Assignment Badminton

20
ASSIGNMENT BADMINTON ISI KANDUNGAN Bil. Isi Kandungan Muka Surat 1. Biodata Diri 2 2. Sejarah 3-5 3. Isi-isi 6-13 4. Lampiran / Gambar 14-15 5. Rujukan 16 ZANITA AZWIN ARIFIN Page 1

description

1

Transcript of Assignment Badminton

ASSIGNMENT BADMINTON

ASSIGNMENT BADMINTON

ISI KANDUNGAN

Bil.Isi Kandungan

Muka Surat

1.Biodata Diri

2

2.Sejarah

3-5

3.Isi-isi

6-13

4.Lampiran / Gambar

14-15

5.Rujukan

16

BIODATA

NAMA:ZANITA AZWIN BINTI ARIFIN

NO KP:830401-10-5544

PROGRAM:KDPM KDC JPNIN ,AMBILAN NOVEMBER 2012

TEL:012-2215460 / 019-2008960

ALAMAT: NO. 74, JALAN TOK SULAIMAN,BATU 20 ,45800 JERAM,SELANGOR DARUL EHSAN

ALAMAT TABIKA: TABIKA PERPADUAN BATU 4, SIMPANG 3 JERAM,BALAIRAYA JKKK, BATU 4, SIMPANG 3 JERAM,45800 JERAM,SELANGOR DARUL EHSAN

1.0 Sejarah Badminton.PENGENALANBadmintonmerupakan sejenissukan raketyang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulanbulu tangkismenggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

1.0.1 Sejarah Awal Sukan Badminton

Badminton telah diperkenalkan pada zaman Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, iaitu dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, dan seterusnya dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860. Sukan baru ini telah diperkenalkan pada tahun 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Sukan tersebut merujuk kepada "The Game of Badminton" dan nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton. Pada tahun 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia tahun 1899. Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) ditubuhkan pada 1934 dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas dan seterusnya India pada tahun 1936. Presiden pertama persatuan ini ialah Sir George Thomas, bekas jaguh England. Beliau memegang jawatan sebagai Presiden IBF dari tahun 1934-1955. Pada tahun 1939, IBF ingin menganjurkan pertandingan antara negara-negara di dunia. Presiden IBF, Sir George Thomas menghadiahkan piala perak untuk pertandingan ini. Piala perak itu dinamakan Piala Thomas. Malangnya, oleh kerana suasana dunia yang kurang memuaskan apabila berlakunya Perang Dunia Kedua, kejohanan Piala Thomas pertama hanya diadakan pada tahun 1949 di Preston, England.

Perjumpaan Tahunan yang diadakan di Madrid pada 24 September 2006 menyepakati penukaran nama baru IBF kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan atau pertubuhan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global. Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, apabila China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

1.0.2 Sejarah Badminton di MalaysiaPada awal tahun 1900, permainan Poona dibawa ke Pulau Pinang oleh pegawai-pegawai Kompeni Hindia Timur. Permainan Poona dimainkan di Suffolk House, rumah kediaman Kapten Francis Light di Pulau Pinang. Pada tahun 1925, Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan, dan seterusnya Persatuan Badminton Perak pula ditubuhkan. Minat mendalam yang ditunjukkan oleh pemain negeri-negeri Malaya menyebabkan Persatuan Badminton Malaya ditubuhkan pada tahun 1934, apabila J.I.Woods dari Perak sebagai Presiden yang pertama. Pada tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabung dengan Persekutuan Badminton Antarabangsa. Sejak itu, imej negara dalam permainan badminton telah dipertingkatkan dengan memenangi kejohanan berprestij seperti Piala Thomas dan Kejohanan Seluruh England. Pada tahun 1960, Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan, dengan Tan Sri Mohd.Khir Johari iaitu selaku Menteri Kabinet sebagai presidennya yang pertama. Pada era kepimpinannya, Malaysia pada tahun 1967 telah memenangi semula Piala Thomas. Beliau memimpin BAM selama 25 tahun, iaitu dari tahun 1960-85. Pada tahun 1985 hingga 1993, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dilantik sebagai Presiden BAM yang kedua. Tugas utama BAM ialah memajukan permainan badminton negara, melalui pelbagai perancangan dan aktiviti seperti menganjurkan:1. Kejohanan Badminton Asia1. Kejohanan Terbuka Malaysia1. Kejohanan Peringkat Remaja1. Sirkit Grand Prix Kebangsaan dan Dunia1. Kejohanan Piala Thomas/Uber dan sebagainya

1.1 Kemudahan Badminton Terdapat pelbagai kemudahan badminton yang digunakan ketika melaksanakan permainan badminton.1.1.1 Gelanggang

Gelanggang merupakan kemudahan yang paling penting dalam sukan badminton. Ukuran gelanggang badminton mestilah mempunyai ukuran panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap gelanggang ini digarisi dengan garisan servis panjang, garisan servis pendek, garisan luar ganda, garisan tengah dan net yang mempunyai ukuran ketinggian 1.55 meter. Selain itu, gelanggang badminton untuk permainan individu dan permainan beregu adalah berbeza. Bagi permainan individu garisan luar tidak dikira jika shuttlecock jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis shuttlecock jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long. Bentuk gelanggang badminton mestilah berbentuk empat segi bujur dengan ukuran 13.40 meter panjang dan 6.10 meter lebar. Permukaan kayu yang kenyal adalah paling sesuai kerana ia akan memberi permukaan yang sempurna untuk bermain. Kini, banyak gelanggang badminton dilengkapi dengan permukaan lantai sintetik yang tidak mudah tergelincir. Pada hari ini dalam permainan badminton permukaan sintetik adalah popular kerana akan membantu menyerap gegaran berbanding dengan lantai konkrit atau lantai parquet yang biasanya didapati di dewan-dewan serbaguna. Permukaan lantai yang keras akan memberi kesan yang buruk kepada sendi-sendi dan boleh menyebabkan kecederaan lutut seringkali berlaku.1.1.2 Jaring atau NetSelain daripada gelanggang, kemudahan yang terdapat dalam sukan badminton ialah jaring atau net. Jaring atau net penting dalam sukan ini kerana ianya bertujuan untuk memisahkan antara kedua-dua pemain badminton. Tinggi jaring yang digunakan semasa permainan badminton ini ialah 1.524 meter dari lantai,manakala ianya perlu diukur dari titik tengah gelanggang ke atas jaring. Tiang-tiang yang di gunakan pula tidak melebihi daripada 1.55 meter dan diletakkan di garisan tepi di sebelah luar seperti rajah di bawah:

Pemasangan jaring yang betul

Pemasangan Jaring yang salah Selain itu juga jaring yang digunakan hendaklah dipasang dengan cara yang betul. Jaring hendaklah dipasang rapat dengan tiang untuk mengelakkan bola tangkis masuk ke gelanggang lawan dengan tidak sengaja. Ianya juga bertujuan untuk mengelakkan ketidakadilan berlaku semasa pemain bermain di jaring.1.2 Kemahiran Asas Badminton1.2.1Jenis Pegangan Raket Terdapat dua cara memegang raket iaitu pegangan hadapan(forehand) dan pegangan kilas (backhand). Cara memegang raket forehand.1) Pegang raket dengan tangan kiri, kepala raket menyamping. Pegang raket denga cara seperti jabat tangan. Bentuk V tangan diletakkan pada bahagian gagang raket.2) Tiga jari, iaitu jari tengah, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan jari telunjuk agak terpisah.3) Letakkan ibu jari di antara tiga jari dan telunjuk.

Cara memegang raket backhand1) Bentuk V menuju sedikit ke kiri kepala raket dengan tali-tali kelihatan.

2 Pergerakan dan Gerak KakiCorak pergerakan dalma badminton adalah seperti berikut:a) Posisi bersedia di tengah petak yang dipanggil bes.b) Bergerak ke arah pukulan bermula pergerakan kaki dan langkah terakhir.c) Posisi yang seimbang semasa melakukan pukulan.d) Pemulihan untuk balik ke bes dan posisi bersedia.3 Posisi BersediaTerdapat dua jenis posisi bersedia iaitu:a) Rali bersediab) Posisi bersedia untuk kembalikan servis

a. Rali Bersedia (Rally Ready) Pemain bersedia untuk membuat pukulan pendek, pukulan smesy atau membuat pukulan drop. Ia menyenangkan pemain untuk bergerak ke belakang dank e depan dengan efektif. Buku lali dan lutut haruslah dibengkokkan sedikit dan bongkokkan badan ke hadapan sedikit. Berat badan pemain haruslah dibebankan pada kaki supaya ia menyenangkan pemain untuk melakukan sebarang pergerakan. Lengan haruslah berada di depan badan dengan memegang raket yang dihalakan ke atas yang mana raket raket yang dipegang ialah pada aras pinggang bersedia untuk membuat pukulan forehand ataupun backhand. Badan haruslah berada pada posisi yang seimbang dan rileks.

Pukulan Asas

1. Servis Teknik Memulakan Servis

4. Servis Forehand Pendek Bulu tangkis harus dipukul denga ayunan raket yang relative pendek. Pada saat berkenaan, kepala raket dan bulu tangkis, siku dalam keadaan bengkok, untuk menghindari penggunaan tenaga pergelangan tangan, dan perhatikan peralihan titik berat badan anda. Cara latihannya adalah menggunakan sejumlah kok dan dilakukan secara berulang-ulang.

1. Servis Forehand Tinggi Kok harus dipukul dengan menggunakan tenaga penuh agar kok melayang tinggi dan jatuh tegal lurus di bahagian belakang garis lapangan lawan. Saat, memukul kok, kedua kaki terbuka selebar pinggul dan kedua telapak kaki senantiasa kontak dengan lantai. Perhatikan gerakan ayunan raket. Ke belakang, ke depan dan setelah melakukan pukulan, harus dilakukan dengan sempurna serta diikuti gerak peralihan titik berat badan dari kaki belakang ke kaki depan yang harus berlangsung kontinu dan harmonis. Biasanya selalu berkosentrasi sebelum memukul kok.

1. Servis Backhand Berdiri dengan kaki kanan di depan kaki kiri, dengan hujung kaki kanan mengarah ke sasaran yang diinginkan. Kedua kaki terbuka selebar pinggul, lutut dibengkokkan. Ayunan raket yang relatif pendek, sehingga kok hanyan didorong dengan bantuan peralihan berat badan dari belakang ke kaki hadapan. Hindari menggunakan tenaga pergelangan tangan yang berlebihan. Sebelum membuat servis, perhatikan posisi dan sikap berdiri lawan, sehingga dapat mengarahkan kok ke sasaran yang tepat dan sesuai perkiraan.

Kesalahan Dalam Servis

1. Pada saat memukul bola, kepala raket lebih tinggi atau sejajar dengan grip raket.2. Titik perkenaan kok, kepala raket lebih tinggi dari pinggang.3. Posisi kaki menginjak garis tengah atau depan.4. Kaki kiri melakukan langkah.5. Kaki kanan melangkah sebelum kok dipukul.6. Rangkaian mengayun raket dan memukul kok tidak boleh terputus.7. Penerima servis bergerak sebelum kok servis dipukul.

1. Underhand Terdapat dua jenis pukulan underhand:a) Clear underhand, pukulan yang diarahkan tinggi ke belakang.b) Flick underhand, pukulan mendatar kea rah belakang. Pegangan raket forehand untuk underhand forehand, dan pegangan backhand untuk underhand backhand. Pergelangan tangan agak bengkok ke belakang, siku juga agak bengkok. Sambil melangkahkan kaki kanan ke depan, ayunkan raket ke belakang lalu pukul bola dan pada saat perkenaan bola, posisi tangan lurus. Bola dipukul kira-kira dekat kaki kanan bahagian luar. Posisi akhir raket sesuai arah bola.

1. Overhead Clear/Lob Dua jenis overhead lob:a) Deep lob/Clear, bolanya tinggi ke belakang.b) Attacking lob/Clear, bolanya tidak terlalu tinggi Pergunakan pegangan forehand, pegang raket dengan arah net. Posisi kaki kanan berada diblekang kaki kiri dan pada saat memukul bola, harus terjadi perpindahan beban badan dari kaki kanan ke kaki kiri. Posisi badan harus diupayakan selalu berada di belakang bola. Bola dipukul seperti gerkan melempar. Pada saat perkenaan bola, tangan harus lurus. Posisi akhir raket mengikuti arah bola, lalu dilepaskan, sedang raket jatuh didepan badan. Lecutkan pergelangan (raket) saat kena bola.

1. Smesy Merupakan pukulan serangan yang muktamad. Digunakan untuk menamatkan rali, menambahkan satu mata atau untuk merampas balik servis. Gunakan cara pegangan pukul hadapan. Posisi badan ialah sama dengan yang digunakan dalam pukul lepas. Persamaan ini memberi elemen mengejut kerana lawan tidak akan dapat memastikan jenis strok yang akan digunakan. Aksi memukulnya lebih pantas daripada pergerakan pukul lepas. Kuasa smesy didapati daripada kelajuan kepala raket semasa ia memukul bulu tangkis. Poin kontak bulu tangkis dan raket adalah di hadapan badan. Muka raket disudutkan ke bawah. Satu smesy penuh dari garisan belakang harus mendarat di kawasan petak tengah.

1. Pukulan Junam (Dropshot) Pukulan dibuat dengan kelajuan yang kurang berbanding dengan pukulan smesy. Pergunakan pegangan forehand. Pegang raket dan posisinya di samping bahu. Posisi badan menyamping dengan arah net, posisi kaki kanan berada di belakang kaki kiri. Pada saat memukul bola, harus terjadi perpindahan beban badan dari kaki kanan ke kaki kiri. Posisi badan harus selalu diupayakan berada di belakang bola. Pada saat perkenaan bola, tangan harus lurus, menjangkau bola dan dorong denga sentuhan halus. Untuk arah forehand lawan, pukul bagian lengkungan bola sebelah kanan dan lengkung kiri bola untuk tujuan backhand. Posisi akhir raket mengikuti arah bola. Biasakan bergerak cepat mengambil posisi pukul yang tepat di belakang kok. Perhatikan gerak langkah dan keseimbangan badan pada saat dan setelah memukul kok. Kok harus dipukul dengan sikap lengan lurus dan hanya mebggunakan tenaga kecil.

1. Netting Pukulan yang dilakukan menghampiri net. Pegangan raket forehand untuk forehand net dan backhand untuk backhand samping net. Siku agak bengkok dan pergelangan ditekuk sedikit ke belakang. Pada saat memukul, kaki kanan berada di depan dan bola dipukul pada posisi setinggi mungkin. Sesaat sebelum perkenaan bola, buat tarikan kecil dan pergelangan tangan. pukul bola pada bagian lengkuankanan dan kiri sampai pada bagian bawah bola. Akhir kepala raket menghadap atau sejajar denga langit-langit.

1. Drive Pukualn cepat dan mendatar Bertujuan untuk menghindari lawan menyerang atau sebaliknya memaksa lawn mengangkat bola dan berada pada posisi bertahan. Pegangan raket dengan satu grip/cepat berpindah. Selain kekuatan bahu, gunakan lecutan pergelangan pada saat bola dipukul.

LAMPIRAN / GAMBAR

RUJUKAN1) Mohd Sofian Omar Fauzee dan Mohd Zin Hassan (2006). Dril badminton: asas, pertengahan dan mahir. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

2) Peter Yong Swee Onn (1993). Coaching and playing badminton the right way. Petaling Jaya: Delta Publishing Sdn. Bhd.

3) Sidang Pengarang (2006). Badminton. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.

4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_badminton#Pukulan_Smesy5) http://bulutangkis.web.infoseek.co.jp/cgi-bin/misbun/topics.cgi6) http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2013/09/sejarah-permainan-sukan-badminton.html7) http://zzrhomayzz.blogspot.com/2014/10/sejarah-badminton-sejarah-bulu-tangkis.html8) http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/vivian-khe-wei-pahat-sejarah-1.7754

ZANITA AZWIN ARIFINPage 16