Assignment 1st Draft

download Assignment 1st Draft

of 12

Transcript of Assignment 1st Draft

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    1/12

    6

    5.0 JAWAPAN

    5.1 PENGENALAN

    Berdasarkan Amir Hasan Dawi (2006), profesion perguruan merupakan antara

    pilihan kerjaya yang diminati ramai serta disanjung tinggi oleh kebanyakkan pihak.

    Sebaliknya, ada juga golongan yang membangkitkan persoalan keraguan terhadap

    keprofesionalan kerjaya perguruan ini. Hal ini demikian kerana terdapat golongan yang

    berpendapat bahawa profesion perguruan dikategorikan sebagai profesion yang

    profesional. Malah, juga terdapat pihak yang menafikan hal ini. Antara perkara-perkara

    yang dikaji adalah ciri-ciri yang diperlukan untuk mencapai tahap profesion yang

    profesional dan faktor-faktor yang menyokong profesion perguruan sebagai satu

    profesion yang profesional.

    Menurut Kamus Dewan (2005), profesion ialah suatu bidang pekerjaan yang

    memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang

    khas. Musgrave (1972), pula mengatakan bahawa tugas yang dianggap profesion

    ialah tugas yang hanya menggunakan ilmunya untuk faedah pelanggannya. Di samping

    itu, Hedderdoft (1971), mengatakan bahawa professionalisme pada asasnya dianggap

    sebagai suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka

    dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan nilai diri atau suka memilih pekerjaan.

    Manakala Hoyle (1980), pula berpendapat bahawa professionalisme adalah sikap dan

    tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-

    hal tentang syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan sebagainya.

    Antara ciri-ciri profesion yang diutamakan oleh Sufean Hussin (1996) adalah

    kewajiban mempunyai perkhidmatan penting dengan matlamat yang jelas untuk

    masyarakat dan negara, menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek

    semasa menjalankan tugas, harus ada kuasa autonomi semasa bertugas,mementingkan mutu pendidikan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan

    wang semasa menjalankan tugas dan mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus

    dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan profesion itu.

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    2/12

    7

    Menurut Amir Hasan Dawi (2006) pula, kriteria-kriteria yang diperlukan untuk

    mencapai tahap profesion ialah ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam sesuatu

    bidang mempunyai latihan yang khas, mempunyai kawalan khas, mempunyai kawalan

    kemasukkan seperti memerlukan lesen khusus untuk mengamal, mempunyai

    kebebasan untuk mengamal, mempunyai autonomi untuk membuat keputusan, terdapat

    kod etika profesion, merupakan organisasi profesional di mana terdapat badan yang

    mengawal ahli-ahlinya, keadaan perkhidmatan yang ditetapkan, diiktiraf oleh awam

    sebagai profesion dan seringkali dikaitkan dengan ganjaran material.

    Secara jelasnya, dengan membandingkan pendapat-pendapat para sarjana, kita

    dapat menyimpulkan bahawa tahap profesion yang profesional boleh dicapai dengan

    ciri-ciri yang dinyatakan diatas. Seterusnya adalah kajian terperinci akan

    keprofesionalan profesion perguruan.

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    3/12

    8

    5.2 HALANGAN DALAM MENCAPAI STATUS PROFESIONAL

    Pada masa kini, profesion perguruan boleh dikatakan sebagai profesion yang

    diminati ramai. Tetapi, terdapat juga faktor-faktor yang menjadi penghalang bagi

    profesion ini untuk mencapai status profesional.

    Berdasarkan statistik bilangan guru yang diambil daripada Portal Rasmi

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), (data pada 31 Januari 2011) jumlah bilangan

    guru lelaki adalah seramai 1 26 450 orang dan jumlah bilangan guru perempuan adalah

    seramai 2 82 314 orang. Jumlah keseluruhanya adalah seramai 4 08 764 orang dimana

    suatu angka pekerja yang tinggi jikalau dibandingkan dengan profesion profesional

    yang lain.

    Angka guru yang t inggi ini melahirkan suatu pandangan negatif dalam

    kalangan masyarakat. Hal ini dibuktikan dengan kajian Mohd. Salleh Lebar (1998), iaitu

    masyarakat menggangap perkhidmatan guru adalah terlalu pendek masanya dalam

    satu hari dan terlalu mudah pekerjaannya. Dengan jumlah guru yang terlalu ramai maka

    agar sukar untuk memastikan semua guru menjalankan tugas dengan sepenuhnya.

    Selain itu, taraf pendidik an yang t idak seragamdalam kalangan guru juga

    menjadi penghalang untuk mencapai status profesional bagi profesion perguruan.

    Dalam tinjauan yang telah dibuat oleh Sharina Binti Salleh Sarjana (2007), SarjanaStone (1992), mengatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya

    perlu bagi seorang guru untuk menyampaikan pengajaran. Tanpa ilmu pengetahuan

    yang mencukupi, para guru akan terperangkap dalam arus reformasi yang begitu

    kencang melanda profesion perguruan.Seterusnya, Ani M Hasan (2003), mengatakanbahawa kemerosotan pendidikan bukan diakibatkan oleh kurikulum tetapi oleh

    kurangnya kemampuan profesionalisme guru dan keengganan belajar siswa.

    Di samping itu, Trozer (1998) pula berpendapat bahawa kualiti dan latar

    belakang kelayakan akedemik calon bakal guru dikatakan lebih rendah berbanding

    profesion-profesion yang lain maka ia mendorong kepada penghasilan kualiti bakal guru

    yang tidak cekap. Perkara ini dibuktikan dengan sikap segelintir guru yang berpuashati

    dengan pencapaian akademik yang dimilikinya dan tidak meneruskan pelajaranya ke

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    4/12

    9

    peringkat yang lebih tinggi. Manakala terdapat juga kalangan guru yang mempunyai

    pencapaian akademik yang tinggi seperti Ijazah, Ijazah Sarjana, Doktor Falsafahdan

    sebagainya. Secara ringkasnya, perbezaan pencapaian tahap pendidikan golongan

    guru akan membawa kemusykilan dalam menetapkan status profesion perguruan.

    Faktor penghalang yang seterusnya adalah guru pada zaman kini sering

    dikatakan melanggar et ika perguruan yang telah ditetapkan oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia. Mengikut Esah Sulaiman (2003), etika perguruan ialah suatu set

    tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan

    sejawat, ibu bapa, dan pelajar. Sebaliknya, Mohd. Salleh Lebar (1998), mengatakan

    bahawa golongan guru berkelakuan tidak sopan dan ada juga yang dihadapkan ke

    mahkamah kerana melanggar etika perguruan. Maka, perkara ini boleh mengakibatkan

    para murid untuk mengikut jejak langkah guru sebegini dan melahirkan generasi yang

    tidak beretika pada masa hadapan.

    Seterusnya, kual i t i program lat ihan yang kurangdiberikan kepada para guru

    di Malaysia berbanding dengan profesion yang lain. Faktor ini turut disokong oleh

    Mohd. Salleh Lebar (1998), dimana beliau mengatakan bahawa latihan yang terdapat

    dalam profesion perguruan adalah tidak mencukupi. Beliau turut menegaskan bahawa

    walaupun guru diberikan latihan mengajar yang lengkap, kebanyakan mereka kurang

    mempraktikkannya semasa mengajar dengan sepenuhnya. Jadi kewibawaan

    seseorang guru mulai diragui oleh masyarakat. Menurut perspektif Tozer dan rakan-

    rakanya (1998) pula, kualiti program latihan pendidikan guru yang tidak seketat program

    profesion lain boleh mengakibatkan kualiti hasilan guru yang tidak mantap.

    Selain itu,jurang sk im gaj i perkh idmat an yan g ber bezadalam kalangan guru

    juga menjadi penghalang untuk profesion perguruan bagi mencapai status profesional.

    Hal ini turut disokong oleh, Mohd. Salleh Lebar (1998), dimana status profesionperguruan agak meragukan kerana jumlah pembayaran pendapatan adalah berbeza,

    sedangkan gaji pekerja profesion lain seperti doktor dan peguam adalah setaraf dan

    tidak jauh bezanya.

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    5/12

    10

    Sarjana Esah (2002), menerangkan guru sebagai seorang yang profesional dan

    kerjayanya seharusnya tidak mengutamakan gaji manakala mengutamakan

    tanggungjawab terhadap pelajar dan masyarakat. Hal ini tidak bermakna pembayaran

    gaji tidak penting kepada guru. Malah, gaji yang tinggi dapat meningkatkan motivasi

    guru untuk meningkatkan prestasi mereka dalam profesionnya. Namun jurang gaji yang

    jauh berbeza ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru kerana mereka

    tidak mendapat gaji berdasarkan perkhidmatan yang disampaikan. Akibatnya, mereka

    tidak memberikan perkhidmatan yang setia dan efektif.

    Keupayaan pengajar bukanlah sesuatu perkara mudah dicapai sebaliknya

    seorang guru didapati meluangkan satujan gka m as a y ang pan jang dalam usaha

    mencapai hasi lnya menerusi pelajar. Lantaran itu, kerana guru terpaksa berkerja keras

    bagi tempoh masa yang lama untuk melihat kejayaan anak muridnya. Contohnya

    seorang guru terpaksa memberikan didikan dan motivasi yang kukuh bagi seorang

    murid dari tahun satu hingga tahun enam supaya anak murid itu mencapai

    kecemerlangan di dalam peperiksaan dimana hasilnya hanya dapat dilihat selepas

    enam tahun. Perkara ini turut disokong oleh Mohd. Salleh Lebar (1998), dimana beliau

    berkata bagi profesion lain seperti jurutera, doktor dan juga arkitek profesion mereka

    jelas kelihatan dalam masa yang begitu singkat sedangkan profesion perguruan

    hasilnya mengambil masa yang panjang.

    Beban ker ja yang banyakdiberikan kepada guru juga menjadi penghalang

    kepada profesion perguruan untuk mencapai status profesional. Kerja guru bukan

    setakat mengajar sahaja malah guru juga perlu berkerja sebagai kerani membuat

    segala urusan kewangan dan merekod butiran peribadi murid-murid, guru kokurikulum,

    guru sukan, guru mata pelajaran dan guru kelas. Menurut Mohd. Salleh Lebar (1998),

    beban kerja yang banyak menyebabkan tumpuan seseorang guru dalam profesionnya

    khasnya dalam menyampaikan ilmu pengajaran agak terbatas. Oleh itu, masa yang

    ditumpukan terhadap persediaan pengajaran tidak mencukupi dan guru gagal

    menjalankan tanggungjawab utamanya.

    Faktor terakhir ialah, guru mengajar mata pelajaran yang t idak m engkhu sus

    olehnya. Contohnya seorang guru yang mengkhusus dalam mata pelajaran bahasa

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    6/12

    11

    Melayu mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani kepada anak muridnya.

    Tambahan pula, guru tersebut langsung tidak mahir dan tiada pengalaman dalam

    sesuatu mata pelajaran diminta mengajar murid-murid di sekolah. Keadaan ini menjadi

    lebih kritikal apabila guru tersebut mengajar mata pelajaran bahasa Melayu pada waktu

    pendidikan jasmani. Akibatnya, murid-murid tidak menjadi mahir dalam mata pelajaran

    pendidikan jasmani. Secara tidak langusung, anak-anak murid yang mungkin berbakat

    dan berkelayakan untuk menjadi atlet negara menjadi tidak kenyataan.

    Menurut Amir Hasan Dawi (2006), guru tidak memiliki kemahiran yang

    sepatutnya sebelum mengajar murid-murid. Beliau juga memberikan contoh bahawa

    seseorang guru penasihat ataupun jurulatih kegiatan kokurikulum tidak menguasai

    kemahiran-kemahiran yang sepatutnya sebelum mengajar anak-anak murid mereka.

    Beliau juga menyarankan bahawa guru-guru sandaran ataupun sementara dan guru-

    guru sekolah persendirian yang tidak menerima sebarang latihan dan kelayakan

    perguruan telah meruncingkan lagi profesion perguruan ini.

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    7/12

    12

    5.3 PROFESION PERGURUAN SEBAGAI PROFESION YANG PROFESIONAL.

    Menjelang tahun 2011, statistik bagi bilangan permohonan profesion perguruan

    menunjukkan angka yang menakjubkan dimana keperluan kekosongan tempat

    sebanyak 2,000 sedia diisi oleh 80,000 orang pemohon. Hal ini membuktikan profesion

    perguruan masih diminati dan disanjungi tinggi di kalangan masyarakat.

    Profesion perguruan mungkin gagal mencapai status profesion yang profesional

    jika berbanding dengan profesion-profesion seperti doktor, peguam dan jurutera.

    Namun pekerjaan guru ini tidak semudah seperti jangkaan masyarakat tetapi ia juga

    dianggap satu profesion yang bertaraf profesional. Menurut Amir Hasan Dawi (2006),

    semua profesion sama ada guru, jurutera, peguam, arkitek, doktor dan sebagainya

    harus dilihat dalam konteks masing-masing tanpa banyak membandingkan antara satu

    sama lain. Oleh itu, berdasarkan perspektif guru sebagai profesion yang tersendiri,

    maka guru boleh diterima sebagai profesion yang profesional

    Faktor pertama ialah guru kaya dengan i lmupengetahuan berbanding dengan

    profesion-profesion yang lain. Menurut Mok Soon Sang (1996), guru merupakan tenaga

    ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan

    menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di institusi pendidikan. Menurut

    Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu, guru dapat menjadi

    teladan kepada para pelajar mereka. Oleh yang demikian guru pada zaman sekarang

    mulai menguasai segala pengetahuan yang berkaitan dengan pendidikan supaya dapat

    menjadi teladan kepada para anak murid mereka. Contohnya, guru boleh

    mengendalikan komputer, pencetak dan scanner tanpa bantuan orang lain demi

    menjadikan mereka sebagai role model kepada anak-anak murid.

    Selain itu, di samping mengajar para murid, guru-guru juga melibatkan diri dalam

    aktiviti luar kelas seperti menjawat jawatan sebagai guru kokurikulum dan guru

    penasihat badan beruniform. Maka, boleh merumuskan bahawa seorang guru arif

    dalam kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan badan

    beruniform. Contohnya, guru mengajar cara menjahit dan memasak sebagai salah satu

    aktiviti kokurikulum kepada murid-murid. Sebelum mengajar kemahiran-kemahiran

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    8/12

    13

    tersebut guru akan diberikan latihan yang secukupnya untuk mahir dalam bidang

    tersebut. Jelasnya, guru sentiasa diberikan pendedahan tentang pembaruan yang

    dilakukan dalam bidang pendidikan.

    Faktor seterusnya yang menyokong profesion perguruan sebagai profesion yang

    profesional ialah berketramp i lan guru. Moore (1995), mendefinisikan guru sebagai

    pakar dalam pengajaran, iaitu orang yang merancang, memandu dan menilai

    pembelajaran. Menurut Mohammad Sani (1998), beliau berkata seorang guru atribut

    akan merancang pengajaran dan pembelajaran, mengurus pengajaran dan

    pembelajaran, memilih strategi pengajaran dan pembelajaran, meransang pengajaran

    dan pembelajaran, mempunyai kemahiran teknologi, kemahiran generik serta

    kemahiran kaunseling.

    Secara amnya, mengajar adalah bukan sekadar proses penyampaian atau

    penerusan pengetahuan. Mengajar merupakan suatu proses yang kompleks dimana

    guru perlu menggunakan keterampilan seperti yang disenaraikan di atas untuk

    menyampaikan pesan atau mesaj kepada para murid. Secara tidak langsung, guru

    pada zaman sekarang mempunyai keterampilan yang kukuh dan padat dimana mereka

    diberikan latihan yang khas untuk mempertingkatkan potensi keterampilan mereka.

    Maka jelaslah bahawa guru boleh dikategorikan sebagai profesional kerana mereka

    bukan lagi menggunakan cara-cara yang sama untuk mengajar tetapi berubah

    mengikut peredaran masa bagi membina insan yang berkaliber untuk negara.

    Profesion perguruan boleh juga dikategorikan sebagai profesion yang profesional

    berdasarkan faktor guru pr ihat in terhadap kehendak m ur idatau tanggungjawab guru

    terhadap murid. Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja berhenti setakat mengajar

    sahaja malah guru juga menguruskan murid-murid yang bermasalah seperti masalah

    disiplin, kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, dan down sindrom, kanak-kanak yang kurang upaya seperti cacat penglihatan, pertuturan, pendengaran dan

    anggota badan.

    Tambahan pula, guru juga dikatakan sebagai ibu bapa kedua bagi anak-anak

    murid di sekolah. Oleh yang demikian, guru lebih peka terhadap keadaan dan

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    9/12

    14

    kemampuan anak-anak murid mereka. Contohnya, guru boleh mengenali murid-murid

    yang bermasalah dengan lebih mudah dan tepat berbanding dengan para ibu bapa. Ini

    kerana, pada zaman sekarang guru lebih meluangkan masa dengan murid-murid

    berbanding dengan para ibu bapa akibat kesibukan kerja. Ekoran daripada itu, ibu bapa

    tidak berpeluang untuk mengenali setiap gerak geri anak mereka. Contohnya semasa

    pembelajaran akan tetapi guru dapat mengenal pasti kelemahan murid dengan jelas

    menerusi latihan yang diberi kepada murid. Contohnya, guru menyuruh murid untuk

    menulis a. Sekiranya murid tersebut menulis huruf a secara terbalik maka guru dapat

    mengenali bahawa murid tersebut menghadapi masalah disleksia.

    Selain itu, guru juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan masalah

    disiplin serta masalah peribadi para murid di sekolah. Guru bertindak sebagai agen

    bimb ingan dan kaunsel ingsekiranya murid menghadapi sebarang masalah. Lantaran

    itu, guru dapat memberikan motivasi dan sokongan moral kepada pelajar yang

    bermasalah. Secara tidak langsung guru juga berkhidmat sebagai agen yang

    menyelesaikan masalah murid-murid dan menghalang masalah daripada berlaku.

    Akibatnya, guru melahirkan generasi yang unggul dan berguna iaitu bebas daripada

    gejala negatif bagi pembanggunaan negara.

    Faktor seterusnya ialah sahsiah guru. Mengikut pandangan Mohammad Sani

    (1998), beliau berkata contoh sahsiah yang terdapat pada guru yang profesional ialah

    bertakwa, berakhlak, berperibadi mulia, bersopan santun, bersikap positif,

    berkebolehan memimpin dan mengamalkan budaya ilmu. Menurut pepatah guru

    kencing berdiri, murid kencing berlari, yang membawa maksud segala perlakuan yang

    dilakukan oleh guru akan menjadi ikutan kepada para anak muridnya. Perkara ini turut

    disokong oleh Bandura (1977), beliau telah membuat analisis yang menyatakan

    bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Pembelajaran adalah melalui

    peniruan, mengajuk dan memadan.

    Biasanya, setiap individu terutama kanak-kanak akan menilai sesuatu perkara

    berasaskan kepada perkara yang pernah dilihat oleh mereka daripada orang yang

    signifikan dan persekitaran. Secara amnya, guru pada zaman sekarang mempunyai

    sahsiah yang tinggi maka secara tidak langsung anak-anak murid menjadikan guru

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    10/12

    15

    sebagai garis panduan hidup mereka. Oleh itu, negara kita tidak perlu risau akan

    peningkatan gejala jenayah kerana guru mampu menukar keadaan ini dengan

    melahirkan generasi yang penuh sahsiah. Ini membuktikan profesion perguruan boleh

    dikatakan sebagai satu profesion yang mampu menentukan takdir negara kita pada

    masa yang akan datang.

    Faktor seterusnya yang menyokong profesion perguruan sebagai suatu

    profesion yang profesional ialah program yang di jalankan atau lat ihan yang

    dib erikan oleh kerajaankepada para guru untuk meningkatkan prestasi mereka dari

    semasa ke semasa.Menurut Amir Hasan Dawi (2006), beliau berkata di negara

    Malaysia kualiti calon guru adalah semakin baik dan proses latihan pula adalah begitu

    sistematik. Beliau juga mengutarakan bahawa negara Malaysia mempunyai proses

    tapisan untuk menerima bakal guru dan latihannya pula dijalankan secara terancang di

    institusi-institusi pendidikan guru. Maka, kualiti hasilan adalah secara optimum sesuai

    untuk kegunaan sekolah-sekolah di Malaysia.

    Lantaran itu, sikap guru yang f leksibel dan mud ah mengadaptasimengikut

    perubahan dan peredaran masa juga mengekalkan status profesion yang profesional.

    Menurut Syafaruddin (2001), faktor yang menyebabkan mutu pendidikan rendah

    terletak pada unsur-unsur kurikulum. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia sering

    memperkenalkan program-program yang baru seperti Pengajaran dan Pembelajaran

    Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Program Literasi dan Numerasi

    (LINUS) dan baru-baru ini adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk

    meningkatkan kualiti akademik di negara Malaysia.

    Perubahan-perubahan ini sering berlaku secara tiba-tiba tanpa diberitahu awal.

    Taklimat tentang perubahan hanya diberikan selepas pelaksanaan program-program

    ini. Maka guru terpaksa bersikap fleksibel dan mempelajari ilmu yang baru supayadapat menerapkan kepada murid-murid. Selain itu, guru juga dihantar ke khursus dan

    taklimat untuk mengenali program-program yang diperkenalkan secara lebih mendalam.

    Pada masa itu, guru terpaksa mengorbankan cuti ataupun masa rehat mereka untuk

    melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan oleh pihak kerajaan.

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    11/12

    16

    Guru juga mampu mengadaptasikan diri mereka kepada perubahan-perubahan

    yang dilakukan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Contohnya, walaupun guru

    dihantar ke kawasan pedalaman seperti negeri Sabah dan Sarawak, mereka mampu

    menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana persekitaran kawasan

    tersebut. Mengikut pandangan Omar (1991), guru pada zaman dahulu juga sanggup

    berhijrah dan merantau ke negeri lain untuk menyampaikan ilmu ke seluruh negara.

    Selain itu, menerusi kajian yang dilakukan oleh Jemien (1993), guru-guru

    bersikap positif untuk berkhidmat di Sarawak. Ini kerana guru-guru merasakan tugas

    tersebut adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik dan bijaksana tanpa

    dipengaruhi oleh faktor kepentingan diri yang tinggi.Tambahan pula, adakalanya guru

    yang sanggup berpisah dengan pasangan mereka dan berkerja di kawasan pedalaman

    demi menjaga tanggungjawab yang diberi.

    Faktor yang terakhir ialah, profesion perguruan mempunyai kod et ika keguruan

    yang tersendir i. Menurut Amir Hasan Dawi (2006), beliau mengatakan guru boleh

    dikatakan sebagai suatu profesion kerana bidang keguruan di Malaysia mempunyai kod

    etika perguruan dimana ia menggariskan ikrar guru dan tanggungjawab-tanggungjawab

    mereka terhadap pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara, rakan sejawat dan

    profesion perguruan. Mohd. Salleh Lebar (2007), juga memberikan sokongan beliau

    dalam bukunya dengan mengatakan guru telah mencapai status profesion yang

    profesional kerana guru mempunyai kod etika yang tersendiri.

  • 7/28/2019 Assignment 1st Draft

    12/12

    17

    5.4 Penutup

    Walaupun terdapat pihak yang tidak menyokong profesion perguruan sebagai

    profesion yang profesional, saya berpendapat bahawa profesion ini merupakan suatu

    profesion yang profesional. Ini kerana, pada zaman sekarang peningkatan kualiti

    perguruan menyebabkan profesion ini mencapai status profesion yang profesional di

    medan dunia.

    Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan (1993), dalam kajian mereka

    mengatakan bahawa, profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan

    yang unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan

    diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion

    perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik

    kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan

    personaliti, mental dan fizikal setiap insan.

    Apabila kita membandingkan profesion perguruan dengan profesion-profesion

    yang profesional seperti jurutera, doktor, peguam dan arkitek mungkin profesion

    perguruan gagal menepati aspek asas utntuk status profesion. Namun adakah kita

    boleh membandingkan profesion guru sebegitu mudah dengan profesion lain atau

    adakah kita harus melihat profesion perguruan dalam konteks dan kriteria-kriterianya

    tersendiri. Saya lebih bersetuju dengan pandangan yang melihat profesion perguruan

    dalam konteks dan ciri-cirinya yang tersendiri.

    Perbandingan hanya perlu dbuat dengan tujuan untuk memperbaiki kelemahan-

    kelemahan yang ada dalam sesuatu profesion. Oleh itu, berdasarkan perspektif guru

    sebagai profesion yang tersendiri, maka kita boleh menerima guru sebagai suatu

    profesion yang profesional. Tambahan pula di negara kita kualiti calon guru adalah

    semakin baik dan proses latihan pula adalah begitu sistematik. Kita mempunyai proses

    tapisan untuk menerima bakal guru dan latihannya pula dijalankan secara terancang di

    institusi-institusi pendidikan guru. Oleh itu kualiti hasilan adalah secara optimum sesuai

    dengan kegunaan sekolah-sekolah di Malaysia.