assigment Pedagogi

11
1.0 Pengenalan Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia melibatkan banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan, kaedah satu teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga menitikberatkan faktor situasi, persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak iaitu murid dan guru. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak perlu di ambil kira. Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat menjadi punca masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif pengajaran, sekaligus dianggap kurang berkesan. Kelemahan ini akan mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian serta kemajuan murid. Sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia akan menjejaskan matlamat utama sistem pendidikan untuk melahirkan generasi yang seimbang mental, fizikal, emosi, dan rohani. Justeru, untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan dalam pengajaran, seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang perguruan Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan system aktiviti – aktiviti yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan- perubahan tingkah laku dikalangan mereka. Proses pengajaran merangkumi perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan.

Transcript of assigment Pedagogi

Page 1: assigment Pedagogi

1.0 Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia melibatkan

banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan, kaedah satu teknik

yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga menitikberatkan

faktor situasi, persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses pembelajaran

yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan wujudnya

interaksi antara kedua-dua pihak iaitu murid dan guru. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang

mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak perlu di ambil kira.

Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat menjadi punca

masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif pengajaran, sekaligus dianggap

kurang berkesan. Kelemahan ini akan mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia akan

memberi kesan negatif terhadap pencapaian serta kemajuan murid. Sekiranya masalah ini tidak

ditangani, ia akan menjejaskan matlamat utama sistem pendidikan untuk melahirkan generasi

yang seimbang mental, fizikal, emosi, dan rohani.

Justeru, untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan dalam pengajaran,

seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

berkaitan dengan bidang perguruan

Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan system aktiviti –aktiviti yang ditujukan

kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku dikalangan mereka.

Proses pengajaran merangkumi perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan

penilaian. Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan

berkesan.

Manakala bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku, guru perlulah

jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian merancang aktiviti yang sesuai

untuk menjayakannya. Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan

yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap. Pengajaran bermaksud aktiviti yang

dirancangkan oleh guru dengan teliti dan melaksanakannya melalui kaedah dan teknik tertentu

yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid.

Page 2: assigment Pedagogi

2.0 Stail Pengajaraan guru berdasarkan model-model pengajaran

Pengajaran merupakan arahan dan panduan sistematik yang memandu segala proses

pembelajaran dan merupakan aktiviti guru yang utama bersama-sama dengan perancangan

dan pengurusan. Guru-guru sentiasa memikirkan mengenai cara-cara yang paling berkesan

untuk menyampaikan pengajaran mereka. Justeru itu, mereka perlu memilih model-model

pengajaran yang selaras dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai dalam satu sesi

pengajaran.

Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi

serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid

kita. Model pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan

pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur mengajar

amat penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Guru yang mempunyai personaliti yang positif kebiasaannya mempunyai konsep kendiri yang

positif mereka berkeyakinan menghadapi semua cabaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Biasanya guru yang mempunyai daya kepimpinan demokrasi menggunakan

berbagai kaedah pendekatan berdasarkan 4 model pengajaran untuk dijadikan panduan dalam

membuat perancangan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2.1 Model Behavioural

Guru memainkan peranan dalam mengubah tingkahlaku murid dan mengajar sesuatu budaya

baru melalui kemahiran –kemahiran pengajaran dan pengetahuan. Model behavioural tidak

berapa setuju dengan pembelajaran traditional yang menawarkan ganjaran-ganjaran luaran

kepada murid-murid. Sebaliknya tugasan utama guru ialah untuk menanam sikap mencintai

ilmu pengetahuan dalam diri murid-murid.

Contohnya guru ingin mengajar kemahiran membaca guru boleh menggunakan kaedah

pembelajaran masteri dimana sentiasa memberi latihan secara berulang sehingga ia menjadi

kebiasaan.

Model behavioural lebih berpusatkan murid dan terdapat beberapa keadah yang boleh

digunakan iaitu pengajaran langsung, pembelajaran masteri, latihan kendiri melalui simulasi dan

model ekspoisitori.

Page 3: assigment Pedagogi

.

2.2 Model pemprosesan maklumat

Cara pengajaran adalah berasaskan pembelajaran memusatkan murid-murid. Murid diajar

untuk mengikuti satu kaedah sistematik untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Murid-murid akan didedahkan kepada ilmu secara langsung dan tidak langsung dan guru-guru

perlu menyediakan sesuatu situasi autentik walaupun ia mengambil masa yang lebih panjang.

Model pemprosesan maklumat menekankan kepada prinsip bahawa apa sahaja yang boleh

diajar sekiranya ia dipecahkan kepada unit-unit yang kecil.

Terdapat beberapa kaedah dalam pemperosasan maklumat yang menerangkan bagaimana

murid-murid membina fakta dan konsep.

Kaedah Eksplorasi - Penemuan

Kaedah eksplorasi–penemuan bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid melalui

penemuan kendiri. Peranan guru adalah menyediakan peralatan tertentu. Murid dibenarkan

menggunakan alatan mengikut kesukaan masing-masing dengan pemantauan rapi daripada

guru terutamanya apabila menggunakan peralatan berbahaya seperti parang, cangkul dan

sebagainya semasa aktiviti di kebun.

Melalui kaedah ini, murid akan lebih mengetahui apakah kegunaan sesuatu alatan dengan

membuat aktiviti menggunakan alatan itu. Kaedah ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa

ingin tahu murid, keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan aksplorasi. Jika sebelum

ini mereka (murid) tidak berpeluang untuk cuba menggunakan peralatan ini atau

menggunakannya secara nyata atas alasan dibimbangi akan memudaratkan mereka sendiri,

namun dengan kebebasan diberi oleh guru serta dengan pemantauan rapi oleh guru, maka

mereka akan merasakan berkeinginan untuk mencuba menggunakan peralatan tersebut

dengan cara yang betul.

Bagi pelajar khas, sebelum penggunaan alatan itu dibenarkan untuk digunakan semasa aktiviti,

guru haruslah menerangkan cara penggunaannya yang betul dan menjaganya agar tidak

mendatangkan bahaya kepada diri dan rakan sekelas. Melalui kaedah ini, pembelajaran berlaku

Page 4: assigment Pedagogi

secara spontan dan dapat mengukuhkan pengetahuan mereka daripada pengajaran guru.

Supaya pembelajaran lebih berkesan, guru perlulah menyediakan alatan, memberi masa yang

cukup untuk murid melakukan aktiviti, bertanya kembali tentang kegunaan alat itu selepas

aktiviti selesai dan menggalakkan mereka melakukan sendiri menggunakan alatan supaya

mereka lebih faham akan kegunaannya. 

Kaedah Sumbang Saran 

Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid menggunakan imaginasi

mereka secara kreatif. Objektif keseluruhannya bertujuan untuk mencari idea -idea baru serta

kombinasi idea. Murid digalakkan memberi sumbangan idea terhadap sesuatu kemahiran yang

diajar guru dalam bentuk jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif

biasanya diarahkan kepada penyelesaian masalah -masalah tertentu, mencari cara-cara baru

untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi sesuatu

kejadian. Masalah atau kejadian menjadi fokus sumbang saran. Secara amnya, peraturan

sumbang saran meliputi sebarang idea diterima dan semua murid mesti aktif memberi

pandangan, idea dan maklumat sebanyak mungkin. Di samping itu juga dilarang mengkritik

sebarang idea sekiranya idea-idea dinyatakan secara spontan.

Pelajar boleh menggunakan idea rakan untuk memperkembangkannya. Keberkesanan sesuatu

sesi sumbang saran bergantung kepada keadaan atau situasi berikut:

Guru menunjukkan sikap positif di samping menggalakan pemikiran positif di kalangan

murid.

Murid mengambil bahagian secara aktif.

Guru sebagai pengadil, tidak menyebelahi mana-mana individu atau kumpulan.

Idea yang dipilih haruslah diperkemaskan untuk dijadikan maklumat serta digunakan sebaiknya.

Oleh itu, murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran amat digalakkan supaya memberi

idea terhadap sesuatu permasalahan atau penyoalan soalan oleh guru untuk melatih mereka

supaya memahami soalan dan permasalahan dan dapat berkomunikasi serta melatih mereka

berfikir.

2.3 Model Personal

Page 5: assigment Pedagogi

Peranan guru adalah untuk menggalak murid-murid yang dikategorikan sebagai individu-

individu yang unik untuk membina resos-resos dalaman supaya mereka melihat kandungan

pelajaran dalam cara-cara yang baru dan berlainan. Fokus utama adalah perkembangan

keseluruhan manusia murid-murid digalakkan menggunakan daya fikiran kreatif dan kritikal

dalam menyelesaikan masalah. Murid-murid digalakkan menggunakan pemikiran kreatif dan

kritikal dalam menyelesaikan segala projek dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam

kontek dunia nyata.

Kaedah Penyelesaian masalah

Kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk model personal ini adalah penyelesaian

masalah kerana kaedah ini juga memberikan peluang kepada murid-murid supaya mereka

bersedia untuk menghadapi sesuatu masalah, memikirkan cara-cara mengatasinya dan

kemudian membuat keputusan yang paling baik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Langkah-langkah dalam teknik penyelesaian masalah ialah :

Mengenal pasti satu masalah

Memahami satu masalah

Menentukan penyelesaiaan alternative untuk sesuatu masalah

Membuat kesimpulan dan menilai penyelesaian

2.4 Model Sosial

Dalam model sosial tanggungjawab proses pengajaran dikongsi bersama-sama diantara guru-

guru dan murid-murid dimana terdapat interaksi dan perundingan sentiasa berlaku diantara dua

pihak . Model ini sesuai untuk matapelajaran sains dan matematik.

Contohnya Guru mempersembahkan satu masalah yang realistik dan membenarkan murid-

murid mengalami dilema professional yang sama yang dialami oleh pakar-pakar dalam sesuatu

bidang.

Kaedah yang boleh dipilih oleh guru untuk model ini adalah seperti penemuan inkuiri,

penyelesaian masalah, main peranan, koperatif, kolabrotif dan projek.

Kaedah Main Peranan

Guru meminta murid-murid main peranan di hospital pesakit, doktor dan jururawat. Main

peranan ini satu aktiviti pembelajaran yang memerlukan murid untuk memainkan peranan

dalam satu drama ringkas atau lakonan. Main peranan menolong murid-murid untuk memahami

Page 6: assigment Pedagogi

tingkah laku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara untuk menyelesaikan

masalah sosial dengan lebih efektif.

Prinsip-prinsip utama main peranan ialah seperti :

Ia memberikan peluang kepada murid-murid untuk melihat, membincang dan berfikir

mengenai masalah-masalah yang mereka hadapi dan memahami diri mereka sendiri

dengan baik.

Ia melatih murid-murid untuk melakonkan watak berlainan dengan mengalami sendiri sesuatu

situasi pembelajaran. Mereka juga dapat peluang untuk menunjukkan bakat mereka.

Kaedah Simulasi

Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-

konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan

supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan

atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam

kaedah ini, guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya: memilih satu masalah atau

isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan. Memastikan unsur-unsur utama

masalah atau isu terkandung dalam simulasi. Mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat

dalam masalah atau isu berkenaan. Menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa

simulasi. Langkah-langkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang

dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut.

Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu

atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru.

Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun

sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan

pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan

situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah

buku teks, perbincangan dan penyoalan

3.0 Faktor yang mempengaruhi stail pengajaran guru dalam pemilihan kaedah yang

sesuai digunakan dalam pengajaran.

Page 7: assigment Pedagogi

Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza seperti seorang yang aktif, pendiam dan

suka bersosial. Setiap guru mempunyai potensi dan kemahiran yang berbeza seperti mahir

komputer, seorang yang kreatif dan mempunyai kemahiran bercerita dan sebagainya.

Sebagai contoh, guru-guru yang takut hilang kawalan dalam bilik darjah mungkin memilih

kaedah pengajaran yang memusatkan guru seperti memberi syarahan atau menjalani

demonstrasi untuk seluruh kelas.

Sebaliknya, jika guru-guru mempunyai gaya pengajaran demokratik guru-guru akan memilih

kaedah yang membenarkan murid-murid untuk membuat keputusan dan menjalani aktiviti yang

membenarkan beliau memudahcara dalam bilik darjah.

4.0 Implikasi stail pengajaran guru dalam memilih kaedah pengajaran

Gaya pengajaran guru-guru akan mempengaruhi pilihan kaedah dan teknik pengajaran.

Seorang guru yang mempunyai kepimpinan autokratik akan memilih strategi memusatkan guru .

Kaedah yang digunakan lebih kepada komunikasi di antara guru-guru dan murid-murid

kebanyakan sehala. Matlamat pencapaian dan pengajaran telah ditetapkan oleh guru. Kaedah

yang dipilih oleh guru adalah syarahan, bercerita seperti cara traditional. Guru-guru

mengutamakan penyampaian fakta sementara murid-murid mengutamakan pengingatan dan

penghafalan maklumat-maklumat yang telah disampaikan. Kesan negative interaksi antara

murid-murid amat pasif dan kemahiran sosial jarang diutamakan. Selain itu juga murid kurang

kreatif dan tiada inisiatif.

Manakala jika guru mempunyai gaya kempimpinan demokratik akan memilih strategi

pengajaran berpusatkan murid yang lebih mengutamakan interaksi dua hala yang melibatkan

kaedah aktiviti dalam kumpulan, perbincangan, inkuiri penemuan, penyoalan, penyelesaian

masalah, bermain dan sebagainya. Kesannya murid-murid menunjukkan daya kreatif dan

initiatif dan murid-murid bermotivasi untuk belajar. Interaksi diantara murid-murid adalah aktif

dan merangsang perasaan ingin tahu.

Page 8: assigment Pedagogi

5.0 Kesimpulan

Justeru itu sebagai seorang guru yang mempunyai tanggungjawab ialah untuk membina situasi-

situasi pembelajaran yang berjaya kepada murid-muridnya perlulah berfikiran terbuka menerima

perubahan kaedah pengajaran yang memberi manfaat kepada pelajar. Peranan guru dalam

memilih kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai adalah untuk memberi faedah kepada

semua murid. Secara umumnya dihuraikan bahawa pengajaran berpusatkan murid seiring

dengan tuntutan perubahan pada masa kini. Ini bukanlah bermakna kaedah pengajaran

traditional yang dianggap ketinggalan pada masa kini tidak boleh digunakan. Pendekatan ini

lebih melihat kemampuan guru dalam mengawal kelas dengan bakat anugerah tuhan yang ada

pada seseorang guru seperti berlakon, bersyair, berhujah, bercerita dan lawak jenaka. Selain itu

juga kemahiran seorang guru menyalurkan fakta secara teratur mengikut urutan dan diselang

selikan dengan kata kunci sebagai penarik ingatan murid boleh turut diaplikasikan sebagai

salah satu kaedah pengajaran.

6.0 Rujukan

DR. Ragbir Kaur Joginder Singh (PHD), 2013. Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI

Pedagogi. Kuala Lumpur Kumpulan Budiman Sdn Bhd.