Assigmnet Seni

download Assigmnet Seni

of 9

description

Assignment Seni OUM

Transcript of Assigmnet Seni

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF1403: SENI DALAM PENDIDIKANSEMESTER MEI 2010

TUGASAN KURSUS (30%)

ARAHAN1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font Times New Roman saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Tugasan hendaklah di hantar sebelum/pada Tutorial 4 ATAU mengikut arahan yang akan diumumkan kemudian.4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.

7. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan.

SOALAN TUGASANPendekatan bertema seringkali digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat pelajar dan guru. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

Anda telah melakukan satu lawatan bersama-sama murid-murid anda.

(a) Berdasarkan lawatan tersebut, jelaskan cara menjalankan pendekatan bertema yang dapat digunakan dalam proses mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran.

(8 markah)(b) Bincang tentang tajuk-tajuk tema dan soalan-soalan yang boleh menjadi panduan bagi anda memilih tema tersebut

(10 markah)

(c) Berikan pandangan anda mengenai jumlah mata pelajaran yang boleh dilibatkan berdasarkan tema yang anda pilih. Huraikan perlaksanaan tema yang dipilih bagi setiap mata pelajaran tersebut dalam bentuk PowerPoint bagi menunjukkan penggabungjalinan tersebut.

(12 markah)

[Jumlah: 30 markah]

PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:

1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.

2. Buat pencarian di Internet berkaitan pendekatan bertema untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.

3. Melakukan carian berdasarkan tempat yang dicadangkan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan.

4. Membincangkan dengan guru mata pelajaran yang lain dari anda bagi mendapatkan pengetahuan khusus mengenai kandungan kurikulum.

5. Menggunakan gambar foto/lakaran untuk membantu anda menjelaskan hujah jawapan tugasan. Menghasilkan persembahan PowerPoint yang mengutamakan pemilihan teks, muka taip, ilustrasi dan paparan yang menarik dan menepati ciri-ciri persembahan grafik.

Buku Rujukan

Bukatko. D, Daehler M.W.(2003). Child Development - A Thematic Approach 5th. University of Massachusetts, Amherst: College of the Holy Cross

Edwards, L.C. (1997). The Creative Arts: A Process approach for Teachers and Children. New Jersey:Prentice Hall.

Janet R,.Margaret DM. (1995), Drama and Music:Creative Activities for Young Childre. Humanic Learning:Atlanta

Mayesk, M (2008). Creative activities For Young Children. Delmar Cengage Learning :USA

Santrock, J.W. (2008) Child Development. Tata :Mgraw Hill

PANDUAN TUTOR1. Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar dalam hal penyediaan penulisan

2. Mencadangkan Format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Sila cadangkan buku-buku rujukan mengikut bidang.

4. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Cetak serta lampirkan artikel bersama tugasan.

5. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna gaya APA.TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

1 Pendekatan Bertema- merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusunsekitar konsep atau tema.- alat pengelolaan kepada guru untuk menghubungkan antaramata pelajaran.- membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman,sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum

Pemilihan dan Penentuan Tema- berasaskan konsep, berasaskan kemahiran, berasaskankandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, berfokuskepada projek, berorientasikan kajian kes

Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspekberikut(i) Boleh merentas semua matapelajaran(ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalamandan kehidupan pelajar(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yangakan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran(v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih(vi) Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebihmencabar

Kelebihan Pendekatan Bertema kepada Pelajar(i) untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusifdalam proses pengajaran dan pembelajaran(ii) untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,(iii) dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktivitiberlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu,(iv) dapat menghadapi cabaran(v) dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalamkehidupan,(vi) untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal(vii) menyemai nilai empati ,harmoni dan pemahaman sesameinsan yang pelbagai budaya(viii) untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yangmenghubungkait pengetahuan dan kemahiran

(b) Kekuatan(i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkanpengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentukpergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaslam temayang diberi(ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagaiaktiviti dan kreativiti yang tinggi(iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebihmenyeronokkan(iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea danimaginasi baru(v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yangdijalankan(vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

(c) Isu/Cabaran(i) kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran(ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan(iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yangberbeza-beza(iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas(v) kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yangberbeza

Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran- Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dancuba terokai.

Cara menjalankan Pendekatan Bertema(i) Aktiviti K-W-L. K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini? W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini? L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini?(ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenaisesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan,iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral, kemahiranhidup.(iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah denganmembacakan sebuah cerita kepada kelas(iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untukmemulakan sesuatu unitjika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyiansebuah kolej tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di ataspapan bulletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenaimanusia dan mesin yang berupaya mengajar atau menyatakanmesej.(v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset(vi) Dedahkan pelajar mempelajari puisi contohnya bahasa danmuzik(vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian contohnyasains dan matematik(viii) Bawa bahan bantu mengajar contoh batu karang

Tema dengan Kemahiran-Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan kemahirandiri pelajar

JENIS TEMA1. Tema-Persekitaran - Persekitaran fizikal yakni pelbagaibahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberikesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaransosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi denganrakan sebaya serta sokongan2. Persekitaran- Alam Semulajadi - peranan dankefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputisegala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat dan habitatsemua hidupan tingal dan berinteraksi antara satu sama lain dalamekosistem yang seimbang3. Tema dan Masyarakat - penekanan terhadap manusia,sosial dan budaya.4. Tema Komunikasi - Komunikasi merujuk kepadaperlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar danmenerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan danmemberi sedikit peluang untuk maklum balas. Verbal ( dlm bentukbahasa ) bukan verbal ( isyarat)

Menurut Kostelnik (1989), theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea. Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak: Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yangdilalui sendiri.

Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama.

Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.

Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.

Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.88