ASSIGNMENT KRB 3053 (27 APRIL 2014).docx

download ASSIGNMENT KRB 3053 (27 APRIL 2014).docx

of 33

Transcript of ASSIGNMENT KRB 3053 (27 APRIL 2014).docx

KRB 3053 : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHTAJUK :PEMBINAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MAKRO PENGAJARAN DAN HURAIAN PENDEKATAN SERTA KAEDAH PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN.

KUMPULANUPSI 20DISEDIAKAN OLEH:NAMANO. IDNO. TELEFON

NORIS BINTI KASSIMD201020455390124170405

NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK ZAINI BIN ABDULLAHTARIKH SERAH: 23 APRIL 2014

ISI KANDUNGANKANDUNGANHALAMAN

Pengenalan2

Definisi Pengajaran2

Definisi Pembelajaran

3

Konsep Pengajaran3

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa MalaysiaTahun Satu 4-7

Bahan Pembelajaran8-10

Teori Pembelajaran11

Penggunaan Pelbagai Bahan Media 12

Strategi Melibatkan Murid Dalam Proses P&P 13-17

Kaedah Pembelajaran Kolaboratif 17-28

Pendekatan Pengajaran- Bertema29-30

Rujukan31

PengenalanKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah mula diperkenalkan dan dilaksanakan pada Tahun 2011. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah ditransformasikan kepada KSSR.KSSR ini dilaksanakan khususnya di sekolah rendah di negara kita dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa juga cabaran abad ke-21.Ini adalah sejajar dengan kehendak Teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Dari sudut pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah rendah, KSSR menekankan pengajaran berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai.Definisi PengajaranMenurut Halmos (1994), pengajaran bermaksud suatu perkara daripada segi apa, bagaimana dan mengapa. Reinhartz dan Beach (1997) menyatakan bahawa pengajaran bermaksud implementasi kurikulum iaitu apabila berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah. Berdasarkan Dictionary.com (diterjemah), pengajaran adalah melibatkan aktiviti-aktiviti yang menyampaikan ilmu atau kemahiran.Berdasarkan Answers.com (diterjemah), pengajaran adalah suatu perlakuan, proses atau seni menyampaikan ilmu dan kemahiran. Berdasarkan Online Medical Dictionary (diterjemah), pengajaran adalah suatu proses pendidikan tentang mengarah. Berdasarkan TheFreedictionary (diterjemah), pengajaran adalah suatu proses profesion untuk mereka yang memberi arahan, terutamanya di sekolah rendah atau menengah atau universiti. Manakala di dalam Webster Dictionary (diterjemah), pengajaran adalah perlakuan dan perihal mengarah.Definisi PembelajaranFry dan Marshal (2003) menjelaskan pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu dan juga penaakulan. Oleh sebab berlakunya perubahan pada tingkah laku pelajar selepas melalui sesuatu pengalaman pendidikan, maka pembelajaran pun dianggap telah berlaku. Marton dan Booth (1997) menjelaskan bahawa pembelajaran adalah berkenaan bagaimana kita menanggap dan memahami dunia dan tentang membuat makna.

Konsep Pengajaran Unisec, Lockhart dan Walters (1990) mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perubahan yang agak kekal dan sesuatu yang berubah akibat daripada pengalaman. Manakala berdasarkan kenyataan Loris Malaguzzi (1994) menunjukkan bahawa pengajaran adalah dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah, teknik yang sesuai dengan disokong oleh bahan media dan seterusnya memotivasi murid supaya mengambil inisiatif untuk untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Pembelajaran adalah proses pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku tetap yang dihasilkan melalui pengalaman. Perubahan tingkah laku ialah pembelajaran sebenar yang berlaku dalam satu persekitaran. Oleh itu, pembelajaran adalah satu proses yang berterusan di mana terdapat perubahan tingkah laku yang nyata pada seseorang individu pada akhir proses tersebut.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIATAHUN SATU

TEMA :HIDUP SELAMAT

TAJUK :Berhati-hati di jalan raya

TAHUN/ KELAS :1 Cemerlang

MASA :9.30 pagi -10.10 pagi

Objektif Pelajaran :Pada akhir pengajaran, murid dapat :i. Membaca dan menyampaikan maklumat untyuk mengenal pasti idea utama dalam bahan yang diberi.ii. Mencatat tiga maklumat yang betul daripada sumber yang diberi dengan menggunakan perkataan sendiri.

Hasil Pembelajaran :Standard Pembelajaran :i. Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat.ii. Mencatat maklumat yanmg betul daripada pelbagai sumber.

Model/Nilai/Konsep/Prinsip/Teori/HukumModel pembelajaran : Pembelajaran kolaboratifNilai : Berhati-hati & berdisiplin.Ilmu : PKJRKBT : BCB-mendengar dengan telitiKB : Verbal LinguistikTKP : Visual ruang dan verbal linguisticEMK : Kreativiti dan inovatif1.1 membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat1.1.1 menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.

Bahan Pembelajaran & Pengajaran :ICT, video, poster, kad huruf, kad perkataan dan lembaran kerja

Prosedur atau Langkah-langkah :a) Pembukaanb) Aktivitic) Penyoaland) Penutup

a) PembukaanBacaan doa (2 minit)Set induksi (3 minit)

b) AktivitiLangkah 1 (3 minit) : Permainan bahasa iaitu teka-teki dimana murid diminta meneka tiga jenis bunyi kenderaan yang diperdengarkan.Langkah 2 (15 minit) : Murid diminta menonton tayangan video 1, video 2 dan video 3. Kemudian murid diminta bersoal jawab berdasarkan video yang ditonton.Langkah 3 (10 minit) : Murid diminta membaca ayat berdasarkan gambar (Rujuk buku teks halaman 64), kemudian murid diminta menulis tiga maklumat yang betul daripada sumber yang diberi menggunakan perisian Microsoft Word. (Kumpulan A dan B menggunakan perkataan sendiri manakala Kumpulan C secara berpandu.c) Penyoalan :Murid-murid diminta menyatakan cara-cara melintas jalan raya dengan selamat berdasarkan gambar. (3 minit)

d) Penutup:Guru merumuskan keseluruhan isi pelajaran dan meminta murid mengulanginya. (2 minit)

Penilaian :Menjawab Instrumen Bahasa Melayu (2 minit)

BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

JENIS KENDERAAN DI JALAN RAYA

motosikalbasikal

loribas

kereta

ambulans

keretapolis

Teori Pembelajaran Gagne (1974, 1977)Saya menggunakan Teori Pembelajaran Gagne dalan menyediakan RPH ini. Terdapat beberapa teori pembelajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah antaranya teori pembelajaran Gagne dan teori pembelajaran Ewell. Kedua-dua teori masing-masing mempunyai konsep tersendiri. Teori pembelajaran Gagne menerangkan minda manusia memproses maklumat seperti komputer. Mengikut teori ini terdapat lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari iaitu peringkat pertama motivasi, peringkat kedua memberikan perhatian, peringkat ketiga dan keempat perolehan dan ingatan, peringkat kelima ingat kembali dan retrieval, peringkat keenam generalisasi; peringkat ketujuh prestasi dan diakhiri dengan peringkat kelapan maklum balas dan peneguhan. Antara implikasi proses pembelajaran Gagne terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ialah menarik perhatian murid dengan mengarah murid kepada topik pengajaran termasuk set induksi, bahan bantu mengajar yang menarik dan dapat merangsang murid, menyedarkan murid tentang objektif pelajaran dan matlamat pengajaran, merangsang pengetahuan sedia ada dengan menggunakan pelbagai gaya pengajaran sebelum memulakan pengajaran, membimbing pembelajaran supaya murid dapat mengekod maklumat dalam ingatan jangka panjang dengan sokongan bahan yang jelas, tepat dan menarik serta melaksanakan perlakuan dengan meminta murid melatih kemahiran dan tingkah laku baru dan dengan mengesahkan murid menguasai pengetahuan yang diajar, memberikan maklum balas melalui latihan dalam pelajaran yang dapat mengesan kefahaman murid tentang pembelajaran, menilai perlakuan dan prestasi melalui ujian pelbagai bentuk (formatif atau sumatif) ketika akhir pengajaran guru dan akhir sekali merangsang ingatan dan pemindahan pembelajaran melalui contoh tambahan dan latihan-latihan bagi menambah baik pemahaman murid terhadap pembelajaran yang telah dikuasai seterusnya memindahkan pengetahuan yang dipelajari ke dalam situasi baru.Penggunaan Pelbagai Bahan MediaBahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan topik yang diajar akan mendorong penglibatan murid secara aktif dan menyeronokkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan media berperanan sebagai medium untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang terdapat dalam topik yang dipelajari. Variasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan melibatkan pelbagai bahan media. Dengan penggunaan pelbagai bahan media tersebut maka rasa bosan dan cepat jemu dapat dielakkan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Ini menunjukkan bahan media sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran penting dan perlu diberi penekanan kerana ia sebagai penggerak proses P&P. Tanpa medium tersebut, penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang lancar serta kurang memberi kesan yang diharapkan. Bahan media terbahagi kepada bahan media cetak dan bahan media elektronik. Antara contoh bahan pengajaran dan pembelajaran media bercetak adalah buku teks, buku latihan, modul, buku aktiviti, buku sumber, surat khabar, majalah, makalah, carta, graf peta, ensiklopedia, kamus, atlas, buku panduan dan juga bahan terbitan berkala. Ia bersifat mudah didapati dalam pelbagai bentuk dan mudah disediakan.Dalam KSSR modul digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pembelajaran secara bermodular menggantikan pembelajaran KBSR yang banyak bergantung kepada buku teks serta buku latihan dan buku aktiviti. Sebagai contoh bagi Bahasa Malaysia KSSR Tahun 2 terdapat lima modul yang diguna pakai oleh murid-murid iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Modul-modul tersebut dibina berasaskan DSK dan DSP yang disediakan untuk setiap mata pelajaran KSSR.Manakala contoh bagi bahan media elektronik pula ialah CD-ROM dan DVD-ROM. Lazimnya bahan seperti ini dikenali dengan audio-video iaitu berasaskan gambar, suara atau bunyi-bunyian. Dalam konteks KSSR, belajar melalui TMK adalah salah satu pendekatan yang boleh diambil untuk melaksanakan EMK iaitu Elemen Merentas Kurikulum (BPK, 2010). Dalam pendekatan ini penggunaan TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan adalah menggunakan media TMK seperti CD-ROM dan DVD-ROM.Sejajar dengan KSSR, konseplearning is fun menjadi salah satu perkara yang diberi penegasan. Melalui penggunaan CD-ROM atau DVD-ROM konsep tersebut dapat diaplikasikan. CD-ROM buku teks telah diperkenalkan mulai 2001 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia menyumbang kepada pembelajaran murid lebih seronok dan menarik kerana bersifat interaktif. Kesan audio, video serta penggunaan warna-warna yang menarik juga menyumbang kepada peningkatan minat murid untuk terus belajar. Selain itu, penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga amat dianjurkan di sekolah. Pembelajaran menggunakan internet selaras dengan konsep bringing the world to classroom. Dalam KSSR, penggunaan internet untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan adalah satu cara yang boleh diambil untuk melaksanakan EMK di bawah pendekatan belajar melalui TMK. Ini bermaksud murid-murid boleh mengakses maklumat yang diperlukan dalam pembelajarannya sebagai contoh pembelajaran penyelesaian masalah. Seterusnya bahan siaran daripada radio dan televisyen seperti TV pendidikan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia bersiaran pada waktu pagi dan ulangannya pada waktu petang. TV IQ di bawah kelolaan televisyen ASTRO juga boleh dimanfaatkan oleh guru dan murid sekolah.

Strategi Melibatkan Murid Dalam Proses P&P Penglibatan aktif adalah keadaan di mana murid berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran serta dapat mengingat kembali maklumat dengan berkesan. Murid seharusnya dapat menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan, dan juga memberi pengertian baru. Contohnya perbincangan secara berkumpulan. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan memerlukan guru melibatkan pelajar daripada mula sehingga ke penghujung. Beberapa aspek atau isu kecil berhubung dengan bilik darjah sehingga aspek atau isu yang lebih kompleks perlu diberi penekanan oleh guru. Guru pula hendaklah menghibur dan main peranan seperti berwatak kelakar di samping mempamerkan sifat penyayang serta sentiasa menyemai rasa saling sayang menyayangi dan mengambil berat terhadap murid. Semua tindak tanduk guru adalah cenderung kepada menginginkan murid supaya mereka mahu belajar dengan bersungguh-sungguh.Secara tidak langsung, apabila berlakunya pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan sudah tentu penglibatan aktif murid juga terserlah. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid merasakan dirinya terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang dianjurkan oleh guru dalam bilik darjah. Guru perlu mengelak daripada situasi hanya bercakap di hadapan kelas dan murid duduk secara pasif. Pembelajaran kemungkinan hanya berlaku dalam tempoh beberapa minit pada awal pengajaran, tetapi hanya guru yang menjalankan aktiviti. Talian komunikasi antara guru dengan murid sangat rapuh dan dalam sekelip mata sahaja terputus disebabkan murid kurang berminat. Dalam situasi pelajaran seperti ini, murid yang dedikasi sekalipun boleh berasa bosan dengan cepat dan mula hilang tumpuan. Bagi mengelak hal ini, guru boleh menggunakan teknik tunjuk cara. Tunjuk cara bagi aktiviti yang terlibat dalam suatu mata pelajaran mendahului aktiviti yang sebenarnya. Murid belajar cara melakukan tugas dengan memerhati tunjuk ajar yang diadakan. Setelah memperoleh maklumat, murid akan segera ingin memulakan kerja atau tugasan. Di samping itu, guru digalakkan menggunakan bahan media yang sesuai dan menjadikan murid-murid berasa seronok menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid mula aktif, guru boleh menumpukan perhatiannya kepada tugas membimbing individu. Selain itu, guru hendaklah menggunakan bahan media yang sesuai dan menarik sebanyak mungkin pancaindera yang ada pada murid-murid supaya proses pembelajaran mereka adalah lebih baik dan membantu. Dengan adanya bahan media juga, mudah untuk murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berguna untuk kehidupan seharian mereka kerana tentunya bahan-bahan yang dipilih oleh guru adalah bersifat kontekstual.Maka guru dianjurkan supaya memilih bahan yang paling relevan dengan kehidupan harian murid-murid bagi memudahkan proses pemahaman oleh murid. Apabila guru mengutamakan penggunaan bahan media semasa proses pengajaran dan pembelajaran, maka guru mudah memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid seperti gemar membaca, membuat penerokaan, ingin mencuba dan menghargai sesuatu nilai estetika. Guru juga harus menyedari bahawa dengan sokongan bahan media dapat merangsang minat, motivasi, rasa ingin tahu, keyakinan diri, sifat kerjasama dan disiplin kalangan murid.Selain daripada itu, guru digalakkan supaya menggunakan bahan media dalam proses pengajaran untuk mengurangkan suasana yang tegang kerana murid-murid boleh berkomunikasi atau berbincang antara satu sama lain. Keadaan ini dapat mengelakkan murid daripada berasa terkongkong. Selain itu juga, guru perlu menyediakan bahan media yang baik supaya dapat melibatkan murid dalam Proses pembelajaran secara aktif. Ciri-ciri bahan media yang baik untuk guru menggunakannya ialah bahan media itu sesuai bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, praktikal untuk digunakan (mudah dibawa dan mudah dikeluarkan dan mudah disimpan), kosnya murah dan mudah diperbaiki jika rosak, bersifat maujud, konkrit dan kontekstual sesuai dengan gaya pemikiran murid-murid yang bersifat konkrit, bersifat interaktif kerana penyesuaian diri kepada alam sekitar adalah faktor yang penting untuk perkembangan kognitif individu, kepelbagaian bagi mengelak jemu atau bosan dan selaras dengan tajuk-tajuk yang berbeza, jumlah bahan mencukupi jumlah murid supaya disiplin murid sentiasa terkawal, selaras dengan nilai serta budaya yang ada dan mengelak daripada pertembungan budaya yang boleh menyebabkan konflik.Selain itu, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru boleh digantikan dengan pengajaran berpusatkan murid. Dari sudut amalan guru, guru boleh merancang pengajaran dan tugasan pembelajaran kemudian melaksanakannya dengan penglibatan murid. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi pelajaran yang memerlukan murid memberi respon sepenuhnya seperti permainan, teka teki, kerja lapangan dan lain-lain.Dari sudut aktiviti pelajar pula, Bickford et al. (2002) menganjurkan otonami terikat iaitu guru boleh meminta murid menjalankan tugasan yang diberi dalam batasan bilik darjah dengan berpusatkan pelajar. Dengan itu, murid berasa mampu untuk membuat penyiasatan bagi menjawab persoalan tugasan. Secara tidak langsung, wujud kolaborasi antara murid dengan murid dan antara guru dengan murid. Seterusnya dari sudut tugasan pengajaran, matlamat dan objektif pengajaran adalah ditentukan oleh guru kemudian diserap ke dalam tugasan-tugasan yang akan dibuat sepenuhnya oleh murid. Guru boleh memberikan tugasan atau aktiviti yang memerlukan murid bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka. Ini melibatkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran yang berupaya mencapai objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berikut adalah antara perkara yang boleh difikir dan dilaksanakan oleh guru.i. Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (If we fail to plan, we plan to fail. Plan your work and work your plan) ii. Fikirkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. iii. Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid. iv. Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid. v. Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. vi. Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif. vii. Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid. viii. Gunakan suara yang dapat didengari murid dengan jelas. ix. Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid x. Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid. xi. Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat murid dan tumpuan murid. xii. Kerap memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk pujian. xiii. Beri peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran mereka

Kaedah Pembelajaran KolaboratifDefinisi kaedah pembelajaran koperatif dan perbezaan diantara kaedah kolaboratif dan juga kaedah koperatif. Di dalam konteks pendidikan, pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif membawa maksud aktiviti pembelajaran sekumpulan murid, di bawah bimbingan guru bertukar-tukar idea melaui perbincangan atau menumbang kemahiran masing-masing dengan tujuan menyelesaikan masalah atau menjalankan sesuatu projek ditugaskan. Dalam erti kata lain, pengajaran pembelajaran kolaboratif dan koperatif merujuk kepada suatu strategi dan kaedah mengajar di mana guru membimbing murid-murid di dalam kumpulan pelbagai kebolehan, bekerjasama dan tolong-menolong di antara mereka untuk menyelesaikan sesuatu kerja kursus atau projek yang disediakan. Dapat kita lihat bahawa kedua-dua kaedah iaitu kolaboratif dan juga kaedah koperatif merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dengan membentuk suatu kumpulan di dalam kelas dengan tugas guru hanya sebagai pembimbing. Selain itu, matlamat bagi kedua-dua kaedah ini adalah untuk menyelsaikan sesuatu masalah. Walau bagaimanapun, sebenarnya kedua-dua kaedah amat berbeza dan perkara ini amat penting untuk difahami supaya perbezaan antara kedua kaedah ini dapat dimengertikan. Kaedah Pembelajaran Kolaboratif adalah satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan dengan beberapa orang pelajar yang lain. Pembelajaran ini juga menekankan konsep bahawa setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain (Wan Zah Wan Ali, 2007). Pembelajaran koperatif pula merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Pada tahap definisi ini, mungkin ramai menganggap bahawa kaedah kolaboratif dan koperatif merupakan kaedah yang hampir sama. Mengikut John Myers (1991) pula, pembelajaran koperatif mementingkan proses bekerjasama dalam pembelajaran manakala pembelajaran koperatif menegaskan hasil atau produk pembelajaran. Hal ini disokong dengan definisi oleh seorang lagi tokoh iaitu Panitz (1996), Collaboration is a philosophy of interaction and personal lifestyle whereas cooperation is a structure of interaction designed to facilitate the accompolishment of an end product or goal. Jelas sekali di sini bahawa Panitz dan Myers telah mengutarakan bahawa pembelajaran kolaboratif mementingkan hubungan di antara ahli kumpulan atau interaksi mereka manakala di dalam pembelajaran koperatif pula mementingkan hasil akhir sesuatu tugasan itu. Selain itu, antara perbezaan dua kaedah ini ialah kaedah pembelajaran kolaboratif mengorganisasi usahasama dan berunding sesama ahli kumpulan tentang peranan masing-masing untuk mengkritik dan membincangkan tugasan manakala di dalam kaedah koperatif pula peranan antara ahli adalah spesifik.

PERBEZAAN

Kaedah Koperatif-Mementingkan hasil akhir suatu tugasan itu-setiap ahli kumpulan mempunyai peranan yang spesifik.

Kaedah Kolaboratif-mementingkan hubungan interaksi diantara ahli kumpulan-Tiada peranan spesifik antara ahli

Matlamat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif.Daripada definisi serta konsep yang difahami, terdapat beberapa perkara yang dijadikan matlamat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratifKemahiran bersosialNilai menghargai

Matlamat Kaedah pembelajaran kolaboratif

Menyelesaikan masalah di dalam kumpulantanggungjawab

Prinsip-prinsip kaedah pembelajaran kolaboratifMempunyai semangat kesalingbergantungan yang positif, iaitu murid-murid tetap percaya bahawa mereka adalah bersama hati ke arah mencapai prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri tetapi juga bagi semua anggota kumpulan.

Kemahiran sosial yang penting serta perlu untuk komunikasi yang berkesan, berkongsi kemahiran kepimpinan, membina kepercayaan di antara satu sama lain, dan menguruskan konflik.

Kesedaran akauntabiliti individu, iaitu setiap anggota dalam kumpulan akan sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggota. Dengan perkataan lain, setiap anggota dikehendaki menyumbangkan kemahiran dengan usaha sepenuhnya untuk menjayakan projek yang dtugaskan.

Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran aktiviti pembelajaran serta kejayaan projek.

Langkah-langkah dan strategi pengajaran.1. Bahagikan kumpulan murid dengan menentukan saiz yang sesuai dan memberikan nama untuk setiap kumpulan dengan tujuan mudah mengidentifikasikan mereka

2. Nyatakan objektif, bahan-bahan pelajaran yang digunakan serta langkah-langkah melaksanakan aktiviti.

3. Mengajar prosedur melaksanakan aktiviti

4. Bahagikan kumpulan murid dengan menentukan saiz yang sesuai dan memberikan nama untuk setiap kumpulan dengan tujuan mudah mengidentifikasikan mereka.

5. Tegaskan setiap anggota adalah berakauntabiliti dalam prestasi kumpulan.

6. Ajarkan murid-murid cara menilai kejayaan usaha bersama.

Prosedur pengajaran pembelajaran kolaboratif1.Pada permulaan, guru mengajar sesuatu pengajaran.

2. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang sesuai supaya menjalankan aktiviti untuk mencapai objektif yang ditentukan.

3. Guru membimbing kumpulan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.

4. Murid-murid mengikut bimbingan guru berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk mencapai objektif yang ditentukan.

5. Guru dan murid-murid menilai keberkesanan aktiviti berkumpulan.

Mentaksir Dan Menilai Tugasan Di Dalam Kaedah Pembelajaran KolaboratifBanitz (1996), telah mengutarakan pendapatnya di dalam menaksir tugasan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif. Perkara pertama yang perlu ditaksirkan ialah pengetahuan asas yang diperlukan dalam tugasan atau penyelesaian masalah. Perkara kedua ialah aplikasi daripada pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Perkara ketiga pula ialah menghubungkaitkan jawapan pelajar kepada situasi, tugasan atau permasalahan yang baru (pertanyaan pelajar akan dijadikan permasalah mereka supaya diselesaikan bersama-sama). Perkara keempat di dalam menilai atau menafsir tugasan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah kebolehan pelajar-pelajar untuk membuat persoalan berdasarkan konsep yang sedang dipelajari. Akhir sekali, perkara pertama yang perlu dikaji di dalam mentaksir dan menilai tugasan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini ialah kebolehan pelajar untuk menerangkan alasan bagi setiap idea mereka terhadap ahli kumpulan yang lain. Jika kita lihat di dalam perkara kelima iaitu kebolehan pelajar-pelajar menerangkan alasan bagi setiap idea mereka, ia merupakan konsep utama yang diutarakan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini dan perkara ini perlu dilihat dengan teliti oleh guru-guru.

MENILAI DAN MENAKSIR TUGASAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF (PANITZ)

1.Pengetahuan asas yang diperlukan dalam tugasan atau penyelesaian masalah

2.Aplikasi daripada pengetahuan untuk menyelesaikan masalah

3.Menghubungkaitkan jawapan pelajar kepada situasi, tugasan atau permasalahan yang baru (pertanyaan pelajar akan dijadikan permasalah mereka supaya diselesaikan bersama-sama).

4. Kebolehan pelajar-pelajar untuk membuat persoalan berdasarkan konsep yang sedang dipelajari.

5. kebolehan pelajar untuk menerangkan alasan bagi setiap idea mereka terhadap ahli kumpulan yang lain.

KELEBIHAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOLABORATIF DAN FAEDAHNYA KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID.Terdapat banyak kelebihan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini. Antara kelebihan yang dapat dilihat ialah membina hubungan interaksi sosial yang lebih baik. Seperti yang diketahui di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai jenis murid-murid seperti murid yang banyak bercakap dan juga kurang bercakap. Melalui kaedah pembelajaran kolaboratif ini, secara tidak langsung ia mampu untuk membina sebuah hubungan interaksi sosial yang baik. Murid-murid yang kurang bercakap lama-kelamaan akan mula bercampur dengan murid-murid yang lain di dalam kelas sewaktu pembelajaran. Hal ini memberikan faedah kepada murid-murid dengan memberikan keyakinan dan berani untuk bercakap.Selain itu, kaedah ini juga mampu untuk membina sikap sentiasa menghargai orang lain. Dalam sesebuah perbincangan, sudah tentu pelbagai idea yang dikeluarkan oleh setiap ahli kumpulan. Ahli dalam kumpulan akan dilatih untuk menghargai idea-idea dan sumbangan daripada ahli-ahli yang lain. Sikap ini secara tidak langsung akan membantu untuk mengikis sikap negatif seperti sombong, bongkak, ego, dan sebagainya. Dalam hal ini, ianya memberikan faedah kepada murid-murid untuk memupuk sikap yang baik. Manfaat yang ketiga pula ialah membenarkan komunikasi terbuka serta memanfaatkan aktiviti perkongsian maklumat. Di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja. Tugasan atau soalan-soalan akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan dan mereka akan bersama-sama menyelesaikan masalah dan tugasan tersebut. Harus diingat bahawa perkara yang paling penting di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah hubungan interaksi sesama ahli kumpulan dan bukannya hasil akhir. Di dalam perbiuncangan ini, setiap ahli kumpulan bebas untuk mengutarakan pendapat masing-masing dan secara tidak langsung aktiviti perkongsian maklumat akan berlaku. Menariknya, di dalam aktiviti perkongsian maklumat ini, pelajar akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan secara tidak langsung pendekatan konstruktivisme iaitu pembelajaran daripada pengetahuan sedia ada dilakukan. Di sini, guru telah mendapat faedahnya, iaitu dapat memberikan pengetahuan yang luas kepada murid walaupun bukan secara terus. Kepada murid pula, mereka dapat mengetahui pendapat yang berbeza-beza dan sekaligus memberi pengetahuan yang lebih baik.Selain daripada itu, dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, hubungan sosial perbincangan berbentuk ilmiah akan dijalankan. Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak akan membina sendiri hubungan persahabatan di sekolah, namun kebanyakan aktiviti sosial mereka menjurus ke arah bukan ilmiah seperti bermain semasa rehat, berjalan bersama-sama untuk pergi dan pulang ke sekolah, bermain pada waktu petang bersama-sama rakan sekelas dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, hubungan aktiviti sosial mereka lebih menjurus ke arah ilmiah. Hal ini penting bagi mereka supaya dapat merasai suasana berbincang di dalam keadaan separa formal. Sudah tentu sewaktu pembelajaran mereka kurang untuk berbincang mengenai perkara-perkara lain selain daripada hal pelajaran. Hal ini secara langsung memberi mereka gambaran di dalam keadaan perbincangan yang lebih formal seperti mesyuarat apabila mereka bekerja suatu hari nanti. Hal ini seperti di perenggan yang pertama dapat memupuk sikap yakin kepada murid-murid yang terlibat di dalam perbincangan. Pemupukan nilai-nilai murni merupakan antara agenda yang penting di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif. Antara nilai-nilai murni yang terdapat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah sikap bertanggungjawab, hormat-menghormati, saling menyokong, kesepakatan, bertolak ansur dan percaya kepada setiap ahli kumpulan. Selain itu, sikap berani di dalam mengeluarkan idea juga dapat dipupuk. Di sini, guru-guru mendapat faedahnya kerana melalui kaedah pemebelajaran ini, secara tidak langsung guru-guru dapat mengajar murid-murid mengenai sikap atau nilai-nilai murni yang perlu ada pada murid-murid.Selanjutnya, di dalam kaedah pembelajaran ini, para pelajar akan menjadi lebih cenderung untuk berfikiran lebih kreatif. Hal ini kerana mereka sentiasa mendengar pandangan yang berbeza-beza daripada setiap ahli kumpulan dan daripada sinilah otak mereka akan sentiasa bergerak dan menjana untuk menjadi seorang insan yang lebih kreatif. Kaedah pembelajaran kolaboratif juga adalah sesuatu perkara yang mustahak di dalam mewujudkan kehidupan demokrasi dan kehidupan yang lebih harmoni. Demokrasi dalam kata yang mudahnya, setiap orang akan bebas untuk mengutarakan pendapat mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, di dalam sesetangah kelas terdapat murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Guru yang baik akan mencampurkan mereka supaya setiap ahli kumpulan terdiri daripada ahli yang berlainan bangsa. Melalui kaedah ini, secara tidak langsung, hubungan baik antara kaum akan dapat dieratkan dan mewujudkan suasana yang lebih harmoni.Akhir sekali, di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif pastinya akan berlaku konflik di antara ahli kumpulan. Tanpa sedar, setiap pelajar secara tidak langsung, pelajar akan belajar bagaimana untuk menguruskan konflik yang berlaku melalui penyelesaian konflik itu bersama-sama. Di sini, secara tidak langsung murid-murid belajar kemahiran penyelesaian masalah di samping menjalankan aktiviti pembelajaran

PENDEKATAN PENGAJARAN BERTEMAPendekatan bertema Menurut Kostelnik (1989), theme teaching involves offering children an arrayof activities built arround a central idea. Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupunidea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum. Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidangkurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidangpengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua-duanya iaitu guru dan kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan serta dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri. Di samping itu, kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan disamping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama. Selain itu, guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitansetiap kali merancang jadual aktiviti.Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan, berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak. Pendekatan bertema turut memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek serta meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

RUJUKANBahagian Perkembanagan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) : Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Satu, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasan Langgulung (1981). Berapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987).Kurikulum Baru Sekolah Rendah : Buku panduan Khas, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Kuala lumpur : Heinemanm

Ikhsan Othman & Norila Md. Salleh (2005).Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah : Aspek-aspek Yang Berkatia, Tanjung Malim : Quantum Books.

Mok Soon Seng (1992).Pedagogi 2 : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Mikro, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995).Pengajaran Dalam Bilik Darjah,Kaedah&Strategi, Kajang : Masa Enterprise.

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.0