Assignment semantik

13
Pendahuluan Kajian berkaitan semantik berkaitan dengan makna dan ayat. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Oleh itu, untuk memahami bahasa , kita juga perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita mestilah mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Kita seharusnya perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. Semantik merupakan satu daripada cabang ilmu linguistik yang memfokus kajian kepada makna yang terkkandung dalam sesuatu bahan bahasa , pada peringkat kata , frasa, klausa atau ayat.Semasa kita menghasikan sesuatu output bahasa, tujuan utama kita adalah tidak lain bagi menyampaikan makna yang tertentu, sama ada secara terus atau tersurat atau secara berkias atau tersirat. Proses komunikasi hanya dikatakan berjaya apabila makna yang ingin disampaikan kepada baik pendengar atau pembaca dapat dan mudah difahami sebagaimana kita kehendaki. Dalam erti kata yang lain, makna yang harus ditafsirkan ialah makna yang sebenarnya terkandung dalam sesuatu rangsangan bahasa. Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada abad akhir abad ke -19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai satu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar.Seseorang itu boelh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang.(Leonard Bloomfield : 1992) Definisi Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa semantik berasal daripada perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik bermula SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU SEMANTIK PERISTILAHA N

Transcript of Assignment semantik

Page 1: Assignment semantik

Pendahuluan

Kajian berkaitan semantik berkaitan dengan makna dan ayat. Semantik merujuk

kepada aspek makna bahasa. Oleh itu, untuk memahami bahasa , kita juga perlu memahami

makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita mestilah mengetahui makna kata

bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Kita seharusnya perlu

menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.

Semantik merupakan satu daripada cabang ilmu linguistik yang memfokus kajian

kepada makna yang terkkandung dalam sesuatu bahan bahasa , pada peringkat kata , frasa,

klausa atau ayat.Semasa kita menghasikan sesuatu output bahasa, tujuan utama kita adalah

tidak lain bagi menyampaikan makna yang tertentu, sama ada secara terus atau tersurat

atau secara berkias atau tersirat. Proses komunikasi hanya dikatakan berjaya apabila makna

yang ingin disampaikan kepada baik pendengar atau pembaca dapat dan mudah difahami

sebagaimana kita kehendaki. Dalam erti kata yang lain, makna yang harus ditafsirkan ialah

makna yang sebenarnya terkandung dalam sesuatu rangsangan bahasa.

Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang ilmu

yang lain iaitu dicipta pada abad akhir abad ke -19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai

satu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur mengujarkannya dengan gerak balas

yang dijangkakan daripada pendengar.Seseorang itu boelh mentakrifkan makna sesuatu

bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik

yang dimiliki oleh seseorang.(Leonard Bloomfield : 1992)

Definisi

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa semantik berasal daripada

perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu

gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan

SEMANTIK DAN

PERISTILAHAN

BAHASA

MELAYU

SEMANTIK PERISTILAHAN

Page 2: Assignment semantik

sema yang merujuk kepada aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang

diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain. Merujuk kepada bahasa

Inggeris, meaning, mean, meant dan means kesemuanya merujuk kepada makna atau

maksud yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi.

Selain itu, perkataan semantic yang digunakan pada hari ini berasal daripada bahasa

Perancis, iaitu semantique. Perkataan ini digunakan oleh Michael Breal sejak abad ke-19

lagi. Semantik amat berbeza jika dibandingkan dengan sintaksis kerana semantik mengkaji

makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Perkara ini

menegaskan bahawa sintaksis berfokuskan kepada bentuk dan bukan makna. Sebaliknya,

semantik pula dapat dikaitkan dengan bidang pragmatik. Bidang pragmatik bermaksud

mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur bahasa.

Semantik juga bermaksud satu kajian yang teoritikal berkaitan dengan makna dalam sistem

tanda. Secara umumnya, semantik mempunyai dua jenis ekspresi makna. Misalnya, ‘Guru

Bahasa Melayu saya Puan Rahimah’. Dalam konteks ayat tersebut menerangkan

hubungan penyataan yang boleh dibahagikan kepada beberapa unsur (tanda), benda dan

keadaan dalam dunia sebenar. Selain itu, ayat tersebut menerangkan hubungan pada tanda

– tanda itu dengan tanda lain yang disebut juga sebagai konsep.

Stalnaker (1972: 383) pula menyatakan bahawa sintaksis mengkaji ayat, manakala

semantik mengkaji preposisi. Tokoh ini telah menjelaskan bahawa semantik memperjelas

peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan.

Dalam semua perkara, peraturan tersebut sememangnya tidak mendapat penyesuaian ayat

secara terus dengan preposisi. Sebaliknya, penyesuaian ayat dengan preposisi berkaitan

dengan konteks ayat tersebut digunakan.

Seterusnya , Siti Hajar Abdul Aziz (2009) juga menyatakan sematik ialah bidang

kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik. Semantik sebahagian daripada

bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan

struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis.

Semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana berkaitan dengan

perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi. Sehubungan itu, hingga kini suatu

teori makna dalam bidang linguistik yang bersifat autoritatif serta menyeluruh belum dapat

diketengahkan secara mantap.

Sehubungan itu, semantik ialah kajian linguistik yang menanalisis makna baik pada

peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan

emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan

daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Semantik atau makna merupakan situasi

Page 3: Assignment semantik

apabila penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan

daripada pendengar. Makna ujaran atau ayat bukan ditentukan oleh makna kata semata –

mata, tetapi juga faktor lain seperti intonasi, gaya pengucapan, tujuan, konteks penutur dan

pendengar. Ada juga pendapat lain yang dikemukakan mengenai semantik mengikut

pendapat tokoh seperti Sperber dan Wilson (1980) yang memberi pengertian semantik

sebagai satu kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi

logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.

Ullmann (1962), mentakrifkan semantik sebagai kajian “ kajian makna perkataan

“.Lyons (1981) pula telah mendefinisikan semantik sebagai kajian makna, sementara

semantik linguistik ialah kajian tentang semua jenis makna yang ditetapkan dalam bahasa.

Selain itu, Kreidler ( 1998 ) menerangkan bahawa semantik ialah kajian makna secara

sistematik, manakala semantik linguistik ialah kajian cara bagaimana makna disusun dan

dinyatakan dalam bahasa.Sementara Nathesan ( 2001) pula telah menyatakan bahawa

semantik ialah suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.

Akmajian et al.(1995: 222) pula menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah

kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit

linguistik dan prinsip dan gabungannya.Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai

kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh

dimulakan pada aras kata atau pada aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina

daripada frasa dan ayat. Maklumat semantik merupakan bahagian penting dalam tatabahasa

digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa.

Menurut Palmer ( 1992 ) pula, istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna.

Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna sesuatu perkataan.Pendapat-pendapat

lain mengenai semantik ialah daripada Sperber dan Wilson (1980), kajian tentang makna

yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada

peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.Harimurthi Kridalaksana ( 1983) ,Buku Bahasa

Melayu II - berpendapat bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna.

Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Frank Parker (1994), menyebut

bidang kajian tentang makna dalam bidang pengajian ilmu linguistik. Bidang ini sebahagian

daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus yang merujuk kepada kajian tentang

sesuatu struktur dalam sesuatu bahasa.

Page 4: Assignment semantik

Semantik dan Linguistik

Semantik adalah salah satu disiplin ilmu yang penting dalam kajian bahasa dan

mempunyai pertalian yang erat dengan disiplin ilmu yang lain seperti sejarah dan

linguistik.Amat jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik.Lingustik ialah

kajian tentang bahasa secara saintifik. Semantik telah diterima sebagai salah satu

komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Kenyataan ini

dapat digambarkan seperti berikut :

Seperti yang digambarkan di atas, semantik jelas mempunyai tempat yang tersendiri

dalam kajian bahasa.Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan

menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna.Semantik malah amat penting dalam

tatabahasa dan sekiranya tanpa semantik , kita mungkin hanya dapat membina atau

melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu

semantik.Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “ Meja itu sedang menyampaikan

ceramah agama di sebauh masjid”. Sebagai ayat yang betul,walaupun ayat ini menepati

aturan tatabahasa iaitu menurut susunan subjek dan predikat ( S P ) di dalamnya.Hal ini

adalah kerana maknanya adalah taksa. Jelas sekali , maklumat semantik amat penting

dalam linguistik.

Berdasarkan sejarah linguistik pula , istilah semantik digunakan untuk merujuk

kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian

tentang semantik memfokuskan kepada aspek kajian tradisional, iaitu tentang perubahan

makna. Akan tetapi selepas tahun 1930 , perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula

mendapati masalah deskriptif dan struktur dalam semantik ( Ullmann, 1966) Pada tahun

1931, adalah detik bersejarah dalam sejarah semantik. Ini kerana pad tahun tersebut telah

muncul tulisan Gustaf Stern yang bertajuk Meaning and Change of Meaning with Special

Reference to English Language. Penerbitan buku ini telah membawa trend baharu dalm

bidang semantik. Menurut Ullmann (1966) kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi

memberi perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya, sebaliknya kajian telah

Fonetik Tatabahasa Semantik

Sintaksis Morfologi

Page 5: Assignment semantik

mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip

umum kepada kajian bahasa yang tertentu.

Hubungan semantik dengan sejarah makna sesuatu bahasa mempunyai sejarahnya

yang tersendiri. Contohnya ; perkataan’ syurga ‘diambil daripada bahasa Sanskrit. Makna

sesuatu bahasa itu mungkin kekal, berkembang, menyempit dan juga hilang. Contoh lain ,

perkataan ‘ khalwat’ bermaksud berdua-duaan lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi

dan juga membawa maksud bersendirian di suatu tempat yang terasing daripada orang

ramai dengan tujuan untuk bersendirian atas sebab sesuatu. Sejarah bahasa itu mengambil

kira semua makna yang lama dan juga yang baharu ke dalam bahasa tersebut dan

direkodkan ke dalam kamus. Contoh seperti perkataan ‘ istirehat ‘ yang juga membawa

maksud rehat telah semakin jarang digunakan pada masa kini.

Kesimpulannya, bidang semantik amat penting kerana kajian tidak akan menjadi

sempurna jika tidak ada unsur makna.Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa.

Kita mungkin dapat membina, atau dapat melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi

rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik.

Semantik dan sejarah

Berdasarkan sejarah linguistik, istilah semantik digunakan untuk merujukkepada

perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum 1930, kajian semantik telah

memfokus kepada kajian teradisional iaitu perubahan pada makna, akan tetapi selepas itu ,

berlaku perubahan dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam

semantik. (Ullmann,1966). Menurut Nur Hashimah (1994), terdapat dua tahap

perkembangan dalam ilmu semantik. Kedua-dua tahap tersebut adalah seperti berikut:

a) Semantik falsafah

b) Semantik linguistik

Pada tahap semantik falsafah, semantik dilihat dari sudut falsafah dan dengan

demikian tergolong dalm bidang kajian falsafah.Tokoh utama yang terlibat dalam kajian

semantik falsafah termasuklah Ogden, Richard, Carnab, Wittgensrein dan

Korrzybski.Perkembangan dalam linguistik menyebabkan munculnya pandangan bahawa

ilmu semantik harus tergolong dalam ilmu linguistik, bukannya dalam bidang

falsafah.Kemudian muncullah tahap ke dua dalam ilmu linguistik, iaitu semantik linguistik

yang mengkaji makna dalam bahasa.

Page 6: Assignment semantik

Perkembangan Makna

Seperti yang telah disebut, semantik ialah kajian makna dalam bidang linguistik

Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran

penutur kepada fikiran pendengar.Makna mempunyai perngertian yang sangat

meluas.Contohnya perkataan ‘ dia ‘ boleh diertikan dengan pelbagai makna seperti , lelaki,

perempuan, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, orang tua, orang muda, remaja

lelaki, remaja perempuan dan sebagainya.Hal ini boleh dikatakan kata ‘dia’ mempunyai nilai

makna yang berhubung dengan jantina, umur dan taraf sosial. Oleh itu untuk melihat makna

tersebut dengan lebih jelas, ia perlu dilihat dalam konteks struktur tatabahasa.

Untuk menerangkan tentang struktur makna , kita mulakan dengan melihat sejauh

mana kemungkinan kita memperoleh makna semantik dengan memberikan penekanan pada

struktur makna setiap ayat. Contoh, kita ambil penggunaan ujaran yang menggunakan kata

nafi pada predikat ayat.

Contoh :’ Ramlah seekor arnab ‘ ..adalah betul yang bermaksud ‘Ramlah bukan

seekor kucing’ adalah salah , palsu atau tidak benar.Apabila dua preposisi berada dalam

keadaan sedemikian, kita mengatakan preposisi tersebut bercanggah antara satu sama lain.

Pada umumnya,terdapat pasangan perkataan dalam sesuatu bahasa yang dapat

memberikan gambaran yang bercanggah seperti itu.Misalnya perkataan lelaki dan

perempuan, hidup atau mati, kaya atau miskin, sakit atau sihat dan sebagainya.

Contoh lain seperti , ‘Nabila seorang budak perempuan’ adalah betul, bermaksud

‘Nabila seorang budak lelaki aalah salah. Namun demikian, ayat ‘Nabila bukan seorang

budak perempuan’ yang menggunakan kata nafi pada predikat ayat akan membawa

maksud yang lain pula iaitu’ bukan seorang budak perempuan’ boleh membawa maksud

Nani seorang dewasa, manita, isteri dan ibu.Daripada contoh, menunjukkan bahawa kata

‘lelaki’ dan ‘perempuan’ mempunyai makna yang khusus kepada rujukan individu yang di

maksudkan.Ia mempunyai makna yang spesifik berbanding penggunaan kata ‘ bukan

perempuan’ dan kata ‘ bukan lelaki’ kerana ia menimbulkan andaian pada perkataan

tersebut. Justeru, struktur makna boleh membawa interpretasi yang berbeza melalui

penggunaan perkataan tertentu dalam ayat.Kata-kata adalah berhubungan antara satu sama

lain melaui pelbagai cara, Terdapat istilah yang digunakan bagi menjelaskan hubungan

tersebut yang diakhiri dengan morfem- nimi seperti sinonim, antonim, homonim dan polisem.

i) Sinonimi atau sinonim yang terdiri daripada sinonim pinjaman, sinonim konteks,

laras sosial dan kolokasi.

Page 7: Assignment semantik

ii) Antonimi atau antonim iaitu perkataan pertentangan makna atau kata yang

mempunyai makna yang tidak sama. Disebut juga sebagai perkataan berlawan.

Antonim terdiri daripada antonim pasangan komplemen. Antonim hubungan rajah

dan antonim hubungan bertentangan.

iii) Hiponimi atau hiponim yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.

Contohnya , nuri, kakak tua, puyuh dan rajawali yang hiponim kepada burung.

iv) Homonimi atau homonim yang merujuk hubungan antara homonim iaitu dua kata

atau lebih yang mempunyai sama ada bunyi atau ejaan yang sama , tetapi

berlainan makna.

v) Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama

ada secara konseptual ataupun sedarjah. Kata lain polisem adalah hubungan

kaya atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai

etimologi yang sama.

Seperti yang djelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil bahasa

yang mempunyai makna.Walaubagaimanapun dalam banyak perkara , kita

berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Makna frasa dan ayat bergantung

kepada perkataan yang terkandung di dalamnya dan bagaimana perkataan itu

distruktur dan digabungkan .Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-

mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, apa sahaja yang diujarkan atau yang

dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan

bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.Semua bahasa

bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat.Setiap perkataan dan

setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna.Terdapat

juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai lebih

dari itu. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan juga yang

mempunyai lebih dari itu.Dalam bahasa Melayu , makna ayat boleh dibahagikan

kepada makna konotatif dan donotatif.

Makna Denotatif:

Ialah aspek makna sesuatu kata atau kumpulan kata yang

berdasarkan rujukan jelas kepada dunia luar yang dpat dilihat dan berdasarkan

kelaziman.Makna denotatif ialah makna yang diterima umum yang mempunyai

rujukan yang sama.Makna denotatif merujuk kepada makna sebenar kata atau

makna literal.Makna denotatif bagi kata’ bunga’,ialah bahagian tumbuhan yang

biasanya berwarna warni dan berbau harum.Denotasi tidak melibatkan perbezaan

Page 8: Assignment semantik

atau persamaan bunyi, sebutan atau ejaan sesuatu kata.Secara umumnya ,

denotasi dirujuk sebagai makna tersurat , iaitu kata-kata yang membawa makna

langsung atau makna dasar sesuatu kata.

Makna Konotatif

Konotatif atau konotasi ialah aspek makna suatu kata atau kumpulan kata

yang berdasarkan perasaan dan tanggapan yang timbul dalam pemikiran penutur

atau penulis dan pendengar atau pembaca. Contohnya, kata ‘ kancil ‘ yang

membawa konotasi cerdik. Konotatif ialah makna yang lebih luas maksudnya

daripada makna denotatif dan melibatkan perasaan. Contoh konotatif bagi kata’

binatang’ ialah orang yang tidak berperikemanusiaan.Makna konotatif lebih

mengutamakan nilai komunikatif ( rujukan penutur berdasarkan konteks) Contoh

ayat konotatif ‘ Hajat rombongan kami datang ke sini untuk memetik bunga di

taman’Bunga dalam ayat tersebut ialah anak gadis yang belum berkahwin.

Konotasi ada kaitan dengan budaya sesuatu masyarakat, misalnya kata

‘merah’bagi masyarakat Cina membawa erti gembira dan kekayaan.Contoh lain

ialah kata ‘ betina’ dan kata ‘ perempuan’ mempunyai konotasi yang berbeza

walaupun merujuk kepada jantina.Satu lagi contoh konotatif ialah :

Semua perkataan di atas membawa maksud ‘ jiwa telah bercerai daripada

tubuh’.Berdasrkan makna sedemikian, kata-kata itu hanya sesuai digunakan

kepada manusia dan haiwan atau sesuatu yang bernyawa.Namun demikian ,

kata-kata itu mempunyai konotasi yang tersendiri dan tidak boleh digunakan

sewenangnya, sama ada kepada manusia atau binatang. Contohnya kata’mati;

sesuai untuk binatang berbanding kata’ meninggal’ digunakan kepada manusia.

mati meninggal mangkat

wafat gugur berpulang

Page 9: Assignment semantik

b ) Proses tatacara pembentukan istilah dan bentuk-bentuk istilah dalam bahasa Melayu

Menurut Kamus Dewan ( 2007 : 591) Istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa

yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu

atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks

bidangnya.Menurut Abdullah Hassan (2006), Peristilahan merupakan satu usaha baharu

membentuk perkataan bagi mengungkapkan konsep, idea, proses dan nama bagi

sesuatu yang belum wujud dalam bahasa Melayu .Istilah ini dibentuk bagi membolehkan

bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu. Pada tahun 1950 an, apabila dasar

Pelajaran Kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan

kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan

teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan.Oleh itu istilah sains dan teknologi perlu

diwujudkan dengan segera.

Pada penghujung akhir tahun 1960 an dan awal tahun 1970 an telah disusun semula

satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci dimana beberapa

bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman.

Tata cara pembentukan istilah:

1) Mencari kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.

2) Mencari kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan

3) Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan.

4) Mencari kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan

5) Mencari kata dalam bahasa Inggeris

6) Mencari kata dalam bahasa asing lain yang bersifar antarabangsa

7) Memilih istilah yang terbaik daripada pilihan .

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum

bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama.Sesuatu kata yang dipilih

untuk dijadikan istilah itu mestilah memenuhi syarat yang berikut:

a) Kata berkenaan tepat memberi makna , kosep, proses, keadaan atu ciri yang

dimaksudkan.

b) Kata yang dipilh adalah yang paling singkat ( sekiranya ada sekelompok sinonim)

c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

Menurut Pedoman Umum Istilah Bahasa Melayu ( 1992 : 1-3) Tataistilah ialah

kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuk kumpulan istilah yang

dihasilkannya)Tataistilah atau terminology merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu

bidang tertentu yang dibentuk mengikut peraturan yang ada.Misalnya tataistilah

Page 10: Assignment semantik

matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatnama

ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu ( termasuklah

kumpulan nama yang dihasilkannya) Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah.

Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa, tetapi kata-kata umum

boleh menjadi kata istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya

khusus pada bidang tertentu. Contohnya , kata hidrogen, nitrogen, fonem, alofon, alomorf

dan morfem yang merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.

1 ) Morfem dan Proses Peristilahan.

Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan

imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilahh. Proses pembentukan istilah Bahasa

Melayu ialah pengimbuhan , penggandaan dan penggabungan.

2) Kata akar

Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan, Misalnya, rumah , asid,

algebra dan sebagainya.Menurut Asmah Omar (2008) kata akar ialah kata dasar merupakan

unsur asas dalam pentukan kata. Kata akar adalah unsur asas yang hanya terdiri daripada

satu morfem bebas. Manakala kata dasar merupakan konsep yang lebih menyeluruh, iaitu

boleh jadi terdiri daripaa :

i) Kata akar ; ( berada, keadan)

ii) Kata berlapis : kemampuan ( berkemampuan)

iii) Kata gandaan ; olok-olok ( memperolok-olokkan)

iv) Kata majmuk ; setiausaha ( kesetiausahaan)

3) Imbuhan dan Pengimbuhan

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses

pengimbuhan. Misalnya : ber-(berinteraksi ),-an ( hasilan), peN-.....an

( pemprosesan).Imbuhan boleh didefinisikan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang

ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.

Termasuk dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan, akhiran , sisipan, apitan, morfem

kosong dan bentuk fleksi.

4.) Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian ( rambut = rerambut)

atau gandaan seluruh ( rumah = rumah)

5 ) Gabungan

Page 11: Assignment semantik

Gabungan ialah proses cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui

proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara,

bumiputera dan sebagainya.Walau bagaimanapun ada juga istilah yang digunakan di dalam

konteks umum.Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih . Semua

unsur dalam gabungan ini terdiri daripaa bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan

atau tanpa imbuhan. Contoh ;

i) Tanpa imbuhan – garis lintang atas aras laut

- Daftar masuk mesin atur huruf

- Mesin jahit baju segi empat sama

ii) Dengan imbuhan pada salah satu unsurnya – saksi pendakwa

- Dalam talian atas talian

iii) Dengan imbuhan pada kedua-dua unsur –jagaan perlindungan

- Kedudukan anggaran

Bahasa dan Pustaka (2004) menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu

digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa dan penggunaannya itu

tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang

keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah ekonomi ( dewasa ini istilah bajet digunakan)

sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa

sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun1956.

REFLEKSI

Page 12: Assignment semantik

Syukur saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan taufik dan hidayat-nya

juga dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus BMM3111 ini dalam tempoh yang

ditetapkan. Tugasan ini adalah kerja berkumpulan dan rakan kumpulan saya ialah Puan Raja

Zaidah .Sebenarnya semasa menerima tugasan ini, saya berasa agak kebingungan sedikit

kerana tugasan in agak sukar terutama untuk menghuraikan peristilahan dalam bahasa

Melayu. Saya berasa sedikit gusar dan tercabar untuk menyiapkannya kerana pengetahuan

sedia ada tentang bidang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu amatlah sedikit. Saya

telah mencari maklumat yang diperlukan melalui pembacaan di modul yang disediakan,

buku-buku rujukan di perpustakaan, internet dan perbincangan dengan rakan-rakan serta

pensyarah pembimbing, Tn.Hj.Samsudin

Kerja kursus ini sebenarnya mendedahkan saya kepada bidang kajian semantik yang

pada mulanya saya rasakan sekadar mencari makna sesuatu kata . Akan tetapi , rupa-

rupanya kajian berkaitan bidang semantik ini sangat luas skop pengkajiannya.Terlalu banyak

proses penbentukan yang harus dilakukan sebelum sesuatu morfem itu mempunyai makna

yang mutlak sama ada dari segi makna donotasi ataupun konotasi.

Saya dapati setiap istilah yang terbentuk hasil daripada proses peristilahan adalah

sesuatu yang sangat unik dan menarik. Ternyata sekali bahasa Melayu adalah satu bahasa

yang sangat menarik untuk dipelajari bukan sahaja sebagai seorang guru mahupun pelajar

malah pada masyarakat amnya.Semasa menghasilkan tugasan ini. Banyak ilmu dan

pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan

saya banyak memperolehi maklumat tersebut daripada buku-buku terutama sekali

Tatabahasa Dewan dan juga Pedoman Umum Istilah Bahasa Melayu.

Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna

sama ada pada peringkat perkataan ataupun ayat.Manakala istilah pula merupakan kata

atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan

betul , tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.Bidang kajian tentang

makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji.Berbagai

maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan ini. Sebagai pendidik,

ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan.Sebagai guru bahasa Melayu,tugasan ini akan saya jadikan panduan untuk

meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya telah menerima banyak pengalaman baru

sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan

yang ditempuh sepanjang menyiapkan tugasan ini.Namun berbekalkan semangat kecekalan,

saya tempuhi segalanya dengan sabar. Pada mulanya , saya mendengar , penjelasan dan

Page 13: Assignment semantik

ulasan tentang bagaimana cara untuk membuat kerja kursus ini daripada pensyarah semasa

sesi interaksi.Setelah mendengar penerangan tersebut, saya mula berbincang bersama

rakan kumpulan. .Saya mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa. Kami bertukar-

tukar info dan dapatan masing-masing berkaitan tajuk ini.

Pada kesempatan ini, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam

memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini . Begitu juga pihak yang tidak lokek

berkongsi ilmu sehingga tugasan ini dapat disiapkan.