Assign Pend.seni visual

21
1.0 Pengenalan Boneka adalah sejenis permainan kanak-kanak. Ia dibentuk dalam dua atau tiga dimensi. Menurut kamus pelajar, boneka membawa maksud barang permainan yang menyerupai orang atau patung orang. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke 4 pula, mentakrifkan boneka sebagai anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan menggunakan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya manakala menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang berbentuk pelbagai terutamanya manusia, haiwan, dan tokoh-tokoh. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) dalam Rafiza Abdul Razak mendefinisikan boneka sebagai objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Secara keseluruhannya boneka didefinisikan sebagai sebarang benda atau objek yang digerak dan dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan bagi menyampaikan mesej tertentu. Pemain akan cuba menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka juga berperanan sebagai alat untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Secara tidak langsung pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Di dalam Pendidikan Seni Visual, boneka merupakan salah satu aktiviti di dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Bidang ini merupakan bidang yang ketiga di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah Rendah. Kandungan bidang membentuk dan membuat binaan ini banyak menekankan kepada pemahaman dan penguasaan objek-objek seni tiga dimensi. Objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Hasilan yang wujud daripada bidang ini dikenali sebagai objek maujud iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Penghasilan karya seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan ini juga mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan, besar, kecil,, licin, kesat, keras dan lembut. Didalam sesi pengajaran dan pembelajaran boneka kebiasaannya digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan murid pra sekolah sebagai bahan bantu mengajar. Ia digunakan untuk menyampaikan cerita agar penyampaian lebih menarik dan berupaya untuk menarik perhatian 1

description

seni

Transcript of Assign Pend.seni visual

Page 1: Assign Pend.seni visual

1.0 Pengenalan

Boneka adalah sejenis permainan kanak-kanak. Ia dibentuk dalam dua atau tiga dimensi.

Menurut kamus pelajar, boneka membawa maksud barang permainan yang menyerupai orang

atau patung orang. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke 4 pula, mentakrifkan boneka

sebagai anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan menggunakan tali

atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya manakala menurut

Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca

yang bermaksud sejenis mainan yang berbentuk pelbagai terutamanya manusia, haiwan, dan

tokoh-tokoh. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) dalam Rafiza Abdul Razak

mendefinisikan boneka sebagai objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip

bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Secara keseluruhannya boneka

didefinisikan sebagai sebarang benda atau objek yang digerak dan dilakonkan oleh pemain

sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan bagi menyampaikan mesej tertentu.

Pemain akan cuba menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh

pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka juga berperanan sebagai alat untuk

menyampaikan cerita dengan berkesan. Secara tidak langsung pendengar dapat menghayati

disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

Di dalam Pendidikan Seni Visual, boneka merupakan salah satu aktiviti di dalam bidang

membentuk dan membuat binaan. Bidang ini merupakan bidang yang ketiga di dalam Sukatan

Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah Rendah. Kandungan bidang membentuk dan

membuat binaan ini banyak menekankan kepada pemahaman dan penguasaan objek-objek

seni tiga dimensi. Objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi,

kiri, kanan, atas dan bawah. Hasilan yang wujud daripada bidang ini dikenali sebagai objek

maujud iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Penghasilan karya seni dalam bidang

membentuk dan membuat binaan ini juga mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan,

besar, kecil,, licin, kesat, keras dan lembut.

Didalam sesi pengajaran dan pembelajaran boneka kebiasaannya digunakan untuk mengajar

kelas pemulihan dan murid pra sekolah sebagai bahan bantu mengajar. Ia digunakan untuk

menyampaikan cerita agar penyampaian lebih menarik dan berupaya untuk menarik perhatian

kanak-kanak. Nillie Mc Caslin (1984) dalam Varuni Sankaran Nair menyatakan bahawa

boneka dapat berfungsi sebagai alat bantu mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar,

1

Page 2: Assign Pend.seni visual

menghidupkan suasana, menarik minat dan seterusnya dapat memberi motivasi kepada pelajar

untuk terus belajar.

Selain itu, boneka juga merupakan salah satu bahan hiburan orang zaman dahulu. Contohnya

wayang kulit. Boneka juga menjadi alat mainan untuk anak-anak kecil malah turut dijadikan

sebagai bahan hiasan terutamanya oleh kanak-kanak perempuan. Selain daripada itu, boneka

bukan sahaja merupakan mainan sepanjang zaman malah ia juga berfungsi sebagai objek yang

dapat mengasah perkembangan kreativiti kanak-kanak serta dapat meningkatkan daya

imaginasi mereka.

2.0 Sejarah Ringkas Boneka

Puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin. Menurut ahli sejarah, boneka mula

dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang

digunakan untuk menghasilkan boneka pada waktu itu ialah kayu, tanah liat atau tulang

binatang. Boneka yang lebih cantik diperbuat daripada lilin dan gading gajah. Pada masa itu,

boneka digunakan untuk tujuan keagamaan atau upacara adat yang rasmi. Pada masa dahulu,

bentuk boneka tidak menarik dan kelihatan menyeramkan serta menakutkan sehinggakan

kanak-kanak tidak mahu memilikinya. Boneka tersebut juga kaku dan tidak boleh digerakkan.

Walau bagaimanapun, boneka dengan kaki dan lengan yang dapat digerakkan buat pertama

kalinya dihasilkan pada 600 tahun sebelum masihi.

2.1 Boneka Di Barat

Di Barat, boneka telah dijadikan sebagai alat mainan kanak-kanak semenjak

abad ke 15 iaitu di Kota Nurembergm, Augsburg dan Sonnneberg, Jerman.

Boneka tersebut dihasilkan menggunakan kayu, lilin dan tanah liat yang

kemudiannya dipakaikan dengan pakaian yang menggambarkan wanita di

zaman itu. Di British , Perancis, Itali dan Belanda, bagi jenis boneka yang

sama, mereka membuat pakaian khas mengikut daerah dan ia biasanya dijual

sebagai cenderahati. Belanda kemudiannya menunjukkan kemajuan dengan

menghasilkan boneka yang diperbuat daripada kaca dan ianya dapat

digerakkan menjadikannya kelihatan lebih hidup. Pada Tahun 1675, penciptaan

boneka maju setapak lagi dengan mengenakan rambut sebagaimana boneka

pada hari ini. Penghasilan boneka bertambah maju apabila sebuah kilang telah

2

Page 3: Assign Pend.seni visual

berjaya mencipta boneka yang dapat menangis pada tahun 1710, manakala

boneka yang dapat berjalan pada tahun 1735.

Amerika pula telah berjaya muncul sebagai negara pengeluar boneka yang

terbesar di dunia pada akhir perang dunia pertama. Antara tahun 1925 dan

1941 industri pembuatan boneka akhirnya telah berjaya mencipta boneka yang

hampir sama dengan objek yang ditirunya iaitu dengan mengenakan mata yang

dapat mengerdip lengkap dengan bulu matanya, mulut pula dapat dibuka

memperlihatkan barisan gigi dan terdapat juga boneka yang dapat makan dan

minum dengan sendiri.

2.2 Boneka Di Malaysia

Penggunaan boneka di Malaysia lebih kepada alat mainan yang sangat popular

dikalangan kanak-kanak, dijadikan hiasan atau koleksi bagi orang dewasa.

Walau bagaimanapun, boneka juga turut digunakan bagi tujuan pemujaan suatu

ketika dahulu. Pada zaman ini, boneka sering dijadikan sebagai hadiah atau

cenderahati kepada kanak-kanak terutamanya pada majlis hari jadi. Dewasa ini,

terdapat banyak boneka yang hampir menyerupai manusia sehinggakan

terdapat segelintir kanak-kanak yang menjadikan boneka sebagai teman rapat

mereka. Boneka juga turut digemari oleh golongan dewasa. Boneka yang

terdapat di negara ini diperbuat daripada bahan seperti kayu, plastik, kapas,

kertas, kain dan yang seumpamanya. Ianya dijual secara meluas di kedai-kedai

peralatan mainan dalam berbagai bentuk dan rupa sama ada bentuk manusia

atau haiwan.

3.0 Jenis-jenis Boneka

Terdapat pelbagai jenis boneka yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan yang

sesuai dengan bentuk dan kegunaannya. Setiap jenis boneka mempunyai kelebihan dan

kekuatan yang tersendiri. Boneka juga dihasilkan mengikut kreativiti individu yang

menghasilkannya. Di antara jenis-jenis boneka yang sering digunakan ialah boneka sarung

tangan, boneka jari, boneka beg kertas, boneka piring kertas, boneka tongkat, boneka bertali,

boneka wayang kulit dan boneka lidi.

3

Page 4: Assign Pend.seni visual

3.1 Boneka Sarung Tangan

Boneka ini merupakan jenis boneka yang paling mudah dihasilkan. Ia

mempunyai bahagian kepala, bahagian pakaian, sepasang tangan dan kadang

kala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Boneka ini sering digubah menjadi

badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua

jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan

ianya digerakkan bagi menghidupkan anggota boneka. Bagi menghasilkan

boneka jenis ini pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stoking,

sarung tangan atau kain belacu. Dengan menggunakan boneka jenis ini, kanak-

kanak lebih bebas membuat sebarang pergerakan.

Contoh Boneka Tangan

3.2 Boneka Jari

Boneka jari juga dikenali sebagai finger puppets merupakan boneka yang

dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dimainkan dengan memasukkan

jari ke dalam boneka yang dihasilkan bersaiz jari. Jari digerakkan semasa

watak dimainkan. Boneka ini boleh dibuat daripada kertas yang dilukis

wataknya. Saiz boneka adalah mengikut saiz jari kanak-kanak. Ianya

diwarnakan dan digam pada keliling bentuk watak tersebut kecuali pada

bahagian untuk dimasukkan jari. Boneka jari amat seronok digunakan kerana

pelbagai watak boleh dimainkan secara bersama atau serentak.

4

Page 5: Assign Pend.seni visual

Contoh Boneka Jari

3.3 Boneka Beg Kertas

Boneka ini diperbuat dengan menggunakan beg kertas.. Tangan dimasukkan ke

dalam beg kertas tersebut. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana mudah

dihasilkan. Boneka ini juga sama seperti boneka tangan cuma pergerakannya

sahaja agak terbatas.

Contoh

Boneka Beg Kertas

5

Page 6: Assign Pend.seni visual

3.4 Boneka Piring Kertas

Boneka ini diperbuat daripada piring kertas yang mudah didapati. Piring kertas

ini boleh diubahsuai menjadi objek haiwan, orang dan lain-lain.

Boneka

Piring Kertas

3.5 Boneka tongkat

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan,

buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuan untuk

menyokongnya. Boneka ini dibentuk mengikut objek yang dikehendaki sama

ada menyerupai haiwan, manusia dan sebagainya mengikut kesesuaian tema

atau watak yang hendak ditonjolkan. Kepala atau objek yang siap dibentuk

dipasangkan pada hujung rod kayu atau batang yang dipegang oleh juruboneka

untuk mengendalikannya atau menggerakkannya.

6

Page 7: Assign Pend.seni visual

Contoh Boneka Tongkat

3.6 Boneka Bertali

Boneka bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras

seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Ia menggunakan tali

atau string puppets yang berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk. Ia

kelihatan lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan

diikat dengan tali yang bertujuan untuk menggerakkannya. Tali-tali

halus akan disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang

boleh bergerak. Bahagian kaki dan tangan watak pula akan dibentuk

supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali boneka. Boneka

jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak

tersebut membuat pergerakan lari, terbang, lompat dan menggelongsor.

Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau pun tali tangsi. Semasa

boneka tersebut dimainkan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat

anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Contoh Boneka Bertali

3.7 Boneka wayang kulit

Boneka wayang kulit biasanya berbentuk dua dimensi. Rupa bentuk boneka

dilukis di atas kertas tabal. Kemudian ianya diwarnakan dan bentuknya

7

Page 8: Assign Pend.seni visual

dipotong serta dikeluarkan. Secara tradisional boneka wayang kulit biasanya

direka daripada kulit kerbau. Oleh kerana kulit kerbau semakin sukar didapati,

maka pelbagai bahan-bahan moden digunakan sebagai ganti. Antara bahan-

bahan yang sering digunakan ialah filem pancaran –X yang terpakai, kepingan

plastik yang tebal dan kertas bod. Lidi-lidi halus turut digunakan dan

diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu pada badan boneka tersebut.

Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang atau skrin

putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di

atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka

tersebut. Selain itu, wayang kulit juga boleh dipersembahkan dengan

menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka kemudiannya

akan terpapar di atas skrin. Di dalam persembahan boneka wayang kulit,

watak-watak hero atau utama digambarkan dengan sifat muka yang kacak dan

hidung yang mancung manakala sifat watak penjahat digambarkan dengan

mata yang besar, hidung yang besar, perut buncit dan dicatkan dengan

menggunakan warna yang garang.

Contoh Boneka Wayang Kulit

3.8 Boneka Lidi

Boneka ini seakan sama dengan boneka wayang kulit. Ia diperbuat daripada

bahan yang keras, kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal. Lidi panjang

kemudiannya diletakkan pada badan boneka termasuk pada bahagian-bahagian

8

Page 9: Assign Pend.seni visual

tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Boneka tersebut

dijulang pada lidi utama manakala lidi-lidi yang lainnya digoyang untuk

menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

Contoh Boneka Lidi

4.0 Proses Menghasilkan Boneka

Boneka yang akan dihasilkan ialah boneka patung iaitu sejenis boneka tongkat. Boneka

tongkat adalah sejenis boneka berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,

rotan, botol atau buluh yang diletakkan di bahagian bawah boneka tersebut dengan tujuan

untuk menyokongnya. Boneka ini dibentuk mengikut objek yang dikehendaki sama ada

menyerupai haiwan, manusia dan sebagainya mengikut kesesuaian tema atau watak yang

hendak ditonjolkan. Kepala atau objek yang siap dibentuk dipasangkan pada bahan yang

menjadi penyokong boneka atau batang yang dipegang oleh juruboneka bagi memudahkan

pengendalian atau menggerakkannya. Berikut adalah proses untuk menghasilkan boneka

tongkat.

4.1 Lakaran idea

Lakaran idea merupakan proses awal bagi menentukan jenis boneka yang akan

dihasilkan Pembentukan watak-watak juga memerlukan lakaran-lakaran idea

agar boneka yang akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton.

9

Page 10: Assign Pend.seni visual

10

Page 11: Assign Pend.seni visual

4.2 Pemilihan alat dan bahan

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat boneka. Ini kerana alat dan

bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung kepada jenis boneka

yang akan dihasilkan. Bagi menghasilkan boneka ini, antara alat dan bahan-

bahan yang digunakan ialah gunting, botol air mineral, span, reben, perca kain,

benang bulu kambing, benang, jarum jahit, gam UHU, mata boneka dan

barangan hiasan. Pemilihan bahan-bahan yang digunakan mengambilkira

ketahanan boneka tersebut supaya dapat digunakan dalam jangka masa yang

lebih lama.

11

Penyediaan alatan dan bahan

Page 12: Assign Pend.seni visual

4.3 Teknik Pembuatan atau Penghasilan Boneka ( Sorotan Kajian )

Sediakan botol mineral saiz sederhana dan masukkan batu sebagai pemberat

yang seterusnya menjadikan boneka tersebut kukuh dan tidak mudah terbalik

apabila diletakkan. Span dipotong dalam bentuk bujur sebagai bentuk kepala

boneka. Letakkan span yang telah dipotong dan gamkan pada penutup botol.

Ikatkan span yang telah dibalut dengan kain perca putih dengan menggunakan

gelang getah. Kain putih digunakan bagi menyerlahkan bentuk wajah boneka

yang akan dihasilkan. Guntingkan kain perca pertama untuk membentuk baju

boneka dengan cara membentuk leher baju dan bahagian tangan baju. Jahit

bahagian tepi tangan baju supaya kelihatan kemas Kemudian guntingkan kain

perca yang kedua untuk membentuk skirt boneka. Lekatkan mata pada boneka

dengan menggunakan gam UHU serta bentukkan mulut boneka dengan

menggunakan reben merah. Hiaskan pakaian boneka dengan menggunakan

reben supaya kelihatan lebih menarik dan ceria bersesuaian dengan watak yang

akan ditonjolkan. Akhir sekali gunakan benang bulu kambing yang digunting

bagi membuat rambut boneka.

12

Kepala boneka dibentuk menggunakan span, getah dan perca kain berwarna putih.

Page 13: Assign Pend.seni visual

13

Kain perca digunakan untuk membuat baju.

Kain perca yang lain digunakan untuk embuat skirt.

Page 14: Assign Pend.seni visual

14

Boneka dihias dengan meletakkan mata, mulut dan lain-lain hiasan.

Page 15: Assign Pend.seni visual

5.0 Persembahan Hasil Kerja

15

Boneka yang siap untuk dipamerkan bersama boneka kucing sebagai watak sampingan.

Page 16: Assign Pend.seni visual

Persembahan boneka yang ditayangkan ternyata menarik perhatian para pelajar. Watak yang

dipertontonkan iaitu watak budak perempuan bersama watak kucing berjaya mencuri

tumpuan. Penyediaan pentas persembahan dengan latar belakang yang menonjol dan menarik

juga sesuai dengan tujuan penghasilan. Penggunaan pentas berjaya menghidupkan watak

budak perempuan yang diberi nama Aina dan kucing kesayangannya yang diberi nama Comel

dan Montel menarik minat pelajar untuk mengetahui mesej yang hendak disampaikan melalui

dialog dalam jalan ceritanya. Boneka tersebut juga yang kelihatan berwarna-warni dengan

hiasan yang pelbagai menonjolkan lagi penampilan watak-watak serta menepati tema dan

tajuk.

Persembahan boneka tersebut adalah objek buatan manusia di dalam bidang membentuk dan

membuat binaan. Tajuk cerita ialah Aina dan Kucing Kesayangannya. Bahan yang digunakan

amat sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan. Penggunaan botol minuman yang dimasukkan

batu sebagai pemberat berfungsi sebagai bahan penyokong boneka tersebut. Semua bahan

yang digunakan ternyata dapat tahan lebih lama dan selamat. Disamping itu kain yang

digunakan tidak mudah koyak. Pakaian boneka juga turut dijahit bagi memperkemaskan

penghasilannya. Boneka ini boleh digunakan beberapa kali jika ianya disimpan dengan cara

yang betul. Ini kerana sekiranya boneka ini disimpan di tempat yang terdedah dengan cuaca

panas atau lembab dikhuatiri akan rosak dan warnanya juga akan pudar. Konsep kepelbagaian

bahan juga dapat diadun dengan baik sehinggakan penghasilannya membentuk suatu gubahan

yang menarik. Selain itu, boneka yang dipersembahkan mempunyai daya tarikan yang

tersendiri semasa ianya dilakonkan kerana ia mempunyai ketulenan dari segi penghasilannya.

Boneka yang dihasilkan juga berjaya memenuhi persepsi estetik iaitu membuat persepsi

dengan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada boneka. Selain itu, ia juga memenuhi

prinsip-perinsip rekaan seperti imbangan iaitu sama ada simetri atau tidak simetri, mempunyai

penegasan yang dapat dilihat melalui muka boneka, prinsip pergerakan, kontra, warna dan

kesatuan yang menarik.

16

Page 17: Assign Pend.seni visual

6.0 Proses Apresiasi

Berdasarkan penghasilan karya iaitu boneka patung iaitu jenis boneka tongkat dapat dilihat

objek buatan manusia di dalam bidang membentuk dan membuat binaan ini banyak

membantu di dalam perkembangan emosi dan imaginasi. Boneka yang dihasilkan juga amat

bersesuaian dengan tajuk dan tema. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut

diperkembangkan melalui proses penghasilannya. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti yang

dilakukan membantu menyelaraskan idea, imaginasi dan fantasi ke arah perkembangan

persepsi dan pemikiran yang abstrak. Selain itu, alat dan bahan yang digunakan di dalam

proses penghasilan boneka tersebut sesuai dengan teknik pembuatan atau penghasilannya.

Melalui proses apresiasi ini, ianya banyak memberi pengalaman dan pengetahuan dari segi

jenis dan fungsi sesuatu alat dan bahan yang digunakan. Ini kerana bahan-bahan yang

digunakan adalah berbeza mengikut jenis boneka yang akan dihasilkan. Pemilihan dan

penentuan alat dan bahan yang digunakan juga telah mengambilkira aspek ketahanan boneka

tersebut.

Walau bagaimanapun, boneka tersebut perlu dibuat penambahbaikkan agar ianya bersesuaian

dengan watak mengikut jalan cerita. Contohnya rambut boneka tersebut dipanjangkan agar

watak boneka patung tersebut kelihatan lebih anggun dan lembut. Namun begitu, dari segi

reka bentuk warna dan padanan imej boneka tersebut kelihatan sepadan dan penampilan

boneka tersebut juga terserlah dan menonjol. Secara keseluruhannya, boneka tersebut berjaya

dihasilkan mengikut watak dan temanya malah ianya berjaya menarik minat penonton untuk

mengikuti persembahannya.

17

Page 18: Assign Pend.seni visual

7.0 Kesimpulan

Penghasilan boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta

penyesuaian watak-wataknya. Pengetahuan mengenai alat dan bahan amat diperlukan bagi

mengimbangi ciri-ciri reka bentuk dan kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan

dipersembahkan. Persembahan boneka ternyata dapat menarik minat dan fokus penonton

apabila watak-watak yang ditampilkan bertepatan dengan jalan cerita. Penggunaan boneka

banyak membantu perkembangan kemahiran afektif, kognitif dan fizikal sama ada kepada

guru dan juga pelajar. Boneka juga terbukti memberi kesan yang positif terhadap objektif

pembelajaran bagi sesuatu kemahiran. Peranannya sebagai salah satu bahan bantu mengajar

guru mampu menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran

seterusnya. Ini kerana sekiranya penampilan boneka berlaku dalam situasi yang relevan, karya

ini juga akan kelihatan cantik dan menarik. Walau bagaimanapun perancangan yang rapi dan

teratur perlu dilakukan agar ianya memberi impak yang positif kepada mereka yang terlibat.

2628 patah perkataan

18

Page 19: Assign Pend.seni visual

8.0 Rujukan

Kathleen Chee. (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pendidikan Seni.

Penerbitan Pelangi. Selangor Darul Ehsan.

Mohd.Zairi Hussain. (2011). HBAE22203: Membentuk Dan Membuat Binaan. Open

University Malaysia. Selangor Darul Ehsan .

Varuni Sankaran Nair. (____). Kajian Ringkas Boneka. Online :

http://www.slideshare.net/VaruniSankaranNair/kajian-ringkas-boneka

http://www.slideshare.net/IfHim/pengenalan-boneka

http://www.slideshare.net/eela5346/boneka-prasekolah

http://www.slideshare.net/rafizaabdulrazak/86494264-boneka

19

Page 20: Assign Pend.seni visual

LAMPIRAN

GAMBAR SUASANA PERSEMBAHAN BONEKA

20

Page 21: Assign Pend.seni visual

     

21