Assignment Kenegaraan- Kedaulatan undang-undang.doc

7
Modul 4. 1. Tajuk : Rukun Negara yang ke empat - ‘Kedaulatan undang- undang’. 2. Pengenalan Program ini dianjurkan untuk memantapkan lagi pemahaman murid-murid tentang Rukun Negara yang ke empat iaitu “Kedaulatan Undang-Undang.” Ianya selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan

Transcript of Assignment Kenegaraan- Kedaulatan undang-undang.doc

Modul 4.1. Tajuk : Rukun Negara yang ke empat - Kedaulatan undang-undang.

2. Pengenalan Program ini dianjurkan untuk memantapkan lagi pemahaman murid-murid tentang Rukun Negara yang ke empat iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Ianya selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan bertanggungjawab serta tahu menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang.Apakah yang dimaksudkan dengan Kedaulatan Undang-undang? Ianya membawa maksud keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.3. Jenis aktiviti- a) Pameran undang-undang di Malaysia- contohnya undang-undang Jalanraya- denda atau hukuman yang dikenakan sekiranya melanggar peraturan.

b) Pertandingan melukis poster bertemakan Kedaulatan Undang-Undang .

4. Langkah-langkah pelaksanaan:

Sebelum:

i) Meminta kebenaran dari pihak pentadbiran sekolah untuk menjalankan aktiviti pameran dan melukis poster.

ii) Memberi penjelasan kepada pihak pentadbiran tentang rasional mengadakan program tersebut.iii) Meminta bantuan/kerjasama Panitia Sivik untuk bersama menjayakan Program Rukun Negara.

iv) Menetapkan hari dan masa / menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sebagaimana yang telah dirancangkan.v)Perancangan bajet / hadiah untuk aktiviti-aktiviti tersebut.

vi) Pemilihan AJK untuk memastikan program berjalan dengan lancar.

vii) Pengumuman kepada semua murid tentang pelaksanaan Program tersebut.

Semasa:

Guru-guru akan menjaga kawalan murid sewaktu program dijalankan. Guru-guru akan memantau murid-murid dan memberi penjelasan sewaktu murid-murid melihat pameran.

Guru perlu memberi penekanan tentang kepentingan mematuhi undang-undang/peraturan-peraturan Negara kita berdasarkan prinsip Rukun Negara yang ke 4 iaitu Kedaulatan Undang-Undang

Murid-murid membuat catatan tentang pameran yang dilihat.

Memberi penerangan tentang pertandingan melukis poster yang bertemakan Kedaulatan Undang-Undang.Menggalakkan murid untuk melukis menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka masing-masing.

Selepas:

i) Sesi soal-jawab / kuiz dengan murid-murid berkaitan dengan pameran yang telah dilihat oleh mereka.

ii)Memberi peluang kepada murid untuk bertanya tentang pameran atau soalan-soalan tentang kedaulatan undang-undang.

iii)Menyuruh murid-murid melafazkan Rukun Negara.

iv) Memastikan Kebersihan tempat selepas aktiviti dijalankan.v) Pengumuman pemenang pertandingan melukis poster dan penyampaian hadiah/cenderahati

Sedikit taklimat berkenaan pertandingan