Assigment PJ1203

34
1.0. Pengenalan Program latihan yang berkesan untuk permainan dan sukan perlu dihasilkan melalui penyelidikan dan merupakan cabaran kepada jurulatih dan guru (Rink, French & Graham,1996; Rink, 2002). Jurulatih harus menyediakan program latihan spesifik secara beransur maju mengikut tahap kematangan murid dan harus melengkapi murid dengan pengetahuan sukan, memotivasikan murid serta berusaha meningkatkan prestasi dalam sukan dan permainan berdasarkan teori dan metodologi latihan (Connel, 1993). Program latihan harus disusun dengan panduan teori dan metodologi latihan serta teori pembelajaran motor. Terutamanya program latihan yang mempunyai unsur seperti situasi permainan dapat menarik minat murid untuk menyertai secara aktif dalam Pendidikan Jasmani (Dodds et al., 2001). Bompa (1999) program latihan multilateral adalah sesuai dengan murid dalam kumpulan umur 12-13. Latihan multilateral sesuai dijalankan dalam bentuk situasi permainan mini, yang dapat meningkatkan kecergasan biomotor asas dan kemahiran serta dapat memberi keseronokan kepada murid. Jurulatih harus menyediakan program latihan dengan mengambil kira komponen biomotor latihan seperti kepantasan, koordinasi, fleksibiliti, aerobik, anaerobik, ketepatan serta kuasa) kemahiran dan strategi atau taktik (Drewe, 2000; Wassmer & Mookerjee, 2002; Wilsmore, 1992). Program latihan boleh dibina dengan pelbagai stail bagi menarik minat murid dalam permainan. Kajian Ishee (2004) menunjukkan bahawa murid akan menyukai program latihan dalam mata 1

Transcript of Assigment PJ1203

Page 1: Assigment PJ1203

1.0. Pengenalan

Program latihan yang berkesan untuk permainan dan sukan perlu dihasilkan melalui

penyelidikan dan merupakan cabaran kepada jurulatih dan guru (Rink, French & Graham,1996;

Rink, 2002). Jurulatih harus menyediakan program latihan spesifik secara beransur maju

mengikut tahap kematangan murid dan harus melengkapi murid dengan pengetahuan sukan,

memotivasikan murid serta berusaha meningkatkan prestasi dalam sukan dan permainan

berdasarkan teori dan metodologi latihan (Connel, 1993). Program latihan harus disusun dengan

panduan teori dan metodologi latihan serta teori pembelajaran motor. Terutamanya program

latihan yang mempunyai unsur seperti situasi permainan dapat menarik minat murid untuk

menyertai secara aktif dalam Pendidikan Jasmani (Dodds et al., 2001). Bompa (1999) program

latihan multilateral adalah sesuai dengan murid dalam kumpulan umur 12-13. Latihan

multilateral sesuai dijalankan dalam bentuk situasi permainan mini, yang dapat meningkatkan

kecergasan biomotor asas dan kemahiran serta dapat memberi keseronokan kepada murid.

Jurulatih harus menyediakan program latihan dengan mengambil kira komponen biomotor

latihan seperti kepantasan, koordinasi, fleksibiliti, aerobik, anaerobik, ketepatan serta kuasa)

kemahiran dan strategi atau taktik (Drewe, 2000; Wassmer & Mookerjee, 2002;

Wilsmore, 1992).

Program latihan boleh dibina dengan pelbagai stail bagi menarik minat murid dalam

permainan. Kajian Ishee (2004) menunjukkan bahawa murid akan menyukai program latihan

dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, apabila mereka berjaya melakukan sesuatu aktiviti.

Program latihan permainan yang dibentuk oleh jurulatih seboleh-bolehnya mengambil kira tahap

kemahiran (skill level) yang sedia ada pada murid. Murid kemahiran tinggi dan rendah

mempunyai tahap kebolehan yang berlainan untuk berlatih kemahiran dan pemikiran secara

berlainan. Hal ini adalah kerana mereka mempunyai sistem neuromuscular, koordinasi mata-kaki

dan pemikiran yang berlainan, jadi mereka memerlukan program latihan yang khusus

(Wrisberg, 1993). Hal ini penting supaya mereka yang berkemahiran tinggi dan rendah dapat

meningkatkan prestasi permainan. Jurulatih harus peka terhadap perkara-perkara penting yang

harus ada dalam program latihan bagi meningkatkan prestasi permainan. Antara perkara-perkara

yang penting dalam sesuatu permainan penyerangan (invasion games) ialah menggunakan taktik

dan kemahiran yang sesuai pada masa dan tempat yang sesuai dalam situasi permainan. Secara

umumnya aspek taktikal melibatkan strategi menyerang dan menggelakkan jaringan (bertahan).

1

Page 2: Assigment PJ1203

Penggunaan taktik dan kemahiran dalam permainan bergantung kepada cara pemain

membuat keputusan. Aspek membuat keputusan dalam permainan bergantung kepada

pengetahuan permainan yang sedia ada pada pemain. Bagi pemain untuk meningkatkan dan

mengekalkan prestasi permainannya secara konsisten, pemain harus dilatih untuk menguasai

komponen permainan seperti membuat keputusan untuk menggunakkan taktik dan kemahiran

sesuai dalam permainan (Grehaigne, Godbout & Bouthier, 2001; Light, 2005; Siedentop, 2001).

Disiplin pendidikan jasmani dan sains sukan kaya dengan teori pedagogi pengajaran dan latihan

seperti teori spektrum pengajaran Mosston dan Ashworth (2002) serta model taktikal atau

Teaching Games for Understanding (TGFU) yang diasaskan oleh Bunker dan Thorpe. Teori dan

model ini berupaya mewujudkan program latihan sukan dan permainan yang mendatangkan

kesan positif kepada pemain (Mandigo & Holt, 2002; Turner & Martinek, 1999). Sebenarnya

teori dan model dalam pendidikan jasmani dan sains sukan boleh dimanipulasikan untuk

meningkatkan prestasi permainan. Seterusnya dapat meningkatkan kemahiran dan bijak

membuat keputusan tentang penggunaan taktik dan kemahiran yang sesuai dalam situasi

permainan sebenarnya. Menurut Philip dan Wikersoon (1990), stail dan model latihan perlu

dimanipulasikan dan disusun untuk memberi faedah latihan kepada murid kumpulan kemahiran

tinggi, sederhana dan rendah. Setiap teori dan model mempunyai kelebihan dan kelemahannya,

tetapi yang penting ialah menggunakan unsur kekuatannya bagi meningkatkan prestasi murid

pelbagai kumpulan kemahiran dalam permainan dan sukan.

Namun sejak seabad yang lalu, peningkatan dalam prestasi sukan banyak dipengaruhi

oleh kaedah latihan fizikal yang lebih canggih dan sistematik yang telah diperkenalkan oleh para

jurulatih dan diguna pakai oleh para atlit. Kaedah-kaedah latihan ini direka untuk membolehkan

atlit mencapai kecergasan optimum dalam masa sesingkat mungkin dan apabila diperlukan,

terutamanya dalam mencapai prestasi puncak. Kaedah latihan yang diaplikasikan disesuaikan

dengan keperluan sesuatu jenis sukan dan keperluan atlit serta disusun rapi mengikut musim

pertandingan dengan diasaskan kepada pengetahuan sains sukan.

2.0. Latar Belakang Program

Untuk melahirkan atlit-atlit yang berpotensi memerlukan satu program yang dirancang

serta dilaksanakan secara sistematik dan terperinci di dalam jangka masa yang panjang. Di atas

kesedaran inilah maka Program Tunas Cemerlang dalam permainan badminton diwujudkan di

2

Page 3: Assigment PJ1203

mana atlet-atlet berbakat dikenal pasti dan ditempatkan di sekolah atau pusat latihan yang dipilih.

Pusat-pusat ini akan dilengkapi dengan kemudahan peralatan dan kepakaran bagi membolehkan

atlet-atlet berkenaan menjalani latihan sepanjang tahun.

Latihan yang dijalankan semestinya mempunyai kualiti yang terbaik di samping

sepanjang proses ini atlet-atlet juga akan diserapkan dengan nilai-nilai kewarganegaraan,

semangat, disiplin serta tahap kemahiran yang tinggi. Kelak dengan sendirinya program ini

selain daripada menambahkan bilangan pernyertaan dan mempertingkatkan mutu pencapaian, ia

juga akan dapat membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu, bersih, cekap,

amanah, dan bertanggungjawab.

Program ini juga dijalankan dilaksanakan dengan cara yang saintifik menerusi program

latihan yang selaras di seluruh negara dengan penilaian dari semasa ke semasa prestasi dan

pencapaian mereka. Sistem permarkahan akan diberikan bertujuan membuat perbandingan

sesama atlet pusat atau jenis sukan yang berbeza. Ujian-ujian ini juga akan dibuka kepada

sesiapa sahaja yang berminat di peringkat umur tersebut bagi memberi peluang yang sama

kepada mereka untuk menyertai program ini. Adalah diharapkan program ini kelak akan dapat

dijadikan teras kepada perancangan dan pembangunan sukan negara pada keseluruhannya.

3.0. Tujuan Program

Program ini bertujuan :

i) Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pelbagai sukan khususnya bagi para remaja.

ii) Memberi peluang menceburkan diri di dalam aktiviti sukan yang betul, bersistematik dan

berkesinambungan.

iii) Menggalakkan mereka melibatkan diri, memperbaiki kemahiran dan mempertingkatkan

kecergasan di dalam pelbagai jenis sukan.

iv) Mengurangkan penekanan terhadap menang bermati-matian di samping melahirkan

keseronokan dan saingan yang sihat melalui pernyertaan melalui sukan.

v) Melahirkan atlet yang berpotensi di dalam permainan-pemainan tertentu di samping

mempunyai latar belakang akademik yang tinggi.

vi) Mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan ke tahap yang optimum.

3

Page 4: Assigment PJ1203

Program ini dijalankan di sekolah dan juga di dalam dewan yang di sewa tiga kali seminggu.

Program ini juga memakan masa dalam 1 tahun dan dijalankan mengikut jangka masa berikut :

1 hari = 2 jam

1 minggu = 6 jam

1 bulan = 24 jam

1 tahun = 240 jam

4.0. Fasa-fasa Latihan

Program latihan keseluruhan tahunan bertujuan dan berfungsi berdasarkan tahap peringkat

lanjutan yang dilakukan. Berikut adalah senarai tujuan am setiap peringkat tersebut.

Peringkat latihan Tujuan

1. Persediaan

a) Pra Musim

b) Pra

Pertandingan

Penekanan lebih diberikan untuk membina daya tahan kardiovaskular.

Kesediaan fizikal terhadap beban kerja yang lebih berat.

Memperbaiki sikap dan tanggungjawab terhadap latihan.

Memperbaiki kelemahan kemahiran am dengan memperkenalkan teknik-

teknik yang betul.

Penekanan kepada teknik-teknik yang khusus.

Memberikan penekanan kepada kecergasan fizikal yang lebih baik.

Penekanan kepada sistem tenaga yang dominan.

2. Pertandingan Meningkatkan taraf kemahiran teknik dan memperkenalkan strategi-

strategi.

Mengekalkan tahap kecergasan yang sedia ada.

3. Luar Musim Deconditioning secara beransur-ansur.

Rehat aktif diadakan untuk mengekalkan tahap kecergasan dengan

melibatkan permain dalam permainan bola keranjang, bola tampar dan

lain-lain.

Menilai program lepas dan merancang program baru.

5.0. Faktor-faktor Latihan

4

Page 5: Assigment PJ1203

5.1. Kecergasan

Kecergasan merujuk kepada kecergasan fizikal yang membawa maksud kemampuan seseorang

untuk menguruskan diri setiap hari, berekreasi dan bertenaga untuk bertindak balas dalam situasi

yang mencemaskan tanpa rasa lesu. Dalam program ini, jurulatih telah menyedikan beberapa

kaedah untuk kecergasan pemain badminton supaya pemain-pemain mendapat mutu kecergasan

yang dikehendakinya. Dalam menjalani latihan kecergasan fizikal, terdapat beberapa kaedah

latihan yang boleh digunakan berdasarkan peringkat umur. Antara kaedah-kaedah latihan yang

sesuai untuk latihan permainan badminton adalah :

Latihan aerobik

Latihan daya tahan otot

Latihan anaerobik

Latihan ketangkasan

5.1.1. Kaedah Latihan Aerobik

Latihan aerobik merupakan bahagian latihan yang penting untuk para pemain. Oleh itu, jurulatih

telah menyediakan beberapa prinsip latihan. Antara prinsip-prinsip latihan aerobik adalah latihan

yang dijalankan secara merentas desa, Fartlek, tarian aerobik dan Paarlouf.

Intensiti : Latihan yang dijalankan pada kadar denyutan jantung antara 60% hingga

80% daripada kadar denyutan jantung maksimum.

Kekerapan : latihan aerobik dijalankan 3 hingga 4 kali seminggu dan dijalankan secara

berselang hari. Ini kerana terpaksa membahagikan masa dengan waktu

tuisyen di sekolah.

Jangka masa: latihan dijalankan secara beransur-ansur. Jangka masa minimum latihan

dijalankan ialah antara 20 hingga 30 minit.

Umur KNM 60% ← JURANG SASARAN → 90%

5

Page 6: Assigment PJ1203

10 210 126 189

15 205 123 184

10 200 120 180

Jadual : Denyutan Jantung Maksimum dan ton sasaran untuk kesan latihan

Kiraan Kadar Nadi Latihan

Umur = 12 Tahun

KNR = 84 d.s.m.

KNM = 220-12

= 218 d.s.m.

KNM – KNR = 218 – 84

= 134 d.s.m.

60% = 134 × 60

100

= 80 d.s.m.

KNL = 84 + 80

= 164 d.s.m.

Kaedah latihan aerobik adalah kaedah latihan yang diaplikasikan bagi membolehkan pemain

meningkatkan prestasi aerobik iaitu keupayaan untuk mengambil, mengangkut dan

menggunakan oksigen dengan cekap dan berkesan. Antara kaedah-kaedah latihan aerobik yang

sering digunakan dalam latihan sukan adalah :

(a) Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance)

(b) Latihan Fartlek

(c) Latihan Jeda Jarak Jauh

(a) Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance)

6

Page 7: Assigment PJ1203

Latihan ini adalah latihan yang sering dipraktikkan oleh pelari maraton atau pelari jarak jauh.

Sesuai dengan namanya, latihan ini memberi penekanan kepada tempoh masa larian dan

bukannya kelajuan. Lebih lama seseorang itu dapat berlari berterusan, lebih baik kesannya

terhadap sistem kardiovaskular pemain. Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan

daya tahan kardiovaskular. Kelajuan yang dicadangkan adalah antara dua ke tiga meter sesaat

(2-3m/s) dan diperkenalkan pada awal musim persediaan untuk jenis sukan ini.

(b) Latihan Fartlek

Latihan Fartlek yang diperkenalkan di Sweden bermaksud ‘speed play’ iaitu latihan pelbagai

kelajuan. Latihan ini biasanya diadakan di kawasan luar dengan keadaan permukaan tanah yang

tinggi rendah. Selain meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga

berupaya meningkatkan keupayaan daya tahan otot. Latihan ini boleh dianggap sebagai latihan

jeda tidak rasmi dan diperkenalkan penghujung musim persediaan umum sehingga awal musim

persediaan khusus. Latihan ini dapat lebih difahami melalui contoh di bawah untuk satu sesi

latihan :

Berjalan pantas selama lima minit

Berlari anak selama 10 minit

Pecut dengan 70 % kelajuan maksima selama 30 saat

Berjalan perlahan selama tiga minit

Berlari dengan langkah panjang (striding) selama 2 minit

Berlari anak selama lapan minit

Pecutan dengan 80 % kelajuan maksima selama 20 saat

Berlari dengan 60 % kelajuan maksima selama dua minit.

(c) Latihan Jeda Jarak Jauh

7

Page 8: Assigment PJ1203

Latihan Jeda yang mula diperkenalkan di Jerman oleh Dr. Woldmar Gerschler dan Hans Reindell

pada awal tahun 30an adalah satu kaedah latihan saintifik yang mempunyai jeda kerja dan jeda

rehat. Kaedah ini lazim digunakan dalam latihan olahraga dan latihan renang. Latihan jeda

dianggap sebagai antara kaedah yang terbaik dan lazim diperkenalkan pada penghujung musim

persediaan umum dan lebih kerap digunakan dalam musim persediaan khusus. Bagi latihan jeda

jarak jauh, nisbah jeda kerja kepada jeda rehat adalah antara 1 : ½ hingga 1: 1 bergantung kepada

jarak larian atau masa yang diambil untuk menamatkan sesuatu larian. Contohnya adalah seperti

berikut :

88

Masa larian = 10 minit

Masa rehat = 5 minit

Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : ½

Masa larian = 3 minit

Masa rehat = 3 minit

Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1: 1

Ulangan yang dicadangkan adalah antara 2 hingga 3

ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan antara 3

hingga 4 ulangan bagi jarak yang kurang daripada

800 meter bagi satu larian (ulangan).

Sementara itu, jumlah set yang dicadangkan adalah sama seperti jumlah ulangan, dan rehat

antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar nadi turun kepada 120 denyut

seminit, barulah set kedua dimulakan.

Preskripsi latihan jeda boleh ditulis seperti berikut :

3 x 1500 meter x 2 set @ 8 minit (1:1/2 ), bermaksud :

3 ulangan larian berjarak 1500 meter setiap larian,

dibuat dalam 2 set, dengan jeda kerja selama 8 minit

bagi setiap larian dan jeda rehat selama 4 minit.

5.1.2. Kaedah Latihan Anaerobik

8

Page 9: Assigment PJ1203

Kaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasiti anaerobik

iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen. Latihan ini membantu

untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan semula ATP dengan cepat semasa

rehat antara kerja. Antara objektif latihan anaerobik ini adalah bagi meningkatkan komponen-

komponen kecergasan berikut :

(a) kelajuan

(b) kekuatan otot

(c) daya tahan otot

(d) kuasa

(e) ketangkasan

Antara latihan-latihan yang sering digunakan dan diklasifikasikan di bawah kaedah latihan

anaerobik adalah :

(a) Latihan jeda jarak sederhana dan jarak dekat

(b) Latihan pecutan berulang

(c) Latihan pliometrik

89

5.1.3. Latihan Jeda (jarak sederhana dan jarak dekat)

Berbeza dengan latihan jeda jarak jauh, latihan ini memberi penekanan kepada keupayaan tubuh

untuk bekerja secara anaerobik. Jeda rehat antara ulangan dan antara set memberi peluang

kepada otot untuk menghasilkan semula ATP dan melambatkan fasa kelesuan. Tubuh dapat

bekerja dalam satu jangka masa yang lebih lama dan kecekapan otot untuk penghasilan semula

ATP meningkat. Latihan ini amat sesuai diaplikasikan untuk pemain badminton meningatkan

tahap kecergasan mereka. Latihan yang perlu dijalankan oleh pemain ialah di mana jangka masa

larian ialah antara 10 hingga 30 saat. Tetapi untuk pemain 12 tahun latihan kecergasan yang

diperlukan adalah antara 10 hingga 15 saat boleh dijalankan dalam bentuk jeda di mana nisbah

rehat ialah antara 1:5. Antara 3 hingga 5 untuk setiap set dan meliputi 5 hingga 6 ulangan.

5.1.4. Latihan Daya Tahan Otot

9

Page 10: Assigment PJ1203

Setiap pemain perlu menggunakan berat badan untuk membina kekuatan daya tahan otot. Antara

60 hingga 80 % daripada maksimum ulangan untuk aktiviti bangun tubi, lompat dekam, tekan

tubi, dan sebagainya boleh digunakan dalam pembinaan daya tahan otot.

Prinsip latihan Daya Tahan Otot

Intensiti : 60 – 80% daripada ulangan maksimum

Bilangan Set : 3 – 4

Kekerapan Latihan : 3 kali seminggu

Latihan beban boleh digunakan untuk membina daya tahan otot. Beban yang ringan dengan

ulangan yang banya iaitu antara 10 – 12 dijalankan semasa latihan. Teknik mengangkat berat

yang betul telah ditegaskan oleg jurulatih ntuk menggelakkan kecerderaan berlaku.

5.1.5. Latihan ketangkasan

Aktiviti-aktiviti ketangksaan

Jangkauan depan dan belakang

Gerakan skip sisi

Gerakan sisi zig zag

Jangkauan depan dan bayangan belakang

Jangkauan belakang dan bayangan depan

Lari ulang alik

Loncat dua kaki buka-tutup

Loncat dua kaki sisi

Bayangan depan gelanggang

Bayangan belakang gelanggang

Bayangan gelanggang penuh

Lompat selang seli setempat dan buka tutup kaki

Prinsip latihan

10

Page 11: Assigment PJ1203

1. Setiap aktiviti boleh dilakukan antara 15 hingga 30 saat

2. Jangka masa latihan yang lebih lama iaitu 1 minit boleh digunakn untuk latihan daya

tahan otot.

3. Latihan boleh dilakukan secara jeda di mana nisbah kerja dan rehat 1 : 5 tiap-tiap

ulangan.

4. Lebih kurang 3 hingga 5 jenis aktiviti ketangkasan digunakan dalam latihan. Setiap

aktiviti dijalankan sebanyak 5 ulangan.

5. Intensiti latihan ditigkatkan beransur-ansur. Angkubah untuk mengubah intensiti ialah

jangka masa latihan, bilangan aktiviti, jangka masa rehat dan bilangan set.

5.1.6. Penilaian Kecergasan Fizikal Pemain

Tahap keseluruhan kecergasan fizikal pemain-pemain badminton ditentukan dengan mengukur

setiap komponan kecergasan yang diperlukan pada pemainan ini, iaitu :

a) kecergasan kardiovaskular

b) daya tahan otot

c) fleksibiliti

d) kederasan

e) ketangkasan

f) kuasa

Satu keputusan yang selaras dapat diperolehi apabila jurulatih menggunakan jenis ujian yang

sama untuk mengenal pasti tahap komponen kecergasan fizikal para pemain.

Objektif Penilaian

Objektif penilaian adalah untuk :

a) mengenal pasti tahap kecergasan fizikal pemain-pemain

b) menentukan intensiti latihan beberapa jenis aktiviti latihan.

c) Menilai keberkesanan program-program latihan.

d) Mengumpul data base di kalangan pemain-pemain badminton.

Jenis-jenis ujian yang telah dijalankan ialah :

11

Page 12: Assigment PJ1203

a) Ujian Kecergasan Kardiovaskular

b) Ujian Daya Tahan Otot

c) Ujian Kelembutan

d) Ujian Kuasa Kaki

e) Ujian Kederasan

f) Ujian Ketangkasan

(a) Ujian Kecergasan Kardiovaskular

Dalam latihan untuk para pemain badminton ini, untuk menambah daya tahan pemain untuk

pemainan rally yang panjang maka ujian Cooper digunakan. Dalam ujian Cooper ini, setiap

pemain perlu berlari sejauh yang boleh dalam masa 12 minit. Balapan 400 meter atau 300 meter

digunakan untuk ujian ini. Pada itu juga setiap pemain diingatkan supaya berlari dalam

kederasan yang sesuai agar dapat bertahan dan menghabiskan masa dalam 12 minit dan tidak

memecut di peringkat awal ujian. Selain itu, ujian ini bertujuan untuk memberi satu anggaran

ukuran yang boleh dipercayai tentang keupayaan aerobik atau keupayaan pengambilan oksigen.

(b) Kelunjuran atau Kelembutan

Ujian ini digunakan untuk menentukan kelembutan sendi-sendi pemain dalam melakukan

sesuatu drop atau smash menyilang pada sesuatu keadaan atapun semasa membalas pukulan drop

daripada pihak lawan.

(c) Ujian Kuasa : Lompat Sargent

Keupayaan untuk menghasilkan kuasa menggambarkan bahawa individu itu dapat menghasilkan

pengucupan otot yang maksimum pada kadar yang paling singkat atau pantas. Ujian lompat

Sargent merupakan salah satu ujian yang dapat mengukur kuasa dengan menggunakan daya

kekuatan otot kaki untuk mengatasi rintangan berat badan. Ujian ini memberi tumpuan kepada

hasil jarak tinggi lompatan.

(d) Ujian Kekuatan ‘Functional’ : Gantung Siku Bengkok

12

Page 13: Assigment PJ1203

Untuk mendapatkan ketepatan pengukuran kekuatan, peralatan-peralatan yang spesifik

diperlukan. Ujian gantung Siku Bengkok walaupun tidak mengukur kekuatan (di bahagian

tangan dan bahu ) secara tepat, boleh memberikan gambaran tentang kekuatan dan daya tahan

otot peserta.

(e) Latihan pecutan berulang

Latihan pecutan berulang adalah latihan pecutan yang diselang seli dengan jeda rehat bertujuan

untuk meningkatkan kelajuan. Berbeza dengan latihan jeda, latihan ini memerlukan pelaku

memecut dengan intensiti maksimum pada jarak yang lebih dekat, lazimnya 60 meter atau

kurang. Selepas setiap ulangan pelaku akan berehat aktif secukupnya, iaitu sehingga kadar nadi

turun kepada 120 denyut seminit atau kurang sebelum memulakan ulangan yang berikutnya.

Latihan dikawal oleh kadar nadi pelaku dan masa larian terbaik yang dicatatkan. Latihan

diberhentikan apabila masa yang dicatatkan jauh daripada masa sasaran atau kadar nadi melebihi

kadar nadi maksimum, mana yang terdahulu.

90

(f) Latihan Pliometrik

Latihan Pliometrik adalah satu kaedah latihan yang baru diperkenalkan di Amerika Syarikat pada

awal 90-an. Berasal daripada perkataan Greek, ‘plio’ membawa maksud ‘lebih’ atau

‘meningkatkan’ dan ‘metrik’ bererti jarak. Fred Wilt menterjemahkan pliometrik sebagai latihan-

latihan yang menghasilkan pergerakan otot isometric yang berlebihan yang menyebabkan refleks

regangan dalam otot. Hari ini, pliometrik dirujuk kepada latihan yang menggunakan pergerakan

otot-otot untuk bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan kuasa atau kekuatan eksplosif.

Latihan pliometrik hanya diaplikasikan selepas pemain mencapai tahap kekuatan optimum atau

mencukupi bagi mengelakkan kecederaan terutamanya kepada tendon dan ligamen. Latihan

dilakukan pada penghujung fasa persediaan khusus sehinggalah ke fasa pra pertandingan.

Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif dan boleh

dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau alatan seperti kotak pelbagai ketinggian

dan bola segar. Contoh latihan pliometrik dengan menggunakan berat badan sendiri :

Larian lutut tinggi

13

Page 14: Assigment PJ1203

‘bounding’

larian ‘tendang pinggul’ (butt-kick)

‘skip’

lompat sebelah kaki

Contoh latihan pliometrik menggunakan bola segar :

baling bola segar berpasangan paras dada dengan menggunakan satu tangan

baling bola segar berpasangan paras dada dengan menggunakan dua tangan

baling bola segar berpasangan dari atas kepala

baling bola segar berpasangan melalui atas kepala dengan membelakangi pasangan

Contoh latihan pliometrik menggunakan kotak pelbagai ketinggian :

susun kotak pelbagai ketinggian dalam satu litar

jarak antara kotak ke kotak yang lain lebih kurang 10 meter

pelaku berlari dalam litar dengan menaiki dan melompat turun dari kotak sepantas

mungkin.

Jumlah ulangan bergantung kepada preskripsi yang diberi

Selain daripada alatan yang di atas, latihan juga boleh dibuat dengan menggunakan pagar dan

bangku panjang.

5.1.7. Kaedah Latihan Litar

Latihan litar telah diperkenalkan di Universiti Leeds, England pada tahun 1950-an oleh

R.E.Morgan dan C.T. Adamson. Latihan ini mengandungi satu siri bateri latihan mengikut

keperluan jenis sukan yang ditetapkan mengikut stesen. Setiap pelaku dikehendaki melakukan

aktiviti yang telah ditetapkan sehingga tamat satu litar latihan atau satu set. Jumlah set ditentukan

oleh jurulatih bergantung kepada objektif yang hendak dicapai. Sejak daripada mula latihan ini

diperkenalkan, beberapa perubahan telah dibuat oleh jurulatih untuk menyesuaikan latihan ini

dengan kehendak latihan dan objektif. Ada jurulatih yang menggunakan kemahiran teknikal yang

berlainan sebagai aktiviti bagi setiap stesen dan ada pula yang menggunakan alat latihan bebanan

seperti ‘barbell’ dan ‘dumb-bell’. Umumnya, latihan litar adalah latihan dengan pelbagai aktiviti

14

Page 15: Assigment PJ1203

senaman yang disusun dalam satu litar. Setiap aktiviti senaman dikenal sebagai stesen. Lazimnya

latihan litar mengandungi antara enam hingga 12 stesen. Jarak antara satu stesen dengan stesen

yang lain adalah antara lima hingga 10 meter. Pemilihan aktiviti bagi setiap stesen bergantung

kepada objektif yang hendak dicapai. Sekiranya objektif latihan adalah bagi meningkatkan

ketangkasan, maka aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan ketangkasan perlulah dipilih.

Begitu juga jika objektif latihan adalah untuk meningkatkan kekuatan eksplosif, maka aktiviti-

aktiviti yang dapat meningkatkan kekuatan eksplosif perlulah dipilih. Kesesuaian masa bagi

latihan ini diaplikasikan dalam rancangan latihan tahunan bergantung kepada objektif

latihan. Jurulatih telah menetapkan satu objektif sahaja dalam aspek komponen fizikal

yang ingin ditingkatkan supaya tidak melanggar prinsip kekhususan.

Contoh preskripsi bagi satu sesi latihan litar adalah seperti berikut :

Objektif latihan : Meningkatkan kekuatan eksplosif otot

Bilangan set : 3 set

Bilangan stesen : 8 stesen

Masa kerja setiap stesen : 30 saat

Jarak antara stesen : 5 meter

Rehat antara stesen : 60 saat

Rehat antara set : 3 minit

Aktiviti –aktiviti :

Burpee

Bangkit tubi

Lompat lutut ke dada

Tekan tubi

‘Russian leap’

mendayung (seated rowing)

‘alternate split jump’

leding belakang (back arch)

5.1.8. Latihan bebanan.

15

Page 16: Assigment PJ1203

Latihan bebanan ini adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan otot samada

bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan. Latihan ini juga diaplikasikan bagi

meningkatkan saiz atau hipertropi otot. Bebanan dan ulangan yang dikenakan bergantung kepada

objektif latihan. Untuk menjalani latihan bebanan, konsep Ulangan Maksimum (Repitition

Maximum) atau ringkasnya RM perlu diketahui. RM adalah bilangan ulangan maksimum yang

boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang dikenakan sehingga otot atau kumpulan otot

yang bekerja mencapai tahap kegagalan otot sementara (temporary muscular failure).

1RM adalah bebanan yang boleh diangkat sekali sahaja oleh pelaku sementara 2 RM adalah

bebanan yang boleh diangkat dua kali sahaja oleh pelaku. Oleh itu, bebanan untuk 1RM adalah

lebih berat berbanding 2 RM, bebanan untuk 2 RM adalah lebih berat berbanding bebanan untuk

3 RM dan seterusnya.

Jadual di bawah boleh digunakan sebagai panduan latihan :

Komponen

Fizikal

Ulangan

Maksimum (RM) Set Intensiti Rehat

Kekuatan

Maksimum

1 – 2 RM 3 – 4 95 – 100% 2 – 5 Minit

Kekuatan 3 – 6 RM 3 – 4 85 – 90% 2 – 5 Minit

Hipertropi 8 – 12 RM 3 – 6 65 – 80% 30 – 90 Saat

Daya Tahan 15 – 50 RM 2 – 4 30 – 60% 15 – 45 Saat

5.2. Teknik

Teknikal adalah aspek yang meliputi pembentukan untuk melakukan segala aksi teknikal dengan

betul, memperbaiki teknik asas yang rasional dengan kelajuan sepatutnya dan melakukan teknik

khusus dengan berbagai keadaan, memperbaiki teknik lakuan dan keyakinan untuk melakukan

semua jenis pergerakan secara umum atau khusus. Dalam program ini pembelajaran teknikal

tebahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Tahap 1 adalah untuk teknik asas yang

merangkumi ketangkasan pergerakan dan pukulan-pukulan keras serta tajam dalam detik yang

ringkas semasa rali. Oleh itu, pengetahuan tentang teknik-teknik dan kemahiran asas perlu

16

Page 17: Assigment PJ1203

dipelajari dan difaami secara teori dengan tepat supaya segala tunjuk cara secara praktikal dapat

memantapkan kemahiran asas para pemain. Bagi Tahap 2 pula adalah kesinambungan daripada

tahap 1 yang telah dipelajari sebelum ini. Pembelajaran pada tahap ini memberi penekanan

kepada ansur maju latihan yang lebih luas dan kompleks. Kemahiran ini hanya boleh diteruskan

setelah kemahiran asas di Tahap 1 dikuasai. Skop teknikal pada tahap ini merangkumi tajuk-

tajuk bagi kemahiran seperti variasi pukulan atas jaring, latihan dinamik berasingan, gerak kaki

dan gerakan dalam gelanggang dan latihan pukulan dinamik. Dengan adanya latihan teknikal ini

membolehkan pemain mempunyai keyakinan untuk mencapai kemenangan dalam permaian.

5.3. Taktik

Prestasi pemain dalam permainan badminton, bukan sahaja bergantung kepada komponen

kemahiran, kecergasan fizikal, minat dan ketahanan mental. Hal yang lebih penting pemain harus

dilatih untuk membuat keputusan tentang pemilihan taktik dan kemahiran berdasarkan

pengetahuan permainan serta dapat melaksanakan kemahiran dalam situasi permainan. Hal ini

penting kerana dalam situasi permainan, pemain harus cepat dan tepat bertindak membuat

keputusan tenang penggunaan taktik dan kemahiran yang sesuai pada masa dan tempat yang

sesuai bagi mencapai kejayaan dalam permainan. Tindakan membuat keputusan tentang

penggunaan taktik dan kemahiran bergantung kepada penguasaan pengetahuan deklaratif dan

prosedural pemain. Untuk melatih dan meningkatkan prestasi permainan, program latihan

permainan telah disusun dengan memanipulasikan komponen utama permainan seperti taktikal

dan kemahiran. Pemain pelbagai kumpulan kebolehan kemahiran dalam sukan dan permainan

memerlukan program latihan dengan adunan model dan stail pelbagai bagi meningkatkan

prestasi permainan dan untuk menyeronokkan (Dyson et al., 2004; Metzler (2005). Spektrum

Stail Pengajaran Mosston dan Ashworth (1994, 2002) dan model taktikal boleh dimanipulasikan

dalam bentuk program latihan berkesan bagi pemain pelbagai kumpulan kemahiran. Model

taktikal melalui pendekatan taktikal, merupakan model latihan yang diberi perhatian kini. Model

taktikal memberi perhatian dalam aspek penggunaan pengetahuan deklaratif dan prosedural

dalam situasi permainan. Kajian model taktikal yang dijalankan selama ini adalah kajian

perbandingan kesan antara model TGFU dengan model kemahiran. Dapatan kajian yang

menggunakan model taktikal, didapati hanya terdapat peningkatan dalam prestasi membuat

keputusan, penggunaan pengetahuan deklaratif dan procedural permainan.

17

Page 18: Assigment PJ1203

5.4. Psikologi

Persediaan dari aspek psikologi juga perlu bagi meningkatkan prestasi. Latihan dari aspek

psikologi penting bagi meningkatkan disiplin, ketabahan dan semangat melawan, keyakinan dan

kesungguhan. Jurulatih telah menentukan aspek psikologi sukan pada setiap fasa periodisasi

latihan untuk sukan badminton ini. Jurulatih telah menggunakan hierarki perkembangan

kemahiran psikologi kea rah pencapaian tahap ‘flow’. Pada permulaan para pemain perlu ada

kesedaran diri, motivasi dan juga komitmen kepada sukan yang diceburi. Dengan adanya

kesedaran sendiri maka imej kendiri yang positif dapat dibentuk. Hogg (1997) menjelaskan cara

untuk meningkatkan kesedaran kendiri ialah menggambarkan diri secara positif sahaja.

Contohnya melalui kata-kata, “imej kendiri adalah lebih penting untuk saya beraksi dengan lebih

baik”. Apabila pemain dapat menyematkan kata-kata begini dalam diri mereka maka ia akan

memberi lebih keyakinan dan bertenaga dalam tugasan yang diberikan.

Motivasi juga merupakan salah satu pendorong kepada pemain untuk bergiat aktif dalan bidang

sukan. Menurut Malek dan Mohd Sofian (2004), motif utama untuk mencapai kejayaan dalam

sukan adalah motivasi dalaman pemain dalam sesuatu pertandingan. Komitmen seseorang

pemain untuk menjalani latihan intensif dalam sukan ini juga merupakan kemahiran psikologi

yang ada dalam diri pemain. Dengan latihan yang berat dan memerlukan ketangkasan pergerakan

serta kecergasan yang mantap serba sedikit akan menganggu psikologi para pemain. Oleh itu,

kaedah konsentrasi telah diterapkan oleh jurulatih untuk para pemain jika mereka menghadapi

kelesuan dan menghadapi tekanan sewaktu menghadapi pertandingan. Namun begitu, kemahiran

psikologi memang amat diperlukan oleh seorang pemain badminton untuk membolehkan dirinya

menghadapi sesuatu situasi dan bersedia untuk menyelesaikannya dengan cara tersendiri

walaupun menerima kegagalan. Dengan kegagalan itulah maka pemain dapat memperbaiki

dirinya untuk bermain dengan lebih baik dan mempertingkatkan lagi mutu permainan ke tahap

yang lebih jitu.

6.0. Pembolehubah Latihan

18

Page 19: Assigment PJ1203

6.1. Isipadu

Isipadu adalah prasyarat kuantitatif bagi meningkatkan faktor-faktor teknikal, taktikal dan fizikal

dalam sesuatu latihan sukan. Isipadu merujuk kepada keseluruhan kuantiti aktiviti yang

dilakukan semasa latihan atau sebagai jumlah kerja yang dilakukan dalam satu sesi atau fasa

latihan. Isipadu adalah gabungan :

i. Jangka masa latihan

ii. Jarak yang diliputi atau beban yang diangkat

iii. Kekerapan sesuatu latihan

6.1.1. Jangka Masa Latihan

Program ini memakan jangka masa yang agak lama iaitu sepanjang tahun. Ini kerana program ini

akan bermula dengan mengambil pemain yang baru mula hendak bermain dan juga pemain yang

sudah mengetahui asas pemainan tetapi perlu dipertajamkan lagi dengan latihan yang jitu dan

berkesan. Dengan jangka masa yang panjang maka dapatlah jurulatih melatih para pemain

dengan kaedah, teknik, taktikal dan strategi yang betul bagi menjamin pemain yang dihasilkan

berkualiti dan mempunyai kecergasan di tahap yang maksima. Pada masa yang sama, jangka

masa yang lama diperlukan kerana para pemain akan mengalami fasa-fasa latihan yang berlainan

supaya mereka merasai dan mengetahui tahap pencapaian mereka.

6.1.2. Jarak yang diliputi atau beban yang diangkat

Jarak larian untuk para pemain yang digunakan oleh jurulatih ini adalah daripada jarak yang

dekat, sederhana dan jauh. Ini adalah bertujuan untuk membina daya tahan pemain dalam sesuatu

permainan. Pada itu juga untuk membina stmina yang maksimun supaya pemain dapat bermain

dalam rali yang panjang semasa pertandingan nanti. Dalam latihan mengangkat pula, beban yang

diangkat akan bertambah dari semasa ke semasa dan begitu juga dengan jumlah atau bilangan set

beban yang diangkat akan bertambah. Latihan ini adalah bertujuan untuk pembentukan otot-otot

tubuh tertentu para pemain bagi meningkatkan prestasi para pemian dari segi daya tahan

kardiovaskular, daya kuasa dan ketangkasan.

19

Page 20: Assigment PJ1203

6.1.3. Kekerapan sesuatu latihan.

Kekerapan latihan adalah berdasarkan jumlah latihan dalam sehari, mingguan dan bulanan.

Program latihan yang diberikan oleh jurulatih badminton ini adalah berdasarkan kaedahnya

sendiri iaitu latihan kemahiran selama 2 jam, latihan kecergasan 2 jam dan latihan bebanan 2

jam. Perancangan kekerapan latihan juga diterapkan pada latihan bagi memastikan setiap latihan

seimbang dan akan menghasilkan pencapaian nisbah yang optimal.

Jeda rehat yang terancang antara latihan dilakukan secara terus terhadap intensiti dan tempoh

masa setiap sesi latihan. Jadi sesi yang melebihi submaksimum, jurulatih telah menyediakan jeda

rehat yang panjang supaya proses pemulihan untuk pemain boleh berlaku. Manakala, latihan

yang berintensiti rendah jurulatih telah menyediakan rehat yang singkat untuk para pemain.

6.2. Intensiti

Intensiti ialah fungsi kekuatan impuls saraf yang diperlukan dalam latihan. Kekuatan stimulus

bergantung kepada beban kerja, kepantasan atau ketangkasan pergerakan dan variasi jeda rehat

di antara ulangan. Dengan beberapa jenis latihan yang telah ditekankan oleh jurulatih maka

sedikit demi sedikit akan meningkatkan intensiti para pemain dalam kemahiran dan juga

kecergasan fizikal mereka. Melalui latihan kemahiran dalam badminton, para pemain dapat

memantapkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dan mengukuhkan kemahiran

penguasaan keseluruhan ruang gelanggang. Pada latihan kecergasan pula ia akan mengukur

kecergasan setiap pemain untuk melakukan sesuatu latihan dari tahap yang minimum ke tahap

yang maksimum dengan kegiatan ulangan yang sekata dan jeda yang seimbang dapat menjadikan

seseorang pemain memiliki kecergasan yang semaksima mungkin. Latihan bebanan juga penting

di dalam membina daya tahan otot seseorang pemain. Jadi, kekerapan latihan mengangkat

bebanan akan membina otot-otot pada beberapa bahagian tubuh pemain di samping memberi

keyakinan pada pemain untuk bermain pada jangka masa yang panjang. Contohnya latihan

bebanan untuk membina otot pada bahagian perut, dada, belakang, bahu, trisep, bisep dan paha.

Namun tahap intensiti yang diguna pakai oleh jurulatih mengikut keadaan semasa iaitu pada

masa pra musim intensiti latihan yang digunakan adalah untuk membina daya tahan

kardiovaskular, kesediaan fizikal terhadap beban kerja yang lebih berat dan memperbaiki

20

Page 21: Assigment PJ1203

kelemahan kemahiran am. Pada musin pra-pertandingan pula, penumpuan intensiti latihan

kepada teknik-teknik yang khusus, kecergasan fizikal yang lebih baik dan penekanan pada sistem

tenaga yang dominan. Namun pada musim pertandingan, penekanan intensiti latihan kepada

peningkatan taraf kemahiran teknik dan memperkenalkan strategi-strategi dan mengekalkan

tahap kecergasan yang sedia ada.

6.3. Prestasi

Prestasi adalah tahap pencapaian perlakuan atau persembahan pemain dalam sesuatu

pertandingan sukan. Prestasi seseorang pemain badminton mempunyai hubungan positif dengan

intensiti yang dikenakan. Pembolehubah utama yang mempengaruhi prestasi pemain adalah

intensiti yang digunakan untuk meningkatkan prestasi. Walau bagaimanapun, peningkatan

dilakukan secara beransur-ansur berlandaskan kepada prinsip-prinsip latihan sukan. Oleh itu,

jurulatih akan mengambil langkah yang sewajarnya dan mencatat kebaikan dan kelemahan yang

ada pada pemain semasa pemain bertanding di dalam sesebuah pertandingan badminton.

Seteusnya jurulatih akan menilai kaedah latihan, kemahiran, teknik, taktik dan strategi yang

telah disampaikannya pada pemain sama ada berkesan ataupun sebaliknya. Untuk prestasi yang

kurang memberangsangkan jurulatih akan meukar cara latihan kepada yang lebih jitu dan

berkesan untuk mencapai kepuasan yang optimum.

7.0. Rumusan

Jurulatih dan pemain memainkan peranan yang sama pentingnya bagi memastikan sesuatu

program itu dapat terlaksana dengan jayanya. Bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal ke

tahap optima, seseorang pemain dan jurulatih perlu merancang dan mematuhi program latihan

berdasarkan kepada kemampuan fizikal seseorang pemain tersebut. Perancangan program latihan

fizikal yang dilakukan secara sistematik, melibatkan aspek-aspek fisiologi, psikologi, taktik,

teknik dan pengetahuan tentang kecederaan dalam sukan. Kegagalan melibatkan aspek-aspek

tersebut menyebabkan prestasi pemain terjejas pada keseluruhannya. Oleh yang demikian

jurulatih dan pemain seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan dalam merancang dan

mengendalikan program latihan kecergasan fizikal.

21

Page 22: Assigment PJ1203

8.0. Bibliografi

22

Page 23: Assigment PJ1203

1. Wee Eng Hoe (2002), Siri Pendidikan Perguruan, Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan, Karisma Publications Sdn Bhd.

2. Wee Eng Hoe (2005), Siri Pendidikan Perguruan, Panduan Pengajaran Olahraga, Karisma Publications Sdn Bhd. Shah Alam

3. Mohd Sofian Omar Fauzee (2006), Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani, Karisma Publications Sdn Bhd.

4. Wee Eng Hoe (1994), Siri Pendidikan Perguruan, Pengajaran Pendidikan Jasmani, Fajar Bakti Sdn Bhd.

5. Wee Eng Hoe (1995), Siri Pendidikan Perguruan, Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Fajar Bakti Sdn.Bhd. Shah Alam

6. http://www. Sportsworkout.com/e-training-for-badminton-p-3401.html

23