Assignment 1- Falsafah PTV

of 45 /45

Click here to load reader

Embed Size (px)

description

falsafah

Transcript of Assignment 1- Falsafah PTV

UNIT 1

UNIT 1

TAJUK : PEMBANGUNAN KURIKULUM DI KOLEJ VOKASIONAL1. PENGENALAN

Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia telah mengalami beberapa siri perubahan polisi dan dasar sejak daripada sejarah penubuhannya sehingga kini memperlihatkan usaha kerajaan Malaysia untuk melonjakkan PTV sebagai institusi kecemerlangan yang mampu untuk melahirkan modal insan unggul yang mampu mengadaptasi segala perubahan globalisasi. Untuk menjadikan PTV ini sebagai teras dalam system pendidikan Negara, maka proses pembangunan kurikulum PTV ini satu langkah yang sangat penting. Didalam membangunkan kurikulum PTV ini, ia mengandungi Falsafah, Konsep, Sejarah, Ciri-ciri, sistem PTV, kepentingan dan juga proses pembangunan kurikulum. Ini membolehkan satu sistem pembelajaran PVT khususnya dalam program Diploma Kemahiran dapat dibangunkan dengan berkesan, untuk melahirkan modal insan yang mempunyai intekektual yang tinggi, berketerampilan, berakhlak tinggi dan menpunyai semangat jati diri yang tinggi kepada agama , bangsa dan negara selaras dengan dasar pendidikan Negara.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah selesai pembelajaran dalam unit ini, pelajar akan dapat

i) Mengetahui falsafah dalam pembangunan kurikulum PTV

ii) Mengetahui konsep pembangunan kurikulum PTViii) Mengetahui prinsip pembangunan kurikulum PTViv) Mengetahui sejarah pembangunan kurikulum PTVv) Mengetahui ciri-ciri pembangunan kurikulum PTVvi) Mengetahui sistem pembangunan kurikulum PTVvii) Mengetahui kepentingan pembangunan korikulum PTV

viii) Mengetahui proses pembangunan korikulum dalam PTV

1.2 KANDUNGAN PEMBELAJARAN

1.2.1 FALSAFAH DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 pula berbunyi:-"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri:

a. Percaya dan patuh kepada tuhan

b. Berilmu pengetahuan

c. Berakhlak mulia

d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.

f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. Falsafah boleh didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai satu sistem nilai yang menjadi asas membuat keputusan bagi membentuk masa hadapan PTV." (Miller, 1985) Secara mudahnya falsafah PTV bagi Kolej Vokasional ialah untuk mewujudkan golongan murid yang berorientasikan kemahiran teknik dan vokasional bagi memenuhi keperluan guna tenaga Negara.1.2.2 KONSEP DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM PTV

Kita semua ketahui bahawa tanpa konsep dan falsafah yang kukuh akan menyebabkan setiap program yang dirancang akan menjadi kabur, tiada matlamat yang jelas dan sudah pasti pelaksanaannya akan terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Pembentukan program PTV kebanyakannya menggunakan prinsip sebagai konsep asasnya.

Prinsip praktikal menjadi konsep asas kepada pembentukan program PTV kerana orang teknikal/vokasionaldikenal sebagai individu yang praktikal. Kita dikenali sebagai pengamal (practitioners) yang lebih mementingkan amalan daripada daripada teori. Falsafah pada ketika itu dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan untuk membentuk program sementara polisi berperanan sebagai asas bagi membina matlamat dan tujuan program.

Sejarah juga telah membuktikan kepentingan dan peranan prinsip, falsafah dan polisi dalam PTV. Pembentukan paradigma untuk PTV memerlukan falsafah yang koheren dan selari dengan prinsip serta polisi.

Konsep asas yang sama terus dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip yang baru. Ada juga konsep asas yang diubah bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun digugurkan sebagai teorem atau prinsip.

Ini adalah kerana sudah menjadi prinsip bidang teknikal/vokasional mengutamakan amalan dan praktikal berbanding teori. Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan bagi membentuk program. Sementara polisi menjadi asas bagi membina matlamat dan tujuan program.

1.2.3 PRINSIP DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM PTV

Prinsip dalam pembangunan kurikulum PTV adalah sangat penting, yang merupakan langkah langkah yang menjadi panduan dalam merangka asas pembangunan Kurikulum PTV. Maka sebab itulah konsep asas adalah penting untuk dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip PTV. Prinsip berkait rapat dengan amalan dan tindakan. Prinsip merupakan panduan untuk tindakan dan memerlukan sokongan kukuh daripada amalan.

Prinsip Pendidikan Teknik ialah sebagai generalisasi yang menyatakan amalan pilihan, dan menjadi panduan bagi pembentukan program dan kurikulum, penilaian, pemilihan teknik pengajaran dan pembinaan polisi.

(Miller, 1985)

Pada tahun 1960-an, UNESCO telah menyarankan supaya Pendidikan Teknik dijadikan sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu. Ia bukan sekadar sebagai pemberi latihan kemahiran dan pengetahuan yang sempurna sebagai persediaan untuk bekerja, tetapi juga untuk:

a. Memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan tingkah laku;

b. Melengkapkan diri dengan kefahaman, kebolehan membuat pertimbangan, penampilan diri yang wajar; dan

c. dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah.

Ilmu pengetahuan yang diperolehi secara teori, praktikal dan latihan kemahiran diaplikasikan untuk memahami keseimbangan alam menerusi hukum Pencipta dan fitrah manusia. Dalam pengisian kurikulum universal, kebebasan diberi kepada manusia untuk menggunakan daya berfikir, kreativiti dan usaha untuk membina kegemilangan tamadun yang bertunjangkan kepada kesepaduan antara ilmu, iman dan amal (Imam Ghazali, 1980). Kemudian, proses pencarian ilmu perlu kembali kepada hakikatnya iaitu dengan mewujudkan kesyukuran dan kecintaan kepada Pencipta yang seterusnya membawa manusia untuk memahami tujuan penciptaanya. Sistem kurikulum sebegini seharusnya dilihat sebagai laluan untuk membebaskan masyarakat Malaysia daripada petunjuk pendidikan Barat dan kembali kepada bertunjangkan kepada falsafah ketuhanan.

Proses pendidikan berdasarkan kepada kurikulum universal ini meletakkan empat

prinsip utama seperti yang disarankan oleh Al Faruqi (Ibrahim, 2006) untuk dijadikan sebagai asas metodologi implimentasinya yang mana merupakan prinsip yang dikuti dalam pembangunan kurikulum PTV.1. Kesatuan Tuhan Merupakan prinsip utama dalam rekabentuk universal PTV yang mengakui Tuhan

yang satu serta pencipta manusia dan alam. Setiap amalan dalam pengajaran,

pembelajaran, latihan kemahiran dan penilaian dilaksanakan ikhlas kepada Tuhan.

2. Kesatuan Kejadian

Mengakui segala kejadian bermula daripada Tuhan dan mesti diakhiri dengan

kembali manusia kepada Tuhan. Sistem yang wujud adalah berlandaskan kepada

susun atur yang ditadbir Tuhan. 3. Kesatuan Kehidupan

Berdasarkan kepada dua hukum alam iaitu fitrah yang tidak boleh diubah dan

tindakan atas pilihan manusia. Kurikulum universal PTV akan menjalinkan secara

harmoni ilmu kemanusiaan yang berdasarkan kepada intelek dengan rantaian

epistemologi kebenaran. 4. Kesatuan Kemanusiaan Setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan, melainkan amalan manusia. Rekabentuk

kurikulum PTV yang universal tidak menjadikan perbezaan agama, budaya dan bangsa sebagai ukuran dalam penilaian namun, keutamaan diberikan dalam pembentukan akhlak dan etika kerja yang unggul. Setiap pembangunan kurikulum khasnya pembangunan kurikulum PTV di kolej Vokasional juga seharusnya mempunyai kesepaduan di antara Pencipta dengan manusia, dan dengan alam sekitar. Yang menjadi asas untuk meghasilkan modal insan yang berpengtahuan, berketrampilan dan berakhlak tinggi yang selaras dengan hasrat Negara.PRINSIP KURIKULUM PTV

1. Pendidikan vokasional akan lebih efisien jika pelajar dilatih seperti tempat di mana ia akan bekerja.

2. Pendidikan vokasional yang efektif hanya dapat diberikan dimana tugas-tugas latihan dilakukan dengan cara, alat dan mesin yang sama seperti yang ditetapkan di tempat kerja.

3. Pendidikan vokasional akan efektif jika melatih seseorang dalam kebiasaan berfikir dan bekerja seperti yang diperlukan dalam pekerjaan itu sendiri.

4. Pendidikan vokasional akan efektif jika pengalaman latihan untuk membentuk kebiasaan kerja dan kebiasaan berfikir yang benar diulang-ulang sehingga sesuai seperti yang diperlukan dalam pekerjaan.

5. Pendidikan vokasional akan efektif jika guru/pengajar telah mempunyai pengalaman yang cukup dalam penerapan keterampilan dan pengetahuan pada operasi dan proses kerja yang akan dilakukan.

6. Pendidikan vokasional harus peka kepada kehendak pasaran pekerjaan.

7. Proses pembinaan kebiasaan yang efektif pada pelajar akan tercapai jika latihan yang diberikan sama seperti pekerjaan yang nyata.

8. Setiap pekerjaan mempunyai ciri-ciri isi (body of content) yang berbeza antara satu dengan yang lain.

9. Pendidikan vokasionalmemerlukan peruntukan tertentu dan jika tidak dapat dipenuhi perjalanan latihan tidak akan berjaya seperti yang dikehendaki.

1.2.4 SEJARAH PTV

Pendahuluan

Semenjak mencapai kemerdekaan 53 tahun yang lalu, sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia telah mengalami pelbagai inovasi dalam menentukan perkembangan potensi individu murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan di Malaysia juga telah berubah dan tidak ketinggalan perubahan yang bergitu ketara dalam pendidkan teknik dan vokasional. PTV adalah penting dalam pembangunan sesebuah negara khususnya jika mahu menjadi sebuah Negara perindustrian. Ini tidak terkecuali kepada Malaysia, yang sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Menurut Shahril dan Habib (1999), dalam bukunya bertajuk Isu Pendidikan di

Malaysia, Sorotan dan Cabaran menjelaskan sejarah perkembangan pendidikan teknik dan vokasioanl di negara ini boleh dibahagikan kepada enam peringkat iaitu : (i) Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940).

(ii) Semasa Pendudukan Jepun (1941-1945).

(iii) Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1957).

(iv) Pada awal Kemerdekaan (1957-1969).

(v) Tahun 1970-1990.

(vi) Tahun 1990 hingga 2010(vii) 2010 sehingga kiniPTV Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940) Awal abad 1900-an tidak ada dasar mengenai pendidikan teknik dan vokasional di Tanah Melayu. Menyedari kelemahan dan kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam PTV ketika itu kerajaan Inggeris telah menubuhkan Jawatankuasa Lemon pada tahun 1918. Ia bertujuan mewujudkan pendidikan teknikal dan perindustrian bagi Negeri-negeri Selat. (Wong Hoy Kee & Ee Tiang Hug, 1975). Dengan itu tertubuhnya Sekolah Teknik Treacher pada tahun 1906 di Kuala Lumpur bagi melatih juruteknik-juruteknik khasnya bagi Jabatan Kerja Raya dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1942, sekolah teknik ini telah dinaiktaraf ke maktab dan dinamakan Maktab Teknik. Kini Maktab teknik ini telah dinaiktaraf kepada universiti yang dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia. Pada tahun 1925, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melihat latihan dalam bidang vokasional. Jawatankuasa tersebut diberi nama The Winsted Committee on

Industrial and Technical Education. Hasil daripada jawatankuasa ini telah tertubuh empat buah sekolah ketukangan dengan tujuan utamanya menyalurkan satu cabang pendidikan bagi pelajar sekolah rendah yang lemah akademik supaya mengikuti bidang vokasional bagi persediaan untuk memasuki alam pekerjaan. Kursus ini mengambil masa tiga tahun. Antara kursus yang ditawarkan ialah bidang mekanik am, elektrik dan pertukangan kayu peringkat asas. Walau bagaimanapun kursus-kursus ini tidak mendapat sambuaan daipada pelajar

kerana; (i) Sikap masyarakat itu sendiri yang memandang rendah terhadap pekerjaan kolar biru.

(ii) Peluang pekerjaan amat berkurangan dalam sektor perindustrian kerana Negara masih bergantung kepada sektor pertanian.

(iii) Ibu bapa masih menitikberatkan kepada pencapaian dalam akademik daripada pendidikan vokasional.

(iv) Sekolah ketukangan dan kursus yang disediakan dipandang rendah dan hanya sesuai untuk murid-murid sekolah erndah yang pencapaia akademiknya rendah. (Yahya Emat, 1995:3).

PTV Semasa Pendudukan Jepun (1941-1945) Ketika ini sekolah-sekolah teknik dan pertukangan yang ada terus mmberikan pendidikan teknik dan vokasional kepada pelajar dan penduduk Tanah Melayu yang bekerja dalam bidang teknik dan Vokasional.PTV Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1957)Kejatuahan pemerintahan Jepun telah datangnya semula pihak Inggeris ke Tanah Melayu. Sistem pendidikan dikaji semula dan pada tahun 1950 seorang tokoh pendidikan dari England bernama Barnes Oxford. Beliau telah mencadangkan agar pendidikan vokasional di Tanah Melayu dilengkapi dengan sebuah sekolah Menengah Vokasional Moden dan mengutamakan pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga (Shahril Marzuki, 1993:48). Pada tahun 1956 terbentuklah Jawatankuasa Pendidikan yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Perubahan penting dalam PTV telah diserapkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan diberi keutamaan. (Yahya Emat, 1993:4).

PTV Awal Kemerdekaan (1957-1969)

Pada peringkat ini Laporan Rahman Talib telah menjadi Akta Pendidikan 1961. Antara syorsyor yang telah dibuat ialah mengenai sekolah menengah pertukangan dan sekolah menengah teknik hendaklah diwujudkan. Kerajaan telah membuka lapan buah sekolah ketukangan di luar bandar dan akhirnya ditukar kepada sekolah lanjutan kampung tetapi tidak mendapat sambutan kerana sistem tidak menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan. Sistem pendidikan Aneka Jurusan telah ditubuhkan pada tahun 1965 bagi sekolah menengah rendah. Pada tahun 1968 pula, tiga buah sekolah teknik telah dibina

dengn tujuan menyuburkan kebolehan pelajar dalam bidang kejuruteraan. Di sini, mata pelajaran akademik juga dititikberatkan disamping mata pelajaran teknikal yang ditawarkan. Pendidikan pelajar berorientasikan peperiksaan juga diperkenalkan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Bagi pelajar yang cemerlang akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik atau Instiusi Teknologi MARA atau kolej teknikal yang lain.

PTV Pada Tahun 1970-1990

Pada peringkat ini pula, matlamat pendidikan selain membasmi buta huruf, ia juga bertujuan mencapai matlamat ekonomi negara. Oleh itu pada tahun 1970-1989, beberapa sekolah menengah teknik dan vokasional ditubuhkan. Ia bertujuan menampung permintaan pelajar yang berminat dalam sistem PTV. Bilangan politeknik juga semakin bertambah.

PTV Pada Tahun 1990 hingga 2010

Pada tahun 1990-an, permintaan memasuki sekolah teknik dan vokasional semakin

bertambah. Bukan sahaja daripada golongan pelajar lemah malah sambutan hangat

daripada pelajar cemerlang lulusan SRP. Ini kerana kesedaran ibu bapa pelajar bahawa pentingnya pendidikan teknik dan vokasional dalam era negara menuju Negara perindustrian, ditambah dengan permintaan guna tenaga yang tinggi. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan menggubal semula matlamat dan tujuan PTV agar ia dapat menampung kekekurangan yang ada dengan menubuhkan Pendidikan eknik dan Vokasional. Pendidikan Teknik Tujuannya adalah untuk menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang

teknik di peringkat pendidikan menengah atas melanjutkan pelajaran ke

peringkat tinggi. Objektif pendidikan teknik ialah memberikan pendidikan

akademik yang seimbang dan menyediakan pendidikan asas dalam bidang

sains dan teknologi. (Kementerian Pendidkan Malaysia 1986:50). Pendidikan Vokasional

Tujuannya ialah melahirkan pelajar yang cenderung kepada bidang

vokasional di peringkat menengah atas. Kursus yang diadakan membolehkan

pelajar mendapatkan pengetahuan asas vokasional dan kemahiran bagi

membolehkan mereka mendapat pekerjaan sebagai tenaga kerja mahir atau

separuh mahir dalam industri. Pada tahun 1995 pula, beberapa perubahan telah berlaku dalam PTV termasuklah

penstrukturan semula 69 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT). Ini bemakna semua SMV menjadi SMT dan pendidkan vokasional dijalankan oleh agensi kerajaan yang terlibat.

2010 sehingga kiniDalam tahun 2012, banyak peruahan dalam sistem PTV telah berlaku, yang mana, PTV telah mendapat perhatian yang tinggi sehingga dimasukkan dalam (NKRA). Bidang Keberhasilan Utama Negara. Perubahan yang berlaku dalam dasar PTV, itu sendiri akan menyebabkan perubahan kepada struktur kurikulum PTV itu sendiri. Antaranya ialah1. Peringkat kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan semula sekolah vokasional dan memperkenlkan Kolej Vokasional yang menawarkan pendidikan vokasional dari tahap 1 ke 4 Sijil Kemahiran Malaysia.

2. Mengarus perdanakan sistem pendidikan teknikal/vokasional yang menjadi salah satu teras yang ketiga dalam NKRA.

3. Menawarkan kursus-kursus peringkat Diploma Kemahiran Malaysia. Dibawah kementerian pendidikan , Jabatan tenaga Manusia, Kementerian Belia dan MARA.

Sejarah Transformasi Pendidikan Vokasional.

Transformasi Pendidikan Vokasional.1.2.5 CIRI CIRI KURIKULUM PTVDalam merangka korikulum PTV khasnya dalam Kolej Vokasional, ia mempunyai beberapa ciri-ciri yang tertentu, Antara ciri-ciri korikulum PTV ialah1. Orientasi Outcame Base EducationBerorientasikan Outcame Base Education, iaitu pembelajaran berdasarkan hasil.

2. Berorientasikan proses (pengalaman & aktiviti di sekolah) dan produk (kesan daripada aktiviti pengalaman ke atas bekas pelajar)3. Justifikasi berdasarkan pekerjaan.Pembangunan PVT yang dibuat lebih berdasarkan keperluan pekerjaan yang bagi satu satu bidang, berasaskan duty dan task. Ia juga mengikut Mengikut keperluan industri/kilang/setempat/komuniti

4. Fokus Tidak terbatas kepada pengetahuan tertentu sahaja . Bantu pelajar kembangkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.

5. In-School Success StandardsPrestasi Hands-on .Prestasi yang dijangkakan dalam situasi sebenar (pekerjaan). Ini bermaksud di tempat pembelajaran pelajar telah dilatih untuk melakukan kerja yang sebenar seperti di alam pekerjaan.6. Out-of-School StandardsKejayaan pelajar lepasan

7. School-Community RelationshipMempunyai hubungan erat dengan komuniti bidang pertanian, perniagaan dan industri. Ini kerana pembangunan korukulum berdasarkan kehendak industri. Pelajar juga dihantar menjalani latihan Industri selepas menamatkan latihan di selolah/ kolej.8. ResponsivenessResponsif terhadap perubahan teknologi dalam masyarakat. Ini kerana kurikulum PTV benyak bergantung kepada teknologi semasa. Contohnya dibidang teknologi Komputer dan sebagainya.

9. ExpenseKos perlaksanaan amat tinggi kerana perlaksanaan PTV memerlukan peralatan berteknologi tinggi. Ia juga mempunyai nisban peralatan dan mesin yang rendah, menyebabkan hanya sedikit sahaja pelajar yang boleh diambil di satu satu sesi pengajian.

Perbandingan Ciri-ciri pendidikan Teknikal, Vokasional dan Latihan Kemahiran.1.2.6 SISTEM PTV

Sistem Kurikulum PTV boleh digambarkan seperti didalam gambarajah diatas.

Aspek paling utama dalam pembentukan kurikulum PTV adalah dua persoalan utama Why dan when, yang berkaitan dengan matlamat dan objektif implimentasi kurikulum PTV yang unggul hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya konsep pendidikan difahami sepenuhnya oleh pelaksana kurikulum dalam mecapai matlamat kurikulum iaitu membangunkan potensi keseluruhan individu

Teras pelaksanaan aliran vokasional baru ialah pengajaran dan pembelajaran secara modular. Menurut Ahmad Tajudin (2007), pembelajaran secara modular adalah pembelajaran berpusatkan pelajar dan memberikan lebih fleksibiliti kepada pelajar. Guru berperanan sebagai sumber atau fasilitator untuk membimbing pembelajaran pelajar secara individu.

Menurut Ahmad Tajudin (2007), isi kandungan mata pelajaran dibahagikan kepada beberapa unit kecil dalam bentuk modul pembelajaran kendiri (self-learning module). Kebanyakkan modul adalah bersifat 'stand alone', iaitu jika pelajar gagal atau belum mencapai tahap penguasaan yang diperlukan bagi setiap modul tersebut, pelajar masih boleh meneruskan modul yang lain.

Namun begitu, terdapat juga beberapa modul yang bersifat 'pre-requisite', dimana guru perlu mengambil kira tentang keperluan kemahiran dan pengetahuan asas pelajar sebelum meneruskan modul seterusnya. Menurut Bhasah (2003), guru perlu mengambil kira tentang kepentingan kemahiran sebagai 'pre-requisite' untuk matlamat selanjutnya.

Secara teknikalnya, sistem kompetensi modular ini menggalakkan sikap saling membantu dalam kalangan pelajar. Pelajar yang cerdas akan membantu rakannya yang lain untuk menguasai sesuatu kemahiran. Guru pula dapat memberi lebih pemerhatian kepada pelajar lemah tanpa menjejaskan keupayaan pelajar cerdas. Sijil modular yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membantu pihak industri dan bakal majikan mengenal pasti pekerja yang berketrampilan.

Pembelajaran mata pelajaran ini menekankan kepada kerja amali, eksperimen dan projek yang memberi kemahiran dan disokong oleh pembelajaran teori dan konsep untuk memperkukuhkan kefahaman dan kemahiran yang dipelajari. Penekanan juga diberikan kepada penghayatan nilai-nilai murni melalui tabiat kerja yang selamat, pematuhan kepada peraturan dan amalan industri. Gabungan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dalam mata pelajaran ini dapat membekalkan pelajar dengan 'entry-level skills' bagi menceburi dalam bidang pekerjaan dan pengajian lanjutan.

Setelah dua tahun mengikuti kursus di Sekolah Menengah Vokasional, murid-murid akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia ( SPVM ) yang diakui setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Selain menceburi bidang pekerjaan, pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik dalam bidang akademik boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke Politeknik dan Universiti.

Latihan Industri (LI) Latihan Industri bertujuan memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman latihan di tempat kerja. Pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di sekolah semasa berada di tempat latihan.

Objektif latihan Industri adalah untuk:

i) memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran tertentu di tempat latihan,

ii) membolehkan pelajar memilih kerjaya yang sesuai mengikut minat dan kebolehan,

iii) mengembangkan potensi pelajar dan meningkatkan keyakinan diri.

iv) Merasai suasana kerja sebenar.

1.2.7 KEPENTINGAN

Pada era globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari pelbagai punca, negara memerlukan modal insan yang bukan sahaja memiliki pengetahuan sahaja, tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran, baik dari segi teknikal dan juga dari segi soft skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif dan berpandangan jauh agar mereka boleh bersaing dengan negara lain. Untuk itu PTV adalah sangat penting.Kepentingan pendidikan teknik dan vokasional ialah:

1. Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk nilai-nilai spiritual, nilai-nilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir secara harmoni;

2. Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui pembangunan alat-alat berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran keusahawanan dan teknikal;

3. Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran kerja berpasukan serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti; dan

4. Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.5. Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam perkembangan ekonomi, budaya, sosial dan pendemokrasian; 6. Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi dan saintifik; 7. Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan pembangunan alam sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam kehidupan mereka;8. Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang boleh disesuaikan dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan teknologi yang meluas; dan 9. Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem pendidikan dan antara sekolah ke dunia pekerjaan.

1.2.8 PROSES PEMBANGUNAN KURIKULUMKurikulum adalah perancangan untuk pembelajaran. Semua pembangunan kurikulum mengandungi elemen berikut:

(a) Pernyataan tujuan dan objektif spesifik

(b) Pemilihan dan organisasi kandungan pelajaran

(c) Pola pengajaran dan pembelajaran

(d) Penilaian hasil pembelajaran.

(Taba, 1962)

Satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati

(Ornstein & Hunkins, 1998)

Untuk PTV model yang sesuai digunakan ialah model teknikal,Model teknikal

Model ini menganggap pembelajaran sebagai satu sistem yang boleh dibahagikan kepada komponen-komponen kecil dan dilaksanakan secara teratur dan terancang. Antara komponen yang terdapat dalam model ini ialah:

Melaksanakan analisis keperluan.

Menyatakan objektif.

Memilih kandungan yang sesuai dengan objektif.

Menetapkan kaedah penilaian yang kukuh.

Terdapat satu lagi model yang sesuai digunapakai iaitu model Pembangunan Kurikulum PTV (Finch & Crunkilton, 1999) yang digambarkan seperti gambarajah dibawah.;

1.2.8.1 Keperluan

Untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum PTV. Antara keperluan yang diambil kira adalah seperti faktor berikut.1. Kehendak masyarakat

Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.

2. Faktor politik

Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " :

"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education"

Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.

3. Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia

Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) :

"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself "

4. Faktor perubahan sosial

Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan.

Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara. Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

5. Faktor perancang dan pelaksana kurikulum

Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

6. Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat

Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang melibatkan kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995). Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

7. Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya

Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum 6yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perekembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, mem[erkenalkan ilmu pengurusan dan perhubaungan ke dalam biodang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri.

8. Pengaruh psikologi pendidikan

Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli ` fahaman perkaitan mengaggap pembelajran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilakn tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilakn startegi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa, 1992).

Keperluan kepada tenaga kerja1.2.8.2 Objektif

Objektif korikulum yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. Antara objektif yang diambik kira ialah seperti berikut.1) Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.

2) Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

3) Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan.

4) Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.

5) Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.

6) Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.

7) Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.

8) Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.

9) Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.

10) Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

Objektif Pendidikan Kolej Vokasional.

Objektif hasil pembelajaran PTV di Kolej Vokasional.1.2.8.3 Penentuan Isi Kandungan kurikulumPenentuan isi kandungan kurikulum adalah sangat penting untuk memastikan matlamat pendidikan vokasional dicapai. Penentuan isi kandungan adalah berdasarkan kepada factor faktor berikut seperti yang digambarkan seperti dibawah. Peranan penasihat teknikal juga sambag penting untuk memastikan rangka kurikulum adalah selaras dengan kehendak semasa. Ia berperanan untuk menasihat dan memberi input kepada pihak kolej untuk membangunkan sesuatu korikulum.

Faktor penentuan korikulum di Kolej Vokasional.

Jawatankuasa penasihat teknikal Industri

Contoh cadangan kurikulum bidang kejuruteraan Kolej Vokasional.1.2.8.4 Kaedah PenyampaianPembelajaran mata pelajaran ini menekankan kepada kerja amali, eksperimen dan projek yang memberi kemahiran dan disokong oleh pembelajaran teori dan konsep untuk memperkukuhkan kefahaman dan kemahiran yang dipelajari. Penekanan juga diberikan kepada penghayatan nilai-nilai murni melalui tabiat kerja yang selamat, pematuhan kepada peraturan dan amalan industri. Gabungan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dalam mata pelajaran ini dapat membekalkan pelajar dengan 'entry-level skills' bagi menceburi dalam bidang pekerjaan dan pengajian lanjutan.Keadah Penyampaian yang digunapakai ialah

i) Syarahan

ii) Demostarasi

iii) Perbincangan

iv) Persembahan

v) Tugasan berkumpulan

vi) Projek

vii) Projek tahun Akhir

viii) Pembelajaran kendiri

Contoh kerangka kurikulum PTV Kolej Vokasional.1.2.8.5 Kaedah PenilaianProses penilaian dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran dengan menggunakan kaedah gabungan kompetensi modular dan peperiksaan berpusat. Peperiksaan bertulis berpusat ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pada bulan November sesi persekolahan Tingkatan 5. Manakala kompetensi modular dijalankan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran Tingkatan 4 hingga 5 yang dikendalikan oleh guru mata pelajaran (guru pentaksir). Sebelum kurikulum baru MPAV dilaksanakan, penilaian prestasi pelajar yang diamalkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sistem peperiksaan berpusat (Jabatan Pendidikan Teknikal, 2003). Dengan sistem baru ini pelajar dapat diuji tahap pencapaiannya dalam menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran. Pencapaian pelajar tersebut akan dilaporkan secara keseluruhan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Modular.

Melalui sistem kompetensi modular, penilaian dilakukan dengan mentaksir bukti-bukti yang diperolehi daripada pelajar terhadap setiap modul. Bukti-bukti yang diperolehi adalah bermaksud sebarang bentuk respon dari pelajar yang bersifat penulisan, lisan, projek dan apa sahaja yang boleh menjadi bukti. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2003), kompetensi adalah satu unit tugasan (task) yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam menggunakan alat, bahan dan kaedah menyempurnakan tugasan yang diberi oleh guru pentaksir. Kompetensi mestilah bersifat boleh diperhatikan dan boleh diukur. Di peringkat sekolah, guru pentaksir (guru yang mengajar mata pelajaran tersebut) yang bertanggungjawab membina alat pentaksiran (item).

Peperiksaan dan ujian merupakan ukuran yang digunakan bagi menentukan sama ada seseorang pelajar mampu menguasai sesuatu mata pelajaran atau tidak. Najib (1997) menyatakan fungsi-fungsi penilaian tersebut yang amat penting dalam menentukan kemahiran kemasukan dan menempatkan mereka dalam kumpulan yang sesuai, menentukan kemajuan pembelajaran dan pengajaran yang dicapai dan merawat masalah pembelajaran yang wujud..

Keadah Penilaian1)Penilaian Secara Berterusan (Kerja Khusus)-Teori dan Amali2)Penilaian-Ujian, Kuiz, Amali,

3)Peperiksaan Akhir

4)Projek Akhir

5)Latihan Industri

2.13 RUMUSAN

Kurikulum yang bersifat universal tidak menolak kemajuan dan perubahan selagi asas perlaksanaannya berdiri di atas fitrah yang benar dan mampu mengukuhkan konsep nilai sejagat terhadap pembentukan masyarakatnya. Kurikulum PTV perlu dipastikan berasaskan kepada nilai murni, luhur dan kukuh supaya mampu meletakkan masyarakat Malaysia di mercu kejayaan dan kemuliaan. Rancangan yang teliti dan menyeluruh perlu diimplimentasikan agar PTV mampu memainkan peranan sebagai penghubung manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia, serta manusia dengan persekitarannya. Semua pihak yang terlibat dalam pendidikan perlu berusaha secara kolektif dan bersepadu agar pembinaan kurikulum PTV sebagai pemacu proses pencarian kebenaran melalui penerapan aplikasi ilmu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

2.14AKTIVITI

1. Sila senaraikan Falsafah PTV dalam kerangka PTV diMalaysia.

2. Tahukah anda konsep Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem pendidikan di negara kita? 3. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memainkan peranan dan fungsi penting dalam melahirkan modal insan untuk pembangunan negara. Sehubungan itu, jelaskan kepentingan PTV.4. Bincangkan Model Kurikulum yang sesuai untuk RBT di negara kita.5. Terangkan kaedah yang digunakan untuk merangka korikulum PTV dimalaysia.2.15RUJUKAN

1. Abdullah (2009). Jurnal Pendidikan: Aspirasi Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

2. Dr. Mohd. Safarin Bin Nordin Transformasi Pendidikan Voctech-BPTV. KPM(2010). Edaran.Kuala Lumpur 3. Wan Ahmad, W.S. (2007). To Inculcate Training Culture Amongst Malaysian Industry through National Dual Training System (NDTS).4. Mustapar Muhamad dan Ahmad Tajudin Jab (2007). Integrating TVE in the Malaysian Education System. Department of Technical Education, Ministry of Education Malaysia.