Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

download Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

of 18

Transcript of Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    1/18

    FAKULTI PENDIDIKAN & BAHASA

    SEMESTER JANUARI 2013 ( SMP KHAS )

    HBAE 2103

    CORAK DAN REKAAN

    NO. MATRIKULASI : 690117035428001

    NO. KAD PENGNEALAN : 690117035428

    NO. TELEFON : 0133874204

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    2/18

    HBAE 2103

    1

    1. PENGENALAN

    Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek

    pemahaman, penghayatan dan kritikan. Objektif utama dalam Falsafah Pendidikan Negara

    juga telah mengenal pasti akan kepentingan mewujudkan pelajar yang kreatif dan inovatif

    dalam aspek pembangunan sahsiah dan pengembangan pendidikan seperti yang telah

    digariskan dalam Wawasan 2020.Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti

    individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan

    mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses

    tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan

    merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun

    dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan

    masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh

    mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses

    penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka.

    Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya

    dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan

    kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak

    memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaanbagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Justeru itu, pemupukan pemikiran kreatif perlu

    disemai semenjak daripada zaman kanak-kanak lagi. Guru-guru pendidikan seni visual

    sendiri perlu kreatif dan sentiasa mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran baharu dalam

    usaha menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individu kreatif.

    Storm & Storm (2002) menyatakan kepentingan kreativiti dalam masyarakat telah

    lama disedari. Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli

    psikologi menyatakan kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di

    dalam sebuah negara. Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan

    profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk

    disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin

    dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni

    dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni

    dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    3/18

    HBAE 2103

    2

    kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar,

    seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara

    (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid

    untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

    Peranan utama utama sebagai Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai

    pengurus. Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas

    pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-

    murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat

    (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai

    pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar

    dalam proses P & P. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni

    ialah:

    1) Menguruskan rutin bilik darjah.

    2) Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.

    3) Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.

    5) Mengurus aktiviti kumpulan.

    6) Mengurus karya dan hasil kerja murid.

    7) Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.

    8) Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik.

    9) Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni yang

    menyeronokkan.

    10) Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.

    Guru Pendidikan Seni Visual juga berperanan sebagai pembimbing dalam

    pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru kepada murid

    mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk

    minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku

    apabila ia dijalankan dalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab

    dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    4/18

    HBAE 2103

    3

    untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai

    pembimbing, perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam P &

    P Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis

    pemandangan di tepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-

    murid mengenai suasana di tepi pantai. Guru perlu membimbing murid-murid melukis

    gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya,

    murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru melalui nilai

    instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya

    seni visual.. Sikap menghormati pandangan murid juga perlu ada pada seorang guru

    Pendidikan Seni Visual. Bimbingan dan dorongan sebegini akan membantu murid-murid

    memahami dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual.

    Guru juga berperanan sebagai motivator pembelajaran yang berkesan dalam bilik

    darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978).

    Merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar semasa P

    & P Seni Visual, perlulah berperanan memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang

    disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan

    seharian. Selain itu, dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin

    melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya dengan melalui teknik memberi komentar

    yang positif, mewujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid, memberi

    kebebasan memilih alat dan bahan. Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilihbahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

    Guru sebagai pemudah cara, kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu

    yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid- murid. Menurut Joyce, B., & Weil, M.,

    (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan

    murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan

    pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud,

    pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami

    oleh murid. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat poster bagi

    menyambut hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di

    tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak

    memberi bantuan yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu

    bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyediakan wording yang sesuai untuk

    membuat kain rentang tersebut. Mereka hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    5/18

    HBAE 2103

    4

    disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai

    kemahiran asas dalam menghasilkan poster.

    Guru sebagai Inisiator yang menbawa maksud individu yang sentiasa berusaha dan

    mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk

    menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan. Kesungguhan

    dalam melaksanakan P & P, pasti memberi semangat kepada murid-murid untuk turut

    berusaha menghasilkan karya seni terbaik. Usaha-usaha yang wajar dilakukan ialah

    merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid,

    merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P., memberi kefahaman

    melalui dinamika kumpulan, membantu murid dalam memperkembangkan ilmu seni,

    menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid dan seterusnya

    menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik perhatian murid. Peranan

    inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung akan

    mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam

    penghasilan karya seni.

    2. ISI KANDUNGAN

    Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Perlakuan

    Berdasarkan pemerhatian terhadap lima orang pelajar tahun 5, didapati kelima-lima

    pelajar terbabit telah memilih serta menyesuaikan warna mengikut kehendak mereka untuk

    tujuan tertentu. Warna adalah memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Warna

    merupakan unsur yang sangat penting dalam penghasilan karya seni. Warna dapat diperolehi

    di mana-mana sahaja. Warna juga mempengaruhi personaliti dan juga psikologi individu.

    Personaliti seseorang itu boleh serta dapat ditonjolkan melalui penggunaan warna kegemaran.

    Dalam bidang psikologi seni, warna dapat mempengaruhi emosi seseorang. Warna yang

    terang dan cerah dapat menimbulkan perasaan riang dan gembira. Manakala warna yanggelap dan kelam menimbulkan perasaan muram serta sedih. Dalam seni visual, warna

    dijadikan sebagai alat komunikasi yang sangat berkesan. Ianya mudah ditafsirkan. Selain itu

    warna juga boleh menjadikan sesuatu gubahan itu lebih menarik atau sebaliknya.

    Berdasarkan hasil corak seperti yang dilampirkan, di dapati pelajar ramai memilih warna-

    warna yang lembut seperti warna biru, hijau, kuning cair dan merah muda sebagai warna bagi

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    6/18

    HBAE 2103

    5

    catan corak mereka. Warna biru menggambarkan ketenangan dan kedamaian, manakala hijau

    menggambarkan kesegaran, alam sekitar, kematangan dan kegembiraan. Dan bolehlah

    dikatakan mereka berada dalam situasi yang tenang tanpa sebarang tekanan.

    Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan

    gubahan seni dan mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran merupakan perlakuan

    dalam tujuan membuat corak dan rekaan. Pelajar-pelajar tahun 5 ini telah memilih bahan-

    bahan dari alam semulajadi seperti ubi kentang, bendi, daun kering, bawang merah dan

    pelbagai bentuk daun hidup untuk menghasilkan corak mereka. Daripada bahan-bahan ini

    murid dapat mengolah dan mengubahsuai untuk dijadikan satu corak yang menarik. Biasanya

    corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk

    dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita. Motif terdiri daripada motif flora,

    fauna, geometrical dan organik. Merujuk dari hasil kerja mereka didapati kedua-dua cara

    mendapatkan corak digunakan iaitu corak terancang dan juga tidak terancang. Manakala jenis

    susunannya juga berlainan pada setiap murid.

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    7/18

    HBAE 2103

    6

    Selain itu, membuat corak dan rekaan juga dapat memberikan pelajar mempunyai

    pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya kordinasi mata dan tangan yang baik untuk

    menghasilkan karya seni mereka. Pelajar dapat membuat pengamatan dengan membuat

    penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Melalui corak, pelajar

    belajar mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu hasil kerja iaitu mengetahui

    sesuatu proses penghasilan hasil seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

    Tujuan penghasilan corak dari sudut kognitif adalah memberi peluang kepada pelajar

    menjana idea mereka. Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak membantu mereka

    dalam meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Corak dan bahan apa yang perlu digunakan

    serta teknik yang sesuai dan menarik yang digunakan. Seterusnya kita lihat dari sudut fizikal

    pula. Corak dan rekaan boleh melatih pelajar dari segi psikomotor mereka terutama motor

    tangan mereka. Ini kerana mereka akan menggunakan tangan dan mata dalam membentuk

    corak daripada bahan semulajadi seperti ubi kentang, lobak dan sebagainya untuk

    menghasilkan corak yang lebih menarik.

    Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Persepsi

    Persepsi merupakan tanggapan seseorang terhadap sesuatu perkara setelah orang itu

    mengalami sendiri perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara

    spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara

    berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986)

    menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan. Persepsi adalah satu

    proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    8/18

    HBAE 2103

    7

    persekitarannya. Hasil corak dan rekaan yang dibuat oleh lima orang pelajar tahun lima ini, di

    dapati ada pelajar secara tidak langsung menggunakan prinsip seni reka seperti imbangan,

    harmoni, penegasan, kepelbagaian, kesatuan dan kontra dalam penghasilan corak. Harmoni

    merujuk kepada susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara tertentu sama

    seimbang atau berhubung kait. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik

    perhatian pada sesuatu objek ataupun imej yang dihasilkan. Selain itu ianya memberi

    gambaran yang kemas, selesa, sempurna, menyeronokkan dan seimbang. Dalam istilah seni

    harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni

    wujud dalam penggunaan garisan dan warna. Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur

    yang bercanggah. Walau bagaimanapun unsur kontra wujud dalam hasil kerja pelajar-pelajar

    ini, Di mana fungsi kontra ini telah menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan

    kebosanan dan kesan pergerakan, disamping mewujudkan unsur penegasan. Ianya berlaku

    bila mana penggunaan imej corak kecil dikalangan yang besar ataupun penggunaan bahan

    yang berlainan saiz dan juga bentuk..

    Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan

    tumpuan. Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

    a. Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan

    bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)

    b. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi

    mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.

    Kontra dari segi bentuk

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    9/18

    HBAE 2103

    8

    Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza

    dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan

    dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni

    seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan. Kesatuan merupakan

    olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan

    tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna

    dapat mewujudkan kesatuan. Selain daripada menyedari prinsip seni reka, Corak dan rekaan

    juga meningkatkan daya kreativiti di kalangan murid-murid. Corak dan rekaan banyak

    membantu pelajar mencipta dan mencetuskan idea mereka masingmasing. Kebebasan

    menggambarkan corak mereka sedikit sebanyak membantu mereka melahirkan idea mereka.

    Pemilihan warna yang sesuai, teknik yang sesuai dan menarik membantu mereka

    menghasilkan corak yang menarik mengikut kreativiti mereka. Maka, boleh dikatakan di sini

    bahawa antara tujuan adan fungsi corak adalah untuk memberi peluang kepada pelajar

    meluahkan idea mereka menerusi corak dan rekaan warna mengikut kebebasan mereka.

    Mereka juga dapat belajar dan membuat peniruan dengan keadaan yang sebenar, mengolah

    dan menghasilkan corak mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri. Melalui kemahiran

    membuat corak dan rekaan, kita membantu kanak-kanak meningkatkan pengamatan mereka

    apabila mereka meneliti corak-corak yang dihasilkan melalui motif-motif yang diminta.

    Kanak-kanak akan cuba mengkaji dan melihat hubungkait antara motif-motif danrekaan serta corak yang dibuat. Kepekaan pengamatan mereka dapat dilihat andainya corak

    tersebut menepati dengan motif yang diminta. Contohnya, jika ditugaskan mereka untuk

    membuat rekaan dan corak bermotifkan flora, kita dapat melihat bagaimana mereka akan

    melihat alam semula jadi ini sebagai sebuah motif dan hasil tersebut adalah berdasarkan

    kepada pengamatan mereka kepada flora. Contoh yang lain pula ialah apabila sesuatu rekaan

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    10/18

    HBAE 2103

    9

    dan corak itu bermotifkan hidupan laut, maka, kepekaan kanak-kanak kepada hidupan laut

    dapat ditonjolkan seperti corak tapak sulaiman yang berbentuk bintang. Bentuk tersebut

    adalah berdasarkan pengamatan mereka seterusnya dilahirkan kepada corak yang menarik.

    Dapat dinyatakan disini, melalui pembelajaran membuat corak dan rekaan amat membantu

    kanak-kanak meningkatkan daya pengamatan mereka untuk menghasilkan corak yang lebih

    menarik dan kreatif. Melalui jenis-jenis susunan corak, ia membantu murid untuk membuat

    corak yang menarik berdasarkan susunan terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspresi

    mereka. Pemikiran mereka dapat dikritiskan melalui hasilan serta pengamatan mereka di

    dalam melaksanakan aktiviti mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan

    aktiviti tersebut, kanak-kanak akan membuat penerokaan serta mengkaji motif-motif yang

    ingin digunakan, setrusnya mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk dijadikan

    corak dan seterusnya membuat lakaran yang sesuai. Melalui pemikiran pula mereka membuat

    keputusan yang tepat untuk memilih dan seterusnya mebuat sesuatu rekaan.

    Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Pengetahuan Budaya

    Kita tahu, sejak daru dahulu lagi, corak-corak terhasil adalah daripada pengamatan

    pereka-perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak-corak dari alam flora seperti

    bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua adalah berdasarkan pengamatan orang

    dulu-dulu didalam membuat sesuatu corak dan rekaan. Maka tidak dapat disangkalkan lagibahawa mempelajari seni corak dan rekaan amat membantu kanak-kanak di dalam

    meningkatkan kepekaan pengamatan mereka. Brown (1980), mendapati bahawa pengalaman

    kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan

    kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaan-

    perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi

    pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan

    pemikiran yang kritis.

    Dalam penghasilan corak dan rekaan, unsur utama yang menjadi corak itu unik

    adalah dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarmakan

    dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunakan biasanya yang berunsur alam

    semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna,

    flora dan geometri. Pelajar-pelajar biasa melihat contoh corak daripada pemerhatian dan

    pengalaman mereka seperti kain batik sarung, kain tenunan songket, corak di wau dan

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    11/18

    HBAE 2103

    10

    sebagainya. Daripada pemerhatian dan pengalaman ini, pelajar dapat mengenal dan membuat

    corak-corak tradisional mudah dan seterusnya mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur

    corak kraftradisional. Sebagai contoh, dalam susunan reka corak kain songket terdapat tiga

    jenis kumpulan iaitu susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur dan juga susunan

    bercorak. Hasil corak dan rekaan murid ini walaupun tidak sepenuhnya mengikut susunan

    reka corak kain songket tetapi ada motif-motif yang diselitkan seperti batu bata dan ulangan

    selang seli. Selain itu susunan bercorak juga ada diselitkan seperti ruang zig-zag disebut

    corak siku keluang, bahagian berpetak disebut corak disebut tapak catur dan ruang tegak

    disebut corak berdiri.

    Dengan mengenal dan menghayati corak-corak tradisional mudah ini, pelajar

    seterusnya dapat menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan

    kebangsaan.

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    12/18

    HBAE 2103

    11

    3.0 MAKLUMAT SOKONGAN ( HASIL KAJIAN )

    Dalam memenuhi kehendak tugasan ini, pengkaji telah memilih untuk menjalankan

    aktiviti menghasilkan karya seni tampak berupa aktiviti mencapan bagi murid darjah 5 yang

    melibatkan responden seramai 5 orang iaitu 3 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan.Rasional

    pengkaji dalam pemilihan teknik seni capan ini bagi membolehkan penilaian secara subjektif

    melalui pengamatan dan kaedah analitik pemarkahan dengan beberapa kriteria pemarkahan

    yang telah ditetapkan.

    Antara matlamat utama dalam melaksanakan aktiviti PSV ini untuk mengenal pasti

    aktiviti membuat corak dan rekaan dapat membentuk perlakuan, persepsi dan pengetahuan

    budaya murid selaras dengan matlamat aktiviti yang dijalankan. Ringkasan pengajaran dan

    pembelajaran adalah seperti berikut:

    Tajuk Keterangan/Deskripsi

    Aktiviti Menghasilkan Corak dan Rekaan

    Tahap Pelajar Pelajar Tahap 2Darjah 5

    Subjek/Teknik Pendidikan Seni Visual[Kaedah mencapan -Corak dan Rekaan]

    Objektif Aktiviti ini mensasarkan objektif berikut:

    Menghasilkan corak dan rekaan melalui teknik mencapan

    menggunakan bahan seperti daun, sayuran dan ubi kentang

    Menghasilkan karya seni yang mencerminkan ekspresi pelajar,

    perlakuan dan pengetahuan budaya

    Pengetahuan mencampurkan warna dalam menghasilkan karya

    Memupuk dan menyerlahkan kreativiti pelajar dalam

    menghasilkan corak dan rekaan

    Bahan Set warna air, berus, alat memotong dan kertas lukisan. Manakala bahan

    cetakan adalah ubi kentang, daun dan kacang bendi.

    Pengujian/

    Penilaian

    Merumus perhubungan antara perlakuan, persepsi dan pengetahuan

    budaya mempengaruhi hasil corak dan rekaan pelajar

    Bidang kegiatan membuat rekaan dan corak memberi peluang kepada murid

    memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu

    rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    13/18

    HBAE 2103

    12

    daripada kegiatan lain seperti binaan,kraf dan sebagainya. Corak boleh dihasil daripada

    pelbagai teknik dan cara. Corak merupakan struktur susunan ulangan motif yang dibuat

    samada secara terancang dan tidak terancang yakni bebas. Seringkali corak dihasilkan

    daripada motif alam semula jadi, bahan buatan manusia, organic, geometri dan juga rupa

    barangan kraf tradisional. Teknik corak pula terdiri daripada dua jenis iaitu yang dibuat

    secara terancang dan tidak terancang atau bebas. Manakala jenis-jenis susunan corak pula

    terdiri daripada ulang sekata, berselang-seli, batu-bata, bertimbal, berpusat, bertindih dan

    susunan beralun.

    Aktiviti yang dijalankan didahului dengan penerangan secara ringkas oleh guru

    dengan penerangan tentang objektif yang hendak dicapai dan juga beberapa contoh karya

    pelajar terdahulu di samping penerangan tentang teknik mewarna, campuran warna dan

    penggunaan medium untuk mencorak dan membuat rekaan dengan motif bebas.

    Penggunaan Bahan

    Penggunaan pelbagai medium atau bahan dititikberatkan dalam menghasilkan karya.

    Guru memberikan motivasi agar pelajar menggunakan gabungan sekurang-kurangnya

    dua bahan berlainan.

    Penggunaan Warna

    Dalam penghasilan karya yang unik dan segar, pengunaan warna yang segar dan

    menarik merupakan aspek penting dalam menarik perhatian pengajar dalam proses

    penilaian. Gabungan warna prima dan sekunder juga turut diterangkan dengan

    ringkas.

    Gubahan dan Ekspresi Karya

    Aspek yang terpenting adalah dalam menzahirkan luahan dalaman melalui

    karya pelajar dengan memberikan penerangan aspek bagaimana mengubah corak

    dan rekaan pelajar. kaedah mencorak secara bertindih, berselang-seli dan

    gabungan bentuk medium yang digunakan dalam penghasilan karya pelajar yang

    unik. Ini dilaksanakan untuk menerbitkan keyakinan pelajar dalam perhubungan

    sosial iaitu berkomunikasi dan berkongsi luahan dan ekspresi karya yang

    dihasilkan.

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    14/18

    HBAE 2103

    13

    Kreativiti

    Komponen akhir ialah kreativiti pelajar dalam menghasilkan karya. Para pelajar

    digalakkan untuk menggunakan daya imaginasi dalam menyerlahkan lagi karya yang

    dihasilkan seperti contoh teknik susun atur corak terancang dan tidak terancang.

    Melalui teknik capan, berbagai-bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan

    menggunakan pelbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan

    bahan alam semulajadi ( sayur-sayuran) dan juga capan bahan buatan manusia seperti garfu,

    tudung pen, duit syiling dan sebagainya. Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi berbagai-

    bagai jalinan pada hasil capan. Sebelum menghasilkan corak dan rekaan menggunakan teknik

    capan ini, guru dan murid telah berbual-bual tentang corak dan rekaan yang mereka tahu dan

    faham. Hasil daripada perbualan itu, Ada pelajar menyatakan pernah tengok corak dan

    bunga-bunga kerawang di wau bulan, baju batik, kertas pembalut dan juga di kain batik

    sarung ibu mereka. Di sini jelas menunjukkan bahawa sebelum murid meneroka dan

    membuat corak, murid telah ada pengetahuan sedia ada mengenai corak dan rekaan

    berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka.

    Perlakuan merujuk kepada tingkah laku para pelajar dalam menunjukkan tindak balas

    yang positif semasa penerangan sebelum aktiviti dijalankan dengan beberapa pelajar

    mengajukan beberapa soalan untuk mendapatkan penjelasan terutama dalam aspek apa yang

    ditakrifkan dengan motif bebas. Ini menunjukkan reaksi positif psikomotor dan kognitif

    dalaman pelajar sebelum melaksanakan aktiviti. Sifat aktif juga ditunjukkan melalui

    pemerhatian pengkaji terutama melalui interaksi kalangan pelajar dalam menentukan bentuk

    karya yang hendak dihasilkan memalaui pertukaran idea di kalangan mereka terutama dalam

    mengaplikasi teknik capan secara bertindih, berselang-seli mahupun andaian tentang corak

    yang akan dihasilkan.

    Walau bagaimana pun, corak dan rekaan kanak-kanak dikaitkan dengan makna dansimbol. Simbol dalam karya seni adalah makna yang terkandung dalam sebuah karya seni. Ia

    boleh wujud berupa garisan, bidang, ruang dan warna. Daripada pemerhatian yang telah

    dibuat pada hasil karya murid, didapati murid-murid ini menyukai warna yang terang dan

    sedikit gelap seperti warna merah, hijau tua, coklat dan oren. Warna juga mempunyai

    komposisi tertentu sebagai peranan dalam berkarya. Dalam perkembangan dunia seni lukis

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    15/18

    HBAE 2103

    14

    barat, pelukis menggunakan warna sebagai menimbulkan objek yang dilukis. Dalam catan

    relisma warna digunakan sebagai memperkenalkan objek yang dilukis agar menepati bentuk

    asal. Warna-warna di campur agar menimbulkan rupa objek sebenar. Warna juga digunakan

    sebagai alat representasi pelukis dalam menterjemahkan makna. Oleh yang demikian, warna

    mempunyai peranan sebagai menentukan komposisi artistik dalam sesebuah karya. Antara

    lain tujuan warna ialah:

    1. Bagi menimbulkan kesan nilai estetik melalui penggunaan antara warna.

    2. Memberi kualiti ruang dalam satah gambar dalam karya seni.

    3. Memberi kesan penampilan objek yang dilukis.

    4. Menghasilkan kesan suasana dan idea yang tersirat.

    5. Memberi kesan ekspresi dari perasaan dan emosi diri pelukis.

    6. Untuk menarik perhatian secara langsung terhadap penumpuan objek dari segi

    komposisi dan organisasi pengkaryaan.

    Kepentingan warna dapat diperhatikan dalam kehidupan seharian manusia.

    Misalnya warna digunakan di dalam seni bina bagi meningkatkan kesan ruang (Azhar et. al,

    2004). Menurut Ryan dan Conover (2004) warna dapat berkomunikasi dengan serentak

    dalam pelbagai cara seperti estetika, budaya, emosi dan persendirian.Dalam kehidupan kita

    seharian warna mempunyai peranan yang sangat penting.

    Secara umumnya peranan warna dalam pengkaryaan seni visual sangat penting dan

    dititik beratkan. selain perkara yang dibincangkan, paling penting mengetahui tentang teori

    warna dan psikologi warna. Walau bagaimana pun manusia mempunyai latar budaya yang

    berbeza mengikut budaya masing-masing (Silayoi dan Speech, 2004). Misalnya, merah

    dikaitkan dengan kebudayaan orang-orang Cina dan hijau mempunyai perkaitan dengan

    Islam (Azhar et al, 2004). Persepsi yang jelas dapat dilihat adalah melalui corak yang

    dihasilkan terutama dari perspektif susun atur cetakan capan yang dihasilkan menunjukkan

    para pelajar jelas tentang apa yang dimaksudkan ekspresi seni. Susunan corak dan rekaanyang tersusun dan teratur menggambarkan keadaan emosi dan psikologi pelajar yang tenteran

    dan stabil..

    Hasil karya pelajar juga menunjukkan keterampilan yang ketara dalam aspek

    pengetahuan budaya para pelajar. Manipulasi corak yang dihasilkan melalui corak yang tidak

    menggunakan satu kaedah ciptaan iaitu kepelbagaian susun atur corak yang dihasilkan dalam

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    16/18

    HBAE 2103

    15

    bentuk condong, sendeng, melintang dan silang bertindih menggambarkan latar belakang

    budaya yang sihat dan bewarna-warna. Ini boleh dikaitkan dengan keharmonian dan

    perkembangan positif dalam jiwa para pelajar. Adunan warna yang pelbagai dalam

    penghasilan karya juga boleh dilihat sebagai elemen positif iaitu lambang keberanian pelajar

    menggabungkan beberapa warna dalam menghasilkan warna sekunder yang lain agar karya

    mereka nampak unik, segar dan menarik.

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    17/18

    HBAE 2103

    16

    4. KESIMPULAN

    Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan

    warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan

    afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan

    harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai

    alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan

    diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni

    sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland

    (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif),

    semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya

    masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan

    seni. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPMiaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh

    menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).

    Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan

    dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

    Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya

    intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat mengamal

    pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan

    mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif. Secara tidak

    langsung dapat menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi. Seni

    dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat

    melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Disamping berperanan

    dalam pendidikan dapat memupuk sifat kecintaan pada seni dan estetika.

    (4,1265 patah perkataan)

  • 7/28/2019 Assignment Cikgu Corak Dan Rekaan

    18/18

    HBAE 2103

    17

    RUJUKAN

    Boon, P.Y. dan Ragbir Kaur. (1998). Psikologi 2. Kuala Lumpur: Utusan Publications and

    Distributors

    Cronbach,L.J.(1970).Essential of Psycological Testing (3rd ed) New York: Harper &

    Row.

    Crow & Crow (1983): Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Gardner, H. (1983). Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic

    Books

    Gay,L.R (1985).Educational and Evaluation and Measurement.Competencies for

    analysis and application 2nd ed. Charles E.Merril.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2001);Penilaian Kendalian Sekolah. Pusat

    Perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (Nov.2003):Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata

    pelajaran MPV. Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Mohd Azhar Abd. Hamid.(2001). Kritis dan Kreatif. Johor: Penerbit Universiti Teknologi

    Malaysia.

    Mohd. Azhar Abd.Hamid (2004) Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis.Johor.Universiti

    Teknology Malaysia

    Popham,W.J (1975) .Educational Evaluation. New Jersey:Printice Hall Inc.

    Popham,W.J (2000). Testing: What every parent should know about school tests.

    London: Allyn & Bacon.

    Stoner (1984); The Function of Executives Cambridge, Harvard University Press:

    Strategy, Quality and Resources Philadelpia. Open University Press.

    Torrance, E.P. (1974). The Torrance tests of creative thinking: Technical- norms manual

    Bensenville, IL: Scholatic Testing

    Torrance, E. P. 1973. Creative Learning and Teaching. New York: Dodd Mead.