Assigment Sejarah Edit

23
SJH 3063 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH 1.0 Pendahuluan Pendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran Sejarah. Oleh itu guru-guru Sejarah memain peranan yang penting untuk menerapkan pemikiran Sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Hanya proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran pelajar (Maharom, 1998). Oleh sebab itu pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa yang hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd Rahim, 2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan dengan konsep pemikiran Sejarah agar dapat memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu subjek yang kaku dan membosankan. Malah ia dapat mendedahkan kepada para pelajar bagaimana seseorang ahli Sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka (Isabel et all. 1997). 2.0 Kedudukan Matapelajaran Sejarah Dalam Kurikulum Kebangsaan Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kepentingan pelajaran sejarah ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Melalui sejarah seperti yang dinyatakan oleh Davies (1994) dapat memupuk integrasi nasional kerana ia mengajar tentang nilai-nilai politik, patriotisme dan kenegaraan. Pendidikan sejarah mampu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar agar melibatkan diri dengan masyarakat ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 1

description

Sejarah

Transcript of Assigment Sejarah Edit

Page 1: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

1.0 Pendahuluan

Pendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan proses

pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran Sejarah. Oleh itu guru-

guru Sejarah memain peranan yang penting untuk menerapkan pemikiran Sejarah melalui

aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Hanya proses

pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran

pelajar (Maharom, 1998).

Oleh sebab itu pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa yang hidup yang

boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd Rahim, 2000). Para pelajar

perlu diterapkan dengan dengan konsep pemikiran Sejarah agar dapat memberi satu persepsi

baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu subjek yang kaku dan

membosankan. Malah ia dapat mendedahkan kepada para pelajar bagaimana seseorang ahli

Sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka

(Isabel et all. 1997).

2.0 Kedudukan Matapelajaran Sejarah Dalam Kurikulum Kebangsaan

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kepentingan pelajaran sejarah

ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Melalui sejarah seperti yang dinyatakan oleh Davies (1994)

dapat memupuk integrasi nasional kerana ia mengajar tentang nilai-nilai politik, patriotisme dan

kenegaraan. Pendidikan sejarah mampu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap

pelajar agar melibatkan diri dengan masyarakat yang lebih kompleks. Situasi ini secara tidak

langsung dapat menanamkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

Kepentingan pendidikan sejarah dalam mewujudkan perpaduan kaum dan keharmonian

di samping memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat pelbagai kaum diberi

penekanan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah (KPM: 2003). Mata pelajaran ini digubal agar

dapat “memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai

warganegara Malaysia dan warga dunia”. Ia juga berhasrat untuk mewujudkan semangat

perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai

kaum (KPM:2003).

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 1

Page 2: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat sekolah rendah dan menengah ialah

memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga menjadi

warganegara Malaysia. Kandungan kurikulum yang disediakan, memberikan fokus kepada

pemahaman yang menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima

ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun.

Pengajaran dan pembelajaran Sejarah seharusnya memberi tumpuan kepada

pemerolehan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan pemupukan nilai-nilai. Kedudukan

mata pelajaran Sejarah dijelaskan seperti yang berikut:

“ mata pelajaran Sejarah dalam KBSM, merupakan mata pelajaran teras yang wajib

dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah.”

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002)

Langkah Kementerian Pelajaran menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus

pada tahun 2012 di peringkat SPM dilihat sangat signifikan dalam konteks semasa. Seterusnya

menjadikannya sebagai subjek teras untuk sekolah rendah mulai 2014. Ini selaras dengan

transformasi dalam sistem pendidikan negara dengan perubahan KBSR kepada KSSR mulai

tahun 2011. Ini secara tidak langsung akan memartabatkan lagi kedudukan mata pelajaran ini di

kaca mata masyarakat. Shakila Yacob (2010) melihat langkah mewajibkan subjek Sejarah ini

bertujuan untuk memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, menonjolkan kepentingan dan

kerelevanan ilmu sejarah dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia dan memperkasakan

legasi sejarah .Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat selari dengan

perjuangan 1 Malaysia.

Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa pembuat dasar negara

sangat peka terhadap kepentingan mata pelajaran ini sebagai wawasan masa hadapan dalam

membina perpaduan bangsa dan negara. Dasar mewajibkan pelajar sekolah mempelajari

sejarah adalah menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang inginkan

perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar secara serentak dan bersepadu.

Sebelum ini mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai mata pelajaran kelas kedua dan

dikaitkan dengan pelajar-pelajar aliran sastera (Omar 1992 dan Abdul Ghani 2008).

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 2

Page 3: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

3.0 Elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah

Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan proses kognitif yang membolehkan murid

meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru.KPS juga membantu

murid memahami bagaimana sejarawan menggabungjalin peristiwa lalu dengan

menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah

meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif. Penguasaan kesemua elemen dalam kemahiran

ini membolehkan murid dapat melihat sesuatu peristiwa sejarah secara empati.

KPS sesuai diaplikasikan dalam hampir semua situasi pengajaran dan pembelajaran.

Penerapan KPS dapat membantu guru menghidupkan suasana pembelajaran Sejarah yang

sekaligus boleh meningkatkan minat murid. Ini membolehkan murid menjadi lebih kritis,

kreatif dan inovatif.

Terdapat 7 elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang perlu kita ketahui iaitu

memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi ,membuat imaginasi, membuat

rasionalisasi ,membuat penjelasan dan empati.

3.1  Memahami kronologi.

Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang

mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh murid

Tahun Empat yang telah belajar tentang Zaman Air Batu dalam Tajuk 2 unit 5 buku

teks sejarah, dapat melakar carta masa yang menunjukkan kehidupan zaman air

batu bermula antara 2.6 juta hingga 3.5 juta tahun dahulu iaitu zaman Plestosen dan

zaman Holosen. Tajuk ini menerangkan hubungan antara ilmu geografi dengan

sejarah iaitu di mana murid dapat membuat perkaitan antara masa lalu dengan masa

kini iaitu iklim pada zaman Air Batu ketika itu amat sejuk serta menutupi permukaan

bumi dan apabila suhu bumi meningkat menyebabkan berlakunya pergerakan

glasier yang pertama hingga wujudnya daratan dan lautan. Murid juga boleh

membuat kaitan berlakunya glasier kali kedua yang menyebabkan terbentuk tujuh

benua dan tujuh lautan yang wujud hingga masa sekarang. Tujuh benua ini

termasuklah benua Amerika Utara, Benua Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Benua

Asia, Antartika dan Oceania iaitu Australia, New Zealand dan Pulau-pulau di

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 3

Page 4: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

sekitarnya. Manakala lautan yang terbentuk pula ialah Lautan Pasifik Utara, Lautan

Pasifik Selatan, Lautan Atlantik Utara, Lautan Atlantik Selatan, Lautan Hindi, Lautan

Artik dan Lautan Antartika. Tajuk ini dapat menerangkan hubungkait antara ilmu

geografi dengan sejarah bagi memupuk kesedaran memelihara alam sekitar dan

menanam semangat jati diri dalam kalangan murid.

Di dalam Tajuk 3, unit 6, Zaman PraSejarah buku teks Sejarah Tahun

Empat juga dimasukkan aspek kronologi di mana murid-murid dapat membuat

perkaitan antara masa lalu dengan masa kini. Memahami kronologi bermaksud

melihat masa lalu, kini dan masa akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa

sejarah yang berlaku. Sebagai contoh murid Tahun Empat yang telah belajar tentang

zaman pra sejarah, dapat melakar carta masa atau melabel lokasi petempatan yang

menunjukkan kehidupan zaman pra sejarah seperti Zaman Paleolitik, Zamana

Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Dalam tajuk ini murid dapat

menjelaskan tentang kehidupan masyarakat sebelum kewujudan sistem

tulisan.Tajuk ini juga memfokuskan cara masyarakat zaman prasejarah

menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk kelangsungan hidup di samping

memperlihatkan kesungguhan mereka menghadapi cabaran alam. Sikap berani,

kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran alam ini wajar dicontohi oleh murid-

murid. Melalui pemahaman kronologi ini murid dapat membuat perkaitan antara

masa lalu dengan masa kini serta menghubungkait disiplin ilmu sejarah dengan

geografi. Murid juga boleh menzahirkan idea yang rasional untuk menyelesaikan

masalah dan cabaran pada masa depan.

Di dalam Tajuk 5, Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka juga

dimasukkan aspek-aspek kronlogi di mana murid-murid dapat membuat perkaitan

antara masa lalu, kini dan masa akan datang. Kerajaan Melayu Melaka adalah

kerajaan yang telah melahirkan beberapa orang tokoh terbilang. Di antara tokoh-

tokoh ini terdiri daripada Parameswara, Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang

Tuah yang telah memainkan peranan penting dalam membina keagungan

Kesultanan Melayu Melaka. Peranan mereka yang boleh dirujuk dalam Sajarah

Melayu dan Hikayat Hang Tuah boleh menjadi iktibar dan contoh kepada murid-

murid dalam membina sahsiah, jati diri dan kepimpinan mereka pada masa depan.

Nilai-nilai murni masyarakat masa lalu dapat juga dijadikan panduan oeh murid-

murid untuk melahirkan sebuah masyarakat yang beretika mulia.

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 4

Page 5: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Di dalam Tajuk 5, Unit 9 juga menerangkan tentang kronologi asal usul nama

Melaka. Menurut Sejarah Melayu, nama Melaka diberi sempena nama pokok

Melaka.Daripada peristiwa anjing pemburuan Parameswara telah di tendang seekor

pelanduk putih menyebabkan baginda berminat dengan tempat tersebut. Kebetulan

kejadian itu berlaku ketika baginda sedang bersandar di bawah sebatang pokok

Melaka. Melalui peristiwa ini, murid dapat menghargai nilai-nilai masyarakat

terdahulu untuk dicontohi oleh murid.

3.2  Meneroka bukti

Kemahiran ini mengenalpasti sumber pertama dan kedua serta membuat

perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat maklumat

daripadanya. Mengenal pasti sumber pertama dan kedua .Menentukan signifikan,

tarikh, tokoh, lokasi peristiwa serta bagaimana peristiwa itu berlaku.

Elemen meneroka bukti ini dapat dilihat dalam Tajuk 2 dalam Unit 5 iaitu Zaman

Air Batu. Di dalam tajuk ini murid dapat membuktikan kewujudan zaman air batu

apabila terdapat benua dan lautan yang terbentuk akibat daripada pergerakan

glasier. Dengan adanya bukti terdapat tujuh benua dan tujuh lautan inilah yang

menyebabkan murid percaya dengan adanya kewujudan zaman ais batu sebelum ini

seterusnya murid dapat membuat penilaian tentang perubahan yang berlaku pada

Zaman Air Batu dan dihubungkaitkan dengan perubahan alam sekitar.

Dalam Tajuk 3 unit 6 juga murid dapat buktikan kewujudan manusia pada zaman

Prasejarah di Malaysis dari aspek tempat tinggal serta alatan-alatan peninggalan

seperti manusia Zaman Paleolitik menggunakan repihan batu yang dijadikan alat

meraut dan memotong serta kapak yang mereka gunakan untuk memotong kayu.

Manusia Zaman Neolitik pula sudah pandai membuat tembikar daripada tanah liat.

Manusia pada Zaman Logam pula telah pandai membuat perhiasan daripada manic,

pandai membuat dan menggunakan kapak, mata lembing dan loceng.Malah alatan

beliung digunakan untuk membuat perahu. Di samping itu, mereka juga pandai

mengebumikan mayat hasil daripada bukti di mana mayat tersebut akan

dibengkokkan semasa dikebumikan. Dengan adanya elemen ini murid boleh

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 5

Page 6: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

menguasai maklumat tentang kehidupan manusia prasejarah dan

menghubungkaitkan dengan kehidupan masa kini.

Di samping itu, dalam Tajuk 5, Unit 9 Parameswara Pengasas Melaka juga murid

dapat meneroka bukti tentang kewujudan Melaka dan pengasas Kesultanan Melayu

Melaka. Bukti nama Melaka banyak terdapat antaranya menurut Sejarah Melayu,

nama Melaka diberi sempena nama pokok Melaka. Manakala menurut seorang

penulis sejarah Portugis bernama Gasper Correa mengatakan Melaka dikenali

sebagai “Malagas”. Malagas bermaksud tempat membuat ikan masin. Pedagang

Arab memenggil Melaka sebagai “Malakat” iaitu perhimpunan segala dagang.

Mereka juga memanggil Melaka “mulaqah” yang bermaksud pertemuan. Manakala

menurut Suma Orental, nama Melaka berasal daripada perkataan “Malaqa”. Malaqa

bermaksud tempat perlindungan. Menurut bahasa Sanskrit, Melaka mendapat nama

daripada sejenis pokok iaitu Amalaka yang bermaksud pokok yang mempunyai buah

yang masam. Melalui elemen ini murid dapat mengetahui dan menyatakan

kepentingan menghargai sumbangan seseorang pemimpin yang dihormati dalam

masyarakat.

 3.3 Membuat interpretasi

Bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan

memberi ulasan dan kupasan. Dengan itu murid akan lebih memahami perkaitan

antara fakta Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik. Kemahiran membuat

interpretasi ini juga bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui pemerhatian

dan interpretasi yang sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik pada

masa hadapan (Paul & Elder, 2006).

Contohnya membuat tafsiran tentang konsep prasejarah dari kacamata sendiri.

Dengan itu pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta sejarah dan tafsiran

sejarah dengan baik. Sebagai contoh murid dikehendaki membuat tafsiran tentang

cara kehidupan manusia prasejarah dalam Tajuk 3 Unit 6 berbanding dengan

perspektif masa kini. Murid boleh membandingbeza bagaimana kehidupan zaman

prasejarah dengan kehidupan masa kini.

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 6

Page 7: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Sebagai contoh ialah di dalam Tajuk 5 Unit 10 yang menjelaskan mengapa Tun

Perak tidak membantah apabila Sultan Muzaffar Shah menceraikan Tun Kudu untuk

dikahwinkan dengan Bendahara Tun Ali . Hal ini berlaku kerana perkahwinan ini

dapat menyelesaikan masalah pelantikan Tun Perak sebagai Bendahara Melaka .

Dalam elemen ini, murid dapat menguasai maklumat tentang peranan Tun Perak

sebagai Bendahara Melaka untuk diteladani.

Dalam Tajuk 1, Unit 1 pula menyatakan bahawa Pemukul Kulit Kayu dihasilkan

untuk melembutkan kulit kayu bagi dijadikan pakaian manusia pada zaman purba.

Alat ini merupakan tinggalan sejarah yang masih terdapat di Muzium Negara

sehingga sekarang. Melalui elemen ini, murid dapat menghubungkaitkan peristiwa

sejarah mengikut garis masa.

Tajuk 5, Unit 11 pula menyatakan bahawa Laksamana Hang Tuah berperanan

sebagai ketua yang mengetuai utusan bagi merapatkan hubungan Melaka dengan

negara luar seperti Negara China, Siam , India dan Turki.Melalui elemen ini, murid

dapat membuat penilaian tentang Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka dan

dihubungkaitkan dengan kehidupan masa kini.

  3.4 Membuat imaginasi

Merupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Ia merupakan satu usaha melibatkan

pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran

imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada

seseorang yang menilai sejarah menurut kacamata sumber atau subjek sejarah yang

terlibat, contohnya dalam Tajuk 4, Unit ke 7 menjelaskan Sang Nila Utama yang

berasal dari Palembang mengasaskan Temasik pada abad ke 14 Masihi. Tindakan

mengapa baginda berbuat demikian kerana Temasik ketika itu berpotensi sebagai

kawasan pelabuhan dan perikanan. Alasan ini boleh menjelaskan kepada kita

mengapa tindakan itu diambil.

Contoh lain yang terdapat ialah dalam Tajuk 5, Unit 8 menghuraikan tentang

tindakan Sultan pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu mengahwini puteri dari

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 7

Page 8: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

negara lain bagi meluaskan jajahan takluk, menjalin hubungan antarabangsa dan

mengembangkan perdagangan .Alasan ini boleh menjelaskan kepada kita mengapa

tindakan itu diambil. Di dalam tajuk ini murid dapat membuat penilaian tentang tokoh-

tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melayu Melaka untuk diteladani.

Dalam Tajuk 5, Unit 10 pula menjelaskan tindakan Bendahara Tun Perak

mengarahkan pengikutnya untuk mengikat jamung di sepanjang pantai Melaka. Hal

ini bagi mengelirukan askar-askar Siam yang tiba pada waktu malam ketika askar

Siam ingin menyerang Melaka. Alasan ini boleh menjelaskan kepada kita mengapa

tindakan itu diambil. Dalam elemen ini murid dapat menzahirkan idea yang rasional

tentang kepentingan kebijaksanaan dan taat setia kepada pemimpin.

3.5 Membuat rasionalisasi

Melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar dalam

menyelesaikan sesuatu permasalahan. Murid perlu mempunyai kemahiran

mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat

inferens daripada data yang dikumpul serta membuat rasionalisasi melalui kajian

sumber sejarah secara kritis. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat

pengetahuan yang penting daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing

kita untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder,

2006).

Contohnya, di dalam Tajuk 3 unit 6, Mengapakah Manusia Pra Sejarah

membina kediaman dalam gua, atas pokok dan tepi sungai. Ini adalah untuk

keselamatan koloni mereka daripada cuaca, binatang buas dan sebagainya. Sumber

air dan makanan mudah diperolehi kerana kediaman mereka adalah berhampiran

dengan sungai dan sistem pengangkutan juga mudah dengan melalui jalan sungai.

Keberanian dan kekreatifan manusia prasejarah boleh dijadikan contoh oleh murid

dalam kita menghadapi cabaran hidup pada masa kini yang penuh dengan

kesenangan.

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 8

Page 9: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Contoh yang boleh diambil untuk membuat rasionalisasi ialah di dalam Tajuk 4

Unit 7 iaitu sebelum munculnya Kesultanan Melayu Melaka , telah wujud beberapa

kerajaan Melayu awal . Kerajaan-kerajaan Melayu awal yang terletak di persisiran

pantai ini dikenali sebagai Kerajaan Maritim . Persoalannya , mengapa kerajaan

Maritim wujud di persisiran pantai. Hal ini kerana kerajaan Maritim berperanan

sebagai sebuah pusat pelabuhan dan perdagangan yang maju pada zamannya .

Di dalam Tajuk 2 Unit 5 juga murid diajar membuat rasionalisasi contohnya

membuat generalisasi dengan keadaan sekarang dan apa akan terjadi kepada dunia

sekiranya Air Batu telah cair sepenuhnya menjadi lautan. Mengkaji punca, sebab

dan akibat kepada persoalan ini sehingga boleh menzahirkan idea yang rasional

dalam merancang dunia yang akan datang. Contohnya murid boleh di ajar dan

berfikir bagaimana untuk menghargai alam sekitar dengan meminimumkan aktiviti

yang boleh menambahkan pemanasan cuaca dunia.

Selain itu , Tajuk 5 Unit 9 mempersoalkan tentang mengapakah wujudnya sistem

pentadbiran kerajaan pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka . Hal ini

kerana sistem ini dapat memudahkan pemerintah pada zaman tersebut untuk

memerintah negeri dengan teratur dan sistematik . Penzahiran idea yang rasional

berdasarkan keistimewaan dan kelebihan serta kekurangan kerajaan ini,

membolehkan kita mencorak kerajaan pada hari ini. Murid boleh berfikir sekiranya

pentadbiran yang teratur dan sistematik diamalkan oleh setiap negara akan

membuatkan sebuah negara ini menjadi aman dan maju.

Di samping itu , dalam Tajuk 5 Unit 10 , persoalan yang terdapat di dalam topik

ini ialah apakah peranan Tun Perak sewaktu menjadi Bendahara Kesultanan Melayu

Melaka .Beliau berperanan penting dalam mempertahankan Kesultanan Melayu

Melaka daripada Siam sebanyak dua kali . Selain itu , beliau juga merupakan

penasihat Sultan Melaka .

Seterusnya, elemen rasionalisasi juga dapat diterapkan di dalam Tajuk 5 Unit 9

di mana peristiwa pembukaan Melaka. Peristiwa seekor pelanduk putih menendang

anjing buruan Parameswara telah membuka mata hati Parameswara untuk

membuka Melaka. Baginya peristiwa ini suatu peristiwa yang istimewa dan kebetulan

pula kawasan tersebut merupakan suatu kawasan berhampiran sungai iaitu Selat

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 9

Page 10: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Melaka yang boleh dijadikan laluan kapal dagangan. Murid dapat melihat sesuatu

yang tersirat tentang kekuatan dan keberanian sesuatu benda itu menjadi mercu

tanda kemegahan sesebuah negara.

Di dalam Tajuk 5 Unit 10 bagaimana rasionalisasi ini juga boleh dilihat dalam

peristiwa serangan Siam ke atas Melaka. Bagaimana kebijaksanaan Tun Perak

menggunakan wanita dan kanak-kanak sebagai perisai kepada Melaka.

Rasionalnya, Siam tidak jadi menyerang Melaka, kerana bagi kerajaan Siam, Melaka

hanya sebuah kerajaan yang lemah kerana menggunakan wanita dan kanak- kanak

sebagai perisai. Di sini murid-murid boleh menilai bagaimana satu kuasa besar

seperti Siam dapat ditipu helah dan murid dapat menghubungkaitkan kebijaksanaan

tokoh seperti Tun Perak sebagai bendahara Melaka dengan kehidupan masa kini.

3.6 Membuat penjelasan

Di dalam tajuk 1 unit 3 , murid dapat menerangkan tanggungjawab diri kepada

sekolah iaitu murid boleh membuat penerangan tentang maklumat sejarah sekolah

dan menghubungkait dengan peranan setiap warga sekolah bagi membangunkan

kecemerlangan sekolah .

Seterusnya , di dalam tajuk 1 unit 4 murid dapat menjelaskan tokoh kebanggaan

setempat iaitu mereka boleh membuat penjelasan tentang peranan masyarakat

setempat bagi memakmurkan kawasan tempat tinggal mereka

Selain itu , tajuk 5 unit 9 , murid dapat menjelaskan Kesultanan Melayu Melaka

sebagai warisan yang patut dibanggakan di mana murid dapat menyatakan tentang

Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka dan dihubung kait

dengan kehidupan masa kini .

Tajuk ini juga iaitu pada tajuk 5 unit 11 murid dapat menjelaskan peristiwa

pertarugan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam hikayat Hang Tuah di mana

murid dapat menerangkan tentang peranan Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka

dengan contoh yang baik.

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 10

Page 11: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

3.7 Empati

Pemikiran sejarah memerlukan seseorang mempunyai daya imaginasi dan

empati. Tujuannya agar pelajar-pelajar tidak merasa asing dan pelik tentang

peristiwa masa lalu. Malah mereka seharusnya perlu mempunyai rasa hormat dan

perasaan ingin tahu tentang peristiwa-peristiwa masa lepas. Penyelidik British

Christopher Portal(1987), menegaskan bahawa empati merupakan satu cara

pemikiran imaginative yang memerlukan kemahiran kognitif untuk melihat nilai-nilai

kemanusiaan dalam peristiwa Sejarah.

Contoh empati dapat dilihat dalam Tajuk 4, Unit 7 di mana murid dapat dibimbing

untuk mengenalpasti punca-punca yang membawa kepada kemusnahan kawasan

persisiran pantai. Murid dapat membuat penilaian tentang pentingnya menjaga alam

sekitar yang semakin terancam.

Dalam Tajuk 5, Unit 9 juga menyatakan bahawa murid dapat dibimbing untuk

memahami latar belakang Parameswara sebagai pengasas Kerajaan Melayu Melaka

. Selain itu , murid juga dapat dibantu untuk memahami rentetan peristiwa perjalanan

Parameswara dari Palembang hingga ke Melaka .

Di samping itu , tajuk ini juga menerangkan bahawa murid dapat dibimbing untuk

mengenali sifat kepimpinan Parameswara dalam membangunkan Melaka . Murid-

murid juga dapat membuat simulasi tentang kepimpinan beliau .

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 11

Page 12: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

4.0 Kesimpulan

Ketujuh-tujuh kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat melibatkan proses-

proses Sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Para guru akan membimbing

pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan masa kini, menganalisis, menyelidik dan

memproses bukti-bukti, membuat hipotesis, memahami dan memberi penerangan serta

membuat pertimbangan. Seterusnya, ia pula akan terlaksana apabila para guru Sejarah

melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran Sejarah. Dengan itu, secara tidak

langsung para pelajar akan memperoleh ketujuh-tujuh kemahiran yang dinyatakan (Zahara &

Nik Azleena, 2007).

Berdasarkan apa yang diterangkan tentang pemikiran sejarah, jelas menunjukkan

kemahiran ini perlu dipraktikkan oleh para guru dan pelajar, terutama semasa sessi pengajaran

dan pembelajaran sejarah. Dengan penerapan kemahiran pemikiran sejarah ini proses

pengajaran dan pembelajaran sejarah menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna. Sesuai

dengan pandangan yang diberikan oleh John Dewey (1966) yang menyatakan pembelajaran

merupakan satu proses yang bermakna (meaningful learning) dan ini bermaksud pembelajaran

bermakna ialah “learning by doing” yang dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk

kefahaman tentang sesuatu permasalahan. Kenyataan John Dewey ini bertepatan dengan

konsep pemikiran sejarah yang memerlukan pelajar untuk meneroka, membuat inferens,

interpretasi, dan sebagainya.

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 12

Page 13: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

5.0 Refleksi

Pada sesi pertama kuliah untuk semester yang keenam iaitu pada 28 Jun 2014 yang

lalu, pelajar Program Pensiswazahan Guru Ambilan Febuari 2012, telah diberi satu tugasan

kerja kursus pendek Semester 6 oleh pensyarah mata pelajaran Sejarah, SJH 3063 Kaedah

Pengajaran Sejarah, Dr. Sivarajan Ponniah.

Kami telah diberi tugasan secara individu iaitu membuat satu penulisan tentang

bagaimana anda dapat mengimplementasikan elemen KPS dalam pengajaran dan

pembelajaran sejarah.

Sebaik menerima tugasan daripada pensyarah, perasaan yang terdetik di dalam hati

saya ialah adakah saya mampu untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi.Tetapi sebagai

langkah pertama saya mencari apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Pemikiran

Sejarah (KPS). Saya cuba memahami dan mencari maksud KPS dan elemen-elemen yang

terdapat di dalamnya. Apa yang memuskilkan saya ialah bagaimana pula untuk

mengimplementasikan elemen-elemen tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah

tersebut sedangkan saya tidak pernah mengajar subjek ini di sekolah.

Untuk itu, murid-murid perlu didedahkan dan diterapkan dengan kemahiran pemikiran

Sejarah. Namun begitu, untuk memupuk kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid-

murid sekolah rendah bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi Sejarah merupakan satu

subjek baru yang perlu diajar di sekolah rendah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR, 2013).

Jadi bagi menerapkan dan merealisasikan konsep pemikiran Sejarah di dalam bilik

darjah, proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlulah merangsang pemikiran pelajar.

Ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses mencari bukti,

membuat kronologi, membuat pertimbangan dan rasionalisasi, interpretasi dan

imaginasi ,rasionalisasi,membuat penjelasan dan membuat empati dengan bimbingan guru.

Oleh itu guru Sejarah perlulah memiliki pemahaman dan pengetahuan mengenai kemahiran

pemikiran Sejarah untuk dilaksanakan dalam pengajaran mereka.

Sebagai langkah pertama, saya membuka Buku Teks Sejarah Tahun Empat untuk

mencari 7 elemen KPS yang terdapat di dalamnya. Memang banyak terdapat elemen sejarah

seperti kefahaman tentang kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 13

Page 14: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

imaginasi, membuat rasionalisasi, membuat penjelasan dan empati. Tetapi hanya orang yang

bijak sahaja dapat mencari atau mengesan elemen-elemen KPS yang terdapat kerana ianya

adalah tersirat di sebalik ayat-ayat dan cerita sesuatu peristiwa.

Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau rintangan yang terpaksa saya lalui

dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Masalah masa, kurang buku-buku rujukan serta tugasan

lain menghantui saya sejak awal lagi. Tetapi saya anggap masalah ini bukanlah masalah yang

terlalu besar sehingga tidak boleh langsung saya atasi. Saya mencuba mencari jalan untuk

mengatasinya dengan sebaik mungkin.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa

supaya tidak berlaku pertindihan waktu untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang lain. Saya

terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Namun, sebagai seorang

pendidik saya melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif

untuk sama-sama menanganinya.

Seterusnya, saya mula bergerak untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan daripada

internet, Buku teks sejarah, DSKP sejarah tahun Empat, modul-modul PPG, sumber internet

dan sebagainya. Tidak banyak maklumat dan data yang saya peroleh kerana mata pelajaran

sejarah adalah mata pelajaran baru di sekolah rendah. Pembahagian masa amat penting ketika

ini tetapi saya cuba membahagi tugas seperti menaip, menyusun, mengedit dan memindahnya

ke dalam bentuk yang dikehendaki.

Bukan mudah menjadi seorang guru. Guru bukan sahaja perlu kreatif malah perlu lebih

inovatif serta mampu berfikir secara analitik dalam memastikan proses pembelajaran berjalan

dengan lancar dan sempurna. Tugasan yang diberi secara tidak langsung dapat menimbulkan

kefahaman yang lebih tentang elemen-elemen KPS dalam matapelajaran Sejarah sekaligus

memupuk minat yang tinggi dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang

pelbagai serta kaedah-kaedah yang sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran subjek ini.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah

musyawarah dan rujukan pada rakan-rakan dan pensyarah yang berpengalaman dapat menjadi

penyelesaian yang amat berguna. Tidak ketinggalan saya juga ingin mengucapkan jutaan

terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Sivarajan Ponniah selaku pensyarah pembimbing

bagi subjek Sejarah yang banyak membantu saya dalam memberikan tunjuk ajar dalam

menyiapkan tugasan ini.

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 14

Page 15: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka di sekolah, sehingga siapnya tugasan saya ini

amat-amat saya hargai. Ilmu yang saya peroleh ini akan saya manfaatkan dan saya gunakan

untuk pendidikan anak-anak murid saya sendiri di sekolah seandainya saya diberi peluang

menjadi guru Sejarah pada masa hadapan. Juga tidak lupa pada keluarga yang sentiasa

memberi sokongan dan semangat kepada saya agar terus melangkah ke hadapan.

Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, saya telah berjaya untuk menyiapkan

tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara

semua pihak. Sekian terima kasih.

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 15

Page 16: Assigment Sejarah Edit

SJH 3063KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Rujukan

Sumber Buku :

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap Keupayaan

Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah

Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1) (2009): 53 – 66,Fakulti

Pendidikan, UKM.

Buku Teks Sejarah Tahun 4 Sekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR). Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2013

Dokumen Standard Sekolah Rendah(KSSR) Sejarah tahun 4. (2013). Putrajaya: Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sejarah

Tahun 4. Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Modul Program Pensiswazahan Guru (PPG) SJH 3106 Kaedah Pengajaran Sejarah.

Sumber internet :

www.academia.edu/8082824/ Kurikulum Sejarah sehingga munculnya KSSR

www.scribd.com/Nota SJH 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah-Bab 1

Hikayat Hati. (2012, Februari 10). Retrieved from dunianura.blogspot.com: http://dunianura.blogspot.com/2012/02/kemahiran-pemikiran-sejarah.html

calendartopic/biz/tag/Penerapan-kemahiran-kemahiran-sejarah-kps

ASMAH JAMILAH BT AHMAD Page 16