Assignment EDU- By wiwit
-
Upload
sophie-river -
Category
Documents
-
view
1.089 -
download
2
Transcript of Assignment EDU- By wiwit
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JALAN DATIN HALIMAH, 80350, JOHOR BAHRU, JOHOR
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK
EDU3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
TAJUK KKP :
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
NAMA AHLI KUMPULAN : CHIAR PHEI JING
(881115-06-5596)
NGU SZE YIEN
(900416-13-7750)
SITI NURSAFIAH BT MOHD RASHID
(900106-10-5438)
NORDIANA BT ANUAR
(900825-03-5472)
OPSYEN : KUMPULAN 1 [ 3 PISMP- MT/PJ/BC &
PJ/PK/BM (AMBILAN JAN 2010) ]
PENSYARAH PEMBIMBING : DR. LIM
TARIKH SERAHAN : 14 FEBRUARI 2011
1.0 Pengenalan
Disiplin ditafsir sebagai latihan yang dijangkakan menghasilkan watak
ysng khusus atau pola tingkah laku. (American Heritage Dictionary of the English
Language dalam Choong Lean Keow, 2009). Menurut Choong Lean Keow
(2009), disiplin dalam bilik darjah pula merujuk kepada peraturan yang dibentuk
dan usaha guru untuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik serta
membantu murid-murid untuk berkelakuan baik.
Dengan kata lain, konsep disiplin dalam bilik darjah mengutamakan
latihan yang dijalankan bertujuan untuk mengembangkan potensi individu yang
meliputi pelbagai aspek, antaranya termasuklah latihan dari segi aspek intelek,
jasmani, rohani dan sosial.
Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik untuk
mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. (Mok Soon
Sang, 2009). Jadi, kami akan menghuraikan model-model modifikasi yang
terdapat dalam pengurusan bilik darjah dalam penulisan kerja kursus ini. Model-
model modifikasi yang akan dihuraikan adalah seperti Model Modifikasi Tingkah
Laku Skinner, Model Asertif Canter, Model Logikal Dreikurs, Model Kelompok
Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser.
Menurut Choong Lean Keow (2009), tindakan disiplin yang berkesan
ditentukan oleh keupayaan guru untuk mengurangkan berlakunya tingkah laku
yang tidak wajar dan mengekalkan tingkah laku yang wajar. Berdasarkan
pendapat ini, kami akan menghuraikan tindakan yang boleh diambil oleh dua
orang guru berasaskan tiga model modifikasi yang dihuraikan bagi mengatasi
masalah yang dihadapi.
Kesemua model-model modifikasi yang akan dihuraikan amat penting. Hal
ini kerana guru akan dapat memahami isu-isu disiplin dan masalah-masalah
murid dan seterusnya guru akan mampu memainkan peranan untuk membentuk
individu yang berilmu pengatahuan dan berakhlak mulia secara lebih berkesan.
Selain itu, strategi yang boleh diambil oleh dua orang guru tersebut untuk
menyelesaikan situasi yang mereka hadapi akan turut dibincangkan.
2.0 Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan
Menurut Doyle (1979), pengurusan bilik darjah adalah satu proses
menyelesaikan masalah berhubung dengan peraturan dalam bilik darjah.
Terdapat beberapa model yang boleh diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah
yang bakal timbul dalam kehidupan seorang guru apabila berhadapan dengan
murid-murid bermasalah sebegini. Model-Model disiplin ini sebenarnya
mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri, aplikasi model-model tersebut
bergantung kepada keadaan situasi dan kes yang dihadapi.
2.1 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan
hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang
mementingkan tingkah laku dalam pembentukan keinginan. Tingkah laku adalah
kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan positif manakala ia akan berubah
kepada kelemahan individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi hukuman.
Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku
kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Tingkah laku juga akan
mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap.
Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-
kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman
dijalankan, tingkah laku akan menjadi semakin lemah. Hukuman adalah berbeza
dengan pengukuhan negatif.
2.2 Model Asertif Canter
Model ini dicipta oleh Lee dan Marlene Canter apabila mereka mendapati
banyak guru kurang mampu mengawal tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah.
Merupakan sebuah model penegasan pengurusan tingkah laku. Model ini adalah
salah satu model yang termasyhur dan sangat diminati oleh ramai guru kerana
mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta amat berkesan. Model ini
juga jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkan murid-murid di dalam bilik darjah.
Pelan disiplin ini terbahagi kepada tiga bahagian :
a) Peraturan
b) Pengenalan positif
c) Akibat/kesan
Seorang guru hendaklah menegaskan tingkah laku yang sopan santun,
dan sentiasa bertanggungjawab ke atas tingkah laku murid-muridnya. Seorang
guru perlu mempunyai perkara-perkara asas di dalam kelasnya, termasuk:
a) menggunakan persekitaran pembelajaran semaksimum mungkin.
b) mempunyai hak untuk menentukan, meminta, dan mengharapkan
sikap murid yang sentiasa dapat memberikan kerjasama.
c) mendapat bantuan apabila guru meminta pertolongan daripada ibu
bapa mahupun penjaga murid-murid.
Murid-murid juga mempunyai hak-hak yang tertentu, termasuk:
a) mendapat seorang guru yang boleh membantu mereka sehingga
tahap kerjasama mereka.
b) mendapat sokongan yang positif daripada guru apabila mereka
memberikan kerjasama yang positif.
2.3 Model Logikal Dreikurs
Pengajaran demokratik dan berdepan dengan kesalahan. Disiplin adalah
bukannya satu bentuk hukuman sebaliknya merupakan satu cara untuk
mengajar murid-murid untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri.
Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka
mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan
penghargaan. Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian
orang lain agar memberikan perhatian kepadanya.
Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan
perhatian, kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak
puasan hati. Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh
kanak-kanak dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.
2.4 Model Kelompok Kounin
Model Kelompok Kounin menekankan aspek pengurusan kelas.
Pembelajaran yang optimal akan berlaku apabila guru sentiasa cakna tentang
kemahuan dan keperluan murid. Kebosanan dapat dielakkan dengan
memperlengkapkan sesi pembelajaran dengan bermacam-macam aktiviti,
persekitaran dan suasana kelas yang kondusif serta peka terhadap kemajuan
murid.
Model Kounin ini mempunyai lima perkara utama iaitu:
a) Merangkumi semua (withitness)
Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta memahami
perasaan serta menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara
berbincang, dan ambil tahu latar belakang murid.
b) Bertindih (overlapping)
Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk menguruskan
banyak perkara pada sesuatu masa sambil mengawal keadaan kelas.
c) Momentum (momentum)
Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak.
Mereka adalah ciri-ciri guru yang peka.
d) Kelancaran (smoothness)
Guru harus mengekalkan proses pembelajaran dan pengajaran secara
maksima dan teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk
atau topik pengajaran. Guru mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti
di dalam kelas.
e) Fokus kumpulan (group focus)
Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu :
i. melibatkan murid secara keseluruhan
ii. mewujudkan P & P yang lebih menarik
iii. menarik perhatian murid
2.5 Model Terapi Realiti Glasser
Perilaku atau tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik
atau bijak. Glasser lebih menumpukan kepada perbincangan kelas. William
Glaser menegaskan nilai timbang rasa adalah penting.
Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa
membantu murid-muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga
sebaik-baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin berlaku jika
tersalah membuat pilihan.
Murid-murid juga perlu bertanggungjawab dan menerima segala akibat
yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka.
3.0 Analisis Kajian Kes
Apabila seseorang guru berhadapan dengan sesuatu masalah di dalam
bilik darjah, beliau perlu mengaplikasikan model-model yang sesuai bagi mencari
jalan penyelesaian yang sempurna dan baik untuk menangani masalah yang
dihadapi.
Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita harus memahami dan
menyelami model-model modifikasi yang kita pelajari agar kita akan peka
terhadap perasaan pelajar dan juga persekitaran bilik darjah. Hal ini dapat
membantu kita untuk menganalisis keadaan pelajar serta bilik darjah demi
mewujudkan disiplin yang tinggi dan suasana pembelajaran yang kondusif.
3.1 Situasi 1
Cikgu Hashim mengajar mata pelajaran Sains di kelas Lima Orkid. Ada
beberapa orang pelajar di kelas itu yang suka membuat bising seperti
tidak berminat untuk belajar. Sebagai seorang guru yang baru, situasi
tersebut menimbulkan masalah kepada Cikgu Hashim dalam pengajaran.
Dalam masa yang sama, dia juga telah dipertanggungjawabkan oleh
pihak sekolah menjadi guru darjah kelas tersebut.
Berdasarkan situasi di atas, kami telah memilih Model Asertif Canter.
Model ini sesuai dilaksanakan kerana model ini menegaskan kepentingan
mempunyai sikap yang sopan dan baik dalam diri setiap individu. Model ini
menerangkan bahawa guru perlulah mengajar dan menanam nilai kesopanan di
dalam diri mereka. Ganjaran akan diberikan jika mereka berjaya menjaga
tingkahlaku yang diingini. Ganjaran ini boleh berbentuk material atau bukan
material. Ganjaran berbentuk material adalah berbentuk maujud (wujud) seperti
gula-gula dan sebagainya manakala ganjaran bukan material pula seperti kata-
kata pujian contohnya “bagus!”, “pandai!” dan lain-lain perkataan yang dapat
membangkitkan semangat murid-murid.
Selain itu, Model Kelompok Kounin juga merupakan model yang dapat
digunakan untuk menyelesaikan masalah pada situasi 1. Model ini
mementingkan keupayaan guru untuk mengawal kelas dengan efektif dan
berkesan. Guru perlulah cakna terhadap keperluan dan kehendak murid-murid.
Guru yang memilih model ini sebagai penyelesaian perlulah mempunyai
karakteristik seperti peramah, dapat melakukan banyak perkara pada suatu
masa, mampu mengagak sesuatu situasi yang bakal berlaku, berupaya
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah dan berupaya membuatkan pelajar fokus semasa proses
pengajaran berjalan. Jika kesemua ciri-ciri ini ada di dalam diri guru tersebut
nescaya beliau akan berjaya mengawal kelasnya dengan baik dan masalah yang
dihadapi dapat ditangani dengan berkesan sekali.
3.2 Situasi 2
Cikgu Taufik yang mengajar kelas Tahun 5 Lily mendapati seorang murid
bernama Edra agak lemah dalam Bahasa Inggeris. Dia tidak bersedia
untuk mengikuti sesi pembelajaran kerana sering tidak membawa buku
teks, jarang menyiapkan kerja rumah dan bersifat pasif semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Edra suka melepak bersama-sama rakan-
rakan sehingga larut malam. Ibunya baru meninggal dunia dan ayahnya
bekerja sambilan sebagai pengawal keselamatan dari pukul 7.00 malam
sehingga 7.00 pagi.
Berdasarkan situasi di atas, kami telah memilih adalah Model Logikal
Dreikurs yang menyatakan pengajaran bersifat demokratik dan mestilah
berdepan kesalahan. Tindakan disiplin bukan satu bentuk hukuman. Sebaliknya
ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap
kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan
memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat.
Edra yang mempunyai masalah keluarga telah menjadi pelajar
bermasalah dan ini menyebabkan pelajarannya terganggu. Edra yang baru
kematian ibunya berasa kehilangan dan kesunyian memandangkan ayahnya
yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak memberikan perhatian yang
secukupnya kepada Edra. Edra dibiarkan mengharungi kehidupan seharian
bersendirian dan dibiarkan keseorangan di rumah pada waktu malam
memandangkan ayahnya bekerja semalaman.
Masalah-masalah tingkah laku selalunya muncul dan kelihatan bukan
hanya kerana anasir luar tetapi apabila keperluan sesorang individu itu tidak
dipenuhi dengan sebaiknya. Ini sesuai dengan pendapat Maslow (1968) yang
menekankan bahawa manusia mempunyai dua keperluan asas dan salah
satunya adalah keperluan asas. Antara keperluan-keperluan asas termasuklah
keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan
penghargaan dan keperluan kesempurnaan kendiri. Kesemua keperluan ini
mempunyai peranannya yang tersendiri bagi mengelakkan seseorang itu
menghadapi masalah tingkah laku.
Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka
mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan
penghargaan. Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian
orang lain agar memberikan perhatian kepadanya. Jadi tindakan Edra yang suka
melepak dengan rakan-rakannya adalah kerana inginkan perhatian. Segala
tindakan Edra dengan tidak membawa buku teks, kurang tumpuan di dalam
kelas dan melepak dengan rakan-rakannya sehingga larut malam mungkin
bertujuan bagi mendapatkan perhatian. Masalah-masalah ini perlulah
dikenalpasti puncanya dan guru perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Seperti mana yang telah dibincangkan, Model Logikal Dreikurs adalah
sesuai untuk diaplikasikan oleh Cikgu Taufik untuk menyelesaikan masalah yang
ditimbulkan oleh Edra. Menurut model ini, Dreikurs menekankan guru perlu
mengenal pasti punca salah laku. Murid juga perlu dibimbing untuk memahami
peraturan bilik darjah. Dreikurs juga memfokuskan lebih kepada kepentingan
guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk
bersama-sama menjaga disiplin bilik darjah.
Dengan merujuk kepada model ini, Cikgu taufik mestilah mencari punca-
punca yang menyebabkan murid itu menjadi bermasalah. Sebagai seorang guru
beliau perlu mengenalpasti kesalahan dalam cara pengajaranya dan berusaha
untuk mencari jalan untuk meyakinkan murid berkenaan serta menyelesaikan
masalahnya.
Selain itu, sekali lagi Model Kelompok Kounin menjadi pilihan untuk
digunakan kerana model ini mementingkan pengurusan kelas yang betul.
Seorang guru harus bersedia, pengurusan kumpulan dengan baik, kekalkan
keadaan kunci pengurusan kumpulan efektif dan pembelajaran yang optimal
akan berlaku apabila guru sentiasa berjaga-jaga tentang murid dan
bertanggungjawab terhadap sesi pembelajaran. Kebosanan dapat dielakkan
dengan memperlengkapkan sesi dengan bermacam-macam aktiviti, persekitaran
dan suasana kelas serta berjaga-jaga dengan kemajuan murid. Cikgu Taufik
perlulah mengubah pendekatan pengajarannya supaya dapat menarik minat
Edra dalam bilik darjah.
4.0 Strategi Penyelesaian
Dalam situasi 1, Cikgu Hashim telah mendapati beberapa orang pelajar
suka membuat bising semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebagai
guru darjah kelas Lima Orkid, Cikgu Hashim boleh menyediakan peraturan-
peraturan bilik darjah dan memberi arahan yang tegas, jelas dan ringkas.
Ini akan dapat mengawal suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Pelajar-pelajar yang bermasalah dikehendaki mematuhi peraturan-
peraturan yang ditetapkan. Jika pelajar-pelajar tersebut dapat mematuhi
peraturan, guru boleh memberi peneguhan positif seperti ganjaran, pujian,
penghargaan dan lain-lain. Sebaliknya, peneguhan negatif seperti teguran juga
perlu diberi jika pelajar-pelajar tersebut masih tidak dapat mengikuti peraturan
tersebut. Tetapi, peneguhan ini perlu diberi mengikut kesesuaiannya.
Selain itu, Cikgu Hashim boleh mengasingkan beberapa orang pelajar
itu supaya mereka tidak berkelompok. Cikgu Hashim boleh menyusun semula
tempat duduk mereka dengan mengatur mereka berduduk bersebelah dengan
pelajar yang berminat untuk belajar. Ini dapat mengurangkan gangguan semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta meningkatkan minat dan fokus
pelajar-pelajar tersebut terhadap mata pelajaran Sains.
Seterusnya, Cikgu Hashim perlu memahami punca-punca pelajar tidak
berminat untuk belajar. Cikgu Hashim mungkin perlu menukar cara pengajaran
seperti cara pengajaran yang memusatkan pelajar. Ini dapat meningkatkan
penglibatan pelajar semasa proses pengajaran-pembelajaran dijalankan.
Manakala bagi situasi 2, Cikgu Taufik telah menjumpai seorang murid
yang bernama Edra agak lemah dalam Bahasa Inggeris. Cikgu Taufik boleh
mengasingkan Edra dengan murid-murid lain dan diajar secara individu.
Edra boleh belajar dengan mengikut tahap kemampuannya sendiri. Selepas
Edra dapat meningkatkan tahapnya setara dengan murid-murid lain, maka Cikgu
Taufik boleh memberi peluang kepada Edra supaya belajar bersama-sama
dengan rakan-rakannya. Ini akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan
penguasaan Edra dalam subjek ini.
Selain itu, Cikgu boleh menyuruh Edra menyediakan sebuah buku
catatan supaya mencatatkan kerja rumah yang perlu dihabiskan serta buku-
buku yang perlu dibawakan. Buku catatan itu perlu ditandatangani oleh
penjaganya pada setiap hari.
Sementara itu, Cikgu Taufik perlu menyediakan lebih banyak aktiviti-
aktiviti yang menarik dan memberi peluang kepada Edra untuk mengambil
bahagian. Ini dapat membantu Edra menjadi lebih berkeyakinan dan tidak malu
untuk menglibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Cikgu Taufik haruslah berjumpa dengan penjaganya dan memberitahu
beliau tentang situasi Edra di sekolah. Selain itu, Cikgu perlu memberitahu
tindakan Edra yang suka melepak bersama-sama rakan-rakan sehingga larut
malam supaya ayahnya dapat memberi lebih banyak perhatian dan kasih sayang
kepada anaknya.
Cikgu Taufik juga boleh mengaturkan satu sesi kaunseling kepada
Edra untuk memberikan kekuatan dan kesedaran supaya Edra dapat menerima
hakikat ibunya baru meninggal dunia agar tidak membawa kesan negatif
kepadanya kelak.
5.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kami telah menghuraikan beberapa jenis model
modifikasi tingkah laku yang sesuai digunakan dalam pengurusan bilik darjah. Di
samping itu, kami juga menganalisasikan dua jenis situasi yang dihadapi oleh
dua orang guru dan mengemukakan tindakan serta strategi yang boleh diambil
untuk menangani masalah yang dihadapi.
Model-model modifikasi tingkah laku ini memainkan peranan penting
dalam membantu guru bagi mengekalkan disiplin bilik darjah Hal ini kerana
model-model modifikasi ini menjelaskan bagaimana guru boleh memainkan
peranannya dalam pengurusan bilik darjah. Model-model modifikasi ini juga
boleh diaplikasikan oleh guru untuk memastikan bahawa pengendalian proses
pengajaran-pembelajaran dapat berjalan dengan lebih berkesan dan efektif. Di
dalam sebuah bilik darjah, murid-murid yang berdisiplin adalah penting untuk
menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan.
Secara keseluruhan, guru yang berkesan akan berpandukan model yang
selaras dengan ciri-ciri personaliti murid yang dipertanggungjawabkan agar
mampu memudahkan proses pengajaran-pembelajaran dan meminimumkan
gangguan. Oleh itu, guru perlulah sentiasa merancang pembelajaran, dan
memilih strategi pengajaran yang sesuai supaya objektif pengajaran-
pembelajaran dapat dicapai.
REFLEKSI INDIVIDU
Nama : Chiar Phei Jing
No. KP : 881115-06-5596
Saya amat bersyukur kerana kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai
iaitu pada awal semester. Pada masa inilah, kita mempunyai masa yang lebih
lapang dan banyak. Oleh itu, kerja kursus ini tidak banyak memberi tekanan
kepada saya. Dalam kerja kursus ini berfokus dalam pengurusan bilik darjah
yang berkesan. Dalam tugasan ini, kita perlu menyediakan satu laporan analisis
kajian dua kes situasi-situasi yang diberi. Di samping itu, kita perlu menjelaskan
model-model modifikasi yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah. Selepas
itu, kita perlu menghuraikan model-model modifikasi yang sesuai dengan kedua-
dua situasi serta menjelaskan strategi-strategi yang boleh diambil untuk
mengatasi kedua-dua situasi ini. Ini tidak dapat dinafikan bahawa kerja kursus ini
adalah sangat menarik perhatian saya. Dengan ini, saya mendapat peluang
untuk mengkaji model-model modifikasi yang berguna. Saya juga berharap saya
dapat memahami lebih banyak maklumat tentang teknik pengurusan bilik darjah
supaya menggunakan pada pelajar-pelajar masa depan.
Semasa menerima kerja kursus ini, Dr. Lim telah memberi penerangan
yang sangat jelas kepada kita. Selepas itu, kita dibahagikan dalam kumpulan.
Kumpulan saya terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan yang berlainan kaum.
Selepas itu, saya berbincang dengan ahli kumpulan saya dan membahagikan
kerja-kerja masing-masing. Dengan itu, kita bermula mendapatkan pelbagai
sumber maklumat daripada perpustakaan, laman web serta menanya soalan
pada pensyarah. Dalam proses ini, masalah yang dihadapi oleh saya ialah
memahami maklumat-maklumat yang dapat dicari kerana kebanyakkan
maklumat ini adalah dalam bahasa Inggeris. Selain itu, saya dan ahli kumpulan
juga perlu menggabungkan kesemua maklumat dan membuat rumusan terhadap
tajuk kita. Ini adalah hal yang sukar kerana banyak maklumat kita dapati. Tetapi,
saya dapat belajar cara-cara merumuskan maklumat yang penting.
Dalam kerja kursus ini, saya dapat belajar suatu perkara yang penting,
iaitu berkomukasi dengan orang lain. Saya belajar cara berkomunikasi dengan
orang lain dan juga berhormat kepada orang lain. Saya perlu bersabar dengan
situasi perbincangan supaya mendapat keputusan yang paling baik. Selain itu,
semasa membuat sesuatu kerja, kita perlu saling bantu-membantu dan
kerjasama. Saya juga berharap kita semua dapat mengkongsikan idea-idea
bersama-sama pada masa depan. Dalam masa depan, saya juga berharap saya
dapat mengunakkan ilmu pengetahuan yang saya diperolehi ke atas murid-murid
saya dan menggunakan strategi-strategi yang sesuai dalam masa pengajaran
dan pembelajaran di kelas. Saya berharap saya boleh menguasai kesemua
pengetahuan ini dan menjadi seorang guru yang baik.
Akhir kata, saya ingin meminta maaf ke atas kesilapan yang saya telah
lakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin
berucap terima kasih kepada mereka dan pensyarah Dr. Lim kerana memberi
sokongan dan bantuan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini.
Refleksi Individu
NAMA : NGU SZE YIEN
NO. KP : 900416-13-7750
Ini merupakan kali pertama bagi saya untuk mengambil mata pelajaran
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Antara empat aspek yang paling
penting yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan
fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan sosio emosi dan perkembangan
bahasa.
Kerja Kursus Pendek (KKP) ini dibahagikan kepada dua bahagian.
Pertama sekali, setiap kumpulan perlu merujuk sumber yang berkaitan dengan
pengurusan bilik darjah, iaitu model-model modifikasi yang boleh diaplikasikan
apabila seseorang guru menghadapi masalah dalam bilik darjah. Kemudian,
menyediakan satu esei bagi menjelaskan model-model pengurusan bilik darjah
berdasarkan model-model yang berbeza selepas mensintesiskan maklumat yang
diperolehi. Manakala bahagian kedua pula merangkumi komitmen semua ahli
kumpulan dalam menganalisiskan dua kajian kes yang terdapat dalam KKP ini
dan mengaplikasikan model-model yang sesuai untuk menangani masalah yang
dihadapi dan seterusnya mencari strategi yang paling sesuai untuk mengatasi
masalah yang didapati dalam dua kajian kes tersebut.
Model-model pengurusan bilik darjah merangkumi sembilan jenis. Tetapi,
dalam KKP ini, kumpulan kita hanya membincang lima jenis, iaitu Modifikasi
Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif, Model Akibat Logikal Dreikurs,
Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Terapi Realiti Glasser. Berdasarkan
lima model pengurusan bilik darjah ini, saya telah memahami bahawa
kepentingan pengurusan bilik darjah dan strategi mengawal bilik darjah. Hal ini
bukan sahaja membantu saya dalam menghadapi peperiksaan mahupun
menyiapkan tugasan; tetapi juga membolehkan saya memperolehi pengetahuan
tentang aplikasi model-model ini apabila saya pergi mengajar di sekolah.
Kesannya, di samping menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan
keupayaan mental murid-murid, saya juga mempunyai kesedaran untuk
membentuk dan mengekalkan sesuatu alam belajar dan iklim bilik darjah yang
kondusif untuk proses pengajaran-pembelajaran, demi mencapai objektif
pembelajaran yang telah ditentukan. Dengan itu, saya haruslah merancang dan
melaksanakan aktiviti pengajaran-pembelajaran secara teratur dan
meminimumkan gangguan serta masalah disiplin di dalam bilik darjah supaya
mencapai matlamat yang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).
Penyediaan esei yang merangkumi pendekatan ini banyak membantu
saya dalam menyedari peranan seorang guru, terutamanya dalam bahagian
analisis dua kajian kes. Matlamatnya bukan sahaja merangsangkan para guru
untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi yang
lebih pentingnya adalah mengambil berat tentang perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ianya merupakan keikhlasan dan
akauntabiliti seseorang guru untuk menunjukkan keprihatinan kepada para
pelajar supaya menjamin pelajarnya dididik agar membentuk akhlak yang mulia
supaya menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni di samping berusaha
untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
Sebenarnya, saya berasa agak lega kerana kerja kursus ini tiba pada
masa yang sesuai iaitu pada awal semester. Pada masa inilah, kita mempunyai
masa yang lapang. Tugasan ini juga dapat disiapkan sebelum tarikh penyerahan
tugasan atas kerjasama semua ahli kumpulan. Saya menyedari betapa
pentingnya aplikasi pembelajaran kooperatif rakan sekumpulan mahupun dalam
satu kelas. Saya amat bersetuju dengan idea Slavin (1995) yang berpendapat
bahawa tiga konsep utama yang akan dibentuk melalui pembelajaran kooperatif
ialah penghargaan kelompok, mementingkan akauntabiliti individu dan
mempunyai peluang yang sama untuk menyumbang kepada tugasan dan
berhasil kepada semua ahli. Di samping kita memainkan peranan sebagai ahli
kumpulan untuk bersumbang dalam KKP ini, kita juga perlu mengingati satu lagi
elemen yang penting, iaitu menghargai dan berterima kasih terhadap jasa baik
orang lain sepanjang masa saya sebagai seorang guru pelatih mahupun guru
yang sah pada masa depan. Tanpa penghayatan nilai-nilai murni, iaitu nilai
bertanggungjawab dan juga nilai bertoleransi antara satu sama lain, hasil
tugasan ini tidak akan diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.
Kesimpulannya, saya telah banyak mendapat pengajaran daripada
tugasan kumpulan ini. Impaknya adalah sebagai seorang bakal guru, saya bukan
sahaja menyiapkan diri saya dengan ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan
proses pengajaran-pembelajaran sahaja tetapi juga menjadi rol model kepada
para pelajar pada masa depan. Profesion keguruan perlu dipelihara melalui
personaliti guru. Dengan itu, ciri-ciri dan personal yang ditunjukkan oleh guru
akan dijadikan ikutan dan bebas daripada sebarang gejala sosial.
Refleksi Individu
NAMA : SITI NURSAFIAH BINTI MOHD RASHID
NO. KP : 900106-10-5438
Saya rasa bersyukur dan gembira kerana telah berjaya menyiapkan kerja
kursus ini pada masa yang ditetepkan. Subjek pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku merupakan suatu subjek yang mudah difahami dan diaplikasikan
setelah habis mempelajarinya. Sepanjang tempoh proses penulisan kerja kursus
ini, berbagai halangan dan kekangan yang telah kami tempuh untuk
menyiapkannya.
Penggabungan dua kelas yang berlainan opsyen kedalam satu kelas, iaitu
kelas 1Malaysia, pada mulanya menimbulkan kesulitan dari segi pembahagian
masa dan kedudukan bilik kuliah. Mujurlah interaksi saya dengan rakan-rakan
dari opsyen MT/PJ/BC tidak menghadapi masalah memandangkan kami telah
berkenalan semenjak dari PPISMP lagi. Alah bisa tegal biasa, lama-kelamaan
saya telah berjaya membiasakan diri dengan suasana P&P kuliah.
Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya dapati, semua ahli
kumpulan saya telah berganding bahu dan banyak melakukan diskusi bagi
mendapatkan hasil penulisan yang bagus. Diskusi yang dijalankan meskipun
santai namun ia padat dengan perbincangan dan pertukaran maklumat antara
kami. Saya berasa gembira kerana kami perbincangan kami turut disertai oleh
rakan sekelas yang lain yang menjadikan diskusi kami itu semakin menarik.
Rintangan yang saya hadapi dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini
kekangan masa yang telah sedia padat dengan pelbagai lagi tuntutan tugasan
yang perlu disaipkan dan dihantar pada tarikh yang sama dengan tugasan ini.
Dengan bantuan rakan dan penyusunan masa yang ketat, alhamdulillah tugasan
ini telah berjaya disiapkan tepat pada masanya.
Subjek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku adalah suatu subjek yang
sangat menarik dan penuh informasi. Setiap guru pelatih mestilah menyediakan
diri mereka dengan berlatih menyesuaikan diri mengikut keadaan murid dan
komuniti pembelajarannya. Selain itu, guru mestilah tidak membanding bezakan
anak muridnya kerana setiap dari mereka adalah unik dan berbeza karakteristik
diantara satu sama lain. Dengan ini, saya berharap saya telah berhasil
melengkapkan diri saya dengan pengetahuan dan pengalaman yang akan
membantu saya semasa mengajar di sekolah nanti.
Refleksi Kendiri
NAMA : NORDIANA BT ANUAR
NO. KP : 900825-03-5472
Pertamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan Kerja
Kursus Pendek ini dengan lengkap dan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan
juga ditujukan kepada pensyarah pembimbing saya, Dr. Lim kerana sudi
meluangkan masanya untuk memberi tunjuk ajar dan penerangan mengenai
tugasan ini yang mana telah meningkatkan kefahaman kami mengenai kehendak
soalan dan seterusnya memudahkan kami untuk melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi beberapa
kesulitan terutamanya kekangan masa. Ini kerana, kami mendapat soalan kerja
kursus pendek dari subjek-subjek yang lain pada masa yang sama dan
memerlukan kami untuk menghantarnya juga pada waktu yang sama. Oleh itu,
untuk mengatasi masalah ini, saya telah mengurus masa dengan bijak dengan
membuat pembahagian masa saya yang terluang agar digunakan dengan
sebaiknya. Selain itu, dengan kerjasama yang utuh sesama ahli kumpulan serta
kolaborasi yang dijalankan, tugasan ini berjaya disiapkan dengan sempurna dan
tepat pada masanya.
Pada mulanya, ketika saya menerima tugasan ini saya merasakan
bahawa tugasan ini amat menarik kerana tugasan ini mendedahkan kita dengan
situasi yang berlaku di sekolah kelak. Tugasan ini memerlukan banyak
pembacaan dan kefahaman terhadap apa yang dibaca kerana tugasan ini
memerlukan kita untuk mengupas sesebuah model dengan tepat dan terperinci
dalam sesuatu situasi yang diberi. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, saya
telah membuat rujukan dari pelbagai sumber seperti melayari internet, menelaah
bahan bacaan di pusat sumber dan bertanya kepada mereka yang lebih faham
untuk memperkasa ilmu yang saya peroleh. Melalui sumber-sumber rujukan
yang digunakan, saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan mudah dan lancar
tanpa sebarang masalah.
Tugasan kali ini telah memberikan saya ilmu yang berguna untuk
diaplikasikan semasa saya di sekolah kelak. Setelah membuat pembacaan dan
penelitian, saya merasakan bahawa setiap guru wajib mengetahui dan
memahami serta mengaplikasikan model-model pengurusan disiplin ini di dalam
kelas mengikut situasi-situasi yang berlaku. Ini kerana, pendekatan-pendekatan
yang digunakan berdasarkan model-model ini adalah amat sesuai dan berkesan
untuk meningkatkan prestasi murid-murid di dalam kelas pada tahap maksima.
Sebagai contoh, Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner telah menekankan
konsep peneguhan di dalam pembelajaran seperti peneguhan positif dan negatif.
Peneguhan positif akan membuatkan murid-murid lebih bersemangat dan peka
terhadap pembelajaran mereka manakala peneguhan negatif pula merupakan
satu pendekatan yang tegas tetapi boleh diterima oleh murid-murid kerana ia
tidak melibatkan murid itu sendiri bahkan ia melibatkan rampasan objek atau
gangguan negatif yang mereka gunakan ketika pembelajaran. Jadi kedua-dua
peneguhan ini saling bergantungan antara satu dengan yang lain untuk
memastikan target yang diimpikan tercapai.
Akhir kata, saya berharap agar setiap individu yang akan bergelar guru
akan memahami dan mengaplikasikan model-model ini semasa proses
pengajaran dan pembelajaran mereka kerana pendekatan yang digunakan
mampu mengubah prestasi dan minat murid semasa belajar ke tahap yang
optima.
Bibliografi
Buku
Choong Lean Keow (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Charles,C.M. (2008), Building Classroom Descipline, Boston : Allyn & Bacon.
Mok Soon Sang (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor:
Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Myint, S.K.et.al. (2005), Classroom Management: Faciliting Teaching and
Learning,Singapore: Prentice hall
Website
http://mcana71.blogspot.com/2009/09/v-behaviorurldefaultvml-o.html dilayari
pada tarikh 18 Februari 2011
http://www.teachermatters.com/ dilayari pada tarikh 21 Februari 2011
BORANG REKOD KOLABORASI
KERJA KURSUS PENDEK
NAMA AHLI KUMPULAN : CHIAR PHEI JING (881115-06-5596)
NGU SZE YIEN (900416-13-7750)
SITI NURSAFIAH BT MOHD RASHID
(900106-10-5438)
NORDIANA BT ANUAR (900825-03-5472)
OPSYEN : KUMPULAN 1
3 PISMP- MT/PJ/BC & 3 PISMP- PJ/PK/BM
AMBILAN : JANUARI 2010
MATA PELAJARAN : EDU3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH
DAN TINGKAH LAKU
PENSYARAH PEMBIMBING : DR. LIM
TARIKH PERKARA
YANG
DIBINCANGKAN
CATATAN TANDATANGAN
24/1/2011 Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran daripada pensyarah mata pelajaran –Dr. Lim
Tugasan perlu dihantar selewat – lewatnya pada 14 Februari 2011.
25/1/2011 Memahami kehendak soalan tugasan – perbincangan dengan 4 orang ahli kumpulan
Membuat agihan tugas
Membuat jadual kerja
26/1/2011-
6/2/2011
Memikirkan model-model yang releven untuk diaplikasikan dalam menangani masalah kajian kes
Membuat perbincangan dengan 4 orang ahli di Bilik Rehat
Memilihkan model-model yang ingin dibincangkan dan diaplikasikan
7/ 2/ 2011 Merujuk kepada pensyarah mata pelajaran – Dr. Lim tentang kerja kursus.
Bertanyakan tentang analisis kajian kes.
7/2/2011-
8/2/2011
Membuat perubahan terhadap esei
Membuat rujukan daripada internet di Pusat Sumber
Membuat nota ringkas
9/2/2011-
10/2/2011
Membuat tugasan mengikut jadual kerja yang ditetepkan
Kolaborasi: Sze Yien
Model-model dan Strategi : Pei Jing
Situasi 1: Diana
Situasi 2: Safiah
11/2/2011 Merujuk kepada pensyarah mata pelajaran- Dr. Lim tentang tugasan apabila menyiapkan tugasan
Mengubahsuai esei yang dihasilkan mengikut nasihat yang diberikan oleh pensyarah
12/2/2011 Menyusun tugasan Membuat pemeriksaan
terakhir terhadap tugasan
Membetul tugasan dari segi ejaan
Membuat penyusanan tugasan
13/2/2011 Menyiapkan tugasan Memeriksa tugasan
14/2/2011 Menjilid tugasan Menghantar tugasan
Menghantar tugasan kepada pensyarah pembimbing
Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan
2.0 Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan
2.1 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
2.2 Model Asertif Canter
2.3 Model Logikal Dreikurs
2.4 Model Kelompok Kounin
2.5 Model Terapi Realiti Glasser
3.0 Analisis Kajian Kes
3.1 Situasi 1
3.2 Situasi 2
4.0 Kesimpulan
Refleksi Kendiri
a. Chiar Phei Jing
b. Ngu Sze Yien
c. Siti Nursafiah Bt Nohd Rashid
d. Nordiana Bt Anuar
Bibliografi
Borang Kolaborasi
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”.
Tandatangan:
Nama penulis:
Tarikh:
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM