assignment-130402081856-phpapp02

20
1.0 PENDAHULUAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi jugaperlu mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal- bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. YAB Dato‟ Seri Abdullah Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidkan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru.

description

dkhjfbvkjsbdfjkwebkfhwbeksdfjbwkejsfhbwjkdserfgergerget

Transcript of assignment-130402081856-phpapp02

Page 1: assignment-130402081856-phpapp02

1.0 PENDAHULUAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang

dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha

melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta

mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program

BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu

mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi

jugaperlu mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya.

Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti

yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian

dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-

bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

YAB Dato‟ Seri Abdullah Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysia

ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah

menegaskan bahawa pendidkan kepada pembangunan modal insan

haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankan

pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual,

pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh

yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk

melahirkan modal insan yang bergelar guru.

Page 2: assignment-130402081856-phpapp02

Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang

berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang

sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat,

bangsa dan negara. Selain itu, program ini juga merupakan satu

kerjayaan ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang

unggul, berilmu, berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi

seperti yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Sebagai seorang guru, kekuatan dan kemantapan dalam segala aspek

iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial amat diperlukan untuk

menjadi guru yang cemerlang.Apabila lahirnya guru yang cemerlang,

maka lahirlah murid-murid, masyarakat dan bangsa yang bertamadun

serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.Hal ini kerana guru

yang cemerlang mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar

dan masyarakat.

Selain itu, kursus Bina Insan Guru (BIG) ini akan melahirkan seorang

guru yang memiliki ciri-ciri dan perwatakan insan pendidikan yang

berpengetahuan, berdaya maju, berdaya tahan, dan berdaya saing.

Penekanan kursus diberikan terhadap pembentukan diri guru secara

holistik dan kontekstual.Kursus ini merupakan suatu program

Page 3: assignment-130402081856-phpapp02

perkhemahan selama tiga hari dua malam. Melalui perkhemahan, para

guru akan diterapkan dengan ciri-ciri, potensi dan citra diri seorang insan

guru, pembinaan self-esteem, membina daya saing yang tinggi di samping

mampu membuat refleksi diri dalam menghadapi cabaran-cabaran yang

akan dihadapi dalam profesion perguruan pada masa yang akan datang.

Page 4: assignment-130402081856-phpapp02

2.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang diwajibkan

ke atas semua pelajar yang mengikuti mana-mana pengajian di IPG

seluruh Malaysia termasuklah IPG KampusTun Hussien Onn.

Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan siri ke-2 dianjurkan oleh

IPG Kampus Tun Hussien Onn pada tahun 2011. Program ini akan

dijalankan di Teluk Gorek, Mersing, Johhor selama empat hari tiga malam.

Seramai 83 orang peserta yang akan mengikuti program ini yang mana

dari opsyen Tesl SJK(C), RBT SK, PP SJK(C) dan BC(SK).

3.0 OBJEKTIF

Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan salah satu usaha

pencetus kepada pembinaan guru yang berakhlak mulia, bersemangat

juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, serta

bermanafaat kepada keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan

nilai-nilai keguruan. Melalui program Bina Insan Guru (BIG) ini, peserta-

peserta dapat mencapai matlamat berikut:

1. menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada

ajaran agama.

Page 5: assignment-130402081856-phpapp02

2. meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup

bersepakat bersama serta bertanggungjawab kepada pasukan.

3. meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.

4. meningkat dan menguasai kemahiran interpersonal dan

intrapersonal serta perpaduan masyarakat.

5. meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa

dengan berkesan.

6. meningkat pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak

mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua

aspek kehidupan seharian.

Setelah tamat program ini, para pelatih guru PISMP diharapkan

akan dapat mencapai objektif seperti berikut :

1 Membina dan membentuk profesionalisme guru permulaan.

2 Membina dan membentuk sahsiah guru permulaan.

3 Membina dan membentuk kepimpinan guru permulaan.

4 Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam

menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi

penambahbaikan secara berterusan.

5 Memupuk gerak balas secara positif tidak kiran dalam apa jua

keadaan sekalipun.

Page 6: assignment-130402081856-phpapp02

6 Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut

persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.

7 Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus

dan mengorganisasi sesuatu program dengan baik.

8 Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek

fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

4. TEMPAT PERKHEMAHAN

Program Bina Insan Guru Siri (BIG) siri 2/2013 di Teluk Gorek,

Mersing, Johor。

5. TARIKH PELAKSANAAN

Program Bina Insan Guru (BIG) Siri ke 2 / 2013ini akan

dilaksanakan pada11 March 2013 hingga14 March 2013 iaitu 4 hari 3

malam.

Page 7: assignment-130402081856-phpapp02

6.0 SENARAI AJK KUMPULAN

Ketua Kumpulan

Nor Ariff Bin Daud

Penolong Ketua

Kumpulan

Manmit Kaur A/P Paranjit Singh

AJK Moral

Nabila Binti Abdul Latiff

Lim Chin Yi

AJK Keceriaan

Daniel Koh Chong Chin

Teo Shin Ning

AJK Kebersihan

Wong Chew Shian

Tiong Zhi Soon

AJK Malam

Persembahan

Mohamad Iffat Faishal Bin Mohd Nasir

Loi She Chi

Page 8: assignment-130402081856-phpapp02

AJK Peralatan

Siti Nurdina Mardhiah Binti Mazli

Wong Kai Yeuh

AJK Keselamatan

Nor Izzatty Bt Izhar

Chong Mun Yee

Page 9: assignment-130402081856-phpapp02

7.0

REFLEKSI

AKTIVITI

Page 10: assignment-130402081856-phpapp02

8.0 REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya teleh berjaya

melaksanankan program Bina Insan Guru sesi kedua bagi tahun 2013

yang telah dilaksanakan di Kem Teluk Gorek, Mersing, Johor pada 11

Mac hingga 14 Mac 2013 yang lalu. Kursus Bina Insan Guru (BIG)

merupakan suatu hasrat ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti

insan guru yang selaras dengan FPK dan FPG. Guru ialah pembina

generasi Malaysia, oleh itu pembangunan modal insan berkualiti tinggi

merupakan tanggungjawab seorang guru untuk melahirkan rakyat yang

berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang

unggul yang selaras dengan Wawasan 2020.

Dari program Bina Insan Guru ini, saya telah mendapati

kepentingan membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui

latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkankemantapan

pelbagai aspek seperti segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. serta

menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari,

kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya,

kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan. Bukan ini sahaja,

Page 11: assignment-130402081856-phpapp02

program ini juga boleh memupuk nilai-nilai individu yang unggul,

khususnya kepada para pendidik sebagai penyumbang kepada

masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna

dalam masyrakat yang dinamik.

Dalam pelbagai aktiviti program Bina Insan Guru, saya dapat

mempelajari cara untuk bergaul, berorganisasi dan bekerjasama dengan

rakan-rakan lain. Saya berada di kumpulan Crayon yang mempunyai

14orang ahli kumpulan termasuk saya. Setiap ahli kumpulan berasal

daripada tempat yang beza dan opsyen yang tidak sama, tetapi saya dan

ahli kumpulan tidak pernah mewujudkan perselisihan faham dan

persengketan. Walaupun ahli kumpulan saya memiliki personaliti yang

tersendiri, tetapi kami selalu saling hormat dan menghormati tidak kira

bangsa dan agama.Sebelum ini, saya kurang bergaul dengan kawan

bangsa dan opsyen lain, tetapi dalam program ini, saya berpeluang

berkawan dengan rakan yang bangsa lain. Perkara ini secara tidak

lansung telah mencapai hasrat Perdana Menteri Malaysia iaitu slogan

“ Satu Malaysia ”. Tuntasnya, seorang bakal guru memang harus memiliki

kemahiran komunikasi yang berkesan, dapat bersosial dengan baik dan

Page 12: assignment-130402081856-phpapp02

bekerja secara ikhlas dengan masyarakat yang pelbagai ragam dan

tingkah laku.

Saya juga mendapat mengukur sejauh mana kebolehan diri saya

dan seterusnya bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan.Misalnya dalam aktiviti „Water Confident‟ saya dapat

meningkatkan keyakinan diri saya untuk belajar berenang dengan

baik.Dengan bantuan daripada rakan-rakan dan jurulatih, akhirnya saya

telah berjaya mengatasi ketakutan saya berada di dalam laut. Menyedari

hakikat bahawa seorang guru itu mungkin akan ditempatkan di mana-

mana sahaja tak kira di bandar mahupun luar bandar, pendedahan

seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal guru untuk

bersikap lebih yakin mengalas tanggungjawab yang diamanahkan

kepadanya. Bukan itu sahaja, sebagai seorang bakal guru saya harus

berusaha dengan lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diberikan

oleh pihak atasan dengan sempurna dan jayanya.

Malah, saya juga sedar bahawa mematuhi peraturan dan undang-

undang yang telah ditetapkan adalah amat penting.Hal ini demikian untuk

Page 13: assignment-130402081856-phpapp02

memastikan keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang

perkara yang tidak diingini berlaku.Oleh itu, saya pelajari bahawa kita

haruslah mematuhi semua peraturan dan undang-undang kerana setiap

peraturan yang ditetapkan mempunyai kewajaran dan

rasionalnya.Terutamanya kami menjalankan aktiviti yang berbahaya

seperti “water confident”, kembara dan berakit dalam laut, jurulatih kami

telah memberikan penjelasan yang sangat jelas dan memastikan kami

berpakaian lengkap dan selamat sebelum menjalankan aktiviti.

Program Bina Insan Guru juga mengajarkan saya perlu sentiasa

berdaya tahan yang tinggi. Ketahanan fizikal seperti kecergasan,

ketahanan diri; ketahanan mental seperti berfikiran positif, terbuka dan

melihat konflik dan cabaran sebagai peluang; ketahanan emosi seperti

memahami dan mengawal emosi; ketahanan spritual seperti kemantapan

keyakinan dan menjaga kesucian akidah.Pelbagai ketahanan ini telah

diterapkan ke jati diri saya. Paling susah kepada saya ialah ketahanan

mental, kerana masa yang tidak cukup untuk merehat telah menjejaskan

fikiran mental saya. Saya tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuh

untuk sebahagian aktiviti.

Page 14: assignment-130402081856-phpapp02

Di samping itu, saya berpendapat bahawa kursus BIG ini mampu

mencungkil bakat dan potensi yang terpendam dalam diri seseorang.Saya

telah memperhatikan sebenarnya terdapat banyak orang yang mahir

memasak dalam kumpulan kami.Makanan yang mereka sedia kepada

semua guru pelatih dan jurulatih bukan sahaja sedap, ia juga

mempaparkan kebijaksanaan ahli kumpulan saya untuk menyediakan

makanan dengan bahan-bahan yang terhad.

Saya juga bersyukur kepada tuhan yang memberikan bakat fikiran

kreaktif.Saya telah memberikan idea-idea kepada kumpulan saya semasa

dalam mencipta bendera kumpulan sendiri dan persembahan malam

kebudayaan. Jadi, saya berpendapat bahawa BIG membolehkan setiap

orang melihat kebolehan, bakat dan potensi sendiri yang tidak perasan

selama ini dan dari seseorang itu akan berusaha untuk mengasah dan

meningkatkan kebolehan dan bakat masing-masing.

Program Bina Insan Guru Berjaya melahirkan guru-guru pelatih

yang berjiwa merdeka dan perkasa.“Masa itulah emas”, masa yang tidak

cukup telah menambahkan baik pengurusan diri seperti pembina disiplin

Page 15: assignment-130402081856-phpapp02

kendiri, berdikari, penampilan dan ketrampilan. Saya juga dilatihkan bijak

membuat keputusan, cepat bertindak, tepat dan bijaksana. Contohnya,

semasa rakit kumpulan kami tenggelam, ahli kumpulan kami terus

mencubakan strategi yang lain untuk menampungkan ahli-ahli kumpulan

kami sekali sehingga berjaya. Perkara ini telah mempaparkan sebagai

seorang guru, kami mesti bijak menyelesaikan masalah.

Terdapat beberapa kelemahan pada diri saya yang telah saya

perasan dan sedar sepanjang saya menjalankan BIG ini.Antaranya

termasuklah saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam

melakukan sesuatu perkara.Contohnya, sebelum menjalankan BIG ini,

saya telah dimaklumkan bahawa mewakili kumpulan kami untuk berkongsi

refleksi keseluruhan pada hari terakhir. Pada mulanya saya amat menolak

dan tidak mahu kerana takut akan menjatuhkan air muka. Namun atas

dorongan dan sokongan dari ahli kumpulan dan juga rakan sekelas, saya

telah mengambil keputusan untuk berkongsi perasaan saya terhadap

program BIG ini selama 4 hari 3 malam ini. Begitu juga semasa aktiviti air

dan aktiviti water confident, sebenarnya saya takut untuk menjalankan

aktiviti-aktiviti tersebut kerana saya fobia akan air dan tidak pandai

berenang. Malah, saya juga berasa takut melakukan aktiviti abseiling

Page 16: assignment-130402081856-phpapp02

kerana saya gayat tinggi. Namun dengan bantuan rakan yang sama

kumpulan dan sekelas,saya telah berjaya menjalankan semua aktiviti

yang dirancang oleh pihak institut dengan lancar dan berjaya. Jadi,

selepas BIG ini, saya dapati keyakinan saya meningkat dan sentiasa

berasa berkeyakinan diri dalam melakukan semua perkara.

Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat dan ahli-

ahli kumpulan BIG yang memberi bantuan dan dorongan dalam

menjayakan program ini mahupun rakan-rakan sekelas yang membantu

ketika proses penyiapan portfolio ini berlangsung. Segala komitmen

mereka amat dihargai.

Di samping itu, jutaan terima kasih juga kepada para pensyarah

yang telah banyak berkongsi pendapat dan ilmu yang berguna kepada

saya terutamanya pihak pengurusan, ketua kem iaitu, Encik Latif dan para

jurulatih iaitu jurulatih-jurulatih air, jurulatih-jurulatih darat, pihak kebajikan

dan keselamatan, fasilitator-fasilitator, jurulatih kerohanian dan moral seta

pengurus makanan. Kerjasama dari semua pihak menjadikan program

BIG ini dapat berjalan dengan lancar.

Page 17: assignment-130402081856-phpapp02

Terima kasih juga buat kedua ibu bapa saya kerana mengizinkan

saya untuk menyertai program ini dan telah banyak memberi semangat

dan dorongan yang amat bermakna untuk saya terus berusaha.Akhir

sekali, tidak dilupakan juga pihak-pihak yang terlibat secara tidak

langsung bagi menjayakan program ini.Sesungguhnya jasa kalian amat

saya hargai.Sekian terima kasih.

Page 18: assignment-130402081856-phpapp02

9.0

Bahan

Bukti

Page 19: assignment-130402081856-phpapp02

1. Senarai AJK BIG

Page 20: assignment-130402081856-phpapp02