Assignment BMM 3101 New

19
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PENGHARGAAN Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya yang begitu saya hormati, Encik Hasizan Bin Dahalal. Setelah beberapa minggu saya bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini akhirnya saya telah mendapat hasil yang setimpal dengan usaha saya itu. Sesungguhnya, tanpa seorang pembimbing yang bergelar pensyarah, saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan masa yang diperuntukkan. Beliau telah bersungguh-sungguh memberi penerangan bagi tugasan ini kepada saya. Sebarang permasaalahan yang telah dihadapi oleh pelajar- pelajar di dalam kelas telah beliau terangkan dengan terperinci sehingga pelajar-pelajar memahami tentang apa yang tidak difahami. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya rakan-rakan kelas seperjuangan. Sesungguhnya tanpa mengenal erti jemu mereka telah membantu saya ketika saya buntu dan tidak faham beberapa perkara semasa menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya budimu itu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Tidak lupa juga kepada isteri dan keluarga saya yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik dan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Saya amat menghargai sokongan mereka yang tidak henti-henti itu. Akhir kata, saya berharap agar hasil tugasan saya ini akan memberi manfaat dari segi penambahan ilmu pengetahuan bukan sahaja untuk diri sendiri malahan juga kepada sesiapa yang membacanya kelak.Sekian terima kasih. 1

Transcript of Assignment BMM 3101 New

Page 1: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENGHARGAANAlhamdullilah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurniaNya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh

pensyarah saya yang begitu saya hormati, Encik Hasizan Bin Dahalal. Setelah

beberapa minggu saya bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini akhirnya saya

telah mendapat hasil yang setimpal dengan usaha saya itu.

Sesungguhnya, tanpa seorang pembimbing yang bergelar pensyarah, saya tidak

dapat menyiapkan tugasan ini dengan masa yang diperuntukkan. Beliau telah

bersungguh-sungguh memberi penerangan bagi tugasan ini kepada saya. Sebarang

permasaalahan yang telah dihadapi oleh pelajar-pelajar di dalam kelas telah beliau

terangkan dengan terperinci sehingga pelajar-pelajar memahami tentang apa yang

tidak difahami.

Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak

membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya rakan-rakan kelas

seperjuangan. Sesungguhnya tanpa mengenal erti jemu mereka telah membantu saya

ketika saya buntu dan tidak faham beberapa perkara semasa menyiapkan tugasan ini.

Sesungguhnya budimu itu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Tidak lupa juga kepada isteri dan keluarga saya yang banyak memberi sokongan

kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik dan mengikut jangka masa

yang telah ditetapkan. Saya amat menghargai sokongan mereka yang tidak henti-henti

itu.

Akhir kata, saya berharap agar hasil tugasan saya ini akan memberi manfaat

dari segi penambahan ilmu pengetahuan bukan sahaja untuk diri sendiri malahan juga

kepada sesiapa yang membacanya kelak.Sekian terima kasih.

1

Page 2: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENDAHULUAN

Aspek kemahiran berbahasa meliputi kemahiran lisan iaitu mendengar dan

bertutur, membaca dan menulis.Kemahiran berbahasa ini membolehkan murid

menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai

bahasa ilmu untuk pelajaran seumur hidup bagi tujuan perhubungan sosial,

pemerolehan ilmu serta rekreasi.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dirangka bertujuan untuk

memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.Kurikulum Bahasa

Melayu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi

dengan menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat.Ia juga bertujuan supaya

murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Sukatan pelajaran juga mengambil kira kepada pelbagai gaya pembelajaran,

minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa

Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah juga akan memantapkan lagi penguasaan

bahasa murid.

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep

penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan dan pemulihan. Ia selaras dengan usaha

untuk memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun,

guru-guru digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti mengajar yang

sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah

bergantung pada kebijaksanaan guru untuk mengolah teknik dan penggunaan bahan

bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berkomunikasi,

berinteraksi dan berfikir.

2

Page 3: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KBSR

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah dirangka bertujuan untuk memenuhi

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu

menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi

dengan menggunakan tatabahasa secara tepat. Selain itu, murid mampu

mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping

mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberi tumpuan kepada

kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan

kemahiran menulis.Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa

Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa untuk

pembelajaran seumur hidup bagi tujuan perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta

rekreasi. Sukatan ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya

pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengandungi matlamat,

objektif dan organisasi kandungan.Organisasi kandungan merangkumi kemahiran

bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum.

Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun iaitu dari tahun satu hingga

tahun enam.Kandungan sukatan pelajaran ini diperincikan dalam Huraian Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk panduan guru dalam pengajaran dan

pembelajaran.

3

Page 4: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Matlamat

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk

melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk

memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah murid

dapat:

i. Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti dan memahaminya

dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.

ii. Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam

pelbagai situasi.

iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,

mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera dengan menggunakan

teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan

memproses maklumat secara kritis.

4

Page 5: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

v. Memupuk minat membaca sebagai amalan ke arah membina budaya

pembelajaran berterusan.

vi. Memperkembang imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai

murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis.

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur

pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses

penulisan yang sesuai dan betul.

viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta

sebutan dan intonasi yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur,

membaca, dan menulis.

ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan

karya bukan sastera.

x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik,

dan kewarganegaraan.

5

Page 6: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6

HASIL PEMBELAJARAN

Page 7: Assignment BMM 3101 New

KEMAHIRAN BAHASA

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Jenis Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca,

dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran Mendengar

7

Page 8: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti ,

memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat

memberikan maklum balas.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan

menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif

dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada

penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta

sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek

pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan

pelbagai teknik membaca.

Kemahiran Menulis 

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat

yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan

kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan

penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan

kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk

prosa, puisi, dan grafik.

Sub Tugasan 1 :

8

Page 9: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Soalan : Secara individu, anda dikehendaki membuat analisis perbezaan yang terperinci antara kandungan sukatan pelajaran bahasa melayu tahap satu dengan tahap dua.

Analisis Perbezaan Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR Tahun 3

Dan Tahun 5

Kemahiran Bahasa

Tahun 3 Tahun 5

Menulis8.0 Menggunakan pelbagai

jenis ayat dan wacana

dalam penulisan.

8.1Membina dan menulis

perkataan, ayat

tunggal dan ayat

majmuk.

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 1

i. Membina ayat tunggal

daripada perkataan

yang diberi dengan

tulisan yang cantik.

Aras 2

i. Melengkapkan ayat

majmuk dengan kata

hubung yang sesuai.

8.0Menggunakan pelbagai

jenis ayat dan wacana

dalam penulisan.

8.1Membina dan

menulis perkataan,

ayat tunggal dan ayat

majmuk.

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 1

i. Menulis perkataan

dan pelbagai jenis

ayat.

Aras 2

i. Membina ayat

tunggal dengan

perluasan subjek dan

9

Page 10: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Aras 3

i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

predikat.

Aras 3

i. Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang tepat.

Analisis Perbezaan

Perbezaan bagi kemahiran menulis untuk tahun 3 dan tahun 5

ialah untuk tahun 3, kemahiran menulis lebih menekankan kepada

membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan

tulisan cantik manakala untuk tahun 5 pula ianya lebih

menekankan kepad menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Selain itu, kemahiran menulis untuk tahun 3 ialah melengkapkan

ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai berbanding dengan

tahun 5 iaitu membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan

predikat.

10

Page 11: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Sub Tugasan 2 :

Soalan : Secara individu, rancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran

yang efektif berdasarkan empat kemahiran utama yang terdapat dalam sukatan

pelajaran bahasa melayu dengan memilih mana- mana satu tahun dari tahap satu dan

mana- mana satu tahun dari tahap dua.

RANCANGAN AKTIVITI P&P TAHUN 5 ( KEMAHIRAN MENULIS )

Kemahiran : Menulis

Tahun : 5

Hasil pembelajaran : 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam

penulisan.

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat

majmuk.

Huraian hasil pembelajaran : Aras 1

i. Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Aras 2

i. Membina ayat tunggal dengan perluasan

subjek dan predikat.

Aras 3

i. Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang tepat.

Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :-

ii. Menulis ayat dengan pelbagai jenis ayat

dengan betul.

11

Page 12: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

iii. Membina ayat tunggal dengan perluasan

subjek dan predikat dengan betul.

iv. Membina ayat majmuk dengan menggunakan

kata hubung yang tepat.

Bahan Bantu Mengajar : 1. Laptop

2. LCD projector

3. Powerpoint

4. Lembaran kerja

5. Bahan maujud

Contoh Aktiviti :

1. Membina pelbagai jenis ayat menggunakan satu perkataan yang diberikan. Contoh : Cemerlang

i. Orang yang cemerlang sentiasa berfikiran positif.

ii. Bagaimanakah cara untuk menjadi seorang murid yang cemerlang.?

iii. Ayah mahu kamu belajar sehingga lulus dengan cemerlang.

2. Menambah perkataan pada subjek dan prediket. Contoh :

i. Pemuda itu abang saya.

ii. Pemuda berkumis itu abang sulong saya.

3. Membaca dan memahami ayat tunggal yang diberikan.

4. Menghubungkan beberapa ayat tunggal menjadi ayat majmuk menggunakan kata hubung yang betul.

12

Page 13: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

RANCANGAN AKTIVITI P&P TAHUN 3 ( KEMAHIRAN MENULIS)

Kemahiran : Menulis

Tahun : 3

Hasil pembelajaran : 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam

penulisan.

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat

majmuk.

Huraian hasil pembelajaran : Aras 1

i. Membina ayat tunggal daripada perkataan yang

diberi dengan tulisan yang cantik.

Aras 2

i. Melengkapkan ayat majmuk dengan kata

hubung yang sesuai.

Aras 3

i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :-

ii. Membina ayat tunggal daripada perkataan

yang diberi dengan tulisan yang cantik.

iii. Melengkapkan ayat majmuk dengan kata

hubung yang sesuai.

iv. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang

lengkap dengan betul.

13

Page 14: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Bahan Bantu Mengajar :

- Laptop

- LCD projector

- Powerpoint

- Bahan maujud

Contoh Aktiviti :

1. Membina ayat dengan menggunakan kata terbitan, kata ganda dan istilah.

2. Mengisi tempat kosong dengan kata hubung yang betul.

3. Membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk.

4. Melafazkan ayat tunggal dan ayat majmuk yang diberikan.

5. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.

Contoh ayat tunggal :

i. Rizal sedang bermain bola

ii. Peter Lim sedang bermain bola

iii. Ganeson sedang bermain bola

Contoh Ayat majmuk :

i. Rizal, Peter Lim dan Ganeson sedang bermain bola.

14

Page 15: Assignment BMM 3101 New

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abdul Talib.(2000).Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip,Kaedah dan Teknik.Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.

Juriah Long.(1990).Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia.Fajar Bakti Sdn.Bhd.Petaling Jaya

Kamarudin Bin Jeon.(2006).Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

_________________.(2006).Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Buku Teks Tahun 4.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang.(1986).Kurikulum Baru Sekolah Rendah Tahap 1.Longman Malaysia.Sdn.Bhd.Petaling Jaya

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

15