa menonton itu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesan. Faktor yang ketiga ialah mengenai pengaruh atau kesan itu sendiri. Para pengkaji telah membuktikan bahawa tidak semua kanak kanak menerima pengaruh atau kesan yang sama walaupun mereka menonton bahan yang sama. Faktor keempat ialah perwatakan kanak kanak itu sendiri adalah penting dalam mempertimbangkan pengaruh dan kesan. Ini ialah kerana bukan semua kanak kanak boleh dipengaruhi dengan mudah. Kajian kajian telah membuktikan bahawa hanya beberapa jenis perwatakan kanak kanak sahaja yang terpengaruh dan terganggu dengan bahan bahan jenayah dan keganasan yang disiarkan ke dalam media massa. Mereka ini selalunya ialah kanak kanak yang kurang stabil perwatakannya, kecewa, agresif dan sebagainya. Dari segi emosi, tidak semua bahan bahan jenayah dan keganasan membawa pengaruh dan kesan ke atas kanak kanak. Kanak kanak yang berbeza mempunyai respons yang berbeza terhadap apa yang disiarkan. Umpamanya, kajian kajian mendapati bahawa kanak kanak perempuan mempunyai respons yang kuat terhadap adegan adegan romantik, tetapi kanak kanak lelaki pula menunjukkan respons yang kuat terhadap adegan adegan perlawanan dan pergelutan. Bagaimanapun, bukan semua adegan memberi pengaruh dan kesan yang sama ke atas kanak kanak. Keganasan biasa, seperti pergelutan dalam cerita koboi misalnya, adalah dianggap biasa oleh kanak kanak. Tetapi ada kajian kajian yang menyarankan bahawa jika keganasan itu dilakukan dengan penggunaan pisau atau parang, terutamanya jika ia dilakukan ke atas hero mereka, maka ia akan memberi kesan ke atas kanak kanak. Kajian kajian juga telah menunjukkan bahawa umur dan pengalaman adalah faktor penting dalam menentukan kesan. Kanak kanak yang masih kecil, yang masih belum tahu membezakan antara khayalan dan kebenaran, adalah mereka yang selalu terganggu apabila menonton cerita cerita jenayah dan keganasan. Begitu jugalah dengan kanak kanak perempuan yang belum memahami perasaan romantik, mereka mungkin tidak mempunyai respons emosi terhadap adegan romantik atau percintaan. Dari segi pengaruh dan kesan kelakuan agresif, kajian kajian menunjukkan bahawa keganasan yang ditayangkan mempengaruhi kelakuan agresif ini melalui tiga cara iaitu melalui teknik kelakuan agresif, melalui pembentukan tabiat agresif yang telah pernah

dipelajari sebelumnya, dan akhir sekali melalui memberi alasan alasan kepada menghalalkan kelakuan ganas.

(b) Apakah Twitter? Apakah Flickr? Apakah persamaan keduanya? Apakah pula beza antara keduanya? Bincangkan kedua media massa baharu ini dengan memberi latara sejarah dan fungsi kedua duanya secara ringkas.

Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu pesanan teks selebihlebihnya 140 aksara yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan kawan-kawannya, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, sistem pesanan ringkas(SMS), atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, namun penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom. Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk trengkas dan slanga yang digunakan dalam SMS, di dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan NotePub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara. Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai SMS untuk Internet kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus. Apa yang perlu kami lakukan adalah menyampaikan maklumat paling relevan yang terbaik dan paling terkini sebaik boleh. Kami berasa bahawa Twitter bukan rangkaian sosial, sebaliknya merupakan rangkaian maklumat yang menerangkan orang ramai hal-ehwal sedunia yang kita prihatini. - Evan Williams.

Twitter merupakan salah satu daripada 50 laman web paling popular di seluruh dunia, mengikut analisa trafik web Alexa. Biaprun anggaran bilangan pengguna harian berbeza-beza kerana pihak syarikat Twitter tidak mengeluarkan bilangan akaun yang aktif, namun satu masukan blog Compete.com pada bulan Februari 2009 meletakkan Twitter sebagai rangkaian sosial ketiga paling banyak digunakan berdasarkan kiraan 6 juta pengunjung bulanan unik dan 55 juta kunjungan sebulan. Pada Mac 2009, sebuah blog Nielsen.com meletakkan Twitter sebagai laman paling pesat membangun dalam kategori "Member Communities" pada Februari 2009. Twitter mencatat perrtumbuhan bulanan sebanyak 1,382%, diikuti Zimbio(240%), dan Facebook (228%). Walaupun demikian, hanya 40 % pengguna Twitter mampu dikekalkan. Kebanyakan pengguna Twitter merupakan golongan dewasa berusia yang mungkin tidak pernah menggunakan laman sosial yang lain sebelum Twitter, mengikut Jeremiah Owyang, seorang penganalisa industri yang mengkaji media sosial, "Golongan dewasa cuma mengejar apa yang dilakukan oleh golongan remaja kebelakangan ini." Cuma 11% pengguna Twitter berusia antara 12 hingga 17 tahun, mengikut comScore, dikatakan berpunca daripada masa awal penerimaan Twitter ketika rangkaian sosial ini mulamula menjadi popular di kalangan sektor perniagaan dan berita, maka menyebabkan penggunaannya cenderung kepada golongan lebih berusia. Bagaimanapun, baru-baru ini comScore mendapati apabila Twitter mula "mendalami arus perdana, wujudnya juga budaya selebriti sejak Shaq, Britney Spears dan Ashton Kutcher menyertai golongan 'Twitterati'." Manakala Flickr adalah tapak web pengehosan gambar dan video, sut perkhidmatan web, dan komuniti dalam talian. Selain menjadi tapak yang popular untuk berkongsi foto peribadi, perkhidmatan ini banyak digunakan oleh penulis blog untuk mengehos gambar yang mereka masukkan ke dalam blog dan media sosial. Setakat Oktober 2009, ia mendakwa memiliki lebih dari 4 billion gambar. Flickr menawarkan dua jenis akaun iaitu: Free dan Pro. pengguna akaun percuma yang dibenarkan untuk meng-upload 100 MB gambar bulan dan 2 video. Juga, jika pengguna tidak mempunyai lebih dari 200 foto pada halaman ini, mereka hanya akan dapat melihat 200 terkini dalam photostream mereka. Foto-foto lain yang masih disimpan upload di laman dan link ke gambar ini di posting blog tetap aktif. Percuma pengguna juga boleh menyumbang maksimal 10 foto kolam. Jika akaun percuma tidak aktif selama 90 hari berturut-turut, maka akan dihapuskan.

Akaun Pro membolehkan pengguna untuk memuatnaik jumlah foto dan video yang tidak terbatas setiap bulan dan menerima lebar jalur dan simpanan tidak terhad. Foto mungkin ditempatkan dalam 60 kolam kumpulan, dan pengguna akaun Pro menerima pelayaran bebasiklan dan mempunyai capaian ke statistik akaun. Flickr ialah sebuah tapak yang membenarkan anda berkongsi gambar-gambar anda manakala Twitter membenarkan pertukaran status kerap yang dapat cepat dikemas kini.

(c) Media yang manakah paling mendapat tempat di kalangan masyarakat India pada era revolusi digital hari ini? Bincangkan dengan merujuk kepada sebarang penerbitan badan berdaftar. (contoh penerbitan berdaftar: Media Guide, Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011 2015), dll).

Media yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat India pada era revolusi digital hari ini ialah Facebook. Selepas memintas Orkut pada Julai 2010, Facebook menjadi media nombor satu di India. Facebook telah memperoleh 2.17 million anggota di India. Menurut data terbaru dikeluarkan oleh Internet World Stats, pengguna pengguna Facebook di India adalah seramai 20.87 juta orang pada Julai 2010 dan meningkat kepada 23.02 juta orang pada akhir Mac 2011. Di samping itu, Twitter juga muncul sebagai sumber berita utama di India. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila satu gegaran memukul Delhi sekitar 5 pm, kejadian yang berlaku itu telah dapat disaksikan di Twitter. Selain Facebook dan Twitter, satu lagi laman rangkaian sosial yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat India ialah Linkedin.com. Angka-angka terbaru dikeluarkan oleh Linkedin menunjukkan India merekod 76% pertumbuhan dalam tahun 2010. Jumlah ini adalah mendapat tempat ketiga tertinggi di dunia.

TUGASAN 2 ANALISIS

1.0

Empat cara media berfungsi iaitu Pemerhati, Penghubung, Pentafsir dan Penghibur berserta definisi, huraian, contoh kontemporari dan kesimpulan bagi kesemua fungsi media.

1.1

Pemerhati

Peranan media massa sebagai pemerhati memberi maksud tentang fungsi media massa yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku di sekeliling masyarakat. Media massa berperanan untuk melaporkan kejadian sesuatu topik dan isu yang dikenali sebagai berita dan maklumat yang dianggap relevan dan signifikan sahaja kepada masyarakat umum. Dalam situasi ini, pihak media massa akan mentakrif isu yang bakal dijadikan berita, kemudiannya mengumpul bahan dan seterusnya menerbit dan mencetak melalui saluran media kepada masyarakat. Setiap laporan berita yang dilaporkan oleh media massa menumpukan kepada dua aspek penting iaitu amaran yang melaporkan tentang perkara yang memerlukan tindakan pantas dan segera seperti bencana, rebut taufan, banjir besar, dan sebagainya, manakala aspek instrumental pula hanya melaporkan peristiwa yang tidak memerlukan tindakan segera seperti rencana, dan lain-lain liputan yang tidak memerlukan tindakan segera oleh para audiens. Melalui fungsi tersebut, beberapa kesan baik dapat diperoleh antaranya ialah seseorang itu tidak perlu keluar untuk mencari dan mendapatkan berita tentang apa yang berlaku kerana hampir kesemua berita akan diperoleh daripada laporan media massa. Selain itu, kesan baik fungsi pemerhati ini ialah setiap sifat maklumat yang didapati lebih bersifat terkini dan pantas yang mana seseorang itu dapat membuat persiapan rapi jika sesuatu perkara yang melanda dapat diketahui dengan segera.

1.2

Penghubung

Dalam fungsi ini, media massa berperanan dalam menghubungkan individu dengan individu, organisasi dengan organisasi, negara dengan negara, ahli masyarakat dengan ahli masyarakat lain yang mungkin terpisah sama ada terpisah kerana persaudaraan, perpisahan mahupun disebabkan oleh masalah geografi, masyarakat peristiwa dengan

masyarakat, persekitaran dengan masyarakat mahupun sejarah silam dan budaya dengan masyarakat semasa.

Fungsi media massa bagi penghubung ini berperanan sebagai penyatuan hubungan dari segi sosial, politik, mahupun ekonomi.Antara kesan baik fungsi media massa sebagai penghubung ialah ianya memainkan peranan dalam menyatukan atau menjalinkan semula hubungan antara ahli masyarakat dengan masyarakat dalam kasih sayang, misalannya dalam program Cari Menantu terbitan TV9.

Kesan baik yang lain ialah media massa berfungsi dalam menyatukan rakyat yang mengalami pelbagai krisis dan cabaran semasa. Misalnya isu kenaikan bayaran tol di lebuh raya. Kita boleh melihat dan menilai sendiri bagaimana pihak media massa merancang strategi dalam membentuk dan membina keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Selain itu, media massa dalam menghubungkan masyarakat dengan masa lampau dari segi sejarah mahupun budaya juga memberikan kesan baik kepada fungsi media massa sebagai penghubung.

1.3

Pentafsir

Sesuatu peristiwa atau isu yang dibincangkan berbentuk rencana, forum, analisis peristiwa dan pengamatan penyunting terhadap perkembangan semasa banyak melibatkan peranan dan fungsi media massa diklasifikasikan sebagai pentafsir.

Ini menjelaskan tentang fungsi media massa sebagai pentafsir adalah menjelaskan tentang media yang membantu masyarakat mentafsir berita atau peristiwa dari bahasa asing kepada bahasa yang difahami masyarakat serta mentafsir sesuatu kejadian atau data yang sukar difahami masyarakat.

Dalam kata lain, media massa akan melakukan pentafsiran ke atas sesuatu berita, kemudian akan melaporkan berita tersebut berdasarkan pemahaman mereka terhadap peristiwa tersebut. Sebagai contoh stesyen televisyen TV9 mengadakan program Hujah untuk menjelaskan isu-isu semasa di negara ini dengan melibatkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan ia dipengerusikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Fungsi media massa sebagai pentafsir memberikan kesan baik kepada media itu sendiri bila mana kita akan dapat memahami sesuatu laporan yang dibincangkan dengan bantuan tafsiran media massa dengan berkesan dan akan menjadikan khalayak audiens semakin berilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kesan baik fungsi ini juga ialah dapat mendidik dan membentuk pemikiran masyarakat daripada buta maklumat kepada celik maklumat.

1.4

Penghibur

Fungsi ini merupakan satu fungsi media massa yang paling dominan kerana ianya memberi sumber keuntungan kepada organisasi yang mengawal sesuatu media massa. Fungsi penghibur kepada media massa ini bermaksud penghibur kepada masyarakat melalui program-program hiburan yang bermaklumat atau sekadar sebagai hiburan kepada masyarakat umum. Ada kalanya media massa hanya sekadar bahan hiburan untuk didengari oleh audiens semasa berehat, atau membuat kajian mahupun sekadar memenuhi masa lapang masyarakat sahaja.

Antara kesan baik daripada fungsi penghibur media massa ini ialah meliputi hampir kesemua aspek hidup yang bercirikan hiburan semata-mata seperti mengetahui tentang pelancaran album baru, fesyen terkini, anugerah bintang popular, dan sebagainya. Kesan seterusnya ialah hiburan yang disalurkan sekadar memecah ruang kesunyian individu yang inginkan ketenangan, menghidupkan suasana harmoni, ceria, gembira, ketawa, dan sebagainya. Misalnya dalam program Maharaja lawak terbitan Astro, dan program Mr. Bean yang disiarkan di TV3.

2.0

Empat cara masyarakat menggunakan media massa iaitu Kognisyen, Penyimpangan, Pengunduran, dan Kegunaan berserta dengan definisi, huraian, contoh kontemporari dan kesimpulan.

2.1

Kognisyen

Masyarakat menggunakan bahan atau program media untuk berfikir, berbincang, berkongsi maklumat, dan sebagainya.

Masyarakat menjadikan bahan yang dipaparkan oleh media massa sebagai medium untuk mereka berfikir. Mereka akan memilih perlbagai jenis tajuk seperti politik,hal semasa, perlembagaan sebagai tajuk bagi mereka bagi dijadikan untuk bahan perbincangan,berfikir dan berkongsi maklumat.

Ini dapat dijelaskan melalui perbincangan tajuk mengenai kegagalan barisan nasional mengekalkan majority 2 per 3 pada pilihan raya ke-12 yang lepas. Perbincangan ini dibuat di dalam satu forum yang dikenali sebagai Hujah disiarkan oleh TV9. Ahli-ahli panel yang terdiri daripada kerajaan dan pembangkang telah duduk semeja dan menyuarakan pandangan mereka masing-masing.

Melalui cara ini, masyarakat akan menjadi lebih peka dengan isu semasa, sekaligus dapat berkongsi maklumat dan menimba ilmu pengetahuan mengenai isu-isu yang dipaparkan oleh media massa.

2.2

Penyimpangan Masyarakat menggunakan bahan atau program media untuk menyimpangkan fikiran seketika.

Mereka telah menggunakan media massa untuk menyimpangkan seketika pemikiran mereka kepada satu dimensi yang lain. Mereka tidak bergerak secara fizikal, tetapi fikiran mereka telah berada di tempat lain.

Ini dapat digunakan dengan cara membaca dan menonton wayang atau cerita. Seperti yang dipaparkan dalam filem Sarjan Hassan, masyarakat dapat merasai bagaimana suasana cemas ketika peperangan yang berlaku di tanah melayu. Walaupun mereka tidak pernah merasainya tetapi daripada tayangan filem tersebut dapat menyimpang pemikiran mereka untuk seketika dan dapat melihat gambaran peristiwa tersebut.

Cara penyimpangan ini adalah salah satu alternatif yang terbaik bagi menyedarkan masyarakat tentang sesuatu peristiwa. Mereka menggunakan deria mereka bagi merasai sesuatu perkara tanpa perlu bergerak secara fizikal.

2.3

Pengunduran

Masyarakat menggunakan bahan atau program media sebagai alasan keluar secara fizikal daripada sebarang situasi yang tidak disenangi.

Masyarakat menggunakan media massa sebagai saluran terpenting bagi mendapatkan info-info terkini bagi sesuatu kejadian yang tidak diingini. Jika dilihat pada satu aspek laporan media itu mempunyai kebaikannya kerana ia memberi amaran lebih awal kepada khalayak supaya bersedia untuk menghadapi wabak berkenaan pada bila-bila masa.

Misalnya

berhijrah

ke

destinasi

lain

bila

ada

amaran

bencana

seperti

tsunami,banjir,penyakit, peperangan dan sebagainya. Masyarakat akan lebih peka pada sesuatu perkara dan dapat bertindak dengan awal dengan sebarang situasi yang tidak disenangi.

2.4

Kegunaan Sosial

Masyarakat menggunakan bahan atau program media untuk lain-lain kegunaan harian seperti iklan, mencari kenalan, mencari saudara yang hilang, mencari pekerjaan, dan sebagainya.

Masyarakat menggunakan media massa sebagai alat untuk meminta bantuan daripada masyarakat dan organisasi lain. Media massa telah menjadi medium penting bagi menyalurkan maklumat. Pembaca dan penonton akan mendapat maklumat daripada

pengadu dengan cepat kerana ia diiklankan di dalam media massa yang ditonton dan dibaca oleh jutaan masyarakat.

Ini dapat dilihat bagi mereka yang kehilangan anak mereka. Mereka telah menggunakan media massa untuk mendapat pertolongan. Bagi mereka yang menganggur, mereka boleh mencari iklan-iklan kerja kosong yang diiklankan oleh media massa.

Kegunaan sosial ini benar-benar dapat membantu masyarakat dan sekaligus menjadikan media massa sebagai salah satu alat paling penting dalam kehidupan seharian.

3.0

Analisa Fungsi Pada Keratan Akhbar Bahasa Malaysia Dalam tugasan berkumpulan ini, akhbar yang digunakan untuk dianalisis fungsi-

fungsi media massanya ialah akhbar Berita Harian untuk akhbar berbahasa Malaysia. Pengumpulan keratan tajuk utama akhbar-akhbar tersebut bermula dari 10 April 2011 hingga 16 April 2011 (hari Ahad hingga Sabtu).

3.1 3.1.1

Analisa Keratan Tajuk Utama Akhbar Berita Minggu dan Berita Harian Fungsi Media Massa pada hari Ahad (10 April 2011)

Fungsi media massa yang dikenal pasti pada tajuk utama akhbar hari Ahad bertajuk 16 disiasat polis ialah fungsi pemerhati. Secara keseluruhannya, maklumat yang diperolehi melalui tajuk berita tersebut menyatakan kepada orang ramai usah spekulasikan kes pegawai kastam maut di SPRM. Polis mengesahkan sudah memanggil 16 individu termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan ahli keluarga Penolong Pengarah KDRM Selangor, Ahmad Sarbani yang ditemui mati bagi membantu siasatan.

3.1.2

Fungsi Media Massa pada hari Isnin (11 April 2011)

Dengan tajuk utama, Cepatkan siasatan - Pemuda BN mahu polis selesaikan segera kes video seks elak cetus pelbagai spekulasi, fungsi media massa yang dikenal pasti ialah pemerhati. Secara amnya, artikel ini menyatakan maklumat yang diperolehi

melalui tajuk berita tersebut berkehendakkan agar pihak polis segera menyelesaikan kes video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan spekulasi berterusan mengenainya sehingga boleh menjejaskan imej negara.

3.1.3

Fungsi Media Massa pada hari Selasa (12 April 2011)

Melalui keratan akhbar pada hari Selasa pula, bertajuk, Pengganti Taib sudah ada, fungsi media massa yang dikesan ialah fungsi pemerhati. Mengikut analisa yang diperoleh daripada artikel tersebut, memberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah mencapai persefahaman berhubung mengenai calon pengganti Ketua Menteri Sarawak bagi memastikan kelancaran peralihan kuasa kepimpinan negeri itu.

3.1.4

Fungsi Media Massa pada hari Rabu (13 April 2011)

Tajuk berita,Sasar RM5.8 trilion, pula menjelaskan tentang fungsi pemerhati. Dalam perkara ini, fungsi media massa tersebut menjelaskan tentang inisiatif baru menerusi pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal Kedua (CMP2) bagi memastikan pasaran modal negara kekal menarik di kalangan pelabur serta merancakkan lagi Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) selaras matlamat menjadi negara maju pada tahun 2020.

3.1.5

Fungsi Media Massa pada hari Khamis (14 April 2011)

Fungsi media massa yang dikenal pasti pada artikel utama akhbar bertarikh 14 April 2011 bertajuk, Tak Tuduh Najib, ialah fungsi pemerhati. Dalam kata lain, pengakuan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang muncul buat kali pertama selepas lama menghilangkan diri dan mengatakan beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

3.1.6

Fungsi Media Massa pada hari Jumaat (15 April 2011)

Berita keratan akhbar Berita Harian, Anwar Tiada Kredibiliti, menjurus kepada fungsi media massa sebagai pemerhati. Dalam makluman artikel ini, Raja Petra Kamarudin berkata, Ketua Pembangkang itu sudah kehilangan kredibiliti sebagai pemimpin serta tidak dihormati dalam pakatan pembangkang. Beliau juga

mempersoalkan kemampuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memimpin negara kerana sering menabur janji kosong serta gagal menangani krisis dalaman pakatan pembangkang yang tidak berkesudahan, di samping menghadapi pelbagai masalah peribadi.

3.1.7

Fungsi Media Massa pada hari Sabtu (16 April 2011)

Fungsi media massa yang dikenal pasti daripada artikel keratan akhbar pada hari ini ialah fungsi pemerhati. Tajuk berita,Kolonel Disiasat, menumpukan kepada seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia didakwa memfitnah pemimpin negara dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu sehingga siasatan selesai.

4.

Analisis Keseluruhan Keratan Akhbar Jika dilihat berdasarkan kepada keratan-keratan akhbar Berita Harian tujuh hari

berturut-turut, analisis keseluruhan daripada artikel-artikel tersebut menceritakan tentang masyarakat di Malaysia. Pelbagai agenda yang berlaku tidak kira dalam politik mahupun ekonomi. Tetapi artikel selama tujuh hari berturut-turut mulai 10 April 2011 sehingga 16 April 2011 berkisarkan tentang keadaan politik di Malaysia.

4.1

Fungsi Media Massa Paling Dominan

Keseluruhan fungsi media massa di dalam artikel akhbar Berita Harian yang paling dominan ialah fungsi pemerhati. Fungsi media massa pemerhati bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku disekitar kita. Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan kepada khalayak melalui berita atau maklumat tetapi tidak semua perkara yang berlaku akan dilaporkan kerana media hanya memilih peristiwa yang siginifikan dan memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat disekelilingnya. Fungsi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu; amaran dan instrumental. Amaran ini berkaitan mengenai keadaan sekeliling seperti ancaman bahaya, perubahan cuaca, ramalan cuaca dan kemelesetan ekonomi yang kemudiannya memberi amaran kepada khalayak agar bersiap sedia. Manakala instrumental pula membantu masyarakat untuk memperoleh maklumat seperti harga di bursa saham, produk baru, idea fesyen, resepi dan sebagainya. Ia juga merupakan penerbitan-penerbitan ringkas dan kandungan media bertujuan menghibur seperti majalah teknikal juga menjalankan peranan mengawasi.

5. Kesimpulan fungsi media Dalam mempertingkatkan fungsi media massa pada masa kini, media massa haruslah mempunyai tanggungjawab dalam memberi penekanan terhadap perkara sebenar dan bukan mereka-reka isu untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap isu-isu yang sebenar. Komunikasi media massa yang berkesan diharapkan dapat membuatkan masyarakat mempercayai sesuatu isu atau perkara itu penting dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Ini membuktikan lagi bahawa komunikasi media massa yang menggunakan perantaraan dalam bentuk visual seperti media cetak dan media elektronik banyak memberi kesan kepada pembangunan negara, kerana komunikasi media massa sendiri memberikan peranan dalam menyebarkan maklumat atau mesej dalam bentuk idea baru, teknologi moden dan berita. Secara keseluruhannya, media massa di Malaysia berfungsi dalam menyedarkan tanggungjawab sosial setiap media kepada. Dengan media massa ini, masyarakat di Malaysia akan lebih mengetahui hal-hal yang berlaku seperti pergolakan politik dan ekonomi. Rakyat akan lebih sedar tentang isu-isu yang dikeluarkan oleh ahli politik, pembangkang dan sebagainya. Tetapi, dengan komunikasi media massa, tidak akan wujud keadaan dimana berlakunya berat sebelah mengenai isu dan berita tentang politik baru-baru ini. Mereka boleh menggunakan media massa untuk memudahkan mereka menyampaikan kepada masyarakat di seluruh Malaysia. Media massa terbuka kepada pihak tertentu dalam menyampaikan pendapat mereka selain berperanan dalam menyokong dasar-dasar kerajaan untuk kepentingan bangsa, dan negara.

6.0

Laman web-log Malaysiakini (http://malaysiakini.com/bm/)

Cara penggunaan yang paling dominan dalam web Malaysiakini adalah kognisyen. Malaysiakini menjadikan bahan yang dipaparkan di dalam webnya sebagai medium untuk masyarakat menilai, berfikir dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Malaysiakini telah memaparkan berita-berita politik yang jarang-jarang disiarkan di arus media perdana. Selain berita politik, isu-isu semasa turut dipaparkan bagi memenuhi kehendak masyarakat elektronik.

Oleh itu, Masyarakat dapat menilai,berfikir dan berbincang mengenai berita yang disampaikan di Malaysiakini. Hal yang dibincangkan kebanyakkan lebih menjurus kepada isu-isu penyelewengan kerajaan dan situasi sebenar politik semasa. Masyarakat sebenarnya tidak perlu percaya 100% daripada kesahihan berita yang dipaparkan, tetapi masyarakat haruslah menggunakan pemikiran logik mereka bagi menilai kesahihan berita tersebut.

Masyarakat juga boleh berbincang dan berkongsi maklumat melalui berita yang disampaikan di Malaysiakini yang rata-rata berkisarkan tentang fenomena,situasi,sandiwara dan ceritacerita sensasi politik di tanah air yang jarang dipaparkan di media massa. Dengan adanya pendekatan media baru yang menggunakan teknologi capaian Internet, masyarakat dapat menilai menggunakan naluri mereka tentang kesahihan sesuatu berita yang disiarkan.

Bagi masyarakat yang bersifat dinamik, mereka sentiasa mengikuti berita-berita semasa sama ada dalam media perdana atau media elektronik atau massa yang bersifat pro-pembangkang. Oleh itu, dengan ilmu dan pengalaman yang ada, mereka dapat menimba ilmu pengetahuan mengenai keadaan politik semasa bagi kedua-dua belah pihak sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi.

6.1

Persamaan dan perbezaan

Kenal pasti persamaan dan perbezaan berbanding berita terbitan media massa. Laman web-log yang turut membincangkan isu yang dipaparkan oleh media cetak tersebut ialah laman malaysiakini.com. dengan tajuk berdasarkan tentang Sepadan Anwar : PKR Kecam Berita Harian. Apa yang dapat dikenal pasti persamaan antara media cetak dan media elektronik ini berkisarkan mengenai isu politik di Malaysia di mana Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution kesal dengan tindakan media milik Umno - Berita Harian yang didakwa sengaja mensensasikan isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan kes masih dalam siasatan polis. Persamaan antara laman web-log malaysiakini dengan akhbar Berita Harian ini ialah pemerhati berbentuk instrumental. Kedua-dua media massa ini memberi dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat di negara kita. Hanya dengan melalui pembacaan yang cuba disampaikan oleh media massa masyarakat dengan mudah membuat tanggapan yang buruk mahupun baik. Masyarakat mempercayai sesuatu isu atau perkara itu penting dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Melalui pemerhatian inilah media akan menyampaikan

maklumat kepada seluruh masyarakat tetapi tidak semua perkara akan dilaporkan kerana media hanya memilih isu yang hanya memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat disekelilingnya dan contoh yang terbaik di negara kita ialah mengenai politik. Kedua-duanya juga boleh dikategorikan sebagai kegunaan sosial. Melalui media cetak juga boleh mencari seseorang yang tidak dijumpai. Di Malaysiakini.com dapat berkongsi maklumat dengan pengguna facebook. Pengguna-pengguna facebook akan berkongsi maklumat sesama sendiri dan ini dapat menyebarkan isu yang diterbitkan. Perbezaan yang dikenal pasti antara kedua-dua media ini ialah cara penggunaan media yang disampaikan. Penggunaan di Malaysiakini.com ini berbentuk kognisyen. Laman web-log ini menggunakan medium elektronik berbeza dengan akhbar Berita Harian menggunakan media cetak. Masyarakat masa kini ingin kemudahan hanya di hujung jari apatah lagi hanya dengan melayari internet dan tidak perlu keluar semata-mata demi mendapatkan akhbar. Dengan pembacaan di laman Malaysiakini.com ini pengguna lebih mudah untuk berbincang sesama sendiri dan berkongsi maklumat. Sama ada maklumat tersebut betul ataupun tidak. Di sini, keadaan lebih terbuka kepada orang ramai tidak seperti media cetak yang Cuma boleh dibaca tetapi pembaca tidak boleh mengeluarkan idea mahupun pendapat. Di Malaysiakini.com pembaca boleh mencari arkib isu-isu yang lepas mahupun yang terbaru. Dengan capaian yang mudah ini, isu yang dicari boleh dikongsi dan pelbagai pendapat akan kita lihat. Di sinilah masyarakat akan melontarkan kata-kata mereka berbeza hanya dengan pembacaan. Paparannya juga berbeza. Gambar yang dipaparkan oleh medium elektronik ini mungkin berbeza dengan media cetak. Apa yang dikongsi oleh pengguna berlainan dengan apa yang ditulis oleh pengarang atau editor. Iklan di Malaysiakini.com ini lebih berbentuk kepada multimedia dan grafik yang lebih menarik berbanding di akhbar.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, media massa memberikan kesan baik dan kesan buruk kepada masyarakat. Di antara kesan-kesan positif media massa adalah ia memudahkan komunikasi di dalam masyarakat. Menurut Rich Ling (2000) di dalam kajiannya mengenai telefon bimbit di kalangan remaja mendapati terdapat unsur assessibiliti, keselamatan dan juga menjadi lambang status. Media juga mampu meluaskan pandangan dan pengetahuan masyarakat. Dengan adanya internet yang menjadi gedung ilmu tanpa had, masyarakat dapat mencari bahan dengan lebih cepat dan tepat. Seterusnya, media memudahkan proses pendidikan. Contohnya, apabila tenaga pengajar menggunakan alat-alat bantu mengajar yang canggih dan seiring dengan perkembangan teknologi dapat membantu proses mengajaran dan pembelajaran agar ia lebih berkesan. Media massa juga memudahkan aktiviti perdagangan. Ini dapat dilihat daripada perkembangan industri perniagaan yang meluaskan sasaran pelanggan kepada pengguna internet melalui Facebook dan juga weblog-weblog yang semakin hari semakin banyak. Akhir sekali, media massa memberi kesan positif apabila ia membentuk masyarakat yang peka kepada keadaan semasa. Ini dapat dilihat pada hari ini apabila masyarakat mudah mendapat informasi dari dalam dan luar negara dengan cepat dan tepat.

BIBLIOGRAFI 1. Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2005). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 2. Narimah Ismail. (2007). Nota KOM 3207. Pengenalan Teori Komunikasi. Serdang :PPL Universiti Putra Malaysia. 3. Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd Yosuf Hussain. (2005). Teori-teori Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

4. Musa Abu Hassan. (2002). Peranan dan Penggunaan ICT Di Kalangan Masyarakat. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia. 5. Mansor Ahmad Saman, Ahmad Sebi. (1996). Peranan Media dalam Masyarakat Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Azran Fitri Rahim. (2009, Ogos 25). Peranan Media Massa. Didapati di http://azranfitri.blogspot.com. 7. (2010, November 09). Fungsi Media Massa. Didapati di http://serambibahasa.blogspot.com. 8. Malaysiakini. (2011, April 22). Sepadan Anwar: PKR Kecam Berita Harian. Didapati di: http://www.malaysiakini.com/news/162220. Akses pada 10 April 2011. 9. Kenichi Ohmae. (1990). Borderless World, Rev Ed: Power And Strategy In The Interlinked Economy. Tokyo : Wharton School Publishing. 10. Kenichi Ohmae. (2005). The Next Global Stage: Challenges and Opportunities in Our Borderless World. Tokyo : Wharton School Publishing. 11. Naisbitt, J. (1994). Global paradox. London: Brealey Publishing Ltd. 12. William Greider. (2009). Come Home, Amerika: The Rise and Fall. Washington: Washington Times. 13. William Greider. (1997). One World, Ready or Not: The Manic Logic of Global Capitalism. Washington: Washington Times.