assignment pk

87
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down PENDAHULUAN Pendidikan khas merupakn satu cabang pendidikan yang sangat istimewa. Ini kerana hanya kanak-kanak istimewa sahaja yang boleh menyertai kelas pendidikan khas. Walaupun kanak- kanak ini mempunyai masalah kesihatan, namun mereka masih mempunyai keinginan untuk untuk belajar dan menimba ilmu. Pujian harus diberikan kepada mereka kerana kesungguhan dan kecekalan hati mereka yang sanggup menempuh dugaan hidup ini walaupun tidak seperti masyarakat normal yang lain. Saya merasakan yang mereka ini haruslah diberi kepentingan di dalam komuniti supaya mereka tidak tercicir dan pada masa ini kita lihat terdalpat banyak kemudahan yang membantu mereka yang istimewa ini. Jadi, untuk membuat tugasan ini, saya telah memilih tajuk Sindrom Down kerana saya sangat berminat untuk mengkaji tentang kanak-kanak ini. Ini kerana pada pendapat saya, kanak- kanak ini sangat istimewa dan ramah. Mereka juga mempunyai wajah yang hampir sama dan itu merupakan ciri yang sangat unik. Dengan itu saya telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Komuniti di Parit dan saya juga telah melawat sekolah yang mempunyai masalah pembelajaran. Sedikit sebanyak saya dapat memahami segala perkara tentang Sindrom Down melalui pengamatan saya terhadap pelajar-pelajar ini. Selain itu, saya juga berpeluang untuk melihat proses pembelajaran yang dijalankan untuk mereka serta suasana kelas mereka. Ini semua merupakan perkara baru bagi saya dan saya 1

Transcript of assignment pk

Page 1: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

PENDAHULUAN

Pendidikan khas merupakn satu cabang pendidikan yang sangat istimewa. Ini

kerana hanya kanak-kanak istimewa sahaja yang boleh menyertai kelas pendidikan

khas. Walaupun kanak-kanak ini mempunyai masalah kesihatan, namun mereka

masih mempunyai keinginan untuk untuk belajar dan menimba ilmu. Pujian harus

diberikan kepada mereka kerana kesungguhan dan kecekalan hati mereka yang

sanggup menempuh dugaan hidup ini walaupun tidak seperti masyarakat normal

yang lain. Saya merasakan yang mereka ini haruslah diberi kepentingan di dalam

komuniti supaya mereka tidak tercicir dan pada masa ini kita lihat terdalpat banyak

kemudahan yang membantu mereka yang istimewa ini.

Jadi, untuk membuat tugasan ini, saya telah memilih tajuk Sindrom Down

kerana saya sangat berminat untuk mengkaji tentang kanak-kanak ini. Ini kerana

pada pendapat saya, kanak-kanak ini sangat istimewa dan ramah. Mereka juga

mempunyai wajah yang hampir sama dan itu merupakan ciri yang sangat unik.

Dengan itu saya telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Komuniti di

Parit dan saya juga telah melawat sekolah yang mempunyai masalah pembelajaran.

Sedikit sebanyak saya dapat memahami segala perkara tentang Sindrom Down

melalui pengamatan saya terhadap pelajar-pelajar ini.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk melihat proses pembelajaran yang

dijalankan untuk mereka serta suasana kelas mereka. Ini semua merupakan perkara

baru bagi saya dan saya sangat gembira kerana telah diberi peluang untuk melihat

dengan lebih dekat kanak-kanak ini.

1

Page 2: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

OBJEKTIF

Objektif tugasan ini adalah seperti berikut:

1) Mengumpul segala maklumat brkaitan dengan sejarah perkembangan dan

perundangan yang berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

2) Mengumpul maklumat tentang khidmat sokongan disediakan untuk kanak-

kanak berkeperluan khas di Malaysia dan bgaimana kolaborasi pelbagai

pihak berlaku di Malaysia.

3) Mengenaslpasti ciri-ciri kanak-kanak Sindrom Down.

4) Mengenalpasti sebab berlakunya Sindrom Down.

5) Mengenalpasti strategi pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk

kanak-kanak mengikut keperluan khas mereka.

6) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak Sindrom Down dan

mengumpul kejayaan-kejayaan atau potensi kanak-kanak berkeperluan khas.

2

Page 3: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan Pendidikan Khas 1

1.1 Definisi dan Konsep

1.1.1 Definisi Pendidikan Khas

1.1.2 Konsep Pendidikan Khas

1.1.3 Definisi kanak-kanak berkeperluan khas 2

1.1.4 Konsep kanak-kanak berkeperluan khas

1.2 Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia 3-4

1.3 Perundangan berkaitan Pendidikan Khas 5-10

1.4 Jenis-jenis Kanak-kanak Berkeperluan Khas 11

1.4.1 Kurang Upaya Mental (Kerencatan Akal) 12

1.4.2 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran(Learning disabilities) 13

1.4.3 Kanak-kanak kecelaruan Tingkah Laku(Behavioral Disorder) 13

1.4.4 Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran 14

1.4.5 Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan 15

1.4.6 Kanak-kanak Cacat Fizikal 15

1.4.7 Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat 16

1.5 Khidmat Sokongan yang disediakan untuk Kanak-kanak

Berkeperluan khas 16

1.5.1 Perkhidmatan yang Disediakan oleh Kerajaan 17-23

1.5.2 Perkhidmatan yang Disediakan oleh NGO 24-26

1.6 Isu-isu Semasa Berkaitan Pendidikan Khas 27-28

3

Page 4: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

2.0 Sindrom Down 29

2.1 Ciri-ciri Pelajar Sindrom Down 29

2.1.1 Fizikal 30

2.1.2 kognitif 31

2.1.3 Emosi 32

2.1.4 Sosial 33-35

2.1.5 Tingkah Laku 35-36

2.2 Sebab-sebab berlakunya masalah Sindrom Down 37

2.2.1 Faktor Kromosom 37

2.2.2 Pemakanan Ibu Mengandung 38

2.2.3 Umur Ibu 38

2.3 Pendidikan Kanak-kanak Sindrom Down

2.3.1 Jenis-jenis P&P kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran 39-42

2.4 Kekuatan dan kelemahan kanak-kanak sindrom down 43

2.4.1 Kelemahan 43

2.4.2 Kelebihan 44

2.5 Kejayaan orang Sindrom Down 45

Penutup 46

Rujukan

4

Page 5: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.0PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

1.1 definisi dan kosep

1.1.1 Definisi pendidikan khas

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna

pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa

seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik

pengajaran, peralatan dan kemudahan-kemudahan diperlukan.

Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang

bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan

berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan

peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku

atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.

1.1.2 Konsep pendidikan khas

Boleh dirumuskan di sini bahawa pendidikan khas ialah satu program di mana ia

adalah satu bentuk rancangan pengajaran khas yang diajar oleh guru yang mahir

dalam bidang pendidikan khas. Alat-alat yang digunakan juga adalah alat-alat dan

bahan-bahan khas serta guru mempunyai teknik khas untuk mengajar pelajar.

Rancangan pembelajaran kanak-kanak khas bersifat individu dan tertumpu kepada

seorang pelajar khas sahaja.

5

Page 6: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.1.3 Definisi kanak-kanak berkeperluan khas

Kirk et al (1993) menjelaskan definisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai

kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri

mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam

tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan untuk berkomunikasi atau dalam

pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang

diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh

berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

1.1.4 Konsep kanak-kanak berkeperluan khas.

Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana

keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan

emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan

dan perkembangan diri mereka- fizikal, otak emosi dan sosial tidak menyamai

kanak-kanak biasa. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang

jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa. Di samping itu tingkahlaku mereka

juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut jenis kecacatan atau masalah yang

dialami.

6

Page 7: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.2 sejarah pendidikan khas di malaysia

Pendidikan khas telah dimulakan di Malaysia sejak awal tahun 1920an lagi iaitu di

dalam kalangan sukarelawan yang telah membuka sekolah-sekolah untuk pelajar

bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Tarikh-tarikh

pentingnya adalah seperti di dalam jadual 1.2 berikut:

TAHUN PERISTIWA PENTING

1926 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka

1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau

Pinang

1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth

dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyrakat di

Johor Bahru.

1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)

1954 Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan

Menengah) di Pulau Pinang.

1958 Pembukaan Insitut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM).

1962 Rancangan Percatuman bagi Pendidkan Kanak-kanak Bermasalah

Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah.

1963 Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan khas Masalah Pendengaran

di Maktab Perguruan Ilmu Khas.

1977 Pertubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa

Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu.

1978 Pembukaan Sekolah Menengah Berrama Kurang Upaya

Penglihatan, Setapak.

Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod

Tangan Bhasa Melayu.

Kelas pemulihan untuk pelajar yang ‘lembam’ atau lemah dalam

pelajaran.

1979 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah menengah

Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan.

1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran. Pengambil alihan

7

Page 8: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai

sekolah bertaraf penuh.

1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel

Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-

Quran. Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan

Braille/Kerabunan, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan

penyelenggaraan alatan Braille.

1987 Pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah

Alam.

1988 Permulaan Kelas perintis untuk Pelajar Bermasalah Pembelajaran.

1994 Pembukaan kelas-kelas program inkusif di 14 sekolah.

1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat Menengah dimulakan.

Secara ringkasnya, jika kita lihat jadual 1.2 di atas, sekolah pendidikan khas yang

paling awal ditubuhkan ialah pada tahun 1948 iaitu Sekolah Rendah Pendidikan

Khas Princess Elizabeth iaitu di Johor bahru untuk kanak-kanak buta. Selain itu,

pembukaan sekolah kanak-kanak Pekak Perseketuan pula dibuka untuk para pelajar

sekolah menengah dan sekolah rendah yang terletak di Pulau Pinang. Program

untuk kanak-kanak ‘lembam’ iaitu kanak yang lemah untuk menguasai kemahiran

mengira, membaca dan menulis pada peringkat umurnya telah dimulakan pada

tahun 1978. Dan pada tahun 1994, kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah telah

ditubuhkan.

8

Page 9: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.3 Perudangan berkaitan pendidikan khas

9

ditubuhkan pada tahun 1948.Ia meliputi hak yang bagi individu untuk mendapatkan pendidikan.perkara ini telah ditegaskan dalam Persidangan Dunia bertemakan 'Pendidikan untuk Semua' di Jomtien, Thailand.Ia menekankan bahawa: 'keperluan-kepreluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian yang khusus. langkah-langkah ini perlu diambil untuk menyediakan perasamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.' [terjemahan]

Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan

Sejagat

PBB telah ditubuhkan pada tahun 1959.PBB telah megisytiharkan hari kanak-kank sedunia.perkara yang ditegaskan ialah kanak-kanak istimewa berhak mendapat penjagaan khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami seta peluang untuk menjadi sebarapa normal yang mungkin

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

akta ini telah ditubuhkan pada tahun 1961.dalam bahagian L, akta ini menytakan bahawa: 'sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid kurang upaya'.

Akta Pelajaran

Page 10: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

10

laporan ini telah dibuat pada tahun 1978.Ia mengkaji tentang Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 yang menjadi tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. perakuan itu menyebut 'Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendakl;ah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hemndaklah terus digalakakkan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet

mesyuarat jawatankuasa perancangan pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981.mereka memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai hak kanak-kanak kurang upaya.kementerian yang terlibat ialah Kementerian Pendidikan , Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan dan Msyarakat (kini Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. pada amnya jawatankuasa ini menetapkan:Tnggungjawab Kementerian Pendidkan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, pendengaran, kanak bermasalah pembelajaran dan kerencatan akal yang boleh dididik

Jawatankuasa perancangan pendidikan

Page 11: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Terdapat dua seksyen dalam akta ini iaitu seksyen 40 dan seksyen 41. Di dalam

akta 1996, ia dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam bidang pendidikan

khas ini yang mengkehendaki untuk membuka kelas sekiranya terdapat permintaan

daripada masyarakat sekeliling. Selain itu, akta ini juga memperuntukkan kuasa

kepada Menteri Pelajaran untuk menentukan tempoh persekolah serta sukatan

matapelajaran dan kandungan kurikulum keperluan pendidikan khas. Pada waktu ini,

kanak-kanak ini bersekolah sehingga umur 19 tahun. Berdasarkan peta grafik di

atas, jelaslah bahawa pendidikan khas merupakan satu cabang pendidikan yang

penting dan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Persatuan Bangsa-

bangsa Bersatu(PBB) misalnya telah mengisytiharkan satu hari untuk kanak-kanak

khas ini di mana di dalam pernyataan PBB kanak-kanak ini berhak mendapat

penjagaan yang sewajarnya dan merima pendidikan senormal boleh.

Selain itu, terdapat juga kementerian-keneterian di Malayisa yang begitu

menitikberatkan pendidikan khas ini misalnya seperti Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan dan sebagainya.

kesemua kementerian ini bertanggungjawab dalam membantu memelihara hak-hak

kanak-kanak khas ini dan dan memberi satu bentuk persepsi positif kepada

masyarakat bahawa kanak-kanak khas ini perlu dibentu dan bukannya disorok atau

diabaikan. Terdapat juga beberapa peristiwa penting seperti di dalam peta grafik di

atas. Tujuannya adalah sama iaitu ingin membela hak kanak-kanak khas di seluruh

dunia.

11

akta ini telah disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.satu bab khusus tentang pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa 'Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34 (1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

Akta Pelajaran 1961

Page 12: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Terdapat Akta Orang Kurang Upaya 2008 di mana akta ini memperjuangkan hak-

hak orang kurang upaya di Malaysia. akta ini mengandungi berpuluh-puluh seksyen

iaitu sebanyak 46 seksyen. Di dalam seksyen-seksyen ini, orang kurang upaya

diberi hak yang sama dengan hak masyarakat normal yang lain. Berikut di bawah

merupakan beberapa seksyen yang ditekankan dalam hak orang kurang upaya.

Seksyen 21: Daftar Orang Kurang Upaya

Iaitu orang kurang upaya haruslah mendaftar sebagai kurang upaya. Pendaftar

haruslah menyenggara dan mengemaskini Daftar supaya butir-butir orang kurang

upaya tidak tercicir.

Seksyen 25: Pengeluaran Kad OKU

Kad OKU ini dikeluarkan bagi OKU yang berdaftar.

Dengan adanya pendaftaran dan kad OKU disediakan, hak OKU akan lebih terjamin

khususnya kepada pelajar pendidikan khas. Segala butiran mereka akan dapat

direkod dan ini akan membantu mereka untuk memiliki segala hak bagi orang

kurang upaya.

Seksyen 26: Akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan

bangunawan

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada pelbagai

kemudahan yang disediakan. Kerajaan dan penyedia haruslah mengambil langkah

yang perlu untuk memastikan segala kemudahan ditambahbaik.

Seksyen 27: Akses kepada kemudahan pengangkutan awam

Orang kurang upaya haruslah mempunyai hak untuk akses kepada kemudahan

yang dibuka kepada orang ramai dan OKU ini perlulah mendapat hak yang sama

dengan masyarakat. Langkah keselamatan pengkutan awam haruslah selaras

dengan OKU.

12

Page 13: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Dengan adanya kemudahan kepada perkhidmatan bangunan dan pengangkutan

awam, para pelajar pendidikan khas akan dapat bergerak ke mana-mana tanpa

sekatan dan ini memudahkan mereka sekirannya mereka mengikuti lawatan sambil

belajar yang disediakan oleh pihak sekolah atau pergi melawat bangunan-bangunan

serta tempat yang menarik.

Seksyen 28: Akses kepada pendidikan

Kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan dalam mendapatkan

pendidikan. Kerajaan haruslah menyediakan kemudahan sekolah yang sesuai,

sukatan pelajaran serta kokurikulum yang selaras dengan pelajar OKU.

Di dalam seksyen ini, kanak-kanak khas boleh mendapat hak yang sama rata untuk

belajar seperti dengan pelajar normal yang lain. Namun, mereka mempunyai

sukatan pelajaran serta teknik khas untuk mengajar pelajar ini.

Seksyen 29: Akses kepada pekerjaan

Majikan haruslah melindungi hak orang kurang upaya ini untuk mendapatkan

suasana kerja yang adil dan baik termasuklah peluang sama rata dengan

masyarakat lain. Bagi pelajar pendidikan khas ini mereka dapat bekerja selepas

habis belajar di sekolah. jadi ini daapt membuatkan mereka berdikari dan mereka

akan berasa dihargai.

13

Page 14: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Seksyen 32: Akses kepada rekreasi, santai dan sukan

Seksyen ini menjelaskan bahawa OKU seharusnya diberi peluang untuk berekreasi

serta bersukan dengan memastikan keselamatan mereka terjamin. Selain itu, OKU

juga haruslah diberi peluang untuk menganjurkan, menyertai mana-mana aktiviti

sukan tanpa rasa rendah diri. Dan jikalau kita lihat kepada pelajar pendidikan khas

pula, mereka akan dapat pendedahan dan pengalaman melalui aktiviti sukan yang

mereka lakukan. Secara tidak langsung, pelajar ini akan dapat ilmu dan menguatkan

fizikal mereka.

Seksyen 38: Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial

Kerajaan haruslah memastikan kebajikan orang kurang upaya yang teruk terbela

setelah kematian ahli keluarga mereka dan memberikan kehidupan yang berkualiti

kepada mereka. Di dalam seksyen ini, para pelajar pendidikan khas yang

kehilangan ibu bapa mereka atau waris akan terbela nasib mereka kerana adanya

pihak untuk membantu. Jadi, mereka akan masih dapat belajar dengan berkesan

dan baik.

14

Page 15: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.4 Jenis-jenis kanak-kanak berkeperluan khas

Menurut pakar-pakar pendidikan khas di serata dunia serta berdasarkan Akta

Individu Kurang Upaya yang telah dibentuk di Amerika Syarikat iaitu IDEA, mereka

telah mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluan khas (PL 105-117) yang

mencadangkan 13 kategori kurang upaya (diasability). Berdasarkan peta grafik di

bawah, beberapa kategori telah disatukan dan menjadi 8 kategori sahaja.

15

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

cacat pendengaran dan bermasalah

komunikasi

cacat penglihatan

kerencatan akal

cacat fizikal dan kesihatan

bermasalah pembelajaran

kecelaruan tingkah laku

pintar dan cerdas

Page 16: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.4.1 Kurang upaya mental (kerencatan akal)

Kanak-kanak kerencatan akal merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai darjah

kecerdasan (Intelligent Quetion, IQ) di antara 35 hingga 85. Biasanya, kanak-kanak

dalam kategori ini menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kederaan,

kelahiran, warisan baka keluarga, kekurangan zat makanan, masalah hormon dan

sebagainya.

Terdapat tiga darjah kecerdasan kanak-kanak kerencatan mental yang

pertama ialah antara 50-70. Ia merupakan kadar kecacatan yang sederhana dan

mereka boleh dididik dan dilatih sekolah. kanak-kanak cacat ini tergolong dalam

kumpulan pelajar yang lambat belajar(slow learners.

Antara ciri-ciri yang dapat dilihat adalah seperti berikut:-

a) Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4, sehingga mereka

mencapai umur 16 tahun.

b) Taraf pencapaian murid-murid ini adalah sebanyak setengah hingga tiga

perempat dari kanak-kanak normal.

c) Kanak-kanak ini hanya boleh membaca atau memhami konsep asas

matematik apabila mencapai umur 9 hingga 12 tahun.

d) Mereka cepat lupa dan ingatan tidak kekal.

e) Mereka sukar untuk belajar konsep abstrak.

f) Mereka juga lambat belajar dan perlukan banyak aktiviti pengukuhan untuk

meningkatkan kemahiran mereka.

Tahap kecerdasan yang kedua ialah di antara 35-49. Selalunya, kanak-kanak

ini menghadapi masalah untuk menjaga diri mereka sendiri contohnya seperti

membuka baju, makan, buang air dan sebagainya. Kanak-kanak ini tidak dididik

di sekolah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk belajar

dalam apa-apa matapelajaran pun.

Tahap ketiga adalah di mana tahap kecerdasannya adalah yang paling teruk

iaitu di bawah 35. Mereka tidak berupaya untuk melakukan sebarang kerja dan

perlukan perhatian khusus dari orang dewasa untuk menjaga mereka

termasuklah melakukan perkara yang mudah seperti memakai baju dan

membuang air.

16

Page 17: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.4.2 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning disabilties)

Kanak-kanak ini mempunyai masalah keran tidak berupaya untuk mengikuti

kelas seperti biasa. Ini adalah kerana mereka mempunyai masalah peribadi atau

peribadi atau kedua-duanya. Bagaimanapun, kanak-kanak bermasalah

pembelajaran ini tidak menghadapi sebarang masalah fizikal, emosi, penglihatan,

pendengaran dan kecacatan mental(kerencatan akal).

Keadaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai

halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa, samada

lisan atau tulisan, persepsi kognitif, atau aktiviti psikomotor.

Ciri-ciri yang dirumuskan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah:-

a) Pencapaian akademik keseluruhannya tidak sampai tahap memuaskan.

b) Lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa.

c) Tidak menunjukkan minat dalam kelas.

d) Hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan singkat terhadap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

e) Masalahnya tidak dipedulikan atau tidak dapat dibantu oleh ahli keluarganya.

f) Mereka juga sering mengantuk, mudah lupa seta mempunyai sifat malu dan

segan untuk bertanya.

1.4.3 Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku(behavioral disorders)

Secara am, kanak-kanak kecelaruan tingkah laku mempunyai 4 kategori iaitu seperti

berikut:-

a) Tingkah laku terbias: mempunyai tingkah laku yang menentang autoriti, tidak

memenuhi peraturan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka

menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adalah hiperaktif atau

hiperkinetik.

b) Sifat pengongkongan dalaman: kanak-kanak yang bersifat pemalu, pendiam,

sensitif, pasif, tidak suka berkawan, dan mudah tersinggung. Mereka sering

melakukan tindakan di luar dugaan.

17

Page 18: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

c) Tingkah laku ketidakmatangan: kanak-kanak yang kurang berupaya dalam

menumpukan perhatian dalam pelajaran. Mereka tidak berminat belajar,

sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri.

d) Tingkah laku antisosial: kanak-kanak sering bertindak liar dan kerap

menimbulkan masalah disiplin sekolah. contohnya seperti memeras ugut,

mencuri, ponteng dan sebagainya.

1.4.4 Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah pendengaran

Kanak-kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi

dan mereka sukar untuk mempelajari sebutan perkatan-perkataan dengan jelas dan

tepat. Kanak-kanak ini tergolong dalam dua kumpulan kanak-kanak cacat

pendengaran pratutur (prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur

(postlingual). Jadual 1.4.4 di bawah merupakan banding beza antara dua jenis

kumpulan ini.

Ciri-ciri kanak-kanak cacat pendengaran ialah seperti berikut:-

a) Terlalu pasif, tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya.

b) Mereka juga menghadapi masalah memahami kata orang lain, pertuturan

kurang lancar dan tersekat-sekat serta berulang-ulang.

c) Kurang arif untuk meggunakan perkataan-perkataan tepat bagi menerangkan

sesuatu perkara atau situasi.

d) Sering membaca pergerakan bibir untuk untuk memahami apa yang

diucapkan oleh orang sekeliling.

18

kanak-kanak cacat pendengaran pratutur

(prelingual)

kanak-kanak yang pekak sejak lahir.menghadapi masalah pembelajaran dan komunikasi yang lebih teruk dari postlingual.

kanak-kanak cacat pendengaran postutur

(postlingual)

kanak-kanak cacat pendengaran separa atau sepenuhnya.

Page 19: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.4.5 Kanak-kanak cacat penglihatan

Kanak-kanak cacat penglihatan ialah kanak-kanak yang buta serta

mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70 selepas

pembetulan, berbanding dengan kanak-kanak penglihatan normal yang mempunyai

kadar kecekapan penglihatan 20/20.

Terdapat beberapa jenis kanak-kanak bermasalah penglihatan ini antaranya

ialah kanak-kanak rabun dekat, rabun jauh, rabun malam, rabun warna,

astigmatisme, katarak, glukoma dan juling. Antara sebab-sebabnya ialah kesakitan

mata, kekurangan zat makanan ataupun erosakan saraf optik atau menghidap

penyakit seperti hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya.

Antara ciri-ciri yang boleh dikenalpasti ialah:-

a) Kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta di papan kapur.

b) Sering mengesat mata dan mata selalu kelihatan kemerah-merahan.

c) Matanya juling, terpesong sedikit kedudukan mata hitamnya dan sering

berasa penig kepala.

d) Matanya amat sensitf terhadap cahaya dan mereka juga tidak dapat

membaca dalam tempoh yang lama.

1.4.6 Kanak-kanak cacat fizikal

Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyia kecacatan anggota

badan ataupun ortopedik. Kecacatan ortopedik memepengaruhi funsi sendi atau

otot, pinggang, tangan atau kakinya hingga lemah dan tidak berdaya dan

sebagainya. Bagi pelajar yang menghadapi masalah ini, ia pasti akan menjejaskan

prestasi akademik mereka kerana ketidakcekapan anggota badan mereka misalnya

dalam seni lukis, muzik dan pendidikan jasmani.

19

Page 20: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.4.7 Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat

Kebiasaaannya, kanak-kanak cerdik ini mempunyai darjah kecerdasan melebihi

120. Mereka biasanya dkategorikan dalam 3 kategori iaitu:-

a) Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi.

b) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta.

c) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta.

Ciri-ciri kanak-kanak pintar ini adalah seperti berikut:-

a) Mempunyai kemahiran kognitif dan sifat ingin tahu yang tinggi.

b) Menunjukkan motivasi dan perasaan afektif yang tinggi serta ada potensi

untuk menjadi kreatif dan sensitif.

c) Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa yang dipelajari

tanpa latihan yang berulang-ulang.

d) Cekap menyiasat, menjadual, mengelasifikasi, mengumpul, menginferensi

dan melapor.

e) Bermiant terdap alam sekitar dan persekitaran sekeliling dan ingin meneroka

dengan lebih meluas.

20

Page 21: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.5 Khidmat sokongan yang ada disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas

1.5.1 Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan

Jabatan kebajikan masyarakat (JKM)

21

1)PENDAFTARAN DAN KAD KENAL DIRI OKU

• Tujuannya adalah untuk mengumpul data dan statistikbagi program perancangan program pemulihan, pencegahan, latihan dan sebagainya.

• Kad tersebut adalah untuk pengenalan diri yang berdaftar supaya memudahkan urusan pihak yang berkenaan

3) GERAN PELANCARAN

• Bertujuan untuk membantu OKU yang berpengetahuan dan berkemahiran tetapi mereka tidak mempunyai modal dan peralatan yang cukup bagi menjayakan projek.

5) BENGKEL TERLINDUNG

• JKM berusaha untuk mendapatkan peluang pekerjaan untuk OKU samada di sektor awam mahupun swasta.

4)ELAUN PEKERJA CACAT

• Elaun ini diwujudkan untuk menggalakkan OKU untuk berdikari.

2)BANTUAN ALAT TIRUAN/ORTORTIK

• Bantuan ini bertujuan untuk membantu OKU mendapatkan peralalatan tiruan/sokongan (assitive devices) seperti kerusi roda, kaliper yang tidak mampu dibeli oleh mereka.

Page 22: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

22

6) LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL

• Pusat ini menawarkan kursus peringkat persijilan dan mendapt pengiktirafan MLVK.

• Ia dibuka untuk OKU yang berumur 18-40 tahundan kelulusan sekurang-kurangnya PMR.

• Antara kursus yang ditawarkan ialah jahitan, elektronik dan sebagainya.

7) INSTITUT PEMULIHAN

• (Taman Sinar Harapan)

• Memberi perlindungan kepada OKU yang mempunyai kecacatan yang teruk.

• Aktiviti yang dijalankan ialah pemulihan kehidupan seharian, latihan pra-vokasional, kelas akademik formal dan sebagainya.

8) PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

• PDK merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti golongan kurang upayamenajlani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat.

• PDK memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat serta peluang sama rata seperti masyarakat normal yang lain.

Page 23: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Kementerian pelajaran malaysia (KPM)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kemudahan perkhidmatan kepada

pelajar-pelajar kurang upaya seperti masalah penglihatan, pendengaran,

bermasalah pembelajaran dan pelajar pemulihan khas. Kategori bagi masalah

pembelajaran di bawah tanggugjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah

berikut:-

Terdapat beberapa jenis Program Pendidikan Khas yang dilaksanakan oleh KPM:-

A. Sekolah khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah

pendengaran.

B. Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeprluan khas,

bermaslaah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah

penglihatan. Ia diwujudkan melalui sekolah rendah, menengah dan

sebagainya.

23

BERMASALAH PEMBELAJARAN

1)SINDROM DOWN

2) AUSTISME RINGAN

3) ATTENTION DEFICIT HYOERACTIV DISORDER

(ADHD)

TERENCAT AKAL MINIMUM

BERMASALAH PEMBELAJARAN

SPESIFIK

Page 24: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

C. Program Pendidikan Inkusif membolehkan murid pendidkan khas berpeluang

belajar bersama-sama dengan murid biasa dalam satu kelas dengan bantuan

guru sumber.

D. Program Pemulihan Khas disediakan bagi membantu murid mengatasi

masalah belajar yang khusus terutama dalam kemahiran 3M

membaca, mengira dan menulis.

E. Kurikulum Program Pendidikan Khas merupakan sebuah kurikulum yang

digunakan oleh sekolah pendidikan kahs.

F. Aktivti Kokurikulum untuk murid pendidikan khas disediakan juga antaranya

ialah futsal, goalball dan pingpong locang.

G. Terdapat dua jenis kategori Program Pendidikan Khas Prasekolah disediakan

oleh KPM iaitu Programa Pendidikan khas Inklusif Prasekolah si sekolah

biasa untuk murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan dan

Program Pendidikan Khas Inklusif Prasekolah di sekolah biasa untuk murid

bermasalah pembelajaran.

H. Terdapat 7 buah pusat berkeperluan khas iaitu:-

a) Khidmat audiologi

b) Kelas bahasa isyarat

c) Kelas terapi pertuturan

d) Kaunseling ibu bapa

e) Perpuskataan, tempat permainan dan bahan rujukan

I. Semua sekolah pendidikan khas bermasalahpendengaran dan penglihatan

menawarkan aliran akademik iaitu Ujian Penilaian Rendah (UPSR).

Kemudahan juga telah diberikan termasuklah asrama dan makan minum

percuma.

J. Program Pendidikan Khas Peringkat Menengah diberikan kepada pelajar

bermasalah pendengaran dan penglihatan. Pereka akan mengambil

Penilaiaan Menengah Rendah ( PMR) dan mereka jugs akan diberi peluang

untuk menyambung pelajaran di epringkat vokasional atau akademik.

K. Murid bermasalah pembelajaran yang memilih untuk ke alairan vokasional

atau elektif mata pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di

sekolah menegah atau teknik(pendidikan khas).

24

Page 25: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

L. Jabatan Pendidikan Teknik juga memberi pelunag kepada pelajar bermasalah

pendengaranuntuk melanjutkan pelajaran di Politeknik. Mereka boleh

mengikuti kursus dengan pendaftaran percuma, yuran pengajian percuma,

makan percuma serta wang saku RM300 diberikan setiap bulan.

M. Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah

rendah adalah enam tahun.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

25

a) Peringkat hospital-Di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Rehabilitasi menawarkan rawatan mubidisciplinary.-ahli yang terlibat adalah pakar perubatan, rehabilitasi, pengawai perubatan, jurupulih perubatan anggota, jurupulih perubatan carakerja dan sebagainya.

b) Peringkat klinik-terdapat dua jenis perkhidmatan untuk golongan kurang upaya disediakan iaitu perkhidmatan pemulihan psikologi bagi pesakit mental dan pemulihan bagi kanak-kanak khas.

Page 26: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

26

Peringkat hospital

1) Perkhidmatan Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Kuala Lumpur contohnya membantu pesakit dalam urusan

keperluan alat bantuan

2) Perkhidmatan Hospital di luar Lembah Klang(termasuk Sabah dan Sarawak) untuk

OKU

3) Smart Partnership dengan Jabatan Kebajikan

Masyarakat(JKM)

4) Pengecualian bayaran rawatan

5) kemudahan untuk OKU contohnya seperti tandas,

lif, temapat letak kereta

Page 27: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

PERINGKAT KLINIK

Kementerian sumber manusia (KSM)

OKU juga boleh menyumbang dalam pembangunan dan lantas sebab itu,

sebuah Jawatankuasa Penggalakan Jawatankuasa Penggajian OKU di sektor

swasta telah diwujudkan pada tahun 1990.

Pada Novenber 2001, KSM telah melancarkan Kod Amalan Penggajian OKU

di sektor swasta. Ia merupakan garis panduan kepada majikan, kesatuan pekerja

dan sebagainya dalam penempatan OKU dalam sektor swasta. Tambahan lagi, ia

juga merupakan satu langkah bagi OKU untuk mempersiapkan diri dalam

melangkah ke alam pekerjaan.

Mereka juga menghargai OKU yang tidak menjadikan kecacatan sebagai

banteng untuk menyekat diri mereka sendiri.

Aktiviti-aktiviti pendaftaran telah dijalankan melalui program-program berikut:-

27

Ia merupakan satu proses untuk memudahkan dan menggalakkan individu yang kurang upaya bagi mencapai tahap berdikari dalam komuniti.Antara aktivitinya adalah latihan kemahiran sosial, riadah, kaunseling

1) Pemulihan psikologi bagi pesakit

mental

Menitiberatkan saringan awal untuk mengesan kanak-kanak kurang upaya.Antara latihan yang dijalankan ialah latihan kemahiran motor kasar dan halus, latihan kemahiran komunikasi, latihan kemahiran sosial dan sebagainya.

2) Pemulihan bagi kanak-kanak kurang

upaya

Page 28: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

a) Mempromosikan penempatan OKU kepada majikan.

b) Membuka kaunter pendaftaran OKU di tempat awam.

c) Menjadi ahli jawatankuasa beberapa pertubuhan OKU dan sebagainya.

Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT)

KPKT telah menyrankan supaya bangunan baru yang mempunyai kemudahan untuk

OKU dibina. Contohnya seperti ramp, tandas, tempat parking, visual sign, tangga,

dan sebagainya.

Kesemua kemudahan ini haruslah dibina di pejabat pos, pusat membeli belah,

restoran, bangunan ibadah, hotel, asrama, sekolah, hospital dan lain-lain tempat

yang sibuk dan menjadi laluan bagi OKU.

1.5.2 Perkhidmatan yang disediakan oleh NGO

28

5.2.1 Program Intervensi Awal

-Penting pada peringkat awal untuk mengembangkan potensi mereka dalam mempelajari kemahiran komunikasi, pergerakan, kemahiran mentafsir dan penjgaan diri.

-Meliputi aktiviti seni dan kraf, muzik dan nyanyian, persembahan dan aktivti fizikal.

5.2.2 Pusat Latihan Harian

-Menawarkan kemudahan penjagaan kanak-kanak kurang upaya khususnya ibu bapa yang bekerja.

-Terdapat juga asrama yang menjga sepenuh masa kanak-kanak khas ini yang membantu memereka berdikari dan belajar untuk mrnguruskan hal sendiri..

Page 29: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

29

5.2.4 Program Pendidikan Khas

-Program pendidikan oleh NGO adalah pelbagai dan berbeza mengikut keperluan golongan kurang upaya dari segi fizikal, mental, masalah pertuturan, dan masalah pembelajaran.

5.2.5 Latihan dan Pekerjaan

-Perkhidmatan memberi latihan dan pekerjaan kepada orang OKU. Latihan diberikan dan mereka juga ditawarkan peluang pekerjaan oleh NGO.

-Hasil karya mereka akan dijual di dalam atau pun di luar negara.

5.2.7 Kursus Latihan Intensif untuk Ibu Bapa

Kursus ini ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak khas, biasanya latihan ini adlaah seminggu dan ia dijalankan sewaktu cuti sekolah.

-Ia boleh menigkatkan kebolehan dan menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam perkembangan anak-anak mereka.

5.2.3 Pemulihan dalam komuniti(PDK)

-Menyedikana program pertuturan, kekuatan fizikal, kemahiran sosial dan sebagainya.

Page 30: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

30

5.2.10 Kaunseling

-Ia diadakan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri OKU serta keluarga mereka untuk menerima diri mereka seadanya dan tidak menyalahkan pada takdir.

5.2.9 Pengajaran Braille

-Merupakan satu pembelajaran untuk OKU bermasalah penglihatan.

5.2.8 Perkembangan Bahasa

NGO juga membantu OKU untuk meningkatkan penguasaan bahasa isyarat mereka dan ia dilatih oleh pakar yang terlatih dan berkelayakan.

Page 31: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.6 Isu-isu semasa berkaitan pendidikan khas

Pendidikan khas semakin penting

1) Hari anugerah cemerlang

Pendidikan khas menjadi salah satu keutamaan Kementerian Pelajaran dalam

menghargai guru-guru yang gigih berusaha dan berkorban untuk memberi

pendidikan kepada pelajar yang berkeperluan khas. Anugerah Guru Cemerlang

Pendidikan Khas 2005 disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk menghargai

mereka.

Ia merupakan pengiktirafan kepada guru tersebut kerana jasa yang telah dicurahkan

selain menggalakkan lebih banyak guru terlibat dalam pendidikan khas. Anugerah ini

juga bertujuan untuk menggalakkan guru pendidikan khas lebih kreatif dan inovatif.

Ia juga sebagai pengiktirafan kementerian kerana menyedari kemahiran mengurus

pelajar berkeperluan khas bukan sahaja melalui membaca buku tetapi perlu melalui

pelbagai pengalaman dan ini menjadikan guru Pendidikan Khas istimewa dan

berbeza dengan guru-guru yang mengajar pelajar normal.

2) Guru cemerlang Pendidikan khas

Sebagai menghargai guru Pendidikan khas ini, Hari anugerah khas 2005 bagi Guru

Cemerlang Guru Pendidikan khas ini telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Ini untuk menambahkan semangat para guru untuk berusaha dengan lebih

gigih lagi di dalam kelas. Sebagaimana yang kita tahu, mengajar kanak-kanak khas

bukanlah satu tugas yang mudah dan ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Justeru

itu, wajarlah guru Pendidikan Khas diberikan anugerah. Ia merupakan pengiktirafan

kepada guru tersebut kerana jasa yang telah dicurahkan selain menggalakkan lebih

banyak guru terlibat dalam pendidikan khas. Anugerah ini juga bertujuan untuk

menggalakkan guru pendidikan khas lebih kreatif dan inovatif.

3) PIPP: Teras 4: Merapatkan jurang pendidikan

Dalam Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga

memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu

31

Page 32: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

merapatkan jurang pendidikan antara pelajar normal dengan berkeperluan khas

berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka. Antara langkah yang diambil dalam

memastikan PIPP ini berjaya ialah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui

Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha membangunkan dan membuka sekolah

Intregrasi Pendidikan Sekolah, Pendidikan Masalah Pendengaran dan juga Sekolah

Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan Sekolah Pendidikan Khas

terutamnya PKBP, adalah satu perkara perlu dipandang positif. Ia juga

mempamerkan kesungguhan dan usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

dalam mempertingkatkan tahap kesedaran ibubapa dan juga masyarakat di

Malaysia terhadap keperluan pendidikan di kalangan anak mereka serta peluang -

peluang yang telah disediakan pihak berwajib.

4) Kurangnya sokongan pihak sekolah

Kita semua tahu yang pendidikan kahs di negara kita masih baru. Kita boleh lihat

masyarakat sekarang mempunyai tahap kesedaran yang semakin meningkat

khususnya ibubapa dan pihak lain terhadap keperluan kanak-kanak berkeperluan

khas.

Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah sangat

penting dalam sesebuah sekolah pendidikan khas memandangkan pihak inilah yang

paling hampir dengan program pendidikan khas. Masalah pihak pentadbiran yang

masih kurang memberi sokongan kepada pendidikan khas bukan sahaja menjadi

masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain di

Semenanjung Malaysia. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari

segi layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai

golongan kelas kedua. Kekurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang

senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam

di mana ia akan menjatuhkan graf peperiksaan awam sekolah menjadi faktornya.

Dalam menangani isu ini, perlunya ada program pendedahan Pogram Pendidikan

Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dikalangan semua

pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini

dan juga pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas

terutamanya Guru Besar atau Pengetua.

32

Page 33: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

2.0 SINDROM DOWN

Salah satu masalah pembelajaran yang kerap berlaku di Malaysia ialah

Sindrom Down atau trisomy 21. Ia merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh

kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Bayi normal dilahirkan dengan

jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom

21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kromosom 21yang

terlebih 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom.

Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

Sindrom down ini mendapat namanya sempena John Langdon Down iaitu

seorang doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.

2.1 ciri-ciri pelajar sindrom down

Ciri-ciri sindrom down boleh dikategorikan kepada beberapa aspek iaitu aspek

fizikal, kognitif, emosi, sosial dan tingkah laku.

2.1.1 fizikal

Jikalau kita lihat dari segi fizikal kanak-kanak sindrom down ini, mereka

mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Setiap

seorang dari mereka mempunyai wajah yang hampir sama antara kanak-kanak

sindrom down yang lain. Selain itu, pangkal hidung mereka juga kemek. Tambahan

lagi, mata mereka berbentuk badam disebabkan pada kelopak mata mereka

mempunyai lipatan epikanthik (lebihan kulit di sudut dalam). Jarak antara dua mata

juga kelihatan jauh antara satu sama lain.

Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu

terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih

rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke

belakang. Lehernya agak pendek.

Tambahan lagi, sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai

jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan

mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".

33

Page 34: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Selain itu, kaki mereka agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki

kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki. Kanak-kanak sindrom down mempunyai

otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah

serta lambat sedikit dalam perkembangan motor kasar. Berikut gambar 1 di bawah

adalah contoh kanak-kanak sindrom down. Gambar di bawah ialah Puteri Aqilah

berumur 2 tahun. Dia merupakan pelajar PDK di Parit,Perak.

Gambar 1

Kadang-kala pelajar-pelajar sindrom ini juga mengalami masalah atau kompilasi

dalaman contohnya seperti seperti masalah jantung dan masalah usus.

Masalah jantung berlubang ialah masalah yang kerap berlaku kepada mereka.

Contohnya Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik

jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang

diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang

berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down ini,

mereka juga boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic

spell) dan susah bernafas.

Masalah usus pula biasanya boleh dikesan sewaktu awal kelahiran seperti salur

esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian

34

Page 35: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

tertentu esofagus. Biasanya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana

bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor, jururawat

kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air semasa baru lahir.

Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan

"Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di

bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan

seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air

besar.

2.1.2 kognitif

Kanak-kanak sindrom down ini selalunya mengslami kerencatan akal. Mereka

lemah dalam keupayaan daya ingatan (memori), memberikan sepenuh tumpuan,

dan proses berfikir.

Manusia normal mempunyai kebolehan untuk mengingat memori melalui dua

proses memori iaitu short term memory dan long term memory. Short term memory

atau memori jangka masa pendek merupakan memori yang baru kita peroleh dan

tidak disimpan lagi dalam ingatan kekal. Memori ini akan mudah kita lupa melainkan

kita berulang kali mengingatinya. Long term memory pula ialah memori jangka masa

panjang di mana memori ini kita boleh ingat sepanjang hayat kita. Contohnya

perkara yang kita suka, kita akan mudah mengingatinya dan tidak memerlukan

proses berulang kali.

Tetapi ini tidak berlaku kepada kanak-kanak sindrom down, mereka tidak

dapat mengingat perkara yang mudah melainkan mereka melakukannya berulang-

ulang kali sehinggalah mereka tidak perlu untuk mengenalpasti sesuatu dengan

bantuan orang lain. Sebagai contoh, mereka akan kenal ahli keluarga mereka

seperti ibu, ayah, kakak dan mana-mana orang yang rapat dengan mereka. Tetapi

sekiranya mereka tidak mengulangkaji maklumat tersebut, mereka akan lupa ia

dalam ingatan mereka.

35

Page 36: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Tambahan lagi, jikalau kita lihat dari segi penumpuan kanak-kanak sindrom

down ini pula, mereka mempunyai kesusahan yang sangat luarbiasa untuk

menumpukan kepada satu perkara penting yang berlaku di persekitaran mereka.

Sebagai contoh, apabila guru mengajar di depan, jikalau mereka terdengar bunyi

motor di luar, sidah pasti perhatian mereka akan terganggu kerana mereka ingin

mengetahui siapa di luar. Mereka juga akan memberikan tumpuan lebih kepada guru

yang menjadi kegemaran mereka.

Selain itu,kanak-kanak sindrom down ini juga menghadapi masalah dalam

proses berfikir mereka. Kanak-kanak normal biasanya dapat mengaplikasikan apa

yang mereka belajar dengan persekitaran mereka. Tetapi ini tidak bagi kanak-kanak

sindrom down, mereka tidak dapat mengaitkan apa yang mereka belajar dengan

keadaan sekeliling. Mereka memerlukan bantuan guru untuk memberitahu mereka

tentang perkaitan pembelajaran mereka. Sebagai contoh, mereka belajar segi tiga,

segi tiga iialah satu bentuk di mana menyerupai kon ais krim dan topi hari jadi. Jika

kita bertanya pada kanak-kanak normal sudah pasti jawapannya pantas tetapi bagi

kanak-kanak sindrom down, mereka baru mengetahuinya.

2.13 emosi

Sebagaimana yang kita tahu, kadangkala emosi kanak-kanak khas ini tidak

menentu dan tidak dapat dijangka. Bagi kanak-kanak sindrom down ini, mereka

sangat disayangi oleh ahli keluarga mereka kerana sikap kanka-kanak ini yang

sangat ceria dan sentiasa tersenyum. Mereka selalunya di dalam mood yang baik

dan ini bergantung kepada persekitaran mereka juga. Ada sesetengah kanak-kanak

sindrom down ini yang boleh mengawal emosi mereka sebagai contoh apabila

mereka tidak dapat membuat sesuatu latihan akademik. Kanak-kanak ini akan

marah dan mengamuk kerana tidak berjaya dan ini bergantung kepada guru atau ibu

bapa untuk mengawal mereka. Tetapi sebaliknya sekiranya mereka berjaya

membuat latihan tersebut, mereka akan berasa sangat gembira dan ingin membuat

lebih lagi.

36

Page 37: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Selain itu, kanak-kanak ini juga kadang kala akan berasa sedih dan

mengalami kemurungan tidak kira masa dan di mana. Menurut penyelia PDK (di

Perak, saya membuat lawatan bersama rakan untuk mengkaji tentang sindrom down

ini,) beliau mengatakan yang terdapat pelajar sindrom down di situ yang menangis

tiba-tiba dan berada dalam kemurungan selama hampir seminggu. Jika ditanya,

mereka pasti menjawab mereka tidak apa-apa namun, jauh di sudut hati mereka

pasti ada persoalan yang mereka inginkan jawapan. Sebagi contoh, kanak-kanak

khas ini ada juga yang bertanyakan kepada ibu bapa atau para guru mereka

mengapa mereka dilahirkan sedemikian? Atau adakah mereka tidak disayangi oleh

ibu bapa dan adakah masyarakat akan menerima mereka? Semua persoalan ini

perlu dijawab secara berhati-hati oleh guru dan ibu bapa supaya tidak mengguris

perasaan mereka.

2.1.4 sosial

Bergaul dengan masyarakat secara baik adalah satu perkara yang paling

dikehendaki oleh kanak-kanak khas ini. Mereka inginkan semua orang untuk

menganggap mereka sebagai kanak-kanak normal yang lain. Terdapat beberapa

kanak-kanak sindrom down ini yang positif dan boleh bergaul mesra dengan orang

yang baru dikenalinya walaupun mereka agak malu pada awalnya. Namun, mereka

tetap memberikan yang terbaik sekiranya kita memerlukan apa-apa dari mereka.

Gambar di bawah menunjukkan senyuman seorang kanak-kanak khas yang

bernama Aini (gambar 2) serta buku tulisnya (gambar 3) yang beliau berikan kepada

kami untuk dijadikan bahan bukti.

37

Page 38: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Tetapi terdapat juga pelajar yang malu-malu dan tidak selesa sekiranya

berada bersama orang yang baru dikenali mereka. Namun,selepas lama berada

bersama, mereka akhirnya biasa dengan orang asing tersebut, mereka akan mula

biasa dan selesa untuk bermain dan bercakap sesama sendiri.

38

GAMBAR 2

GAMBAR 3

Page 39: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Namun, kebiasaannya pelajar sindrom down ini sangat ramah dengan orang

sekeliling. Mereka akan memeluk sesiapa sahaja walaupun baru berjumpa. Kanak-

kanak ini juga biasanya mempunyai seseorang yang digemarinya misalannya guru.

Apabila mereka menyukai seseorang, mereka akan sentiasa memeberikan yang

terbaik kepada orang yang disukai namun, sekiranya ada orang lain yang mendekati

‘orang kegemaran’ mereka, mereka akan merajuk dan marah kerana mereka

berpendapat ‘orang kegemaran’ mereka tidak memberi perhatian kepada mereka

lagi.

2.1.5 tingkah laku

Masalah tingkah laku sering melanda pelajar-pelajar bermasalah

pembelajaran ini. Menurut Kirk 1997, Torgese and Litcht, 1983 mengatakan bahawa

antara 15 hingga 40 peratus pelajar initerlalu aktif, resah, tidak mengikut arahan,

tidak menyiapkan tugasan dan sebagainya. pelajar sindrom down ini khususnya

mudah mengalih perhatian mereka terhadap persekitaran mereka. Selain itu,

mereka juga kadang kala tidak mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Sebagai

contoh, guru menyuruh mereka duduk untuk melakukan kerja rumah tetapi mereka

tidak mengendahkannya sebaliknya bermain atau melakukan apa saja yang mereka

lakukan. Pelajar-pelajar sindrom down ini akan dikenakan denda oleh guru kerana

mereka tidak mendengar kata.

Namun, ada juga pelajar sindrom down yang sangat mendengar kata dan

tidak melawan guru mereka. Melalui lawatan saya ke PDK tempoh hari, saya telah

berjumpa dengan pelajar yang sangat baik dan tidak memberontak sebaliknya

membuat segala arahan guru mereka. Walaupun mereka kelihatan seperti pelajar

pasif, tetapi mereka sangat pintar dan boleh bergaul mesra dengan orang lain.

Selain itu, kanak-kanak khas ini juga gemar mengambil barang orang dan

menganggap seperti harta mereka sendiri.jikalau mereka menyukai sesuatu barang

(orang lain). Sebagai contoh, pelajar sindrom down ini bermain dengan permainan

milik temannya, apabila pelajar tersebut mahu pulang, dia membawa pulang barang

mainan temannya tanpa segan silu dan sekiranya mainan itu diambil, dia akan

39

Page 40: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

menangis dan meraung. Namun, terdapat juga kanak-kanak normal yang mengalami

masalah ini dan bukannya tertumpu kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran

sahaja.

Tambahan lagi,ada juga sesetengah kanak-kanak sindrom down ini juga

bersifat pemalu. Mereka pada mulanya segan dengan orang asing terutamanya

namun setelah lama berkenalan, mereka akan biasa dan dapat menyesuaikan diri.

Sebagai contoh, pelajar sindrom down di PDK Parit, Perak yang saya lawati, pelajar

di bawah ini berbangsa cina bernama Wei (gambar 4). Wei pada mulanya malu

untuk mengambil gambar, namun setelah dipujuk beberapa kali, dia akhirnya mahu

bergambar dan memberikan senyuman yang manis.

40

GAMBAR 4

Page 41: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

2.2 sebab-sebab berlakunya masalah sindrom down

Menurut pakar perubatan, terdapat empat faktor umum yang boleh menjadi

punca berlakunya masalah sindrom down ini. Ini boleh dilihat melalui rajah di bawah.

2.2.1 faktor kromosom

Baka Apabila dikaitkan dengan baka, ia bermula daripada hubungan seksual

suami dan isteri. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan

kromosom. Begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan

kromosom. Ia berlaku dalam 2 jenis pewarisan.

Dalam pewarisan pertama ini ibu bapa tidak mempunyai baka cacat. Setiap

pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat

percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin

mewarisi sifat cacat. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu ‘autosomal

dominant’, di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Contohnya jika salah

seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka peluang mendapat

anak bermasalah pembelajaran serta kecacatan yang lain adalah 50% pada setiap

kali kandungan.

Pewarisan kedua, ‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa pembawa

cacat. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan

tidak cacat cuma masih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi

pasangan yang normal tetapi kedua-duanya pembawa baka cacat kemungkinan

anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat.

Peratus mendapat anak cacat adalah 25%, 50% menjadi pembawa manakala 25%

lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnya

daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana

penerimaan baka normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga

mempunyai anak cacat.

41

Page 42: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

2.2.2 pemakanan ibu mengandung

Ibu yang kerap mengambil ubat kerana penyakitnya boleh menyebabkan

kecacatan kepada janin. ubat-ubatan masih dapat mengganggu perkembangan

normal otak, jantung dan organ-organ lain. Masalah timbul apabila anak dilahirkan.

Organ-organ ini masih lagi belum matang dan anak itu mempunyai risiko yang tinggi

akibat bahan kimia ubat yang digunakan. Selain itu, pengambilan gula yang banyak

juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi dalam kandungan. Ibu juga

haruslah menjauhi asap rokok, alkolhol dan dadah untuk menjamin perkembangan

bayi yang sihat. Bagi ibu yang mengandung, amalan pemakanan dan diet yang

seimbang penting untuk melahirkan bayi yang sihat.

2.2.3 umur ibu

Ada kajian yang mengatakan bahawa faktor umur ibu adalah salah satu

perkara terjedinya sindrom down. Ibu yang mengandung pada umur 38 tahun dan ke

atas adalah sangat berisiko untuk mendapatkan bayi sindrom iaitu nisbah satu

dalam 200 kelahiran. Walau bagaimanapun, sebaiknya ibu-ibu yang ingin

melahirkan anak pada umur itu, perlu menjalani ujian biopsi korion dan seterusnya

analisis kromosom ketika umur kandungan dua bulan, bagi mengesan kecacatan

Sindrom Down.

42

Page 43: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

2.3 pendidikan kanak-kanak sindrom down

2.3.1 jenis-jenis pembelajaran murid bermasalah pembelajaran

Permainan sangat penting dalam pembesaran anak-anak sindrom down ini. Mereka

sangat sukakan permainan dan belajar melalui permainan yang mereka main.

a) Permainan selidik dan jelajah

Kanak-kanak ini sangat tertarik kepada semua benda yang ada di persekitaran

mereka contohnya kertas, pensil, pokok dan sebagainya. Pelajar ini akan mengutip

benda tersebut dan membelek objek yang mereka jumpai. Selepas itu, mereka akan

menggigit, melantun dan menekan benda itu untuk melihat tindak balas/respons

yang berlaku. Kanak-kanak sindrom down ini mempunyai semangat ingin tahu yang

sangat tinggi, jadi mereka akan mengenal pasti objek tersebut menggunakan deria

mereka. Sebagai contoh, apabila mereka mengutip bola, mereka akan melantun,

membaling serta menyepak bola itu untuk mengetahui sifat bola tersebut.

Apa yang guru boleh lakukan ialah dengan membawa kanak-kanak sindrom down ini

pergi ke padang dan menyuruh mereka melihat bunga, serangga dan tumbuh-

tumbuhan. Guru boleh membiarkan pelajr tetapi dalam pengawasan. Selepas pelajar

berjaya mencari sesuatu bahan, guru boleh menerangkan kepada mereka dengan

lebih lanjut mengenai sifat objek tersebut.

b) Permainan membina dan kognitif

Contoh permainan ini ialah menyusun suai gambar, menyusun objek mengikut

warna bentuk dan saiz dan bermain permainan lego. Antara contoh permaian ialah

permainan suai gambar, susun blok, bongkah kayu dan sebagainya. kesemua

permainan ini akan dapat membantu belajar menggunakan kemahiran berfikir dan

koordinasi mata serta tangan mereka akan dapat dipertingkatkan.

Di dalam kelas, guru boleh memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara-cara

untuk menyelesaikan permainan tersebut. Untuk menjadikan ia lebih menarik, guru

boleh mengadakan pertandingan dan memberikan mereka hadiah.

43

Page 44: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

c) Perminan sosial

Permainan sosial adalah permainan yang dimainkan pelajar bersama-sama rakan

mereka. Permainan ini boleh membantu merapatkan hubungan silaturrahim pelajar

dengan rakan dan pelajar dengan guru. Antara contoh permainan yang mereka

boleh main ialah permainan sorok-sorok, nenek kebayan, musang dengan anak

ayam dan sebagainya. selain itu, guru juga boleh bermain bersama dengan para

pelajar seperti melakukan aktivti fizikal. Contohnya melompat katak, berlari anak

dan sebagainya.

Pemerhatian guru sangat pentong sewaktu permainan ini dimainkan kerana

bimbang kanak-kanak sindrom down ini akan terjatuh atau bergaduh sesama

sendiri.

d) Permainan khayalan

Pelaajr sindrom down kebanyakannya gemar bermain permainan khayalan ini.

Mereka selalunya akan berimaginasi sendiri dengan melakukan perkara-perkara

tanpa ada peralatannya. Sebagai contoh, mereka akan berpura-pura menggunakan

tangan mereka untuk bercakap telefon. Kadang kala guru juga boleh melayan

kerenah pelajar ini dengan melakukan perkara yang pelajar sedang lakukan.

Sebagai contoh, guru lihat pelajar sindrom down ini tidak ceria. Guru boleh berpura-

pura menelefon pelajar ini contohnya’hello, boleh saya cakap dengan qilah, ini

teman lelakinya’. Secara automatik pelajar itu pasti berasa ceria kembali. Kadang

kala, jikalau pelaajr lelaki melayan kerenah pelaajr perempuannya, mereka berpura-

pura menjadi teman lelaki atau bapa atau apa saja watak mengikut kesesuaian

masa dan mood pelajar tersebut.

44

Page 45: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

e) Permainan merangsang pergerakan otot

Permainan otot sangat penting untuk merangsang pertumbuhan kanak-kanak

sindrom down ini. Pelajar sindrom down ini biasanya sangat aktif dan suka berlari.

Para guru boleh membawa pelajar untuk bermain sukan seperti bola sepak,

badminton, renang, berkuda dan sebagainya. Ia bukan sahaja dapat membantu

meningkatkan psikomotor halus dan kasar mereka sebaliknya ia juga memberikan

pengalaman baru kepada mereka untuk bermain sukan.

f) Permainan bahasa

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kanka-kanak sindrom down ini mempunyai

masalah pertuturan. Mereka sukar untuk berkomunikasi dengan kita dan mereka

selalunya menggunakan bahasa isyarat. Untuk memperbaiki kemahiran komunikasi

mereka, para guru boleh melakukan nyanyian bersama-sama para pelajar. Nyanyian

adalah salah satu cara yang berkesan terhadap kanak-kanak kerana mereka

memang sukakan muzik. Selain itu, guru juga boleh menyuruh pelajar membaca

untuk kelas. Dengan aktivti ini, guru boelh memeperbetulkan sebutan para pelajar

dan mereka menigkatkan pembacaan mereka.

Tambahan lagi, para guru juga boleh mengadakan pertandingan bercerita, pidato

dan lain-lain lagi supaya kelas mempunyai semangat daya saing yang tinggi untuk

berusaha bersungguh-sungguh.

45

Page 46: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Berikut jadual a di bawah merupakan permaian yang boleh dilakukan untuk kanak-

kanak sindrom down mengikut peringkat umur mereka.

Umur Permainan

0 - 6 bulanLoceng, alat permainan bergerak, tangan sendiri atau alat permainan yang boleh dipegang dan digigit

6 - 12 bulanAlat permainan berbunyi dan boleh ditarik sertapermainan cantum bina

12 - 18 bulanKotak boleh disusun tinggi, kepingan kadbod bercorak, bol, ai, buku bergambar

18 bulan -Kotak, kepingan kadbod bercorak, permainan cantum 2 tahun bina, buku bergambar, boneka

Jadual a

Jadi, jelaslah bahawa pembelajaran yang berkesan sangat penting untuk menarik

minat para pelajar bermasalah pembelajaran ini untuk mengikuti proses P&P. Guru

haruslah bijak mengajar dengan teknik yang boleh menarik perhatian para pelajar

supaya ia akan dapat memberi input dan maklumat pembelajaran akan dapat

disampaikan dengan berkesan.

2.4 Kekuatan dan kelemahan kanak-kanak sindrom down

46

Page 47: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

2.4.1 Kelemahan

Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak Sindrom Down ini mempunyai beberapa

masalah seperti:-

a) Kemahiran untuk menguruskan diri sendiri

b) Kecekapan psikomotor halus dan kasar

Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak Sindrom Down ini ada di antara

mereka yang tidak pandai untuk menguruskan diri sendiri. Mereka selalunya akan

bergantung kepada kedua ibu bapa mereka untuk melakukan sesuatu seperti

memakai baju,mandi, makan dan sebagainya. oleh itu, ibu bapa haruslah tegas

untuk mendidik anak-anak mereka untuk berdikari(sekiranya mereka mampu) dan

tidak bergantung harapan kepada orang di sekeliling mereka sahaja.

Namun, ada sesetengah pelajar Sindrom Down yang mempunyai masalah untuk

berkomunikasi dan makan. Ini kerana mereka mempunyai masalah hypotonia dan

kelemahan pada otot pipi, lidah dan bibir dan menyukarkan mereka untuk menyebut

sesuatu ujaran.

Sewaktu mereka bayi, mereka sukar untuk menerima susu kerana kelemahan

otot pipi dan mulut mereka, jadi, ibu bapa haruslah memberikan susu dengan

menggunakan teknik yang betul supaya kanak-kanak ini tidak tercekik dan tersedak

sewaktu makan. Selain itu, bergantung kepada para ibu bapa untuk memahami apa

yang diujarkan oleh anak mereka dan guru juga perlulah mengajar teknik yang betul

dan membantu kanak-kanak ini untuk berkomunikasi.

Kanak-kanak Sindrom Down ini juga menghadapi masalah dengan

psikomotor halus dan kasar mereka.

Kadang kala mereka mempunyai otot tangan yang lemah dan ini memerlukan

mereka untuk mengikuti latihan terapi supaya otot mereka akan dapat dikuatkan dan

mereka akan dapat melakukan semua perkara dengan mudah. Selain itu, latihan

sewaktu yang boleh mereka lakukan untuk psikomotor halus ini adalah dengan

membuka dan menutup tingkap, menyusun mainan mengikut warna, saiz dan

bentuk, menyusun bongkah kayu membentuk bangunan, membutang baju dan

berlatih menggunakan krayon dan pensil. Guru dan para ibu bapa haruslah

47

Page 48: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

membantu dalam membentuk kemahiran psikomotor mereka kerana untuk

mengelakkan mereka dari berasa rendah dri sewaktu bergaul dengan masyarakat

lain.

Dan bagi memantapkan psikomotor kasar mereka, ibu bapa haruslah melatih

anak-anak mereka untuk menggunakan kaki seperti berlari, melompat, menari

dan sebagainya. di sekolah, para guru boleh mengajak mereka bermaian dengan

rakan-rakan seperti maian kejar-kejar, main polis dan sebagainya. Di samping

dapat melatih kekuatan fizikal mereka, mereka juga akan dapat bersosial dengan

rakan yang lain. Latihan fisioterapi sangat penting untuk membina kekuatan otot

para pelajar ini kerana sesetengah pelajar mungkin menghadapi cabaran kerana

kekuatan otot yang rendah dan kelemahan ligamen sendi.

2.4.2 Kelebihan

Orang Sindrom Down ini mempunyai beberapa kelebihan yang boleh

membuka mata semua orang di dunia ini. Mereka sangat penyayang, suka

memeluk dan merawat orang lain. Walaupun mereka baru berjumpa dengan

orang asing, namun mereka sudah berani untuk beramah mesra dan memeluk

orang tersebut. Sebab itulah, ramai kanak-kanak Sindrom Down ini yang sangat

disenangi oleh orang lain.

Selain itu, mereka juga sangat jujur dalam menyatakan pendapat mereka.

Mereka tidak akan menipu sekiranya mereka tidak suka akan sesuatu perkara atau

orang di sekeliling mereka. Dan sekiranya kita memberi pujian kepada mereka

sebagai contoh, “anda melakukan pekerjaan yang baik", sebahagian besar akan

menjawab soalan secara sederhana dan tanpa basa-basi, "Ya, saya lakukan." Ini

menunjukkan mereka tidak suka diperlakukan seperti orang yang tidak boleh

melakukan apa-apa.

2.4.5 Kejayaan orang Sindrom Down

48

Page 49: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Chris Burke

Chris Burke, terkenal kerana watak, Corky, bermain selama empat tahun di siri

televisyen, Life Goes On, dan menjadi salah satu kegemaran Amerika. Melalui

karyanya, ia mampu mengubah persepsi Amerika terhadap orang-orang kurang

upaya. Sejak Chris mengucapkan kata pertama, menjadi jelas bahawa dia adalah

seorang individu yang luar biasa dengan banyak bakat.

Chris Burke adalah orang pertama dengan sindrom Down untuk membintangi siri

televisyen mingguan. Pada waktu ini beliau terlibat dengan National Down

Syndrome Society (NDSS) dan menjadi Duta Besar. Chris percaya dengan

kemampuan sendiri dan keberanian serta tabah menghadapi dugaan hidup demi

mengejar impiannya untuk menjadi seorang pelakon.

Sekarang jika kita lihat perjalanan Chris di seluruh negara memberikan ceramah

inspirasi kepada pelbagai kumpulan anak-anak, pelajar, orang tua, dan profesional.

Ia tidak hanya berfungsi sebagai editor-in-chief daripada majalah NDSS untuk

remaja dan dewasa dengan sindrom Down, tapi juga menulis kolum dan respons

pembaca dalam sesebuah majalah terkemuka.

49

Page 50: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

RUMUSAN

Setelah melawat PDK, Parit tersebut, saya dapat mengenalpasti beberapa kelemahan

serta kelebihan PDK ini. Yang pertama ialah dari segi kewangan pusat ini mereka

mendapatkan bantuan dari majlis kebajikan dan terdapat juga sumbangan dari Sultan

Perak iaitu Sultan Azlan Shah. Selain itu, terdapat juga bantuan dari NGO dan ibu bapa

para pelajar yang memberikan sumbangan kepada PDK ini.

Kelemahan yang saya dapat kenalpasti ialah Pusat pemulihan ini kekurangan dana

untuk membeli barang-barang keperluan contohnya seperti barang makanan, alat-alat

senaman, mainan, buku dan sebagainya. para ibu bapa juga kadang kala tidak

melangsaikan yuran pendaftaran setiap bulan dan ini menyukarkan penyelia untuk

membeli barang keperluan. Jadi, kerjasama semua pihak dalam membantu

memberikan dana khususnya ibu bapa sangat membantu dalam memberikan

perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada para pelajar di sana.

Tambahan lagi, dari segi pengangkutan pula, pusat ini tidak mempunyai pengangkutan

sendiri. Sekiranya terdapat para pelajar yang sakit, penyelia atau guru akan membawa

menggunakan kenderaan mereka (selain ibu bapa mereka sendiri). Semua

pengangkutan adalah secara sendiri namun, di pusat ini mereka mengamalkan dasar

tolong menolong. Usaha yangboleh dilakukan ialah PDK ini seharusnya mempunyai

pengangkutan khas dan sepatutnya sebuah kenderaan disediakan bagi memudahkan

pelajar dibawa ke hospital. Dengan adanya kenderaan seperti van, para pelajar boleh

dibawa untuk melawat ke tempat-tempat menarik dan ini dapat meluaskan pengalaman

para pelajar.

Selain itu, pusat PDK ini tidak mempunyai guru yang mencukupi dalam mengajar

kanak-kanak khas ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PDK ini hanya

mempunyai 3 orang guru sahaja yang bertugas termasuklah penyelia di situ. Para

terdapat jadual disediakan untuk mengelakkan kesesakan dan ketiadaan kelas. Jadi

langkah yang boleh dibuat ialah dengan menambah guru untuk Pusat berkenaan

supaya semua pelajar dapat belajar dengan selesa.

50

Page 51: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Tambahan lagi, kelebihan yang saya dapat kenal pasti dalam PDK ini ialah kaedah

pembelajaran dan kaedah yang digunakan oleh para guru sangat membantu dalam

proses perkembangan kanak-kanak khas ini. Di sini, kaedah pendekatan guru yang

mengutamakan seorang guru seorang pelajar sangat berkesan dan membantu

pelajar. Selain itu, para guru juga menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang

sesuai contohnya menggunakan gambar, kad, tanah liat dan sebagainya. Terdapat

juga kaedah visual atau video ditayangkan contohnya seperti pengenalan haiwan,

nyanyian dan sebagainya. ini merupakan satu pendekatan yang baik kerana

kebanyakan para pelajar di situ bijak dan sudah boleh menguasai kemahiran 3M.

Di samping itu, Program yang disediakan di sini juga sangat membantu murid dari

pelbagai aspek sama ada kognital, mental mahupun fizikal para pelajar. Alat-alat

yang disediakan di sini juga mencukupi dan boleh dikatakan kesemuanya ada.alatan

seperti kerusi roda, alat-alat senaman dan mainan juga mencukupi. Kemudahan

yang disediakan sangat lengkap.PDK ini menyediakan dapur, tempat belajar, bilik

untuk komunikasi, stor penyimpanan barang dan pejabat. Terdapat juga latihan

fisioterapi bagi kanak-kanak bermasalah ini.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan PDK ini yang saya rasa perlu diberi

penambahbaikan seperti bangunan PDK ini sederhana dan mencukupi sekiranya

terdapat lebih kurang 20 pelajar pada satu masa. Bangunan ini seharusnya

dibesarkan sedikit supaya dapat memberikan keselesaan kepada para pelajar

(sekiranya jumlah pelajar pada masa itu ramai). Selain itu.bilik untuk menyimpan

kesemua alat ini kecil dan penuh sesak dengan alat-alat senaman.antara langkah

yang boleh dilakukan ialah dengan bangunan PDK itu dibesarkan, pasti kesemua

alat-alat itu senang untuk dikelurkan dan digunakan.

Kesimpulannya, kesemua langkah dan cadangan perlu diambil kira supaya kanak-

kanak ini dapat belaajr dengan selesa dan kondusif.

51

Page 52: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Penutup

Sepanjang membuat tugasan ini, saya telah belajar banyak perkara tentang

Pendidikan khas. Sebelum ini, saya tidak tahu menahu langsung tentang apa yang

berlaku di dalam dunia Pendidikan khas ini. Namun, selepas saya membuat tugasan

ini, saya berasa amat bersyukur kerana telah dilahirkan cukup anggota badan dan

sihat berbanding kanak-kanak tidak normal yang lain.

Melalui pengamatan saya sepanjang mengadakan lawatan di PDK Parit, saya

telah dapat mengenal pasti ciri-ciri pelajar down sindrom. Selepas menemubual guru

di sana, saya dapat menambah kefahaman saya dalam memahami kanak-kanak

sindrom down ini. Selain itu, saya juga telah menemubual ibu kepada kanak-kanak

sindrom down ini. Dan ternyata kanak-kanak ini sememangnya sangat amat

disayangi oleh ahli keluarga mereka. Mereka juga sangat ramah dan ceria sewaktu

bermain mahupun belajar.

Para ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa ini ternyata perlu

mempunyai semangat yang kuat dan tidak mudah menyalahkan takdir. Ini kerana

untuk menjaga kanak-kanak istimewa ini memerlukan kesabaran,masa, wang yang

tinggi supaya mereka menerima pendidikan dan segala kemudahan yang cukup dan

lengkap.

Perkara ini sangat memberi kesedaran kepada saya yang kita semua

haruslah saling bantu membantu dalam memberi pertolongan kepada ibu bapa ini.

Kanak-kanak ini juga tidak wajar disisihkan kerana mereka juga insan yang perlukan

kasih sayang dan perhatian. Usaha semua pihak perlu untuk memberikan

kemudahan yang paling baik bagi kanak-kanak istimewa ini. Oleh itu, kita harus

bersyukur dengan semua kurniaan Allah walaupun kita merasa kepayahan dalam

segala pemberianNya, itu tandanya kita disangat disayangi dan sekiranya kita tabah

menghadapi ujian hidup ini, kita akan dapat ganjaran yang lebih besar nanti.

52

Page 53: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

RUJUKAN

Christopher Kliewer. (1998). Schooling Children With Down Syndrome. Teacher

College Columbia University.

Hebert Crossman. (1995). Special Education in a Diverse Society. A. Simon and

Schuster Company.

Marilyn Friend. (2005). Special Education, Contemporary Perspectived for

school Profesional. Pearson Education Inc.

Thomas C. Covitt. (1989). Introduction to Learning Disabilities. Division of Simon

and Schuster.

------------------(2007). Open University; Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala

Lumpur; Meteor Doc Sdn. Bhd.

-------------------(tidak dinyatakan).Kanak-kanak down sindrom. Dilayari pada 24

Februari 2010 dari laman sesawang http://ligakampung.com/blog/kanakkanak-down-sindrom/

-------------------(2006). Sindrom Down. Dilayari pada 25 Februari 2010 dari laman

sesawang http://www.myhealth.gov.my/myhealth

--------------------(tidak dinyatakan). Sindrom Down-Maklumat dan Fakta dari laman

sesawang http://www.phkks.org/bm/info_syndown.html

Charles I. Scott,MD (2008). Down syndrome. Dilayari pada 24 Februari 2010 dari

laman sesawang

http://kidshealth.org/parent/medical/genetic/down_syndrome.html

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya(tidak dinyatakan). Bias pengajaran guru

53

Page 54: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

dalam pelajaran khas dan pelajaran Normal. Dilayari pada 25 Feburuari

2010 dari laman sesawang http://eprints.utm.my/2236/1/7_9.pdf.

Maryanne Bruni.(2001).Occupational Therapy and the Child with Down

Syndrome. Dilayari pada 28 Mac 2010 dari laman sesawang

http://www.ds-health.com/occther.htm

Wikipedia (tidak dinyatakan). Down Syndrome. Dilayari pada 25 Februari 2010 dari

laman sesawang www.wikipedia/downsyndrome

Wikiipedia (2007).Chris Burke. Dilayari pada 28 Mac 2010 dari laman sesawang

http://en.wikipedia.org/wiki/Chris_Burke_(actor)

54

Page 55: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK)

55

Page 56: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Pelajar-pelajar PDK

Gambar di atas merupakan gambar Puteri Aqilah bersama ibunya di PDK.

56

Page 57: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Gambar di atas merupakan seorang pelajar Cebral Palsy yang sedang melakukan latihan fisioterapi.

Gambar di atas menunjukkan Aini seorang pelaajr Sindrom Down.

57

Page 58: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Buku latihan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran

Buku lukisan 1

Buku lukisan 2

58

Page 59: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Buku latihan 3

Buku latihan 4

Buku latihna 5

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di PDK

59

Page 60: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Bilik darjah

Kemudahan fisioterapi 1

60

Page 61: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Kemudahan fisioterapi 2

Dapur 1.dapur merupakan tempat untuk para pelajar mempelajari masakan yang mudah (ikhtiar hidup).

61

Page 62: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Dapur 2

Bilik alatan. Di sini, segala penyimpanan barang-barang seperti kerusi roda, trampolin dan sebagainya ditempatkan di sini.

62

Page 63: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Alatan senaman. Alatan ini digunakan untuk menguatkan otot tangan dan kaki pelajar.

Bilik mainan 1. Di dalam billik disediakan banyak permainan bagi para pelajar untuk meningkatkan tahap psikomotor mereka.

63

Page 64: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Alat mainan 2

Alat mainan 3

64

Page 65: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Bilik komunikasi. Ia adalah bilik untuk para pelajar masuk dan berlatih komunikasi mereka. Setiap pelajar akan masuk secara berseorangan dan mereka belaajr bercakap dengan menggunakan cermin yang ada di dalam bilik tersebut.

Gambar permainan 1. Permainan seperti gelungsur dan bola disediakan di PDK ini. Puteri Aqilah sedang bermain bola.

65

Page 66: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Gambar permainan 2

Pejabat. Pejabat merupakan tempat untuk guru penyelia dan guru-guru membuat tugas.

66

Page 67: assignment pk

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Di dinding

‘Parts of body’ merupakan salah satu perkara yang pelajar di sini belajar.

Semua sijil-sijil pengiktirafan PDK ini.

67