Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

16
ASSIGNMENT CTU 101 TAJUK: Malaikat Satu Pengenalan Ringkas. DISEDIAKAN UNTUK: Ustaz Zawai Bin Temyati Pensyarah CTU101 DISEDIAKAN OLEH: Mohamad Faris Bin Faizal No Pelajar : 2015627724 Kumpulan : NAMAF1A PROGRAM: Diploma Pentadbiran Awam (AM110) TARIKH HANTAR: 06 SEPTEMBER 2015

description

Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas

Transcript of Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Page 1: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

ASSIGNMENT CTU 101TAJUK:

Malaikat Satu Pengenalan Ringkas.

DISEDIAKAN UNTUK:Ustaz Zawai Bin Temyati

Pensyarah CTU101

DISEDIAKAN OLEH:Mohamad Faris Bin FaizalNo Pelajar : 2015627724Kumpulan : NAMAF1A

PROGRAM:Diploma Pentadbiran Awam

(AM110)

TARIKH HANTAR:06 SEPTEMBER 2015

Page 2: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Indeks Kandungan

Malaikat Satu Pengenalan Ringkas

BIL INDEKS/ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1 Penghargaan 12 Pengenalan 23 Penciptaan malaikat 34 Nama-nama malaikat serta tugasnya 45 Sifat-sifat malaikat 56 Tempat tinggal malaikat 67 Cara para malaikat beribadah kepada penciptanya 78 Kewajipan manusia beriman kepada malaikat 89 Kesimpulan 910 Bibliografi 10

i

Page 3: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah

tuhan sekalian alam. Saya Mohamad Faris Bin Faizal, memanjatkan kesyukuran kepada Allah

S.W.T kerana mengurniakan saya kesihatan yang baik dan kekuatan serta limpah rahmatNya di

sepanjang tempoh menyiapkan kerja khusus yang diberikan. Alhamdulillah, setelah bertungkus

lumus, tugasan yang diberikan telah dapat disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan

oleh pensyarah CTU101

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima

kasih kepada pensyarah CTU101 saya, Ustaz Zawawi Bin Temyati kerana telah memberi tunjuk

ajar serta bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga

saya kerana sentiasa memberikan motivasi dan dorongan supaya saya kekal bersemangat

dalam menyempurnakan tugasan yang telah diberikan.

Ketiga, tidak dilupakan juga kepada staf-staf Perpustakaan Negara yang sentiasa memberikan

pertolongan dan memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya mencari dan

mengumpulkan bahan-bahan kajian untuk tugasan ini.

Akhir sekali, saya ingin melahirkan penghargaan kepada rakan-rakan sekuliah yang sering

membantu dan menyokong saya dalam usaha menyiapkan tugasan khusus ini.

1

Page 4: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Pengenalan

Perkataan malaikat berasal dari bahasa arab iaitu ‘malak’ yang bermaksud kekuatan. Allah

Subhanahu Wata’ala telah berfirman Barangsiapa yang menjadi musuh Allah, “malaikat-

malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh

orang-orang kafir”

(Ayat 98 surah Al-Baqarah)

Berdasarkan firman tersebut, jelaslah bahawa malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah

Subhanahu Wata’ala yang diciptakan untuk sentiasa beribadah dan patuh kepada perintah

Allah Subhanahu Wata’ala.

Malaikat antara salah satu makhluk ciptaan Allah dimana seorang muslim diwajibkan untuk

beriman kepadanya. Mereka adalah makhluk ghaib yang penciptaannya bukti akan kebesaran

Allah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Barangsiapa yang kafir kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya

dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnnya”.

(An-Nisa’ :136)

Dari ayat tersebut, Al-quran telah mengingatkan kepada kita bahawa beriman kepada para

malaikat merupakan pangkal keimanan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada para

rasulNya. Kerana wahyu Allah sampai kepada para nabi dan rasul melalui (dengan

perantaraan) salah seorang malaikat, yakni Jibrail as. yang diberi kepercayaan untuk membawa

wahyu.

Jika seseorang mendustakan wujudnya para malaikat, bererti ia juga tidak meyakini turunnya

kitab-kitab Ilahiyah dan risalah, wahyu yang dibawa oleh para rasul. Oleh kerana itu, Al-quran

mendahulukan keimanan kepada Malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan para rasul.

Jika sesiapa yang mengingkari kewujudan para malaikat serta sifat-sifatnya yang telah

diterangkan oleh Al-quran, maka ianya adalah kafir. Sebagaimana yang dikatakan oleh Allah

dalam Al-quran yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan kepada

kitab yang Allah turunkan kepada RasulNya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya.

Barangsiapa yang kafir dari Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan

hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sejauh-sejauhnya’

(An-Nisa’ :136)

2

Page 5: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Penciptaan Malaikat

Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab shahihnya-nya, Aisyah r.a berkata Rasulullah s.a.w,

bersabda (maksud) :

“Para malaikat diciptakan dari cahaya, para jin diciptakan dari api, dan menciptakan Adam

sebagaimana diterangkan kalian”.

Berdasarkan hadis tersebut, diterangkan bahawa malaikat itu merupakan makhluk ciptaan Allah

s.w.t yang diciptakan dari Nur, iaitu cahaya. Malaikat itu adalah Jisim Nurani (jisim yang sangat

lembut atau halus) dan boleh merupa apa sahaja dengan izin Allah. Hal ini diterangkan melalui

ayat Al-quran yang bermaksud :

“Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka, maka Kami

hantarkan kepadanya Roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki

yang sempurna bentuk kejadiannya.”

(Maryam:17)

Malaikat tidak mempunyai sifat seperti lelaki atau wanita dan ia sentiasa taat kepada perintah

Allah. Ianya tidak berkahwin, tidak berzuriat, tidak makan dan minum serta tidur. Jika

dibandingkan kekuatan atau kudrat manusia dengan malaikat, ianya amat jauh berbeza sekali.

Malaikat mempunyai kudrat atau kekuatan yang luar biasa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Salah satu kekuatannya ialah bergerak dengan sangat pantas. Diceritakan, Pada suatu ketika,

ada seseorang yang datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w, belum orang tersebut selesai

menyampaikan pertanyaannya, malaikat Jibrail datang membawa jawapan dari Allah yang

Maha Agung.

Allah s.w.t menciptakan malaikat itu dengan berbagai-bagai tugas, malaikat yang diciptakan

oleh Allah s.w.t tidak diketahui jumlahnya, hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui. Malaikat

sentiasa taat kepada Allah atas perintah yang diberikan kepadanya. Dan malaikat juga tidak

pernah menderhakai Tuhan dalam segala perintah-Nya. Mereka tetap mengerjakan apa yang

diperintahkan kepada mereka tanpa bosan dan jemu.

Mereka merupakan makhluk Allah yang sentiasa taat mengerjakan segala perintah Allah dan

merupakan bala tentera Allah s.w.t yang paling mulia dan taat. Firman Allah s.w.t yang

bermaksud :

“Para malaikat itu tidak menderhakai Allah, terhadap apa yang diperintahkanNya kepada

mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(Al-Tahrim:6)

3

Page 6: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Nama-nama malaikat serta tugasnya

Allah s.w.t telah menciptakan malaikat tidak terhitung jumlahnya, setiap malaikat yang

diciptakan mempunyai nama-nama dan tugasnya. Namun, setiap muslim yang beriman wajib

mengetahui 10 nama malaikat dan tugasnya. Berikut nama-nama malaikat dan tugasnya.

BIL NAMA MALAIKAT TUGAS

1 JibrailMenyampaikan wahyu Allah kepada Rasul dan Nabi khususnya kepada Nabi Muhammad s.a.w

2 MikailMemberi kesejahteraan kepada manusia,

contohnya menurunkan hujan, memberi angin, serta memberi kesuburan kepada tanah

3 IsrafilTugasnya dalam soal-soal akhirat umpamanya

meniup sangkakala tanda kiamat

4 IzrailTugasnya untuk mencabut nyawa makhluk di

langit dan di bumi5 Mungkar Tugasnya menyoal orang yang telah meninggal

di alam kubur6 Nakir

7 RaqibTugasnya mencatat amalan baik yang

dikerjakan oleh manusia sehari-hari

8 AtidTugasnya mencatat amalan buruk yang

dilakukan oleh manusia sehari-hari9 Ridhwan Tugasnya menjaga syurga

10 MalikTugasnya menjaga neraka jahannam, ia juga

dikenali sebagai malaikat Zabaniah

Malaikat Jibrail, Mikail, dan Israfil a.s merupakan ketua bagi para malaikat. Hal ini diterangkan

apabila Rasulullah s.a.w berkata dalam doa yang dipanjatkannya : “Ya Allah Rabb Jibrail,

Mikail, dan Israfil, Pencipta langit dan bumi serta Yang Mengetahui hal-hal ghaib dan nyata,

Engkau menghakimi berbagai pertentangan dan perselisihan yang terjadi di antara hamba-

hambaMu. Berilah aku petunjuk tentang kebenaran yang dipertentangkan di dalamnya dengan

izinMu. Sesungguhnya Engkau Maha Memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau Kehendaki

ke jalan yang lurus.”

Ibnu Qayyim rahimahullah berkata :”Rasulullah s.a.w memohon kepada Allah s.w.t dengan

ketuhananNya yang khusus dan umum untuk ketiga malaikat yang ditugaskan dalam

kehidupan. Malaikat Jibrail bertugas menyampaikan wahyu yang dapat menghidupkan hati dan

roh, malaikat Mikail bertugas menurunkan hujan yang dapat menghidupkan bumi, tumbuh-

tumbuhan dan haiwan-haiwan, serta malaikat Israfil bertugas meniup sangkakala yang

menghidupkan seluruh makhluk setelah kematian mereka.”

4

Page 7: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Sifat-sifat malaikat

1.Malaikat mempunyai sayap

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

“Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-

utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing

(ada yang) dua, tiga, dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-

Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

(Faathir:1)

Allah s.w.t menerangkan dengan jelas bahawa para malaikat memiliki beberapa sayap. Di

antara mereka ada yang memiliki dua sayap, ada yang memiliki tiga sayap, ada yang memiliki

empat sayap dan ada pula yang sebahagian yang memiliki sayap lebih banyak.

Sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah s.a.w melihat malaikat

Jibrail a.s pada malam Isra Mikraj. Ia memiliki enam ratus sayap antara kedua sayapnya,

sebagaimana menerangkan antara timur dan barat.

2.Malaikat merupakan makhluk yang sangat besar

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan

bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras,

yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahNya kepada mereka dan selalu

mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(Al-Tahrim:6)

Iman Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r.a, Ia berkata :

“Rasulullah s.a.w telah melihat Jibrail aa.s dalam pakaian hijau memenuhi antara langit dan

bumi”.

(HR Muslim)

3.Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah yang indah dan mulia

Allah s.w.t menciptakan malaikat dalam bentuk yang bagus dan mulia, sebagaimana yang

difirmankan oleh Allah s.w.t tentang malaikat Jibrail :

“Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibrail) yang sangat kuat, yang memiliki akal cerdas dan

(Jibrail itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli.”

(An-Najm:5-6)

Ibnu Abbas mentafsirkan “Dzuu Mirratin” dengan malaikat yang memiliki keindahan. Sementara

Iman Qatadah mentafsirkan: “Diciptakan dengan fizikal yang tinggi dan bagus”. Berdasarkan

pentafsiran, malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah yang indah dan mulia disisi Allah.

5

Page 8: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Tempat tinggal malaikat

Tempat tinggal malaikat adalah di langit tetapi mereka hanya akan turun ke bumi setelah

mendapat perintah Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada Jibrail a.s :

“Apakah yang telah menghalangmu jika berziarah kepada kami lebih banyak lagi daripada yang

biasa kamu lakukan? “Lalu Jibrail berkata:”Dan kami (Jibaril) tidak turun melainkan dengan

perintah Tuhanmu, BagiNya adalah apa yang ada di hadapan kita, apa yang ada di belakang

kita dan apa yang ada di antara keduanya itu. Tuhanmu bukanlah pelupa.”

Hal ini diperkukuhkan lagi melalui firman Allah s.w.t didalam kitab suci-Nya :

“Hampir saja langit itu pecah dari sebelah atasnya (kerana kebesaran Tuhan) dan malaikat-

malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohonkan ampun bagi orang-orang yang

ada di bumi.”

(As-Syura:5)

“Jika mereka menyombongkan diri, maka mereka (malaikat) yang di sisi Tuhanmu bertasbih

kepadaNya di malam dan siang hari, sedang mereka tidak jemu-jemu.”

(Fushshilat:38)

Telah dijelaskan di dalam firman dan hadis, tempat tinggal para malaikat adalah di langit,

mereka hanya akan turun setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t. Hal ini mempunyai

hikmahnya, kerana Allah s.w.t telah mencipta alam ghaib dan alam manusia berasingan.

Malaikat, jin, dan syaitan adalah makhluk yang tinggal di alam ghaib. Allah s.w.t menciptakan

alam lain selain alam manusia adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada manusia bahawa

Allah s.w.t itu Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Sekiranya alam manusia dan ghaib

diciptakan serta bercampur, maka huru-hara mungkin akan berlaku diantara makhluk-makhluk

ciptaan Allah.

Alam ghaib yang diciptakan oleh Allah juga merupakan ujian kepada umat manusia ketika

manusia hidup di dunia. Manusia diuji melalui keimanannya kepada Allah, malaikat, syurga,

neraka dimana semuanya merupakan antara perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh

akal pemikiran manusia, Namun, jika manusia berpegang teguh kepada Rukun Iman, maka

mereka tidak akan sesekali menyangkal tentang perkara ghaib termasuk penciptaan malaikat

dan dimana malaikat itu berada.

6

Page 9: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Cara para malaikat beribadah kepada penciptanya

Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang sentiasa takut dan taat kepada perintah

Allah, mereka melaksanakan perintah Allah s.w.t tanpa penat dan jemu, ini termasuklah

sentiasa beribadah kepada Allah s.w.t.

Antara beberapa ibadah yang dilakukan oleh para malaikat yang diceritakan oleh Allah s.w.t

dan RasulNya :

A. Bertasbih kepada Allah s.w.t

Para malaikat sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t dan zikir mereka yang paling agung adalah tasbih. Para malaikat yang memikul Arasy bertasbih dan mensucikan Allah s.w.t sebagaimana yang difirmankan :

“Para malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada disekelilingnya bertasbih memuji

RabbNya”

(QS. Ghafir : 7)

B. Berbaris di hadapan Rabb mereka

Dijelaskan didalam Al-Quran tentang barisnya malaikat. Allah s.w.t berfirman :

“Dan kami (malaikat) benar-benar berbaris (dalam beribadah) kepada Allah s.w.t.”

(QS. As Shaafat : 165)

C. Haji

Di langit ke tujuh terdapat kaabah bagi para malaikat melaksanakan haji, ianya diberi nama “Al-Baitul Al Ma’mur” oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis Isra’ setelah menjejaki langit yang ke tujuh :

“Kemudian saya diangkat ke Al-Baitul Ma’mur. Ternyatan, tempat ini setiap harinya dimasuki malaikat sebanyak tujuh puluh ribu malaikat tanpa akan kembali lagi.’

(HR. Bukhari Muslim)

D. Merasa takut kepada Allah

Malaikat sangat mengenali Allah s.w.t, maka mereka sangat takut dan sentiasa mengagungkan Allah.

Allah s.w.t berfirman tentang malaikat :

“Dan mereka (malaikat) berhati-hati takut kepada RabbNya.”

(QS. Al-Anbiya’ : 28)

7

Page 10: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Kewajipan seorang muslim beriman kepada malaikat

Para malaikat adalah hamba-hamba Allah s.w.t yang terpilih dan memiliki kedudukan tinggi di

sisi RabbNya. Seorang mukmin yang senantiasa menghamba kepada Allah s.w.t dan mengikuti

keredhaanNya, maka seharusnya mencintai dan menghormati malaikat, serta menjauhi apa

yang dapat menganggu dan menyakiti mereka, kerana malaikat itu merupakan makhluk yang

mulia disisi Allah s.w.t.

Keseluruhan alamnya mencerminkan kesucian, kebersiham dan kejernihan. Mereka makhluk

yang sentiasa bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar

penghambaan. Mereka melaksanakan semua perintah yang diberikan dan tidak akan pernah

menderhakai Allah s.w.t untuk selama-lamanya.

Beriman kepada malaikat merupakan rukun kedua didalam Rukun Iman. Iman seorang muslim

dianggap tidak sah selagi mereka tidak beriman kepada malaikat.

Bagaimana konsep beriman kepada malaikat :

1. Membenarkan dan meyakini kewujudan malaikat.

2. Meyakini bahawa malaikat itu hamba dan makhluk Allah s.w.t seperti manusia dan jin.

Mereka diperintahkan dan diberikan tugas. Mereka tidak mempunyai kemampuan kecuali yang

diberikan oleh Allah s.w.t. Mereka akan mengalami mati. Namun, Allah memberikan umur yang

panjang kepada mereka. Mereka tidak akan dimatikan sehingga selesai ajalnya yang panjang

tersebut. Mereka tidak boleh disifatkan dengan sesuatu sifat yang dapat mendatangkan

kemusyrikan kepada Allah s.w.t dan tidak boleh dipanggil sebagai tuhan seperti orang-orang

yang berada di dalam kesesatan yang menyamakan atau memanggil mereka sebagai tuhan.

3. Mengakui bahawa sebahagian mereka ada yang diutus kepada manusia dan ada juga

yang diutus kepada sesama mereka. Sebagaimana kita wajib meyakini, bahawa di antara

mereka yang ditugaskan untuk memikul Arasy’, ada yang ditugaskan untuk berdiri berbaris, ada

yang ditugaskan menjaga syurga dan neraka, ada yang ditugaskan mencatat amalan dan ada

yang ditugaskan mengiringi awan. Banyak ayat-ayat suci Al-Quran dan dalil-dalil yang telah

menjelaskan secara terperinci mengenai keimanan kepada malaikat.

8

Page 11: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Kesimpulan

Di dalam kehidupan. Manusia senantiasa berdampingan dengan makhluk ciptaan Allah s.w.t

yang lain, Bezanya ia cuma dipisahkan kehidupannya dengan alam masing-masing yang telah

ditetapkan oleh Allah s.w.t. Malaikat antara makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mendiami alam

ghaib. Meskipun tidak diketahui bagaimana gambaran keadaan alam ghaib yang didiami

malaikat, menjadi kewajipan kepada seseorang muslim yang berpegang teguh kepada pangkal

keimanan untuk sentiasa beriman kepada malaikat.

Malah, telah kita ketahui bahawa selepas rukun iman yang pertama, iaitu beriman kepada Allah

s.w.t, adalah beriman kepada malaikat. Rukun ini jelas menuntut agar menjadi kewajipan

seorang muslim untuk beriman dan mempercayai bahawa malaikat itu adalah makhluk yang

dicipta oleh Allah s.w.t. Asas iman itu sendiri telah meletakkan mengimani kewujudan malaikat

di rukun kedua sebelum beriman kepada kitab Al-Quran. Ini kerana kitab Al-Quran diturunkan

oleh Allah s.w.t melalui perantaraan malaikat, yakni Jibrail a.s yang ditugaskan untuk

menyampaikan wahyu.

Jelaslah bahawa malaikat merupakan makhluk yang dimuliakan disisi Allah s.w.t, mereka

diciptakan oleh Allah s.w.t untuk menjalankan segala perintah Allah s.w.t dengan patuh dan

taat. Mereka tidak pernah menderhakai dan sentiasa takut akan penciptaNya. Ini ditunjukkan

semasa peristiwa penciptaan Nabi Adam a.s, dimana Allah s.w.t memerintahkan malaikat untuk

sujud kepada Adam, ketika penciptaannya telah sempurna dan roh telah ditiupkan kepadanya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia dari tanah. Dan ketika sudah Aku sempurnakan dan Aku tiupkan kepadanya Roh ku, maka tersungkur sujudlah kamu semua kepadanya.”

(QS. Shaad : 71-72)

Dan para malaikat akur dengan perintah Allah s.w.t dengan bersujud kepada Adam a.s kecuali

Iblis.

Oleh itu, kita sebagai umat islam yang sentiasa berpegang teguh kepada akidah dan mentaati

kepada perintah Allah s.w.t, kita harus mengimani terhadap kewujudan malaikat dan tidak

sesekali meragui kemulian malaikat disisi Allah s.w.t. Kita seharusnya mencontohi sifat mereka

yang sentiasa taat kepada perintah Allah s.w.t, mereka juga tidak sombong kerana tetap sujud

kepada manusia walaupun manusia itu dijadikan dari tanah dan mereka diciptakan dari cahaya

yang mulia. Sifat-sifat terpuji yang ditanam di dalam diri mereka ini lah yang seharusnya

menjadi contoh ikutan kepada umat manusia dalam membentuk diri untuk menjadi umat islam

yang sejati.

9

Page 12: Assignment Malaikat Satu Pengenalan Ringkas_2

Bibliography

Al-Asyqar, D. U. (2008). Dunia Malaikat. Indonesia: International Islamic Publishing House.

Al-Banjari, R. R. (2010). Biografi Malaikat. Kuala Lumpur: Al-Hidayah House Of Publishers Sdn

Bhd.

Hafizuddin, M. (2001). Rahsia Penciptaan Malaikat & Tugas-Tugasnya. Kuala Lumpur: Jasmin

Enterprise.

Kisyik, A. H. (2003). Berkenalan Dengan Malaikat. Kuala Lumpur: Darulfikir.

Shihab, M. Q. (2012). Malaikat Dalam Al-Quran. Selangor: Pts Darul Furqan Sdn Bhd.

Umar, I. M. (2009). Rahsia Malaikat Dan Keajaibannya. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa.

Yusro, Z. (2000). Mengenal Malaikat. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

10