ASSIGMENT PKBM

27
MUKA SURAT 13 PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3101 1.0 PENGENALAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang- tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Objektif pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal ; bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi ; berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh

description

asssig

Transcript of ASSIGMENT PKBM

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHBMM3101

1.0 PENGENALAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Objektif pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal ; bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalampelbagai situasi ; berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis ; memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca,dan menulis; menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, HasilPembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai ,pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

2.0 ESEI AKADEMIK YANG MENGHUBUNGKAITAN PENYERAPAN EMK DALAM BAHASA MALAYSIA DENGAN MATLAMAT KURIKULUM KSSR BAHASA MELAYU DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN._____________________________________________________________

Elemen Merentas Kurikulum dalam Bahasa Melayu ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR Bahasa Melayu.

Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21,dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika kita merujuk kepada elemen merentas kurikulum (EMK) dalam Bahasa Melayu, ia mempunyai kaitan dengan matlamat kurikulum KSSR Bahasa Melayu dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pertama sekali elemen merentas kurikulum diterapkan bersesuaian dengan tajuk mata pelajaran yang diajar. Keluwesan diberi kepada guru untuk menyerapkan EMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tajuk atau topik yang bersesuaian. Dalam matlamat KSSR Bahasa Melayu Sekolah Rendah, ia digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Perkaitan dengan penyerapan EMK dalam Bahasa Melayu dengan matlamat kurikulum KSSR BM ialah bertujuan sesuatu kandungan kurikulum dibuat adalah untuk perkembangan potensi murid dari aspek intelek, sosial, emosi dan fizikal. Jika kita lihat elemen keusahawanan ia dapat membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Selain itu, ia dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam proses membudayakan keusahawanan dalam Bahasa Melayu.

Seterusnya elemen TMK dapat dikaitkan dengan matlamat kurikulum KSSR BM adalah bagi memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta menjana pemikiran kritis dan kreatif, berinovatif serta meningkatkan kualiti pembelajaran. Sebagai contohnya, pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan perkakasan dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang hendak diajar oleh guru seperti menggunakan perisian aplikasi, CD-ROM atau bahan muat turun daripada Internet. Pelajar dapat menulis karangan menggunakan perisian pemprosesan perkataan seperti MS Word. Murid boleh memasukan imej untuk menjadikan karangan lebih menarik.Mencari maklumat melalui Internet untuk mengukuhkan lagi karangan murid.

Justeru itu, hubungan elemen kreativiti dan inovatif dengan matlamat kurikulum KSSR BM adalah pemikiran keatif amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran inovatif dapat membentuk individu agar mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Sebagai contohnya, murid dapat menjana dan menyampaikan idea kreatif secara lisan, bahasa isyarat dan tulisan, mengaplikasi pengalaman bahasa dan sastera untuk membuat perkaitan yang baharu antara idea, pengalaman, teks dan perkataan ,menghasilkan pelbagai bentuk penulisan, mempersembahkan idea kreatif melalui pelbagai seni bahasa seperti bercerita, lakonan, puisi dan nyanyian, menggunakan pendekatan kreatif untuk mensintesis idea dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan. Jika kita rujuk kepada falsafah pendidikan kebangsaan ia juga berhubungkait dengan penyerapan elemen merentas kurikulum. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Hubungan penyerapan elemen merentas kurikulum dalam Bahasa Malaysia dengan falsafah pendidikan Malaysia dapat melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani intelektual dan sosial. Yang disebut sebagai JERIS.

Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan penyerapan elemen merentas kurikulum dalam bahasa Malaysia khasnya dalam beberapa aspek. Antaranya ialah rohani, jasmani, bakat, akhlak , sosial dan nilai-nilai estetika. Di sini jelas Elemen Merentas Kurikulum Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek tinggi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani.

Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, adalah lebih baik kita lihat bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik, Sejarah dan lain-lain.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, program pengayaan perlu diberi penekanan kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Bahan-bahan yang berbeza hendaklah diberi kepada murid-murid sama ada untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid-murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Murid-murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam tempoh yang telah ditetapkan disedikan dengan program atau aktiviti pemulihan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid-murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

Oleh sebab itu, Elemen Merentas Kurikulum dalam Bahasa Malaysia berperanan membantu para guru bagi merancang pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Mampu menjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita cita dan Dasar Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begitu menekankan aspek rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa kanakkanak atau muridmurid. Aspek nilainilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai murni boleh diterapkan ke dalam diri muridmurid seperti nilainilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, toleransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilainilai ini dapat disemat ke dalam diri muridmurid, muridmurid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkaraperkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia.

Jika kita melihat elemen keusahawan, TMK, Kreatif dan Inovatif ini boleh dikaitakan dengan FPK yang dapat melahirkan insan yang seimbang darisegi jasmani, emosi, rohani, intelek dan ssosial. Dalam kalangan muridmurid kita mempunyai bakatbakat tertentu seperti menyanyi, berlakon, bersyair, bersajak, menari, dan pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat ini. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Antaranya aktiviti lakonan, mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelbagai lagi. Dengan ini, bakat muridmurid akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banyak pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu pun kebangsaan, bagi mencungkil bakat secara kreatif dan invatif.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. Di samping rohani murid yang sihat, aspek fizikal jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemenelemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan, angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi

Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri muridmurid sekolah. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lainlain lagi. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakanrakan, dengan guruguru, dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid. Jadi kesimpulanya, ia dapat menekankan elemen keusahawan dalam diri pelajar-pelajar.

Selain daripada itu ,PPPM (2013-2025) iaitu enam aspirasi kemenjadian murid juga dapat melahirkan modal insan masa hadapan sebab elemen merentas kurikulum ,BM KSSR dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan saling berhubungkait dalam melahirkan modal insan yang seimbang.Untuk maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi yang dicapai oleh negara lain bagi mengenal pasti kemahiran khusus yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi global. Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global ialah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Keenam enam aspirsi ini memainkan peranan dalam penyerapan elemen merentas kurikulum dalam Bahasa Malaysia dengan matlamat kurikulum KSSR BM dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Aspirasi pengetahuan mendedahkan dengan pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia dan dunia menerusi matapelajaran Sejarah,Kemanusiaan dan Geografi. Murid juga digalakkan untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang lain seperti Seni, Muzik dan Sukan. Aspirasi pengetahuan ini dapat mengkukuhkan lagi elemen merentas kurikulum. Aspirasi kedua kemahiran berfikir dapat menyerapkan EMK melalui menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikirankreatif dan inovatif. Dalam sistem pendidikan, bidang ini kurang diberi perhatian menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kreatif di luar konteks ini.

Aspirasi ketiga iaitu kemahiran memimpin pula berkaitan dengan EMK secara empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Aspirasi keempat pula kemahiran dwibahasa dimana ia dapat menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komuniksai antarabangsa yang boleh mengkukuhkan lagi pengisian kokurikulum.

Seterusnya , PPPM juga memperkenalkan aspirasi etika dan kerohanian serta identiti nasional bagi meluaskan lagi pengisian kurikulum ini. Kedua-dua aspirasi ini membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara dan mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat kukuh cintakan tanah air diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya melalui belajar memahami, tetapi juga menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian. Ini adalah keenam-enam aspirasi yang diperkenalkan oleh PPPM untuk menguatkan lagi pengisian kurikulum KSSR Bahasa Malaysia.

Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan murid dapat mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang berpusatkan kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan. KSSR akan menimbulkan minat kepada murid untuk belajar. Pendekatan didik-hibur yang digunakan dapat menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran selain menyerlahkan semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penamahbaikan telah dibuat dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan aspek tatabahasa yang diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan dan aspek Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsur didik hibur. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran yang lebih memfokuskan keupayaan murid berkomunikasi.

Pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia saya, yakin dan percaya bahawa matlamat pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu membina warganegara yang baik boleh dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap murid yang saya didik mempunyai potensi yang berbagai. Potensi tersebut merupakan modal insan yang dapat dibentuk dan dikembangkan lagi untuk mengupayakan setiap murid nanti memberikan sumbangan kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Modal insan yang dinyatakan di dalam FPK mencakupi kecerdasan intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin, dengan mengaplikasikan secara berterusan, menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap pengetehuan,kemahiran, nilai dan EMK menerusi mata pelajaran Bahasa Malaysia, pembangunan modal insan boleh dicapai.

3.0 MEMBINA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA DENGAN MENYERAPKAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM BERDASARKAN STANDARD PEMBELAJARAN YANG DIPILIH SEJAJAR DENGAN MATLAMAT KURIKULUM KSSR BM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.___________________________________________________________________ Tema: KebudayaanTajuk: Makanan KitaTahap/Tahun: Tahap 1 / Tahun 2Matapelajaran: Bahasa MelayuStandard Kandungan: 1.4 Bertutur,berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila

Standard Pembelajaran: 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila

Objektif : Pada proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan dapat :- i ) bertutur dan menyatakan sesuatu perkara daripada pelbagai sumber ii ) bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam tidak formal secara bertatasusilaISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN &PEMBELAJARANELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

Isi perbualan :- Penjual: Boleh, saya tolong Encik?Pembeli : Ya. Saya nak 2 bungkus nasi lemak?Penjual : Baik encik.Pembeli : Berapakah harga 2 bungkus nasi lemak ini adik?Penjual : Dua ringgit encik.Pembeli : Baik lah. Ini duitnya.Penjual : Terima kasih . Encik. Datang lagi.Pembeli : sama-sama.

Contoh ayat permintaan:-

i) Boleh saya tolong Encik ?ii) Berapakah harga 2 bungkus nasi lemak?Set induksi:

1. Guru memperdengarkan satu sesi perbualan antara pelanggan dan penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di kedai makanan.

2. Guru bersoal jawab tentang sesi perbualan tersebut dan meminta murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli.

3. Guru mencatat sesi perbualan tersebut pada papan tulis

4. Murid dikehendaki membaca dialog yang telah dicatat pada papan tulis.

5. Guru membimbing murid cara membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan orang lain dengan memberi contoh pembeli berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang dibeli

Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Bertanggungjawab

5.9 Teknologi maklumat dan komunikasi.(Belajar melalui TMK)

EMK : KeusahawananEK 1 :1.1.4 Sikap boleh membina jaringan sosial

Contoh ayat permintaan

i) Encik/Puan boleh saya bantu ?ii) Encik/Puan hendak memesan makanan apa?

KAD AKamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara bertatasusila

KAD BKamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu membuat permintaansemasa memesan barang daripada penjual di kaunter sekolah secara bertatasusila.

Murid yang menjadi pelanggan membuat pesanan dengan beberapa contoh :-i) Saya minta tolong untuk bungkus nasi goreng ayam.ii) Apakah menu yang menarik hari ini?iii) Tolong bungkuskan 3 jenis kuih ini.

Contoh perbualan:

Penjual : Boleh saya tolong adik?Pembeli : Saya hendak membeli 2 karipap makcik.Penjual: Baiklah adik. Tunggu Sekejap.Pembeli : Berapakah harga Makcik ?Penjual : 40 sen adik.Pembeli : Ini duitnya makcik.Penjual : terima kasih adik.Pembeli : sama-sama makcik.Langkah 2 :

Murid akan melakonkan situasi yang diberikan oleh guru . Murid yang menjadi peniaga melayan pelanggan dengan cara bertatasusila seperti :-

1. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti dimana memainkan peranan berjual beli di kantin sekolah.

2. Guru memberi kad situasi kepada murid yang telah dipilih:- Kad A peniaga melayan pelanggan.Kad B pelanggan membuat pesanan.

3. Guru meminta murid yang dipilih memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila.

4. Guru dan murid berbincang tentang kesesuaian dialog yang menggunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah.

Langkah 3 :

1. Guru memperdengarkan beberapa dialog cara murid membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin sekolah.

2. Guru meminta murid mengecam dialog-dialog mengandungi ayat permintaan yang bertatasusila.

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai : Kerajinan

EMK : Keusahawanan ( berjual beli secara bertatasusila)(EK 3 3.1,3.2,3.3 & 3.4)

Tatabahasa : kosa kata

Media : kad situasi dan petikan diaolog

Ilmu : Kajian Tempatan : Pendidikan Moral

Nilai : Berdikari , Semangat Bermasyarakat.

EMK : Keusahawanan( EK2- 2.1,2.2, 2.3,2.4)

Tatabahasa : Ayat permintaan

Murid memberi respons pada akhir pengajaran dan pembelajaran dengan memaparkan gambar

Langkah 4 :

1. Guru memaparkan gambar pembeli dan penjual di sebuah gerai.

2. Murid diminta membina dialog-dialog yang sesuai dan bertatasusila berdasarkan rakaman yang didengar.

3. Guru menilai ketepatan dialog yang dibina secara lisan

4. Guru membimbing murid menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan oleh guru sebagai latihan

5. Murid membina, menuturkan dan menulis ayat bertatasusila berdasarkan gambar yang diberi oleh guru.

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai : Bertanggungjawab

EMK : Keusahawanan

Tatabahasa : kosa kata

Media : kad situasi dan petikan diaolog

Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.

Guru juga menanyakan nilai- nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran .

Penutup;-

1. Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan- bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka.

2. Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Nilai-nilai murni : -Bertanggungjawab-Semangat Bermasyarakat-Berdikari-Kerajinan

HURAIAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERTAMA:- Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kumpulan kami memilih standard pemebelajaran 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila . Terdapat beberapapa Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam aktiviti pengajaran kumpulan kami. Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

Antara EMK yang terdapat dalam aktiviti pengajaran kami adalah 5.9 Teknologi Maklumat dan Komunikasi disini pelajar telah belajar melalui TMK. Murid-murid telah diberi peluang untuk mendengar audio tersebut melalui radio atau komupter riba. Nilai murni yang diterapkan adalah bertanggungjawab.Mereka akan bertanggungjawab dalam pertanyaan guru tentang sesi perbualan tersebut dan meminta murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli. Elemen keusahawanan juga diterapkan masuk ialah 1.1.4 sikap boleh membina jaringan sosial. Selepas murid-murid diperdengarkan soalan-soalan menerusi dialog yang guru sediakan ,murid boleh diminta untuk menuturkan semula ayat-ayat permintaan dengan cara mereka tersendiri dan guru menjelaskan kepada carayang betul dalam menuturkan ayat-ayat permintaan agar orang yang diminta akan memberi apa yang kita minta dengan sukarela.

EMK yang kedua dalam aktiviti pengajaran kami adalah EK3- ( 3.1 merancang sesuatu projek dengan teliti, 3.2 melaksanakan projek mengikut langkah-langkah yang boleh disediakan, 3.3 memantau projek, 3.4 menilai pelaksanaan projek) boleh diterapkan dengan

jelas sewaktu aktiviti main peranan sebagai penjual dan pembeli. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti dimana memainkan peranan berjual beli di kantin sekolah. Guru meminta murid-murid menjadi untuk menerapkan keupayaan memimpin (EK1 -1.9 Berkeupayaan memimpin) bersama-sama ahli kumpulanya, merancang bagimana untuk memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila.

EMK yang seterusnya adalah EK2- 2.1 Amalan memerhati persekitaraan dengan sengaja dan bertujuan . Dimana EMK ini digunakan apabila para pelajar mengetahui tentang dialog cara murid membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin sekolah . Dimana murid-murid murid mengecam dialog-dialog mengandungi ayat permintaan yang bertatasusila. Sebagai contoh ayat permintaan (Cik boleh saya bantu, Cik nak kuih apa). EK - 2.2 Seterusnya guru membantu dan membimbing murid menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan sebagai latihan. EK-2.3 Ramai murid akan memberikan ayat permintaan masing-masing. EK2.4- Guru perlu menerangkan kepada murid ayat yang lebih sesuai dipilih mengikut konteks masing-masing.

Ahkirnya, jelaslah kita bahawa EMK penting dalam setiap aktiviti yang diadakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini dapat melahirkan dan membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.

4.0 MEMBINA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA DENGAN MENYERAPKAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM SEBAGAI UNSUR NILAI TAMABAH UNTUK MENGUKUHKAN KEMAHIRAN DAN KETERAMPILAN MODAL INSAN YANG DIHASRATKAN SERTA DAPAT MENANGANI CABARAN SEMASA DAN MASA HADAPAN.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANSTRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSJK TAHUN 4

TARIKH:18 OGOS 2013TAHUN:TAHAP 2/ 4 CEMERLANGBIL.MURID:30 MURIDMASA:8.00 HINGGA 9.00 PAGIMATA PELAJARAN:BAHASA MALAYSIATEMA:EKONOMITAJUK:GERAI BUAH-BUAHAN

STANDARD KANDUNGAN1.4Bertutur,berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila

STANDARD PEMBELAJARAN1.4.1Bertutur tentang sesuatu perkara daripada sesuatu sumber dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis dalam sesuatu situasi tidak formal secara bertatasusila.OBJEKTIFPada proses pengajaran dan Pembelajaran murid dapat:i. Bertutur tentang situasi di gerai buah-buahan menggunakan 4 daripada 6 ayat tunggal dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.ii. Bertutur tentang situasi di gerai buah-buahan menggunakan 4 daripada 6 ayat majmuk dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN &PEMBELAJARANELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

Bertutur i. Apakah pekerjaan yang dilakonkan oleh kawan kamu?ii. Di manakah tempat pekerja ini bekerja ini?iii. Antara dua jenis pekerjaan ini, pekerjaan yang manakah yang memerlukan lebih tenaga dan mengapa?1. Beberapa orang murid diminta melakonkan gaya beberapa pekerjaan berdasarkan kad arahan.Contoh: doctor yang sedang memeriksa pesakit, penoreh getah.2. Murid meneka jenis pekerjaan yang dilakonkan oleh kawan mereka. 3. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Ilmu: Sains ( mengenal buah-buahan)Nilai: Kerajinan

CK1-1.3Mengenal pasti bagaimana pilihan kerjaya,pendidikan, kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan

Mendengar dan Bertuturi. Pada pendapat kamu, antara pekerjaan bapa Swee Lan dan penjaual buah, pendapatan siapakah yang tetap dan banyak?ii. Berdasarkan teks, mengapakah penjual mengatakan pekerjaan ayah Swee Lan lebih baik?iii. Walaupun tidak berpelajaran tinggi, bagaimana penjual buah itu dapat menyara keluarganya?

1. Guru memaparkan Slaid perbualan ( Lampiran 1) di skrin komputer.2. Beberapa orang murid diminta berlakon berdasarkan bantuan slaid (Lampiran 1) dari komputer3. Murid dibimbing oleh guru berlakon berdasarkan slaid (Lampiran).4. Murid digalakkan bertutur menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis dengan cara tersendiri secara bertatasusila.5. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan lakonan dialog kawan mereka.

6. Guru mengaitkan pelajaran dengan meminta murid mengenal pasti pelbagai pekerjaan yang terdapat dalam masyarakat dan pendapat yang berkaitan.

Ilmu:Matematik

EMK:TMK- belajar menggunakan TMK

CK1Mengenal pasti bagaimana pilihan kerjaya, pendidikan ,kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan

Contoh:Situasi 1Kamu diminta melakonkan situasi menjual air kelapa kepada pelanggan sewaktu hujan turun lebat.

Penilaian1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.2. Dalam kumpulan murid diberi kad arahan.3. Murid setiap kumpulan melakonkan situasi seperti kad arahan.4. Murid melakonkan urusan jual beli di gerai air kelapa berdasarkan situasi menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dalam kumpulan secara bertatasusila.

Nilai: Bekerjasama sopan santun

CK 1:Mengenal pasti bagaimana pilihan kerjaya,pendidikan, kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan.

Pemulihan1. Murid diedarkan Lembaran kerja 2.2. Murid melengkapkan ayat dengan kata hubung yang sesuai agar menjadi ayat majmuk.Murid dibimbing bertutur berdasarkan gambar.

EMK: Keusahawanan

Pengayaan1. Murid diedarkan Lembaran Kerja 2.Secara berpasangan, murid berbual berdasarkan gambar yang diberi secara bertatasusila.

EMK: Keusahawan

Huraian aktiviti pengajaran dan pembelajaranDalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu bagi SJK Tahap dua salah satu kumpulan kami telah memilih untuk Rancangan Pengajaran Harian ialah tahun 4. Dalam standard pembelajaran yang kumpulan kami pilih ialah 1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada sesuatu sumber dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis dalam sesuatu situasi tidak formal secara bertatasusila. Terdapat beberapa Elemen Merentas Kurikulum sebagai unsur nilai tambah untuk mengukuhkan kemahiran dan berketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapakan dalam prosese pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapakan dalam standard kandungan. Penerapam eleman ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Pengisian kurikulum tersebut merangkumi 9 elemen.Antara EMK yang terdapat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah Nilai Murni. Nilai murni yang diterapkan dalam proses pengajaran ialah Kerajinan. Berapa murid murid diminta melakonkan gaya beberapa pekerjaan berdasarkan kad arahan.Contoh: doctor yang sedang memeriksa pesakit, penoreh getah. Mereka akan berlakon dengan aktif dan cepat. Oleh itu, secara automatik mereka akan mengamalkan nilai kerajinan ketika berlakon dengan kawan masing-masing. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Mengenal pasti bagaimana pilihan kerjaya,pendidikan, kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan.EMK yang kedua dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kami ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Di mana dalam aktiviti ini murid murid akan belajar melalui teknologi maklumat. Dengan memaparkan slaid perbualan di skrin komputer guru telah menerapkan EMK dalam P&P dan murid-murid diberi peluang untuk menonton dan diminta murid berlakon berdasarkan bantuan slaid. EMK yang seterusnya ialah elemen didik hibur. Apabila guru memaparkan dialog perbualan murid-murid akan didik bagaimana perbualan seseorang sambil menghibur diri mereka. Penerapan elemen didik hibur ini murid digalakkan bertutur menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang gramatis dengan cara tersendiri secara bertatasusila.Selain itu, kami juga telah diterapkan lagi pelbagai EMK sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah nilai bekerjasa sama, sopan santun. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Dalam kumpulan murid diberi kad arahan.Murid setiap kumpulan melakonkan situasi seperti kad arahan.Contoh:Situasi 1Kamu diminta melakonkan situasi menjual air kelapa kepada pelanggan sewaktu hujan turun lebat. Murid melakonkan urusan jual beli di gerai air kelapa berdasarkan situasi menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dalam kumpulan secara bertatasusila.Di samping itu, dalam P&P kami, juga diterapkan EMK Keusahawanan. Melalui aktiviti P&P ini guru akan terapkan nilai keusahawanan dalam diri murid supaya membentuksikap keusahawanan dan dan amalan nilai moral dan etika dalam keusahawanan. Contohnya, pada masa hadapan murid boleh terlibat dalam urusan jual beli, boleh menjadi pengurus kilang buah-buahan yang bertatasusila. Melalui aktiviti ini, murid dapat membentuk ciri-ciri keusahawanan sehingga menjadi satu budaya kalangan murid.

5.0 REFLEKSI

REFLEKSI : BHAVANII A/P RAJASEGARNO.KAD PENGENALAN : 831206 -02 -5586

Tugasan Kerja Kursus pendek bagi subjek Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3101) ini merupakan satu cabaran kepada kami. Subjek dibawah kendalian Jabatan Bahasa Melayu ini banyak memberikan input dalam kemahiran menganalisis unsur-unsur dalam sukatan pelajaran, menghayati organisasi sukatan pelajaran serta dalam merancang aktiviti berdasarkan aras pembelajaran yang sesuai. Pensyarah pembimbing dalam subjek ini ialah Puan.Zainiyah Binti , melalui perkongsian ilmu yang dicurahkan, beliau membekalkan kami dengan pelbagai persediaan terutama dari aspek teori. Bagi subjek ini, secara dasarnya dapat kami katakan kandungan pelajarannya adalah lebih kepada pemahaman sebagai seorang guru terhadap sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Ia sebagai pendedahan kepada bakal guru siswazah untuk mengkaji dan menghayati Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, merancang aktiviti dan membuat langkah-langkah pengajaran. Selain itu juga ada dibincangkan bagaimana cara-cara membuat analisis dan menerapkan elemen merentas kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran harian.Pada peringkat awal pembelajaran kursus ini,kami banyak didedahkan dengan analisis huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahap satu dan tahap dua. Ini penting bagi mendedahkan pengetahuan awal sebelum belajar secara lebih mendalam. Seterusnya kami diperkenalkan dengan kebolehan merancang serta menghubungkaitkan EMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan matlamat KSSR Bahasa Melayu dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta membuat analisis. Di dalam kelas, kami telah ditugaskan untuk membuat beberapa aktiviti dan dibentangkan di dalam kelas sebagai persediaan awal dalam merancang aktiviti serta membuat langkah pengajaran Setelah pembelajaran teori sewaktu kuliah,saya telah menerima tugasan KKP BMM 3101. Tugasan berdasarkan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kami menyediakan dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia berdasarkan dua standard pembelajaran yang berbeza yang mengandungi penyerapan tiga EMK bagi setiap aktiviti. Untuk menyiapkan tugasan ini,kami perlu mendapatkan huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahap satu dan tahap dua. Kami membuat beberapa rujukan dan carian bagi mendapatkan sukatan pelajaran ini. Ianya sedikit merumitkan apabila ada yang tidak dapat dimuat turun daripada internet. Setelah itu, bagi tugasan yang pertama memerlukan kami membuat analisis mengenai EMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan matlamat KSSR Bahasa Melayu dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya ialah merancang dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran,terdapat sedikit masalah dalam merancang aktiviti ini. Dalam tugasan ini saya juga menghubugkaitkan tentang enam aspirasi iaitu program PPPM (2013 -2025). Kandungan PPPM ini banyak membantu saya untuk mengkukuhkan isi-isi penting bagi penyerapan elemen merentas kurikulum dalam BM KSSR dalam matlamat kurikulum KSSR Bahasa Malaysia dan Falsafah Pendidikan Malaysia. Setelah membuat analisis dan rujukan saya memilih untuk merancang aktiviti berdasarkan sukatan pelajaran tahun dua. Setelah itu,saya memilih standard kandungan dan standard pembelajaran yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dirancang. Saya merancang aktiviti berdasarkan standard kandungan dengan menerapkan kemahiran bernilai tambah. Selepas itu, dalam membuat perancangan aktiviti, saya perlu mendapatkan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap sabagai panduan untuk membuat langkah-langkah pengajaran. Setelah berjaya mendapatkan contoh RPH saya telah merancang aktiviti pembelajaran dengan berpandukan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran,penerapan kemahiran bernilai tambah(EMK) dan menyediakan langkah-langkah pengajaran yang sesuai. Kesimpulannya, saya telah banyak mendapat pengajaran daripada kursus ini. Impaknya adalah sebagai seorang bakal guru bersiswazah, saya bukan sahaja menyiapkan diri saya dengan ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi juga menjadi rol model kepada para pelajar pada masa depan. Profesion keguruan perlu dipelihara melalui personaliti guru.

SEKIAN TERIMA KASIH......

REFLEKSILOGESWARY A/P RAMASAMY870206-08-5660Bersyukur saya kepada tuhan kerana saya siapkan tugasan Kerja Kursus Projek Semester 1 dalam subjek Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah BMM3101 ini dalam masa yang yang ditetapkan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Zainiah kerana telah memberikan segala bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bagi kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu, Bhavanii yang telah memberikan kerjasama sepenuh hati dalam menyiapkan tugasan kumpulan ini. Harapan saya agar tugasan yang kami lakukan ini memenuhi kreteria-kriteria yang telah ditetapkan.Dalam Kerja Kursus Projek untuk subjek ini, saya dan rakan perlu mengumpulkan maklumat tentang penyerapan EMK dalam bahasa Melayu dengan matlamat kurikulum KSSR BM dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kerja Kursus Pendek ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan kami perlu menyediakan perancangan dua aktiviti dan langkah-langkah pengajaran yang bersesuai dengan menerapkan beberapa unsur-unsur Kemahiran Bernilai Tambah. Dalam merangcang aktiviti pengajaran ini,saya perlu menelaah Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terlebih dahulu. Saya juga membuat rujukan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian(RPH) guru bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Walaupun saya tidak begitu mahir dalam merancang aktiviti pengajaran ini.namun hasil bimbingan pensyarah pembimbing berkaliber Pn.Zainiah telah mendedahkan saya dengan beberapa kemahiran iaitu kemahiran mencari isi kandungan dan kefahaman maklumat, merancang dan menghubungkait aras pelajaran serta membuat analisis sehinggalah untuk merangcang aktiviti pengajaran.Saya dan ahli kumpulan saya Bhavanii telah memilih Sukatan Pelajaran SK bagi tahun dua dan SJK bagi tahun 4 untuk aktiviti pengajaran. Setelah mendapat kata sepakat memilih tahun empat,saya saya telah membuat pengumpulan maklumat dan menganalisis unsur-unsur terdapat dalam sukatan pelajaran tahun empat.Langkah pertama yang dilakukan ialah memilih Standart Kandungan dan Standart Pembelajaran yang sesuai untuk RPH.Ini penting bagi menentukan hasil pembelajaran supaya perancangan aktiviti menjurus kepada fokus utama terhadap murid.Berbekalkan bahan yang diedarkan oleh pensyarah semasa kuliah,antaranya nota-nota serta penerangan kuliah yang jelas telah banyak memberikan saya panduan dalam merancang aktiviti ini.. Selain itu rujukansecara melalui internet danblog banyak membantu saya. Selain daripada internet,saya juga membuat rujukan di perpustakaan dengan mendapatkan buku teks Bahasa Melayu tahun dua dan empat di samping mendapatkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Bahan dari internet yang akan dicantumkan dengan bahan dari buku teks untuk mendapatkan hasil yang lebih matang.Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan pensyarah juga terganggu karana kekangan masa dan sukar untuk saya berkolaborasi serta tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu talian internet IPG yang menahan website telah menyukarkan saya kerana ada yang tidak dapat dibuka untuk dibuat rujukan.Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang mahir merancang aktiviti pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Standard Kandungan dan Standart Pembelajaran. Tugasan ini juga menjadikan saya teliti dan mempunyai sikap menyelidik untuk bagaimana menjadikan proses pengajaran yang berkesan. Pengetahuan ini akan saya terapkan semasa saya menjalankan praktikum di sekolah serta setelah saya bergelar seorang guru nanti.Kesimpulannya, melalui tugasan Kerja kursus Pendek ini saya dapat menghuraikan falsafah,objektif dan organisasi kandungan kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu, saya juga dapat menjelaskan Huraian Sukatan Pelajaran dan Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengikut tahap dan kemahiran-kemahiran bahasa, aspek seni bahasa dan tatabahasa.Pendekatan,kaedah, dan teknik pengajaran adalah saling berkait dan menjadi elemen yang menunjangi RPH bagi menjalankan P&P Bahasa Melayu untuk murid sekolah rendah dan dapat mengaplikasikan pelbagai strategi pengajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah.Sekian, terima kasih

6.0 RUJUKAN Ahmad Mahmood Musanif (2001). Kamus Pelajar karisma. Kuala Lumpur: Tinggi Press Sdn. Bhd.

Choong lan Keow (20008). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kuala lumpur; : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1990) Pedagogi 4. Selangor Darul Ehsan- Siri pendidikan Longman

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahap 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tengku Sarina Aini Tengku Kassim(2006).Kaedah Mengajar Dan Kemahiran Interpersonal Guru.Selangor Darul Ehsan:PTS Profesional.

Tuan Jah Tuan Yusof (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran dimuat turun pada 17 September 2011

http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/ dimuat turun pada 18 September 2011

PISMP SEMESTER 1A/ JUN 2013MUKA SURAT 13